Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kertas-kertas yang Merubah Fikir

Rate this book
"Himpunan kertas yang dijilid kemas, pada dadanya tersusun aksara yang mengusung makna."

Secara tradisi, kertas berjilid inilah yang akhirnya menjadi buku dan teman akrab manusia – menghiasi rumah mereka lalu memperindah hidup yang singkat dengan amalan membaca. Di manakah keasyikannya dan bagaimanakah aktiviti ini mampu merubah fikir? Adakah benar membaca dapat memperbaharu erti kehidupan, sama ada daripada sudut emosi, intelek, kematangan mahupun nilai kendiri?

Begitu pada awalnya, pertanyaan-pertanyaan kecil ini akhirnya membentuk kesepakatan untuk berkongsi keasyikan membaca kepada generasi seterusnya. Datang daripada pelbagai latar belakang, mereka yang mencintai buku bertemu di Goodreads Malaysia lalu menurunkan pengalaman "membaca" mereka di atas kertas. Ramai dalam kalangan mereka pernah menghasilakn karya-karya yang jauh lebih besar namun begitu gembira dapat menyumbangkan buah fikiran masing-masing untuk buku yang sederhana ini.

Himpunan 24 buah catatan akan membawa pembaca ke dunia "buku" dengan cerita yang diramu dengan rempah ratus tersendiri. Di samping memperkenalkan buku-buku yang telah memerangkap rakan-rakan Goodreads Malaysia, pembaca turut dibawa ke daerah buku yang penuh dengan misteri, keasyikan dan keunikan melangkaui jangkauan fikiran. Sudah bersedia?

163 pages, Paperback

First published April 1, 2018

11 people are currently reading
105 people want to read

About the author

Najibah Abu Bakar

9 books348 followers
Anak kampung yang membesar antara susunan koleksi buku dan kegemaran membaca ayah ibu. Diheret ke pesta-pesta buku sejak sekolah rendah, walaupun pernah sekali terlupakan agenda keluarga untuk ke sana akibat asyik mencari ikan di sungai selepas balik mengaji.

Waktu kecil dahulu, selalu disuap slogan “Cintailah Bahasa Kita” dan “Bahasa Jiwa Bangsa” di kaca TV. Akhirnya menjadi peminat A. Samad Said, tetapi pernah terhenti membeli buku beliau pada tahun 1995 (Cinta Fansuri) setelah surat ‘peminat’ zaman awal remaja tidak mendapat balasan daripadanya, serta usikan kakak dan adik yang tidak henti-henti mengenai peliknya seorang remaja seusia saya menyukai seorang sasterawan berjambang putih (dan beristeri dua). Kini setelah dewasa, menyedari betapa keanak-anakan memboikot pengarang hanya kerana surat peminat tidak dibalas dan tanggapan insan lain terhadapnya (hahaha).

Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kelantan dan Selangor; dan bersebab jasa dan bimbingan guru-guru di SKM, MMP Kota Bharu, Syamsul Maarif dan KISAS, sempat menadah ilmu di UIAM dan UM.

Cita-cita selepas SPM adalah mahu menjadi pustakawan, kerana dipengaruhi artikel Shaharom TM Sulaiman mengenai pustakawan Islam yang masyhur. Tersasar ke dunia undang-undang sebelum mengubah haluan semula ke dunia perpustakaan & sains maklumat.

Hasrat terbesar sejak dahulu adalah ingin menyumbang sesuatu untuk dunia keilmuan Melayu Islam terutama berpaksikan buku dan perpustakaan melalui penulisan. Insya-Allah, sangat ingin ditunjukkan jalan oleh Allah untuk menjadi sejarawan buku dan sejarawan perpustakaan, sambil mendidik 4 orang zuriat mendalami hakikat kehidupan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (32%)
4 stars
85 (53%)
3 stars
19 (11%)
2 stars
3 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 51 reviews
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
May 26, 2018
Setelah khatam naskah ini, saya membayangkan pula siri kedua buku ini. Untuk buku seperti ini, saya berharap siri kedua datang dari generasi penulis yang lebih muda daripada generasi penulis buku ini.

Mungkin pada waktu itu, siri kedua buku ini bakal meletakkan senarai buku terbitan Fixi dan penerbit-penerbit terkini pula. Haha.

Secara keseluruhan, saya ingin memuji langgam bahasa dalam buku ini yang terjaga tatabahasanya. Buku ini patut dihadiahkan kepada orang-orang yang memandang remeh soal buku. Paksa mereka baca buku ini! Haha.

Penulis-penulis dalam buku ini menjadikan buku sebahagian dari perjalan hidup mereka. Kita mungkin menganggap orang kaya saja yang mampu kumpulkan buku dan bina perpustakaan peribadi. Hakikatnya, tidak semestinya begitu.

