Jump to ratings and reviews
Rate this book

Buku Pink: Cerita-cerita Ibu Mengandung

Rate this book
Menjadi pesakit buku pink adalah pengalaman yang sama, tapi tak serupa untuk semua wanita.

Kehamilan dan kelahiran adalah fitrah. Ia menggambarkan kasih sayang, cinta, juga harapan. Ia bukan sekadar tolak ansur, tetapi pengorbanan wanita yang sangat menguji. Kerana itu ia menjadi satu perjalanan penting seorang wanita. Mendebarkan, serta penuh dugaan – fizikal apatah lagi emosi.

Menjadi ibu muda, mengandungkan anak pertama apatah lagi. Hari ini terlalu banyak kumpulan ‘ibu mengandung’ di media sosial yang semberono memberi info dan nasihat kesihatan – banyak yang ternyata amat berbahaya dan menyeleweng.

Naskhah pink ini berkongsi banyak cerita, pengalaman para petugas kesihatan mengendalikan kehamilan dan kelahiran. Suspens, lucu, menyedihkan, menggembirakan. Berwarna-warni -- bukan sekadar pink! Juga info dan kupasan isu dan salah faham semasa mengenai kehamilan dan kelahiran.

Ia naskhah wajib para wanita (juga para lelaki yang prihatin)!

228 pages, Paperback

Published January 1, 2018

5 people are currently reading
67 people want to read

About the author

Rosmawati Hamzah

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (43%)
4 stars
35 (47%)
3 stars
5 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
March 27, 2020
Pada awalnya terasa bahawa Buku Pink: Cerita-cerita Ibu Mengandung ini tidak lagi sesuai untuk saya baca. Dunia mengelek buku pink ke sana-sini sudah saya tinggalkan lebih 12 tahun lalu. Dan, saya kira ia sekadar berkisar sekitar kisah-kisah lucu tentang ibu mengandung. Lantas ia tidak dimasukkan dalam senarai beli semasa PBAKL2018.

Namun peluang bertemu Dr Fahd Razy, salah seorang penulisnya serta orang kuat di belakang Kata-Pilar membuatkan saya malu jika keluar dari reruai Kata-Pilar tanpa membeli sebarang buku. Lantas, buku ini saya capai.

Ternyata bahawa buku ini menghidangkan banyak maklumat berguna buat semua. Ia sesuai buat ibu mengandung tentunya, suami dan keluarganya; ibu yang ingin mengandung, serta suaminya; ibu yang telah melahirkan serta keluarganya; mereka (lelaki atau perempuan) yang mempunyai rakan-rakan, staf, jiran dll yang mengandung; mereka yang ingin mengandung dan juga yang sudah melahirkan. Pendek kata, semua orang sesuai untuk membaca buku pink ini.

Terdapat pelbagai segmen dalam buku tulisan para doktor dan jururawat masyarakat ini. Ada anekdot pengalaman sebenar mereka, ada penjelasan kepada istilah-istilah berkaitan dunia orang mengandung, ada maklumat berkenaan sakit puan, ada kupasan kepada isu-isu sakit puan dan ada penerangan kepada mitos-mitos yang berlegar sekitar dunia orang mengandung.

Buku yang disampaikan dengan santai tetapi mesejnya sampai dengan pantas kepada pembacanya.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
September 7, 2019
Nanti mengandung lepas kahwin, wajib dengar cakap misi dan doktor. Kebanyakan ibu-ibu mengandung yg ada masalah, semuanya sebab rasa diri sendiri yg rasa lebih pandai berbanding orang hospital.
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
May 9, 2018
2 hours I take to finish this very light book. Baca buku sambil beratur nak mengundi. As usual buku-buku doctor ni semua cerpen. Menarik, ada yang terkesan kat hati especially bab nak AOR masa beranak sebab aku pun sama dlu! Kahkahkah balik Pahang sebab nak raya, tengok2 ada contraction. Terus merayu kat doktor nak beranak kat KL. Nasib baik sempat bai beranak kat Tunku Azizah. Adoi kenangan kenangan.
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
May 23, 2019
Yeah habis jugak buku pink ke dua ni. (buku pink pertama adalah sewaktu mengandung dahulu)

Semua pasti menginginkan kelahiran yang mudah, tak nak lama2 dalam ward, tak nak kena cucuk selalu oleh misi. Tapi sebenarnya benda tu kena hadap jika nak ibu dan bayi selamat.

