Jump to ratings and reviews
Rate this book

Empayar #1

Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama

Rate this book
Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.

Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.

Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

352 pages, Paperback

First published April 1, 2018

155 people are currently reading
1891 people want to read

About the author

Teme Abdullah

15 books3,305 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2,047 (74%)
4 stars
483 (17%)
3 stars
174 (6%)
2 stars
41 (1%)
1 star
16 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 344 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
May 1, 2019
*Update 1/5/2019: I've to be honest. This book is actually a 2 stars book. It was my original rating.*

Reasons:
1) So many build ups but NOT so many pay off too. Apa yang diperkenalkan di awal cerita dan sepanjang cerita hanya disebut tanpa penjelasan atau 'show'. Jadi, points deducted for that.
2) Lari fokus. Who's the main character, tell me again?
3) Lack of characterization.
4) This book is just series of events. Hardly can see novel structure in it. If it's a novel, make it as one. This shouldn't be a motivational book.
5) Islamic message should be delivered through the events, not ditabur sahaja through dialog every time you see chances. That's cheating. I'm sorry but that's just poor writing.

Sorry, my INFJ is showing. I'll be reading Empayar 2 soon. Hope it'll be better.
Also Teme, please get yourself a beta reader. More beta reader if you can. Sayang sangat bila idea ada, writing cantik, but you could've done it better.

Good effort btw! You can do this! ;)
.
.
.

3.5 stars. Saya baca buku ni masa 24 hour readathon, and vlogged it. Click here to watch it >>> 24-HR READATHON + MINI REVIEW | EMPAYAR BY TEME ABDULLAH (saya ada buat mini review dalam video tu).

Okay. Sebelum saya baca buku ni, saya dah baca review Goodreads dulu. Rata-rata bagi 5 stars. Dah tentu saya ada high expectation. Apatah lagi bila all time bestseller author yang tulis. This book was promoted as the first novel Teme ever written under Iman Publication. Teruja betul masa dapatkan buku ni di PBAKL lepas.

SETTINGS
Idea buku ni sangat sangat menarik. Memang taste saya. Futuristic dystopian + fantasy + adventure + islamic vibe. Ini adalah sebuah cerita tentang masa depan, di mana Islam menjadi agung semula. Lebih daripada separuh muka surat adalah tentang world building dan pengenalan watak + backstories. Penulis seolah-olah 'predicting the future', berdasarkan real life issues yang berlaku sekarang. I always love this kinda idea. It's so promising but... it's not developed enough? I mean, penulis mention tentang dunia musnah gara-gara peledak & sihir manusia. Teme 'told' us about this. I wish he had written some scenes where he actually 'showed' how it happens.

WRITING
Hands down, Teme has very beautiful writing. Nothing to comment. I envy you XD

CHARACTER
Saya sorang ke yang rasa macam watak 80-something ni macam Teme dan 60-something ni Ahmad? Perbezaan novel Empayar dan buku2 siri Jalanan yang lain adalah, Teme wujudkan satu watak antagonis. 16-something ni is a good representation of isu penunggang agama sekarang.
Satu lagi. Saya sorang ke yang rasa novel ni tak ada perkembangan watak sangat? Saya syak sebab tak ada turning point a.k.a event yang menimpa watak utama, yang menyebabkan perubahan perangai watak utama. Yang kena, si 'Ahmad' je.
Empayar ni sarat dengan pengenalan perangai watak utama serta world building.
Saya harap dalam buku kedua, Teme boleh masukkan beberapa scenes di mana kita lebih kenal watak utama, lebih kenal his mind his motivations, selain daripada kita tahu siapa dia sebenarnya.

*maaflah saya susah sikit nak ingat nombor ni XD*
Oh ya. Patutlah. Saya tak rasa attached dengan karakter sebab rasa tak banyak beza dengan watak 'Teme' dalam siri Jalanan. Lagi satu, sebab he was not complex enough. I wish the writer shows a more human, complex side of him in the sequel. Please.

PLOT
Plotnya satu sahaja. Subplot? Tak nampak sangat. Atau mungkin saya yang terlepas pandang. Plot twist ada. Menjadilah jugak sebab saya pun tak dapat predict.
Hmm.. Yang membuatkan saya rasa terkilan sikit- sebab pada saya, graf penceritaan novel ni mendatar. 70% through the book barulah saya nampak ada perubahan sikit. Barulah excited nak habiskan. Yang muka surat depan-depan (first 70% of the whole book) tu mungkin untuk world building dan untuk set up for the sequel.

