Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka

Rate this book
"Barang siapa yang menguasai Melaka, maka dialah yang akan memegang leher Venice." - Tom Pires

Berbanggalah, kerana Melaka adalah kemuncak peradaban bangsa. Baca rahsia-rahsia agung tentang pelabuhan Melaka yang terkaya pada masa silam. Melaka bukanlah hanya tentang perseteruan Tuah-Jebat, kisah Puteri Gunung Ledang, mahupun kisah sakti Taming Seri. Rahsia keagungannya terletak pada kemuncak intelektual warganya membangunkan sebuah empayar hebat zaman berzaman.

"Quem for senhor de Malaca, tem a sua mao na garganta de Veneza."

255 pages, Paperback

First published March 10, 2018

21 people are currently reading
74 people want to read

About the author

Farahana Shuhaimi

2 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (42%)
4 stars
44 (36%)
3 stars
21 (17%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Aizuddin Khalid.
138 reviews5 followers
September 17, 2019
Saya menyedari konflik mengenai catatan Suma Oriental Tome Pires dan Sulalatus Salatin berkenaan asal usul penubuhan Melaka. Saya secara peribadi lebih cenderung kepada Sulalatus Salatin, yang lebih terperinci, saling berkait dan meluas berkenaan alam Melayu sebagaimana banyak dirujuk dipetik dan disimpulkan dalam buku ini.

Kompilasi buku ini bagi saya adalah rujukan yang dinanti-nanti pembaca moden untuk mendapat gambaran tamadun Melayu Melaka, perkembangannya, pengaruhnya, strukturnya, teknologinya, perundangannya, dan budayanya yang akhirnya menjadi teras kepada peradaban & kebudayaan Melayu masa kini.

Fakta-fakta yang dikemukakan dalam buku ini sememangnya membangkitkan rasa kagum, bangga dan semangat cintakan bangsa, sejarah dan tanah air, serta rasa bertanggungjawab sebagai pewaris alam Melayu untuk menghidupkan semula legasi dan peradaban Melayu, yang semakin lama hanya tinggal tradisi. Ianya perlu diperjuang, didukung dan dihidupkan sebagai satu masyarakat Melayu bersatu dan berwawasan. Namun pada masa ini, saya melihat jauh sekali rasa "connection" antara masyarakat hari ini dengan kegemilangan Melaka yang lalu, mungkin kerana kekurangan ilmu, atau kelemahan kemahuan politik.

Saya berharap rakyat Malaysia, termasuklah pelajar-pelajar sekolah dapat merujuk buku ini untuk membuka minda berkenaan sejarah kesultanan & peradaban Melaka dan yakin akan kebolehan bangsa Melayu yang sememangnya merupakan bangsa teras nusantara ini. Semoga ianya dapat juga memberi inspirasi untuk bekerja dan membangunkan bangsa untuk membawa Malaysia kepada satu kegemilangan baru.
Profile Image for Mazliza.
73 reviews5 followers
October 13, 2018
Tak keterlaluan jika saya kata buku ini ibarat ensiklopedia Empayar Melaya.
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
January 22, 2021
Sesuai sebagai sebuah buku asas, Tasjil Anis Salatin mengambil catatan-catatan dari sumber sumber klasik seperti Sulalatus Salatin, On the Deeds and Discoveries and Conquest Made by the Portuguese In the Seas and Eastern Lands dan lain-lain. Dibahagikan kepada 11 bahagian, setiap bahagian membincangkan antara lain demografi penduduk Melaka, struktur pemerintahan Melaka, pengangkutan, pengaruh Islam, permainan di zaman itu dan ada juga menyentuh perihal rasuah di kalangan pembesar Melaka.

