Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nokturna

Rate this book
PEMENANG HADIAH UTAMA SAYEMBARA PUISI KATA-PILAR 2017/18

melihatmu
aku ingin keluar
tetapi aku pintu.

Di kota tiada laut untuk melepaskan duka; di dalam kamar, tiada langit yang menampung kesepian.

Dalam resah dan kepul asap kelabu, Karim masuk ke dalam mimpi, membawa bagasi kata-kata dan mencipta dunia jendela ajaib yang menyimpan rahsia.

Pintu kamar telah dibuka.

Masuk dan bacalah rahsia-rahsianya.

106 pages, Paperback

Published April 1, 2018

Loading...
Loading...

About the author

Karim Mohd

21 books31 followers
Hujan Bakawali di Rumah Tuhan (Jilid II), Rumah Ripta 2018
Nokturna, Kata-Pilar Books 2018

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (37%)
4 stars
35 (47%)
3 stars
9 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 29 of 29 reviews
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
April 29, 2018
Nokturna Karim
Sejak kali pertama membaca puisi penyajak muda ini, yang tersiar di sebuah majalah DBP yang telah menyebabkan saya mula menyukai puisi lalu menulisnya, saya selalu yakin yang dia adalah sesuatu, dan akan menjadi sesuatu dan membentuk sesuatu.

Membaca puisi yang pertama saja anda sudah tahu mengapa ia berada di tempat pertama. Mengapa hari-hari tanpa mimpi? Saya tidak tahu apakah pergulatan sebenar dia sewaktu menulis, atau yang jadi penyebab dia menulis. Tapi kesedapan pembacaan itu terjelma kerana susunan kalimat, pilihan perkataan dan segala macam elemen yang membentuk sesuatu - sesuatu yang kena di mulut bila membacanya satu persatu. Dan ia di situ, berkitar di bibir, berbekas walau sudah habis dibaca membuatkan kita mahu menyelak ke lembar seterusnya, dan lagi dan lagi sampai habis, persis kopi enak tanpa gula, tak cukup secawan perluh ditambah.

Mengapakah sepi? Mungkin ia lah yang mencengkam jiwa penulisnya, yang mempermainkannya dan sekali gus berteman dengannya. Sepi di kamar, jendela, pintu, katil menyatu dengan matari, bumbung, hujan dan lainlain. Meninggalkan desa dan kelana ke kota, petempatan baru tentu saja memberi kesan kepada seseorang yang melaluinya. Kesepian, gundah gulana, rindukan keluarga, arus gerak kota, kesibukan dan keletihan warga kota, dibentuk dalam katakata yang keras tetapi lembut, tidak terlalu berlebihan.

Jika anda berkawan dengannya di fb, atau mengikutinya, atau anda penekun puisi pasti anda tahu pemuisi manakah yang Karim baca. Malah ia sendiri menyebutnya dalam beberapa sajaknya sebagai tanda penghargaan.
Apakah ada bahasa baru? Atau kelainan ketara? Saya tidak melihatnya. Namun tetap saja puisipuisi Karim yang lirikal, seronok dibaca, dan diulang dan sudah tentu puisi inilah yang jenis saya mahu baca, yang tidak terdapat atau sangat kurang di pasaran, majalah atau sokkabar.

Karim adalah masa depan puisi, dan harapan saya agar dia terus menulis, baca, meneroka dan mencuba.
Profile Image for Azrin Fauzi.
Author 19 books45 followers
May 10, 2018
Kita dipelawa, err tidak, kita sendiri yang ingin menceroboh bilik penyair muda ini dan sebaik sahaja menutup pintu, bayang-bayang Latiff dan Sapardi yang tertinggal di lantai tidak sempat mengikut tubuh tuan mereka yang sudah pun keluar (atau mereka tidak pernah masuk?) Kesemua 17 hari tanpa mimpi menahan saya daripada terjaga. Dan memang saya tidak mahu berjaga. Kerana kesepian yang ditawarkan memaksa saya untuk melihat objek-objek (kalaupun ia mahu dilihat... atau mereka yang melihat saya?) di dalam bilik dengan lebih dalam, melihat kekosongan dalam diri yang rencam (oh ya, ada kota kecil di situ dan jika ditajamkan lagi pandangan, kita dapat intai kamar sempit melalui salah satu jendelanya). Seperti judul asalnya, “Perjalanan Panjang Mengelilingi Kamar Tidur”, walaupun terasa dekat, tetapi renungannya jauh.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 28 books185 followers
April 29, 2018
Nokturna oleh Abdul Karim
🌟🌟🌟🌟

Sedikit latar belakang, macam mana aku boleh beli buku ni. Niat asalnya, memang aku nak beli kesemua buku pemenang Sayembara Kata-Pilar, tapi memandangkan semalam cuma ada empat (atau tiga?) buku pemenang, aku putuskan nanti saja aku beli. Sampai saja di booth (reruai), aku disapa seseorang di situ.