OVERALL
Senang cakap, buku ni bukanlah tak best. Semuanya bergantung kepada sebab apa korang nak baca buku ni. Kalau korang lebih tertarik kepada mesej, buku ni memang saya akan rekemen sebab sarat dengen mesej. Nampak penulis banyak research dulu sebelum tulis. Sesuai jugak untuk peminat tegar Teme dan untuk orang yang nak baca buku motivasi, tapi in novel format.
Tapi, untuk critical reader who is there for the story and the plot, I'm sorry. Don't have high expectations and you will enjoy reading it.

Tahniah buat Teme! I'll wait patiently for the sequel! Please don't stop writing. I envy your beautiful writing so much :)
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
June 8, 2022
[Buku 31 | 2022] 5/5 ⭐️
Kejap, tak tahu nak review dari mana 😭😭 tapiii haih saya terlalu suka dengan isu yang dibawakan oleh Teme?!

Sebelum baca, memang saya sengaja letak expectation tinggi. Berdasarkan pengalaman baca siri KTDD, saya dah faham cara penyampaian/gaya Teme memcoretkan plot cerita dia. Cara penulisan dia memang bersifat motivasi/ kritikan sosial/ perbincangan dan perdebatan. Macam tengah baca buku non-fiction, at the same time baca buku fiksyen.

Yes betul, world building Teme dalam siri ni tak ada lah setinggi dan sehebat macam buku RAM, ataupun buku fantasy-thriller penulis barat, tapi buku ni bagus! Entah kenapa, saya faham kenapa Teme lebih fokuskan pada isi cerita + isu yang ingin disampaikan berbanding world building yang beliau reka.

Sebab, secara peribadi, saya jenis tak suka sangat baca buku fiction yang terlalu pelik2 world building nya. Saya cepat hilang fokus atau pening bila terlalu banyak imaginasi dalam sesuatu cerita tu. Bagi mereka yang mengharapkan cerita ini mempunyai world building yang terlalu mantap dan mindblowing, mungkin akan kecewa?

Tapi bukan sayalah sbb saya suka sangat penceritaan yang mcm ni!😂 Nasib saya tak terpedaya dengan bad review dekat sini sbb tak sangka cerita ni kena dengan ‘selera’ saya.

Walaupun pada awalnya saya agak pening sebab nama-nama watak dekat sini hanya menggunakan nombor, tapi bila fikir balik, bagus juga HAHAH sbb penulis tak payah susah-susah fikir nama watak.

Apa pun, saya asalnya bukan peminat Teme, serius baru je minat Teme Abdullah ni sebab siri TKDD 😭🫶🏻 Haih, he’s really good in delivering those message. Jaranglah saya nak suka cerita yang non-ficiton tapi di fiksyenkan. Tapi buku Teme berjaya buat saya baca something yg bermanfaat tapi still rasa enjoy dengan plot cerita.


Ok panjang pula review. Excited 😭
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
May 20, 2018
2.5

Mungkin aku mengharapkan sesuatu yang lebih bila aku tengok muka depan dan baca bab awal buku ni. Aku mengharapkan satu advencer epik yang boleh menandingi kisah Harry Potter tapi yang aku dapat cumalah perihal yang berlaku sekitar Madrasah Tamin Sari saja.

Don’t get me wrong. The book was okay. A bit preachy in certain parts tapi memang aku tahu teme pandai menulis watak-watk yang buatkan pembacanya root for them.

Cuma sayang. Dunia yang dicipta Teme ni, bagi aku, boleh dikembangkan lagi dan diperincikan lagi. Ya, mungkin itu yang teme akan buat dalam buku kedua(?) untuk siri ni. Tapi untuk buku ni, aku sedikit kecewa untuk part tu.

Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
June 23, 2019
Great twists along the way. Plus, hidden humor. But I wonder why the author chose to use numbers instead of names in labeling characters. It gets SO bloody confusing!

The tale is sorta like an Islamic post-apocalyptic YA (if there is such a thing). Sadly, the world is bland and for some unexplained reason, people are choosing to live like the era of the Malacca sultanate.

The story had a lot of potential. But too preachy in my opinion, making it such a tedious read. There’s nothing wrong with promoting values and stuff, but you don’t need to shove them down peoples throat.

Worst of all, the females have no voice. Or even significant roles, apart from being objects of lust. Ugh!
Profile Image for Elvina Zafril.
710 reviews104 followers
July 26, 2023
Buku pertama yang aku baca oleh Teme Abdullah. Cover buku yang sangat cantik dan sebenarnya tajuk buku ni juga menarik perhatian aku untuk beli.

