Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bagaimana pula jika terlebih kenal hingga hilang rasa cinta?
“Maaf. Saya memilih untuk tinggal di hati yang lain.” Haura Ameena.
“Saya mencintai awak sepenuh hati, tapi awak sekadar menyintai saya separuh hati?” Ariq Zafri.
Haura yang degil. Haura yang ego. Tapi kenapa masih Haura yang bertahta dalam hati Ariq? Demi menyelamatkan Haura dari lelaki seperti Muaz, Ariq merancang sesuatu.
“You kahwin je dengan Ariq. Buat dia terseksa. Bila dah tak tahan, mesti dia akan ceraikan you.” - Muaz.
Bermacam masalah dilakukan Haura untuk menjentik kemarahan Ariq setelah mereka berkahwin. Namun kesabaran Ariq bagai tiada batasnya. Sehinggalah sesuatu terjadi membuatkan Ariq mengalah.
“Tolong bahagiakan saya walaupun secara berpura-pura. Saya tak mintak lama, sebulan je. Bahagiakan saya walaupun ianya cuma satu lakonan.” - Ariq Zafri.
Maka, bermulalah kisah kebahagiaan rumahtangga mereka. Masalahnya, benarkah semua itu hanya satu lakonan atau Haura akan sedar bahawa sisa cintanya pada Ariq masih belum terpadam? Bagaimana pula dengan Muaz? Adakah lelaki itu akan tinggal diam dan membenarkan Haura bahagia?
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.
Watak jahat dlm ni sepatutnya suffer seperti pesakit yg kena tripple effect from this pandemic. Yg dah mmg sakit, berjangkit pula dengan wabak then lastly, ekonomi dia jatuh merundum. Haishh..hitam sungguh hati ni. Whatever it is, sahabat handai di Goodreads, semoga kita semua dilindungi Allah swt dari ujian akhir zaman, senantiasa berada di dlm keadaan sihat dan kecukupan dari segala segi. Aamiin.
_________*****_________
Novel yg agak menyakitkan hati disebabkan Haura, ada salvation di akhir story. Kacang lupakan kulit, lupa daratan, whatever u want to call Haura, kejamlah dia. Hanya terhadap Ariq sahaja. Hati berpaling tadah. Tapi bila dia jatuh, rasa macam sedih pulak.
Ariq and Nisa mmg watak paling awesome. Boleh bersabar mempunyai isteri seperti Haura. Sungguhlah saya takde kesabaran sebagaimana Ariq bersabar. Nisa pula sahabat yg baik dan observant. Betullah kata Nisa, Haura terpelajar tapi buta. Dia lebih kenal Ariq lama, tapi kenapa memilih untuk mempercayai Muaz dan Riana? Jika saya dah lama dah, hai..hai..bye..bye.
Saya tak suka Damia. Adoi, suami org tu. Bahagia ke tidak, cinta ke tidak, bukan masalah dia. Muaz dan Rania pula jahat dia gitu2 je. Kelabu mata. Last2 menjerat diri. Damia..kalau nak buat jahat tu buat sendirilah. Ada keinginan nak buat jahat tapi takde guts nak buat sendiri. Mendapatlah.
Endingnya ada part sedih. Kehilangan. Happy pun tak berapa nak happy. Sederhana sahaja. Banyak nasihat dalam ni. Ezza Mysara dah macam ustazah beri ceramah secara tak langsung. 🤣🤣🤣 Kekadang kita terlupa atau tak berapa nak sedar tingkah kita bagaimana, bila membaca automatic teringat pula sikap kita yg tak semenggah. Alhamdulillah. Terima kasih untuk itu.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Wow. I don't remember when was the last time N sangat bencikan satu watak as much as I hated Haura. Rasanya kalau Haura ni benar-benar wujud, dah lama kena buang dalam gaung.
Pengolahan cerita memang superb, as expected from Ezza Mysara. I would be shocked if I didn't like it. But, kesabaran yang tinggi sememangnya diseru semasa membaca Luluh. I cannot help but samakan watak Haura dengan watak si Tanggang, walaupun yang berjasa pada Haura bukanlah seorang ibu macam dalam cerita Tanggang.
Persamaan itu was so uncanny sampaikan setiap kali Haura biadab dengan Ariq, N macam mendoakan Haura ni biar kena sambar dengan petir sampai jadik batu.
Author? Berdasarkan novel2 sebelum ini, not bad. Check.
Plot? Hmm.... Watak? Hmm....