Buku ini harus dipuji di atas usaha menyinari sejarah Melaka dengan menarik yang membolehkan pembaca mengunyah dan mencerna fakta-fakta dengan mudah. Melaka bukan sahaja Hang Tuah vs Hang Jebat, Puteri Gunung Ledang dan ditakluk Portugis. Diharapkan siapa yang membacanya akan lebih tertarik dengan sejarah Tanah Melayu.
14 reviews
July 27, 2018
Farahana Shuhaimi

Buku yang sangat seronok dibaca kerana isi kandungan yang agak lengkap dalam pelbagai aspek seperti susur galur keturunan kerajaan Melaka, pentadbiran, perdagangan, pertahanan dan penyebaran agama Islam. Banyak point2 dalam tu terutamanya dari keturunan berkembang untuk pencerahan dalam penubuhan kerajaan kesultanan lain seperti Perak, Pahang, dan Selangor. Dari aspek perdagangan pula, menceritakan tentang kekayaan Kesultanan Melaka dan kesibukan pelabuhan kota Melaka yang menunjukkan bahawa orang Melayu sebenarnya merupakan kuasa besar di Asia Tenggara. Pertahanan pula menceritakan tentang teknologi dan strategi perperangan yang digunakan samada terhadap kerajaan Nusantara sekitar, Siam mahupun Portugis. Perihal penyebaran agama Islam melalui kerajaan Pasai, dan pertembungan Syiah dan Sunnah semasa zaman Kesultanan kerajaan Melaka diceritakan dalam ini. Terdapat juga bab-bab yang mencuit hati pembaca seperti percintaan dan permainan di zaman Melaka. Penulis memasukkan juga kelemahan kerajaan Melaka yang mampu dijadikan tauladan seperti bab rasuah yang berleluasa. Boleh menjadi rujukan mahupun inspirasi untuk berusaha dalam kehidupan.

Mendapat strong 4 star dari saya
Profile Image for SyaMimi.
151 reviews12 followers
November 9, 2018
Ringkas dengan bahasa yang mudah difahami. Penyusunan bab yang kemas. Fokus kepada sejarah pembukaan Melaka dari susur galur pemerintah hingga kemuncak pembangunan Melaka sebagai pusat perdagangan hebat dan seterusnya zaman kejatuhannya. Tertarik dengan bab "Melaka dan Cinta" dan juga bab "Melaka dan Peperangan". Baik jika kajian lebih mendalam. Sesuai untuk rujukan bacaan pelajar.

4.0/5.0
Profile Image for Nazmi Harith.
4 reviews1 follower
September 14, 2018
Ini adalah buku teks.

Apakah yang menyamakan buku ini dengan buku teks?
Ayat-ayat padat dan berfakta tetapi mati penceritaannya. Kurang komentar penulis untuk menghidupkan isi buku itu.
Dalam menunjukkan salasilah pemerintah, sedap kalau ditambah ciri-ciri pemerintah dan rekod kehidupan sehariannya.
Dalam menunjukan persenjataan, sedap kalau ditambah cara penggunaan dan ilustrasi.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
December 31, 2022
👑 Buku merangkumi 11 Aspek Rahsia Empayar Melaka iaitu rupa bentuk Kota,Sistem perwarisan takhta,Sistem Pentadbiran, Ekonomi,Peperangan,Pengangkutan,Permainan, Rasuah,Pencintaan, Undang² &Agama. Menarik! Ia satu buku mengabungkan beberapa sumber sejarah yang telah diringkaskan dan bahasa mudah.👏🏻

👑Kagummya,tika kemuncak kegemilangan Melaka, penduduk mencecah 100,000 org melebihi penduduk Kota London waktu tu🧐Tika dilihat isi Melaka dari sudut kekayaan ekonomi,urusan pentadbiran. Sudah wujud sistem peparitan,pembentungan,saluran bekalan air bersih. Masuk ke Gudang perdagangan & Gudang bawah tanah Istana Melaka canggihnya dibuat dari bahan kalis api tak hangus dibakar Portugis. Masuk pula ke Istana Melaka sebenar, besar dia aku sendiri tak henti²kata Wah!👏🏻

👑 Aku tertarik Sultan Mansur Syah beri biasiswa pada pembesar jika berminat pelajari ilmu dalam apa² bidang.Sibuknya Pelabuhan Melaka diakui pelabuhan antarabangsa tersibuk di dunia. Dilawati 60 pedagang berbeza kerajaan dalam satu masa. 84 bahasa dituturkan di Melaka namun bahasa Ibunda jadi bahasa interaksi mereka. Pelbagai bahasa ini juga pengaruhi kosa kata kita, hari ini. Melaka selaku pengeskport Emas dunia dan ada cerita pantang larang cari emas.