Idea buku yang sangat menarik. Sangat sukakan the world building dan seperti sedang menonton cerita-cerita dystopian dan fantasy. Buku ini mengisahkan tentang masa depan Islam yang kembali agung. Gaya penceritaan yang menarik cuma boleh diperkembangkan lagi dengan menjelaskan beberapa hal atau berikan contoh untuk sesuatu yang pernah terjadi.

Satu masalah aku ialah aku susah nak ingat nombor dan bila watak-watak dalam buku ini tak gunakan nama dan hanya menggunakan nombor, contoh seperti Pahlawan 1636 dan pelatih 8492, agak susah untuk ingat semua watak dan tak tahu sebenarnya mana satu watak utama.

This author has beautiful writing but just like I said it’s not developed enough.

Love the plot and the plot twist. It really was unpredictable.

All the messages in this book really are good and I loved that the author relate them with current issues we are facing now. Ilmu ialah senjata, gunakan senjata ini dengan baik dan jika ianya jatuh ke tangan orang yang salah dan digunakan dengan tujuan yang salah, habislah manusia. Ada antaranya yang akan menjadi sesat dan terlalu bongkak.

Secara keseluruhannya, buku ini mempunyai banyak pengajaran yang sangat berguna dan tulisan penulis ni sangat cantik. Rekomen jika anda inginkan mesej dan pengajaran yang berguna.

You can get this book at the nearest bookstores or can order online at www.imanshoppe.com
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
March 23, 2021
Seminggu dua ni, dekat 5 buah buku jugak yg dibaca separuh jalan (dropped) sebab tak menarik atau tak kena dengan jiwa. Semalam cuba baca buku ni, ternyata pilihan kali ni berbaloi. Menarik dan unik plotnya, baca dari mula sampai habis semalaman jer. Selain plotnya yg menarik, novel ni juga penuh dengan dakwah dan kata2 nasihat yg menginsafkan, serta sindiran halus pada golongan 'penunggang agama'.

Mengisahkan tentang zaman post apocalypse, di mana kepulauan Nusantara telah musnah akibat perang besar dan kembali ke zaman medieval. Kini, kepulauan Nusantara telah disatukan di bawah satu pemerintahan kerajaan Islam yg dikenali sebagai Empayar Kesultanan Aradhanapura. Cerita bermula di Madrasah Taming Sari, iaitu tempat pemimpin negara masa hadapan dilatih. Pahlawan 1636, pemimpin pelatih tahun satu yg dipilih mula menyebabkan masalah apabila dia mentafsir al-Quran dan hadis sesuka hati demi mencapai matlamatnya. Sikapnya itu sering ditegur oleh Pelatih 8492, seorang pelatih yg selalu berperangai aneh menyebabkan mereka berdua tidak sekepala. Keadaan menjadi semakin parah apabila Pelatih 6480 (kawan baik Pelatih 8492) dituduh melakukan kemungkaran dan akan disingkirkan dari madrasah. Dalam masa yg sama, kehilangan putera Kesultanan Aradhanapura turut menimbulkan misteri...
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
May 31, 2018
- Buku ini merupakan buku yang lain daripada buku-buku Teme sebelum ini. Maksudnya bukan macam buku-buku jalanan sebelum ini.

- Kisah pasal Madrasah Taming Sari yang terdapat di kerajaan Tanah Melayu pada zaman dahulu. Klasik bukan?

- Watak-watak dalam ni tidak menggunakan nama panggilan macam dalam buku-buku lain, tapi Teme guna nama hmm baca la kalau nak tahu.

- Bagi aku, cara Teme nak sampaikan ajaran Islam melalui buku ini sangat nice. Penyampaian ilmu agama melalui penceritaan, orang tak akan bosan baca.

- Dalam buku ni, ada watak yang mempergunakan agama untuk menaikkan nama dan imej dia, yang mana orang zaman sekarang banyak buat macam ni. Hm kan?

- Rupanya ending buku ni, hehe nak tahu ending baca la dulu !

- Ada input menarik yang aku dapat daripada pembacaan kali ini, iaitu kita boleh tahu orang itu berilmu atau tak atau banyak membaca atau tak berdasarkan apa yang dia kata. Kalau main cakap je tu maknanya dia kurang membaca.

- Jadi, membacalah !

#2018readingchallenge
#duniaBOOKku📚
#bukuduapuluhdua
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
September 1, 2021
Pertama, saya suka cover novel ini - antara yang tercantik daripada Teme. Cerita bagus, berunsur nasihat. Pujian harus diberi kerana penulis berani menyentuh isu yang agak sensitif. Menarik. Cuma ia tidak disokong oleh watak yang kuat dan dialog-dialog yang efektif. Ada waktu ia kedengaran janggal dan nampak seperti filler pun ada.

