AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu.
Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk beku dan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi.
Dua tahun pegang status janda, tiba-tiba bertemu dengan dia semula. Di tempat kerja yang sama dan lebih menyakitkan hati, dia ialah ketua aku sekarang. Entah apa mimpi dia, dia macam cuba berbaik semula dengan aku.
“Esok abang jemput Fia.”
“Tak payah. Fia pergi dengan Kak Nor. Kak Nor sebulan kena kerja kat Shah Alam.”
“Jangan menyusahkan orang, Fia.Abang kan ada.”
“Abang siapa buat Fia?”
“Bukan sesiapa, tapi abang sentiasa ada untuk Fia.”
“Abang dah hilang akal ke?” Dan akhirnya aku tahu Hud bukan cuba berbaik dengan aku, sebaliknya lain ceritanya. Kak Mona, teman sekerja aku kata, Hud selalu akhir-akhir ini menghimpit makan sekali dengan geng kami waktu tengah hari. Dia dengan yakinnya berkata, Hud nak mengurat Annisa yang cun itu.
Huh! Buat penat aje aku perasan. Dahlah Cik Aida pun duk target lama dah Hud tu. Memang Hud Khusairi digilai di sini dan dianggap duda yang seksi dan hot. Kalau ikut menyampah, aku dah nak letak jawatan, tapi mak paksa aku bertahan pula.
Macam mana aku nak jalani hari-hari dengan menghadap bekas duda aku di tempat kerja? Lagi satu, aku kena rahsiakan hal aku ini janda Hud sebab semua orang ingat bekas isteri Hud tu jahat orangnya. Sakit hati betul!
Cantek Safia, janda selepas bercerai dengan Hud Khusairi. Takdir menemukan mereka kembali apabila Safia bekerja di bawah Hud. Dan, Hud yang tiba2 berubah menjadi sweet talker, tak lagi sejuk beku seperti dulu cuba untuk meraih kembali cinta mereka. Atas desakan keluarga, akhirnya Safia setuju berkahwin semula dengan Hud. Namun, bahagia kah mereka?
Permulaan, sedikit annoying dengan Safia ni, sikit2 nak marah, sikit2 melenting tinggi suara dengan Hud. Lepas tu jenis degil, irang bagi nasihat sikit lari tak nak dengar. Dia je yang betul! Cam ne la Hud boleh nak balik kat Safia ni. Lepas cerai, Safia putuskan terus hubungan dengan keluarga Hud sekali sampai tak jumoa langsung mak mertua dia. Padahal mak mertua sayang gile kot kat Safia ni. Ade macam kuang ajar sikit la Safia ni.
Pas kahwin, berubah la sikit perangai. Hud pun memang romantik dan buat macam2 tuk Safia ni. Safia pun berubah gak la n mula terima Hud. Part lepas kahwin ni mendatar sikit la.. cam klise pun ada. Antagonis pun Cik Aida yang tak abis2 nak try Hud ni tapi tak jadi pun. Part dia pun tak banyak, kalau tak de pun tak pe.. tak penting pun.
Nasib baik la watak2 sampingan kelakar dan sempoi. Annisa dan Kak Mona, kawan sepejabat Safia selamber je kutuk Cik Aida ni. Sepupu Safia, Kak Nor dan mak su pun kelakar. Kire menghidupkan suasana gak la.. kalau tak memang flat je lepas kahwin tu.
Overall, santai2 ok la.. tak ade konflik berat pun. Cuma tu la, awal2 Safia ni annoying sikit. Seb baik la gigih kan jugak baca sampai abis. Dan, flat je.. da boleh agak da adengan lepas kahwin tu cam ne.
But, still.. terhibur gak la.. sebab penulis fav kot so terima je la.
Sempoi tu memang sempoi, acap kali jugaklah aku duk sengih-senyum-gelak dengan dialog sempoi selamba watak-watak dalam ni.
Tapi dari segi jalan cerita dan konflik tu, hmmmmm.
Konflik macam takde konflik sangat pun. Sekadar duk pusing-pusing pasal plan jahat Cik Aida tu jerlah yg selalu gagal tu.
