Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siri Jalanan Teme #3

Impian Jalanan

Rate this book
Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
Tak boleh jadi jutawan.

Tak apa. Biar aku cuba.

351 pages, Paperback

First published April 1, 2018

76 people are currently reading
1311 people want to read

About the author

Teme Abdullah

15 books3,302 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,667 (78%)
4 stars
342 (16%)
3 stars
95 (4%)
2 stars
14 (<1%)
1 star
10 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 201 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
June 20, 2018
Habis dalam masa 3 jam lebih sahaja, itu pun ada ketika berhenti sekejap untuk melakukan urusan lain. Memandangkan ini adalah sesuatu kejayaan yang sudah lama meninggalkan saya, maka tidak hairanlah jika dianugerahkan 5 bintang kan?

Tbc

***********************************************
20 Jun 2018

Baru berkesempatan untuk menulis. Sebelum ni sibuknya mengalahkan menteri! Hahaha

Teme pandai bercerita. Itu kekuatannya yang utama pada pandangan saya. Kalaupun seorang penulis mempunyai cerita yang bagus tetapi penyampaiannya kurang berkesan (malah kadang-kadang ada yang syok sendiri), cerita itu akan menjadi agak bosan dan sangat mudah dilupakan. Lagi-lagi cerita perjalanan hidup yang banyak diselitkan kata-kata nasihat, motivasi dan tazkirah, yang mana jika tidak kena caranya, akan mendatangkan rasa jengkel di hati pembaca (saya).

Impian Jalanan merupakan kesinambungan dari dua buku sebelumnya, Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Ini kisah Teme selepas habis belajar dan telah bekerja sebagai pembantu arkitek di firma terkemuka di Kota London.

Buku ini dimulakan dengan perjalanan Teme di sekolah rendah. Tentang bagaimana dia dibuli kerana gagap, dan juga bagaimana dia mula mengembangkan bakat melukisnya. Memang jelas sikap degil Teme ni (banyak kali dia didenda oleh cikgu kerana salah faham dan disabotaj oleh kawannya sendiri. Haishhh...kecik-kecik lagi dah pandai sabotaj kawan). Dan kerana kedegilan itu jugalah yang membuat Teme berjaya pada hari ini. Bagaimana dia terus mencuba walaupun penat untuk menghasilkan sesuatu sehingga sempurna.

Bahagian kedua pula tentang kehidupannya masa kini. Walaupun mempunyai kerjaya yang gah, akaun bank yang boleh tahan jumlahnya dan mempunyai ramai pengikut/peminat, Teme masih merasakan ada sesuatu yang kosong dalam hidupnya. Kesibukan kerja dan keupayaan untuk merealisasikan kehendak duniawi masih tidak mampu untuk menutup rasa itu.*Agaknya orang yang berjiwa kreatif ni tak boleh hidup terkongkong mengejar masa ya* Dan atas sebab itulah dia mengambil keputusan untuk bercuti panjang untuk mencari semula arah tujunya.

Penceritaannya jelas. Teme tahu apa yang ingin dikongsinya kepada pembaca. Ceritanya tidak meleret bercampur baur dengan bermacam hal yang boleh menghilangkan fokus pembacaan. Salah satu faktor yang menarik pembaca untuk terus mengikuti kisahnya sehingga akhir.

Oh, ya. Dalam buku ni Teme menukar namanya kepada Iskandar @ Ikky. Mula-mula macam janggal, tapi lama-lama okaylah. Tak pasti jika itu nama sebenarnya, tapi rasanya dah dekat kot. Saya faham rasa itu, mula-mula nak anonymous, tapi bila dah mula berkawan, rasa tak sedap pula guna nama samaran. Ehhh...haha..
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
June 23, 2019
Prolog bertajuk rompakan suatu red herring yang entah apa-apa. Especially once it comes full circle at the end.

Unsur sabotaj dan pengkhianatan daripada orang yang tidak disangka seakan tema berulang dalam karya-karya Teme. Dah mula jelak dengan self-victimization diri sendiri, termasuk bab cintanya.

Gimik Iskandar dalam bermain psikologi (Bab Harapan) semacam aneh. Sukar hendak berpihak dengan watak ini tatkala dia memilih untuk menganggu peserta lain semasa pertandingan. Worst of all, plot twist yang konon dia sengaja termenung dalam pertandingan tahun sebelumnya semata-mata mengkaji pihak lawan paling mengarut. Tak pernah dibuat orang! Susah payah berebut nak wakil sekolah. Kemudian persiakan peluang tersebut.

Sungguhpun penulis sedaya upaya cuba buatkan pembaca bersimpati dengan watak Iskandar, sebaliknya saya naik menyampah dari bab ke bab. Subplot kereta mewah di London itu pun saya tak nampak motifnya.

Dinamik antara watak Iskandar dengan Ahmad tak macam buku-buku terdahulu. Dah berubah drastik. Babak-babak gurauan terlalu banyak bagi menyelit unsur humor secara paksa. Malah, lawak-lawak gay menjadi buah modal mekanisma pertahanan bagi mengalis keintiman dua orang sahabat ini. Sekali-sekala, OK lah. Tapi bila dah banyak sangat berulang, it gets tiring. Do guys behave like this at all?

Banyak puji diri sendiri. tahap cringy. Iskandar yang memang sukakan kanak-kanak. Kulit iskandar yang cerah. Etc. Etc. It gets crincy at times.