Saya lebih suka kalau penerangan watak dibuat secara subtle. Apabila penulis sendiri memberitahu watak itu jahat dan watak ini baik, penulis sebenarnya sudah menarik keterujaan pembaca menyingkap misteri dalam buku tersebut.

Tentang nama watak; kita senang dengan nama watak yang ada dua atau tiga suku kata. Mudah untuk diingat, lebih mesra. Penulis memilih untuk memberi nama berbelas suku kata seperti pah-la-wan-sa-tu-e-nam-ti-ga-e-nam. Walaupun hanya empat nombor, kita akan menyebut dengan perkataan secara automatik. Perkara ini agak mengganggu sebenarnya. Saya faham penulis mahu menyembunyikan identiti watak utama, tapi mungkin ada panggilan yang lebih mudah. Nama sayur ke... jenis-jenis balak tempatan ke haha entah. Apapun, saya percaya penulis ada sebab memilih untuk menulis sedemikian. Semoga buku dua nanti lebih menarik.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
May 30, 2018
Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama. Teme Abdullah. Iman Publications. 2018.

1) Buku ini merupakan buku keempat yang ditulis oleh Teme Abdullah.

2) Aku rasa buku ini boleh dikategorikan sebagai sebuah novel. Hahahaha.

3) Uniknya tulisan Teme kali ini sebab ia tak sama dengan 3 buah buku yang ditulis sebelum ini. Teme tidak lagi menggunakan tema jalanan dalam penulisannya.

4) Buku ini mengandungi 16 buah bab dan setebal 347 mukasurat.

5) Buku ini menceritakan tentang pelatih-pelatih di sebuah madrasah yang bernama Madrasah Taming Sari. Pelbagai kisah yang berlaku di dalam madrasah ini.

6) Satu lagi perkara yang unik adalah pelatih-pelatih di sini tidak menggunakan nama sebenar mereka tetapi, mereka diberi nama gelaran seperti Pelatih 1636, pelatih 8492 , pelatih 6480 dan banyak lagi la.

7) Di dalam buku ini, Teme menyedarkan kita bahawa betapa bahayanya dengan kewujudan penunggang agama. Bak kata Teme, " Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa. Jika senjata itu jatuh ke tangab yang baik akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik."

8) Selain itu, Teme juga mengajar kita supaya meraikan pendapat orang lain yang tak sama dengan kita. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Jadi, tak payahlah bergaduh bila orang lain tak sependapat dengan kita. Apa yang boleh kita buat adalah raikan pendapat mereka dan teruskan hidup. 😁

9) Ok, itu je nak tulis. Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#EmpayarTeme
#2018readingchallenge
[ SEMBILANbelas ]
Profile Image for Sarahevo.
14 reviews2 followers
May 8, 2023
Buku yang pertama ini lebih bertemakan perdebatan dan penerangan tentang isu-isu yang dibangkitkan. Walaupun tema nusantara yang diketengahkan penulis dan world building cerita ini kelihatan menarik pada awal cerita, tema itu tidak digunakan dan dikembangkan sangat oleh penulis sepanjang cerita. Lebih berfokus kepasa isu-isu yang dibincangkan berbanding fokus kepada jalan cerita. Jikalau tuan puan mengharapkan novel fantasi nusantara yang penuh aksi dan jalan cerita yang mendebarkan dan menarik, buku empayar 1 ini bukan untuk anda. Tetapi jikalau anda seorang yang penyabar dan deep thinking, boleh cuba buku ini, kerana risau pembaca akan bosan membaca penerangan yang terlampau banyak. Akhir kata, tahniah penulis kerana menggalakkan pembaca untuk berfikir dan lihat perkara dari pelbagai sudut.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
September 9, 2022
8/22

Empayar - Teme Abdullah

Novel ini dibeli atas sebab Teme kembali dengan karya Empayar 3. Sekalilah Trilogi Empayar dibeli pada PBAKL yang lepas.