Malah penulis-penulis buku ini, boleh dikatakan kebanyakannya berasal dari keluarga susah dan marhaen. Walau sebesar mana cabaran hidup, buku tetap hadir malah turut merubah masa depan setiap pembacanya.

Membaca bukan hobi, tapi ianya adalah keperluan!
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews171 followers
February 15, 2021
Sewaktu menulis salah sebuah daripada artikel di dalam buku ini, saya masih bertatih dalam awal tahun-tahun klinikal di Universiti Kaherah. Keterujaan menyerbu puluhan malah ratusan kedai buku bahasa Inggeris dan Arab di sana yang mewah lagi menggiurkan sebagaimana melimpah ruahnya ilmuwan yang mendalam ilmunya di sana tidak dapat diungkapkan dengan bait-bait kata.

Usai menelaah buku edisi kedua yang ditambah baik ini, barulah saya tersedar bahawa hanya dua tiga orang penulis sahaja yang saya pernah bersua dengan mereka sehinggakan baru saya perasan bahawa salah seorang penyumbang artikel di dalam buku ini merupakan graduan Universiti Kaherah juga dan telah menjadi Ketua Jabatan di Jabatan Patologi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Usaha Pn. Najibah selaku 'tulang belakang' dalam mengumpul, menyelenggara dan menguruskan penghasilan buku ini sangatlah harus diberikan pujian.

Buku ini walaupun bersifat sederhana, namun mesej yang disampaikan agak hampir dengan denyut nadi rakyat kebanyakan Malaysia - minat membaca bertunas melalui bahan bacaan di rumah, perkhidmatan perpustakaan desa dan bahan bacaan di sekolah.

Antara inti penulisan yang menarik adalah mesej Pn. Najibah sendiri yang mengangkat mesej bahawa seorang pustakawan itu perlu menjana ilmu. Ini mengingatkanku kepada pesan Syeikh Muhammad Muhammad Abu Musa sewaktu kelas linguistiknya di Masjid al-Azhar ketika mensyarahkan Dalā’il al-I‘jāz oleh Imam al-Jurjani bahawa ketika kita menelaah sesebuah kitab, kita perlu berfikir bagaimana ulama’ tersebut boleh menulis sebegitu, bagaimana mereka befikir, bagaimana mereka menghasilkan ilmu dan bagaimana al-Rafi’i, Taha Hussein dll. mampu mengarang ensiklopedia dalam khazanah ketamadunan Islam.

Begitu jugalah yang ditegaskan oleh Dr. Umar Faruq Abd-Allah sewaktu daurah bermaknanya di 6th October, akan peri pentingnya umat Islam hari ini untuk menjana ilmu (ta’sīl al-‘ilm/root the knowledge) sebagaimana ilmuwan zaman Umayyah, Abbasiah dan Uthmaniah lakukan, dan bukannya sekadar menerima ilmu yang sedia ada semata-mata. Sarjana-sarjana ulung seperti George Sarton, Prof. al-Attas juga sering kali menitipkan pesan ini dalam kuliah-kuliah mereka.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
August 9, 2018
Dari segi suntingan, kelemahan timbul dalam bentuk kesalahan ejaan serta ejaan tidak konsisten. Sekejap naskah, sekejap naskhah (ada kalanya berlaku dalam perenggan yang sama). ‘Ke-duadua’. Begitu juga dengan perkataan berulang. Semoga aspek ini boleh diperbaiki.

Kekuatan Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir terletak pada variasi latar belakang penyumbang. Cuma lebih menarik jikalau turut disertakan nukilan masyarakat majmuk Malaysia bagi perolehan skop lebih tuntas. Sungguhpun berbeza latar belakang, ada banyak tema bertindan dalam merapatkan para penulis yang dipapar dengan budaya cinta buku.

Kesunyian merupakan salah satu faktor pendorong ke arah mendekati buku seperti yg diluah oleh Tuan MK Riza, Tuan Syed Putra dan Puan Norliza.

Sebagai peminat tegar komik, saya sekapal dengan Tuan Shah Ibrahim serta Tuan Izwamuddin. Komik serta novel grafik merupakan jambatan utama mereka mendekati buku. I can totally relate in a big way.

Peranan ibu bapa juga ketara dalam pembudayaan membaca di kalangan penyumbang artikel. Malah, ramai ada perpustakaan peribadi dalam rumah sendiri dan terpanggil pula untuk menyemai budaya ini kepada komuniti sekeliling tempat tinggal mereka seperti Puan Aina Dayana, Tuan Zamri dan Puan Nor Azzah. Semoga kesungguhan mereka berjangkit kepada ramai lagi.

Geli hati membaca keberatan Puan Saniah untuk beri pinjam buku kepada orang lain sebab takut lunyai. Haha… I feel you, Sis.