"Perempuan ni memang sial betullah!" — Cik Aida
"Karang tak pasal Cik Aida pula yang dapat sial. Tak dapat jadi ketua bahagian pun dikira sial juga, kan?" — Annisa
(Tak guna Annisa. Dasar mulut lepas betul. Tergelak aku masa ni.🤣🤣)
Dari segi jalan cerita, macam ayat first kat atas sekali tu. Banyak scene sembang-sembang, gosip-gosip antara Safia dengan member-member tempat kerja. Dah tu topik sembang pun duk pusing-pusing tang tu juga. Tak habis-habis pasal Encik Hud.
Yg buatkan buku ni jadi best sebab gaya olahan penulis yg sempoi, santai dan selamba tu lah. Memang lawak dan stress-free laa buku ni. Baca dalam dua hari pun dah boleh habis (ikutkan dalam satu hari saja pun sempat tapi aku banyak berhenti buat benda lain😌).
Dari segi watak, jujurnya watak Safia ni aku tak berkenan sangat. Emo sangat minah ni. Cepat naik marah. Pastu mulalah meroyan salahkan Hud selalu. Haha, sian Hud. Nasib laa dia tu Hud sayang, maka bersabar sajalah Hud mampu. Tapi kadang-kadang bertempik jugaklah Hud dibuatnya.🤣
Paling best sebenarnya watak Hud itu sendirilah. Gilalah Safia, memang bodoh betul dia tak hargai permata depan mata dulu sampai sanggup minta cerai. Dalam perkahwinan kedua mereka, Hud tu memang baik sangat-sangat. Paling aku kagum babak-babak masa Safia mengandung dan selepas Safia beranak. Hud jaga sungguh-sungguh Safia dengan tangan dia sendiri. Mandikan Safia, masakkan untuk Safia, semua dia buatkan tanpa berkira. Langsung dia tak merungut. Hmmm Hud ni antara contoh hero/suami yg betul-betul terbaik dalam membuktikan kasih sayangnya pada isteri. Bukan tahu nak menggatal saja, tapi effort dia jaga isteri tu memang ada.
Buku CIDES ni ada nilai pengajarannya tersendiri. Contoh paling jelas kisah perkahwinan pertama Hud-Safia yg gagal. Sebabnya? Tiada komunikasi yg baik antara mereka. Masing-masing pilih pendam rasa dalam hati. Sudahnya hubungan suami-isteri makin ke laut. Yg isteri perangai suka menengking-nengking, yg suami perangai rela tadah telinga saja tanpa jawab apa-apa. Tapi pada pandangan aku, memang banyak salah Safia laa. Sejenis perempuan emosional. Kalau tak, takdelah dia yg minta cerai, tinggalkan Hud.
Overall, best laa. Boleh layan. Kisah yg terlalu light conflict. Kalau nak naikkan mood yg hambar, boleh layan buku ni untuk naikkan semula mood tu jadi ceria.
"Ni apa?" — Safia
"Itu ikan tiga rasa." — Hud
'Tapi kenapa aku nampak macam ikan sepuluh rasa?'
"Yang ni?" — Safia
"Itu daging black pepper." — Hud
'Kenapa aku nampak macam daging ala-ala rentung?'
"Yang ni?" — Safia
"Yang itu sup sayur." — Hud
'Sup sayur? Tapi kenapa nampak macam sayur masak berenang saja?'
Judul 'Cik' dan 'Encik' bagaikan sudah sinonim dengan penulis.
Dengan gaya bahasa yang santai, plot cerita yang sederhana... karya penulis ini berjaya mengikat saya untuk menghadap naskhah ini dalam 'sekali bacaan'.