Apa yang best?
- penerangan detail mengenai setiap risiko mengandung
- cerita yang happening perihal ragam bakal ibu
- banyak cerita yang membuatkan rasa rindu nak mengandung lagi

Apa yang boleh diperbaiki?
- terlampau detail sampai rasa malas nak membaca bahagian nasihat doktor dan mengenai sesuatu risiko (sampai mengantuk)

Bahagian yang disukai adalah dialog antara doktor dan ibu hamil yang baru 2 hari bernikah.

Kalau tengah mengandung, nak mengandung atau suami kepada bakal ibu amat sesuai untuk dibaca, supaya benda2 penting yang kita selalu ambik ringan sebenarnya adalah risiko yg wajib diatasi.

Nak mudah bersalin kena ikut nasihat doktor.
Profile Image for Ruzita.
9 reviews1 follower
July 5, 2019
Ok la. Expectation aku tinggi bila baca buku ni. Bila baca buku ni, ternyata kisah pengalaman doktor/nurse yang berhadapan dengan ibu-ibu mengandung. Ada cerita lucu, ada cerita yang boleh buat orang geleng-geleng kepala. Tapi mostly, knowledge yg diberitahu dalam tu, banyak dah diketahui.
Profile Image for Wardah Puteh.
Author 4 books5 followers
July 29, 2018
Sejujurnya buku ini tidak akan saya hadiahkan (saya ragu-ragu) kepada ibu yang sedang mengandung.

Betul, isinya bermanfaat, benar nasihatnya, apatah lagi infonya patut disebar luaskan, tapi, menjadi perempuan, apatah lagi sedang hamil, sudah mensaratkan pemikiran seorang bakal ibu, yang sudah kita sedia maklum - terlalu memikirkan hal-hal 'kecil' menjadi rumit, terus menjadi 'paranoid'.

Ibu yang sedang hamil, sebenarnya sedang 'sakit', dia berhadapan dengan risiko yang tidak menentu.

Begitulah intisari naskhah ini--cemas dan membimbangkan dengan hidangan komplikasi saat hamil.

Tapi ada juga di sana sini, acuan cerita menarik, manis dan lucu. Ditambah lakaran kartun yang membuatkan tawa tercetus.

Bagi pesakit, tidak tahu akan menyebabkan mereka lebih 'tenang', dan menganggap permasalahan luar biasa menjadi biasa-biasa, sehingga selalu 'take for granted'.

Buku ini bagus kerana menerangkan kesan dan cerita yang selalu tidak dijangkakan.

Dan ia (pada pandangan saya) lebih sesuai untuk dibaca sebelum mengandung dan selepas melahirkan...
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
April 20, 2020
Banyak info baru dan maklumat penting yang harus diketahui oleh umum ada diselitkan dalam buku ini. Hampir 60% pengetahuan tentang kehamilan dan bersalin dari sudut medikal dapat saya peroleh dari hanya dengan membaca buku ini.

Selain sarat dengan info tentang Buku Pink iaitu buku pengenalan wajib bagi ibu mengandung, ia juga penuh dengan cerita-cerita mengenai mereka tetapi dari sudut jururawat, staff nurse dan doktor yang sering memerhati gelagat para ibu ini yang bertandang ke klinik kesihatan/desa mahupun hospital.

Pada saya buku ini sangat menarik dan wajib dibaca bukan sahaja oleh para ibu dan bakal ibu, malah para bapa dan staf yang melibatkan diri dalam bidang ini juga harus menyelak buku ini.
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
August 18, 2018
Aku tak pernah tahu kewujudan buku ni, mungkin sebab masa buku ni mula dilancarkan, aku terlalu sakit dengan morning sickness yang agak teruk, jadi aku tak ambil tahu buku apa yang terbaru pada waktu itu.

Tapi semalam, masa lepak dengan best friend aku Yan (thank you for your recommendation!), dia suggest untuk baca buku ni. Banyak info dan pengalaman pesakit dari jururawat dan doktor yang dikongsikan bersama, katanya.