Teringin saya menjejak buku-buku yang disebut para penulis. Buku-buku yang bermakna dalam hidup mereka. Malaysia memerlukan lebih banyak buku seperti Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir. Kudos to all contributors!

“Buku akan mencari pembacanya” – Zalila Isa (Suka saya pada quote ini).
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
July 21, 2019
Saya kira pencinta buku dan yang suka membaca akan menyukai buku ini kerana pengalaman-pengalaman yang dikongsikan bersifat 'relatable'. Cuma pembacaan yang berterusan boleh menimbulkan rasa bosan disebabkan sifatnya yang mendatar. Dengarnya JT sedang dalam proses mengumpul karya pencinta buku dari aspek berbeza? Jika ya, tidak sabar saya untuk memiliki dan membacanya kelak.
Profile Image for Afifah Ismail.
15 reviews1 follower
December 7, 2018
Membaca buku ini mengingatkan diri kepada pengalaman peribadi bagaimana kecintaan terhadap buku disemai sedari kecil. Peranan abah banyak membantu kami adik beradik untuk menjadikan buku sebagai makanan jiwa yang sangat bermakna.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
July 16, 2019
Sejurus melihat nama Prof Shaharom TM Sulaiman pada kata pengantar buku ini, saya sudah dapat menduga bahawa buku ini akan mengingatkan saya kembali kepada coretan beliau sebelum ini yang cukup terkenal dan akrab dengan penulisannya mengenai buku dan ragam pembaca.

Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir merupakan himpunan pengalaman daripada pelbagai latar belakang penulis mengenai dunia pembacaan. Tidak dapat tidak, keluarga memainkan peranan penting dan juga utama dalam memastikan anak-anak boleh membaca dan seterusnya mendekatkan diri dengan buku-buku dari pelbagai genre, fiksyen mahupun bukan fiksyen.

Saya tertarik dengan satu artikel iaitu penyelidikan berkenaan dengan keberadaan buku di dalam rumah membantu anak-anak selangkah ke hadapan dan mempunyai peluang yang lebih cerah dalam menyambung pendidikan yang lebih tinggi berbanding anak-anak yang membesar tanpa kehadiran buku. Tambahnya lagi, status kelas sosial ibu bapa (miskin mahupun kaya), pekerjaan (suri rumah mahupun doktor), pendidikan ibu bapa (tidak pernah bersekolah mahupun peringat doktor falsafah), bukanlah penghalang utama anak-anak untuk berjaya, tetapi keberadaan bukulah yang akan membantu anak-anak tersebut.

Setiap daripada kita memerlukan pencetus bagi menanamkan minat seseorang itu untuk membaca dan hal tersebut tidak semestinya berlaku pada satu masa, bahkan ia berterusan sepanjang masa. Saya akui bahawa saya sendiri punya minat terhadap buku sejak daripada sekolah rendah lagi namun tidaklah menjadikan ia satu perkara yang menyeronokkan.

Setelah usia mencapai 20 tahun ke atas barulah minat terhadap buku semakin membuak hasil daripada buku yang dihadiahkan oleh seseorang. Jika mahu dibandingkan saya dengan penulis-penulis di dalam buku ini ternyatalah kerdil buat saya yang masih berjinak-jinak dalam dunia pembacaan.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
December 6, 2021
Bagaimana mahu mengulas buku tentang orang-orang yang mencintai buku? Hendak saya berikan tiga bintang kerana tiada sesuatu yang benar-benar “umph”, tidak adil rasanya. Hendak beri lima bintang, ia bukan sesuatu bacaan yang berbekas diingatan.

Ia adalah antalogi atau boleh juga saya katakan auto-biografi/memoir ulat buku seputar kisah cinta dan momen-momen mereka dalam menggauli buku dan bertumbuh dalam dunia pembacaan.

Saya kira, buku ini sesuai dijadikan hadiah kepada orang-orang yang tidak membaca atau tidak faham kenapa ada manusia yang sanggup berhabis wang kerana buku dan menghabiskan kebanyakan masa dalam hayatnya membaca.

Membacalah. Setidaknya-tidaknya untuk menyelamatkan diri dari kebodohan dan dari melakukan aktiviti sia-sia.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
July 28, 2018
Kertas-kertas yang Merubah Fikir. Goodreads Malaysia. Jejak Tarbiah. 2018.

1) Buku ini memang sedap untuk dibaca. Buku yang aku beli semasa perasmian Galeri Buku Jejak Tarbiah haritu.

2) Buku ini mengandungi 21 bab & setebal 163 mukasurat.

