Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ikarus

Rate this book
Seorang lelaki yang percaya bahawa dia adalah keturunan dari bangsa di luar alam manusia, yang tanahnya muncul dari alam ghaib dan menjadi sebuah wilayah manusia yang tersing lalu menyatukan manusia dan bangsa alam ghaib yang bersayap. Atau sebenar ia adalah sebuah kompleksiti Icarus yang ingin keluar dari Labyrinth dan melahirkan ilusi yang tidak mengenal sempadan realiti lagi.

Novel ini adalah sebuah realisme baru yang meletakkan sebuah realiti, tetapi kemudian melapisi realiti dengan lapisan demi lapisan sehingga realiti itu tenggelam hilang, dan yang wujud adalah sebuah ketumpatan yang tidak terikat kepada ruang dan waktu lagi. Sebuah cinta sebuah realiti dan sebuah keinginan yang terapung dalam dunia Labyrinth yang tidak diketemukan laluan keluar.

355 pages, Paperback

First published January 1, 2018

1 person is currently reading
25 people want to read

About the author

S.M. Zakir

65 books47 followers
S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England.

Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan.

Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998.

Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi.

Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008).

(Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (45%)
4 stars
5 (25%)
3 stars
4 (20%)
2 stars
2 (10%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
February 3, 2021
Kritikan-kritikan kecil saya kepada novel Ikarus karyawan besar tuan SM Zakir. Jemput baca.

“Terlalu berat hati saya untuk menganggap ia sebagai novel politik walaupun sangat menarik apabila SM Zakir memasukkan beberapa ideologi dan isu politik di dalamnya.”

“Isu-isu ini dimasukkan dengan tulisan-tulisan seperti memaksa pembaca menghabiskan bacaan yang sangat membosankan walaupun isunya menarik.”

Bacaan lanjut di:

https://www.themalaysianinsight.com/b...
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews56 followers
July 3, 2018
Penulis bagaikan ahli nujum yang meramal masa hadapan negara. Novel ditulis sebelum PRU 14.

Saya harap apa yang ditulis di penghujung novel tidak mejadi kenyataan walaupun kerisauan tetap ada.

Semoga Allah selamatkan negara kita.
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
July 15, 2018
novel ini ditulis sebagai novel futuristik, meramal masa depan sebuah institusi politik tanah air, juga mengisahkan Iskandar yang merasakan dia adalah seperti ‘Icarus’ (anak kepada Daedalus) watak yang terdapat dalam mitos Greek, yang tidak mahu mencampuri urusan politik, sebaliknya mahu meneroka langit yang luas.

Iskandar juga digambarkan sebagai manusia yang ingin keluar daripada kejahatan atau keburukan, tetapi tidak berdaya kerana berada dalam sistem yang sangat berkuasa, sehingga menimbulkan pergolakan jiwa bawah sedar yang kronik. konflik dalam dirinya bermula dengan kerjayanya dan pembabitan syarikat tempatnya bekerja dengan golongan politikus. novel ini turut merakamkan senario politik semasa, sekali gus mendedahkan wajah pentaksub kerajaan dan pembangkang.


nota : KOLEKSI SENDIRI
Profile Image for Mohamad Nasrul.
200 reviews6 followers
January 24, 2023
Novel Ikarus karya S.M. Zakir menceritakan tentang Iskandar yang bergelut di dalam alam pekerjaannya sebagai eksekutif pemasaran di sebuah agensi pengiklanan. Dalam masa yang sama, penulis memasukkan kritikan-kritikan sosial terhadap pemerintahan negara yang korup serta diselang-selikan dengan rasuah yang turut terpalit dengan Iskandar dalam pekerjaannya.

Kisah cinta terpendam antara Iskandar dan Ibtisam turut mewarnai sedikit sebanyak di dalam novel Ikarus ini. Ibtisam sebagai Pengarah Kewangan merangkap anak pengarah syarikat, tentunya janggal bagi Iskandar untuk mereka bersama menjalin cinta.

Dari segi jalan cerita, boleh dikatakan idea karya ini agak segar,lain dari yang lain. Novel ini memperlambangkan dewa-dewa Greek dalam perwatakan sebahagian ceritanya, terutamanya dewa Ikarus, yang membawa perlambangan dewa ini yang ingin keluar dari Labyrinth yang terlalu kompleks. Kritikan-kritikan sosial yang dilemparkan terhadap pemerintah dikira satu perkara yang berani dipaparkan dalam novel.

Rasuah yang wujud dalam syarikat Iskandar juga dibentuk dengan baik dari awal sehingga ke hujung cerita. Daripada penglibatan Iskandar dan Encik Kadir sehingga pembongkarannya, serta apa yang bakal Ibtisam lakukan setelah muak dengan rasuah. Adakah Ibtisam yang mengambil alih syarikat bakal membuang segala rasuah yang ada? Adakah Iskandar pula berjaya 'terbang' keluar dari Labyrinth yang kian memamah jiwanya?

Pada pendapat saya, novel ini membawa satu kisah yang tidak cliche. Namun begitu, banyak pengulangan dan huraian yang terlalu lewah menjadikan novel ini terasa sukar dibaca. Satu perenggan yang terlalu panjang juga menjadikan kadar tumpuan pembaca agak terganggu. Terdapat juga kesalahan ejaan yang kecil yang patut diperhatikan dengan lebih teliti.

