Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hatiku Untuk Dia

Rate this book
Lapan tahun Reza hidup bersendiri setelah papa dan mamanya meninggal dunia. Kehadiran Uwais dan Qaira, anak hasil perkahwinan kedua arwah papanya buat hidup Reza kucar-kacir. Reza yang tidak pernah mahu mengenali adik-adiknya itu dituduh tidak cakna oleh rakannya dan lepas tangan kerana sering pulang lewat ke rumah. Kematian Alfan, kembarnya membuatkan Reza terasa kosong walaupun perangai kedua-duanya bagai langit dan bumi.

“Aku bukan macam Alfan yang cool! Yang boleh relaks dan senyum sepanjang masa!” - Reza

“Za! Alfan dah lama meninggal, kut! Dah lapan tahun pun. Yang kau sampai sekarang asyik bandingkan diri kau dengan dia lagi kenapa?” - Akid

Kesedihan dan kesepian Reza tiada siapa yang peduli. Kawan-kawannya juga menjauh. Sehinggalah kemunculan Elviana, PA Uwais dan Qaira yang memberi sedikit perhatian kepada Reza. Sikap positif Elviana banyak membantu Reza menangani kerenah Uwais dan Qaira yang baru menerjah ke alam remaja.

“Awak kena jadi idola Uwais! Awak kena tunjukkan kepada dia perangai dan kelakuan yang dia rasa lebih cool dari apa yang dia sedang cuba jadi sekarang!” - Elviana

Kematangan dan sikap berterus terang Elviana membuatkan Reza jatuh sayang kepada gadis itu. Dia tahu Elviana juga ada rasa yang sama tapi sayangnya, gadis itu sudah bertunang.

“Aku tak ada masa cari perempuan, Vi. Tak terbuka pun hati ni. Bila kau datang, baru aku ada rasa nak bagi hati aku pada kau.” – Reza

“Maknanya... Awak pun suka saya?” – Elviana

“Sayang. Kalau setakat suka, aku boleh pandang kau sebelah mata lagi. Masalahnya, bila hati dah mula sayang, itu yang buat aku tak boleh abaikan kau.” - Reza

Kedudukan Qaira dan Uwais sebagai artis, membuka ruang netizens mengorek kisah silam di sebalik kematian Alfan. Bermacam dugaan harus Reza tempuhi. Musibah mula menimpa. Satu per satu rahsia terbongkar. Pengorbanan Reza akhirnya membuat Qaira dan Uwais meraung keinsafan. Mereka sekeluarga difitnah cuba menyebarkan HIV. Ketika netizens mengecam, para sahabat menyisih, Elviana tetap setia di sisi Reza walaupun dia sendiri mengidap SLE.

“Ya Allah... Atas semua pengorbanan dan kasih sayang yang Reza berikan padaku, izinkan aku membuat dia bahagia sampai hujung nyawaku...” - Elviana

Mampukah Reza menghadapi orang sekeliling yang mengeji? Dapatkah Reza dan Elviana berbahagia? Ini kisah tentang kesetiaan, pengorbanan dan sejauh mana kau mampu bertahan bila diuji Tuhan.

1025 pages, Paperback

First published April 1, 2018

12 people are currently reading
204 people want to read

About the author

Rose Harissa

35 books220 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
137 (72%)
4 stars
37 (19%)
3 stars
12 (6%)
2 stars
2 (1%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 64 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
May 7, 2018
4.5*

Aku memang sokong Vi bila dia kata Edward Cullen tu tak handsome haha.

Review penuh? Nanti, kena bertenang dulu.

Full review: 7/05/2018

Aku suka:
1. Segala input yang dikongsi -- HIV, PHIV, SLE, dunia hiburan dan artis, videogame composer, taekwando dan ada resipi juga tau. Mungkin itu yang buat cerita ni tebal sebab penulis bukannya aci-redah-salin-dan-tampal. Setiap isu diolah dengan baik dan diletakkan di plot sepatutnya. Cuma beberapa terms yang aku tau susah nak diterangkan dalam Bahasa Melayu menjadikan isu itu nampak ‘berat’ buat pembaca untuk memahaminya.

2. Perkembangan watak yang hampir setara buat kesemuanya. Banyak watak yang diadun dalam ni dan masing-masing tidak ‘dilupakan’ oleh penulis. Malah watak kakak Elviana yang bajet bagus tu pun ada ending yang buat aku kata, “Ha, padan muka! Sibuk sangat dengan perihal adik sampai lupa hal ehwal suami.” Ehhh! Haha *sempat aku membawang*

3. Brotherhood between Fan-Reza. Camna ya nak terangkan? Tapi semua tu memang masuk terus dalam hatiku.

4. Seperti lakaran watak-watak heroin sebelumnya yang mana heroin yang petite, comel memang amatlah serasi dengan watak hero yang ganteng. Gitewwww haha. Cuma, plus point dan mengapa aku boleh masuk #teamkakVi -- Elviana kali ni lebih matang (walaupun dia tidak ‘sempurna’), kiranya memang sepadan sangat dengan si Reza.

5. Alfareza (Reza). Dah tau kenapa Acik Qay suka sangat dengan watak hero ni, siap ada hashtag #abamReza ewahhhh :P Malas nak cerita panjang, pi baca review Acik Qay tu haha.

6. Ending. Walaupun aku ambil masa ‘bertenang’ bila tiba di penamat cerita, tapi rasanya itu memang penamat yang terbaik. Tapi, coppp… nak tanya sikit. Kenapa? Whyyyyy? Ai is very disappointed tau Kak Rose. Kenapa ‘dia’ dilepas begitu saja? Kenapa? Sungguhlah tak puas hati. Kalau dalam WCW, si Jasnita tu pun ada pembalasannya tapi kali ni, baik sungguh hati Kak Rose. Ai is emo tauuuu. Membebel tak sudah dekat Bonets.

Novel ni buat aku rasa lebih kasihan pada selebriti baik pelakon ke penyanyi ke atau insta-famous sekalipun. Kita yang rakyat marhaen ni pun ada masa kena bash dekat media sosial, tapi mereka? Lagi hebat. Aib dan fitnah tu bagaikan ‘makanan’ harian. Nak defend salah, buat tak tahu pun lagi serba salah.

Dan, seperti komen-komen lain, cerita ni banyak typo. Ada scene hilang, tapi Acik Qay dah siap bagi penjelasan. Amboiii… memang ‘pemantau’ berjaya sungguh kali ni.

Ps: Terima kasih untuk resipi sambal ayam carik tu. Moga ada rezeki CheRina nak buat nannnnnntiiii haha
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
October 9, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM23. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

I genuinely feel that there are no words that could do this story justice.

Could this possibly be the best novel I've read in 2018?

It could.

And N sangat, sangat lar rasa gembira that I waited until N benar-benar lapang untuk mula baca Hatiku Untuk Dia sebab to really appreciate this novel, is to savour.

Memang at times N rasa macam nak baca cepat sampai habis sebab nak tahu kesudahan cerita, tapi pada masa yang sama I do not want to miss anything!

Dan paling tak disangka adalah kisahnya lebih rumit dari yang disangka.

Yes, there were dramas. Lots of them, so untuk pembaca yang suka drama seperti N, you are in for a treat. But there also lessons and emotions. Sungguh, ada masanya N rasa Reza ni patut buang saja Uwais dan Qaira supaya mereka ni sedar diri. And ada masanya N rasa Reza ni patut biarkan saja 'kawan-kawan' dia yang sebenarnya lebih tak berguna dari berguna. But if he were to do all that, thaan Reza wouldn't be Reza.