Oh, ya. Macam mana Iskandar pulih daripada gagap tak pula dicerita. Sedangkan itu elemen penting yang diperkenalkan di bahagian awal buku. Jumpa dukun? Kena belasah sampai sihat? Electric-shock theraphy?

Worst of all is the ending bila mana kedua-dua bahagian buku yang terpisah cuba disulam guna pendekatan mimpi (atau prophecy?)
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
August 16, 2018
T̶o̶r̶a̶ Teme kembali! Sebenarnya agak lewat untuk meraikan kelahiran buku 3 Teme tapi tak mengapa, a book you never read is a new book.

Mengangkat tema yang sama seperti mana abang-abangnya(Arkitek Jalanan & Pelukis Jalanan) Impian Jalanan tidak menghampakan. Kali ini kita dibawa menyusuri kisah hidup Iskandar seorang yang aku anggap istimewa atas kecekalan dia dalam mengatasi kelemahannya. Walaupun banyak kali tersandung dek masalah-masalahnya tapi sedikit pun Ikiy tidak berputus asa dan terus bangkit. Sikapnya yang tidak menyalahkan pihak lain semata-mata satu sikap yang aku cukup puji. .
.
Mungkin bagi siapa yang mengikuti Teme dari 2 bukunya sebelum ini akan merasakan buku satu sequel kepada kehidupan Teme kerana munculnya watak Ahmad ketika Iskandar dewasa. Dan Iskandar ada Audi! Nampak tak sejauh mana pencapaian Ikiy? Pencapaian lahiriah lah. Tapi aku yakin sedikit sebanyak rohaniahnya terjaga kerana Ikiy tidak menunjuk-nunjuk dan terus merendah diri. Pergi jumpa bakal mak mertua pun naik kenari separuh abad.
.
.

Ada satu kata-kata yang aku suka dari buku ni; "Kadangkala kita perlu kalah berkali-kali untuk meraih kemenangan yang paling penting sekali."
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
January 31, 2019
Kisah kali ini ialah kisah ketika penulis sudah bekerja tapi tak dinyatakan secara terperinci skop-skop kerja penulis. Tak sangka ada terselit sedikit kisah cinta yang tak kesampaian. Jodoh tak ada. Bertabah lah ye... Life must go on.

Kisah ketika kecil-kecil dulu pun ada. Sebagai permulaan kepada perjalanan hidupnya yang susah dahulu sehinggalah penulis berjaya. Dalam second series penulis ada cakap mengenai kekurangannya yang tak ada sesiapa pun tahu dan diteruskan di dalam buku ini.

Dengan menggunakan nama sebenar instead of that 't' guy. Ada sesuatu yang masih kosong dalam jiwanya. Semenjak kecil hinggalah dewasa semua impiannya tercapai namun masih ada rasa kosong. Jadinya penulis mencari sesuatu tersebut dengan caranya yang tersendiri.

Orang istimewa macam penulis memang overthinking. Cara mereka berfikir memang lain sikit. Belajar lah bahagia dengan apa yang kita ada.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
November 8, 2019
Suka sangat bahagian awal tentang sejarah kanak-kanak Iskandar. Sangat tak suka humble brag dan cubaan untuk buat bayangan betapa kayanya dia. Tak suka juga cerita cinta sebab rasa macam baca novel cinta Alaf 21 yang dulu-dulu. Suka hujung-hujung masa Iskandar dan Ahmad cerita betapa gembiranya orang gila.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
May 27, 2018
Impian Jalanan. Teme Abdullah. Iman Publications. 2018.

1) Pertama sekali, aku nak cakap memang seronok baca buku ini. Tak rugi untuk kau melabur duit dan baca buku ni.

2) Melihat kepada dua buah buku yang ditulis oleh Teme sebelum ni, kulit buku dia mesti ada lukisan dia sendiri. Cantik woh. Kalau nak tahu, waktu PBAKL haritu, buku Pelukis Jalanan ( buku pertama Teme ) telah memenangi anugerah kulit buku terbaik. Tahniah Teme & Iman Publications.

3) Ok, sekarang cerita buku Impian Jalanan ni pulak. Ini merupakan buku ketiga Teme, mengandungi 27 bab dan setebal 347 mukasurat.

4) Dalam buku Impian Jalanan ni, kau akan dibawa menyelami hati nurani seorang budak lelaki bernama Iskandar ataupun nama manja dia, Ikiy. Ikiy ni budak yang lambat membaca, seorang yang gagap tapi dia minat melukis. Oh ya, satu lagi, Ikiy ni budak yang rabun. Hahahaah.

5) Ikiy ni pernah berhajat untuk menyertai pertandingan melukis poster antidadah peringkat daerah. Dalam pada dia nak menyertai pertandingan itu, kau akan dibawa berjalan @ mengembara melihat betapa kuatnya usaha Ikiy ni. Kau bacalah sendiri buku ni, aku tak mampu nak cerita semua.

6) Teme menggunakan watak Iskandar ataupun Ikiy sebagai watak utama dalam buku ini. Pada aku, watak Ikiy itu adalah diri Teme sendiri. Teme cuba bercerita kepada kita tentang pengalaman dia sewaktu kecil hinggalah dia dah berjaya sekarang dengan menggunakan watak Ikiy. Walaupun tidak 100 peratus tepat tapi, masih tetap memberi pengajaran untuk kita semua.

7) Jujur aku cakap, sepanjang aku baca buku ini, aku tak bosan. Setiap bab memang menginspirasikan. Ada banyak quote yang boleh kau ambil dan amalkan.

