Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dunia Ini Sederhana Kecil

Rate this book
Kata perempuan berlesung pipit, “Cinta itu umpama menunggu bas. Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai. Sekiranya tidak, kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita. Sebab itu saya masih menggunakan kereta.”

Kata Riduan pula, “Aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. Orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa.”

Kata Ibu, “Hidup manusia ini seperti roda. Kadangkala di atas kadangkala di bawah. Tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada jalanan itu berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang-padang rumput yang indah.”

Lelaki gempal kata, “Hidup manusia juga seperti tingkap. Apabila tingkap itu ditutup, maka manusia tidak dapat hidup kerana tiada ruang dan peluang.”

Kata lelaki muka berminyak pula, “Pelangi, warnanya bukan hanya hitam dan putih. Begitu juga dengan hidup”

436 pages, Paperback

First published March 31, 2008

14 people are currently reading
108 people want to read

About the author

Bahruddin Bekri

53 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
59 (33%)
4 stars
61 (35%)
3 stars
45 (25%)
2 stars
9 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
August 7, 2025
Setelah banyak kegagalan berlaku dalam hidup Syamir, akhirnya ada jugak sesuatu yang boleh dia lakukan untuk teruskan hidup.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
June 13, 2016
Iklan Bookplus yang kerap muncul dalam teks sangat mengganggu (tapi bukan salah penulis).
Selain itu, ada banyak elemen lain yang turut sama mengganggu:
1) banyak kesalahan ejaan
2) too much gay and toilet humor
3) penggunaan istilah 'ironi' tidak tepat (m/s 208)
4) rasa-rasanya, kaum nabi Luth yang homoseks, bukan nabi Nuh (m/s 297)
5) Watak gitaris gempal serupa macam Tamara dalam 'Lelaki berkasut merah' dan seorang watak tambahan dalam 'Naluri Ayah' dari segi personaliti dan misteri (seakan dikitar semula)
6) Persoalan 'kemungkinan' yang berlegar dalam monolog setiap watak ada kalanya terlalu meleret. Rasanya tidak perlu.
Overall, entertaining nonetheless.
Recommended.
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
November 15, 2024
Mengisahkan realiti kehidupan lepasan universiti yang berusaha keras mencari pekerjaan demi meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi di kota.

Kehidupan Syamir yang biasa-biasa saja menjadi berseri dengan pengalaman dan watak-watak yang ditemuinya. Aneh, misteri, lucu...

Ada saja babak kelakar, tetapi saya suka apabila penulis banyak menyelitkan realiti kehidupan dalam lucunya. Ada juga bahagian ceritanya yang membuatkan saya teringat zaman struggle saya bekerja di bandar dulu.
Profile Image for Tengku Khadijah.
88 reviews4 followers
July 31, 2023
Novel ini merangkumi kisah beberapa orang yang saling berkait antara satu sama lain. Ada kisah seorang graduan yang telah lama mengganggur, mengalami masalah mencari pekerjaan. Ada juga kisah beberapa orang mahasiswa yang mengalami masalah cinta dan persahabatan. Ada kisah sekumpulan orang korporat dengan masalah bisnesnya. Dan juga beberapa kisah kecil sebagai penambah perasa.

Disebabkan penulisnya yang sama, maka terimbau kisah dalam novel Doa Untuk Aku. Jika mahukan bacaan yang santai persis Doa Untuk Aku, silakan baca novel yang ini pula. Ada bahagian yang lucu, santai dan juga pengajaran yang boleh diambil.

Syamir – seorang graduan ijazah yang ada masalah nak cari pekerjaan, seorang yang bersahaja, pendengar yang baik dan tak mudah berputus asa

Am – walaupun kemunculannya tidaklah sekerap watak yang lain tapi kehadirannya kerap membawa nasihat yang berguna

“Kau kena set, selepas ni kau nak kerja apa, lepas tu kau nak gaji berapa. Kena ada growth. Itu cara hidup pejuang. Kau kena jadi pejuang.”

Dan ramai lagi watak-watak lain yang jadi penyeri novel ini.