Mula-mula N sangka watak Reza ni biasa-biasa sajer, cuma maybe terlebih perungus. But selepas sedar apa yang dia perlu tanggung selama ni, N rasa Reza ni memang lelaki idaman satu Malaya.

There are so many things that can be learnt from this story - From the meaning of being a family, being a friend, AIDS/HIV, SLE, being strong dalam berdepan dengan cabaran and kehidupan.

But more importantly, N rasa cerita ni will always have a special place in my heart for its memorable ending.

Is it unexpected?

You betcha.

Is it a disappointment?

That depends.

For a reader who doesn't expect nor need a happy ending, I find the conclusion to be absolutely fitting, and I wouldn't change a single thing.

Super highly recommended!
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 2, 2018
macam biasa... baca buku RH... kalau tak stress... tak sah... tapi... Abam Reza... MCDREAMY!! Definitely a keeper... Babai Adam. Babai Leo...

TBC...

First of all... I just wanna saya... I LOVE REZA VERY VERY MUCH. Haaaaa lega... got it out of my system dah. He is like a perfect guy in every way. To say this kind of guy doesn't exist, it wouldn't be fair. To say he does exist, it's like trying to find a needle in a haystack. Honestly.... siapa2 yang jumpa this kind of guy... ikat kuat2 jgn bagi lepas.



REZA: How shall I describe him.... getting dreamy nih. A good and trustworthy son. A supportive and responsible twin. A caring and considerate brother. A loving, romantic, compassionate and yummeh hubby and most of all a human being with a beautiful soul. Nampak tak betapa ai adore him. [Bonetarians: This is why, I babai Leo hokay. Ahaks]



VI: Dear Vi. Dear sweet luvly Vi. How I would have loved u if you are in fact a real person. U have a very pure heart. I have liked u from the beginning till the end. You have given so much to the people around you that even when you are not around, your presence linger. In the beginning, it was very hard for me to accept your fate but in the end and after I finished meroyan by myself since I have nobody to turn to sebab semua belum baca kan..... I accept the ending and I agree... it was a beautiful twist. We can't always live in fairy tale coz life is not always a fairy tale. For that kind of ending... kudos to the author for trying out something new. But whatever it is... Reza and Vi are soul mate and I accept the fact that their paths have to be that way.

Now... about the story. I simply love the story. I have gained much knowledge from reading this especially in the area of all those technical stuffs. I do applaud the author. She must have done a vast sum of research to have such elaboration. I like that when I read a book, I learnt something from it. From all aspect, I mean and not only the “sweetness overloaded” stuff that are selling nowadays. There are also elaborations on few types of disease and how to understand the dos and the don’ts and how to treat people with those kind of disease. It’s some kind of awareness promotion going on here. However, I do wanna make it clear that there are some parts in this book that can make your eyes turned wide. That is a warning lah untuk anak-anak muda yang membaca ya. Untuk mak-mak yang dah tak berapa muda ni [but young at heart ok], bawak-bawak lah bertenang jugak ya… Hahaha.

Now…. Aci ke I review happy2 je buku RH ni… Memang taaaaaaaaaaaaaaaak la kannn…. As usual… buku dia maaaana ada tak stress… Semua stress semedang.

QAIS – FAME REALLY DOESN’T SUIT U GUYS ok!!!... Ya ampunnnnn….. rasa macam nak kaki kaki kannnn jek budak 2 ketul ni tau… Hanya melihat the picture on the frame je. Tak nak langsung study the picture. Lain kali… study dulu picture tu. Tengok pakai cat apa. Kesusahan macamana nak menghasilkan picture itu. Ni tak! Tau nak menuduh tak tentu halaaaa je… KESIAN ABAM REZA AI. Eh!... tetiber. Sukati aaa… Review ai. Abam ai lah… Ahaks. Reading tentang QAIS made me realize that being public figure is not a bed of roses all the time. Most of the time, u tend to step on thorns. Nasib la dulu ai tak jadi retis. Eh! Lagi sekali tetiber…. Nasib laa budak2 ni sempat kembali ke pangkal jalan and when they turned good, they did really good. Okeh… budak2 ni dah baik… ai rasa nak kaki kaki kan lak One Kid Production punya guys. Like seriously guys…. Snap out of it!!! Life is not always bout money and glory okay. Geezzz…. Malas citer panjang pasal diorang. Kang dah tau citer kang, tak stress dah baca… Mana boley ai stress sorang2. Hahahaha…

Now…. Nak citer sket pasal media social. I have always have issues pasal these kind of things. All these keyboards warriors. Really??????!!!!! You guys have waaaaaaaaaayyyy too much free time huh? You can depict alllll the negative things by just looking at one picture??? I mean… how is that possible? Do you guys have a manual or something? Like all the statements mentioned in this book are really some of the statements that I have been reading in the social medias. Look… if you don’t like something and it’s not even wrong dari segi agama and doesn’t even concern you…. JUST LOOK AWAY or STOP READING! It’s as simple as that. The way I see it, the keyboard warriors’ specialties are to cause chaos and I think when they did that… they simply lay back and let out evil laugh. That is how I see it la because I don’t see any other reason why people would say what they said… unless that is their reason. Or… they might be fishing for cheap publicity la kot… How pathetic. [Eh… terlebih lak meroyan] Stop dulu lah… kang panjang2 kang… ai plak kenek kecam.

#silajangankecam
#kalaukenakecampun#adaakukesah

So… all in all… this book is worth reading. Ada banyak lagi yang I would like to meroyankan tapi sudah-sudah lah sebab I, myself… don’t have wayyyyyyyyyy too much free time… This however has been a Goodread indeed. The love that Reza and Vi shared is something that is pure and unconditional and that is why... the ending really touched my heart.

To all the Rezas out there… I salute you.
To all the Vi out there…. I love you.



To the author… thank you for the eye opener on several issues. Yes… saya stress but it was worth it…

Owh by the way… WHEN I LOOK INTO YOUR EYES by Firehouse is my favourite song now.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
May 5, 2018
4.5 Bintang

Sejujurnya masih dalam tempoh bertenang.

Buku tebal tapi isinya juga padu.
“The Awaluddin Clan”
Alfareza & Alfanshah
Qaira & Uwais
There’s no better friend than a brother.
Friend may come and go, but the love of family last forever-Awaluddin

Elviana- #teamkakVi forever!!!

1. Masa mula-mula terbaca “teaser” penulis memang timbul perasaan teruja lagi2 bila watak utama tu seorang Pemuzik gedik je rasanya kan. Lepas beberapa chapter mcm Nampak sedikit arah tuju cerita dan tiba2 penulis senyap tapi tup tup terbit utk edisi PBAKL2018.

2. Seiring dengan ketebalan buku pastilah sebagai pembaca saya mengharapkan sesuatu dari buku ini. iya memang tidak mengecewakan.