“Arif kan?”
“Ya,” sambil sengih-sengih dan tengah fikir siapa yang tegur ni.
“Aku (dia sebutkan namanya). Mantam MPR tahun lepas.”
“Ahhh.”

Nak dipendekkan cerita, sebelum aku beredar, barulah aku perasan yang tegur aku itu Karim, pemenang utama sayembara ni. Jadi terus saja aku sambar (waktu itu dia sudah tiada. Tak dapat minta tanda tangan) dan memulakan bacaan malam semalam.

Aku pun tak tahu tujuan aku ceritakan benda ni. Tapi biarlah. Dah tercerita pun.

Okay terus ke Nokturna. Sebelum itu, aku bukanlah seorang pembaca buku puisi yang tegar. Buku puisi yang aku pernah baca pun cuma satu-dua. Jadi ulasan ini tidaklah akan aku korek makna setiap puisi ataupun bedah maksud tersirat (dan tersurat) semua puisi. Cuma aku hanya mahu berkongsi rasa aku setelah tamat membaca naskah ini.

Karim dah berjaya menarik minat aku dengan Catatan Malamnya. Barangkali mungkin kerana aku memang duduknya di kota, jadi segala pilar besi dan menara batu itu sangatlah dekat dengan hati. Dan sepi. Sepi itu juga selalu mendampingi aku jadi, ya. Naskah ini sudah secara tak langsung dekat dengan aku. Dan secara tak langsung juga telah memperkenalkan tema utama buku ini.

17 puisi (catatan?) hari-hari tanpa mimpi memang sangat kuat ‘bau’ sepinya itu. Sehinggakan aku sendiri terlena dengan ‘bau’ yang sudah sebati dalam diri ini. Cuma ya, seperti minyak wangi, jika dosnya berlebihan, si pemakai mungkin akan terasa sesak nafas dan itulah yang aku rasa setelah habis membaca kesemua tujuh belas puisi awal. Sepinya terasa memberat sampai aku terasa seperti tercungap-cungap.

Usai hari-hari tanpa mimpi, aku ditampar dengan puisi jenazah. Bait puisi di bawah ini cukup buat aku terkesan.

‘seolah-olah masih bergetar doa, moga anak-anakmu
yang sedang merangkak bersama matari
ketemu cinta atau bahagia. agar pancur hidup
memancar tak sia-sia.’

Ya.

Kemudian ada juga beberapa puisi yang berjaya menangkap minat seperti ‘dari jendela kamar’, ‘sajak pagi’, ‘katil’, ‘cara merawat luka’ dan ‘sebelum kutulis’.

Aku tahu kenapa buku ini dipilih sebagai pemenang utama (walaupun aku belum baca karya finalis yang lain). Semuanya kerana tema sepi yang sangat kuat menjalin-hubungkan kesemua puisi-puisi di dalam ini sampaikan aku yang bukanlah pandai puisi pun mampu merasai sepi itu. Ya, puisi perlu dirasai. Dan itu yang aku dapat.

Tahniah Karim! Harapnya dapatlah bergebang berdua di hadapan secangkir kopi 😉

Siapa yang berminat, boleh hubungi Kata-Pilar untuk memesan buku ini.
Profile Image for hans.
1,182 reviews152 followers
December 4, 2022
Cermat sungguh bahasa penulis, suka aku baca setiap patah yang mengikat bait seperti satu karangan pendek yang sepi dan pendiam. Nuansa puisinya ralit emosi, metafora atau kiasannya tak keterlaluan, sedap dibaca dan lugas maknanya.

