Maylea - Tiga tahun melayari bahtera bersama Aariz, dia tak pernah menduga kesetiaan dan pengorbanannya dikhianati. Rex Zulkarnaen - 10 tahun bergelumang dalam industri hiburan, dia mencipta tribe sendiri, T-Rex di kalangan peminat adakala rasa lelah berdepan netizens tapi itu harga yg perlu dibayar sebagai artis.
Takdir mempertemukan mereka di lokasi penggambaran. “Awak memang langsung tak ada rasa kagum pada saya ya?” – Rex “Kenapa saya mesti rasa kagum? Awak bukannya Won Bin atau Ji Chang Wook.” – Maylea
Keserasian buatkan mereka rapat dan rapatnya mereka telah menimbulkan rasa tak senang Amanda, isteri Aariz yang merupakan pasangan lakonan Rex dalam filem terbaru mereka.
“Jangan perasan sangatlah, weh. Rex tu artis. Manalah dia pandang perempuan yang dah jadi bekas lelaki lain?” - Amanda “Eh? Aariz yang kerja arkitek tu, boleh aje ambil bekas lelaki lain.” – Maylea.
Dengki khianat Amanda melelahkan Maylea. Dan Rex nekad untuk melindungi. Caranya hanya satu, menjadi suami pada Maylea.
“Tak masuk akal!” Tingkah Maylea, bila mendengar lamaran Rex. “Menikah dengan saya dikira perbuatan tak masuk akal ke?” soal Rex, hairan.
Ya! Memang tak masuk akal sebab Rex itu artis popular. Maylea sedar diri. Tapi kesungguhan Rex membuatkan dia akur. Tapi, mampukah persona Rex menghapuskan kenangan bersama Aariz dalam minda Maylea?
Serius, kalau Hajar kata dia nak bagi Aariz-Amanda tu dimakan buaya. Aku pula rasa nak je tanam dua-dua makhluk ni terus. Biar tak menyusahkan orang.
Ehhh! Emo terlebih pula haha :P
Full review: 3/05/2018
Buku pertama hasil tuaian di PBAKL yang berjaya dihabiskan. Tahniah buat diri sendiri haha. Tak sangka sungguh. Tapi mungkin kerana bukunya lebih nipis. Ditambah pula dengan signature mahal daripada Kak RH, dan godaan / ‘pembakaran terbuka’ yang dibuat oleh kawan-kawan ahakss :P
Masa mula baca dah rasa macam dejavu tapi teruskan jua. Dah sampai tengah cerita barulah join geng bonet meroyan. Oh, betullah! Rupanya kisah ini seperti kisah yang pernah viral baru-baru ini. Mungkin secara kebetulan agaknya.
Maylea. Nama unik tapi kisahnya tragis. Sudah sehabis daya menjadi sang isteri yang setia, diduakan pula. Kasihan! Sudahlah sebatang kara, suami pula tinggalkan dia begitu saja. Pesanan buat sang isteri; kena sentiasa bersedia. Andai jodoh tak panjang kita perlu segera bangkit. Please, move on and enjoy your life! Tapi ya, aku faham. Maylea ni wataknya naif sangat. Dia pun terlalu percaya dan bergantung harap pada suaminya. Bukan dia tak bisa bangkit cuma ada rasa yang terbuku pada sang bekas suami dan si madu, sebab tu yang bila ternampak je mereka berdua, dia jadi lemah.
Nasiblah ada Rex Zulkarnaen. Rex sang pelakon popular Malaya yang tak diendahkan oleh Maylea haha. Tu yang Rex ni penasaran bila si Maylea boleh buat tak kenal dia, rupanya memang Maylea ni tak pernah ambil tahu pasal artis Malaysia. Dan ‘melihat’ Rex, aku jadi kasihan pula. Begini agaknya real life sang artis -- seperti kau hidup semata-mata untuk orang lain tersenyum gembira. Apa pun aku suka hubungan Rex dan mama Orkednya. Walaupun tak banyak scene, Orked ada impak yang lebih kuat daripada si Adeeva tu. Oh, pleaseee! Kenapa aku jumpa banyak watak annoying dalam cerita ni *pheww*
Amanda. Watak ini untuk kita para wanita beringat. Tolong… tolonglah sedar diri kerana malu itu dianggap fitrah yang hidup dalam diri setiap wanita. Dan, rasa manisnya seorang wanita, kerana salah satunya adalah sifat malu yang ada dalam dirinya. Ini tidak, watak Amanda ni ya ampunnnn! Ok, tak nak komen dah. Nanti habis semua perkataan yang tak elok aku keluarkan haha.