8) Antara quote yang menarik daripada Mak Ikiy : " Walaupun kita dibuli. Walupun orang buat jahat kat kita, kita jangan balas balik dengan perbuatan jahat." Hehehe kau boleh la baca buku ini kalau kau nak tahu lebih lagi.

9) Belajar bahagia dengan apa yang ada. Bukan bersedih dengan perkara yang tidak ada. Itulah kunci untuk hidup bebas daripada belenggu dunia. ~ Iskandar @ Ikiy ~

10) Ok, itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Sekali lagi aku nak bagitahu, kau bacalah buku ini & kau takkan rugi. Percayalah. Selamat membaca! 😁


#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#impianjalanan
#2018readingchallenge
[ TUJUHbelas ]
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
July 18, 2021
Plot cerita digerakkan oleh watak Iskandar yang unik karakternya. Lambat membaca (disleksia?), gagap, mempunyai ingatan yang kuat, pandai melukis dan sangat berdikari.

Ditunjukkan di sini kekurangan seseorang itu bukanlah penghalang. Ia mampu menjadi kekuatan sekiranya kita terus berusaha memajukan diri. Iskandar juga sebenarnya sangat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang tidak putus asa memberi galakan serta memberi sokongan.

Sekaya mana kita, hati takkan senang kalau kita tak mengingat Tuhan. Pun begitu hidup kaya berharta bukanlah sesuatu yang dikeji. Bagaimana seseorang itu menguruskan hartalah yang kesannya barangkali boleh mendatangkan rasa tenang dan syukur. Contoh: Ustaz Ebit Lew.

Cubaan menghidupkan wacana ilmu berkenaan bermacam isu wajar dipuji. Kadang-kadang sangat random tapi masih baik.

Semua orang memerlukan Ahmad dalam hidup. Seorang kawan yang boleh menjadi tempat bersandar dan tak malu untuk mengetuk kalau hidup kita mula terpesong. Selain Ahmad, watak ibu Iskandar dan Teacher Jayanti adalah watak yang menarik. Watak Yana pula diwujudkan hanya untuk dibenci, mungkin. Munculnya pun hanya satu babak.

Sekarang saya kongsikan pula yang kurang (pendapat peribadi). Tak pasti jika ini adalah stail penulis atau penerbit:

"...."
"...."
"...."
"Kenapa kau diam?"
"...."


'Dia membisu sesaat' atau 'Mereka terdiam beberapa mukasurat' - pada saya sudah cukup. Nampak seperti mahu menebalkan buku di situ.

"Haha."
"Hahahaha."


Kalau gunakan 'Dia ketawa', pun okey.

"HAHAHA."

Ketawa huruf besar. Pasti ini lebih lucu yach. Jika satu dua, mungkin saya tak perasan. Hampir ke hujung, hmmm terasa seperti dipaksa ketawa 😬

Secara keseluruhan, Impian Jalanan masih sebuah buku yang baik. Penulisan Teme juga nampak semakin matang. Namun secara peribadi, dua buku terdahulu lebih terkesan di hati.
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
February 17, 2023
Walaupun dah bertahun buku ni keluar, aku baru saja dapat baca buku ni.


Mengisahkan tentang Iskandar (Teme) atau nama panggilan Ikiy semasa sekolah rendah. Dia ada masalah disleksia, rabun dan gagap. Kelemahan itu bukan satu penghalang untuk dia berjaya. Sepertimana bakat melukis itu kalau diasah, akan tajam juga.


Ikiy belajar daripada kesilapan, dengan minat yang mendalam dalam bidang lukisan dia bangkit mengejar impian dan cita-cita. Untuk buktikan bahawa dia juga boleh berjaya macam orang lain.


Okay, tu satu. Part selepas tu pulak. Ikiy dah dewasa dan berjaya.


Aku terhibur dengan watak Ahmad yang menjadi kawan susah-senang Ikiy. Dalam gurau senda mereka, terselit nasihat dan pengajaran.


Begitu juga dengan part kisah percintaan Ikiy yang terputus di tengah jalan. Katanya, harta pangkat kemewahan menjadi penanda ukur untuk menjamin kebahagian dalam sesebuah hubungan.


Last, aku suka penceritaan Teme. Santai dan mudah untuk dibaca. Cara penerangan pulak simple saja. Perbezaan kayu dan batu. Antara perbincangan yang aku tak akan lupa.
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
September 24, 2020
Antara 4 siri jalanan, aku paling suka baca buku ini terutamanya bila baca bab-bab yang terakhir (Bab 23 - Bab 27). Aku ingatkan aku je masa kecil nak cepat jadi dewasa. Lepas dah dewasa sibuk nak jadi budak semula. Haha. Aku rindu juga nak mandi hujan macam zaman budak-budak dulu.

Rumusan yang aku dapat buat lepas baca buku ni, everyone is struggling. Cuma setiap orang tak sama. Struggling paling kemuncak bila kau rasa hidup kau kosong dan tak tenang. Kau banyak duit, kau berjaya, kau ada pasangan yang dicintai tapi kalau hidup tak tenang semua tu macam debu je--tak ada guna kalau setiap saat kau gelisah. Jadi, bergantung harap pada Allah itu sangat penting terutama dalam mencari ketenangan.

We have to find our inner peace. Nobody can make you happy until you're happy with yourself--Bab 27 : Kejayaan.

Belajar bahagia dengan apa yang ada. Bukan bersedih dengan perkara yang tidak ada. Inilah kunci untuk hidup bebas daripada belenggu dunia--Bab 27 : Kejayaan.