Jalan cerita menarik, mungkin juga sebab ada hubung kait antara satu sama lain. Bila kita baca bahagian yang ini, “Oh, ini cik yang tadi tu. Memang sederhana kecilnya dunia ni.” Cumanya ada beberapa bahagian yang tak perlu dimasukkan, yang hanya buatkan cerita jadi sedikit tidak menarik. Secara keseluruhan, tahniah penulis sebab menceriakan hari-hari saya. Biasalah tu kalau baca buku Bahruddin Bekri, tiba-tiba tergelak sendirian.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
December 14, 2018
Ceritanya lain dari banyak yang lain; lebih kreatif dan menghiburkan walaupun banyak juga keadaan tidak realistik. Pengajarannya banyak. Watak-wataknya, Syamir dan Jid paling mengesankan, lelaki gempal dengan gitar agak menjengkelkan dan kekal mysterious hingga ke akhir buku, nenek tukang urut, Musa dan Pak KJ santai dengan pelbagai aksi menghiburkan. Kisah Haliza - Daniel agak hambar bagi saya walaupun akhirnya happy. Rina membawa watak seorang sahabat yang bisa bikin hujan dalam hati, tulus dan menenangkan. Kebetulan apa entah, watak Rina teman rapat Tasya, hampir sama sifatnya dengan watak kawan rapat watak-watak utama dalam 2 buku yang saya baru habiskan sebelum buku ini. Semalam dalam buku Terima Kasih Kekasih, Amy meninggalkan Amna. 2 hari lepas dalam buku Dia Sayang Aku, Idura kawan Zaira... ketiga-tiga watak tersebut, meninggalkan dunia secara tiba tiba.

Berbalik kepada cerita Dunia Ini Sederhana Kecil, saya lebih enjoy baca babak-babak awal, perlahan rentaknya dan pastinya lucu dengan kisah hidup Syamir yang sepatutnya menyusahkan hati tapi dia tetap tenang dan blur menghadapi semua kesulitan... tapi saya serious lebih suka baca the earlier parts. Surat-surat dari/kepada empat sekawan Tasya-Daniel-Rina-Haliza... punya banyak permata kata dan permata ilmu kehidupan. Kaunseling Encik Bedak Sejuk untuk Cik Pelangi juga saya suka sangat, simple yet deep.
Profile Image for lost soul.
49 reviews10 followers
April 29, 2014
It was awesome! I tell you. Tak sangka semuanya berkaitan antara satu sama lain. Yah, dunia ini sederhana kecil. Begitulah kata saudara Bahruddin Bekri. Aku mengembara dengan baik sekali. Syamir aka lelaki bermuka minyak aka Walafiat aka Bedak Sejuk banyak buat aku ketawa berdekah-dekah hari ini. Serius kelakar! Banyaklah pengajaran yang boleh dipelajari disini. Kelainan itu ada. :) Teruskan berkarya encik bahruddin, saya terus menanti!

Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
May 31, 2020
Kisah yang biasa sahaja tapi apabila penulisnya Bahruddin Bekri maka kisah yang biasa pun boleh jadi menarik. Walaupun agak perlahan graf penceritaannya, kisahnya makin lama makin sedap. Santai dan ada unsur kelakar yang sekali-sekala membuatkan pembaca terbahak juga. Macam biasa, karya penulis tetap sarat dengan pengajaran dan ayat-ayat motivasi yang enak.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books51 followers
January 6, 2026
'Dunia Ini Sederhana Kecil', judulnya pun sudah membuatkan kita ingin tahu apa isi di dalamnya. Bagaimana penulis mengungkapkan cerita tentang dunia yang sederhana kecil. Apa itu dunia sederhana kecil dan siapa watak-watak yang hidup dalam dunia ini. Bagaimana mereka menghidupkan dunia sederhana kecil itu.

Ia bermula dengan konflik diri watak bernama Syamir sebagai graduan menganggur. Tinggal jauh dari kota, sewa rumahnya sedikit murah, tetapi kenderaan pula menjadi masalah. Sehingga dia sering terlewat, lalu diberhentikan.