Mengikut kata penulis ini kisah santai. Betullah tu, santai dan padat. Pace pun laju. Tahu-tahu je aku dah sampai ke penghujung. Kredit untuk info allergi bawang tu, kali pertama aku baca kes sebegini.
Cuma ya, aku tetap tak puas hati dengan ending Aariz-Amanda. Memang sepadan la depa berdua ni. Masing-masing loser. Aku mengharapkan kedua-dua watak ni kena la ‘sesuatu’… ehhh! Jahatnya aku haha.
Ps: Terima kasih buat penulis untuk pengalaman manis di PBAKL yang lalu. Terima kasih juga atas doanya. Moga panjang umur, dapatlah kita bertemu lagi. InsyaAllah :) Ps2: Pesanan penaja untuk Mai, sila baca dengan kadar segera haha
(Nota: Novel pertama yang saya habiskan untuk senarai panjang novel yang saya borong di Pesta Buku Antarabangsa KL 2018 yang baru semalam melabuhkan tirainya.) . Komen saya.... . Selepas terpaksa tutup mata dan telinga, menghadapi siri-siri 'meroyan' berjemaah adinda bonets saya di grup whatsApp yang lebih awal membaca naskhah ini... barulah saya faham kenapa mereka meroyan tahap nak-pecah-telefon-tangan.... hahahahaahahaha . Memandangkan mata dan jari saya seringkali ingkar pada kata hati, asyik membaca dan sesekali mereka terlepas kata, saya berjaya mengawal diri daripada terjebak sama untuk memberi kaki dan tangan pada pasangan Aariz dan Amanda. Pasangan secocok yang wajar di'kaki'kan berjemaah! . Watak Maylea sebagai wanita pasrah dan menyerah di awal cerita sedikit sebanyak membuatkan saya jadi sakit hati. Ok, faham dia wanita teraniaya. Tapi jangan terlalu pandang rendah pada diri sendiri Maylea! Kamu cantik. Kamu ada kelulusan. Jangan biarkan diri terus dipandang rendah dan enteng, terutamanya pada musuh nombor satu kamu itu. . T-Rex... ok saya nak isi borang jadi ahli kelab peminat dia... hikhikhik Rex, dia lelaki idaman para gadis. Dia idola anak-anak remaja yang jadikan artis sebagai icon. Namun di sebalik nama yang gah itu, dia tetaplah seorang lelaki yang punya impian sederhana, ingin hidup bahagia dan bina keluarga kecilnya sendiri. Perkenalannya dengan Maylea berjaya menjentik hatinya pada impiannya itu. Namun sebagai selebriti yang sering menjadi buruan para wartawan dan peminat, berjayakah dia mengapai impiannya? Tapi yang paling utama, berjayakah dia atasi gosip-gosip buruk daripada terpalit pada dia dan Maylea memandangkan Maylea ada sejarah buruk dengan Amanda yang menjadi pasangan Rex dalam dunia lakonan? . Plot cerita yang ringkas, kisah kecurangan sang suami. Kisah taat seorang isteri, demi lelaki bergelar suami, sanggup ketepikan kemahuan dan impian sendiri. Kisah kegedikan si wanita dan sikap bermuka-mukanya dalam menutup salah silap sendiri dan menuding jari pada insan lain demi menutup kesalahan sendiri. Kisah mereka yang bergelumang dalam industri seni ini sememangnya penuh dengan mereka yang bermuka-muka. Walau bagaimanapun di tangan Rose Harissa, plot ringkas ini terasa seronok untuk dibaca! . Tahniah Che Rose... kakwan terhibur! . . ps: tiba-tiba muncul watak Reza dalam keasyikkan saya menekuni naskhah ini. Nasib baik dinda-dinda bonets saya sedang berjemaah meroyan 'back-to-back' karya Che Rose, sedikit sebanyak saya alert typo ini ^__^