PS : Baca buku ni teringat dekat luahan Chad dalam buku Contengan Jalanan karya Hlovate.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
September 12, 2023
Karya pertama Teme yang aku baca (dari siri Jalanan) dan saya tak pasti ini buku yang ke berapa. Pada awalnya aku ragu-ragu; adakah jika membaca buku ini terlebih dahulu tanpa membaca buku yang pertama akan menjejaskan pembacaan (cerita)? Rupanya, tidak sama sekali. Kalian boleh mulakan dari mana-mana siri Jalanan sebagai permulaan. Setiap buku (mungkin) berlainan kisah dan tiada kesinambungan.

5⭐️ (bukan sebab peminat fanatik tapi jalan ceritanya memang best gilanamatey sampaikan im holding this book in just one sitting! 😭)

Walaupun cerita ini berdasarkan kisah benar Teme sendiri, namun ada sedikit penambah perisa ajinomoto bagi menyedapkan jalan cerita. Ayat ringkas dan sampai maksudnya walaupun ada sesetengah ayat agak lewah sedikit.

Ada dua babak dalam buku ini. Babak pertama bermula dari perjalanan Teme sebagai seorang kanak-kanak bernama Iskandar aka Ikiy dari kecil (usia 7tahun-12 tahun). Babak kedua pula ketika Teme telah menginjak alam dewasa (usia 20-an selepas tamat pengajian dan berkerjaya dlm bidang arkitek di UK. Tahun 2023; Teme ni rupanya sebaya aku ye; lahir 1993 🤣)

Ada dua part dari tajuk kecil yang aku keliru sekarang ni dan tinggalkan tanda tanya. Iaitu part “Rompakan” diperkenalkan sebelum catatan penulis manakala part “Rezeki” di mana ia merupakan jalan cerita yg sama.

Part rompakan ni ada cerita tergantung; yang aku sangka Ikiy akan mengambil kunci stereng untuk merompak bank. Dan cerita tu tergantung. Kemudian, masuk bab rezeki, rupanya Ikiy pegang kunci stereng tu untuk mengunci sterengnya sebelum keluar untuk beri makan pada gelandangan.

Aku terkesan dengan penyampaian Teme berkaitan ketenangan dan kebahagiaan meskipun i swear it; aku pernah fikir hal yang sama sebelum ini. Apa gunanya jika kita mengecapi kejayaan tapi diri seakan ada satu lompong yang sukar untuk dimengerti; kenahagiaan dan ketenangan. Definisi berjaya bg setiap orang lain2; ada yg bekerja, kereta mewah dan rumah besar sbg istilah berjaya. Namun, hakikat berjaya itu seperti orang gila yang mengecapi kebahagiaan tersendiri tanpa peduli akan tanggapan orang sekeliling.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
June 2, 2022
Tak tahu kenapa buku ke-3 ni kurang menarik minat aku sebabtu juga lah kot ambik masa dua hari untuk habiskan buku ni.

Kesian dengan nasib Ikiy semasa penceritaan zaman persekolahannya. Teringat cerita hindi ‘Taare zameen par’. Tapi Ikiy ni beruntung sebab ibu dan bapa dia support dan tak pernah putus memberikan semangat walaupun Ikiy ni tak macam kanak-kanak lain yang sebaya.

Overall
⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Aza Holmes.
69 reviews5 followers
May 2, 2018
Kali ini, buku ketiga Teme dalam Siri Jalanan menceritakan tentang Iskandar/Ikiy.

Penceritaan bermula dari usia Ikiy 5 tahun sehingga ke dewasa. Teme menceritakan bagaimana penerimaan orang sekeliling terhadap Ikiy yang mengalami masalah pertuturan dan juga pembacaan. Tentang bagaimana Ikiy menghadapi kesukaran untuk bersuara di dalam kelas kerana risaukan masalah pertuturannya, juga tentang pengiktirafan bakat Ikiy dalam bidang lukisan. Cerita di dalam Babak 1 berkisarkan zaman persekolahan Ikiy. Ikiy sering merasa rendah diri kerana dia merasakan dia tidak seperti kakaknya yang sentiasa cemerlang. Walaupun begitu, bakat Ikiy membawa dia pergi lebih jauh. Guru-guru perasan akan bakat Ikiy dan berjaya memujuk Ikiy untuk menyertai pertandingan melukis poster. Dalam babak ini juga diceritakan bagaimana Ikiy dikhianat oleh kawannya sendiri dan bagaimana dia bangkit semula apabila dia menyertai pertandingan melukis poster peringkat daerah dan seterusnya memenangi pertandingan tersebut (Can't tell everything here huh, or else I'll have to flag the whole thing as spoiler).

Babak 2 menceritakan zaman dewasa Ikiy or should I say it as current time. Ikiy bekerja di London, di lawat oleh sahabat baiknya, Ahmad. Dalam babak ini diceritakan kejayaan Ikiy setelah apa yang dilalui sebelum ini. Babak ini juga turut menyelitkan kepulangan Ikiy ke Malaysia, rancangannya untuk berkahwin dan episod Ikiy membawa diri ke serata Malaysia.

Buku ini diakhiri dengan pengakhiran SEOLAH cliche dalam mana-mana buku lain (Seriously, read it or I'll have to flag as spoiler!).

