"Walau apa pun niat kau, hasilnya takkan sama Nadiah. Takkan sama!"
***
Nadiah mula menulis apa saja yang ingin diluahkan perasaannya pada waktu itu. Tidak semena-mena, Nadiah terasa kepalanya berpusing. Semuanya menjadi gelap.
***
Nadiah membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang terbaring di atas katil. Fikirnya, mesti Ilyani yang memapahnya. Dia tidak ingat apa yang berlaku sebelum itu, tiba-tiba semuanya gelap.
"Nad, pukul 6.15 pagi dah. Bangunlah. Dah empat kali aku kejut kau ni."
Auni Zainal ialah penulis novel yang berasal dari negeri Perak, Malaysia. Novel pertamanya, Sekali Lagi, telah diterbitkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada April 2018.
Auni merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan bekerja sebagai seorang jurutera sebelum beralih ke dalam bidang penulisan. Dia kini menetap di negeri Selangor bersama keluarga.
Makluman: Mungkin mengandungi sepoi-sepoi spoiler.
Serba-salah nak kasi buku ni 2 bintang. Sebab tinggi sangat. Aku dahlah takut tinggi. Jadi, kasi 1 bintang jelah.
Sejujurnya, baca buku ni agak meletihkan. Banyak kali aku mengeluh.
Ceritanya bermula dengan apa entah nama dapat diari merah yang buat dia mengembara ke masa silam. Tapi dalam 50 muka surat macam tu jelah kisah watak tu, lepas tu disisihkan untuk fokus ke watak Khalis. Seterusnya watak tu, ha, Nadiah namanya, hanya muncul sekadar namanya sajalah bila disebut-sebut dalam dialog. Ada jugalah dua tiga bab macam tu tiba-tiba muncul menunjukkan Nadiah ni sedang berduka-lara dan bersedih. Tapi setakat tu saja. Selain daripada itu, hampir keseluruhannya cerita tentang Khalis.
Khalis, yang juga merupakan penyelesai konflik-konflik di sekolahnya yang sebenarnya dibangkitkan untuk beri peluang menyelitkan nasihat-nasihat Islamik. Tak rasa autentik langsung cara ia ditulis. Seolah-olah terasa seperti sedang membaca karangan yang ditulis dengan paksaan guru BM yang mahu pelajarnya memasukkan beberapa perkataan canggih dan peribahasa sekiranya mahu markah lebih. Tapi dalam kes buku ini, seperti ada satu jumlah nasihat perlu diselitkan bagi memenuhi kuota yang telah ditetapkan. Main pakai sumbat je asal boleh.
Watak-wataknya semua terasa dangkal dan bersifat satu dimensi. Agak menjengkelkan juga. Dengan Nadiah yang meskipun berumur dalam 30an berperangai agak kebudakan dan Khalis yang angkuh dan sombong tanpa sebab. Plotnya juga lemah. Bermula dengan pengembaraan masa sebelum diabaikan dan diganti dengan drama yang merupakan hibrid stereotaip cerekarama, telenovela dan sinetron. Terlalu banyak maklumat dan pendedahan di saat terakhir. Tiada pembayang yang merujuk atau membawa kepada pendedahan-pendedahan tersebut.
Pengembaraan masa dalam buku ini juga seolah-olah tiada signifikannya. Kalau tiada pun pengembaraan masa ni, konflik-konflik yang ada macam boleh diganti dengan sebab yang lain. Dan buku diari merah yang boleh membawa pemiliknya mengembara ke masa silam juga terasa macam tiba-tiba banyak fungsi lain. Mahu mudahkan cerita barangkali. Tapi menyebabkan cerita lagi terasa cincai dan tidak dirancang dengan baik terlebih dahulu. Dan isi kandungan diarinya, entahlah, bagi aku terasa macam terlalu rawak. Mungkin perlu rujuk manga Mirai Nikki untuk jenis-jenis diari masa hadapan.
Apa yang sayangnya apabila watak Nadiah yang membuka cerita itu sendiri dipinggirkan. Kalau diselang-seli dengan perspektif wataknya dengan lebih kerap mungkin boleh membantu menguatkan lagi cerita. Cerita yang tak berapa nak cerita jugalah. Sebab buku ni lebih banyak mengandungi penjelasan-penjelasan daripada watak-watak dalam buku ini sendiri. Bacalah dialog-dialog watak-watak itu yang jelaskan apa yang dah jadi. Tak ada sangat cerita yang menunjukkan kejadian itu sendiri. Semuanya seolah-olah berlaku di sebalik tabir. Itu yang lagi memenatkan pembacaan bagi aku dan sekaligus buat aku tidak dapat menghargai buku ini.
Dan disebabkan aku tidak menghargai diri sendiri juga, nanti nak kena baca sekuelnya pula yang dah terbeli sekali.
'Nasib baik buku pinjam,' getus hatiku sebaik sahaja aku sampai ke noktah terakhir.
*** Ada SPOILER sikit
Menung jugalah sekejap. Banyak persoalan yang berlegar-legar dalam cepu kepala aku yang gagal dihuraikan oleh novel ini. Prolog mantap tapi selepas tu fokus cerita terus lari kepada watak lain sehingga aku keliru siapa watak utama dalam novel ini - Nadiah atau Khalis?
