Mulanya saya ingin berikan buku ini tiga bintang, tetapi setelah dua tiga kali fikir, saya takut tidak adil pula dalam nilaian. Ini kerana yang kurang saya berkenan hanyalah hal-hal teknikal, sedangkan banyak inti buku ini yang dapat membawa manfaat. Mungkin jika ada 3.5, saya berikan 3.5.
Sudah tentu jumlah halaman buku ini tidak mampu mengupas keseluruhan aspek pendidikan anak-anak Islam dengan mendalam, tetapi mungkin sasaran buku ini bukanlah untuk mereka yang inginkan kupasan mendalam. Sekadar untuk 'quick checking' bagi mereka yang sudah menelaah Tarbiyyatul Awlad Nasih Ulwan misalnya, atau sebagai pengenalan bagi mereka yang tidak pernah tahu atau mengambil berat mengenai corak pendidikan anak-anak menurut lunas Islam.
Corak persembahan buku ini saya rasa mengiyakan mengenai sasaran di atas, kerana banyaknya foto-foto dan ilustrasi yang cuba menarik pembaca - sedangkan ada juga yang menganggapnya tidak perlu dan sekadar menambah harga buku. Bagi saya sendiri, foto itu tetap mempunyai nilai tambah, kerana cuba memberi gambaran tepat dan merangsang hati pembaca terhadap keindahan dan ketenangan Islam.
Selain itu, ia dapat berfungsi sebagai titik sepunya antara ibu bapa-anak, yang dapat menjadikannya topik perbincangan, terutama dengan anak-anak sekitar 5-7 tahun yang sangat tertarik dengan ilustrasi dan mungkin belum dapat membaca dengan lancar dan gemar membaca dengan ibu bapa.
Apapun, fakta-fakta yang dihidangkan oleh buku ini memang berguna walaupun ada yang sudah acapkali kita dengar. Ada satu sahaja di bab hujung yang membuat saya sedikit musykil (berkenaan pergaulan dengan wanita) - tetapi itu mungkin pendapat peribadi pemberi wasiat dan sesuai dengan zamannya.
Antara yang dibincangkan oleh buku adalah makna pendidikan anak dalam Islam, aspek-aspek pendidikan yang perlu diberi perhatian, pemain peranan dalam pendidikan dan seumpamanya.
Mengenai hal-hal teknikal yang saya kurang setuju itu, biarlah saya pendam sahaja - mungkin kalau mahu diajukan pun, perlu diajukan kepada penerbit supaya diperkemas semula.
Jika ingin mencari panduan secara umum dalam mentarbiah anak, buku ini boleh dicari dan dijadikan panduan. Secara jujurnya walaupun tidak semua isi kandungannya dapat saya cerap tetapi sekurang-kurangnya buku ini bermanfaat untuk ibu bapa.
Banyak ilustrasi bergambar yang menarik disamping pembahagian tulisan yang baik. Namun saya rasakan agak sedikit serabut dengan gambar-gambar yang tidak ada kena mengena dengan isi. Tetapi saya rasakan ini adalah strategi bagi menarik minat pembaca.
Great book written by Ustaz Zahazan Mohamed. Will definitely benefit me as a future mother. Also i am happy to know that Kak Zizi my naqibah is the co-editor of the book as well. Props to Kak Zizi :)