Things I've learnt in this book:
1. Betrayal doesn't come from your enemies, it often comes from your closed ones. Pengkhianatan itu tak semestinya dilalui ketika dewasa, malah semasa kecil/remaja juga akan dilalui. Setiap orang akan melaluinya, paling tidak pun sekali.
2. Stay humble. Babak 2 menceritakan kejayaan Ikiy, tetapi tidak sedikit pun dia berlagak dengan kejayaannya. Masih setia dengan kereta lama ibunya ketika pulang ke Malaysia walaupun pendapatannya lebih dari mencukupi untuk membeli sebuah lagi kereta baru. Merahsiakan identiti ketika membina jambatan di surau. Mengekalkan gaya hidup sederhana walaupun ketika berjumpa dengan ahli keluarga bakal pasangannya.

Questions I had in mind while reading:
1. Buku sebelum ni Teme openly bercerita tentang jatuh bangunnya semasa pengajian.That got me thinking, is Teme trying to send a message in this book or I'm overthinking things? Sending a message in the sense that, is Teme really telling about his childhood and his real name (through his conversations with Ahmad) or is he telling his childhood story but with a made up name?
2. So, Teme is interested with someone but they didn't make it the whole way because of some reasons. My question, when Teme came back to Malaysia for a long time (based on his IG), he really intended to get married? Also his adventures throughout Malaysia (also based on his IG) was to mend his broken heart or simply an adventure?
3. Did Teme really plan to settle down in Malaysia or is he going back soon? During the Meet & Greet, he said that he's only here until the election. So...that means he's going back again, huh?

All in all, maybe this is just me thinking too much from reading hahaha. Probably so. It would be good if I could discuss this with Teme himself (if only he is reading this review).

Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
December 30, 2018
Kisah sebenar diri Temekah ini? Amat menjentik rasa. Permulaan hidup zaman persekolahan yang dirasakan perit bagi seorang anak kecil. Terasa kejamnya insan sekitar yang tidak mahu cuba memahami. Teguran buat diri.

Bermula dengan sukar. Kisah yang dikongsikan, walaupun dikatakan bukan kisah dirinya yang sebenar, tetap dirasakan adanya kebenaran. Ia buat kita sedar dan menerima kewajaran mengapa Teme tidak pernah mahu dikenali.

Banyak falsafah hidup dikongsikan dalam buku ini. Ia mengajar diri untuk berusaha ikhlas dan sedar erti kebahagiaan sebenar.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ainisreading.
86 reviews9 followers
September 22, 2022
Seorang budak lelaki yang gagap, lambat membaca dan sering dibuli dan diejek oleh rakan-rakannya malah ada juga yang telah mempergunakan beliau atas sebab kekurangan yang dihadapi. Namun, beliau mempunyai satu bakat yang sangat istimewa iaitu melukis. Hasil lukisan yang sangat menarik itu bukan sahaja sekadar hobi dan terapi untuk beliau malahan ia telah memberi satu kejayaan untuk dirinya. Itulah watak yang dibawa oleh Nik Iskandar dalam buku ini atau nama samarannya, Ikiy.

Apa yang menarik bagi saya setelah membaca buku ini ialah teknik reverse psychology yang telah digunakan oleh watak utama dalam mengatasi kekurangan yang dihadapi oleh beliau semasa dalam pertandingan melukis yang telah beliau hadiri. Selain dari itu, semangat kental yang tidak pernah mahu mengaku kalah malahan terus berusaha walaupun banyak yang telah beliau hadapi akibat daripada masalah yang dihadapi oleh beliau sejak dari kecil seperti kata penulis dalam buku ini; Yang mustahak bukanlah setinggi mana mimpi kalian. Tetapi setinggi mana semangat dan jiwa kalian untuk melaksanakan mimpi itu.

Kemudian terdapat beberapa konsep yang diketengahkan dalam buku ini yang dapat dijadikan panduan oleh pembaca. Antara yang saya perolehi semasa membaca buku ini ialah konsep kejayaan yang diceritakan oleh Iskandar. Sungguhpun beliau kini sudah berjaya dan bergelar seorang arkitek yang berkerja di sebuah syarikat di London, mampu untuk membeli kenderaan mewah dan memiliki apa sahaja yang beliau inginkan, tetapi katanya dalam dirinya masih lagi berasa 'kosong'. Kata beliau; "The goal is not to have all you want, but to feel content with what you already have. Success is not defined by how much money you make but by how you can be at peace and happy, even when you have zero in your bank account. And it's about how many lives you can improve. Also about how you can share the happiness."

Berikut ialah konsep untuk berbaik dengan masalah yang diterangkan oleh penulis dalam buku ini. Kata beliau, Percayalah. Jika kita masing-masing mencampakkan permasalahan kita dia atas meja untuk saling bertukar beban, kita akan pungut semula masalah yang kita lontarkan tadi kerana tidak sanggup untuk menanggung beban yang digalas orang lain.
Bukanlah setiap masalah dalam hidup orang lain itu lebih besar daripada kita. Tetapi, Allah telah meletakkan setiap ujian dan masalah itu sesuai dengan hambaNya. Masalah yang dihadapinya sesuai untuk digalas oleh dirinya sendiri kerana ia bertepatan dengan kemampuan yang dia ada. Begitu juga dengan ujian hidup kita.

Seterusnya ialah konsep bersyukur dan dunia ini hanyalah tempat sementara untuk kita. Kata Iskandar dalam buku ini; "Alhamdulillah....., aku rasa sekarang aku dah tahu apa sebenarnya erti tenang dan bahagia bagi aku. Nikmat kejayaan itu hadir bila kita rasa tenang dengan apa yang kita lakukan. Dan ketenangan ini datang setelah kita mula bersyukur. Belajar bersyukur dengan sekecil-kecil perkara iaitu apa yang kita ada sekarang." Berkenaan dengan dunia hanya tempat sementara pula, Iskandar turut menyatakan dalam buku ini bahawa dunia ni macam main game saja. Kalau menang, kita happy. Kalau kalah, kita sedih sikit. Tapi, life must goes on. Asalkan kita main ikut rules yang betul, insya-Allah kita dapat hadiah di akhirat nanti.

