Antologi Cerpen Sains Fiksyen & Fantasi Adiwarna 3. Sebuah antologi cerpen sains fiksyen dan fantasi Adiwarna yang menghimpunkan cerpen-cerpen yang disaring daripada sejumlah penyertaan. Tulisan dua puluh dua orang penulis:
6 Hari Melawan Sakti - Rafiuddin Rohani 29 Februari - Madam Red Apa yang Tersembunyi dalam Sedetik Mimpi - Fakhrull Halim Bunga Raya Orang Minyak - Mohamed Naguib Ngadnan D.A.I.M. - Pasidah Rahmat Dalam Tangannya Ada Kilat - Farihan Bahron Doppelganger - Ijazati Habib Femina - Asraf Shahabuddin Gila Mencari Taubat - Qamarul Hassan Hutan Merah - Fairuz Zainal Hydrangea - Ijazati Habib Jari Hantu - Djohan A Rahman Kau Adalah… - Afeena Shah Ke(Jam) - Tuty Alawiyah Kendi - Diq Na Koloni Klon - Asfa Aliyana Koperal Badrul Awang - Mohamed Naguib Ngadnan Panji Cahaya - Monalita Mansor Revolusi Aurora 1.0 - Ezzan Haqis Rumah Kecil Saya - Awra Jauhara Selamat Malam, Pari-Pari - R Azmann A Rahman Tenun Aurora Aroma - Diq Na Tri - Mahizan Husain Zalzalah - Faris Nazrin Zephyr - Deia
🏷️ Bunga Raya Si Orang Minyak: Kisah Andi yang dapat kembali ke masa lalu selepas memainkan piring hitam milik pak ciknya.
🏷️ D.AI.M: Penghuni Kota Nabad telah hidup kekal abadi selama 200 tahun, namun satu virus telah merebak menyebabkan penghuni di situ menjadi tanah hitam sebaik sahaja terkena air.
🏷️ Doppelganger: Semasa Dian cuba membuka kotak artifak, Dian telah dibawa ke alam lain. Di sana, dia bertemu dengan Indera yang tersalah anggap dirinya Puteri Sejinjang.
🏷️ Hydrangea: Hydrangea ialah nama sebuah robot yang dihantar untuk menjaga Puan Anne. Tetapi robot itu telah dipulangkan semula oleh Puan Anne kepada empunya pencipta Hydrangea.
"Banyak perkara lebih membahagiakan apabila dirasa, bukan dilihat,"--Puan Anne.
🏷️ Jari Hantu: Misteri data penggunaan kapsul Polyphlebo yang tidak selaras telah menyebabkan Dr. Hisham membuat pemantauan mengikut minggu. Misteri itu terjawab apabila pada suatu malam dia terdengar papan kekunci komputernya berbunyi tanpa terlihat orang sedang menaipnya.
🏷️ Koloni Klon: Hidup Carac bertukar sejak memiliki tablet yang mampu mencipta klon dirinya sendiri. Namun, disebabkan tamak dan penting diri sendiri Carac mula diburu oleh klonnya sendiri.
🏷️ Rumah Kecil Saya: Wahud merupakan arkitek pembangunan rumah futuristik. Setelah ayahnya meninggal dunia, Wahud, isteri dan anaknya pulang ke rumah pusaka untuk menjual rumah tersebut. Semasa membersihkan rumah, Wahud dan isterinya telah ditelan lohong hitam yang telah membawa mereka ke Kota Idaman yang dipenuhi 1001 buah rumah aneh.
🏷️ Tri: Kisah pengorbanan si ayah untuk anaknya semasa perang dunia ketiga aka perang antara 3 kelas manusia.
🏷️ Zephyr: Nour yang menaiki gondola seorang diri telah terperangkap lalu dibawa ke masa depan. Di sana, dia dipertemukan dengan Zephyr iaitu robot ciptaannya dari masa depan.
Rasanya saya yang tak reti appreciate cerita cerita macam ni. Ada beberapa cerita yang saya rasa macam okay, thriller style tapi macam tergantung pula. Cerita pasal kapsul tu contohnya. Apapun, very good effort by the writers. Saya pasti tak mudah menulis cerita genre Sci fi but they did it. Semoga akan ada lebih banyak platform untuk mereka terus menulis dan publish.
Hampir kesemua cerpen mempunyai robot atau artificial intelligence (AI) sebagai salah satu watak. It's quite disturbing to me, having to read stories that have AI which is almost human in almost every way. Robot dijadikan untuk menyenangkan kerja-kerja manusia tapi bukanlah untuk menggantikan manusia.
Cerpen yang menarik hati:
D.A.I.M. - Pasidah Rahmat Sebuah kota di mana penduduknya sudah hidup lebih dari seratus tahun gara-gara tidak mampu melahirkan zuriat. Robai, isteri kepada Prof. Andi, dirayu oleh penduduk kota itu supaya berbuat sesuatu untuk menghentikan hayat mereka. Ini kerana mereka sudah bosan dek terlalu lama hidup. Robai, robot yang Prof. Andi cipta untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, akur akan kehendak penduduk kota ini. Robot wife 1.
Gila Mencari Taubat - Qamarul Hassan Raden dan Sophea; suami dan isteri. Apabila Sophea tidak lagi mahu terima pujukan Raden tetapi Raden tetap nak rujuk semula, maka terjadilah idea gila. Sebab Raden tak boleh hidup tanpa Sophea, sebuah android mirip Sophea telah dicipta Raden untuk menghilangkan rasa cinta dan rindu yang amat sangat. Masalahnya, Sophea yang betul terbaring kaku di bawah tanah rumah dalam balang cyronics dengan belahan pada tengkorak. Robot wife 2.
Zalzalah - Faris Nazrin Cerpen yang saye tak jangka akan pengakhirannya! Nazrin terima surat dari Xavier's School for Gifted Youngsters. Wow.. Dapat jumpa Professor X. ;) (Cerita ni tak ade robot. Hehe..)
Oleh kerana buku ini menghimpunkan sejumlah cerpen dari sejumlah penulis, maka saya tidak dapat memberi rating yang mewakili semua. Ada cerpen yang jalan ceritanya menarik dan lain dari yang lain, ada yang temanya sama - robot berbentuk manusia, atau robot yang membantu manusia membuat kerja. Ada juga cerita yang tergantung yang tak berapa difahami, tapi ini hanya pandangan saya. Harapan saya semoga penulis2 sentiasa berkarya dan menghasilkan lagi cerita fantasi yang lebih menarik lagi untuk dibaca.
Yang teringat-ingat; "Apa yg tersembunyi dlm sedetik mimpi" & "Zalzalah" (terkesan & macam kena je cerita ni dengan diri sendiri). Rasa berbaloi sebab cerita ni berada di kedudukan yang ke-24.
Yang tak boleh nak teruskan pembacaan, ada 5 buah cerita.
p/s: next mission mencari antologi sci-fi aitrees pulak