"jika kaulihat aku mengusung sesuatu di bahu
itu sepi. jika kaulihat ada kata-kata mencair di tubuhku
itu sajak ini yang belum ingin kujudulkan"

Kontemporari dan agak klasik juga, barangkali kerana kumpulan puisi ini ditulis sepanjang penulis berada di kampung jadi perasaannya agak mendamaikan. Ada beberapa yang aku sangat suka-- sajak duka Sapardi, kisah di kamar dan tentang dinding, meja dan cermin, beberapa helaian di 'hari-hari tanpa mimpi' juga rangkap-rangkap dalam 'sajakku lari'.

"bantal menyimpan mimpi-mimpi empuk-ngeri, dan doa-doa yang belum sempat dilayangkan"

Kredit juga untuk ilustrasi yang mengiring setiap helai puisi!
Profile Image for Za'im Yusoff.
Author 8 books18 followers
April 29, 2018
Saya menyempurnakan pembacaan Nokturna karya Karim Mohd dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang. Kebetulan, lagu puitis Bila Bulan Berwarna Biru dari Arab & Aidit didendang dengan awal lirik begitu menangkap, Malam Bulan Berendang, Berwarna Biru Di Cermin Kali. Seraya isteri saya bertanyakan apa maksud Bulan Berendang.

Berendang dengan e taling, bukan e pepet (itu rendang ayam crispy!); saya tanyakan isteri, “Selalunya rendang itu dikaitkan dengan apa?” Dijawabnya : “Pokok, pohon, rimbun-rimbun, tempat berteduh, a shelter!” Ya, benarlah itu.

Maka, saya berkongsi Malam Bulan Berendang adalah gambaran seseorang yang begitu menjadikan malam sebagai tempat teduhannya. Di bawah rendangan malam, zahir batinnya diredupkan cahaya bulan dingin sambil membiarkan dirinya bebas meski dirinya tersangkar dalam pusar kegelapan. Dan siapa lagi yang aktif pada Malam Bulan Berendang, kalau bukan makhluk-makhluk nokturna!

Nokturna (nocturnal) berbanding diurnal (yang aktif waktu siang) adalah subjek yang mungkin agak asing daripada manusia biasa, namun subjek ini amat akrab dengan para penyair (juga para pengabdi – dalam lagu itu disebut pendita) lantaran kesepian adalah kewujudan paling meriah dalam diri yang bersendiri.

Di sini, Karim memilih menjadi salah seorang daripada makhluk nokturna untuk mengemudi bahtera kepenyairan debutnya, melalui penzahiran subjek sepi dengan sangat baik melalui simbol-simbol yang dekat dengan kita semua.

Di sini saya katakan, apa-apa yang disebutkan Karim dalam Nokturna mempamerkan kekuatannya – dari segi diksinya, dari segi bentuknya seperti mengikuti rapat sosok perjalanan murba kota dalam 17 siri hari-hari tanpa mimpi dan seumpama.

Secara ringkas, Karim berjaya menonjolkan zahir sepi dengan begitu kental. Apa yang Karim tintakan dalam Catatan Malam bahagian 1; itulah yang kita akan ketemukan sebijik demi sebijik – dengan cantik dan baik.

Contohnya, melalui puisi Jendela, Karim memposisikan soal penerimaan diri terhadap subjek luar diri melalui imejan subjek luar itu sebagai kamar.

kita melangkah masuk ke kamar melalui pintu
sentiasa sebagai tetamu

seperti kamar
cahaya, warna dan udara memasuki kita
melalui jendela
seluas cakerawala terbuka

lembut sekali
sampai bisu kita dengan kemesraannya;
kerana mereka masuk sebagai teman.

Andaikan kita berhadapan dengan subjek besar seumpama falsafah atau ideologi sesuatu contohnya, subjek-subjek ini hadir dengan cara yang begitu lurus namun bengkoknya tersembunyi; dengan cara begitu sopan namun kasarnya terhijab.

Kita sangka kita sedang memasukinya namun sebenarnya menurut Karim, subjek itu yang memasuki kita dengan pelbagai cara (cahaya, warna dan udara – ya seperti iklan yang membujuk dan menggoda) dan di akhir, subjek itu mengaku mereka hanya ingin berkawan - namun kita kebisuan (antara keterpanaan sambil mata hati perasan, subjek itu punya agenda ulterior motivenya tersendiri!).

Pengkisahan ini menarik dengan simbol-simbol yang baik – namun ia hanya mempamerkan skeptisme itu tanpa mempertanyakan tentang kedudukan kesimpulan yang wajar diambil. Apakah subjek itu sedari awal memang benar punya agenda? Ataukah soalnya pada “jendela” yang kita buka? Apakah begitu caranya kita menanggapi subjek – lebih serius, begitukah kita menanggapi ilmu?