Keterujaan membaca novel ini sangat lain ye bagi saya. Setiap perkataan yang ditulis berjaya membuatkan saya meneruskan pembacaan sehingga ke penamat. Bagaimana bagus sekali Teme menghuraikan sesuatu ilmu dalam novel ini sangatlah dipuji. Tahniah buat Teme. Tak sabar hendak membaca sambungannya.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
December 13, 2019
Klasik+Futuristik(berhubung masa depan). First impression aku wow that so good. Penulis jadikan latar masa seperti zmn2 Kesultanan Melayu dan jadikan latar masa kini satu keadaan masa yg lampau. Seolah berdekad lepas. Aku perlu bawa jiwa dan fikiran masuk dlm latar masa tersebut. Sebab tu love teruk dgn pembacaan kali ni. Aku boleh masuk ke zaman klasik tp dianggap zmn kini.

Isu keagamaan dgn mslh penunggang agama jadi tunjang utama penyampaian. Watak yg tidak bernama tp hanya dipanggil dgn nombor.Tertanya mcm mana pemilihan nombor tu dibuat oleh Teme. Itu penulis je kot tahu.

Part aku suka:
1. Pendebatan isu cinta oleh 8492 (watak utama) vs 1636 (watak jahat)
2. Analogi ttg cerita Roti dan Ikan utk terjemahkan ttg Hidayah Allah.
3. Penerangan Doa makan yg sering diguna oleh Mursyid Bija(Pengetua Madrasah Taming Sari)

Banyak sgt ilmu hadis, ayat Al-Quran yg digunakan spjg cerita ni. Pasti penulis perlukan penyelidikan,rujukan dan baca banyak utk fahami demi hasilkan karya fiksyen ni.
Profile Image for Ira Hazlee.
30 reviews11 followers
September 8, 2020
Sebelum ni aku tak pernah tahu siapa itu TEME ABDULLAH sampailah mak aku bagitahu.Mak aku memang peminat setia karya TEME ABDULLAH.Hampir semua buku dia mak aku dah baca.
Adik- beradik aku yang lain pun baca.
Adik lelaki aku yang annoying tu pun baca tau.
Writer memang powerr coz boleh dikira yang kesemua ahli keluarga aku ni peminat dia.
Termasuk aku😉😉😁
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
March 19, 2019
Buku yang menarik cuma Sha kurang suka buku yang bersambung macam ini.. Sebab tu Sha bagi 3 bintang je.. Kalau ikutkan, keseluruhan cerita best.. Penulis berjaya membuatkan Sha melekat untuk terus membaca sehingga habis..Isi, hujah dan perdebatan didalamnya sungguh menarik..
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
February 22, 2023
BESTT !! Worth the hype. To me, yang membuatkan buku ni jadi lagi best is watak pahlawan 1636, character dia sangat ii unik dan interesting sebab dia punya jahat tu lagi jahat and mengarut dari Abuja yang munafik tu tauu. Cuma kecewa sikit sebab saya ingatkan ada fight scene dalam buku ni tapi takda. Buku yang penuh dengan ilmu agama walaupun nampak nipis. I enjoyed every single thing in this book !
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 3 books856 followers
June 13, 2020
The books that touch your soul most is always the hardest book to write a review about. Pelatih 8492 has got to be one of my fave fictional character, his maturity and hint of mysteriousness kept me going. I enjoyed his perspectives. The world building is also fairly well done although I would be greedy and wish for more pages regarding the world.

And, I really appreciate how 8492 brought forward the issue of someone's past and how it is irrelevant to the person's worth and piousness. When 8492 proclaimed that he wouldn't mind if his jodoh is a pelacur, I was coined. Not a lot of people nowadays are brave enough to see the truth of that mindset. I really appreciate it seeing this in a Malay novel where fragments of our culture goes against it.

One more issue I really applaud on it coming forth is the "penunggang agama" issue. Penghulu 1645 is the epitome of a penunggang agama and he is written in such a convincing manner that Iw as gritting my teeth hearing his arguments. We feel it in our hearts that he is wrong but we've encountered these tyopes of people who use Al Quran and Hadis flawlessly that it just unnerves us.

Dear Teme, thank you for writing this book.
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
December 29, 2022
Ending yang membuatkan rasa nak smash² dinding. Selamat baca Empayar ini masa dah keluar Empayar 2. So tak adalah rasa nervous lama sangat.

Well, Teme memang seorang pencerita yang sangat baik. Walaupun ada few pages yang rasa tak perlu di hurai dengan terperinci, tetapi Teme pandai back on track dan buat kita lupa benda² yang tak best.

Sebagai seorang graduan Sejarah dan Tamadun, aku betul-betul kagum dan malu dengan diri sendiri pada masa yang sama. Meski ada lagi segala isi² ilmu tentang sejarah tanah melayu, sejarah kegemilangan islam, buku² hadis yang berjilid-jilid dekat rumah ni, tapi aku tak mampu nak rujuk dan bercerita dengan menarik kepada diri sendiri. Serius kagum dengan ilmu si Teme ni. May Allah bless you bro.

“Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.
Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik. Akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.
Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat. Akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.”

#Empayar2 #TemeAbdullah
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
September 22, 2018
Tempted nak rate 4 star sebab sangat suka gaya penceritaan, jenis print out buku, jenis kertas and most importantly, message yang dibawa. Bersederhanalah. Ilmu yang baik, akan membawa kebatilan jika disalah bawa. Ilmu yang sedikit, amal tersembunyi, boleh membawa manfaat... asasnya, niat. Ramainya sekarang, dah belajar aliran agama, berjaya tamat institusi dakwah tersohor, terlalu mudah mengkafirkan orang lain.... begitu begitulah.

Saya pick up, Teme kembangkan ketidak-puasan hatinya terhadap scenario ini dari buku Arkitek Jalanan ke buku Empayar: hikayat putera tanpa nama. Saya pun suka. Cumanya, bagi saya cerita ni basic sangat. Mungkin Teme baru panaskan engine hikayat. Harap sambungannya nanti ada unsur epik.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
October 27, 2018
Kisah anak-anak muda yang ditempatkan di sebuah pusat latihan bagi melatih mereka menjadi pendekar-pendekar hebat untuk negara.
Beberapa isu diangkat dan diadun dalam novel ini seperti isu keimpinan dan ketamakan serta ego seorang ketua.
Isu halal haramnya percintaan, juga beberapa kali disentuh tentang beza ilmu orang yang membaca dengan tidak.
Banyak hujah disandarkan dengan dalil naqli (Quran dan Hadis) serta dalil aqli (logik akal). Termasuk tentang doa makan yang sering dianggap semata-mata untuk dibaca ketika mahu makan saja.

Kisah yang menarik dan boleh dihadam dengan pantas, namun pengakhiran yang sengaja digantung, terasa agak mengecewakan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Alfeesya.
116 reviews2 followers
June 9, 2024
3/5 ⭐️

Finished in 2 days. Overall it was okay. But I was expecting more actions & adventures. But I gained a lot of knowledge about Islam. It's also hard for me to remember numbers so I got confused a lot of times while reading it. At some point it did felt like I was reading a non-fiction book. There were some parts that I don't really understand where this plot was 'taking' me.
Profile Image for Izis.
52 reviews
September 3, 2018
buku yang menarik dan penuh pengajaran.. cerita ini banyak berkait dgn kehidupan zaman sekarang ni...kisah orang alim yang menyalahkan gunakan ilmu utk mengikut hawa nafsu... cerita ni jugak menunjukkn bahayanye kita menafsir Quran dan hadis tanpa directly mcm tu je... byk lg la pengajaran yg ditunjukkn sedikit demi sedikit dlm novel ni.

Jalan cerita boleh diperkembangkan lagi. Penulis byk bercerita kisah hidup di madrasah sahaja...Jalan cerita tergantung...Sepertimana novel2 bersiri, novel ini tidak mempunyai klimaks. Jalan hanya mendatar...Dipenghujung cerita aku mcm terkejut; "Aik....da habis da ke...."

Diharap sambungan cerita ini secepat mungkin and ade isu2 yg perlu dipertengahkan agar nampak klimaksnya....Good Job Teme! :)
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews42 followers
December 24, 2022
Mengisahkan sekumpulan pelajar Madrasah Taming Sari yang pelbagai ragam dan karenah.

Pelatih 1636 seorang pelatih yang berwawasan tinggi, penuh dengan cita-cita dan keinginan. Dikatakan pernah mendapatkan pendidikan di pesantren namun sikapnya tidak menggambarkan dia pelajar yang bagus. Suka menggunakan agama demi kepuasan hatinya sahaja.

Pelatih 8492 seorang yang diam-diam ubi berisi. Pendiam tapi jika berbicara penuh dengan pengisian bukan sekadar tin kosong.

Menggunakan timeline masa hadapan tetapi berlatarbelakangkan masa lampau. Satu percampuran yang menarik dan terbaik. Ada sesuatu yang mencuit hati SH. KLCC dikatakan sebagai dongeng dan lagenda.

Pace penceritaan sangat laju tapi santai. Tak merasa bosan di sepanjang pembacaan. Walaupun tiada aksi pertarungan yang boleh meransang adrenalin namun aksi perdebatan antara mereka mampu memberi impak yang sama.