Di kala orang lain sedang sibuk dengan Reza, saya pula gigih menghadap buku ni sepanjang perjalanan pulang dari berjimba di PBAKL 2018. Haha. Terima kasih kawan-kawan dan juga Puan Penulis untuk hari semalam. :)
Setelah sekian lama tak mengupas buku rasa seram pulak nak mengupas buku ni. Hihi. :)
1. Penulis memang tak tipu bila kata kisah ni cuma sebuah kisah santai. Cuma biasalah, sebagai wanita emosi kita pasti akan tercuit bila kisah kecurangan lelaki muncul di depan mata. Hahah. Itu yang rasa macam nak campakkan aje si Aariz tu dalam sungai. Biar dimakan buaya. Dayus sangat. Nasibla kau jumpa juga sinar kat penghujung jalan tu walaupun lewat. *evil laugh*
2. Watak Mylea ni betul-betul buat saya teringat tentang kes isteri teraniaya yang viral baru-baru ni. Haish. Agaknya kalau baca buku ni sebelum kes viral tu mesti ada yang tak percaya kewujudan golongan isteri macam ni. Naif sangat. Malah sanggup perhambakan diri 100% khusus untuk suami. Tapi suami pulak ambik kesempatan. Sebab ego sendiri sanggup burukkan isteri semata nak dapatkan perhatian perempuan lain. Heh.
3. Memula masa baca tajuk cerita ni saya fikir kisah ni adalah kisah cinta tak kesampaian. Haha. Rupanya bukan. Bila baca baru saya faham kenapa tajuknya begini. Sebenarnya Mylea masuk ke dunia hiburan semata-mata nak tengok setakat mana bagusnya Amanda, wanita yang dibanggakan oleh Aariz sehingga mampu menyingkirkan kedudukannya sebagai seorang isteri. Dia bukan berdendam cuma dia mahu tahu apa kekurangan diri dan punca yang menyebabkan dia disingkir dari hidup Aariz.
4. Rex Zulkarnain (Rex) digambarkan sebagai artis paling popular. Setting dan persekitaran Rex ditambah dengan pakej Adeeva si cunning ex-girlfriend ni memang boleh buat kita terbayangkan artis lelaki paling popular kat Malaysia ni. Haha. Cuma saya tak terbayang pulak muka dia as Rex Zulkarnain tu walaupun sikap tenang lawan provokasi tu memang sebati dengan identiti dia. :) Dan saya suka sangat love-hate relationship anak beranak antara Rex dan Makcik Orked. Comel walaupun asyik berperang mulut je.
5. Bagi saya Rex ni umpama fairy godmother Mylea. Muncul di kala Mylea betul-betul memerlukan pertolongan. Banyak bantu Mylea walaupun dia bukan kenal Mylea pun. Tapi atas dasar kemanusiaan dia banyak membantu sehingga Mylea lebih yakin dengan diri sendiri. Dan semestinya berakhir dengan happy ending jua. *senyum sampai ke telinga*
6. Akhir sekali saya nak kupas watak yang saya paling menyampah dalam kisah ini, Amanda. Mangsa kedua yang bakal saya campak untuk jadi santapan buaya. Automatik terus link kepada artis yang dikecam hebat satu Malaya kerana kisah kontroversinya baru-baru ini. Heh. Jadi orang perempuan ni tolong jaga gengsi sikit boleh? Jangan memalukan kaum sendiri dengan hal-hal yang macam ni. Tak semua isteri kedua tu perampas tapi bila muncul kes kaduk naik junjung ni la orang selalu cop isteri kedua ni jahat, perampas, peruntuh rumahtangga etc. Ops, saya cuma observer bukan penyokong. :)
Amanda ni contoh manusia yang tak pernah bersyukur dan puas dengan apa yang dia ada. Dah dapat Aariz pun hati masih tak tenang bila fikir Mylea tu rapat dan bekerja dengan Rex. Haish. Rasa nak pang. Haha.