Entahlah, mula-mula aku ingat diari merah tu fungsinya macam jurnal-jurnal dalam filem The Butterfly Effect yang boleh bawa orang ke masa lampau melalui tulisan-tulisan Nadiah: maksudnya kisah-kisah yang Nadiah tahu dan alami sendiri dan dinukilkan dalam diari. Tapi macam ada saja babak-babak yang Nadiah tak ada pun di situ, tapi orang yang baca diari tu boleh kembali muncul pada masa dan situasi itu (contoh: Bella minta tolong Khalis semasa di Kanada; Khalis dan Ghazali balik pada masa suami Cikgu Rahimah mengamuk). Jadi sebenarnya sesiapa sahaja boleh kembali ke masa-masa lalu, asalkan nama ada tertulis dalam diari itu. Pelik pula, kenapa Nadiah tak baca sahaja nama dia dan dia boleh kembali semula ke masa-masa yang dia inginkan? Kenapa asyik nak bersedih-sedih, sebab tak ada pun usaha Nadiah nak 'membetulkan' masa lampaunya? Lainlah ada diceritakan makin dia cuba ubah, makin huru-hara hidup dia. Tapi memang tak ada cerita langsung. Banyak cerita pasal Khalis sahaja. Entahlah, pelik dengan plot novel ni. Bila difikir-fikir makin tak puas hati pula rasanya. Rasa nak bagi satu bintang pun ada ni.
Saya juga ada jumpa kesilapan suntingan dan tatabahasa. Aduh, editor pun tak tahu bezakah 'baru' dan 'baharu'?
Mula-mula cerita tentang konflik Nadiah dengan ayahnya, kemudian berubah jalan cerita. Karakter utama pun berubah. Pening saya apa yang penulis nak cerita sebenarnya. Banyak persoalan dan loopholes. Tak puas.
Nasib baik buku pinjam. Kalau beli, mesti kecewa dengan pelaburan.
Ini adalah cerita tentang time-travel yang tak menjadi.
Ada beberapa review di sini yang saya jumpa menyebut 'one sit reading'. Nampaknya bukan saya seorang.
Novel time traveling bukan genre saya. Saya rasa novel ini unik kerana rasanya ini novel time traveling pertama dalam bahasa melayu yang saya jumpa.
Sepanjang pembacaan, saya ternanti juga kemunculan watak Nadiah kembali. Rasa seperti terubah watak utama/POV.
Namun, jalan cerita tidak menghambarkan. Saya seronok baca kaitan cerita ini dengan kisah ashabul kahfi. Saya seorang yang lebih ke arah fikiran logik, jadi apabila dikaitkan begitu, saya boleh terima cerita ini.
Pandangan saya tentang cerita ini pun tak seperti cerita time traveling dari dunia barat. Saya suka pengajarannya. Walaupun kita boleh kembali ke dunia lepas, tetaplah kita tak tahu perkara mendatang.
Ah... cerita ini buat saya berfikir lagi sekali, "Mahukah saya kembali lagi ke zaman lepas andai diberi peluang?"
P/s: sekarang saya perlu baca Sedetik Lagi. Apa jadi dengan Khalis?
Apa yang aku boleh cakap : Buku ni bagi aku overall still ok, tapi susah sikit nak paham ya mungkin sbb otak aku lambat sikit nak hadam apa yang terjadi dalam buku ni 😌
Actually, apa yang buku ni nak sampaikan bagi aku mmg bagus la. Buatkan kita berfikir byk benda, buatkan kita rasa setiap perbuatan, keputusan yg kita pilih boleh jadi satu peranan yang besar dalam hidup kita. Yang aku suka sebab kita boleh baca drpd dua sisi pov. Biasanya kan pov daripada satu character sahaja. Jd, bila ada dua pov, secara tak lgsg kita dpt tahu personaliti character tu sendiri. Cuma yang kurang sikit pada aku buku ni, cara penceritaan yg melibatkan elemen 'time travel' ni agak mengelirukan utk aku. Aku susah nak faham dan kena ulang-ulang baca utk fahamkan 😅 Lepas tu bagi aku dia punya timeline tu kadang buat aku confuse jgk. Sebab kadang-kadang tu aku rasa ada benda yang mcm tak habis penceritaannya dan tergantung sampai situ sahaja. Selain tu, watak/scene yang secara tiba2 ada, dan bagi aku watak/scene tu tak perlu ada pun, cerita masih boleh berjalan mcm biasa 🤔 Just opinion aku je la.
Tapi, apa-apapun buku ni serba sedikit mengajar aku erti reda, reda dengan ujian, reda dengan takdir yang dah tertulis untuk hidup kita dekat dunia yang sementara ini 😌 #emptycanvashida
Saya kira ini bacaan pertama daripada penulis yang saya baca. Kalau diikutkan novel ini adalah novel lama yang diberi nafas baharu. Sebelum ini dikenali sebagai Sekali Lagi.
Sejujurnya, apa yang menarik tentang buku ini bahasa yang digunakan mudah difahami selain muka hadapan yang cantik direka. Selain itu, saya kira plot cerita ini agak longgar dan penulis seperti mencari arah yang betul untuk melakar cerita ini sehingga kadang kala terlihat 'arahnya' itu hilang.
Walau apapun, usaha penulis tetap diberi pujian. Sedikit sebanyak, novel ini memberi pengajaran kepada pembaca.
Jika kita diberi dua peluang, 1. Sama ada kembali ke masa lalu dan memperbaikinya untuk masa depan, ataupun 2. Memori masa lalu kita dipadamkan dan teruskan kehidupan sebagai orang yang baru,
mana satu yang akan kita pilih?