👑Masuk bab peperangan emosi berkecamuk.Hebatnya strategi peperangan orang Melayu dapat patahkan serangan Siam dan Portugis berkali² sebelum akhirnya kita tewas. Tewasnya kita bukan kerna tidak hebat atur taktik.Kita punya senjata ampuh sedangkan meriam pun kita mampu cipta sendiri,kita ada orang Laut.Usaha guna taktik Peperangan Bandar,kita ada pasukan penembak tepat.Ada 3000 tentera berbaju besi,dll. Kalau tak kenapa Portugis banyak kali berundur.Tewas kerna ada khianatnya Pedagang China bantu Portugis, ada kisah musuh dalam selimut, kita hilang tonggak utama orang2 hebat dek fitnah dan lain2. Aku amat kesal dan sebal disini.😔

👑 Ada mengenai Melaka jadi pusat perkembangan Islam di Asia Tenggara dek besarnya pengaruh Melaka. Bagaimana, aliran Syiah awalnya hampir mendominasi kita sebelum ada aliran sunni dan sekarang kita dalami Mazhab Syafi'i.

👑 Semua tu hanya cebisan aku kongsi, banyak fakta terimbau balik dan fakta baru bagi aku.Recommend!
Profile Image for Nurhanisah.
Author 1 book9 followers
October 18, 2020
'Rui de Araujo adalah arkitek serangan yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan Kota Melaka. Beliau merupakan sebahagian daripada anggota dalam pasukan Portugis yang mencadangkan supaya serangan dilakukan ke atas jambatan Melaka. Matlamat serangan ini adalah supaya dapat membahagi dua kekuatan tentera Melaka dan menewaskan salah satu bahagian berkenaan.'

Kita semua sedia tahu tentang sejarah Kota Melaka seperti yang telah dipelajari dalam subjek Sejarah di bangku sekolah. Namun buku Tasjil Anis Salatin ini memuatkan fakta-fakta tentang kegemilangan dan kejatuhan Kota Melaka secara lebih terperinci oleh penulis yang berlatar belakangkan pengajian Sejarah alam Melayu. Kajian yang dilakukan oleh penulis selama beberapa tahun telah berjaya menerbitkan sebuah buku berkenaan sejarah Melaka yang menarik dan lebih meluas dari aspek ekonomi, susur galur pewaris dan pembesar, peperangan, perdagangan, cinta, undang-undang dan penyebaran agama Islam.

Susur galur waris dan pewaris takhta kota Melaka diterangkan satu per satu daripada pembabitan Demang Lebar Daun sehingga lah ke sultan Melaka ke-9 iaitu Sultan Mahmud Syah. Melalui bab ini, pembaca dapat mengenal pasti bagaimana perkahwinan di antara pewaris takhta menghubungkan satu negeri/keturunan dengan negeri/keturunan yang lain. Hal ini mengaitkan sejarah susur galur takhta Melaka dengan negara dan negeri lain seperti Indonesia, Singapura dan Pahang.

Pembaca juga didedahkan dengan penerangan tentang fasal-fasal yang terkandung di dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Kekuatan angkatan dan senjata peperangan serta kejatuhan kota Melaka ke tangan Portugis diceritakan dengan kronologi yang tersusun.