7. Apa pun saya enjoy baca buku ni. Especially bila jumpa watak Kelly tu. Terus teringat Kak Yen. Hihi. Tahniah Kak Rose. Moga dilimpahi ilham untuk terus berkarya dan berkongsi ilmu dengan pembaca. Info tentang alergik bawang tu memang sesuatu yang baru. Terima kasih juga untuk signature mahal itu. Till we meet again, insya-Allah. :)
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM
This is such a fun read, almost Cinderella-ish kind of story with Rex as the prince charming. I kinda wish yang watak Maylea is a bit stronger tapi pada masa yang sama, N rasa N faham kenapa dia boleh jadi begitu rapuh. After years of hanya bergantung pada one person and one day that person is no longer in your life and curang depan mata, to get back on your feet is no easy thing.
N habiskan novel ni one seating (seriously!) and a part of me macam tak puas. Why can't be it be just a liiiiiiittle bit longer??
Watak Amanda memang stok mintak kena lempang dengan kaki. I cannot believe that she got away with what she did to Rex. Hello, boleh melayang nyawa kut....
PS: I may be wrong but N rasa penulis ni create watak Amanda untuk menyindir seorang artis yang kononnya 'extend masjid' and suka buat muka itik dalam gambar. Watak mereka sebijik sama!
Maylea tidak pernah menjangka, perkahwinan atas dasar cinta sama cinta selama 3 tahun dikhianati sebegitu. Sudahlah dimadukan, diceriakan Aariz, malah dihalau sehelai sepinggang dari rumah. Terpaksa, Maylea bekerja sebagai kru penggambaran dan menumpang teduh di surau. Sehinggalah bertemu Rex Zulkarnaen, pelakon hot Malaysia yang terus mengambil Maylea bekerja dengannya.
Rasanya, bace blurb belakang buku da tau keseluruhan cerita. Da boleh agak jalan cerita sampai abis, sebab nipis sangat buku ni!
Tapi, pendek pun ringkas dan padat. Rasa laju je baca. Sekali baca macam kes yang viral baru2 ni, tapi diolah sedikit fairytale. Kesian dengan nasib Maylea, muda2 da kena cerai. Rex memang hero pelindung paling sweet romantik hensem la kire nya yang menyelamatkan Maylea.
Santai je, banyak jugak realiti hidup artis dalam ni macam buku #maharani KS yang pasal artis jugak tu..
Sayangnya, ending seakan tergesa2 dan balasan tuk Amanda tu camtu je.. kalau tambah lagi sampai 350+ saya rasa lagi menarik garapan dalam buku ni.
Bukan tak best, cukup padat da tapi saya tak puas.. secara keseluruhan, saya suka buku ni.
Best. Memang bukan buku RH la kalau tak best. Haha. .
Bagi aku, isu dalam buku ni quite simple. Maylea seorang janda selepas diceraikan oleh suaminya yang curang. Dahlah Maylea ni seorang isteri yang 100% percayakan suaminya. Bila diceraikan, dia dibuang sehelai sepinggang. .
Rex pulak ialah pelakon terkenal. Tapi Maylea tak kenal Rex ni. So, itu yang buatkan Rex tersuka tanpa sengaja kat Maylea ni. Dahlah, Maylea pandai masak tanpa menggunakan bawang dalam masakannya. .
Tapi, bagi aku, endingnya agak tergesa-gesa. Bagi aku, buku ni habis macam tu je. Aariz dan Amanda pun takde pembalasan yang dramatik untuk dorang.
Di awal bab pun dah buat kita rasa sedih dengan apa yang berlaku kepada Maylea. Rasa nak carut je. Sadis dan sangat kejam bila diperlakukan sebegitu. Bibit-bibit perkenalan diantara Rex dan Maylea akhirnya memberikan jalan keluar buat Maylea menemui kebahagiaan yang sebenar.