Cerita berkisar kepada rutin hidup Syamir, manusia-manusia yang ditemuinya - baik di perhentian bas, mahupun di dalam bas. Yang dalam tak sedar memiliki kaitan, lalu memberi kesan kepada kehidupannya di masa hadapan.

Watak-watak yang dinaikkan oleh Bahruddin Bekri boleh dikatakan sebagai watak-watak terpinggir yang jarang dibicarakan di dunia sebenar. Watak penganggur, watak manusia yang ada konflik identiti, antara kemahuan diri dengan dendam semalam, watak-watak pelajar yang terjerat dalam konflik perasaan dan persahabatan, juga watak-watak salesman yang sukar mendapat pelanggan.

Watak-watak ini dinaikkan secara perlahan, tetapi berkesan dalam penceritaan.

Di samping penceritaan kehidupan yang berlandaskan realiti, Bahruddin Bekri juga menyelitkan kehidupan fiksyen yang mengungkit isu dunia. Bagaimana ada negara yang menjadi proksi dalam perdagangan senjata berbahaya dan memanipulasi barang dagangan tersebut sebagai sesuatu yang 'halal' diperdagangkan. Sedangkan, ia sejenis bahan yang mampu memusnahkan dunia dan kehidupan di dalamnya.

Buku ini penuh dengan falsafah kehidupan yang dicipta santai dan memiliki lelucon tersendiri.

Pengakhiran cerita, kita mampu merenung dunia yang sederhana kecil ini dengan mengambil iktibar daripada niat suci dan tindakan watak-wataknya.

Syamir, walau di awal cerita seorang yang boleh dikatakan 'looser', tetapi kerana dalam tak punya apa, dia ada niat untuk membantu kawan dan orang tuanya. Bukan calang-calang niat. Ia sesuatu yang memerlukan pengorbanan besar. Dan lebih menyentuh rasa apabila niat yang sebegitu besar dizahirkan ketika dia berada dalam keterdesakan hidup. Hidup sendiri tidak tentu arah, tetapi dia ingin membantu orang lain yang dirasakan lebih memerlukan berbanding dia.

Seolah-olah, kalau tidak dibantu, orang itu akan musnah. Ya, memang benar. Kalau bukan atas kesedarannya terhadap tuntutan agama, mana mungkin dia bernekad membantu Jid. Sebagai pembaca saya faham dan sangat kagum dengan Syamir. Dia tahu, jika Jid tidak dibantu, Jid akan kembali menjadi Jid yang lama. Yang hidupnya mungkin akan dilaknati. Atas dasar tanggungjawab, dan persahabatan sejati, malah atas nama agama, dia sanggup mengorbankan apa yang dia miliki.

Bukan kecil pertolongan Syamir. Sedangkan, dia juga dihimpit keperluan keluarga. Niat yang baik, direstui Tuhan. Dua tiga niat baiknya untuk menolong orang dengan ikhlas, dibukakan jalan yang sangat tidak disangka caranya.

Pada saya, cara yang dinaikkan penulis dalam melerai konflik watak, sangat kreatif. Siapa sangka cara semberono begitu mendatangkan hasil yang hebat? Yang datangnya pada masa yang tepat? Malah, setiap babak Syamir dengan beberapa watak, memiliki tujuannya yang tersendiri.

Di akhir cerita baru saya sebagai pembaca mengerti mengapa babak-babak tersebut dicipta. Mengapa watak-watak yang awalnya seperti watak yang tidak ada makna, tiba-tiba berfungsi sebagai antara pelerainya.

Cerita ini perlu dibaca dengan santai dan tenang. Ia akan membuatkan kita mengerti akhirnya tentang dunia yang sederhana kecil.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
September 16, 2008
Apa yang dapat aku katakan adalah, aku suka novel ini. Satu kelainan yang benar-benar membuatkan aku terpesona dengan karya Bahruddin Bekri ini. Sebuah tema yang bagi aku adalah biasa-biasa saja. Kisah lelaki dan perhentian bas, lelaki dan kicap. Tetapi ditangan Bahruddin ‘Lelaki, Perhentian Bas & Kicap’ menjadi sangat istimewa, sangat luarbiasa.