3. Ada beberapa isu yg diketengah oleh penulis dalam kisah kali rasa mcm baca buku teks pulak kan hehe terpulang pada pandangan masing-masing.
Isu Gejala social dikalangan masyarakat golongan artis terutamanya.
Isu HIV, AIDS dan PLHIV (baru tahu apa itu PLHIV)
SLE & DLE – SLE pernah dengar, pernah baca serba sedikit dan pernah jumpa 2 orang yg ada SLE.
Gejala buli siber, bahagian ini paling menonjol sekali almaklumlah watak-watak utama terdiri dari mereka yang berada di kelompok “limelight”

4. Saya akui penulis memang suka memberi rasa tidak keruan kepada pembaca, ada sahaja yang ditingalkan oleh penulis. Bila menamatkan pembacaan hati saya rasa sakit, gundah-gulana hampir murung (hampir sbb saya dah selak ending) jadi saya tahu apa bakal terjadi (padan muka sendiri cuba stop habit selak muka surat hujung2 tu lain kali) , tapi saya dah redho dan kembali bersemangat 😉

5. Secara keseluruhan terima kasih Kak Rose untuk kisah kali ini, tentang isu yg di utarakan tu pada masa yg sama rasa mcm Kak Rose sedang menjalankan kempen kesedaran pulak. Say No to Cyber bullying and NO TO MAKCIK-MAKCIK BAWANG.

P/S Pesanan buat diri sendiri, jangan nak membawang sangat.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
September 12, 2018
If...
If we're apart,
I'll always be with you...
If we can't be together,
Keep me in your heart...
I'll stay there forever...


Sebak.

Itu yg aku rasakan sepanjang pembacaan.

Walaupun buku ni tebal, tp kisahnya memang secukup rasa, langsung takde plot yg meleret2 atau apa. Semua watak digambarkan dgn baik.

Aku mulakan dgn Reza, dan kembarnya, Alfan.

Tipu kalau aku cakap mata aku tak berair bila baca scene pengorbanan Reza utk Alfan. Mcm2 yg Reza buat utk lihat Alfan sedar dan bangkit. Di kala semua org menunding jari pada Reza, hakikatnya mereka tidak tahu pengorbanan yg dia telah lakukan selama 8 tahun lamanya.

Hanya dia setia menanti,
Meski duniaku koyak,
Terperangkap dalam mati sebelum mati,
Jiwa hilang dalam perjuangan,
Yang tak pernah berakhir,
Hanya dia hadir,
Membawa keinsafanku kepada-Mu.

Itu puisi yg Alfan tuliskan untuk Reza. Sungguh, hubungan antara Reza dan Alfan terlalu istimewa. Kuatnya ikatan hati membolehkan mereka membaca isi hati masing-masing tanpa perlu berkata-kata.

"Kau adik aku, separuh nyawa aku, belahan jiwa aku. There's no better friend than a brother. Friends may come and go, but the love of family lasts forever." - Alfan

Uwais dan Qaira. Aku suka dgn watak mereka pada awalnya. Di pertghan cerita pula aku jd geram. Marah. Benci pun ada. Aku kecewa dgn sikap biadab diorang terhadap Reza.

Tapi di akhir cerita, aku jd terharu dgn karekter Uwais. Akhirnya dia kotakan janjinya utk takkan tinggalkan Reza.

Elviana. Allah... watak paling kesian, sangat kesian. Bagi aku, andainya Vi pergi kerana lupus, mungkin aku sebagai pembaca tidaklah terasa terlalu terkilan memandangkan awal-awal lagi dah tahu penyakit itu tiada penawar. Tapi yg terjadi sebaliknya.

"Walau orang pisahkan kita di dunia, saya harap di akhirat kelak kita tetap suami isteri. Lupus hanyalah asbab..."

Betul kata Vi, lupus cuma asbab. Sedih memang sedih dgn nasib yg menimpa Vi. Tapi apa pun, kalau sudah sampainya ajal... tetap waktu itu akan tiba, walau dgn cara yg plg kita tak jangka.

Dan Reza... memang sebaik-baik lelaki. Mcm2 ujian yg melanda hidupnya, dia kekal sabar dan tabah.

Meski bertahun-tahun masa berlalu, kesetiaannya pd Vi tak pernah pudar.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
May 18, 2018
3.7*

Dah sepuluh bulan bila mood membaca terus hilang dibawa lari lepas patah hati (wohha!), nak mulakan balik tu memang payah. Ni haa nak buat review pun kekok.

Novel kedua selepas Love, Lila untuk tahun ini. Tapi dua-dua watak hero/heroin menyedihkan. Aduhai, libang libu sungguh hati daku.

Untuk HUD (yang temanya agak berat) ini, emm what more can I say? Rasanya kakak-kakak punya review dah cukup rempah ratus, sampai tak teragak-agak nak beli.

Cuma, jujurnya saya terganggu dengan perkataan yang saya baru jumpa berulang kali. Tak faham sepatah haram maksudnya. Perkataan moden dalam perbualan harian pun agak tidak kena.

Lepas tu, keterbukaan dan lepas laku dipejam matakan. Macam tak kena. Watak Reza digambarkan seorang yang ‘baik.’ Baik as in ‘alim- tahu ilmu. Tapi tak tegur, tak berkeras.
Maaf, benda macam ini berulang kali saya utarakan setiap kali buat review. Tak kena. Tak seimbang.

Apapun, tak menyesal baca. Biar berkali-kali air mata berjujuran, biar teruk mana kuhamburkan kemarahan kepada si Jad, biarpun banyak kali keluhan dilepaskan,
puas bila dapat senangkan hati untuk seketika (lepas ni tak tahu bila pulak nak kejar reading challenge ni).
Ye lah, bukan senang nak kumpul balik semangat membaca yang makin malap. Sobs.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 6, 2018
Tebal kali ni novel RH. Bila dah habis baca, rasa puas. Banyak info diceritakan secara terperinci. Tentang HIV, penyakit lupus SLE,  dunia hiburan dan video games composer. Thanks RH memberi ilmu baru kepada pembaca walaupun susah nak hadam sesetengah term. 


Watak hero. Alfareza. Tidak terlalu sempurna. Ada kalanya dia betul. Ada kalanya dia salah. Cik Pah suka watak sebegini berbanding dengan watak terlalu sempurna kerana manusia biasa mmg tak sempurna kecuali Nabi. Terkesan dengan tanggung jawab yang dipikul Reza. Menanggung kos perubatan, masa, tenaga demi kembarnya, diamanahkan ibu tiri menjaga adik kembar yang meningkat remaja yang tidak dia kenali ditambah mereka adalah artis baru nak up dan bertemu jodoh dengan pasangan yang mengalami SLE. Cik Pah rasa mesti Reza ada tahi lalat kat bahu kanan.. betoii tak RH? Emak Cik Pah kata sesiapa yang ada tahi lalat kat bahu kanan orang tu memang ada tanggung jawab berat dalam keluarga tak kisah la sebagai kakak atau abang atau adik.( Fakta atau mitos?)


Elviana, kecil orangnya tapi bersemangat waja sampai si tinggi lampai Reza terpaut dengan dia. Vi, menjadi PA kepada Uwais dan Qaira si kembar yang perlukan perhatian orang dewasa. Mula2 kasihan kat budak 2 orang tu, ye lah, yatim piatu, ada abang pun tak reti nak tunjuk kasih sayang. Ditengah cerita geram dengan perangai mereka yang keras kepala, memberontak, melawan cakap orang dewasa, kalau terasa nak cili mulut mereka memang patut pun. Diakhir cerita syukur sangat mereka menjadi  orang. 


Ada kisah kahwin paksa tapi tidak kesampaian apabila penyakit yang dialami Vi menyelamatkan keadaan. 