NOVEL : Sehingga Kita Bertemu PENULIS : Rose Harissa
Selesai saja membaca naskhah ini, terasa seperti ada yang kurang. Oh, novel ni nipis sangat. Itulah yang kurangnya. Hahaha... Sebab dah terbiasa novel nukilan RH agak tebal.
Berkisar mengenai watak pelakon filem pujaan ramai dan watak 'janda' yang biasa sahaja. Rex dan Maylea bertemu mata tanpa diduga. Namun, kerana satu peristiwa, perlahan-lahan rasa cinta itu muncul dari dalam hati Rex buat Maylea. Namun, tanpa disangka muncul Amanda, isteri bekas suami Maylea menghuru-harakan keadaan. Jadinya, di manakah titik akhir kisah cinta mereka?
Watak antagonis nukilan RH kali ini saya kira lebih menyebalkan. Eh rasanya semuanya memang menyebalkan. Hahaha... Walaupun jalan ceritanya pendek, namun jahatnya Amanda terasa macam membaca novel tebal. Gitu. Novel ini saya kira tidak sesuai untuk bacaan bawah 18 ye kerana ada ayat-ayat untuk kita-kita yang dewasa je sesuai. 😂😂😂
Sesiapa yang baca karya Che Rose mesti akan teringat kisah hangat artis 'itu', tak banyak, sikit pun terkesan juga.
Bab pertama tu, KakChik dah terlambung-lambung dah dengan rasa bahagia Maylea-Aariz. Dan-dan tu juga tekad nak grab cita-cita jadi surirumah sepenuh masa. Ngeeeee. Tapi belum habis bab pertama dah bermula konflik. Tak sempat nak narik nafas. Kena kontrol amarah.
Sejujurnya baca SKB ini, santai-santai je walaupun rasa nak kakikan laki bini Amanda-Aariz tu sangat tinggi. Rasa tak hantuk-hantuk ke dinding pun ada juga. Dah kenapaaaaaaaaa korang buat tayang pra-jimak tu depan bekas madu/isteri. Macam tak ada otak. Tapi boleh pulak tempelak Maylea bila Rex tayang ciuman depan diorang. Aishhhhhhh...
Suka karektor Rex Zulkarnaen sebab ada kekuatan tersendiri. Walaupun terkenal dan digilai, dia tetap mencari kesederhanaan dalam kehidupan luar skrin. Sekali ada wanita yang tak kenal dia, memang terus melekat haaaa. Cara dia handle konflik dengan Amanda juga nampak matang, walaupun ada sesetengah benda dia ambil mudah. Kenangan buruk tu dia cuba buang dan cuba bina rasa bahagia yang baharu.
Adoiiiii, paling kesian watak Maylea. Punah ranah harapan untuk hidup bahagia dengan suami yang lamar dia ketika zaman universiti. Sanggup berkurung dalam rumah demi suami. Sanggup terputus hubungan dengan orang luar demi suami. Kepercayaan 100% terhadap suami itulah senjata kemusnahan dia. Bukan mudah dia nak bangkit kalau tak jumpa Rex. Nasib ketemu bahagia.
Dan, KakChik kecewa sebab rasa penamatnya terlalu cepat. Nak tahuuuuuuu apa jadi dengan Amanda lepas kena tabuh dengan Aaris tu. Tak puas baca kalau tak tahu balasan si perempuan bertalam-talam mukanya tu.
P/S: Walaupun KakChik terlepas sesi 'M' dengan GengBonet, tetap juga nak taip panjang-panjang. :)
First of All..... SAYA SUKA KELLY.... sebab dia telus.... cam setengah2 orang. Ehem.
Aaaaaa kali ni punya cerita.... saya stress veeerrryyyyyy minimum.... Cam first time ever kot baca buku RH, ai fefeeling cenggini.
Simple story bout betrayal. Karma. Happy ending. Ai like....