Dengan gaya bahasa yang santai dan lenggok bahasa yang mudah difahami, disampaikan dalam keadaan yang kadang-kala ‘lawak antarabangsa’ – unsur humor yang spontan, membuatkan aku terpaku menatap karya ini. ‘Dunia Ini Sederhana Kecil’ dunia yang berlegar hanya diseputar perhentian bas, dunia yang menjadi penghubung antara mereka, membuatkan aku tersenyum simpul tapi ada kalanya aku terkedu dengan sinisnya. Karya mantap sarat dengan falsafah ini berjaya mengikat aku hingga ke noktah terakhir.

Tahniah pada penulis. Satu kelainan yang akan menjadi daya tarikan pada pembaca yang mencari kelainan dalam genre pembacaan mereka. Satu karya yang secara peribadinya aku rasa cukup hebat dari penulis muda yang berbakat. Dan aku yakin para pembaca yang inginkan kelainan tidak harus mengenepikan buku ini. Kamu harus membacanya dan nilaikan sendiri kerana selera kita tidak sama, tapi aku yakin kamu tidak akan kecewa.

Selamat membaca!!
Profile Image for Mardhiah.
18 reviews3 followers
April 4, 2013
jumpa dkt dewan mawar ada sebuah je..buku yg ke-11 untuk tahun 2013.dua hari selepas beli 3 buah buku; lelaki berkasut merah bahruddin bekri, opera gontor dan stingarden.wajib beli walau dah "over" beli buku. tesl part 1
Profile Image for Zoul Yazix.
Author 5 books29 followers
May 7, 2012
Cerita biasa yang diolah oleh penulis menjadi luar biasa dan dipenuhi falsafah hidup yang menarik. Sangat santai bahkan terlintas di hati aku,

suatu hari nanti, aku mahu jadi Bahruddin Bekri. Dan aku cuma baca buku beliau yang satu ini sahaja, bimbang buku lain bakal mencacatkan cita cita. Haha
Profile Image for Hidayah NH3 + 1.
10 reviews
December 12, 2012
Pengorbanan yang paling besar ialah, pengorbanan yang sepi. Tidak dicanang pengorbanan itu.

Dunia ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Maka bersahabatlah, sehingga sahabat itu terlupa akan kekurangan dirinya.

dan berdoalah dengan rendah hati dan merasa hamba.
Profile Image for Lolliepop.
169 reviews47 followers
September 15, 2010
seperti biasa oleh penulis ini..buku yang penuh dengan nasihat berlatarbelakangkan kehidupan seharian..~
Profile Image for Amar Jue.
23 reviews
December 18, 2025
esensi Buku #20

Tajuk: Dunia Ini Sederhana Kecil
Penulis: Bahruddin Bekri
Penerbit: Jiwa
Ketebalan: 468 muka surat
Harga : RM 39.00

Alhamdulillah.

Usai membaca buku ke 20 untuk tahun ini, mungkin juga penutup bagi resensi buku tahun 2025-ku.

Dengan ketebalan 468 muka surat, naskhah ini adalah novel yang paling tebal yang kubaca tahun ini. Walaupun agak tebal, namun gaya penceritaan Tuan Bahruddin Bekri yang santai dan diseling dengan lelucon menjadikan pengalaman pembacaan tenang dan lancar.

**Spoiler di hadapan**

Dunia Sederhana Kecil mengisahkan tentang Syamir (alias Budak Muka Berminyak, En Walafiat, Encik Bedak Sejuk), seorang graduan universiti yang gigih mencari kerja tetap, dan kisah-kisah watak-watak di sekelilingnya, contohnya Am, Kucing Kelabu, Pakcik Janggut, Pemain Gitar Gempal, Tasha, Rina, Haliza, Pak Leman, Nenek Urut, Daniel, Riduan, Mak Daniel, Dato Hisyam, Jamal, Dr Iga, Anton One, Anton Zero, Geng Ayoyoi, Haji Amin, Sania, Alex (sekadar menyebut beberapa nama).