3) Tahniah diucapkan kepada Jejak Tarbiah & Goodreads Malaysia kerana menerbitkan buku yang sedap ini. Satu usaha yang sangat baik. 😁

4) Di dalam buku ini menghimpunkan coretan pengalaman bersama buku yang ditulis oleh 21 orang pencinta. Pelbagai cerita cinta buku yang tertulis di dalam buku ini. Setiap penulis punyai cerita masing-masing.

5) Sejujurnya, ada coretan yang memang kena dengan diri aku sendiri. Hahahah. Penulis menulis apa yang aku rasai .😁

6) Buat korang yang baru nak mula bercinta dengan buku, aku syorkan korang baca buku ini. Tak rugi kalau korang baca .

7) Banyak perkara yang boleh kau temui dalam buku ini. Percayalah.

8) Dengan membaca buku dapat membantu kita mencari kelebihan yang ada dalam diri kita. Jadi, membacalah agar kau temui kelebihan diri kau.

9) Reading is cool, therefore you should read to be cool.

10) Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#breatheNread
#alonalonjanjikelakon
#goodreadsmalaysia
#malaysiamembaca
#2018readingchallenge
[ DUApuluhSEMBILAN ]
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
December 28, 2018
Himpunan kisah kisah pembaca dalam dunia pembacaan dan perbukuan mereka. Dapat saya simpulkan faktor perhatian keluarga pada kepentingan pelajaran dan bahan bacaan telah membantu penulis2 yang menyumbang tulisan dalam buku ini untuk meningkatkan pembacaan mereka dan tentunya dengan pembacaan yang begitu ekspansif itu mempunyai saham dalam membentuk mereka menjadi siapa mereka pada masa ini. Sangat sangat menginspirasikan.
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
September 13, 2018
Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir by Najibah Abu Bakar.

- Actually, buku ini ditulis oleh ramai penulis. Penulis-penulis ni ada yang aku pernah dengar dan ada yang tidak.

- Ada 4 bahagian kertas-kertas dalam buku ini yang mana di setiap bahagian ada cerita-cerita dari penulis.

- Cerita yang ditulis oleh penulis ni memang semua nya pengalaman hidup penulis itu sendiri. Kebanyakannya, penulis minat membaca sebab keluarga yang galakkan.

- Bila baca cerita-cerita penulis ni, aku tak tahu laa aku layak dipanggil ulat buku ke tidak jika nak dibandingkan dengan apa yang dah ditulis oleh penulis ni.

- Kalau nak tahu banyak lagi, korang kena la baca buku ni.

- Selamat membaca !

#2018readingchallenge
#duniaBOOKku📚
#bukutigapuluhtujuh
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
February 5, 2019
Saat mengembara buku ini, terimbau zaman sekolah dahulu ketika menjadi pustakawan. Tiap-tiap hari dengan buku. Susun buku. Kutip buku. Pinjam buku. Hujung minggu atau kelapangan akan ke perpustakaan awam bersama adik dan abah. Rasa bahagia apabila ada dengan buku. Pergi kedai buku pun rasa tenang dan bahagia. Sewaktu latihan industri di KLCC dulu, "stress" dan "tension" sahaja pasti akan ke Kinokuniya untuk kembali tenang.😄. Melihat buku-buku yang ada menjadi terapi buat diri.

Buku ini mengisahkan betapa pentingnya budaya membaca dan kualiti bahan bacaan yang dikhatamkan; demi pembangunan jiwa serta diri. Tugas sebagai pembaca dan penulis sama-sama berat sebenarnya.

Terasa juga nak ada kesemua karya-karya yang dinyatakan dalam buku ini. Bukan calang-calang ooOOoo 😄😄😄.
Profile Image for Natasha.
363 reviews185 followers
March 17, 2021
A collection of real life stories from Malaysian bibliophiles. Seronoknya kalau menjadi al-Jahiz dapat menyewa kedai untuk membaca buku.

Saya amat menyukai koleksi kisah-kisahnya yang menarik, ringkas dan padat. Sudah lama tidak membaca buku dengan susunan ayat yang teratur begini. Pasti editornya sungguh berbakat membuatkan pembaca di alun tutur kata yang halus. Kisah-kisahnya juga pelbagai dari pencinta komik, karyawan sastera dan lain-lain lagi. Koleksi ini bukan sahaja sesuai untuk pencinta buku atau pembaca kasual, malah saya kira anak-anak patut digalakkan membacanya supaya lebih mencintai bahasa ibunda.
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
January 15, 2020
Buku ni mengingatkan saya pada buku Pengakuan Penyair. Persamaannya mereka bercerita tentang kisah mereka dengan buku. Bagaimana mereka mula mendapat minat membaca, cabaran-cabaran waktu dulu, dan apa yang menjadikan mereka sekarang seperti sekarang (dalam konteks buku dan penulis).