Kisah dunia hiburan ternyata menakutkan. Mudah buat duit tetapi mereka dekat dengan fitnah, mudah orang singkap aib bukan sahaja diri artis tu tetapi keluarga terdekat. Tanpa sokongan keluarga boleh hancur hidup seseorang bila mudah hanyut dengan kemasyuran.

ps: susah nak review bila ada org pantau si Reza ni hoho
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 24, 2018
Selepas Pelangi Buat Ara yang sarat dengan emosi , membaca novel ini seolah-olah memnusuk jauh untuk menggali segala emosi yang terpendam dalam diam, agar dilepaskan bebas!

Reza, sejak kematian Alfan, kembarnya, hidupnya kosong. Dia meninggalkan semua dunia glamour yang dikejar bersama Alfan, di bawah kumpulan I, Bendel. Kemunculan adik-adiknya yang berlainan ibu, Qaira dan Uwais seolah-olah mengamit memori dia bersama ALfan yang pernah cuba ditinggal jauh. Dan, kemunculan VI, PA adik-adiknya mengoyahkan pendirian Reza. Tatkala rahsia Alfan terbongkar, Reza diuji sekali lagi. Mampukah REza bernafas atas angin kebahagian?

Sebuah novel yang sarat dengan kisah pengorbanan, adik beradik, dikuatkan lagi dengan perhubungan pasangan kembar Reza-Alfan dan Qaira-Uwais. Perkembangan watak sejajar, berkembang mekar seiring dengan perubahan plot. Memang banyak yang tersorok di sudut hati Reza, selama dia mengharungi segalanya sendiri. Namun, kehadiran Vi mampu menyegarkan kembali ketandusan hati Reza.

Qaira dan Uwais, digambarkan remaja yang baru mengenal dunia, asam garam dan tipu daya dunia hiburan yang hanya nampak gah di dasar, namun penuh dengan hipokrasi. Keuntungan masih menjadi keutamaan, sehingga mengabaikan aspek kualiti. Agak terganggu dengan kekurangana ajar mereka terhadap Reza, namun tidak dapat dinafikan, gejolak jiwa remaja mendorong sikap mereka.

Begitu juga kawan-kawan Reza, yang memang tak boleh pakai. Sakit hati juga dengan mereka. Watak Jad juga, walau pun adakalanya dapat memahami punca perlakuannya namun itu bukanlah tiket untuk dia bertindak sewenangnya. Entahlah, watak mereka sedikit sebanyak memang ada disekeliling kita.

Walau pun tebal, namun setiap plot harus diselusuri untuk lebih memahami hati Reza, punca dan sebab akibat segala tindakkannya. Memang agak sukar untuk menghadam setiap helaian, namun ada cerita dan emosi diletakkan di setiap babak, membuatkan pembaca sebak. Kagum juga dengan ketabahan Reza.

Selain mengetengahkan mengenai HIV dan SLE secara mendalam, banyak juga info berkenaan dunia hiburan diselitkan, selari dengan perkembangan plot.Tabik dengan penulis kerana mampu mengolah segalanya dalam buku yang setebal ini, tidak menjadikan ia klise, dengan plot yang tidak berulang.

Memang naskhah yang terbaik untuk tahun 2018 ini, jika anda sukakan konflik yang rumit dan sedikit realiti.

Tahniah untuk penulis!
Profile Image for Hajar.
284 reviews
May 10, 2018
Baru tau kenapa buku ni tebal.
Baru tau kenapa cerita ni kena peram lama.
You’ve done a great job, Kak Rose!


10-05-2018

1. Saya bukan peminat buku tebal. In fact, sebenarnya saya dh bercadang nak peram buku ni sampai habis baca semua stok buku PBAKL 2018. Tapi, akhirnya terpaksa juga mencemar duli setelah pembakaran beramai-ramai dilakukan oleh geng bonet. 😒

2. Rugi sebenarnya kalau peram pun. Ada banyak isu yang penulis ketengahkan dalam karya kali ni. It’s like an eye opener, especially untuk isu taboo macam HIV tu. Selalu kita dimomokkan dengan AIDS yang membawa maut tapi sebenarnya ada beza pemisah antara keduanya. Kudos untuk Kak Rose dan juga untuk para PLHIV. Semoga mereka sentiasa diberi kekuatan untuk ‘terus hidup’.

3. Kebanyakan buku tebal yang saya baca biasanya ada pengulangan dan meleret-leret dengan konflik. But not with this one . Tebalnya boleh diterima akal. Cuma ada beberapa bahagian yang buat kita rasa nak meroyan. Haha.

4. Alfareza (Reza) - anak yang amanah, abang dan adik yang bertanggungjawab dan juga suami yang sangat mengutamakan keluarga. Sanggup ketepikan minat dan usia muda hanya untuk memegang amanah yang dipertanggungjawabkan. (Terus teringat watak Eddy Ezli - Mulanya Satu Cinta. 😍) Nampak dia macam tak ambil peduli bila adik-adik yg bergelar artis dan keluarganya difitnah di media sosial. Tapi sekali dia bertindak, hambik kau. Dengan kawan baik sekali tak berani angkat muka. Heh. Ops. Tak boleh nak komen banyak. Nanti kang kena warning. Ahaks.

5. Elviana (Vi) - saya membayangkan dia ala-ala Selena Gomez versi bertudung. Haha. Mesti comel. Bergelar PA buat adik-adik Reza, Qaira dan Uwais buat dia akhirnya mengenali sisi Reza yang selama ini tersembunyi dari kacamata orang lain. Cuma itulah, terpaksa redha dengan kesudahan Vi walaupun ada rasa tak puas hati bila si ‘pelaku’ lepas bebas tanpa hukuman setimpal. Huh.

6. Qaira dan Uwais - korang ni memang patut habiskan sekolah dulu. Tak payah sibuk nak jadi artis bagai. Bila famous sikit muka lupa diri. Tolak abang kandung sendiri. Kena buli siber stress. Buat abang jadi musuh. Heh. Mujur korang sempat sedar diri. Kalau tak memang nak kena kakikan beramai-ramai jawabnya. Eh, kan dah ter emo 😂

7. Suka isu buli siber yang penulis ketengahkan. Memang isu hangat sekarang ni. Kekadang takut dengan netizens yang suka komen membabi-buta macam tak ada hari esok. Tak ingat mati. Tak ingat diri sendiri pun ada keluarga, kalau apa yang dikomen dan dikutuk tu berbalik pada diri sendiri. Nak membawang pun berpada-padalah. Ingat orang yang tersayang. Siapa tahu esok lusa kena kat diri sendiri? Heh. Dah macam pesanan khidmat masyarakat. Hehe.

8. Apa pun, tahniah buat penulis. Peram lama-lama pun berbaloi. Umpama diam ubi. Hehe. Moga dilimpahkan ilham dan kudrat untuk terus berkongsi kisah dengan kami. Tak sabar nak larut dalam emosi lagi. Eh? Haha.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
February 4, 2023


I need time to recover after finishing this piece.

This book is beautifully created. I believe this is one of the books I've read that was written close to reality. All the characters have flaw, and I appreciate it.

This piece is unique, I must say. You don't really see a book written from the MMC, Reza's point of view. He went through a lot of things, and I deeply sympathize with his character. If only he exists in real life, I would give him a tight hug - or better yet, I'll volunteer to be his soulmate, haha. But frankly speaking, I admire Reza's character so much.