Apabila kita diberikan kelebihan untuk melalui masa hadapan dan dikembalikan ke masa lalu, apa yang penting adalah apa yang kita mampu buat pada saat itu, apa kuasa yang ada di tangan kita. Namun, setiap tindakan pasti ada risikonya, Nadiah merupakan satria dan mungkin juga mangsa yang tersekat antara keadaan untuk menyelamatkan masa depan. Adakah semua akan menjadi lebih baik sekiranya kita kembali ke masa lalu? Jawapannya ada pada Nadiah.
Jujur, saya sudah membaca Sekali Lagi dan buku versi baru ini terasa lebih segar tanpa menukar pengajaran yang sedia ada. Pengalaman membaca nya kali kedua juga memberikan satu perspektif baru dan juga mengembalikan perasaan yang sama sejak pertama kali membacanya.
Pertama, perasaan yang tidak berubah itu adalah perasaan geram terhadap Nadiah. Tindakan Nadiah yang ada di dalam buku ini pada saya bersifat mementingkan diri, macam dia satu orang sahaja yang tersakiti. Namun di satu sudut yang lain, saya berusaha memahami karakter Nadiah, biarpun dia menjengkelkan, tapi setiap manusia akan diuji di titik yang paling dia lemah, dan untuk Nadiah, adalah perasaan sukar untuk menerima kehilangan orang yang tersayang. Dia merasakan kehidupan yang dia lalui tidak adil dan keadaan bertambah sulit apabila dia tidak menerima kenyataan. Perjalanan dalam buku ini tidak lain dan tidak bukan tapi mencari apa sebenarnya kebaikan dan pengajaran disebalik apa yang menimpa Nadiah.
Kedua, kasihan kepada Khalis, tak pasal-pasal terjebak dengan Nadiah. Saya tertarik dengan penceritaan karakter Khalis, tentang bagaimana dia berusaha untuk menjadikan dirinya layak disayang Tuhan. Dialog antara Khalis dan Ubayd di beberapa bab terakhir sangat menusuk ke kalbu, kita terlalu berusaha untuk mendapatkan sesuatu sampai rasa diri segagal-gagalnya apabila tidak mendapatkannya. Kita lupa tentang rahmat Allah, meninggalkan doa sedangkan banyak lagi hal yang seharusnya kita syukuri. Babak itu mempunyai hikmah nasihat yang amat saya hargai.
Apa yang saya pelajari dari buku ini, biarpun kita rasa kita seperti ketinggalan, tidak sebahagia seperti orang lain, tapi sepanjang apa yang kita lalui, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Bukan hidup namanya kalau kita tidak berdepan kekecewaan, kegagalan dan dugaan, tapi kita juga akan merasai kegembiraan, kemanisan, kebahagiaan yang tersendiri. Apa yang menjadi milik kita belum tentu akan menjadi milik orang lain, dan kerana itulah kita perlu rasa bersyukur.
Pokoknya, kita hidup sahaja untuk hari ini, bersama apa yang kita ada sekarang. Apa yang telah pergi meninggalkan kita pasti ada pedoman yang akan terungkai, manakala apa yang menanti kita di masa hadapan adalah tidak lain tidak bukan melainkan peluang untuk diri kita terus bercambah. Bismillah.
Terima kasih IMAN Publication kerana memberikan buku ini dengan pertukaran ulasan jujur.
“Berbahagia dengan yang masih ada, walau kehilangan segala.”
Apa yang korang akan buat kalau korang diberi peluang kedua untuk kembali ke masa silam? Ada apa-apa yang korang nak ubah? Orang yang korang nak jumpa semula?
Mengejar Mimpi Sempurna mengisahkan tentang Nadiah yang kembali ke masa silam selepas kehilangan anak dan suaminya dengan menulis di dalam sebuah diari merah. But she was quick to learn that every action has consequence. Dia tidak boleh mengubah apa yang terjadi di masa silam tanpa sesuatu yang buruk terjadi.
Gaya penulisan Auni Zainal yang bagi aku cukup simple tapi berkesan dalam menggarap emosi memang betul-betul bagi kesan pada aku. Sepanjang bacaan, aku rasa sakit yang teramat. Each emotion being conveyed in the book felt so real, so raw dan di akhir pembacaan, I was spent.
Bersama Nadiah, kita belajar untuk melepaskan. Kita belajar untuk berdamai dengan kehilangan, which is a part of life.
Honestly there are no words for me to describe how much in love I am with this book.
Kalau saya nak kira dari segi plot, kurang lagi rating ni. Tapi disebabkan buku ni meninggalkan impak dan bermacam-macam rasa, saya kena juga bagi 5
Ini buku yang buat saya berfikir pada akhirnya.
Sejujurnya, saya melihat buku ni dengan standard Mawaddah Ilmi, tapi versi diberi misi: "Okey, novel ni kena sependek yang boleh supaya lebih ramai dapat baca.
Ada part yang saya harap ada banyak lagi permainan perasaan, tapi saya rasakan Kak Auni terpaksa rush through sebab objektif novel ni lain dengan Mawaddah Ilmi.
Kalau tebal, lagi perfect. Ini pun dah cukup bagi saya.
It leaves me screaming inside - "KAK AUNIIIIIII"
Kalau sesebuah buku boleh buat saya rasa longing macam ni, layak dah untuk saya bagi 5 bintang.
Walau berapa kali pun kita dapat kembali ke masa lalu, perubahan yang kita buat tu tetap memberi kesan yang berbeza dalam kehidupan kita dan tak akan sama dengan masa depan kita.. Buku ini mengajar tentang itu.. Peluang yang datang, datang dengan tanggungjawab yang besar.. Cerita merentas masa yang sangat memberi kesan pada emosi Sha yang membaca.. Kita selalu lupa menghargai kehidupan yang kita ada dan berharap kita boleh patah ke masa lalu..