Sesuai untuk pembaca yang inginkan bacaan yang santai, tanpa ada konflik yang memberatkan fikiran.
masih mengekalkan Cik dan Encik pada tajuk novel. kali ini memang sangat menarik topik yang hendak dihuraikan dalam bentuk penceritaan oleh puan penulis Airisz Novelis..
janda dan duda. bercerai atas sikap sombong masing-masing. sombong macam mana? cantek safia merasakan suaminya batu, kayu dan tak punya perasaan. manakala hud khusairi merasakan isterinya tidak bertoleransi dan ikut angin kepala sendiri. sebenarnya mereka punya rasa yang sama. rasa cinta dalam dada. tapi, ego lebih menguasai diri.
topik yang menarik. sekarang ni kes perceraian memang sangat tinggi. macam-macam sebab dan antaranya sikap tidak mahu mengalah dan ego. tak nak bertolak ansur dan merasakan diri sendiri saja yang betul. macam safia, dia sendiri tak sedar yang sebenarnya dia kepala angin, mudah melenting. hud pula tak tahu nak menegur, ikut suka hati nak bertindak. kan boleh punah rumah tangga jika dua-dua keras kepala...
peluang kedua bukan selalu ada. haa.. bila dah lakukan kesilapan kali pertama, kali ini mereka memilih untuk tidak berahsia dan sering berkomunikasi. takdelah macam bercakap dengan pintu, dinding. banyak bentuk tauladan yang diserap oleh puan penulis.
nak cantikkan lagi perjalanan kisah, masuk pula kisah sahabat sekerja. ada yang ikhlas, ada yang busuk hati. belum masuk yang punya kepentingan sendiri. biasalah kat tempat kerja ni, kan. macam-macam hal. tapi kalau satu pasukan bekerja sama, akan makin hebatlah pencapaian..
suka dengan olahan santai puan penulis. rasa ada sekali dalam cerita. tambah pula penggunaan pov 1 yang buatkan rasa dekat dengan semua watak. cover buku pun cantik, sesuai dengan kisah. dalam rumah tangga, apa yang penting komunikasi selain dari sifat jujur dan sayang menyayangi...
Membaca kisah-kisah yang dikarang novelis Airisz, sudah pasti tidak akan kering gusi. Penulisan yang santai dan jalan cerita yang ringkas membuatkan saya sangat menggemari karya penulis ini.
Sama sahaja dengan novel beliau yang lain, kisahnya masih sama tentang kekeluargaan dan kasih sayang. Kali ini penulis membawa kita untuk menyelami kisah Janda dan Duda. Kisah Safea dan Hud yang pasti akan membuatkan kita sebagai pembaca akan terhibur.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
I really cannot shake the feelings that Airisz dan Marissa adalah orang yang sama! Perwatakan Safia sangat, sangat serupa dengan most of the female character dalam novel Marissa. Lenggok bahasa penulisan kedua-dua penulis pun banyak persamaan.
Tajuk novel ni memang sangat sesuai sebab essentially cerita ni hanya berkisarkan tentang seorang isteri dan suami yang bercerai kemudian berkahwin semula. Ia satu bahan bacaan yang ringan yang menghiburkan, as long as you don't expect too much from it. To some extend I would even consider this shallow but i still enjoyed it nonetheless because it was what I needed at the time.
Cerita cinta antara suami dan isteri yang dah bercerai dan kemudiannya rujuk semula.. Sweet tapi tak adalah tahap potong kaki.. Ada bahagian-bahagian yang memberi teguran untuk mereka-mereka yang dah kahwin dan ada juga peringatan untuk manusia yang buta kerana cinta dan melakukan perkara yang salah demi memiliki cinta.. Kisah sweet Safia dan Hud..
Nasib baik cik isteri mmg cintakan encik suami. Kalau tak, mmg tak belajar dr kesilapan/kebodohan silam.
Kamu bercerai dan redha bila keluarga suruh bersatu semula. Just because nenek sakit. Excuse apakah ini? Yg perlu menempuh alam rumahtangga tu ahli keluarga ke? Bila gagal disalahkan isteri sebab x reti jaga. Tak boleh terima dek akal
Well... Nama airisz memang popular dgn novel bertajuk 'cik' & 'encik'.. Ini novel ke 5 yang aku bace drpd 6 tajuk yang aku ade.. Satu lagi xdan habis bace.. Masetu mood xmari.. Akan dibace semule.😄
Simple. Tu yang aku boleh katekan untuk setiap novel airisz. Spt novel CIDES ni lebih kepade perhubungan suami isteri. Mereka pernah berpisah. Alasan si isteri, suaminya terlalu dingin. Mereka tidak pernah kenal.. Jodoh aturan keluarga.
