Komik dalam majalah GEMPAK™ kembali lagi! Apa cerita kali ini ya? Kalau nak tahu, jom baca karya kreatif artis komik popular tempatan dan imbau kenangan silam dengan #Memori90-an!
Mat Gempak - Zuan Jinggo - Kenny Chua Siri Maskaret Cinta: Hujan di Tengah Hari - Ageha & Mars Siri Maskaret Cinta: Segalanya Untukmu - Ageha Red Head - Totoro Enigma - Scarecrow Daredevil - Zint Contact - Twin Yes Sir - Mum Berus Lee - Yukisaki Nana - Toman White Star - Mum Dari Alam Angker - Puyuh Detektif Hantu - Totoro
Mat Gempak, Jinggo, Dari Alam Angker, dan Detektif Hantu pernah ada komik sendiri. Review di bawah hanya untuk komik-komik yang tak pernah dibukukan sebelum ni...
* Siri Maskaret Cinta: Hujan di Tengah Hari - Ageha & Mars Komik pendek 6 mukasurat tentang kisah cinta rakan sekampung, Mizi dan Nina. Hubungan mereka terputus apabila Mizi berpindah ke bandar. Beberapa tahun kemudian, Mereka bertemu semula di bandar. Tetapi, semuanya dah berubah...
* Siri Maskaret Cinta: Segalanya Untukmu - Ageha Komik pendek 7 mukasurat yang mengisahkan tentang Man yang mencintai Nora secara diam-diam. Tetapi, Nora mencintai Jeff, kawan baik Man. Kerana cintanya, Man sanggup membantu Nora berkenalan dengan Jeff...
* Red Head - Totoro Mengisahkan tentang Monzo, yang jatuh cinta pada awek ganas yang dikenali sebagai Red Head. Untuk mendapatkan cintanya, Monzo sanggup melakukan apa sahaja, temasuk melakukan jenayah. Sebuah komik aksi yang brutal. Artwork boleh tahan cantik...
* Enigma - Scarecrow Mengisahkan tentang superhero bernama Putera yang menentang raksasa kejahatan yang datang dari Semesta Hitam. Jalan ceritanya sangat menarik. Artworknya pun cantik...
* Daredevil - Zint Antara karya terawal Zint. Suatu hari, sekumpulan makhluk asing telah menukarkan manusia di Bumi menjadi batu. Hanya empat orang yang terselamat iaitu Nick, Steven, Kel, dan Lia. Untuk menyelamatkan manusia lain, mereka harus memenangi permainan yang diatur oleh kumpulan makhluk asing tersebut. Jalan ceritanya biasa-biasa je. Tapi, dari komik ni, boleh nampak beza artwork zink dulu dan sekarang...
* Contact - Twin Komik humour loose satu mukasurat yang bertemakan makhluk asing. Tak berapa sampai punchline lawaknya...
* Yes Sir - Mum Komik humour loose dua mukasurat yang tentang dua detektif polis sengal bernama Ah Meng dan Dolah. Boleh tahan lawaknya...
* Berus Lee - Yukisaki Komik humour loose satu mukasurat tentang pakar kung fu bernama Berus Lee dan musuh-musuhnya. Tak berapa sampai punchline lawaknya...
* Nana - Toman Mengisahkan tentang ahli sihir bernama Nana yang tinggal di dunia hantu. Telatah Nana dan kawan-kawannya pasti mencuit hati pembaca...
* White Star - Mum Komik pendek 6 mukasurat bertemakan dark humour yang mengisahkan tentang band rock, White Star.
Ok, finish baca kompilasi ke-2 GEMPAKSTARZ~! Komik yg bagi aku agak mengejutkan ialah mungkin debut (rasanya) Zint-sensei! DAREDEVIL! Maaf cakap yang ni adalah karya paling "teruk" Zint (Haha). Bukan sebab apa pun, masa ni nampak sangat Zint baru nak mula, stroke dia pun masih buruk lagi, jalan cerita bercelaru & sebagainya, tapi kita boleh nampak kat sini permulaan sebuah lejen! Karya yang paling best kali ni bagi aku ialah NANA oleh TOMAN, seriously, walaupun ceritanya simple sahaja tapi bagi aku cerita inilah yang paling sedap dibaca. Sangat best! Second best, tak lain tak bukan DETEKTIF HANTU! Memang best, & stroke dark & gory apa semua. Layan~~~