1. Ariq - either nak jerit pada telinga dia or give bear hug. Eh tak boleh hug. Haram. You said you want to bring Haura back to jalan yang benar. How? By married her? By letting her being a rude wife? Memang tiada istilah suami dayus dalam Islam, Ariq. Tetapi tanggungjawab suami bukan semata2 beri nasihat. Kalau isteri patuh, syukur. Kalau tidak, setidak2nya aku dah beri nasihat. It's not just that simple. Sayang tidak bermaksud biarkan. I'm just talking about your sipi2 responsibilities tau.
2. Haura - Nama yang cantik, sayangnya nama hanya sekadar nama. Belajar tinggi, tapi sayang, bodoh ditipu anak ikan datin2. Mungkin (husnozon sedikit), Haura alpa seketika. Syukur dia kembali di akhir jalan.
3. Cik Damia - yuni dah agak dia yang bersengkokol dengan Muaz. Hahahaha cuma tak puas hati. Jahat dia tak real lah. Setakat upah orang. Yek eleh. Buat jahat tu, cuba all out sedikit.
4. Dah nama pun fiction, kenapa ending macam tu??? Tak puas hati tau. Nisa yang baik jadi mangsa.
5. Yuni tak berapa kenal penyanyi/pelakon zaman sekarang. Yup, Yuni orang zaman tok kaduk. Siapakah lelaki dalam first page untuk setiap new chapter? Mengganggu pandangan mata. Even kalau penulis letak gambar Siti pun, yuni still akan komen benda yang sama. I want to read a story. Not looking at some stranger face.
Haura adalah cinta pertama Ariq. Sejak kedua ibu bapa Haura meninggal, Ariq tekad menjaga Haura dan mereka bertunang ketika Haura baru 18 tahun. Ariq rela tak sambung belajar semata-mata ingin memberi laluan supaya Haura menamatkan pengajian ijazahnya. Namun, setelah Haura mula bekerja, dia semakin berubah dan angkuh. merasakan Ariq tak layak dan tak sepadan dengannya. Sementelah, kehadiran Muaz mengubah hatinya. Atas cadangan Muaz, Haura bersetuju berkahwin dengan Ariq supaya dapat menyiksa perasaan Ariq dan menceraikan Haura.
Ade lagi ke laki sebaik Ariq ni... da la Haura ni lupa daratan, degil, lepas tu kurang ajar lak tu.. sepajang berkahwin sedap je mengarah bukan2 n marah2 .. sakit hati gak la dengan watak Haura ni. Ariq ni baik sangat la pulak, demi cinta kononnya die yakin Haura hanya tersasar jalan dan die tak harus tinggalkan Haura. So, banyk la bersabar dengan Haura.
Cite ni ada thriller sikit, tapi part ujung2 je la.. sikit je. Muaz ni memang jahat pun, playboy n kaki kikis. Dapat agak la dalang yang nak sangat Haura dan Ariq ni bercerai sampai sanggup upah Muaz ni tuj hancurkan hubungan diorang.
Bace sambil dengar lagu #luluh, rasa macam xde kaitan je.. kalau ikut lagu bukan laki tu pergi ke.. sbb dlm lirik ade cakap nak cari sinar baru kan.. ni stay je ngan Haura walau tak mampu memberikan Ariq senyum... hahhaha.. pendapat peribadi je.
Overall, saya ok je dengan buku ni, cuma sakit hati dengan Haura dan kesian Ariq je. Tapi, bila da hujung2 tu faham jugaklah betapa Ariq tu memang sangat2 cintakan Haura.
penulis cantik Ezza Mysara ni kalau mengolah cerita memang cukup segala rempah ratus. bagi akak penulis ini salah seorang penulis yang sangat bijak mengadun setiap emosi dengan bait-bait ayat yang dibina. sepanjang pembacaan memang mengalir setiap rasa dalam jiwa.
perjalanan cinta boleh saja tergelincir. walau dijaga sebaiknya tapi itu adalah sifat manusia yang sangat tidak sempurna. haura. dia bagai lupa segala jasa dan kebaikan ariq. lelaki itulah yang menjaga setiap kebajikan dirinya.
bila dah berjaya dan menjawat jawatan hebat, haura mula jijik dengan ariq yang bagi dia tak punya apa. dia mula rapat dengan muaz.
tapi ariq bijak. dia tuntut kembali apa yang pernah diberi kepada haura. terduduk haura mendengar nilai yang perlu dibayar.
ringkasnya mereka berkahwin dan haura bermati-matian cuba mencari jalan supaya ariq menceraikannya.