Pada awal aku sangat menyampah dengan watak heroin, cantek safia.. Kejap mengamok.. Kejap2 mengamok.. Stress aku dengan dea... Taula marah.. Tp jangan emo terlebih.. Kawal sikit perasaan tu.
Watak heronya yang sangat sabar. Aku tabik giler la part dorang nikah semule setelah bercerai 2 tahun.. Masing2 cube meng7bah diri masing2.. Perbetolkan kesilapan yang mereka pernah lakukan..sweet jer. Dah takde pergaduhan.
Watak annoying, cik aida.. Memang ade eh jenis perempuan yang gilekan laki orang sampai sangghp buat macam2.. Rase cam nak tampar2 je cik aida ni. Haha
Selain tu aku suke keakraban antara rakan sekerja safia. Walaupon ade antara dorang yang mulut laser.. Tapi dorang still care each other.
Totally konflik novel ini sangat simple. Sesuai untuk mereka yangbsuke bace santai2.. Tak serabot kepale hadap konflik berat... 😄
Best.. best. Suka juga baca cerita tak berat sangat macam ni. Masih ada konflik dalam kehidupan, masih ada wujud lalat langau tapi tak keterlaluan.
Cara penceritaan yang guna POV1 pun sempoi. Suka gaya bahasa & penciptaan dialog juga naratif yang digunakan. Nampak sangat natural kehidupan yang dilalui Fia & Hud.
Watak depa pun saya suka. Fia yang masih ada ego2 sayang & Hud yang terselit sikap nakal-nakal manja. Cinta antara si duda dan si janda. Sweet sangat saat Hud nak mengorat balik Fia. Tersenyum2 juga lah sambil baca ni. Dapat ke depa bersatu semula? Kena dapatkan buku ni.
Tahniah penulis kerana menghasilkan karya yang tidak mengecewakan sebegini. Saya suka.. moga teruskan berkarya ya... 😍
Recommendation dari seorang kawan. Kembali membaca hasil tulisan airisz. Dulu pernah baca hasil karya beliau tapi sis tak masuk dengan jiwa sis. Tapi bila baca cik isteri dan encik suami ni, tiba2 sis jatuh cinta dengan karya airisz. Santai tapi tetap ada pengajarannya. 5 bintang untuk CIDES
Ni ialah buku pertama Airisz yang aku baca. (ataupun mungkin buku kedua selepas Cik Bunga & Encik Sombong. hahaha..sebenarnya aku lupa aku dah baca ke belum buku tu. ya lah, dulu dulu mana ada goodreads ataupun IG untuk aku rekod) .
sebelum ni, aku ada la terbaca kat GR tu yang lebih kurang je stail penulisan Airisz ngan Marissa/Nueen. tapi sebab aku tak pernah baca buku Airisz, buat tak tahu je la. Tapi once dah start baca CIDES ni, aah la. sebijik je stail dorang. .
watak heroin yang kasar. haha..dalam novel ni, rasa geram je ngan Safia ni. selalu rasa dia je yang betul, Hud tu salah. lepas tu, lepas dorang dah nikah semula, aku nampak Hud je yang berusaha dalam rumah tangga dorang. .
dulu-dulu, dorang kahwin sebab desakan nenek mereka. lepas tu, cerai sebab asyik makan hati je. lepas 2 tahun, dorang jumpa semula. dan rupanya jodoh dorang masih kuat.
This book really didn't do anything for me. I was expecting great things because of the incredible hype surrounding the book and blurb buku ni but I was bored throughout. Ada draggy part yang saya kurang gemar. Dialog berulang, kisah-kisah berulang-- terasa sedikit annoyed dan mengganggu bacaan. sorry
Penulis ni memang suka guna tajuk “Cik” & “Encik” kat depan. Macam novel dulu-dulu. I like! 😍
Dari muka surat pertama lagi dah tahu yang diaorang ni dah bercerai. Tapi masing-masing terkejut bila terserempak balik dekat tempat kerja. Dua tahun jadi suami isteri, Fia langsung tak tahu Hud kerja kat mana sebab Hud ni jenis dingin, tak banyak cakap. Fia pun anggap Hud memang tak berminat nak ambil tahu & sebaliknya.