Buku ini adalah seperti sebuah ensiklopedia yang menyediakan fakta-fakta menarik tentang Melaka yang lebih mendalam berbanding yang disertakan di dalam buku teks Sejarah di sekolah. Penulis berjaya merumuskan tanpa mengurangkan aspek-aspek penting tentang sejarah kota Melaka yang kebanyakannya tidak diketahui umum, khususnya kita sebagai rakyat Malaysia.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
September 4, 2021

“Quem for senhor de Malaca, tem a sua mao na garganta de Veneza.” - Tom Pires

“Barangsiapa yang menguasai Melaka maka dialah yang akan memegang leher Venice.” - Tom Pires

Kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka bukanlah sesuatu yang asing di dalam sejarah negara kita dan terus menjadi kebanggaan sehingga sekarang. Akan tetapi, tidak semuanya diceritakan kepada generasi moden zaman kini.

Olahan dalam buku ini meliputi permulaan susur galur Parameswara dan keluarganya serta pemerintah-pemerintah Melaka yang memerintah. Menariknya di ceritakan secara terperinci dari mana asal usul datangnya dan bagaimana terhentinya beliau di negeri Melaka. Juga tidak ditinggalkan kerabat diraja dan para panglima, bendahara, juga mereka-mereka yang memegang jawatan penting dalam kota Melaka turut diceritakan.

Ia tidaklah terhad kepada susur galur keturunan kerabat diraja Melaka bahkan dari segi perundangan, persenjataan, peperangan, politik dan kekayaan kerajaan Melaka, kebijaksaan warga Melaka turut dimasukkan di dalam naskhah ini. Padat dan banyak yang pengetahuan baru yang saya ketahui.

Penceritaan bersumberkan daripada beberapa sumber terkenal seperti Sulalatus Salatin versi Krusenstern, Lendas da India, Description of Malacca dan lain-lain. Disertakan disetiap hujung perenggan sumber tersebut. Juga dimasukkan peta kepulauan Melayu untuk menambahkan kefahaman lebih-lebih lagi apabila melibatkan kawasan dan wilayah taklukan Melaka.

Kesimpulan, barangkali buku ini dapat membantu menambah sedikit sebanyak pengetahuan yang lebih mendalam tentang sejarah Melaka melebihi apa yang kita pelajari di sekolah. Malah, disarankan untuk generasi muda terutamanya untuk membaca buku ini supaya berbangga dengan satu kerajaan unggul yang pernah wujud di dalam sejarah negara kita.
Profile Image for Shafiqahsamin.
207 reviews4 followers
March 20, 2022
Mudah difahami.

Cuma penulis suka ulang². Lagi² bila bab Melaka dan Peperangan. Saya hampir mengamuk sebab baca benda yang sama banyak kali. Berapa kali nak ulang point yang sama pun tak tau lah. Kalau baca satu point sehari, takde lah rasa sangat. Ni saya baca satu bab sehari, naik jemu dah ha.

Saya baca buku ni tahun bila ntah, tak habis. Separuh jalan je sebab mengantuk. Macam baca buku sejarah cuma pada saya buku sejarah lagi teratur. Kali ni saya baca balik sampai habis.

Bagi saya terutamanya bab Melaka dan Peperangan, berterabur. Lagi better kalau cerita macam plot. Point pun boleh takde masalah, cuma berterabur. Start dengan siam yada yada sampai portugis, tiber masuk balik dgn siam. Saya tak tau penulis susun point macam mana. Apa yang membuatkan point tu ditulis dahulu, dan ditulis kemudian.

Tetap penulisan yang baik sebab mudah difahami.
Profile Image for Tengku Khadijah.
88 reviews3 followers
January 7, 2022
Dari sekolah menengah lagi, memang suka baca buku tentang Kesultanan Melayu. Dah lama nak baca Sulalatus al Salatin, tetapi belum jumpa buku yang sesuai.

Mula-mula hari tu, terjumpa buku ni yang versi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi rasanya akan lebih faham dan jelas bila baca yang versi Bahasa Melayu.