I cried plentiful time, bawled my heart out for multiple reasons. Why? You'll have to find out for yourself. As I've mentioned before, a book that made me cry is definitely a good one.

10/10 RECOMMENDED!!
Profile Image for Bay.
260 reviews4 followers
January 17, 2025
Second book yg buat aku nangis.

Ya Allah Reza the most green flag ever 💚 ketabahan yg Reza lalui utk protect family dia especialyl Alfan memang mengagumkan aku. Aku rasa nak peluk2 Reza tau sebab character dia memang bagus. Dah la bijak, berilmiah, pandai compose lagu, penyayang. Mana nak cari ML macam ni. Sorry Naz from SK, Reza won today. 🫂🫂🫂

Vi…. Aku nangis bila baca tentang Vi. Supportive gila dekat Reza dan adik2 nya. Takde prejudis langsung ke Alfan. Baik gila Vi ni. Vi dan Reza complement each other. 🩵💙💜

Alfan masa muda dulu degil. Tapi lepas semua yang jadi, aku bersyukur Alfan bertaubat. The plot twist tentang siapa sebenar yang Alfan sayang? Ya Allah, unexpected betul. Jodoh tak ke mana jugak kan…🫶🏽

Qaira dan Uwais. Duo twin yg degil, nakal tapi akhirnya kembali mendengar kata abangnya. Aku respek dengan Is sebab memang dia berpegang dgn janjinya. 💘
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
November 6, 2018
Haaiii lama sungguh ambik masa nak menghabiskan buku ni.bukan sebab xbest tapi disebabkan kesibukan melanda.tertangguh tangguh jadinya.
Sekarang baru faham kenapa ramai sangat meroyan dengan abam Reza ni..hehe..such a perfect character dan terasa sangat real sepanjang pembacaan ni.
Tak perlu review panjang2 sebab semua dah tulis review best2 dan sememangnya highly recommended. Bab ending tu memang kena tarik nafas dan bertenang sebelum boleh redhoooo...
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
February 6, 2019
3.85 bintang

Kesiannya seorang Alfareza. Terpaksa menanggung segala beban tu seorang diri. Berat sungguh dugaan yang terpaksa dia hadapi.

ps - cerita Jad tu habis macam tu je ke?
Profile Image for Hida.
119 reviews12 followers
May 6, 2023
Rate: 5 ⭐️

Buku kedua Kak Rose Harissa yg aku baca selepas daripada Raid Arjuna 🫰🏻 Buku ni pun tak mengecewakan bagi aku. Seriously aku memang kagum dengan karya penulis ni, sebab karya dia bukan kosong 💯

Karya author ni selalu mesti akan ada banyak ilmu2 baru yang kita akan dapat. Dan cara penceritaan author ni macam ada satu tarikan, I don’t know how to explain this, tp berjaya buatkan aku fokus untuk baca sampai habis. Tebal gila buku ni, baru perasan yang aku dah berjaya habiskan buku setebal 1000+ pages 😱 Tapi walaupun tebal, tak rasa sangat sebab buku dia penuh dengan details2 yang menarik, nampaklah betapa author ni banyak buat research before tulis buku dia. Contoh la, bila ada buku yang cakap pasal kerjaya ML ni begini, tapi tup-tup secoet je pasal kerjaya ML tu diceritakan. 😂😂 Tapi tidak pada buku karya Kak Rose, kerjaya diorang diceritakan secara details. Selain tu, topik yang author ni bawa dalam buku ni topik yang heavy, tapi aku suka sebab aku belajar banyak benda baru. Tentang karier as artist, tentang HiV/AIDS, tentang hubungan kekeluargaan, tentang SLE, tentang pengorbanan. Part tu mmg aku salute 🫡

Aku rasa mcm panjang je kalau aku nak ulas pasal buku ni. Hahahha. Tp watak Reza tu 🫶🏻🤌🏻 Mcm love-hate relationship sikit aku dengan watak ML sorang ni. 😂😂 Karakter2 dalam ni aku suka jugak, sebab diorang mostly berbeza, tapi diorang cuba menerima satu sama lain, membuatkan aku rasa yang setiap daripada kita ni, ada benda yang orang boleh belajar, dan ada benda yang kita boleh belajar daripada orang lain. Ha gitu. 🤭 Watak FL serius aku sukaaaaa 🫰🏻

Overall, memang best, tapi better mentally prepared bila nak baca buku ni hahahha. So many things happen, and so many things can be learned 💕 #emptycanvashida
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
May 27, 2018
#28

Hatiku Untuk Dia (Rose Harissa)

Sejujurnya selepas tama sahaja membaca karya ini, saya menarik nafas panjang dan menyeka air mata yang hampir gugur di bentengnya. Sungguh berat perjalanan hidup seorang Reza... juga seorang Elviana. Permulaan cerita sehingga penamatnya, penulis benar-benar menjadikan saya terus setia membaca setiap perjalanan kisah Reza dan Elviana.

Bercerita mengenai pembangunan watak, setiap watak dikembangkan dengan cukup sempurna bagi saya. Kecuali tak berpuas hati dengan watak Jad. Dia patut mati! Ha gitukan emosi. Paling terkesan dengan watak Sana. Biarpun si pujaan hati diduga sebegitu rupa, dia masih teguh dengan cintanya.

Dan, 5 bintang memang tak cukup untuk dinilaikan kepada novel ini yang terlalu banyak informasi yang sangat berguna buat pembaca. Terutamanya sudah pasti mengenai HIV. HIV dan stigma masyarakat memang tidak dapat dipisahkan. Berkatalah "aku okey je", sedangkan rasa jijik itu tetap ada buat si pesakit. Sungguhlah kalau ada insan setabah Reza mendepani cemuhan masyarakat, memang salute habis!

Dan... berkisar mengenai dunia hiburan. Saya teringat kembali dengan novel Maharani nukilan Lily Haslina Nasir yang saya kira bff penulis Rose Harissa. Mereka benar-benar berjaya melakar dunia sepak terajang artis di Malaysia hari ini. Fitnah dan dendam, kemegahan dan kemewahan... Tiada siapa yang akan kekal 'suci' bila berada di pentas hiburan. Cuma, iman yang kukuh sahaja mampu menjadi benteng nafsu dunia.

Kesimpulannya, novel setebal 1000+ halaman ini, berjaya membuatkan saya sedar tentang penderitaan pesakit HIV/AIDS. Terkadang bukan ini yang mereka inginkan, tapi ujian itu datang tidak terduga. Kita, sebagai masyarakat yang sihat, pasti menjadi 'tidak sihat' apabila isu ini timbul dan kita mula menjadi 'Tuhan' yang menjatuhkan hukum... Tahniah buat Rose Harissa kerana menghasilkan novel Hatiku Untuk Dia.
Profile Image for Joanna M.
8 reviews1 follower
May 11, 2018
I’m proudly say that this Hatiku Untuk Dia by Rose Harissa is one of the best novels yang I pernah baca dari Karyaseni. First of all, thank you and congratulations to the author kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang sangat sarat dengan pengisian dan membuka minda pembaca.

Untuk readers yang nakkan satu kelainan, bukan cerita cinta cliche antara hero dan heroin, this one is highly recommended. Sangat berbaloi. Tak sia-sia untuk keluarkan RM30 something for this one. Berbaloi-baloi.