Penulis telah menyusun watak-watak di sekeliling Syamir ini dengan teliti dan terperinci dan mengolah bagaimana mereka menjadi "Dunia Yang Sederhana Kecil" buat Syamir. Premis ini pernah digunapakai dalam filem-filem Kabir Bhatia seperti "Cinta" dan "Sepi", di mana watak-watak mempunyai hubung kait antara satu sama lain.

Bagiku, kekuatan sesuatu novel terletak pada plot dan watak. Untuk novel ini, plotnya agak mendatar untuk 350 muka surat pertama, di mana ia cuma memperkenalkan watak-watak dalam menjalani kehidupan seharian dengan isu masing-masing. Hanya pada 100 muka surat terakhir barulah ada plot yang sedikit mencabar minda.

Untuk watak pula, tahniah harus diberikan kepada Penulis kerana berjaya mencipta begitu banyak watak dan menjalin hubungan antara watak dengan baik. Namun begitu, watak-watak ini seperti individu yang sama tetapi cuma nama saja yang berbeza. Tidak ada personal characterization yang diberikan untuk memperkayakan setiap watak dan membezakan antara satu sama lain.

Dan ketiga, aku faham setiap penulis mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Misalnya Pak Sako dengan gaya penuh semangat dan idea kemerdekaan, Habiburrahman Al Syirazy dengan ayat-ayat cinta yang disaduri dengan hikmah dari ilmu agama, dan Andrea Hirata dengan keindahan dan keasyikkan bahasa dan diselang-seli dengan sedikit lelucon. Namun bagiku, gaya penulisan yang dibawa oleh penulis terlalu santai dan dipenuhi dengan lawak cringe yang terlalu bercambah dan dipaksa-paksa. Mungkin ada pembaca suka sisi yang dipersembahkan ini, namun aku bukanlah di kalangan pembaca yang berkenaan.

Dan adakah engkau suka buku motivasi diri? Sekiranya jawapanmu ialah ya, buku ini untukmu. Sebab hampir kesemua watak mempunyai kebolehan memberi motivasi ala Dr Fadzilah Kamsah (walaupun inti memberi motivasi tu diberikan oleh orang yang sama - baca point tentang characterization).

Akhirul kalam, Dunia Ini Sederhana Kecil adalah satu bacaan santai yang baik untuk mereka yang ingin lelucon yang ringan dan pada masa yang sama dihujani ceramah motivasi. Namun begitu jika kau mahu bacaan yang berat dan tidak mahu dengar ceramah, pergilah gym dan angkat dumbell sambil dengar lagu rock metal (contoh lawak cringe dipaksa).

Rating: 3.0/5.0
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
August 22, 2023
"Dunia saya ini, sebenarnya bagaimana?"

Cerita yang amat mudah dihayati, cukup rasa untuk saya nikmati.

Kisah tentang kehidupan masyarakat marhean, cerita kita yang hidup biasa-biasa saja tapi tetap ada cabaran, konflik. Lebih menarik, bagaimana setiap hari tetap berjalan walau apa juga masalah yang muncul.

Syamil, seorang graduan memiliki ijazah dalam bidang ekonomi, tetapi dia sulit mendapatkan pekerjaan. Keluarganya di kampung, mengharapkan dia akan dapat membantu setelah bekerja. Am, rakan serumahnya, selalu memberi dorongan untuk Syamil terus berusaha.

Rutin harian Syamil, menunggu dan menaiki bas menemukan dia dengan Tasha, Haliza, Pak Cik KJ, Cik Sophea, lelaki bermain gitar dan kucing kelabu. Mereka semua hadir dalam hidup Syamil dengan cara berbeza tetapi penuh makna.

Tasha pula seorang gadis remaja yang sedang belajar di kolej. Teman baiknya, Rina dan Haliza. Rina sering menjadi pendengar dan penasihat setia kepada Tasha. Haliza, teman sekuliah yang sering ada sebagai teman suka dan duka.