Dan kesamaran bekal balik setelah pembacaan ini banyak saya ketemui dalam puisi-puisi dalam Nokturna.

Di sinilah saya ingin cuba membezakan kelemahan dengan kekurangan. Kelemahan dalam kepenyairan bagi saya adalah saat penyair cuba menulis tentang sesuatu subjek namun dia tidak beberapa berjaya sebaliknya kekurangan adalah hal yang tidak ada lantas tidak didapati dalam naskhahnya.

Darihal itu, saya secara peribadi, mendapati ada kekurangan pada naskhah ini saat mencari perkembangan makna sepi itu dari segi kepelbagaian makna wacana sepi yang pelbagai mahupun ketiadaan persoalan-persoalan yang benar-benar kuat yang hadir untuk mengganggu pendirian saya, atau perspektif saya tentang maksud sepi misalannya.

Puisi adalah luahan dalaman. Namun ketika ia dilepaskan untuk dirapungkan ke luar, penyambut luahan bukan sekadar berharap luahan-luahan puisi itu sebagai pewakilan dirinya yang sepi sahaja; malah selaku penyambut luahan, saya juga mencari luahan pemikiran juga yang akan mencambahkan lagi kekuatan puisi-puisi Nokturna yang telah dirangkabentukan dengan cantik oleh Karim.

Karim seorang penyair yang bermula kuat namun masih ada yang kurang. Namun, Karim bermula muda dan saya berdoa agar dia tidak menjadi seperti jarum jam yang membenci waktu seperti dalam puisinya Waktu, sebaliknya waktu mencintainya dengan menuangkan segala ilmu dan hikmah ke dalam bekas bakatnya agar saat bunga api Karim terpercik menyentuh dada langit, dirinya menjadi penyair terbaik - yang pernah kita ada. Saat itu, saya tahu bahawa kematangannya akan menafikan kata-kata John Banville :

"Kami, para penulis sangat malu,
kami makhluk-makhluk nokturnal.
Jika dipaksa kami kepada cahaya,
cahaya itu akan membutakan mata kami semua".

Biar cahaya yang akan membakar Karim nantinya adalah fana yakni wujud tertinggi bagi makhlukNya.

Moga-moga. Aameen.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books386 followers
June 9, 2018
Sebagai manusia yang dipilih oleh sepi; Karim mencipta sebuah kamar kelam - ada pintu, tingkap, pisau dan darah. Pembaca dibenarkan untuk menjenguk ke dalam kamar; tetapi awas - jangan berlama-lama di sana! Dikhuatiri kalian akan berakhir sebagai objek-objek yang terperangkap dalam kedukaan abadi.

Naskhah puisi debut daripada sahabat penyair saya Abdul Karim. Pemenang Hadiah Utama Sayembara Puisi Kata-pilar 2017.
Profile Image for Nor Azzah.
Author 11 books110 followers
December 24, 2018
Karya anak muda yang menarik. Topik-topik yang diketengahkan juga merangsang fikir.
Tahniah anak muda. Memenangi sayembara puisi anjuran Katapilar buat kali pertama.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Karim Mohd.
Author 21 books31 followers
Read
June 26, 2018
Saya wajib mengatakan yang saya sangat menyayangi manuskrip ini. Terutamanya siri Hari-hari Tanpa Mimpi. Dari siri ini, saya sendiri suka akan 7, 15, 16 & 17. Kalau boleh saya ingin menyimpannya dan membaca-sunting lagi di lain malam.

Siri HHTM semuanya ditulis di waktu malam (barangkali termasuk juga sajak-sajak lain kerana malam merupakan waktu yang saya khususkan untuk membaca dan menulis). Kerana itu ketika diminta untuk mengubah judul manuskrip ini, saya memilih 'nokturna' yang bermaksud 'berjaga malam'.

"segala yang kusentuh pecah
segala yang kunyalakan padam"

Sajak-sajak ini adalah perjalanan peribadi saya. Kerana itu saya tidak begitu mengharapkan apa-apa dari naskhah ini. Terpulanglah bagaimana pembaca/pengkritik menanggapinya.