Kiranya masa kahwin dulu, masing-masing hidup atas nama saja. Tak kenal maka tak cinta lah senang cerita. Jadi, perkahwinan kali kedua ni rasa macam bermula dari kosong. Dua-dua baru nak belajar kenal hati budi masing-masing.
Awal cerita, watak Fia memang agak annoying. Emosi tak stabil, suka marah-marah, padahal Hud cakap elok je. Dia terlalu ikutkan amarah lama. Memang buat kita rasa geram.
Fia minta cerai sebab katanya Hud “terlalu beku & pendiam”. Nampak tak masuk akal, tapi dalam perkahwinan, siapa je yang nak terus-terusan rasa hambar? Bila diaorang jumpa balik beberapa tahun kemudian, Hud berubah gila-gila. Sampai Fia sendiri terkejut dengan perubahan tu.
Bagi kita, dua-dua ada salah. Fia salahkan Hud, Hud salahkan Fia. Tapi hakikatnya, masing-masing tak ambil inisiatif nak betul-betul kenal hati budi pasangan. Ego lebih tinggi dari usaha nak faham.
Plot cerita menarik, sesuai untuk bacaan santai. Tapi ada beberapa dialog yang kita kurang selesa, terutama bila penulis terlalu kerap sebut pasal “hubungan bilik tidur”. Rasa macam tak perlu ditekankan sangat.
Couple ni memang jenis “anti badai”. Penyondol datang pun, buat-buat tak nampak je. Paling win? Watak Annisa, Kak Mona, dan Haidar. Jenis selamba badak perli si penyondol tak jadi, Cik Aida tu. Memang puas hati bila baca part muka Cik Aida berubah.
This Cantek SaFia whatever the hell u spell her name is… is HELLA ANNOYING.. so freaking degil and weyh baru masuk keje and dengar gossip about her lari with another man, she didn’t have this rational thought but masuk bilik office ex suami and lempang him.. and THE SUAMI when she singgah their (his) home, BERSEPAH and his reply, “sebab dah dua tahun takde penganti” Whatever bullshit he spilling anyways:
“Memang abang susah hati. Selama dua tahun ni hati abang tak pernah tenang. Satu kesilapan besar yang abang pernah buat ialah ceraikan fia. Abang menyesal sangat sangat”
Cerita ni is a fast pace read like at first u will be annoyed with her attitude but lama lama she changed WHICH IS GOOD!!! THIS IS CHARACTER DEVELOPMENT!!! Baru je 100 pages in Hud nak masuk balik meminang janda dia. At first aku macam Fia ni kena paksa semua orang nak paksa dia kawin balik sebab dia taknak pon last last dia terbuka hati.
We all have to thank fia’s bedridden grandma sebab nak sangat cucu dia kawin dengan cucu bff dia♥️
What funny is cik aida’s advances semua tak menjadi so its not a frustrating book sebab setengah buku Aduh antagonist dia ya ampun nak je aku tendang but this one still i want to tendang but not as hard as others. Jalan cerita yang sempoi which make the reader feeling cheesy (in a good way)
I was debating on four or five stars but i decided for 5 because this book gave the character growth of both of the main characters. Man the hubby did learn his lesson and become so caring and sweet 🍬 like candy.