Dato' Hisham seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia sedang menghadapi masalah, apabila Formula D syarikatnya dicuri. Untuk mengelakkan kerugian, dia mengarahkan Jamal dan Ghani menggunakan khidmat B bagi mendapatkan kembali formula itu.

Karya Tuan Bahruddin Bekri sentiasa memberikan ruang untuk saya menyelami kehidupan dengan cara yang santai. Tulisannya tidak ada paksaan, cara bercerita ringan dan lucu (saya seorang yang mudah terhibur) tetapi sering diselitkan dengan peringatan serta nasihat berguna.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita akan bertemu dengan macam-macam ragam manusia dan perkara yang tidak dijangka. Ada yang kita jumpa dan kenal tak lama, tapi meninggalkan kesan mendalam. Ada yang kita temukan, tanpa dirancang, mencipta kisah baru. Kadang kala, kita rasa telah mencuba segalanya tapi masih belum membuahkan hasil. Hidup penuh dengan liku, dugaan tanpa henti.

Lalu, bagaimana? Apakah kita akan putus asa atau terus berjalan hingga bertemu cahaya di hujung sana?

Dunia ini sederhana kecil.
Profile Image for khu.
24 reviews
July 13, 2024
✨ 𝔻𝕌ℕ𝕀𝔸 𝕀ℕ𝕀 𝕊𝔼𝔻𝔼ℝℍ𝔸ℕ𝔸 𝕂𝔼ℂ𝕀𝕃 ✨

♾️/5🌟

"𝙎𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧. 𝙎𝙚𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙞𝙖 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧, 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜 𝙨𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜. 𝙎𝙚𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙞𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡 𝙥𝙪𝙡𝙖, 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙚𝙢𝙪 𝙢𝙪𝙠𝙖. 𝙅𝙖𝙙𝙞, 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪, 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙢𝙖𝙣𝙖?"

[ 🆂🆈🅰🅼🅸🆁 ]

✎ Di perhentian bas itu, mereka bertemu. Lelaki muka berminyak. Lelaki gempal yang bermain gitar. Perempuan manis berlesung pipit. Perempuan pemalu bercermin mata. Perempuan garang yang memakai sepit rambut beruang berwarna merah jambu. Kucing yang tidak diketahui siapa tuannya. Pak cik penggemar burung.Tanpa dirancang, kehidupan mereka terhubung dan sebuah cerita lahir di dunia ini yang sederhana kecil.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

+ Buku ini tersangatlah menarik 😍 menyesal lambat baca 😌 serius hilang stress bila baca buku ni. Terhibur dengan gelagat watak² dalam buku ni terutamanya Syamir.

+ Syamir ni dia seorang yang agak pelik tapi pandai berkata-kata. Banyak ayat-ayat yang random yang keluar dari mulut dia tapi ayat dia tu menarik & buat orang boleh percaya dengan dia. Contohnya, dia bercerita tentang menunggu bas. Dia boleh pulak samakan menunggu bas tu macam menunggu cinta 😂 Tapi macam betul je apa yang dia cakap tu 😆

+ Banyak lagi lah part yang kelakar lagi² masa syamir jadi penjual kicap cap "Basikal Sulaiman". Harga kicap ni bukan biasa² ye, rm 50 sebotol 😂

+ Walaupun penulisan buku ni santai² je & banyak kelakar, tapi banyak pengajaran yang boleh diambil. Contohnya, macam Syahmir yang tak putus asa cari kerja & sanggup buat kerja apa sahaja sehingga akhirnya dia berjaya juga 👍🏻

+ Overall, I really³ love this book 💖 Saya sangat suka dengan cara penulisan tuan bahruddin.bekri yang santai tapi bermakna 💓

+ Kepada yang minat bacaan yang ringan² boleh try baca buku ni. Confirm akan terhibur dengan watak Syamir & yang lain² 😹 btw Syamir cita-cita kita sama, saya pun nak jadi kaya juga 🤭

❗𝐡𝐢𝐠𝐡𝐥𝐲 𝐫𝐞𝐜𝐨𝐦𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐝❗
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
January 28, 2024
6/2024

Dunia Ini Sederhana Kecil
Bahruddin Bekri
Jiwa

(Terbitan asal: PTS, 2008)

Cerita-cerita kecil di sebuah perhentian bas menjadi begitu menghiburkan dan menarik sekali. Pertemuan dan perkembangan cerita watak-watak tersebut benar-benar memberi impak pada peleraian cerita.