Teme membangunkan watak dengan sangat baik. Hingga SH pon rasa menyampah dengan tingkah laku pelatih 1636. Ada saja kelakuannya yang boleh menaikkan darah. Nasib tak kena darah tinggi baca novel ni.

Dan apa yang SH dapat dari naskah ni adalah tentang kepentingan ilmu. Bukan sahaja ilmu pengetahuan, tetapi juga ilmu bercakap. Sebabnya orang yang pandai bercakap ni bijak mempengaruhi orang lain. Dia boleh buat orang dengar je cakap dia walaupun fakta atau ilmu yang disampaikan tu tak betul atau pun menyimpang. Orang yang ada ilmu pula harus ada keberanian bagi menyatakan kebenaran. Kalau dia pon diam maknanya dia turut bersubahat dengan perkara yang salah.

Bila dah lebih separuh pembacaan ada terdetik eh takde plot twist ke? Sekali hampir nak hujung baru dia bagi plot twist tu.

Pengakhiran cerita memang mengundang untuk baca novel yang seterusnya.
1 review2 followers
April 8, 2019
Masa beli buku ni tahun lepas waktu iman publication open preorder and yes i ordered without knowing what was this book about. When i pick up this book at pbakl last year, i read a little of the page and i saw the book about some kind of history and does not have any name!! Only numbers... Really make me lose interest in reading this book. It actually took me several months to have courage to read this book. After start reading this book, I FEEL LIKE THIS BOOK IS REALLY THE BEST BOOK I HAVE EVER READ 👍 IT MAYBE HAVE A HEAVY CONTENT BUT IT MAKES YOU LEARN SOMETHING NEW AND THE STORY LINE IS VERY INTERESTING 😍😍
Profile Image for Nur Shuhada.
54 reviews
May 4, 2018
This is the best book I've read for this year so far. So good. So inspiring. Beautifully written. Really really teach me to be humble in our life. For me this is the best book from Teme. Is it possible for this book to have sequel? Would really love to know what happen next to Pelatih 8492. I really do hope this book to have sequel. Teme, please make second book for this book. And thanks for creating this magnificent book.
Profile Image for Nee (っ´▽`)っ.
68 reviews
August 19, 2024
-Hampir hampir tak nak teruskan membaca sebab ingatkan 1636 tu watak utama. Sejenis narsistik. Waktu memula baca part dia rasa terpaling layak tu, dah macam okay??? Berharap dah mungkin sikap 1636 akan berubah di pertengahan cerita atau memang bukan dia watak utama.

-Cerita memang best dan buat pembaca tak lepas buku hingga tamat. Definisi niat tidak menghalalkan cara digambarkan dengan baik. Part mempersoalkan hadis mana yang membuktikan benar atau palsu tu pun, dah banyak berlaku sekarang. Bergaduh sesama sendiri, akhirnya orang yang baru mendalami Islam jadi keliru.

-Endingnya tu kenapa macam tu eh? Hmm.. sambung buku kedua pula lah jawabnya.
Profile Image for sn_fiq.
162 reviews11 followers
October 19, 2019
Perdebatan yang ditonjolkan dalam buku seakan merujuk kepada apa yang berlaku sekarang di Malaysia walaupun setting cerita ni di masa hadapan. Saya suka kritikan sosial yang ditonjolkan di situ.
Sedikit sebanyak boleh membuka mata pembaca untuk berfikir di luar kotak.

Tajuknya dan cover buku membuatkan saya fikir ada unsur2 epik, adegan silat dan yang sama waktu dengannya, tapi tiada. Buku ni lebih kepada mengajar pembaca dan mengkritik sikap2 orang melayu yang menunggang agama.

Dari segi gaya penulisan, sedap dibaca, cuma ada sesekali penulis masukkan "hahaha" dalam dialog, macam berchatting pula.

Endingnya tergantung! Nak kena beli sekuelnya nanti.
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
December 21, 2020
Aku ingat aku dah tak baca dah Empayar ni sebab aku baca review orang, dia cakap watak2 dlm ni tanpa nama. Semuanya guna nombor. Aku dahlah tak suka main nombor2 ni sebab aku lambat tangkap. Tapi bila dah pertengahan cerita baru aku pickup nombor2 tu 😂

Yang menarik hatinya adalah jalan cerita yang diketengahkan. Perdebatan mengenai cinta. Berdasarkan hadis dan ayat Al-Quran. Dan aku faham apa yang nak disampaikan oleh Teme. Tepat sekali kena setepek dekat mereka yang suka berhujah menggunakan agama tapi dengan cara yang salah.