Buku yang berani lari daripada norma novel-novel melayu masa kini! Berani dan kreatif! Itu yang saya terfikir ketika baca buku ini. Saya paling suka apabila buku ini tidak mengutamakan kisah cinta yang mengarut dan meluatkan. . Agak lama juga saya tidak tenggelam dalam pembacaan buku. Biasanya, selepas satu-satu bab, saya akan berhenti buat kerja lain.. tapi novel Sekali Lagi ini.. sekali lagi saya buat keputusan untuk abaikan urusan lain sebab nak habiskan baca novel ini dengan cepat.. teknik penceritaan yang digunakan oleh penulis sangat bijak menjerat pembaca dalam perangkap plot yang banyak menggunakan konsep 'set-up' dan 'pay-off' bagi saya. Awal pembacaan, penulis banyak menghidangkan persoalan yang akhirnya dijawab dalam lanjutan pembacaan. Kreatif dan jarang saya jumpa novel berbahasa melayu menggunakan konsep penceritaan seperti ini. . Plot twist boleh tahan mindblown... tetapi mungkin sebab saya sudah agak biasa dengan plot twist time travel.. jadi plot twist dalam novel ini tidak terlalu mengujakan saya. . Tetapi untuk Sekali Lagi, saya tidak dapat menolak bahawa saya banyak kali ditipu minda sendiri akibat teka-teki plot yang ada di sepanjang pembacaan. Lebih menarik perhatian apabila penulis menggunakan pemerian logik untuk menyangkal konsep tidak masuk akal dalam rentas masa seperti ini. Sekali lagi, buku ini sangat berani dan refreshing! . . Cuma, saya agak terganggu dengan teknik plot yang terlalu banyak menggunakan pemerian (exposition dump) dan beberapa kesalahan minor tatabahasa melayu. Dari segi keindahan berbahasa, penulisan jelas menunjukkan kekayaan bahasa dalam pengetahuan penulis. Terbaik! Jempol Good Job saya bagi. Looking forward untuk karya yang seterusnya.
Boleh tak membaca tanpa nak review lopong2 kosong Hehe. Saya baca ni just out of curiousity.
Jalan cerita dia best, but cant get this thought out of my mind (like I've been reading enough time travelling books/movies and at the end..) bahawa hidup adalah perjuangan perseorangan.
Ada dua kebenaran. Nadiah doing a silly mistake dari awal lagi! Tapi.. kebenaran yang satu lagi adalah, everyone doing mistakes of their own, sebab kita tak mampu baca kejadian di masa depan jadi gugurlah our judge tentang watak Nadiah.
Cerita ni simple with a lots of characters and lots of zaman and one can get lost out of confusion, jadi everything kind of tangling up but thats life right?
What makes this story moves ialah kehadiran Khalis and also Nadiah. Tentang apa sebenarnya msej buku ni nak sampaikan, will I know the message or not as a reader.
Well, my imagination just floating on its own, fear that everyone of the character fikir ini adalah perjuangan perseorangan atau tak, dan how that little thing (that shift) actually boleh melahirkan a monster.
But I have an enjoyable ride reading this and kudos kepada kak auni. 😁😁😁
“Apabila ada dua orang yang sedang bersedih. Salah seorang harus kuat untuk memujuk yang lain.”
Akhirnya, ada peluang dan ruang untuk baca novel ni. Satu lagi novel yang bertemakan ‘grieving’. Secara teknikal, plot dia bersifat segar. Lain daripada plot cerita novel Melayu di Malaysia.
But, I was hoping the plot can be arranged better walaupun it’s a time-travelling story.
Saya dah baca Mawaddah Ilmi Ingin Pulang sebelum ini. Laras bahasa, susunan ayat dan perkataan dalam MIIP tersangat ‘kena’ dan cantik. Jadi, nak tak nak secara tak lansung saya dah letak MIIP sebagai the ‘standard’. This might be harsh, but I think this novel can be better considering it is a ‘revamp’ version of Sekali Lagi.
Apa-apa pun, I do agree it can be finished in one sitting. Cuma itulah, bila dah kerja dan nak cari masa tu susah sikit 😅
Time travel tapi bosan(?). Font besar banyak space boleh guna. Pace novel-novel iman ber-genre ini memang slow, which is saya tak prefer. Nipis saja tapi slow yakmat.
Nadiah, selepas menerima diari dari kawannya, telah kembakitke masa silam, ketika dia berumur 16 tahun tepatnya, dan mula berusaha untuk mengubah takdirnya yang derita. Namun, segalanya tidak seperti yang dirancang, malah makin menyukarkan dan lebih membawa keburukkan.
Sebuah kisah time travel melalui sebuah diari, namun hanya yang mencatat saja boleh mengalaminya. Nadiah adalah pemilik diari itu, dan hanya dia yang boleh merentas masa. Namun, sedikit tertanya, apakah keistimewaan diari itu sehingga mampu membawa penulisnya merentas masa?
Permulaan cerita bagi saya terasa lmabat, kskeliruan Nadiah melambatkan segala tindakkan. Namun, segala kejadian diluar jangkaan juga menyebabkan Nadiah keliru. Sebenarnya, saya lebih suka andai watak Nadiah dan apa yang berlaku kepadanya mendominasi cerita, berbanding kehidupan Khalis yang seolah-olah menenggelamkan kewujudan Nadiah.