Watak utama, Syamir digambarkan sebagai seorang lelaki biasa yang begitu struggle dalam mencari kerja walaupun mempunyai ijazah. Itulah realiti yang ditonjolkan dalam DISK.

Saya banyak belajar daripada watak utama ini, tentang peri pentingnya hubungan baik dengan manusia yang kita jumpa dalam kehidupan seharian. Takdir mungkin menemukan kita kembali dengan mereka dalam rangka membantu kita dalam hal-hal yang tidak terjangkau dek fikiran kita. Ataupun sekadar bertemu kembali dan bertegur sapa dengan hangat sebuah kemesraan tanpa sebarang kebencian.

Cinta watak sampingan juga dilakarkan dengan cute dan kelakar. Bukan sahaja cinta watak sampingan, tetapi banyak sebenarnya babak kelakar yang meletus tawa tatkala saya membacanya 😂. Ada sedikit babak sedih yang tidak terjangka, namun babak ini, bagi saya, memacu beberapa babak lain selepasnya dan menghidupkan jalan cerita.

Babak berbeza yang silih berganti dalam novel ini, membuatkan saya ternanti-nanti, bila dan bagaimana agaknya mereka akan dipertemukan. Ternyata, babak yang saya nantikan membuatkan saya, "Ohhhhhhh." dan "Wahhhh!". Ia cukup memuaskan. Idea pada babak ini bernas sekali. Saya suka membacanya.

Banyak sekali hikmah yang dapat dikutip sepanjang membaca novel ini. Walau banyak unsur komedi, namun teladan yang ditonjolkan jauh lebih mendalam.

Dunia Ini Sederhana Kecil - sebuah karya yang lucu, namun penuh dengan pengajaran bermakna.
Profile Image for Nurhanisah.
Author 1 book9 followers
May 16, 2024
Officially buku paling santai untuk tahun ini.

Setebal 470 mukasurat, Dunia Ini Sederhana Kecil adalah novel Bahruddin Bekri yang menceritakan tentang banyak watak. Sebagaimana judul buku, yang sering bermain di fikiran kita adalah ayat 'kecilnya dunia' merujuk kepada watak-watak yang saling berkait antara satu sama lain. Tak terlalu kecil ye, sederhana kecil sahaja.

Sejujurnya awal cerita agak meleret dan justeru membosankan. Di pertengahan menuju penghujung baru lah jelas arah cerita ke mana. And this is a 470 pages book, I almost gave up half-way atau erti kata lain, hampir DNF. Berkat kegigihan meneruskan bacaan, boleh dikatakan quite an enjoyable read.

Dialog di antara watak yang kadang-kala bunyinya merepek. Mungkin untuk membuatkan watak-watak lebih 'hidup' dengan karakter masing-masing. Pelbagai babak termasuk dalam buku ini antaranya cinta kuliah, kegigihan menjual kicap MLM, penculikan ala-ala filem aksi dan falsafah si pemain gitar yang wataknya terlalu sampingan dan tidak begitu mengesankan dalam cerita ini.

3🌟. Boleh dibaca sambil-sambilan. Bukunya tebal namun ceritanya chill dan bersahaja. Dialog sedikit 'cringe'. Secara keseluruhan, bacaan ringan yang sesuai untuk semua.
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
February 5, 2025
Cerita ini adalah cerita biasa berkisar dengan kehidupan seharian yang agak dekat dengan kita walaupun penulis ada juga meletakkan beberapa watak yang kaya-raya. Kehidupan yang penuh cerita, sedikit elemen misteri, konflik kecil atau besar, emosi turun naik bagi setiap orang dan masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap watak dan tidak lupa juga refleksi kehidupan . Hampir sama dengan kehidupan seharian yang kita lalui.