Follow the flow.

Jika hujan, mainlah kapal kertas di saluran.

Jika terang, hidupkanlah api dan sediakan makanan.

Jika banjir, panjat ke tempat tinggi dan nikmati pemandangan.

Jika angin kuat, ikatlah kain di leher lalu berseronoklah menjadi adiwira dalam angan-angan.

Belajar bahagia dengan apa yang ada. Bukan bersedih dengan perkara yang tidak ada. Inilah kunci untuk hidup bebas daripada belenggu dunia.

Akhir sekali yang saya pelajari dari buku ini ialah self-love. Kata-kata Iskandar ini sangat memberi kesan yang bermakna pada diri saya; "I need time to heal myself. Aku perlu bermuhasabah. Aku perlu belajar bersyukur. Banyak lagi yang aku kena tengok dan experience kat bumi Allah ni. Aku nak tengok keadaan orang-orang yang susah so that I'm more inspired to improve myself to help them. Dan yang paling penting, aku nak belajar bahagia dengan diri aku sendiri."
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
January 31, 2025
Kalau tak ada part yang kelakar tak sah. F suka friendship Ahmad dan Iskandar.

Scene kat airport tu memang berdekah² la gelak. 2 2 pandai dajalkan kawan masing². Drama sungguh.

Kali ni T guy guna nama sebenar, Ikky. Cute lak nama. F rasa cam nak cubit² je pipi. Dah comel masa kecil.. degil satu hal. Ikky ni akal dia panjang. Dia akan sentiasa berusaha sampai dia puas hati.

F kagum dengan penulis. Dari kecil, cakap gagap.. bakat dia pandai melukis itu memang wow la.

Budak² sesuai baca naskah gini.. elok jadikan panduan untuk naikkan semangat uols.
335 reviews15 followers
May 12, 2018
Buku ketiga tulisan Teme Abdullah ini menyentuh kisah zaman kanak-kanak dan impian. Iskandar yang berbakat melukis namun mempunyai masalah pembelajaran dan pergaulan sosial. Sisi menarik buku ini pada selitan mimpi Iskandar dalam beberapa bab. Selitan ini mengimbau kembali kisah buku pertama dan kedua.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
July 22, 2018
Saya baca Impian Jalanan sejurus selepas Arkitek Jalanan. Kesannya memang nyata lebih deep terkesan. Banyak nasihat atau hujah yang dikongsikan oleh Ikiy dan Mad yang memberi kesedaran, tapi tak sentap. Hairan juga, mostly common sense saja, contohnya 'we make people happy we feel happy, the feeling is better than having millions in our bank account'. Tapi yang bestnya, bebelen Ikiy mahupun Mad tak buat saya sentap. Agaknya penulis yang memang dari awal dah kata dia tak berapa berkenan dengan style pendakwah yang suka berdakwah untuk kasi orang sentap. Style berdakwah watak-watak yang benar mahupun fictional (kalau ada) dalam cerita ni, lebih kepada 'this is natural guys, it's okay to feel that way'. Penulis memang genius la bagi saya.

Paling buat saya nangis dalam hati ialah masa Ikiy tak cukup duit untuk belikan mother's day gift untuk Mama dia dan gesture aunty yang baik hati tu. Keprihatinan Teacher Jayanthi, kejahatan Ariff si kecil yang licik, budak perempuan tahap 2 si pembuli,... bagi saya bawa message yang dalam, bahawa yang baik dan membahagiakan, tidak semestinya orang yang mengaku agamanya Islam.

Yang paling saya tak suka ialah babak-babak melibatkan Yana. Biasanya kan, saya gambarkan seseorang watak melalui keterangan atau maklumat yang dikongsi dari kaca mata watak utama. Entah kenapa dari muka Iski sebut nama Yana dengan Mad, saya dah terasa ada aura negatif
Lagipun kan, saya masih ingat Tomato 'not into early marriage' dalam buku Arkitek Jalanan. So saya hairan apa yang mendorong T nak kahwin dengan Yana dalam umur awal 20an. Ehh, awal ke tu? Entah! That character Yana pun tetiba saja ada, saya tak boleh nak sambut. Kalau dia seorang yang penting dalam hidup Iski / T, kenapa sebelum ini tidak pernah disebut? Ke,.. saya yang terlepas baca. Rasa tak kena dengan the whole Penulis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan theme. Saya fikir adengan T & Yana tu mungkin fictional. Tak tau la.

Anyway, buku IJ dah timbulkan lebih banyak buih info tentang ' Ikiy who becomes the T guy'. Karya cemerlang.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
June 19, 2018
1) Kali ini Teme mengkisahkan hikayat diri "sebelum dan selepas" cerita dari buku-buku pertama dan kedua.

2) Masih mengekalkan konsep pengajaran dalam hidup yang sangat relevan dan tergunapakai untuk sesiapa saja.

3) Nilai-nilai persahabatan, keluarga, percaya diri dan tidak lupa untuk bermuhasabah menjadi intipati cerita. Teme mengingatkan (tanpa gaya "tazkirah") akan tujuan hidup. Apa yang mahu dicapai, dan untuk siapa? Untuk Yang Maha Esa, untuk diri sendiri atau untuk kepuasan mata manusia?