Untuk yang lebih gemar bacaan sejarah yang lebih ringkas dan santai, boleh mulakan dengan buku ni. Sebab isi-isi disusun elok mengikut bab dan dihuraikan secara turutan nombor. Jadinya, kalau berhenti untuk rehat pun, kita mudah 'catch up' semula untuk sambung bacaan.

Pendapat peribadi Dija, yang lebih suka lebih banyak fakta dan huraian, buku ni mungkin sekadar pendahuluan untuk mengenali Melaka. I need more. Terima kasih penulis, sebab dengan buku ni, Dija ingin tahu dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah Melaka. ❤️
Profile Image for Shahmi Fadzli.
93 reviews
December 25, 2021
Buku yang cukup padat dengan maklumat tentang kerajaan Melaka. Kita memang kenal dengan sejarah cuma selalu kita hanya tahu perkara yang asas. Buku ini wajar dibeli oleh semua lapisan masyarakat kerana maklumat yang tertera datang dalam catatan. Jadi tidak seperti buku lain yang datang berperenggan panjang. Belilah buku ini kerana orang ramai perlu tahu tentang sejarah ini
2 reviews1 follower
July 22, 2020
Naskhah karangan Farahana Shuhaimi ini sarat dengan kajian dan dapatan yang membuka mata mengenai Kesultanan Melayu Melaka. Gaya bahasa yang ringkas, laras bahasa yang tidak terlalu tinggi dan fakta yang padat membawa kepada kesimpulan yang amat memuaskan.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
March 19, 2020
Tak habis baca, mungkin terlalu sarat dengan fakta. Boleh dijadikan bahan rujukan pada masa mendatang.
Profile Image for Ernah842.
35 reviews
October 23, 2022
Pengkhianat!!
Terjawab sudah kenapa Melaka terbentuk seperti sekarang.
Emosi turun naik baca buku ni. Sayu mengenangkan sejarah yang lalu. Tapi kita kena telan.. dan bangun semula!!
Profile Image for Sya Rosyi.
2 reviews
April 26, 2021
Terasa ingin memeluknya, dan berkata ini adalah harta karun. Terasa sayang dengan segala sumber berdaftar yang ditulis pada setiap helai muka surat. Memang sangat berharga karya ini. Tahniah kepada penulisnya.
Profile Image for Hafeez.
692 reviews6 followers
November 30, 2021
"Quem for senhor de Malaca, tem a sua mão na garganta de Veneza"

Sebuah karya mengenai Kerajaan Melayu Melaka yang bersifat holistik. Sangat sesuai dibaca oleh pemula yang ingin berjinak-jinak dengan sejarah Kerajaan Melayu Melaka. Fakta yang disertakan diolah dalam bentuk poin dan disertakan dengan penerangan ringkas. Jadi, sangat mudah untuk dihadam segala fakta yang diberikan. Dari segi kesahihan, rasanya tak boleh disangkal sebab setiap poin akan disertakan dengan sumber rujukan. Antara sumber yang dirujuk termasuklah Sulalatus Salatin versi Krusenstern, Suma Oriental, History of the Exploration & Conquest of the Indies by the Portuguese dan banyak lagi.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya:
1. Kota Melaka dan Penduduk
2. Waris dan Pewaris Melaka
3. Pembesar dan Wilayah Melaka
4. Melaka dan Ekonomi
5. Melaka dan Peperangan
6. Melaka dan Pengangkutan
7. Melaka dan Permainan
8. Melaka dan Rasuah
9. Melaka dan Cinta
10. Melaka dan Undang-Undang
11. Melaka dan Islam
Profile Image for bella.
41 reviews9 followers
February 9, 2023
book is formatted in poorly organised bulletpoints and every page is full of grammatical errors lol. all chapters but especially the chapters that are more about individual historical figures give zero context as to who anyone is. feels more like reading a lazy student's unabridged annotated bibliography on about 10 sources (sources r literally listed after each bulletpoint) rather than a HISTORY BOOK.... i guess this could be a good source if ur a student of malay history and already have a sound knowledge of malacca and just want a cheat sheet kind of deal but otherwise......
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.