Tuntasnya, novel ini membawa idea segar dan menarik yang patut dibaca oleh orang yang inginkan kelainan dalam novel Melayu. Kisah Iskandar dan Ibtisam dalam 'Labyrinth' yang berlainan membawa pembaca menikmati dunia rasuah dalam perspektif yang berbeza.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
January 5, 2025
Bukunya sarat dengan kritikan sosial dan politik. Merujuk kepada situasi politik Malaysia (yang katanya pra 9 Mei tapi saya tak pasti), politik dagang, pejuang hak kesamarataan dan beberapa isu lagi.

Sebenarnya saya paling tertarik dengan hak kesamarataan yang berbeza di luar negara dan di Malaysia

"Hak kesamarataan di luar negara adalah perlu kerana Muslim adalah minoriti, jadi ia memanfaatkan kehidupan muslim di sana. Berbeza dengan Malaysia yang sudah negara Islam Persekutuan, hak sama rata di sini akan merugikan umat Islam kerana orang bukan Islam diberi peluang untuk mempertikai autoriti agama majoriti." Lebih kurang macam itulah yang saya dapat. (Bukan teks dr naskhah)

Cuma masalah saya dengan novel ini, untuk bab-bab awal, ceritanya sama. Kritikan, situasi di kantor/talk atau di mana-mana, (yang mana kritikan ini sangat panjang) selepas itu sama ada Iskandar (MC) akan merasakan sesuatu di tulang belikatnya atau dia akan teringat/terjumpa Ibtisam. Memang macam itu untuk beberapa bab awal.

Pada saya, ceritanya jika kita abaikan yang ia ditulis sebelum 9 Mei, adalah sama sahaja. Tidak terlalu magis, tidak terlalu wow. Cuma kritikan bersyarah mengangkat tinju ke udara sampai agak menenggelamkan cerita.

Dan sehal lagi, banyak typo dan ayat yang berulang perkataan. 'juga' yang ditulis dua kali dalam satu ayat. Ayat yang kurang lengkap dan beberapa typo.

Jadi itu sajalah. Novel yang bagus untuk yang mencari bacaan separa ilmiah. Bukan sebuah bacaan yang mudah. Dan untuk sesiapa yang tidak begitu memandang kepada cerita, sangat sesuai.
Profile Image for Aliff Basri.
17 reviews14 followers
November 2, 2018
Aku membayangkan bagaimana nasib novel Ikarus ini selepas PRU 14 jika BN kekal memerintah?

Ikarus berikan analisis akar umbi yang dianyam melalui jalan cerita tentang krisis identiti yang sedang berlaku pasca Merdeka bagi Malaysia di abad ke-21.

Menang atau kalah pemerintah lama, tidak mencacatkan cerminan penulis tentang jiwa anak Malaysia di abad ke 21.

Ikarus sebuah novel yang memapar bahawa kita berada di persimpangan di mana dunia politik amat mempengaruhi kehidupan masyarakatnya.

Apakah ia perlu diubah? Apakah bentuk Melayu dan Malaysia Baharu? apakah identiti Malaysia yang akan terbentuk dalam tempoh 10 tahun akan datang ini sekiranya jiwa-jiwa dan pemikiran yang menjadi perwatakan yang dominan dalam novel Ikarus terus berkembang tanpa tantangan intelektual dan budaya?

Baca dan jawab sendiri.
Profile Image for Ezlin Ilyana.
13 reviews
December 4, 2024
Sewaktu melihat kulit buku dan membaca serba sedikit sinopsis novel ini, aku tertarik untuk membaca kerana dinyatakan kebolehan seorang lelaki yang mempunyai sayap. Namun setelah membaca, kisah magis mengenai watak utama - Iskandar itu hanyalah sedikit atau boleh dikatakan agak tenggelam kerana penulis menceritakan lebih banyak isu berkaitan politik.

Membaca novel ini sarat dengan persoalan berkaitan suasana politik semasa (novel diterbitkan sebelum pandemik) yang ketika itu Malaysia sedang dilanda pergolakan politik dan sosial. Terlampau saratnya hujah-hujah berkaitan politik sehingga berjela-jela membuatkan aku sedikit bosan untuk menghabiskan bacaan. Namun sudah memang sifat aku tidak suka buat kerja separuh jalan maka dihabiskan juga membaca novel yang boleh tahan tebal juga.

Ya aku tahu penulis memberi nasihat dan pengajaran kepada pembaca berkenaan korupsi di dalam politik dan alam perkerjaan atau perniagaan lebih-lebih lagi terkait dengan kerjasama dengan kerajaan. Namun hujah berkenaan hal-hal itu sering diulang-diulang di dalam hampir setiap bab.

Pada pendapat aku, penulis ini memang betul-betul kecewa dengan situasi politik yang berlaku ketika itu.
Profile Image for Izzat Isa.
421 reviews50 followers
September 16, 2020
Penulisan yang berani tentang kemelut sosiopolitik negara di ambang pilihanraya dalam bentuk bacaan kreatif. Pilihan bacaan yang baik kepada mereka yang ingin mencari identiti kebangsaan dan hubungkaitnya dengan kepentingan politik semasa.
Profile Image for Kamaludin Settar.
Author 4 books1 follower
February 4, 2021
Saya menyukai novel ini.
Temanya sangat segar tanpa sebarang selindung. Pemikiran penulis yang terluah di dalam novel ini walaupun adakala berulang-ulang dan terasa meleret-leret sangat dekat dengan saya.
Tidak menyesal membeli dan membaca novel ini.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.