Saya tertanya juga setiap perkaitan watak-watak yang diketengahkan oleh penulis dan ternyata setiap satu punya fungsinya yang tersendiri. Begitu juga dengan watak-watak yang kita jumpa dalam dalam perjalanan kehidupan kita. Pasti ada sebabnya Allah aturkan untuk kita temui mereka. Setiap dari mereka memberi makna dalam kehidupan kita. Mungkin cerita mereka akan menjadi ibrah untuk perjalanan hidup kita.

Setiap watak akhirnya berkumpul untuk menyelesaikan satu misi, termasuk kumpulan Ayoyai. Kehadiran mereka membuatkan saya tak kering gusi dan watak yang paling di ingati oleh saya dan juga suami sehingga kami mengamalkan bahasa Ayoyai. Hahahahhaa

Tidak dinafikan penulisan Tuan Baharuddin tidak pernah mengecewakan saya setakat ini kerana mungkin tema yang dibawa dan gaya penulisan yang berkesan menyampaikan emosi bagi setiap watak.

37 reviews3 followers
September 16, 2025
Membaca novel Tuan Bahruddin Bekri memang satu bentuk escapism.

Walaupun buku kali ni penceritaan nya agak slow, tapi tetap meletuskan ketawa dengan karakter yang pelik yang diwujudkan oleh Tuan Bahruddin.

Menjual kicap kesihatan? 🤫😂

Rancangan yang pelik namun berjalan dengan baik. hahah.

terima kasih tuan mewarnai kehidupan saya yang stress ini. 😂
Profile Image for Nin Fazren.
44 reviews
July 22, 2013
Penulis berjaya mengaitkan semua watak dan membuatkan aku berfikir, yelah dunia ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Semua kita akan berkait antara satu sama lain secara kita sedar atau tak. Seperti biasa tulisan Bahruddin Bekri penuh dengan nasihat dan persoalan sama yang akan aku persoalkan jika situasi tersebut berlaku terhadap aku. Dan paling penting dalam serius ada lawak terselit yang buat aku tergelak.
2 reviews
January 8, 2015
Cerita ni mgkin perlahan di permulaan crita but get interesting bila akhir2 tu. suka cara Bahruddin Bekri created ways supaya main character akhirnya dpt duit bertimbun-timbun. N love how sbnrnya hmpir semua watak ada kaitan dgn main character. Mula2 tak dpt sngt agak apa kaitan antara org ni dgn org tu tpi bila dh mkin byk baca tu akhirnya dpt pun relate. so sbb tu la crita ni get interesting n more interesting through every page. Tak menyesal baca buku ni
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
November 30, 2023
Buku yang sangat bagus dan seronok untuk dibaca walaupun ambil masa lama sikit. Mungkin kerana awal pembacaan buku ini agak lambat jadi mood untuk habiskan pun lambat sikit. Walau bagaimanapun, buku ini tetap tidak mengecewakan. Haha. Belajar sesuatu daripada buku ini. Takdir Allah yang pertama. Takdir yang baik pastinya pada orang yang jujur niatnya.
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
October 25, 2013
I bought this book when i was still at school kot? Sebab tajuk n kulit buku yang sangat menarik (masa tu tak tahu istilah minimalis lagi so jadi menarik sahaja). Still, i like the content though. Paling ingat, lelaki muka berminyak.
17 reviews
December 17, 2024
Idea yang menarik, tapi jalan cerita agak meleret.
Ada babak dan jenaka melalut.
Terselit mutiara kata dan pengajaran yang berguna juga.
Beberapa situasi tidak realistik dan sukar dibayangkan.
Mungkin sesuai bagi yang sukakan bacaan santai.
Profile Image for Salihah alias.
5 reviews1 follower
Read
March 10, 2011
hidup tidak semestinya indah....
cinta itu ibarat menunggu bus..
dunia itu seperti laut.....
Profile Image for Esmat Ghazi.
9 reviews
June 30, 2025
awal dia slow but towards the ending it's worth it dia lebih kepada comedy dan love triangle dalam cerita ni agak corny
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.