Bezanya Pengakuan Penyair ditulis oleh penyair-penyair tanah air. Himpunan kisah-kisah mereka. Buku ini pula dari pembaca-pembaca di Goodreads, ahli Goodreads Malaysia.

Buku ini saya rasa satu usaha yang bagus untuk menarik orang ramai lebih terbuka dan lebih minat untuk membaca. Saya sendiri pun teruja membaca kisah-kisah mereka. Naik sikit semangat saya untuk membaca lebih tekun tahun ini. Terima kasih dan syabas untuk semua penulis.
102 reviews2 followers
September 28, 2020
Himpunan kisah penulis dalam dunia pembacaan. Bagaimana mereka terjatuh cinta dengan buku.

Sungguh, coretan kisah di dalam buku ini menggamit memori. Bagaimana dulu diri ini mula membaca dan jatuh cinta dengan buku.

Kebanyakan mereka bermula di rumah. Suasana, ibu bapa, adik beradik memainkan peranan untuk cinta kepada pembacaan dan buku. Mereka juga bukanlah daripada golongan yang senang. Namun mereka berpegang pada prinsip bahawa hanya ilmu yang dapat merubah kehidupan mereka.
335 reviews15 followers
July 30, 2018
Sebagai seorang ulat buku juga, berbunga hati bila membaca nukilan rasa penulis dalam buku ini. Setiap seorang mempunyai cerita tersendiri. Buku ini mudah dibaca dan diulangbaca. Istimewanya buku ini untuk saya terutamanya 2 nukilan suami isteri yang merupakan sahabat saya dari zaman universiti.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
June 8, 2021
1.
Buku ini adalah koleksi cerita (antalogi) daripada pelbagai kategori penulis dan pembaca.

2.
Semuanya berkongsi pengalaman sendiri bagaimana mereka mula membaca dan siapa/apa yang mempengaruhi hobi ini.

3.
Hampir semua menyatakan membaca ini dipengaruhi oleh keluarga, sama ada secara langsung atau tidak.

4.
Saya sendiri bukan datang dari keluarga yang punyai koleksi buku di atas rak, tapi amalan membaca sudah ada "dikuatkuasakan" semenjak kecil.

5.
Ayah saya pemandu bas sekolah. Balik dari bertugas, abah akan bawa surat khabar ke rumah. Berebut lah kami anak beranak mahu membaca berita terkini. Mak, akan ambil ruangan Teka Silang Kata dan kami akan memerah kepala mencari jawapan. Tak hantar pun, sekadar menjawab suka-suka.

6.
Apabila abang dan kakak-kakak saya meningkat usia remaja, majalah Gila-gila (kemudian Ujang) mula masuk ke dalam rumah. Begitu juga novel terutamanya terbitan Creative Enterprise. Saya menjadi pembaca yang bahagia sebab banyak buku "percuma".

7.
Benar, pengaruh membaca daripada orang-orang sekeliling tetap ada.

8.
Seronoknya membaca bukan setakat menghiburkan, tetapi mengetuk minda untuk berfikir lebih waras.

9.
Sebuah buku yang tidak membahayakan rupa paras fizikalnya, bisa mempengaruhi dan memberi kesan kepada pembaca.

10.
Sememangnya kertas-kertas yang tercetak aksara membentuk kata dan ayat, bisa merubah fikir!

Tahniah kepada rakan-rakan Goodreads-Malaysia di atas kejayaan menerbitkan buku ini. Kalau saya terlebih rajin dan pandai menulis, agaknya terselit juga catatan saya dalam buku ini. Tawaran datang dulu, saya buat endah tak endah. Heh!
Profile Image for Faiz • فائز.
358 reviews3 followers
May 29, 2024
Saya difahamkan, tulisan-tulisan yang dikumpulkan sehingga dibukukan ini ialah hasil kerjasama komuniti Goodreads Malaysia. Satu usaha yang wajar dipuji oleh semua. Saya sendiri mengetahui buku ini menerusi perkongsian Puan Najibah Abu Bakar di Goodreads.

Kisah-kisah yang dinukilkan di dalam buku ini ialah hasil pengalaman peribadi tatkala mereka mulai jatuh cinta dengan helaian-helaian kertas yang disusun rapi.

Terpesona dengan aksara-aksara yang menari dengan langgam sendiri, peneman setia yang mendampingi diri pabila tertinggal bas di pagi hari, khutub khanah si ibu ayah yang memuatkan buku peribadi; hal-hal ini yang akhirnya menjadikan mereka menghidap ekstasi! Cuma, ekstasi ini bersifat murni.

Walau banyak kisah yang biasa-biasa buat saya, barangkali ia bermakna buat sebahagian lainnya. Dan satu hal yang paling saya suka, apabila disisipkan sekali buku pertama yang menjadikan mereka jatuh cinta. Penulis dan tajuk buku ini saya serlahkan (highlight) untuk rujukan dan tatapan di kemudian hari.