Saya sangat puji dengan usaha penulis. Saya nampak kesungguhan penulis untuk membuka minda pembaca supaya lebih alert dengan penyakit HIV, PHIV dan SLE. Can’t be denied, memang ramai orang kita yang takut nak dekat dengan pesakit-pesakit HIV khususnya, tapi sebenarnya without we realize, they actually need us. They need our support. Setiap isu diolah dengan sangat baik. Langsung tak bosan bila baca walaupun tentang ilmu perubatan.

Watak-watak yang dihasilkan sangat memuaskan. I’m so in love dengan watak Reza. Walaupun nampak macam cold hearted, but deep inside he’s so loving and caring. Reza bukanlah lelaki yang sempurna, tapi dalam kekerasan dia, kami sebagai pembaca boleh nampak dia sebenarnya seorang abang dan suami yang sangat baik. Sangat bertanggungjawab dan sangat mengutamakan keluarga. Salute!

And my favourite character goes to Elviana. As I know SLE is not easy. There’s no cure for SLE. Macam-macam risiko boleh jadi once you have SLE. Tapi penulis berjaya tunjukkan watak El sebagai seorang wanita yang sangat kuat dan cekal. Langsung tak nampak lemah walaupun dia sebenarnya sedang bertarung dengan SLE. For me, she’s a true fighter. Iron lady!

Saya suka isu cyber bully yang cuba penulis ketengahkan. It happens around us. Bukan sahaja golongan selebriti, malah orang-orang biasa pun memang selalu dibuli dan ‘dikecal’ dalam alam siber.

Don’t want to be a spoiler. You guys better get this one. Jalan cerita dari awal, pertengahan cerita hinggalah penamat memang best. I don’t even expect the unexpected ending. Terima kasih penulis! Tahniah sekali lagi.

5/5.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
May 14, 2018
Saya tau dah kenapa adik-adik Bonets saya meroyan sakan kat grup whatsApp.... hahahaha

Well...
.
.
Congrats Che Rose! Kakwan sukaaaaaa ^_____^
.
.
.
(nanti saya sambung... *wink*)
Profile Image for Sarah Azmi.
54 reviews1 follower
September 18, 2022
Before that, EVERYONE SHUT UP AND GO BUY THEN READ THIS BOOK! ITS A MUST READ BOOK! SEMUA KENA ADA BUKU NI! MESTI! WAJIB!

Aku baru habis baca buku ni dengan sembab mata baru lepas menangis dan tak dapat move on sebab rindu dengan semua karakter dalam ni. Padahal tak sampai sejam tamat baca buku ni. Huwaa sedihnya saya.

Aku suka gila dengan karakter Reza. Mungkin sebab karakter dia aku boleh relate dengan diri aku sendiri. Jenis tak suka ambil tahu kesah orang. Sangat cold, stoic, tak berperasaan gitu. But deep down, orang macam nilah yang caring dalam senyap. Dan ini terbukti lepas Reza tetiba kena jaga Uwais dan Qaira, adik kandung kembar dia hasil perkahwinan kedua Papa dia. Ya, tak mudah untuk terima adik baru tetiba. Seolah macam, 'Dah tetiba ayah kahwin dengan perempuan baru, lepas meninggal, tak pasal-pasal aku pulak kena jaga diorang? Ha sudah'.

Tapi disebabkan tanggungjawab yang sudah diberikan oleh Papa dia dan jugak Mama tiri dia, dia terpaksa jugak akur. Lagi-lagi Uwais dan Qaira pun dah takde siapa-siapa mahu jaga, except for Reza, abang kandung mereka sendiri. Sepanjang tu banyak jugaklah didedahkan macam mana sibling relationship ni nak baik. Susah, but slowly but surely berjaya jugak mereka berbaik. Aku paling sedih bila diorang adik beradik ni dah baik, tapi datang isu baru yang buat diorang tegang semula. Macam hari first diorang berjumpa. Sedih betul rasa. Aku punya koyak tu jangan cakaplah.

Belum masuk 'tanggungjawab berat' yang satu tu, yang Reza perlu 'simpan' sorang.

Aku kagum dengam watak Reza yang ditembak dengan banyak gila ujian hidup. Dia sorang pulak tu. Dengan personaliti stoic dan tak bergaul dengan orang sangat, lagi membuatkan lagi ramai orang menghentam dan tak percaya dia. Sampailah muncul Elviana. Yang boleh dia terbuka hati untuk slow-slow reveal his biggest secret. Bak kata Reza, I love you Vi, sayang! dan aku pun sama jugak rasa macam tu. Terima kasih Vi sebab hadir dalam hidup Reza!

Banyak aspek dalam buku ni yang aku suka gila Rose Harissa ketengahkan, for example, sisi gelap dunia artis dan hiburan, fitnah yang berleluasa, kekeluargaan, tanggungjawab abang/kakak terhadap adik-adik, tanggungjawab suami kepada isteri, soal hormat menghormati dan taat antara suami isteri, soal maruah keluarga, cara menerangkan isu-isu private kepada adik-adik untuk mengajar, menekankan jugak tentang pentingnya solat dalam kehidupan dan how solat boleh menghindarkan manusia dari maksiat (amar makruf nahi munkar), stigma sebernar tentang HIV dan AIDS, penyakit 'ain, dan juga cinta.

Aku rasa soal cinta tu paling sikit dalam buku ni. Itu pandangan aku saja, aku lebih tertarik tentang aspek yang atas-atas yang aku sebut tu. Banyak moment menginsafkan pada aku. Banyak kali aku menangis tengok Reza, lagi-lagi bila dia dalam mod nasihat adik dia, nasihatkan kembar dia walaupun dengan personaliti dan karakter dia cemtu. Yang boleh orang toleh dua tiga kali sebab tak percaya. Aku memang tabik spring sungguh dengan watak Reza dalam ni. Kalau jumpa orang cemni, memang aku sayang sungguh dan peluk habis. Cakap you've done well, Reza. Terima kasih sebab bertahan. Tapi kena berebut dengan Vi lah pulak nanti. Haih payah lah gini kan hahaha.

Oh aku jugak nak cakap pasal macam mana terbaliknya watak hero dan heroine cerita ni. Selalunya hero ni jenis tak tahu malu kan kalau dah mula sarat bercinta? Dan heroine pulak jenis malu-malu kucing. Tapi dalam buku ni personaliti tu terbalik! Hahaha. Seronok aku gelakkan Reza bila dah sampai naik merah muka bila Vi sakat dia memacam. Hamboiii aku suka betul bila Vi mula mood menyakat si Reza. Suka tengok Reza tak keruan tak tahu nak balas apa! Haih rindulah pulak dua ketul ni.

[Spoiler alert here, hehehe]
Taknak membebel panjang tentang konten dalam buku ni, nanti tak syiok lah pulak kan? Aku nak terus lompat ke ending. Hmm, untuk ending mungkin aku half satisfied, half not. Half satisfied mungkin itu adalah ujian hidup. Dan aku akui, life is not all rainbows. Even dalam novel sekalipun, pengarang boleh je buat happy ending, tapi mungkin pengarang nak kasi taste of life. We never know kan? Half not, sebab aku tak puas hati dengan Jad. I seriously want to kill him, ugh like for real..