Bagi aku, buku ni bagus, lebih-lebih lagi untuk orang macam aku yang baru nak lalui pengalaman mengandung untuk kali pertama. Untuk yang mengandung kali kedua dan seterusnya pun boleh baca gak, yang solo2 nak baca pun tak salah aih! Aku rekomen buku ni buat semua bakal ibu (dan ayah) untuk tambah ilmu sebab kebanyakan cerita yang dikongsikan nampak remeh tapi besar komplikasinya kalau kita buat tak ambil kisah tentang kandungan tu nanti. Cerita dan info juga disampaikan dalam nada santai, juga disertakan ilustrasi, jadi bacaan agak ringan dan mudah faham.

Tahniah dan terima kasih kepada penulis-penulis yang berkongsi cerita dan info! Juga buat sang penerbit Katapilarbooks, teruskan usaha untuk menerbitkan lebih banyak lagi bacaan ilmiah + santai sebegini pada masa akan datang 😉
Profile Image for Nur Fathinah.
129 reviews6 followers
March 18, 2020
Sebagai seorang medical student, buku ini tersangat menyeronokkan. Sekarang memang sedang posting O&G dan bertambah mudah nak faham apa yang ditulis.

Sebenarnya tugas Dr bukan sahaja merawat pesakit, tetapi perlu memberi pendidikan kepada pesakit. Nak educate patient pun perlu ada skill sebenarnya. Agak mencabar kalau dapat patient yang tak makan nasihat ni.

Kadang² dalam bilik bersalin (labour room @ suite), tengok Dr sibuk sangat dan faham je kenapa Dr tak sempat nak explain panjang² dekat patient. Midwives yang tengah buat episiotomy repair (jahit jalan yang dibuka dengan gunting semasa bersalin) pun nampak penat. Sambil jahit tu adalah beberapa nasihat untuk diamalkan semasa berpantang diberikan.

Kehadiran buku ini sangat membantu untuk educate masyarakat. Jadi buku ini WAJIB dibaca oleh semua wanita tanpa mengira bujang atau sudah berkahwin. Para lelaki pun sangat digalakkan membaca buku ini.

Tahniah kepada semua penulis buku pink ini dan anda yang membaca buku ini, anda memang HEBAT ! Boleh juga hadiahkan buku ini kepada semua kenalan anda yang bergelar perempuan 🥰
Profile Image for H S. A.
115 reviews
October 30, 2021
25/2021📚
Buku Pink : Cerita-cerita Ibu Mengandung terbitan Penerbitan Kata-Pilar

Lihat dari sisi sahaja, sememangnya mirip dengan buku merah jambu klinik kesihatan ibu dan anak bukan? 😁 Inilah dia buku yang sarat dengan anekdot para doktor dan jururawat serta diselitkan dengan pelbagai maklumat dan jargon perubatan yang mana dijelaskan dengan bahasa lebih mudah difahami orang bukan ahli bidang perubatan.

Pembacaan buku ini diselesaikan lewat malam tadi dan di hujung pembacaan ada sedikit bahagian yang membuatkan saya tak kering gusi ketawa sendiri, nasib baiklah teman sebilik saya sudahpun nyenyak tidur.

p/s: warna kulit anak ditentukan kromosom dan kandungan genetik ibu dan bapa bayi ya. bukan ditentukan kopi O ais yang diminum ibunya 😉 begitulah.

Penilaian Peribadi : 4⭐️/5⭐️
37 reviews
July 18, 2022
Belum berkahwin, belum bergelar ibu, akan tetapi, saya suka membaca buku-buku yang berkaitan dengan proses kehamilan dan kelahiran.
Pelbagai istilah baharu dapat dipelajari iaitu Pre eclampsia, Braxton-Hicks dan pelbagai lagi istilah baharu.
Pelbagai ragam ibu-ibu mengandung yang dapat dipelajari.

Terima kasih kepada barisan penulis yang terdiri daripada barisan perubatan.