Antara kisah yang saya gemari dalam buku ini mestilah Puan Najibah. Ketakjuban beliau apabila pertama kali menjejakkan kaki ke perpustakaan yang menempatkan pancuran air singa di perkarangannya, adalah ketakjuban yang sama dirasai oleh saya. Semoga direzekikan kembali ke sana.
Profile Image for Syuhadah Ainin.
20 reviews9 followers
May 18, 2020
Kertas-Kertas Merubah Fikir ini adalah usaha rakan-rakan Goodreads Malaysia untuk memberi mesej yang amat bermakna kepada pembaca
mengenai dunia buku yang begitu luas untuk diteroka.

.

Buku ini mengangkat tema biblioholisme sebagai tema utama dan menghimpunkan kisah-kisah para penulis yang bergelut dalam dunia perbukuan (tidak kiralah dari segi pembacaan atau penulisan).

.

Antara input menarik yang ada dalam buku ini:

- Pandangan para penulis mengenai minat membaca
- Bagaimana para penulis berjinak dengan dunia buku
- Bagaimana membaca boleh menimbulkan keyakinan
- Kenangan pahit dan manis dalam dunia buku
- Cadangan buku, majalah dan akhbar siri yang harus diteroka oleh para pembaca

.

Dan, antara mesej tersirat yang berjaya disampaikan dalam buku ini, adalah minat membaca ini bukanlah ekslusif untuk sesiapa.

Buktinya, buku ini sendiri mengangkat penulis-penulis dari pelbagai latar belakang dan status sosial. Ada dalam kalangan penulis berjaya membuktikan, kesusahan bukanlah penghalang untuk kita terus menerus mencintai dan menghargai buku.

Jadi, buat saudara saudari di luar sana, jangan segan untuk memulakan pembacaan anda.

Mulakan dari sekarang!

Kerana, dengan ilmulah kita dapat mengenal dunia dengan seluas-luasnya.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
October 21, 2024
Seronok membaca kisah-kisah manusia dengan buku. Cerita perkenalan, jatuh cinta, sehidup semati dengan buku. Pencinta buku tentu boleh relate.

Melalui kebanyakan pengalaman yang tercatat, boleh dikata perasaan cintakan buku itu bermula dari rumah. Habit ini akan dipengaruhi oleh sekurang-kurangnya salah seorang ahli keluarga yang merupakan pembaca tegar.

Saya tertarik dengan hasil penyelidikan Dr. Mariah Evans yang dikongsi oleh Puan Najibah Abu Bakar, tentang kelebihan tempoh belajar kanak-kanak, sebenarnya tidak dipengaruhi oleh tahap pendidikan ibu bapa, tetapi bergantung kepada adakah di rumah mereka ada banyak buku. Jadi, untuk mendapatkan generasi celik ilmu, binalah perpustakaan di rumah.

Selain catatan pengalaman, ada juga catatan yang menggalakkan habit membaca. Bagaimana ia membantu perkembangan tamadun dunia, bagaimana ia membantu mengubah cara seseorang berfikir, dan banyak lagi. Maka, buku ini juga sesuai dijadikan hadiah. Mungkin perkongsian sebegini mampu meramaikan lagi khalayak yang suka membaca.
Profile Image for Nuraina Akmal.
57 reviews
February 3, 2020
21 penulis yang berlatarbelakangkan ahli Goodreads Malaysia bergabung dengan membawa pembaca ke dalam dunia buku milik mereka. Kesemuanya bercerita pengalaman pertama kali ditemukan, menemukan, tidak sengaja bertemu dengan buku sejak dari zaman kecil lagi sehinggalah kini.
Ketika kita membaca, mesti kita dapat relate dengan cerita-cerita dalam ini. Ketika zaman kecil, ramai yang tidak lari dengan Siri Salma / Nancy Drew, Hardy Boys / Siri Hadi, Kuntum, Asuh dan bermacam lagi. Semakin menginjak remaja, membaca pula Salina dan bermacam lagi karya sastera yang membina pemikiran dan jati diri.
Seronok rasanya saya dapat menghabiskan buku ini, mengetahui bertapa berharganya buku dalam diri setiap penulis. Ada yang tidak sekadar membaca lagi, tetapi menulis juga. Ada yang sudah mewakafkan perpustakaan untuk kegunaan orang lain (oh betapa banyaknya pahala yang mengalir).
Satu hari nanti, saya juga mahu menulis kisah saya dengan buku.
Profile Image for Hidayah.
35 reviews6 followers
June 11, 2018
Setelah selesai membaca dari kulit ke kulit, jujur saya katakan memang bagus sangat karyanya. Karya gabungan penulis dari pelbagai latar belakang.