Saya sangat gembira hari ini bersama keluarga saya. Nama saya Angela, tinggal di Amerika Syarikat, Suami saya meninggalkan saya selama satu tahun, dan saya sangat menyayanginya, saya telah mencari jalan untuk mendapatkannya kembali sejak itu. Saya telah mencuba banyak pilihan tetapi tidak berjaya sehinggalah saya berjumpa dengan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada Dr UDAMA, seorang tukang sihir yang membantu saya membawa balik suami saya selepas 2 hari. Saya dan suami hidup bahagia bersama hari ini kerana mengikut arahan Dr UDAMA yang hebat. Lelaki itu hebat, anda boleh menghubunginya melalui Email : (udamaada@gmail.com). dan nombor hubungan terus dan whatsappnya ialah ( +27658978226 ) Sekarang saya akan menasihati mana-mana orang yang serius yang mendapati diri mereka dalam masalah seperti ini untuk menghubunginya sekarang penyelesaian yang cepat tanpa tekanan..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cantek Safia bertemu kembali dengan bekas suaminya, Hud, pada hari pertama berkerja. Dia berkerja bawah jagaan Hud. Fia rasa nak marah saja kerana dendam tapi semua ahli keluarga mahu mereka kembali sebagai suami-isteri sekali lagi. Dalam rasa ragu-ragu, Fia terima juga untuk berumahtangga dengan Hud. Mula-mula rasa janggal tetapi mereka berdua bertekad untuk tidak lakukan kesalahan lama lagi. Mereka mula berterus-terang dan bertolak-ansur. Mereka memberi ruang untuk masing-masing mengenali diri masing-masing. Fia tidak lagi mengikut keras kepalanya dan hidup mereka diselangi dengan gurau-senda. Akhirnya mereka mula rasa bahagia. Rumahtangga mereka bertambah bahagia bila mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata.
Hud dan Fia pernah berkahwin selama 2 tahun atas pilihan keluarga.. Tapi msg2 ego dan tidak mahu bertolak ansur hinggalah fia minta cerai.. Lepas 2 tahun fia bertemu balik sbb tak sangka plak bekerja ditempat yg sama dan bekas suami, Hud.. Tapi fia dah warning hud jgn bocorkan rahsia yg dia org pernah berkahwin..
Bermula laa episod hud mengorat balik jandanya.. Tapi dlm masa yg sama ada staf hud yg dok tergila2kan hud.. Tapi hud bolayan..
Tapi citer tak laa berat sgt.. Korang nak tau kena laa baca.. 😍
Novel ini mengajar kita bahawa peluang kedua sentiasa wujud dan kita perlu gunakan sebaik mungkin. Begitulah yang terjadi antara Hud dan Safia. Mereka pernah berkhwin tetapi bercerai kerana alasan Safia, Hud merupakan menantu pilihan nenek. Selepas 2 tahun, mereka beretemu semula. Disitu, pelbagai kisah yang timbul......ada yang lucu, ada yang sedih, gembira dan banyak lagi!! Dan akhirnya mereka berkahwin semula. Tetapi pelbagai isu yang timbul. Apakah yang terjadi antara mereka berdua? dapatkan buku ini di https://www.e-sentral.com/ :))
Don't get me wrong with the 3 stars. First time baca buku dari author ni.
Thoughts : ml dan Fl dua dua ada good character development throughout the whole book walaupun pada awalnya perlukan sabar but dont give up baca buku ni halfway.
Bagi saya it was quite okay, tapi buku ni takde daya tarikan plot yang wow! Its just mendatar. However, buku ni santai and stress free (still need some sabar to finish it).
Thats all from me, don't take it a hard way or terus turn off dgn coretan saya ni tau. Kalau jumpa buku nin di library sila try and judge for yourself.
basically novel Cik Isteri & Encik Suami mengisahkan sepasang suami isteri yg berpisah dan kemudian berkahwin semula. perkahwinan kedua ni mungkin peluang untuk mereka perbetulkan kembali kesilapan lama dan juga peluang untuk mereka lebih menghargai pasangan masing-masing.
jalan ceritanya agak menarik tapi sedikit rimas juga dengan perangai Cik Isteri, Cantek Safia yg aku rasa kurang matang dan terlalu terburu-buru dalam semua hal kadang tu aku rasa Safia ni macam kurang ajar pun ada juga, ntahla monologue dia kekadang buat aku rasa annoying sangat. macam mana si Hud boleh sabar dengan perangai Safia pun aku tak tahu tapi kan dah namamya sayang terima je laa.