*

"...In early church writings, the term nocturnes (Nocturni or Nocturna) refers to “night prayer” or night vigil... Charles Baudelaire considered calling his book of prose poems Poèmes nocturnes (Nocturnal poems). Nocturnes are often poems of sleeplessness, the cry of the solitary and bereft ensouled in poetic form (Rubén Dario’s “Nocturne,” which begins “You who have sounded the heart of the night,” 1905; Federico García Lorca’s “Sleepless Night [Brooklyn Bridge Nocturne],” 1929; Marina Tsvetaeva’s “Insomnia,” 1923). Many are elegies, as in Gabriela Mistral’s Tala (1938), which includes a series of mystical “nocturnos,” graveside meditations occasioned by her mother’s death, and Léopold Sédar Senghor’s book of intimacies, Nocturnes (1961)."

https://www.poets.org/poetsorg/text/n...
Profile Image for Umbra FT Penumbra.
7 reviews2 followers
June 12, 2018
Tiada komen yang panjang dapat ditujah kepada naskhah ini. Keseluruhannya mantap dengan pergerakan imej dalam puisi yang teramat menjadi terutamanya dalam Hari-hari Tanpa Mimpi (9) yang meletakkan kaki kanan menjadi api, kaki kiri menjadi air sehingga kelmarin boleh jadi abu yang masuk dalam mata dan kedalam gelas. Menakjubkan! Saya anggap Nokturna sebagai 13 Reasons Why dalam bentuk kumpulan puisi. Cuma, saya ingin Nokturna menjadi lebih 'garang' seperti 13 Reasons Why malah lebih lagi.

Oh. Sedikit tambahan. Saya perasan ada perubahan yang dilakukan oleh editor mungkin. Dalam Sajak Pagi, frasa merah muda telah ditukar kepada merah jambu walhal, merah muda bagi saya lebih sesuai untuk dipadankan dengan keadaan kulit ibu yang berubah setelah penat menguruskan anak-anak. Merah jambu lebih sesuai digunakan dalam puisi roman. Itulah antara kekuatan Nokturna. Ia seakan suara Karim yang asli melahirkan imej-imej yang jujur dan bukan sekadar imej tempelan dari karya lain. Ia adalah imej yang bergerak dari pandangan mata hati Karim sendiri. Kita mahu suara Karim asli ini dikekalkan dan tidak diubah semata-mata ingin 'menyedapkan' ayat sahaja.
Profile Image for Enol M..
4 reviews3 followers
June 21, 2018
Jika Nokturna adalah sejenis warna, ia adalah gabungan semua warna yang dicampur-campur lantas terlihat gelap dan hitam. Kebanyakan isinya berona gelap, secocok dengan tajuknya. Berkisar tentang hal ehwal rasa yang lazimnya terjadi kala hari melabuhkan tirai; menutup siang dan mempersembahkan malam.

Gaya bahasanya mudah difahami, konsisten dengan citra dan kesatuan tema yang jelas. Saya agak cemburu dengan penulis muda yang berupaya menghasilkan sesuatu sebegini. Menulis puisi sahaja tidak mudah apa lagi untuk menghimpunkan puisi dalam sesebuah buku.

Reka letak yang menarik lebih-lebih lagi ilustrasi diterjemahkan dengan baik untuk menemani puisi-puisi. Tahniah ilustrator dan penerbit atas usaha ini. Hal ini mengingatkan saya terhadap Salju Shibuya karya Muhammad Haji Salleh dan Melihat Api Bekerja karya Aan Mansyur. Ilustrasi melengkapi isi puisi. Puisi adalah inti dan ilustrasi adalah bahan yang lain. Masih jua inti yang memegang peranan utama dalam setiap resepi.