Selama ini, saya tak tahu pun yang membaca ada tahap dan kelas nya yang tersendiri. Apatah lagi, falsafah membaca.

Apa yang saya tahu, hanya baca segala apa yang saya terjumpa.

Akhir kalam, buku ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membaca dan menjadi penulis juga suatu hari nanti. InshaAllah
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
April 13, 2020
Himpunan pengalaman dan pandangan daripada insan-insan yang mempunyai minat yang sama iaitu cinta akan aktiviti membaca.

Terkenang detik bagaimana saya mula pandai membaca. Saya tidak ingat pada umur berapa saya pandai membaca tapi apa yang saya paling ingati ialah kebisingan mulut saya yang sibuk membaca iklan-iklan di tepi jalan apabila saya berada di dalam kereta yang dipandu oleh ayah. Baik jauh mahupun dekat. Manis bila dikenang-kenang kembali.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
March 25, 2020
Kerja kolektif warga goodreads Malaysia menyumbang buah tangan buat pembaca.Tulisan yang menyeru dan memberi semangat untuk sekalian Manusia untuk menyahut seruan wahyu pertama iaitu "Iqra".

Pelbagai kisah benar dan ajaib tentang hubungan antara 2 entiti.Manusia dan buku.Kisah ajaib yang membawa keduanya ke jinjang percintaan.Mereka digelar Bibliofil.Dapat saya simpulkan bahawa setiap bibliofil punya kisah tersendiri bagaimana mereka menjebakkan diri ke dalam dunia buku.

Berdasarkan buku ini,beberapa faktor menjadikan mereka tenggelam dalam dunia biblioholisme.Antaranya:

1.Faktor didikan orang tua.Ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka membaca dengan pelbagai cara menarik minat anak-anak.Contohnya membelikan bahan bacaaan untuk anak-anak.Anak-anak mudah dipengaruhi walaupun dengan hanya senaskhah akhbar atau majalah.

2.Cabaran hidup.Kebanyakkan penulis mengisahkan kepayahan mereka dalam mendapatkan bahan bacaan.Sama ada faktor kekurangan duit membeli buku atau susah mencari perpustakaan.Maka,sekolahlah menjadi penyelamat.Di sekolah dimanfaatkan masa untuk mendapatkan segala bahan bacaan.

3.Suasana membaca juga dapat mempengaruhi anak-anak membaca seperti membawa ke perpustakaan,membina perpustakaan mini atau paling tidak pun menyediakan ruang khas membaca.Paling memberi kesan tabiat membaca ibu bapa akan menginspirasi anak-anak untuk membaca.Keadaan sekeliling juga mempengaruhi seperti adik-beradik dan rakan sekolah.

Beberapa kisah menarik perhatian seperti kisah minat membaca yang tiba-tiba hilang.Ini sangat menarik,kerana secara peribadi saya pernah menghadapi penyakit ini.Bolehlah kita namakannya sebagai "readers block".Ia boleh datang untuk jangka masa yang pendek.Faktor kebiasaan hanyalah kerana gajet dan media sosial.Paling menakutkan jika ia datang untuk tempoh yang panjang seperti bertahun-tahun hilang semangat membaca.Kebanyakkan berlaku kes ini faktor sibuk bekerja.Maka,pembaca perlu segera sedar mencari turning point untuk kembali.Salah seorang penulis menyatakan faktor beliau kembali membaca kerana "fifty shades of gray".Ramai memperkatakan tentangnya menjadi titik mula beliau kembali membaca.Jadi,lihatlah betapa penting kerja mengulas buku.Boleh menjadi faktor manusia membaca kembali.

Secara keseluruhannya buku ini boleh menjadi penawar readers block.Sebahagian penulis juga sememangnya sudah berkecimpung secara langsung atau tidak langsung dalam dunia biblioholisme.Bagi mereka yang baru lahir kesedarannya tentang membaca juga boleh mendapat inspirasi dari buku ini.Di bahagian akhir buku disenaraikan buku-buku yang dibaca oleh setiap penulis.Dari seringan-ringan bacaan sehingga bacaan yang berat.Bolehlah dijadikan panduan untuk mengikuti jejak mereka sehingga tenggelam di dunia biblioholisme.
Profile Image for Zulkifli Khair.
Author 21 books30 followers
May 18, 2021
Buku ini semacam anekdot atau memoir atau catatan peribadi sekumpulan penulis terhadap dunia buku dan pengalaman masing-masing terhadap buku dan tabiat membaca. Mereka rata-rata tegar membaca serta merupakan penyokong dan pendokong Goodreads Malaysia (GRMY).

Ada yang cuba menggunakan istilah 'ekstasi' merujuk kepada minat yang mendalam terhadap tabiat membaca. Pun begitu, tidak dapat dinafikan tak semua bersetuju dengan pemilihan kalimat ini.

