Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sepasang Sayap di Bahu

Rate this book
FINALIS SAYEMBARA PUISI KATA-PILAR 2017/18

"kau tak menceritakan segalanya
tentang Divoká Šárka
bahawa kita sedang mendaki sejarah --

mungkin kisahnya
terlalu pilu untuk dilagukan di telinga

mungkin kau tak mahu
menjadi Ctirad yang ditikam Šárka"

Sepasang sayap, memberikan sebuah makna yang besar. Ia menjadi simbolik perjuangan dan kuasa. Dengan sepasang sayap, manusia berjuang dalam gelap malam seperti seekor kunang-kunang. Dengan sepasang sayap juga, manusia terbang tinggi namun, kedudukan yang lebih tinggi sering membuatkan manusia terlupa bahawa asal-usulnya tetap dari tanah. Dengannya juga, pembaca akan dibawa kembara mengikut jejak penulis ke daerah perasaannya, merentas benua dan sempadan negara.

DARIPADA PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2014 - KUMPULAN PUISI JAULAH SAMPAI SYURGA

110 pages, Paperback

Published January 1, 2018

3 people are currently reading
17 people want to read

About the author

Muzaf Ahmad

5 books20 followers
MUZAF AHMAD merupakan penulis kelahiran Pahang, Malaysia, lahir pada tahun 1991. Beliau menulis karya berbentuk puisi, cerpen, novel fiksyen sains dan artikel disiarkan di pelbagai media cetak. Beliau juga merupakan mantan peserta MASTERA Puisi 2017. Pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2012/2014 dan buku pertama beliau, Kumpulan Puisi Jaulah Sampai Syurga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014. Kini, beliau sedang melanjutkan Ph.D dalam bidang tata-kelola dan media di Jepun.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (25%)
4 stars
10 (27%)
3 stars
16 (44%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Umbra FT Penumbra.
7 reviews2 followers
June 11, 2018
Membaca sajak-sajak eceran Muzaf selepas kemunculan naskhah Jaulah Sampai Syurga membuatkan saya 'gian' untuk menunggu kumpulan puisi Muzaf yang seterusnya.

Saya fikir, Sepasang Sayap di Bahu merupakan percubaan penulis untuk lari dari naskhah Jaulah Sampai Syurga. Ia amat meyedihkan kerana kita dapat merasakan suara Muzaf Ahmad beransur-ansur hilang setelah membaca naskhah ini. Penulis ada menyebut bahawa naskhah ini ialah percubaan beliau untuk meneroka lapangan kritikan sosial. Tapi, kritikan itu sebenarnya tidak dapat 'dirasai' oleh pembaca lantaran nada yang dibawakan tidak lagi dirasai seperti suara pengarang yang asli. Boleh dikatakan Sepasang Sayap di Bahu bukan lagi Muzaf. Antara kekuatan Jaulah Sampai Syurga ialah kejernihan suara yang menyelongkar permasalahan masyarakat yang besar melalui suara hati dari daerah yang kecil. Siapa kata sajak perlu dipaksa menjadi gergasi bukan? Dunia kecil yang dibawa penyair sendiri yang akan berubah menjadi titan apabila meninggalkan 'mulut' penyair.

Alangkah enak jika lebih banyak sajak-sajak eceran Muzaf yang lain yang turut mempunyai 'suara' seperti sajak Hablur Rindu di Matamu, Hari Berlalu, Airmataku Belum Padam turut disertakan sekali sebagai satu 'bab' yang lebih kuat dan jelas berbanding tercerai di sana-sini. Manakala sajak-sajak yang sedikit berbentuk catatan kembara seperti Peniup Seruling Marionette, Lelaki Tukang Besi menjadi perisai yang lain mengutuhkan lagi naskhah ini. Jika disusun dengan lebih baik, saya yakin Muzaf mampu memenangi HSPM buat kali kedua bagi kategori kumpulan puisi.
Profile Image for Ariff Mustaffa Hamzah.
4 reviews1 follower
March 7, 2020
Lebih sedap daripada Jaulah Sampai Syurga. Tak sangka penulisnya muda lagi. Ingatkan sudah lebih 30 tahun.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
February 18, 2022
Setiap puisinya sangat indah & lembut. Aku ada lukiskan emosi buku puisi ni dalam Facebook.

Tak tahu kenapa terdetik kata-kata, "Ada sesuatu yang mekar, tetapi bukan bunga" selepas habis baca buku puisi ni.

Barangkali maksudnya adalah semangat.
Ya, semangat yang sedang mekar.
Profile Image for Syed.
40 reviews
March 1, 2023
hanya 1 saja puisi yang saya faham. selebihnya saya tak faham.
Profile Image for Cikgu Ismi Rozita .
8 reviews
September 21, 2025
Sepasang Sayap Di Bahu
Muzaf Ahmad

Kumpulan puisi 105 halaman ini menerbangkan pembaca jauh ke Republic Czech dan beberapa latar pemusafiran penulis bernama Muzaf Ahmad.Terdapat beberapa puisi ditulis secara perenungan yang sangat baik.Gaya penulisan beliau menzahirkan cinta kepada pencinta dan Pencipta.Antara penulisan sangat mengesan
(peribadi Saya) 'Hablur Rindu Di Matamu' berkisah tentang kerinduan díri mencari diri kepada Tuhan'
( terka saya ).Sebidang Tanah Meraung Di Tengah Kota' juga puisi menjentik minda pembaca.'Sebatang Kunci' juga puisi yang dikunci dengan cemerlang dipenghujung stanza terakhir.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nashnasihah 🍀.
19 reviews
December 24, 2023
sedih dan kata yang diungkapkan dalam setiap rangkap indah yang menusuk kalbu. Ambil masa untuk teruskan pembacaan namun mampu habiskannya juga. Mantap penulis! Berharap dapat baca lagi buku dari hasil penulisan Muzaf.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.