MMP merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam dunia media social. Mereka aktif memberi penerangan, membidas dan memperbetulkan segala tanggapan dan tuduhan negatif terhadap pasukan tentera kita. Buku ini mengulas isu-isu yang dibangkitkan berkenaan Angkatan Tentera Malaysia dalam ranka fakta dan statistik, sambil mencadang serta memberi pandangan kritikal terhadap penambah-baikan Angkatan Tentera Malaysia.
“Arma Pacis Fulcra” Armed Strength for Peace
Keselamatan negara terletak pada bahu Angkatan Tentera Malaysia yang berjaga siang dan malam, demi kesejahteraan kita sebagai rakyat. Agar kita dapat tidur dengan lena pada waktu malam dan bangun tidur dengan tenang tanpa memikirkan peperangan.
Malaysia Military Power adalah buku yang mengandungi penerangan tentang keupayaan anggota-anggota keselamatan negara, ulasan mengenai pemodenan senjata, dan cadangan-cadangan yang boleh meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman murka.
Bak kata veteran perang; “SI VIS PACEM, PARA BELLUM”. “IF YOU WANT PEACE, PREPARE FOR WAR.”
Not a book that I would expect to be. Half of the writing sound childish to me and I hope it does not reflect and totally represent the industry. Saved by the other half of writing.
Buku ini mencatitkan coretan lama page Malaysia Military Power di Facebook. Banyak terma-terma yang digunakan pada pendapat saya, lebih berunsur teknikal. Lebih sesuai dibaca untuk mereka yang berada di dalam ATM. Namun begitu, terdapat beberapa tajuk oleh Danny Liew contohnya ketika perang menentang komunis di Sarawak yang seronok dibaca. Penerangan tentang forward base Amerika di Negara-Negara Teluk juga adalah elok diketahui untuk menjelaskan beberapa persoalan dalam status konflik dengan Israel.
Ada part yang basic - sesuai untuk bacaan umum. Ada part yang aku tak faham sangat, specific sikit kot. Aku setuju yang military patutnya menyatukan rakyat bukan terpalit dengan agenda-agenda politik bangang.
Kalau ada edisi lain, harap boleh asingkan antara angkatan udara, laut dan darat, biar tak serabut sangat.
I was hoping it to be better but somehow I just put to much of expectation into this book. It's quite technical and for those who have zero knowledge in military, might make one feel 'lost' reading this. However, there's a few chapters that easy enough to digest for the usage of simple words and direct sentences. Author's 'personal opinion' and critics can be read throughout the book, which I feel like more on personal attack rather than opinion. Still a good read for those who interested to know more bout our military.
Karya beliau membuka minda tentang realiti semasa dalam ketenteraan. Penceritaan beliau merangkumi isu-isu semasa seperti konflik di Laut China Selatan, pendapat tentang keperluan aset ketenteraan kita dan juga menyanggah propaganda yang diperbesarkan oleh mereka yang mengejar political mileage.
Satu karya yang menggalakkan pembaca berfikiran realisitk tentang kemampuan negara dan serantau
Satu buku yang padat dengan fakta dan info. Banyak sekali info yang menarik disajikan dalam buku ini. Lenggok bahasa ada kalanya agak teknikal, walaupun untuk seorang bekas pegawai tentera seperti saya, ada kalanya memang ditulis dalam bahasa paling mudah, sesuai untuk masyarakat umum.
Saya berharap penulis meneruskan usaha menghasilkan lebih banyak buku sebegini pada masa hadapan. Buku yg padat dengan informasi. Susunan bahasa yang baik dan mudah difahami.
Can be a light reading with list of articles compiled together. Good for people who has no idea and wanted to know the actual scenario of military scene in Malaysia.