Part kedua, di mana menjadi sedikit thriller dan mengujakan. Namun kali ini lebih menumpukan kepada Khalis dan perkembangannya untuk mencari Nadiah bagi merungkai segala persoalan. Dan, saya tertanya, mengapa setelah sekian lama? Ketiadaan watak Nadiah di bahagian ini, melainkan di akhir cerita sedikit sebanyak mengganggu, seperti seakan dua cerita yang berbeza. Mungkin lebih baik andai diteruskan melalui POV Nadiah.
Walau bagaimanapun, tema yang diangkat dalam novel ini tetap berjaya sampai kepada pembaca, betapa takdir Allah tetap yang terbaik. Apalah daya kita untuk merubah segalanya, kerana tetap tidak sempurna. Malah, banyak pengajaran yang diterap penulis. Watak-watak juga mengesankan.
"Masa saya mula-mula sampai ke sini, saya fikir dunia ni tak adil dan Allah tak adil terhadap saya. Tapi sebenarnya, saya yang silap. Adil itu tidak bermaksud kita dapat segala apa yang dimahukan. Ia lebih kepada kita dapat apa yang diperlukan. Kalau kehilangan dan ujian itu yang kita perlukan, maka mungkin itulah keadilan untuk kita. Itu yang Allah mahukan untuk kita. Jadi, jangan kesal, Khalis," kata Nadiah.
"Saya harap ... saya boleh balik ke sana semula."
Expectation aku untuk buku ni tinggi sebenarnya sebab aku sangat sangat sangat sukakan buku ‘Mawaddah Ilmi ingin pulang’.
Secara ringkasnya buku ini mengisahkan tentang Nadiah yang boleh time-travel setiap kali dia menulis sesuatu pada diari yang diberi Ilyani. Nadiah ni mengalami kemurungan disebabkan oleh kematian anaknya Tanis dan tak lama selepas itu diikuti dengan kematian suaminya pula iaitu, Khalis. Jadinya, Ilyani berikan diari tersebut supaya Nadiah boleh menulis dan meluah perasaan.
Macam-macam yang terjadi apabila Nadiah ni pulang ke masa lampau. Dia jumpa balik suami dia tetapi masa tu mereka masih bergelar pelajar sekolah menengah. Dia dapat jumpa balik ibunya yang sudah meninggal dunia. Dia dapat perbetulkan balik kesilapan. Tetapi semua perbuatan ada akibatnya kan. Aku tak boleh cerita lebih takut terspoil.
Watak dalam cerita ni aku tak berapa nak feel sangat la. Especially Khalis dan Nadiah. Macam takde chemistry antara mereka ini.
Tapi aku suka isu yang Auni Zainal ketengahkan dalam buku ni. Suicide. Depression. Friendship.
Overall buku ni okay lah bagi aku. Not bad. ⭐️⭐️⭐️
Masa mula-mula keluar buku ni, saya rasa teruja dan tak sabar nak beli. Yelah, duit bukan banyak sangat kan. Harga buku pun tak berbaloi dengan jalan ceritanya. Haha faham tak?
Tapi nasib baik, kawan saya ada beli buku ni tapi saya cakaplah takpe, aku nak beli sendiri. But, tak jadi beli sebab saya pinjam je dengan dia. Pelik juga saya ni. Takde lah, sebab dekat ig cakap, buku ni sesuai untuk orang yang nak sedih2 gitu then saya nak beli sendiri lah. haaaa. Rupanyaaa.....
Ini pendapat saya, saya minta maaflah kalau terkasar bahasa 🤝🏻
Hm, hampir 2 minggu juga saya nak habiskan baca buku ni. Saya ni jenis kalau baca, tak suka kalau ada pasal kisah silam masa lalu camtu. Boleh je, cuma jangan selalu dan jangan terlalu banyak. Jalan cerita ni pun agak slow. Tak mencapai apa yang saya fikirkan. Tak tahu mana sedihnya, tak tahu apa yang cuba disampaikan.
Saya baca sikit, tutup. Ingatkan takde mood membaca. Setiap kali baca mesti akan tengok balik muka depan bahagian isi kandungan. bila lah nak habis baca. huhu. Perwatakan yang dibawa oleh Nadiah dan Khalis, maaf saya tak berminat. Saya cuma minat nama Tanis Yamnuska sahaja. Hehehe.
Maaf sangat saya memang sakit kepala lepas baca buku ni. Awal2 cerita ni watak utama nya nadiah tapi makin lama cerita dia lebih kepada watak khalis. Pasal Time travelling tapi bila dah travel tu takde ape pun yang die buat utk bantu develop diri dia. Nampak sedih je memanjang. Tak puas hati sbb xcerita pun ape die buat utk perbaiki diri dia slpas kejadian time travelling tu. Pening kepala sebab mcm x sampai la objektif dia time travel tu.
Saya pernah baca review utk buku tajuk sekali lagi, so saya x beli la buku tu. Sebab memang x minat time travelling. Tak sangka la pulak die tukar tajuk buku tu jadi mengejar mimpi sempurna dan saya pun beli lah. Dan ni la hasilnya.
Apepun tahniah pada penulis.. memang mindblown jalan cerita tapi masih banyak boleh diperbaiki.