Overall, aku puas hati. Aku happy sangat dan tak menyesal masuk buku ni dalam cart walaupun berbelah bahagi. Tapi jalan cerita best! Probably one of the best novel i've read this year! Terus masuk 5 stars read aku! Kalau buat adaptasi drama pun aku setuju, sebab jalan cerita menarik sangat dan bolehlah nak bongkarkan sikit sisi gelap dunia hiburan Malaysia ni. Itupun kalau ada yang berani mati ambil lah buku ni untuk diadaptasi hahaha. Letak tepi casting yer. Aku cakap tentang plot! Heheheh.

I'm so gonna miss Reza, Vi, Uwais, Qaira, Alfan, Ryan, Sana, and semua yang banyak bantu Awaluddin clan bersatu. Haih, baru habis cerita ni tapi aku dah rindu dengan suasana diorang berceloteh dan gaduh-gaduh mulut sesama adik-beradik.

Especially Uwais dengan Reza, and sesi telepati kembar Reza dan Alfan. Dan moment Reza tepuk dahi sebab ramai orang keliling dia yang bendul hahaha.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
November 6, 2018
3 bintang untuk kisah kekeluargaan, kisah persahabatan, perkongsian tentang HIV dan SLE.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Banyak yang aku baca ala kadar sahaja terutama sekali yang berkaitan dengan video games, artis korea atau si Cullen yang aku tak pernah tengok kisahnya serta ayat Bahasa Inggeris yang terlampau banyak serta penggunaan perkataan yang agak asing bagi aku.
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
March 28, 2023
Dah lama aku baca buku ni.

Reza is one of the kind.

Sebab aku masih ingatkan Reza. Macam-macam berlaku dalam hidup Reza. Dia kekal setia & jadi pelindung kepada orang-orang yang dia sayang.

Banyak lagi nak aku tulis tapi penghujung tu ahhh kenapa?!!

description
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
July 14, 2020
Bukan sekadar kisah cinta biasa. Penuh dengan ilmu mengenai HIV/AIDS, SLE, dunia muzik dalam dan luar negara serta kerjaya sebagai video game composer. Kesedihan dan kesepian itulah yang Reza rasa sementelah kehilangan papa dan mama serta sebuah rahsia yang terpaksa dijaga demi amanah yang dititipkan buat dia. 8 tahun lamanya dia menyendiri dan kehadiran adik-adik kembarnya Uwais dan Qaira merubah kehidupan Reza. Satu lagi amanah yang perlu dipikul, titipan daripada ibu tirinya. Bermula dari situ, fokus Reza bukan sekadar diri, kerjayanya tapi harus menjaga kebajikan adik-adiknya yang masih bersekolah dan dalam masa yang sama terlibat dalam dunia seni.

Yup, bukan mudah untuk menjaga adik yang masih dalam kategori remaja. Kalau boleh semua benda nak explore dan apa yang diorang kalau boleh kena penuhi. Belum masuk part permainan emosi. Dan melalui amanah tersebut, Reza bertemu dengan Elviana, PA merangkap penjaga Qa-Is. Dari situ tergerak hati Reza untuk mengenali El dengan lebih mendalam. Dari suka wujudnya sayang. Tapi ia bukan mudah bila El sebenarnya tunangan orang. Pedih sungguh hati Reza menelan hakikat bahawa El milik Jadir Ukail.

Bila El disahkan menghidap SLE, semerta hati Jad berubah dan dia memutuskan pertunangan tersebut lalu membuka peluang untuk Reza mengambil Vi sebagai isterinya yang sah. Dari situ terlihat betapa tulus dan cintanya dia kepada Vi. Episod bahagia mereka pun bermula. Tapi hati Reza tetap walang memikirkan perihal Qai dan Is. Mereka mula memberontak bila satu provokasi melanda di media sosial dan Reza tidak berminat untuk membela adik-adiknya kerana tak mahu terlibat dengan dunia seni lagi. Mereka pula mula bertindak keluar rumah dan bersikap biadap dengan Reza. Bila masuk part Qa-is kurang ajar dengan Reza, rasa macam geram sangat. Kenapalah diorang pilih untuk marah-marah sedangkan mereka sendiri tak cuba nak faham abang sendiri.

Akhirnya, satu demi satu rahsia terbongkar. Bermula daripada rahsia yang disimpan Reza selama 8 tahun iaitu abang kembarnya Alfanshah masih hidup. Selain itu, penemuan dalang di sebalik komen-komen negatif peminat di laman sosial. Rupanya, orang yang dianggap sebagai kawan mula mengkhianatinya daripada belakang. Begitu juga dengan sejarah silam Alfan sehingga menyebabkan Reza dan Vi juga menanggung beban. Semuanya jadi bercampur-baur. Tapi ada satu benda yang aku terkesan sangat. Kenapalah manusia ni tak lari daripada hasad dengki? Yes, memanglah dalam dunia ni tak semua orang suka kita dan kita pun ada juga orang yang kita tak suka. Kalaupun benci seseorang, janganlah sampai menjahanamkan hidup dia. Kita kena ingat tak selamanya kita duduk di atas. Pembalasan akan sampai juga dekat kita nanti. Kenapa kita tak jauhkan diri daripada orang yang kita tak suka tu dan mulakan hidup baru. Bukan untuk kebahagiaan sesiapa. Tapi untuk ketenangan diri kita sendiri. Kesian sangat dengan Vi. Terkesan sangat dengan apa yang terjadi. Walaupun Reza dah reda tapi perasaan rindu itu akan selalu ada untuk kekasih hatinya. Mujur ada titipan nyawa sebagai pengubat rindu di dunia untuk Reza serta penyatuan semula keluarga Awaludin. Pokoknya, HKUD bukan sekadar naskhah kosong. Penuh dengan pengisian jiwa dan telah mengajar aku sesuatu dalam kehidupan di dunia. Manusia jaga amanah, Allah jaga rezeki. Highly recommended. Belajarlah sesuatu dalam pembacaan naskhah ini.
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
May 6, 2022
5/5 ⭐

TW ‼️ cyberbullying, drugs

this book... yaallah... sumpah speechless. aku nak ucapkan terima kasih kepada yang viralkan buku ni. sumpah best sangat sangat!!! buku ni ada vibe novel Melur Jelita, paling dekat dengan My Precious Iris. MPI versi polis, yang ini versi musician. sangat sangatlah worth the hype. pi beli sekarang!!!

tbh, buku ni bagi perasaan aku bercampur baur. happy or sad ending? entahla. nak cakap happy, hujung tu teriak juga sebab sedih. ending villain tu, rasa nak hempooook je.

ok mari mulakan review, bismillah.

Reza. si beku, sarcastic dan tak reti senyum. muka selalu la tunjuk stone dia. dalam dalam stoic character dia, sebenarnya si Reza ni sangatlah caring dengan orang sekeliling. dahla pakai superbike 😫😫 jom kawen puhlesss 🤌🏻

aku nak tulis panjang panjang about Reza ni, get ready HAHAHAH.

apa yang jadi, buat dia tutup diri dari semua orang. orang sepatutnya reach out to him, help him. tapi malangnya dia bangun sendiri, dia usaha sendiri dan sebab tu dia selesa bersendiri. lah, tiba tiba jatuh sayang kat Vi HAHAHA. hilang dah character dia yang stone cold tu. waktu dia melamar tu, rasa macam terharu yang buat orang rasa sayaaang sangat dengan Za ni. selepas something happened, dia start showing off his love. sumpah melting namampos!!

dugaan yang dia lalu sangatlah berat, aku kalau diberi ujian seperti tu, tak mungkin aku kuat untuk hadapi. rasa nak peloooook je Reza tau. he deserves a lot more after what happened.