4) Sedikit sebanyak, perkongsian Teme berkait dengan diri sendiri. Saya, satu ketika, sangat "ambitious" untuk mencapai kejayaan dan nikmat duniawi. Mahu mencari pangkat dan jawatan, mahu kesenangan harta. Hasilnya saya jadi stress, kecewa dan merasakan diri saya useless. Mujur, masih diberi hidayah (kalau itu perkataan yang sesuai) dan sedikit demi sedikit nafus duniawi semakin terlerai.

5) Buku Teme (Arkitek/Pelukis/Impian Jalanan) sangat bagus untuk dibaca dan diambil ikhtibar, tak kira peringkat umur.

6) Oh! 4 bintang itu hanya disebabkan jalan ceritanya masih menggunakan Ahmad dan Iskandar sebagai tunjang utama. Bukan, persahabatan begitu adalah baik. Cuma ianya agak sama seperti buku yang kedua, jadi ada kalanya terasa seperti mengulang baca buku sebelumnya. Isinya baik. Tidak ada masalah, Teme mengutarakan isu yang berbeza.

____
Berbaloi untuk dibaca.
#impianjalanan
Profile Image for Meena.
9 reviews21 followers
April 7, 2019
Finally completed the Pelukis Jalanan trilogy!

The 3rd book means so much more and sort of completed Teme's journey from being a student to his working life. The 3rd book also gave more insights on how Teme started and and 'who' Teme really is. It was always rewarding to read Teme's book and to be honest in this one, it gave the final kick to myself to strive better. This book taught me 'real' lessons both on the purpose of this life and what we should do with it. I love how Teme shows the meanings behind his experiences and struggles. I like how he always goes back to remind us to always find the best potential in ourselves and be content with what we have in our life - no matter how small it is.

To end, I want to put one of my favorite quote (out of many);

"The goal is not to have all you want, but to feel content with what you already have... and it's about how many lives you can improve. Also about how you share the happiness."
Profile Image for Ain  Romeli.
40 reviews1 follower
June 26, 2018
I am a fan of his previous two books. Despite the simple and direct language I thought that the author was successful in delivering his message and he has the ability to reach and attract younger audience to read. However, I find this book to be just alright. It's just ok. There was an attempt to spark a discussion on critical issues on human behaviour with the usage of social media but probably since the issues are the ones I was already very familiar with, I don't find it engaging enough. But then again, I don't think I am the target audience for this book. The teen crowd probably would have find it thought provoking.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
May 25, 2018
Selepas dua buku ‘jalanannya’, Teme bercerita tentang Isky (Iskandar) yang sebenarnya adalah dirinya, selepas menamatkan pengajian. Kali ini Iskandar berdepan dengan cabaran hidup, membina kerjaya yang cemerlang namun pada masa yang sama merasa ada perkara yang belum selesai untuk dilunaskan. Semua adalah demi kepuasan diri. Semua adalah demi masa depan yang cuba dibina.

Buku PBAKL2014 yang ditamatkan kurang dari 24 jam
Profile Image for Fathiyyah.
51 reviews130 followers
October 17, 2018
Sentiasa ternanti2, apa cerita dalam bab seterusnya.
Honestly, i love his writing. Dah lama tk rs enak membaca seperti ini.
Tulisannya tulus, tidak dibuat2. Walaupun ade juga beberapa ayat yg agak cliche bg sy.
Benar, Tuhan itu Maha Adil.
Sy plg terkesan dgn ayat dan perbualan antara penulis dan rakannya ahmad tentang perkataan 'untunglah'...

Tahniah penulis.
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
September 30, 2020
Macam biasa, Teme tak pernah mengecewakan.
Buku ini adalah Siri Jalanan yang ketiga. Namun menggunakan nama Iskandar sebagai watak utama, latar tempat adalah semasa sekolah rendah dan masa dewasa beliau.

Kelebihan dan bakat seseorang sebenarnya bukanlah terjadi sejak lahir, namun ia adalah hasil dari titik peluh kesungguhan dan usaha.

Kejayaan seseorang adalah bagaimana ia mengukurnya. Pencapaian akademik, harta dan keluarga? Atau ketenangan jiwa dan kebahagiaan hakiki?
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
June 30, 2020
Adat bersahabat - tidak perlu sentiasa bersemuka. Tetapi di saat memerlukan, masing² ada. Sahabat itu tidak semestinya tidak berpisah langsung.

True friendship isnt being inseparable, its being separated and nothing changes.
Profile Image for MuuLee.
186 reviews6 followers
May 25, 2019
Another great book, it's not just inspiration, it's more than that. It's true, people see success as it is, they think those people are lucky, they have better opportunity, but is it really like that? People don't realize that success is actually 99% failure, people only see that 1%(and that is the success).

Profile Image for Nia Rahman.
7 reviews
April 18, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan 2020

Buku #4

Teme Abdullah ~~
Impian Jalanan ~~

Berterusan membaca buku Teme sepanjang PKP. Hehe. Awal penceritaan, seorang lelaki bernama Ikiy ditinggalkan kekasih kerana tak kaya? What? Kemudian berlaku kes rompakan. Hmm..kemudian barulah Teme Abdullah bersuara. Saya keliru. Adakah 'break up' dan 'rompakan' tu prolog ataupun sekadar 'filler' untuk Impian Jalanan? Pertengahan cerita ada diulaskan mengenai 'break up'. 'Rompakan' takde. Pelik sikit dekat situ.