Nadiah dan Khalis - 2 individu yang bergelut dengan kehilangan dan keinginan untuk mengubah takdir. Nadiah dihantui rasa bersalah sebab mengabaikan Khalis masa dorang kehilangan anak. Dia kemudian menemui harapan dalam sebuah diari merah yang membolehkannya kembali ke masa lalu. Tapi setiap tindakannya untuk memperbaiki keadaan membawa kesan yang tak dijangka, termasuk kepada orang lain. Khalis pula berdepan dengan tekanan hidup sebagai anak kepada bapa yang tak bertanggungjawab, dan percaya hanya usaha keras yang mampu mengubah nasibnya. Di sebalik keinginan dorang untuk mengejar hidup yang lebih baik, dorang terperangkap dalam konflik batin antara ego, trauma, dan keikhlasan untuk menerima takdir.
Nadiah ni wanita yang kompleks, dia selalu disisihkan selepas bab - bab awal. Apabila fokus cerita beralih kepada Khalis, perkembangan watak Nadiah ni terasa tak seimbang dan kurang mendalam. Si Khalis ni pula, walaupun digarap dengan latar yang berat dan konflik yang realistik, tapi sinarnya tenggelam dalam naratif yang terlalu didaktik dan berulang. Ghazali yang cuba menyalahgunakan diari merah menambah elemen dramatik novel ini, tapi bagi aku tidak cukup kuat untuk memberi impak psikologi yang mendalam.
Perasaan aku sirna.
Gaya bahasa Auni ciri khasnya sebagai penulis Slice of Life tempatan yang bagus tapi untuk novel ini aku rasa agak berlebihan dan mengganggu aliran cerita. Banyak sangat monolog dalaman yang panjang dan berulang antara “usaha keras vs takdir”. Simbol seperti diari merah dan masa lalu digunakan dengan niat yang baik, tapi tak cukup tajam untuk menyampaikan lapisan makna yang mendalam. Ada bab yang terasa seperti teks motivasi, bukan lagi naratif sastera, bagi aku ini mengurangkan kekuatan estetik novel sebagai karya yang ingin berdiri dalam tradisi novel Slice of Life.
Agak memenatkan otak berlari mengejar pelangi dalam novel ni.
“Apabila ada dua orang yang sedang bersedih, salah seorang harus kuat untuk memujuk yang lain.”
Sungguhlah saya jatuh cinta dengan penulisan Auni Zainal. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan tidak berbunyi kebudak-budakan, plot kemas tak pening kepala, semua karakter main peranan, dan juga plot twist tak terjangka buat buku ni sangat seronok di baca.
Walaupun di pengakhiran cerita saya berharap satu keajaiaban untuk memuaskan hati saya, tapi siapa kita untuk melawan takdir kerana sesungguhnya yang pergi memang tidak akan kembali 😫
Seriously, buku ni bukan tipikal buku Melayu yang pernah saya baca, mungkin banyak saja buku yang seperti ini tapi kita terlalu sering disajikan dengan kisah tipikal cinta yang sudah boleh kita tebak jalan ceritanya.
Tetapi untuk Sekali Lagi, tiada satu perkara yang mudah untuk diteka. Dan tiada perkara yang bagai tidak masuk dek akal walaupun kisah ini tentang pengembaraan merentas masa. Kerana sebetulnya ketika pengembaraan Pengembara masa yang pertama, hanyalah untuk meletakkan semula perjalanan takdir hidup Pengembara pertama - yang telah dia ubah - menjadi kembali kepada sedia kala apabila pengembara masa kedua pula yang telah merentas masa.
Mungkin pada akhirnya yang pergi akan tetap pergi, kerana itulah yang sebaiknya. Itulah takdir yang tertulis di Luh mahfuzNya, sebelum tertulisnya memori di dalam sebuah diari yang seolah mampu mengubah qada dan qadarNya itu.
Ps. masa baca buku ni kita pun ikut sama merentas masa.
aku tak pandailah kalau nak cakap pasal plot ke apa, tapi buku ni aku suka mesej dia. buku ni buat rasa hiba lepas baca. aku kasi 4.5⭐️. kalau orang tanya, patut beli ke pinjam, aku syorkan beli. lepas ni nak cuba baca buku author yang mawaddah ilmi ingin pulang tu pula
⚠️ potential spoilers ahead ⚠️
- aku suka how time travel tu dikaitkan dengan cerita ashabul kahfi. aku kurang baca/tonton genre time travel, jadi unsur time travel tu sangat mengujakan, especially revelation gangguan yang dialami khalif
- aku paling suka chapter terapi tu. teringat-ingat petikan ni:
'Akhirnya,saya belajar. Setiap ibu dan bapa pasti berusaha membesarkan anak mereka dengan baik. Dan atas apa-apa kekurangan dan kelemahan mereka, pasti mereka mengharapkan anak-anak memaafkan.'
Bought this preloved books ‘Sekali Lagi’last two weeks. Tak baca blurb or any review sebelum beli.
And.. end up dissapointed. 😔 Cerita ni kalau ikut blurb, sepatutnya tentang Nadiah. Tapi kenapa Khalis pula seolah2 menjadi watak utama? Dari awal sampai habis tertunggu2 mana POV nadiah? Too much plot holes sampai bila habis baca rasa stress sebab sana sini persoalan tak terjawab.
tapi lepas godek2 review semua tadi, baru tahu ada versi terbaharu yang sudah ditambahbaik, maka Lila mengambil keputusan untuk baca Mengejar Mimpi Sempurna pula selepas ini.
Update selepas baca Mengejar Mimpi Sempurna : (sebab tak tahu kenapa kedua2 buku ini tak boleh review terpisah. di gr ni)
Lila baca Mengejar Mimpi Sempurna ini kerana lila rasa nak beri peluang kepada naskhah sekali lagi yang dibaca terlebih dahulu sebelum ini. Dengan harapan, ia ditambahbaik dan lila akan dapat menikmati cerita tentang Nadiah dan Khalis ini dengan lebih baik, dan dapat menjawab segala persoalan yang tergantung pada naskhah asalnya.