Umumnya buku ini mampu memberikan inspirasi kepada pembaca untuk menjadikan membaca sebagai tabiat. Sesungguhnya GRMY adalah lubuk pembaca tegar Malaysia dengan bacaan 100+, 200+ dan 300+ buah buku dalam setahun!

Saya yakin yang kertas-kertas dalam karya agung bukan sekadar telah merubah fikir bahkan telah mentransformasi minda dan fikir serta tingkah laku dan tindakan. Para penulis yang kini orang penting dalam masyarakat adalah bukti produk daripada rasa cinta dan gemar membaca.

23 penulis daripada pelbagai kerjaya dan peringkat memberikan berbagai-bagai warna dan rasa. Lenny Din pada peringkat awal merasakan yang media sosial mengekang tabiat membaca. Namun ciapan meriah tentang 'Fifty Shades of Grey' telah mendorong beliau menghabiskan bacaan tiga buku dalam 'Fifty Shades Trilogy' setempoh seminggu.

23 penulis juga telah berkongsi sumber inspirasi masing-masing dalam memupuk tabiat membaca; ibu, bapa, kedua ibu bapa, guru, dan kawan - ada potensi untuk dihasilkan artikel ilmiah mengenai pemupukan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Halaman 267-284 tersenarai buku yang ada disebut oleh setiap penulis. Ia unik. Simbol apresiasi terhadap buku yang dibaca juga pengarangnya. Pembaca dan pengarang saling melengkapi, justeru sepatutnya saling mengapresiasi.

Terima kasih Zalila dengan titipan buku beserta kata-kata yang memberangsangkan. Tahniah buat semua penulis juga tahniah Puan Azzah, Puan Najibah, Ustaz Nazmi dan pasukan!
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
March 16, 2021
Kertas-kertas yang Mengubah Fikir menghimpunkan 24 catatan golongan ekstasi buku mengenai pengembaraan mereka bersama helaian kertas yang menghayalkan. Menarik sekali, penulis-penulis terdiri editor, pustakawan, jurutera, doktor, guru malahan suri rumah mematahkan andaian 'tidak ada masa untuk membaca' yang sering kali kita dengar.

Sedikit kesal sebenarnya kerana tidak mengenali Enid Blyton kerana kebanyakan pembaca-pembaca ini jatuh cinta dengan amalan membaca melalui siri penyiasatan beliau. Dahulu, buku Mr Midnight karya James Lee serta True Singapore Ghost Stories karya Russell Lee menjadi rebutan saya dan kawan-kawan di perpustakaan sekolah sehinggakan boleh mencetuskan pergaduhan.

Sekiranya diperhatikan catatan-catatan ini, mereka ada satu persamaan. Tabiat membaca bermula dari rumah. Kekangan ekonomi tidak menghalang mereka membaca sehinggakan ada yang sanggup berulang alik menaiki bas dan berjalan kaki untuk ke perpustakaan.

Pokoknya, Iqra'.
52 reviews3 followers
April 5, 2020
Boleh dianggap sebagai buku motivasi untuk membaca atau menaikkan semula semangat membaca. Banyak penulisan yang membuka mata bahawa membaca itu suatu proses wajib bagi kelangsungan hidup. Tanpa membaca hidup pudar, kekal di takuk lama dan akhirnya statik. Yang paling digeruni dengan gaya hidup masa kini terutama di kalangan generasi muda yang kurang didedahkan dengan aktiviti membaca dek kurangnya galakan dari orang tua, jauh bezanya dengan masyarakat terdahulu yang menjadikan aktiviti membaca sebagai salah satu aktiviti wajib masa lapang dek tiadanya media sosial seperti sekarang. Rasanya ada baik juga kiranya buku susulan dapat dihasilkan dan kali ini mengetengahkan pembaca tegar di kalangan generasi muda. Ingin sekali mengetahui bagaimana ibu bapa bagi generasi muda ini mendorong anak-anak suka membaca.
Profile Image for siso.sofy.
254 reviews4 followers
September 29, 2020
Membaca buku ini, mengimbau kembali kenangan-kenangan dan journey aku sendiri sebagai seorang pembaca. Boleh aku katakan budaya membaca ini perlu disuntik dari rumah dan seawal usia lagi. Pelbagai background penyumbang artikel buktikan bahawa siapa pun boleh bergelar pencinta buku, asalkan ada sesungguhan dari diri sendiri. Karakter pembaca juga akan berubah mengikut kematangan diri. Fiksyen juga adalah bahan bacaan yang penting yang penyumbang kepada kecintaan kepada buku. Just pick up a book and enjoy the journey.
Displaying 1 - 30 of 51 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.