Btw AMANDA - belajar belajarrrrrrrr la bersyukur ya... Dah dapat satu tu TRY LA TO REMAIN FAITHFUL kan... tak yah lah asyik keje nak menyapu laki orang je...
Simple story. Simple ending. Simple life. Life is good.
saya mungkin akan bagi 5 bintang kalau amanda kena panah petir. hahaa. dah kenapaaa weii perangai amanda tu macam gituu.. serius suka sangat olahan kak Rose. =) dan kisah ni memang mengingatkan tentang kisah yang pernah menggemparkan Malaysia satu ketika dahulu. hope the real maylea pun akan dapat orang yang sayangkan dia macam trex sayangkan dia.
Cik Bimbo merampas suami orang. Di luar dan dalam set pun dia berlakon. Amanda sebenarnya janda anak satu. Dia mmg pandai menggoda sebab tu Aariz jatuh ke tangan dia.
Awal penceritaannya, saya ingat Maylea ni benar2 hodoh compared to Amanda..rupanya hanya kerana rambut kerinting je. Saya juga ingat Maylea is less educated sebab gambaran yg diberi author as if Maylea ni Pak Turut. Suri rumahtangga with no vision. Haish...telahan yg amat shallow minded I would say.
I can’t stop reading! Rose Harissa is my favourite author since forever!
Selalu suka baca bahasa melayu yang aras tinggi digunakan oleh kak Rose Harissa. Sometimes rasa byk juga perkataan baru yg boleh belajar dari novel2 RH. Tak jemu membaca. Sepetang dh habis baca tanpa skip walau satu perkataan.
Keep it up RH. You are the best. Akan tunggu karya2 RH yang terbaru 🌹
Best! Short,fast moving and straight to the point. Sekali hadap terus habis.Cuma tak berapa puas hati dengan ending sebab macam rushing. Rasa macam drama tu tak habis lagi tapi dah takde sambungan. Prefer dipanjangkan lagi kisah after nikah Rex-Maylea.
Satu lagi agak terganggu dengan typo yang obvious dan perkataan yang saya taktau pun apa maksudnya. Ayal?Riza?
Ermm belinya sejak PBKL tetapi asal nk bc je mesti letak balik sbb tak mampu rasanya membaca kisah Maylea, Amanda dan Aariz. Tambahan pula masa tu tgh hangat ttg kontroversi rumahtangga artis yg sendu itu. Jadi secara tak langsung ianya penyumbang kpd 'simpanan peti khazanah negara'.
Selepas kontroversi itu reda, baru semangat membaca tu dtg kembali. And yesss, tak sia2 buku itu dipendingkan😅. Salute dgn writter kerana penceritaan lebih padat dan straight to the point. Cuma part ending sgt lah saya tak berpuas hati. Sbb cenonet sgt. Tak puas nak baca part Lea dan Rex after nikah. Dan yg plg geram, apsal la tak ada pembalasan yg setimpal dgn sikap iblis Amanda Aariz tu. Aishh
Utk Amanda, apsal la perangai awak tu jalang sgt. Sbb perangai awak mcm ni la, ramai janda dan balu di luar sana sering dipandang serong dan hina.
Utk Aariz pula, apa yg awak cari dlm hidup berumahtangga sebenarnya? Sex dan kepuasan semata? Bagaimana dgn tanggungjawab dan kebahagian lain yg awak cuba nafikan? Tu lah, ada isteri yg hampir sempurna tetapi nafsu yg satu itu juga yg awak tegakkan. Ishh cannot brain!
And for the both of you, Lea dan Rex. Anda mmg couple yg sgt complete each other. Saling cinta, sayang dan melindungi tanpa sebarang syarat. Mereka menerima apa yg berlaku dan tidak mahu menoleh apa yg berlaku sebelumnya. YA!!! Salah satu cara utk mengecap kebahagian adalah memberi peluang pd diri msg2 utk mencipta bahagia di masa hadapan.