Awal pembacaan, rasa seronok sebab dapat lihat beberapa perkara yang ditambahbaik, dapat baca daripada POV nadiah yang tiada dalam naskhah asal. Tetapi lama kelamaan, keseronokan itu merudum kerana cerita ini kembali seperti naskhah asalnya, cuma di tambah serba sedikit di sana sini, tetapi bagi lila masih tidak cukup untuk mengisi kelompongan plot cerita ini. Banyak persoalan yang tidak terjawab dan dibiar tergantung setelah disentuh sedikit sahaja. Seperti contoh, tentang Ilyani yang tiba2 bunuh diri, watak Bella yang tiba2 muncul di hujung untuk satu babak sahaja dan tidak dijelaskan kesinambungan untuk apa dia meminta tolong pada khalis, Nadiah yang entah ke mana, watak khalis yang bercelaru dan perjalanan merentas masa watak2 yang memeningkan kerana tidak dijelaskan dengan baik.
Jujur, Lila kecewa kerana merasakan cerita ini cuma ditampal2 daripada naskhah asalnya. Cuma, masih ada perkara yang Lila suka. Antaranya bahasa dan lenggok penulisan penulis dan pengajaran2 yang diselitkan melalui naratif watak dan atas sebab itulah lila mampu untuk terus membaca kedua2 naskhah ini sehingga tamat.
"Kenapa Allah hantar aku ke sini kalau dia bukan dia?" - nadiah
"Kau bayangkan apa yang manusia mampu buat kalau kuasa mengubah masa ada dalam genggaman mereka. Mampu mengubah takdir. Boleh selamatkan dunia, atau musnahkannya."
"Kalau kita kata takdir itu berubah, kita maksudkan yang Tuhan tu lemah. Allah kan Maha Mengetahui. Dia pasti tahu apa yang berlaku dari awal penciptaan dunia sampai akhirat. Dia dah tetapkan semuanya..." - adam
Auni zainal tak pernah menghampakan. Salah satu penulis yang wOw ❤
Seronok sebab nama sendiri. Nadiah. Bukan nadia. Bukan nadiya. Walaupun sebutan yg sama.
Time travel/ pengembaraan merentas masa adalah salah satu 'trope' kegemaran aku. Aku suka 'time travel' sebab semua yang jadi akan rasa sangat2 tak masuk akal until the moment of truth happened.
Aku suka dengan konsep yang dibawa oleh penulis dimana setiap kali Nadiah cuba ubah sesuatu yang directly effect masa depan dia, decision dia tu juga akan indirectly effect future of another character which makes everything so unpredictable. Dan another thing pasal time travel especially bila the character is time travelling alone (unlike Avengers yang time travel secara beramai ramai) aku dapat rasa perasaan lonely Nadiah, its like kau tercari2 benda yang boleh buktikan kewujudan kau waktu tu
Since aku sangat2 enjoy the first book so tak sabar nak baca buku yang kedua pula which is Khalis version of time travel...
'Apabila dunia tahu terlalu banyak perkara tentang masa depan, ia akan hilang keindahan perjalanan mencipta sejarah.'
'...apabila ada dua orang yang sedang bersedih, salah seorang harus kuat untuk memujuk yang lain.'
'Adil itu tidak bermaksud kita dapat segala apa yang dimahukan. Ia lebih kepada kita dapat apa yang diperlukan. Kalau kehilangan dan ujian itu yang kita perlukan, maka mungkin itulah keadilan untuk kita.' ________
Apabila Nadiah menulis di dalam diari yang diberikan oleh sahabat baiknya, Ilyani -- sebagai salah satu cara terapi untuk jiwanya setelah menghadapi dugaan dalam hidup -- dia tidak pernah menjangkakan akan pengsan dan terjaga dalam garis waktu 16 tahun yang lalu, dan melalui semula kehidupannya di mana orang-orang yang dia sayang masih ada bersama.
Merasakan kembali ke masa lalu ini merupakan peluang kedua untuk mengecapi sebuah bahagia yang telah dia sia-siakan di masa hadapan, Nadiah ingin membetulkan semula kesilapan. Tidak tahu yang pada setiap kesilapan yang dia betulkan akan membawa kepada sebuah kebenaran baharu yang perlu dia terima nanti -- yang masa rasa dan deritanya tetap serupa. Kerana mana mungkin dia mahupun orang lain mampu untuk mengubah takdir yang sudah sedia tertulis. ________
Membaca sekali lagi buku ini dengan versi baharu kini, menyedarkan saya betapa kita akan melihat, mencerna, merasa, dan beranggapan dengan tanggapan berbeza daripada apa yang pernah kita rasa dan fikir tentang satu-satu perkara sebelum ini -- seiring dengan perubahan pengetahuan, pertambahan usia dan cara pandang kita pada waktu yang sudah berlalu kini. Masih saya ingat perasaan usai selesai menghabiskan bacaan Sekali Lagi empat tahun lalu, tidak dinafikan saya seperti menemukan eureka dalam bacaan sebuah buku, saya ditinggalkan dengan perasaan wow dan tak terkata. Pada tahun ini pula, setelah banyak buku-buku fiksyen yang dibaca, dan menulis ulasan-ulasan yang sama banyaknya, tidak dapat tidak saya membaca buku ini dengan keadaan mental untuk menilai dan sentiasa berfikir tentang apa yang -- pada pendapat peribadi saya -- dapat diperbaiki lagi dalam buku ini, seperti dari segi gaya penulisannya atau susun atur jalan ceritanya sendiri; mahupun apa yang saya ingin lihat lagi dari perkembangan watak-wataknya.