Saya dah ada ketiga-tiga Buku Pink.
Tak rugi grab buku ini tau.
Saya beli di Pesta Buku Antarabangsa.
Hehee
1 review2 followers
May 11, 2018
Buku Pink ni memang best sebab santai je. Jargon perubatan pun ada diterangkan maksud. Kartun yang kelakar, jadi takdelah boring. Tapi, page 27 sampailah page 58 tak tersusun. Leceh jugak nak selak cari page ikut turutan. Pengalaman nurse dan doctor dah baca, lepas ni kalau ada buku pink 2, harap dapat baca artikel yang ditulis oleh ibu mengandung pula. Hehe ✌🏻
19 reviews
December 29, 2018
A totally recommended book for women who are pregnant, trying to get pregnant and not yet married. There are so many useful info about pregnancy in this book, which I must say, can save your life, if you know some basic knowledge on it. :)


p.s. Husbands and husbands-to-be must also read this book.
Profile Image for Nur 'Ain Radzi.
13 reviews1 follower
September 9, 2021
sebuah buku yang sarat dengan info walaupun dengan penulisan yang bersahaja. perkongsian pengalaman daripada jururawat masyarakat, jururawat klinik kesihatan & juga para doktor yang berpengalaman mengendalikan kes-kes ibu mengandung.
banyak cerita-cerita yang mengelikan hati 😂
benar buku ini sangat sesuai untuk mereka yang baru sahaja disahkan mengandung & buat para lelaki/ suami yang prihatin.
Profile Image for Rumizah Zakiah.
8 reviews2 followers
November 8, 2021
Panduan untuk wanita-wanita hamil, terutamanya untuk yang pertama kali melalui faa tersebut. Selain daripada cerita-cerita berdasarkan pengalaman para penulis yang sudahpun lama berkecimpung dalam bidang ini, buku ini turut dilengkapi dengan tips dan penerangan tentang sesuatu isu antenatal yang sangat berguna.
10 reviews
July 11, 2018
Best cerita-cerita dalam ni. Ade part kelakar dan yang pasti, ade part yang boleh nangis bila baca. Boleh ulang baca bila setiap kali mengandung! Sesuai juga untuk mereka yang baru mendirikan rumahtangga.
Profile Image for Fiqa Kharshah.
7 reviews
April 24, 2019
Buku yang patut dimiliki dan dibaca buat semua ibu-ibu yang bakal hamil, ibu hamil dan bakal bapa. Macam-macam cerita ada yang sedih, lucu, gembira. Ada juga bahagian yang menerangkan tentang mitos, dan fakta-fakta tentang kehamilan.

Hari ini saya nak baca Buku Pink 2.0 pula.
Profile Image for Auni B.
73 reviews4 followers
June 30, 2022
Wajib baca untuk setiap perempuan untuk pengetahuan am. Sangat bermanfaat dan ada juga kelakar. Cuma sebagai seorang yang fobia darah dan pernah fobia hospital, kadang-kadang ada fakta atau kisah yang membuatkan rasa ngeri😫Tetapi itulah hakikat realiti walaupun kadang-kadang menakutkan.
Profile Image for Eiju adnan.
63 reviews
May 21, 2019
Full of information and stories that we can learn about pregnancy and its risk.
Profile Image for Michelle Eng Mi-Lin.
13 reviews
April 6, 2021
compilation of stories from the doctors and nurses dealing with pregnant mothers , quite interesting
2 reviews
November 1, 2021
Kisah pengalaman ibu mengandung di Klinik kesihatan.
Bahasa medical terms lebih mudah difahami utk bakal2 ibu.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews6 followers
June 13, 2021
Buku yang baik dibaca oleh ibu atau bakal ibu. Perkongsian kisah-kisah pendek doktor atau nurse sepanjang merawat ibu-ibu bersalin. Ulasan dari doktor di hujung cerita amat baik menurut saya dan memberi nilai tambah kepada buku ini. Ia memberi sedikit pengenalan kepada ibu muda terutamanya.

Informasi dan pengenalan mengenai term-term berkaitan buku pink dan dunia kehamilan sangat banyak membantu para pembaca memahami dunia ibu hamil. Kerisauan dan kegusaran para ibu dapat sedikit terubat dengan ilmu melalui buku ini. Selain itu, mitos-mitos yang salah mengenai kehamilan turut disertakan dalam buku ini.

Journey sebagai ibu hamil bukanlah journey yang mudah. Membaca buku ini buat saya lebih bersedia menghadapinya. Bila jumpa point best je share dengan husband sekali. Tq penulis dan penerbit!
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.