Memandangkan naskhah ini terlahir daripada penyertaan sayembara, secara tidak langsung saya turut menjadikannya satu penanda aras; yakni rujukan apabila saya membaca karya-karya lain yang turut menyertai sayembara yang sama. Semoga Kata-Pilar konsisten mengetengahkan karya-karya bermutu seperti ini meskipun tanpa kehadiran sayembara.
Profile Image for Nasser Mikraj.
11 reviews
September 25, 2018
Kesunyian yang dimainkan dalam naskah ini begitu kuat sehingga melahirkan satu elemen sentimental yang mana apabila kita membaca tiap rangkap pada puisi, kita seolah-olah melihat diri kita sendiri yang berjalan, melompat, berlari-lari ataupun mengekori dan menjadi bayang-bayang penulis.
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
February 7, 2019
membaca naskah ini adalah membaca satu puisi yang besar. tentang gergasi kecil bernama kesepian. sudikah kita membenarkannya memanjat kaki kita? atau memusnahkan saat ia di bawah tapak kaki lagi?
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
July 7, 2018
Karim telah membawa pembaca ke lembah sepi dengan permainan kata yang, entah. Tema-tema puisi dalam Nokturna seakan seragam - menjadikan kumpulan puisi ini membawa satu nada yang jelas. Pemilihan kata penulis mudah, tetapi berkesan. Membaca naskhah ini membuatkan kita kekal sangsi untuk mengenal siapa Karim. Mengapa dia sepi - putus cinta atau sengaja menyendiri? Dan kerap kali dia bercakap tentang jendela, katil, bilik, dinding - apakah beliau introvert yang memilih untuk mengurung diri. Saya tak pasti dia ada menyebut kucing atau tidak. Saya perlu membaca naskhah ini semula.

Saya tak tahu nak kata apa lagi tentang Karim. Anda bacalah sendiri.
Profile Image for Nurul Suhadah.
181 reviews35 followers
December 31, 2018
Buku puisi terakhir saya baca untuk tahun 2018. Bukan peminat puisi dan bukan juga orang yang menguasai sastera, tetapi saya melihat dari jauh penulis Karim Mohd ini ada sesuatu yang sangat istimewa. Tidak pasti sejauh mana beliau boleh pergi.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
July 27, 2019
Terasa hari sudah malam, biarpun aku membacanya pada waktu siang yang terang.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 9, 2023
🌕- Siapa suruh sibuk nak masuk dalam kamar yang di buka pintunya.Kan dah di perangkap oleh kata². Kecanduan aku dari Puisi pertama dah dapat aura gelita malam dan sepi. Patutlah dapat Hadiah Utama Sayembara Puisi. Kata² dalam ini cukup mengesankan diri,cantik, dan sesuai dengan temanya. Konsisten dan sedap di pukul suara baca dan beri rasa. Puisi semestinya untuk dirasa bukan pada lidah tapi hati dan minda.😉

🌕-Terdetik. Apalah dalam benaknya sewaktu puisi ini diuntaikan? Sering ayatnya aku perasan dimainkan dengan pagi,matari, jendela, pintu, kamar,bantal, dinding,langit,kaca,cermin,pisau. Semua ini seakan dapat rasakan satu perasaan di tempat 'terkurung'. Mungkinkah sebab menulisnya sewaktu malam di tempat tertutup?Puisi tetap puisi. Dikarang pemuisi dengan penuh isi dadanya dan penikmat seperti aku terjemahkan dengan isi jiwa ku sendiri. Seakan serasa tapi tak serupa.

🌕- Baca di Goodreads oleh pemilik puisi ni. Nokturna itu sendiri membawa maksud 'berjaga malam' Kerna kaitkan malam, amatlah meminati buku ini. Aku sendiri sangat mencintai MALAM sebab aku pegang sekian lama. Malam Wajah yang Jujur, sekurangnya untuk aku. Itulah anggapan aku pada malam. Di siri HHTM aku sukakan yg 6,11,13,15 dan 16.

🌕- 17 siri puisi 'hari-hari tanpa mimpi'(HHTM) kian lama kian menyepikan aku. Membidik jantung lalu menyesakkan. Bukanlah suatu yang negatif malah mencapai perkongsian rasa yg sukar untuk di luah dalam lisan bahkan tulisan. Hanya 'rasa' jika siapa mahu merasa. Selain siri HHTM tu, aku sukakan :

'dari jendela kamar', landskap pagi di rumah,meja,cermin dan kamar.

🌕-Rasa semua ini seakan aku teliti objek² dalam kamar peribadi aku. Seakan 'mereka' saksi pada tangisan bisu dan malam² panjang yang menyerlahkan kejujuran aku sendiri. Sebab itu, majoriti puisi² ini amatlah terasa dekat di hati.

Dah masuk list Buku Puisi kegemaran🤍
---------------------
melihat mu
aku ingin keluar
tetapi aku pintu
- Karim Mohd
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
February 14, 2024
melihatmu, aku ingin keluar – tetapi aku pintu.
17 catatan sajak dengan tajuk: Hari hari tanpa mimpi, sudah cukup untuk memikat bacaan para penikmat puisi. Berbunyi telus dan mencengkam mewakili perasaan anak muda yang membaca golak isi kota besar dan dirinya diikuti oleh 32 lagi sajak sajak terpilih dalam antologi yang saya fikri sangat Istimewa ini.