Pandai pulak nak putar belitkan hadis dan keluarkan fatwa sendiri. Mentafsirkan sesuatu dengan salah. Aku cukup tak suka dengan perangai pahlawan 1636 tu. Dan aku semacam dah boleh agak pelatih 8492 tu sebenarnya siapa. Sebab perwatakan dia dekat awal cerita pun mcm sembunyikan sesuatu yang besar mengenai diri dia. Tak sabar nak baca sambungan Empayar 2 plak.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
November 4, 2024
Mengisahkan tentang pelatih pelatih di Madrasah Taming Sari. Buku ni aku keliru sebenarnya dia punya timeline masa silam atau pun masa depan sebab ada mention Kuala Lumpur tetapi dialog and characteristics semua macam zaman silam.

At first aku tak faham the synopsis tapi bila dah towards the ending barulah aku faham kenapa synopsis nya sebegitu. Ada seorang pelatih yang menggunakan agama demi kepentingan diri sendiri.

Aku seorang yang susah nak masuk dengan tema melayu sebegini (macam tradisional klasik gitew) tapi sebab fomo so aku pun cuba baca and for me overall buku ni not bad la dan tak buatkan aku rasa give up untuk baca. Aku akan baca sambungan Empayar ni tapi not anytime soon sebab katanya yang ke-3 pun still tergantung ? 🫣

3/5🌟
Profile Image for Mushair..
21 reviews2 followers
March 18, 2019
4 bintang untuk keunikan latar masa, tempat dan penamaan karakter. Tetapi jalan cerita terlalu linear dan agak tak berkembang. Saya membayangkan empayar merupakan universe yg lebih besar tetapi tidak. Cerita byk bermain di Madrasah Taming Sari dan pengembaraan ke Pulau Singa juga boleh dikembangkan dgn lebih baik. Namun begitu, ini merupakan kelainan dari buku buku teme yang lain, dan saya berminat untuk mengetahui apa yg berlaku seterusnya. Ending dia agak terlalu abrupt kerana seperti terlalu byk plot holes. Boleh diperbaiki lagi dan saya sarankan untuk baca jika anda ingin bacaan ringan yang menarik dan lain daripada yang lain. :)
Profile Image for Safura Mizhar.
48 reviews5 followers
April 7, 2019
"Begitulah hakikat mereka yang sering merasakan diri mereka itu baik. Kononnya, mereka berhak mendapatkan yang baik-baik juga. Mereka mentafsirkan kalimah 'baik' itu dengan pandangan mereka sendiri. Sedangkan baik di sisi Allah itu lebih luas."
-Emapayar: Hikayat Putera Tanpa Nama, Teme Abdullah-

Buku ini ditulis oleh Teme Abdullah dan diterbitkan pada tahun 2018. Merupakan buku ke empat dan lain daripada penulisan Teme sebelum ini (bukan termasuk dalam siri Jalanan). Bergenre distopia, klasik-pasca-apokalips, penulisan buku ini menunjukkan Teme seorang penulis yang berimaginasi tinggi dan berfikir di luar kotak.

Disebabkan cara penceritaan dan penggunaan bahasa klasik, saya ingatkan cerita ini tentang zaman dahulu. Tapi ini adalah kesalahan interpretasi saya. Cara penulis menghuraikan karakter, pakaian, dan bangunan seolah-olah kita berada di zaman silam. Berjaya mengelirukan pembaca di peringkat permulaan.

Buku ini mengisahkan pengembaraan seorang anak muda dalam mencari ilmu di sebuah madrasah. Di madrasah ini pelatih tidak dibenar menggunakan nama, sebaliknya diberikan nombor sebagai panggilan (macam cerita Hitman?). Watak protagonis adalah pelatih 8492 yang bijak berbahas dan persuasif. Terdapat kisah yang lebih mendalam dengan watak ini tetapi kesinambungannya perlu di baca dalam buku Empayar 2.

Antara mesej yang boleh diperoleh daripada buku ini ialah kita tidak boleh membuta tuli mempercayai kata-kata orang lain dan mengikut pendapat berdasarkan majoriti. Kita sendiri perlu berusaha untuk mencari ilmu. Meluaskan pembacaan dan pengetahuan untuk mendapatkan fakta sebenar. Mungkin ini cara Teme memberi sindiran terhadap golongan masa kini yang suka berkongsi fakta tanpa mengesahkan dulu kesahihannya.

Secara keseluruhannya, ia merupakan bacaan yang agak mudah dan laju. Sedikit religi tetapi mempunyai 'plot twist' yang menarik.
Displaying 1 - 30 of 344 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.