Kali ni Teme memilih Iskandar sebagai tunjang utama karyanya. Rasanya kita semua boleh agak yang Iskandar tu adalah Teme. Muncul pula Ahmad yang kini bertugas sebagai arkitek di salah sebuah firma terkenal di Malaysia. Sahlah Iskandar = Teme. Teme = Iskandar = Ikiy.

Cerita ni ada banyak plot. Kena hayati betul-betul. Iskandar ada masalah gagap sejak kecil, lambat membaca, mata rabun yang teruk. Tak silap saya dia ada disleksia juga. Dari kecil dia dah 'struggle' untuk menjadi normal seperti pelajar lain. Disebabkan gagap membataskan keyakinan dirinya, Iskandar selalu tersisih dan dibuli.

Dalam ni ada juga watak yang menganiaya Iskandar. Orang yang dianggap sebagai sahabat karib. Walhal dia yang selalu bersama Iskandar, rupa-rupanya dalam diam menyimpan hasad dan gunakan kelemahan Iskandar yang gagap, untuk naikkan diri sendiri. Kejadian tu berlaku sewaktu Iskandar bersekolah rendah. Dahsyat moral budak-budak sekarang.

Sejujurnya saya seronok ikuti pengembaraan Iskandar meneruskan kehidupan di dalam Impian Jalanan. Teme semakin terbuka bercerita tentang semua termasuklah kisah cintanya. Niat Teme, eh silap. Iskandar! membawa kereta buruk sewaktu bertemu keluarga Yana yang kaya raya untuk menguji kejujuran Yana menerima diri dia, bagi saya agak tak munasabah. Minta maaf Teme. Ini cuma pendapat peribadi saya. Kalau Teme terasa hati, saya mohon maaf. Saya yakin Teme pasti pernah baca sirah bagaimana Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah melamar Rasullullah menjadi suaminya. Siti Khadijah tak merahsiakan statusnya. Hebat bukan pekerti Saidatina Khadijah? Saya harap bakal ketua keluarga di luar sana, berlaku jujurlah dengan calon isterimu sedari awal lagi. Mungkin Teme boleh perbetulkan cerita di situ supaya semua pembaca boleh tahu dengan lebih mendalam kenapa Iskandar bertindak demikian. Tapi dah jadi buku pun. Mana boleh tukar lagi, ye tak?

Saya terkesan dengan cerita di mukasurat 160-174. Teringat perbualan para solihin di media sosial. Memang begitulah peribadi masing-masing. Alhamdulillah. Terima kasih Teme selitkan babak tu.

Tinggal tiga saja lagi buku Teme yang belum sempat dibaca. Walaupun buku ni ada banyak bahagiannya saya tak sefahaman dengan Teme, haha, saya tetap bermurah hati bagi 5 bintang. Mungkin sebab..mukasurat 346. Love ~~
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
December 21, 2025
Impian Jalanan dibahagikan kepada 2 bahagaian:

1. Before Pelukis Jalanan - Kita diberi peluang mengetahui dengan lebih dalam tentang kehidupan penulis sebagai budak yang comel. Your heart will melt for him and the urge to protect him from all the bullies will be very strong. But all these experiences during his childhood years actually pave the way for him to be who he is today.

2. After Arkitek Jalanan - Walaupun dah berjaya dan berharta, kenapa penulis masih rasa kosong, tak bahagia and unfulfilled? Bahagian ini mengisahkan tentang kehidupannya selepas menamatkan pengajian di London universiti.

We need to learn to be contented and bersyukur with what we already have.
Unhappiness and discontentment stem from focusing on things that we do not have, instead of focusing, enjoying and being grateful for the 'now' that has been granted to us.

Sepertimana janji Allah SWT dalam Surah Ibrahim, Ayat 7 yang menyatakan bahawa jika manusia bersyukur, Allah akan melipatgandakan nikmat-Nya, manakala jika kufur, azab-Nya sangat pedih, mengingatkan bahawa bersyukur adalah kunci untuk menambah nikmat dan mengelak kemurkaan Tuhan. ~ Quoted
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
March 31, 2022
Impian Jalanan
Teme Abdullah

Buku ni pelengkap kepada buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Jika nak tahu jalan hidup Teme sejak sekolah rendah, dan selepas bekerja sebagai Arkitek di UK, buku ni ada jawapannya.

Buku ni bukan sekadar cerita tentang kisah hidup. Buku ni sebenarnya sedang mengajar kita erti syukur, sabar dan setia.

"People should know that, it's okay to not have thousands of dollars in your bank account in your early 20s. It's okay to marry someone you love even if he's not the richest boy in town. It's okay to not have BMW or Benz as your first car"

Orang selalu kata, untunglah kau ada itu, ada ini. Pandai itu, pandai ini.

Hakikatnya, mereka tidak tahu struggle kita dalam senyap. Buku ini akan beritahu kita bahawa bukan kita seorang yang sedang struggle.

Setiap makhluk bernama manusia juga punya struggle masing-masing.

"Samalah dengan mereka yang tayang harta kononnya hasil kejayaan mereka kat media sosial tu. Mereka encourage orang untuk lari ke garisan penamat dengan masa yang singkat macam mereka. Tapi garis permulaan mereka berada 50 meter di hadapan orang lain. They were given a huge head start. Mereka kata mereka pun mula di garisan yang sama. But we all know that's not true... Tapi, bukanlah semua macam tu."

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Displaying 1 - 30 of 201 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.