Membaca buku ini sekali lagi, saya dapat melihat yang penulisnya punya gaya penulisan yang ringkas apatah lagi dalam mengolah ayat-ayat, bahasanya juga agak santai, dan tidak terlalu menekankan detail dalam mengambarkan keadaan. Disebabkan buku ini diolah daripada buku asal dengan antaranya terdapat perubahan sedikit daripada babak-babaknya, ada satu babak yang saya kenal pasti tidak 'dipotong' dengan baik, sebagai contoh watak Khalis yang sedang berada di dalam bilik pada waktu itu tiba-tiba sedang berjalan di sebelah bangunan Hub Residence pula selepas itu (babak ini ada dan relevan dalam buku Sekali Lagi, tapi tidak untuk buku ini sebab babak tersebut akan berlaku dalam beberapa bab seterusnya nanti), jadi sepanjang pembacaan saya banyak kali juga berganti merujuk balik buku Sekali Lagi, tapi lepas masuk bahagian III saya teruskan baca buku ini sendiri sahaja, dan tidak menemukan apa-apa percanggahan lagi selepas itu.
Buku ini membawakan tema perjalanan merentas masa, dan apa yang saya suka ialah bagaimana persoalan-persoalan yang akan dibawakan bersama oleh tema ini diselesaikan dengan baik oleh penulis, contohnya apa yang terjadi pada masa hadapan jika masa lalu telah diubah; apa kesan niat buruk seseorang apabila mengambil kesempatan atas kelebihan ini untuk kepentingan peribadi sendiri; dan apabila perjalanan merentas masa ini ialah sesuatu yang memang mampu berlaku, bagaimana ia masuk akal dengan dunia realiti kini, dan kepada kepercayaan dari segi akidah agama dan sudut sains pula. Pada saya untuk tema ini memang penulis berjaya hasilkan satu premis yang sempurna kisahnya. Namun begitu, tidak melupakan aspek lain daripada tema ini, ialah konflik yang dihadapi oleh watak utama itu sendiri. Selain terperangkap dalam perjalanan masa, Nadiah juga berhadapan dengan konflik dalaman dirinya sendiri -- jadi pada saya, meskipun pada akhirnya Nadiah tahu dan menerima hakikat ketentuan yang telah Tuhan tetapkan ke atas dirinya, namun saya rasa watak Nadiah tidak diteroka dengan cukup dan lebih dalam lagi. Menjadikan watak Nadiah seperti semakin pudar dan hilang memasuki separuh perjalanan cerita, apabila plot mulai fokus kepada Khalis dan konflik Ghazali pula.
Meskipun begitu, kita dapat lihat yang watak-watak ini semua mencari kesempurnaan dalam kehidupan mereka, yang mana tidak akan pernah dapat dikecapi apabila kesempurnaan itu disandarkan kepada apa yang kita mahukan dan rasakan adalah sempurna. Pada akhirnya kita nampak yang setiap watak-watak dalam buku ini bertemu dengan 'damai' mereka masing-masing walaupun saya tidak akan kelaskan sebagai akhir yang indah, tetapi adalah akhir yang terbaik.
Ringkasnya, sepanjang pembacaan buku ini walaupun ialah buku yang sama sudah saya baca, tapi perasaan dan pengalamannya tetap terasa segar. Emosi yang disentuh juga masih sama, pengajaran yang didapati juga masih serupa. Pembacaan yang sangat lancar, bila tidak terlalu banyak berfikir, hanya perlu bergerak mengikut arus jalan cerita dan semuanya akan dirungkai dengan baik. Hanya perbezaan yang saya dapat jika dibandingkan membaca buku ini pada masa kini dan empat tahun lepas ialah bagaimana saya mahu kehidupan watak Nadiah dalam menjalani hidupnya sekali lagi lebih diceritakan, untuk fokus kepada perincian bagaimana dia mampu menerima semua kejadian itu sudahnya, maksudnya untuk saya sebagai pembaca merasa hidup dalam sudut pandang Nadiah untuk lebih relate kepada wataknya. Apa-apapun, mungkin bak kata tajuk buku ini juga, apa yang saya inginkan itu hanyalah salah satu daripada keinginan untuk Mengejar Mimpi Sempurna, tidak mudah dan mustahil untuk digapai.
Kesimpulannya untuk diri saya sendiri, buku ini ialah bacaan yang menghiburkan dari sudut perlu berfikir, sedikit berat -- barangkali ya -- tetapi masih mudah untuk dihadam dan difahami. Jika kelainan yang ingin dicari, maka buku ini ialah bacaan yang memang saya akan sarankan.
One sit reading. Memang rasa nak selak page dari awal sampai habis. Recommended!
Saya sangat hargai pendekatan penulis kerana mengaitkan elemen ketuhanan dalam cerita yang berkisar tentang merentas masa dan takdir.
Kita masih ada ruang untuk berimaginasi, tapi dalam masa yang sama tidaklah sehingga mengabaikan tentang kuasa Tuhan disebalik sesuatu yang ajaib.
Dari segi plot, bagi saya ceritanya sangat bagus. Cuma dari segi character development untuk watak dalam cerita ni, saya rasa masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.
Overall, buku yang sangat bagus. Tahniah Auni Zainal!