Ya benar, ia layak memenangi Hadiah Utama Sayembara Puisi Kata-Pilar. Perlu dimiliki oleh penikmat puisi, dibaca dan dijadikan koleksi.

Sepanjang membaca himpunan ini, tidak dikesan sebarang hal hal syok sendiri. Malah ia bagaikan wujud untuk mewakili keresahan remaja dewasa yang mempunyai banyak fikir, pertanyaan dan kemudiannya mengunyah pada tiap jawapan.

Himpunan dipercantikkan lagi oleh ilustrasi oleh C’keen Yasin.

Cermin (2)
“Saudara ini siapa?” tanyamu
seperti kamu, aku juga belum mengenali diriku

NOTA: Nokturna di temui atas rak buku, lantas dicapai, ditekuni lagi. Tidaklah adil sekiranya didiamkan tanpa sebarang uar uaran kerana ia antara himpunan kata kata rapi, resah dan puitis yang pernah hadir menyita perhatian pencinta puisi.
Karim Mohd anak kelahiran Setiu Trengganu antara pemuisi yang perlu dikenali.
Profile Image for Chamomile Freedom.
14 reviews
March 9, 2021
Baca buku kumpulan puisi penulis ini seakan menyedarkan diri ini bahawa saya juga pernah merasakan kesepian tatkala malam mengunjung dan sewaktu kita bersama-sama sekumpulan manusiawi pun belum tentu lagi kita merasakan kemeriahan atau kebisingan. Kadang-kadang malam menjadi waktu bagi kita untuk merenung ke luar jendela sambil mengira bintang walhal kita tahu bahawa bintang dilangit tidak terkira. Membaca setiap rangkap per rangkap puisi ini seakan saya meluahkan rasa yang terbungkam di dada.
Jadi,tidak hairanlah saya memberi rating 5stars untuk buku kumpulan puisi ini.
Profile Image for Nashnasihah .
19 reviews
December 24, 2023
Antara ayat ayat yang tersemat kemas dalam memori.

Tajuk: Hari-hari Tanpa Mimpi (7)
“Tidak ada laut di kota, tapi
Sentiasa ada gelora di dada kita”

Tajuk: Kusekap Lagi Suaramu
“Suaramu sepi yang lagu bising dari sepiku.”
Profile Image for Fitri Khairuddin.
57 reviews1 follower
September 19, 2021
The themes explored are the common ones among writers of his age but they are all very mature and thoughtful, to my surprise. Kudos to Karim. I'm just curious where is he heading from here. Strong 3
Profile Image for koala.
3 reviews
January 10, 2023
great book, berpuitis, agak sukar memahami maksud tetapi i swear this book is great (´∀`)♡
Profile Image for Bayuu Haikalson.
165 reviews2 followers
May 28, 2025
Tak tahu lah sebab ada yang sedap tapi kebanyakkan ada yang tak sedap atau tak sampai.
Profile Image for Cikgu Ismi Rozita .
8 reviews
September 13, 2025
Buku tulisan Saudara Karim Mohd ini saya beli untuk kali keduanya atas dasar kepercayaan saya pada pengucapan penulis dan momen foto indah kerja Ali Aiman .Penulis muda ini memaparkan fikiran yang jelas pada sesuatu idea sebuah puisi beliau.Bersahaja namun mengujakan.Sepertinya perkataan yang dimuatkan mengalir dengan tepat menerusi baris- baris segmen Hari- hari Tanpa mimpi.Antara puisi yang menjemput saya membaca berulang kali berjudul 'lantai' dan 'dinding'.Kata-kata SM Zakir sebagai pengantar amat tepat.Menjumpai paradoks dari roh- roh kepenyairan Aan Mansur,Sapardi Dan Latiff Mohiddin melahirkan seorang Karim Mohd.
This entire review has been hidden because of spoilers.
November 22, 2021
Kau pernah tak mengalami satu keadaan dimana kau tenggelam dalam setiap perkataan dalam buku yang kau baca? Aku alami perkara itu untuk buku ini.