Apa yg pasti, Sehingga Kita Bertemu mmg best!!! Mmg tak rugi memilikinya👍
Penceritaan best tapi sikit je part romantik antara Maylea dgn Rex. Tak puas hati okayy 😤🤣 and baru tahu ada orang alergik dgn bawang. Kesiannya lahai kat Rex 🥹
Best.... Best.... Best.... I just love everything about this novel... Ada vibe korea ckit... Tp i suka... Maylea yg polos diceraikan suami gara2 gilakan Amanda yg psiko dan perampas suami org.... Bertemu Rex Zulkarnaen yg baik dan amat melindungi... They were made for each other.... Last sekali... Of cozlah happy ending... Hehhe... Tahniah penulis...
Tak puas baca. Tup2 habis. Rasanya Kak Rose kena buat sambungan lagi untuk kisah Maylea dan Rex ni. Satu lagi nak cakap, rasa nak bagi penampor kat Amanda tu. Perempuan tak tahu malu. Nasib ada Rex penyelamat Maylea.
Done naskah dari penulis berbakat yang aku kagumi.
Maylea isteri yang cuma ada suami dalam hidupnya. Seluruh hidup diberikan kepada suaminya yang tercinta. Tapi sayang...suami yang disayangi menduakan dirinya dalam diam. Maylea terduduk kecewa. Tertanya pada hati apa yang kurang dari dirinya sebagai isteri?
Rex zulkarnaen. Artis popular yang punya kisah hitam tersendiri. Bangkit dan cuba berubah untuk jadi manusia yang baik. Bertemu Maylea dan menolong perempuan itu atas dasar kemanusiaan. Tapi lama kelamaan rasa itu mula bertukar.
Dalam tak sedar, lingkungan hidup rex, maylea, bekas suami dan madu ada kaitan. Apa kaitan tu kena lah baca. 😁😁.
Baca novel ni, barulah aku dapat tau tentang dunia artis yang sebenar. Ada banyak pengajaran yang boleh diambil. Antaranya artis pun manusia, dan punya hati dan perasaan sama macam kita orang biasa. Mereka pun nak jalani kehidupan normal macam kita. Boleh kemana2 tanpa ada yang serbu ,minta sign ambil gambar. Bila tak dilayan cepat saja netizen hentam cakap sombong lah. Kekwat. 😅😅 lepastu apa yang diaorang buat bukan semua peminat suka. Ada yang kecam . Pokok pangkalnya kena hati kental.
Maylea sebagai isteri yang teraniaya. Bila baca kisah maylea ni, automatik kepala teringat kisah artis yang dulu kata nak tumpang bina masjid tu. 😂😂 kisah maylea ni lebih kurang kisah tu. Isteri yang dimadukan tanpa pengetahuan. Sadis.. Mujur ada Trex. Eh2. 😍😍
Tahniah kak rose harissa. Buku akak memang something. Bukan kosong semata. Lepas ni nak ngadap buku hat tebal tu pula. Harap jiwaku kuat. 😊😊
Kesian Maylea dpt laki sampah nama Aariz! Sesia taat setia yg dibls curang si suami senteng akal!..Aariz bengong ni memilih si janda Amanda dan menjandakan Ammara, si isteri...ohooo sungguh rasa nk terajang aje si Aariz ni!
Bangun dr sakit hati, Maylea bertemu Trex. Menjd pembantu artis terkenal yg Maylea tk kenal pun..hehehe
Menjaga mkn Trex yg alergik pd bwg bkn susah pd Ammara! Tapi dlm berhati² dia teraniaya juga!
Akhir utk si penganiya mmg patut dipadan muka! Wlu patut bg lg lebih tp okeylah dr tk dpt apa! Huhu...
Selamat berbahagia Ammara dan Trex! Opppssss..🤭
This entire review has been hidden because of spoilers.
This is a leisure read, I must say. Conflict ringan tapi masih menyakitkan hati. I pun bukan jenis yang suka conflict bebelit sangat so I suka baca cerita ni. And I could really imagine Rex sebagai artis sebab nampak macam real. and with all the membawang comment. hahaha funny!