Si Kembar, Qai & Is. dua ni sumpaahla comel gila!! characters yang menghidupkan Reza si hati beku tu. kehilangan parents pada usia 15 tahun, umur dimana teenagers akan memberontak, keras hati, fikir dia aje betul. lah, Reza lah yang kena uruskan semua. perangai dorang ni rasa macam nak luku kepala dorang ni taaau.

Elviana, Vi. PA si kembar berdua tu. Keras kepala dan sangatlah baik dengan si kembar, macam kakak sendiri comel sangaaaat. terpaling berani la lawan cakap dengan Reza tu. lastnya tersangkut HAHAHAH. Vi seorang yang sangat kuat lalui hari dia. hampir putus semangat, nasib baik Reza reti nak naikkan semangat dia balik. dia bagi aku sangat amazing.

the plot juga sangaaat best. unexpected. banyak benda boleh belajar dari novel ni. puberty, penyakit. memang best la.

this book is gonna be one of my favourite now. its so good yet so sad. a bit funny dengan kerenah characters, mostly fun la. buku ni tebal, tapi tak rasa meleret langsunggg, tapi ending je macam nak cepat habis. would recommend to EVERYONEEEE GO BUY PLSSS.
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
April 9, 2023
Alhamdulillah akhirnya hbs jgk baca. Ya Allah tak tau nak describe mcm mana bila dah hbs baca novel ni. Secukup rasa. Tak sangka ending dia mcm tu. Semua tentang novel ni saya suka.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
May 5, 2018
yaa.. name rose harissa tdk asing lg dlm dunia penulisan.. mula mengenali beliau melalu novel cinta mekar di hati. tapi xfollow sgt novel beliau lps tu sbb bace novel tu sbb pinjam... tapi bile terjumpe blik novel tu.. aku mule cari alternatif utk memiliki karya2 rose harissa..n ni novel ke 5 yg aku bace drpd penulis ini. novel HKUD merupakan karya pertama rose harissa dgn karyaseni... aku tersgtla happy.. sbb aku pengumpul tegar novel karyaseni.

berbalik pd novel HKUD ni banyak benda yang aku pelajari. kasih syg antara adik beradik.. pengorbanan seorang abang.. kesetiaan seorang isteri.. perangai remaja zaman sekarang... n semangat setiakawan.. n yg paling aku suke penulis ilmu2 pengetahuan seperti penyakit hiv, sle...n ade jugak tmbh pengetahuan dlm bidang muzik... terlalu banyak ilmu yg dimasokkan ke dlm novel ni... n bukan semate2 cinta2. seriusly respect giler kt rose harissa sbb tambah ilmu pengetahuan aku melalui novel beliau...
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews7 followers
October 24, 2018
walaupun buku yg tebal tapi isi dalamnya sangat padat. aku rasa tak ada bahagian yg aku rasa bosan oh yaa maybe slow sikit nak start baca, lagi-lagi part awal tu banyak pasal budak baru nak up jadi artis tapi lepas part kahwin tu susah sangat nak letak buku ni sebab tak sabar nak tahu kesudahan cerita.

Reza - mula tu tak berapa suka sangat dengan watak Reza ni, nampak macam selesa hidup dalam dunia dia tapi bila baca dari satu bab ke satu bab, bila tahu rahsia Reza dan pengorbanan yg dia buat memang terus jatuh hati dengan Reza. orang cakap luar nampak hati kering takde perasaan tapi sebenarnya prihatin. kesian bila orang tak nak cuba paham apa yg dia buat.

Qaira dan Is - memang rasa diorang ni adorable sangat tapi bila jadi artis mula kuat memberontak, perangai macam minta penampar jepun je sampai tak reti nak hormat abang sendiri.
Elviana - suka watak heroin sebab dia nampak matang dan sangat kuat.

Kid, One dan Waie - ini kawannnya yg kononnya susah senang bersama tapi sebenarnya sembang je kencang.

Jad - tak suka nama Jad (apa kess??) hihi
watak yg paling menyakitkan hati dalam buku. bengang juga sebenarnya dengan benda yg dia buat lepas tu kesudahannya watak Jad ni macam terlepas macam tu je. kadang nak juga tengok skill taekwando Reza ajar mamat ni, baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

sebenarnya macam-macam perasaan ada bila baca Hatiku Untuk dia tapi habis je baca dan tutup buku terus rasa nak menangis.
Profile Image for Sarah.
51 reviews
June 30, 2022
Don't know why, this book make me cried so much. The feeling when read this such as roller-coaster. Banyak sangat 'perkara' yang berlaku and make me shocked to know that kind of 'stigma masyarakat'.

This book include about a variety of illness(disease). HIV, AIDS, CANCER, SLE. Despite you knowing this, you can also learn new things. The factors, how to avoid, what to do.

At first, I didn't really like Reza. Mostly his character. He so rude and doesn't care about people around him. He just do what he want. But, it's right when 'tak kenal maka tak cinta'. I fall in love with Reza personality!

Reza suffering so much pain. He loneliness and doesn't want people felt that. He prefer to 'pencilkan diri' around his friends and people. Of course, there's a reason. His friends so selfish and be friend with Reza for their own benefit.

I love when Reza make a conversation with Uwais and Qaira. Yeah I can see Reza just be himself (doesn't care about anything) but when Elviana appeared, he changed. He trying to be a good brother and he's quite harsh actually.

There a must in this book to have antagonist. Even though the antagonist offensive, it teach me about patience and how to deal with it. That's how life is. And the ending, it's so heartbreaking!

After finished this, I had a reading slump okay! Because this book so good and realistic.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
March 15, 2019
Tebal dan penat. Tapi very informative especially tentang PLHIV, Lupus, hidup seorang artis dan kesan terhadap media sosial. Alfareza dan Elviana.
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
December 29, 2020
Jumpa perkataan TAMAT, saya termenung panjang....

Apa pengakhiran Jad tak guna tu? Takkan gitu jeeee after what has he done to Vi?😭😭😭 Saya tahu pengakhiran Vi, jadi waktu saya baca tu, saya tak rasa ralat yg terlalu dalam😆 pasal adik angkat saya dah spoil awal²😒

Tapi saya tak boleh nak kurangkan bintang sebab cerita ni terlalu bestttt (ya yaa, saya jee baru baca after 2y diterbitkan😂)

Novel ni padat tentang muzik, penyakit HIV, Aids, SLE dan macam² lagi. Ikatan kekeluargaan, setiap watak ada sisi baik dan buruknya (yalah, watak novel pun manusia) maka saya reda terima seadanya novel ini.

Inilah novel tebal yg saya suka dan tak bosan baca lepas novel Ya Maulana. So Kak Rose yang gorgeous, sila tulis tebal² lagi ya🙈

Wohaaaa! Tak sabar tunggu Hamizan keluar😍
14 reviews
December 25, 2018
I love this book. Full with educational infos about HIV patients and how to deal with
Profile Image for Nabilah H.
78 reviews
February 23, 2022
- Roller coster read

- Broken family, HIV, PLHIV, SLE, manipulative relationship, drug, death, toxic friendship
Displaying 1 - 30 of 64 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.