Spoiler:
Aku paling suka hari-hari tanpa mimpi (6). Aku rasa buku ini umpama catitan diari, bukan buku yang diterbitkan. Buku yang memegang simpanan hati si penulis. Ya, puisi yang ditulis dari hati dan aku sebagai pembaca juga membaca dengan hati.

jika kaulihat aku mengusung sesuatu di bahu
itu sepi
Profile Image for Amar Jue.
24 reviews
January 12, 2026
Resensi buku #1

Tajuk: nokturna
Penulis: Karim Mohd
Foto Iringan: Ali Aiman
Penerbit: Kata-Pilar Books
Ketebalan: 131 muka surat
Harga : RM29.44 (selepas kupon Shopee)

Alhamdulillah. Usai baca buku pertama selepas PBAKL. Buku ini berulangkali disaran baca oleh beberapa panelis tersohor di pentas utama DBP pada PBAKL 2025 lalu.

Pertama sekali, gambar-gambar yang termuat di naskah ini artistik dan indah, tak kalah dengan puisi-puisinya. Seperti menikmati kepedasan cili padi dan wasabi; keduanya pedas tapi bahangnya berbeza. Kudos kepada Ali Aiman dan tim Kata-Pilar kerana memberikan keindahan visual di samping tekstual. Ya beginilah caranya memuatkan visual dalam buku puisi. Cukup-cukuplah letak conteng cakar ayam anak-anak sekolah yang tak sekufu dengan puisi-puisi indah dalam naskah-naskah sebelum ini.

Layak seperti pemenang sayembara, puisi-puisi di sini dibanjiri metafora sampai lebam otakku menaakul ertinya, atau memang ia dibiarkan untuk tidak dimengerti, wallahua'lam. Namun tidak dinafikan Karim seorang perakam yang baik, mampu merakam bahasa-bahasa kecil yang selama ini terlalu kecil untuk diendahkan manusia. Begitulah penyajak yang baik. Ia mampu memahamkan kata-kata pintu, dinding, lantai, tingkap; dihadam dan dimuntahkan semula dalam akrobatik bahasa berputar-putar sampai naik lelah untuk kutangkap.

Dan di sini ada satu perkara nombor satu yang kufahami: pemenang sayembara adalah "piala-piala di rak kebanggaan" panitia pengelola sayembara, dalam konteks ini: Tukang Puisi. Kalau kaumau puisimu tersiar di laman muka buku dengan font putih dan background merah dengan ratusan ribu pengikut itu, ya beginilah. Tulislah seperti ini, nescaya karyamu segera timbul. Tapi jika kau memuja Gus Mus, Tanggore, Szymborska, Eliot; kaucari saja page lain seperti Puisi Adalah, Grup Antologi Secawan Kopi / GASK atau PEMUISI BERKARYA (Pemuisi Nasional Malaysia) yang lebih ikhlas memelukmu.

Akhir kalam, buku ini buku jaguh sayembara, siapalah aku untuk menidakkannya. Tapi jika puisi ini nasi dagang paling sedap di Kuala Terengganu, dan aku perlu memilih antaranya dengan Cendol Jo di pekan Napoh, nescaya akan kupilih mana yang lebih bergetar di jiwaku.

Rating: 3.5/5.0
Profile Image for Anem Arnamee.
Author 2 books1 follower
September 7, 2021
"Esok akan terbentang langit biru,
awan putih akan tumbuh dari perut langit baru. Kadangkala kita harus belajar mencintai langit, kerana mencintai manusia adalah terlalu rumit." - #Nokturna.

Sungguhlah setiap kita ada ruang sunyi sendiri. Membaca buku ini di ruang riuh sekalipun, mampu membuatkan tiba-tiba kita terasa sepi. Seolah turut sama menyendiri - dan terkunci. Pilihan dan gabungan kata serta rasa yang yang jelas, menjadikan buku ini selayaknya sebagai pemenang hadiah utama sayembara puisi (di samping ilustrasi menarik yang dapat beri nilai tambah).

"Aku cukup kenyang, tetapi aku ingin lapar lagi." - Karim Mohd.
Profile Image for Fahd.
Author 58 books120 followers
June 5, 2018
Nokturna adalah sebuah buku puisi yang dihidupkan dengan paradoks-paradoks. Ia tumbuh dengan imej-imej biasa tetapi maknanya membesar dengan begitu kukuh dan luar biasa.

Dengan umur baru 21 tahun, amat mengujakan untuk melihat perjalanan karya Karim Mohd dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Displaying 1 - 29 of 29 reviews