manusia yang bersalah, jangan terus pandang pada buruknya. fikirkan kebaikan yang pernah ada. kata-kata ariq ini memang biasa kita dengar tapi nak menyabarkan hati untuk mendidik manusia yang lupa ni memang payah. sabar je yang perlu. itulah yang ariq buat.
ikatan keluarga ariq memang rapat. adiknya, amran memang sangat sakit hati bila melihat haura mempermainkan cinta abangnya. mak ariq, puan hayati sangat menyayangi haura dan sentiasa memaafkan dan menjaga hati haura walau sebenar dia tahu kemelut mereka berdua.
cinta itu indah
dugaan juga punya indah yang tersembunyi
manusia yang sanggup mencari indah dugaan akan sangat menghargai indah cinta
Haura Ameena, percayalah doaku tetap akan menampung namamu sampai bila-bila. - Ariq Zafri
Ariq Zafri, terima kasih kerana tetap ada di saat aku kehilangan diriku. Terima kasih kerana masih di sini saat hatiku telah di sana. - Haura Ameena
Tak perlu nak dipertikaikan lagi kalau seorang Ezza Mysara yang menulis, tak pernah buat hati ini tak merasa pedih. Perasaan luluh seorang Ariq tu sampai ke hatiku. Dengan nak menghadap perangai Haura lagi. Nak ketatkan rasa sabar dlm hati. Dan aku masih berfikir, wujud lagi ke lelaki macam Ariq? Walau begitu banyak tekanan yang diterima daripada perangai Haura tu, dia tetap terus bertahan. Kenapa baik sangat Ariq? Whyyyyy?
Haura pun memang mula2 nak mintak kena penampar betul. Terlalu ikut kata hati dan termakan dengan olah yang dibuat Muaz dan Riana. Dan dah boleh agak orang yang upah Muaz tu adalah orang yang rapat dengan Ariq. Ingat ikhlas buat baik tapi baik dia tu ada makna. Akhirnya, Haura sedar juga kasih sayang Ariq tak berkurang untuk dia. Tapi sayang, dia diuji pula dengan sesuatu yang begitu berharga bagi seorang wanita. Tapi still Ariq tak akan berganjak dan akan terus bersamanya tika susah dan senang.
Tak lupa juga buat sahabat yang baik macam Nisa. Selalu bagi nasihat dan menjadi pelindung kepada Haura. Pengakhiran Nisa menyedihkan. 😭Tapi betullah Allah turunkan ujian untuk hamba-Nya setimpal dengan kemampuan hamba itu sendiri. Dan bahagia itu bukan terletak pada harta benda tapi bahagia itu akan wujud kalau kita bersyukur dengan apa yang kita miliki dan sentiasa reda dengan ketentuan-Nya.
If you love to read a Malay novel, this is another good grab for your collection.. that y orang cakap jgn benci sgt org.. sebab Haura versi dah taubat bukan biasa biasa...quite hard jugak ujian utk Haura tp syarat nak masuk syurga kena ada ujian, sebab itu syurga bukan percuma.. ok must buy n read! recomended sebab cover khai bahar hehe
. . . . . . . . . . p/s: Nak lepaskan naskah ini dengan harga RM25. Harga sudah termasuk poslaju untuk Semenanjung. Kondisi tip top. Baca sekali sahaja. Jika berminat, boleh la hantar mesej. Terima kasih.
Siapa nama female lead? Haura ke Naura? Arrggh cepatnya F lupa. Nak cakap satu je.. korang baca ni memang menyirap watak Aura (janji ada bunyi² jadilah.. malas nal tengok synopsis)
Betul cakap Nisa, Aura ni terpelajar tapi bodoh takleh dibawa bincang. Kita yang reader ni pun tahu Muaz tu redflag.
Ariq yang baik tu pun Aura pandang sinis. Eeee dahlah dia taja study Aura sampai Aura kerja.. expenses semua Ariq yang tanggung. Tu pun tak nampak keikhlasan hati Ariq.
Si Damia ni apa la bengap.. ko dah la anak orang kaya.. takleh cari anak² dato yang sama level ke? Suami orang jugak ko nak kacau. Pastu kalau Ariq maafkan dia.. kena terima suapan dari Damia. Eeee meluat F
Ending.. banyak yang Aura kehilangan. Kesian jugak. F bangga dia marah² kat Ariq tapi kasihsayang terhadap mak Ariq sangat ikhlas dan tulus.
Ps : see nama ML pun silap.. dari Ariq ke Arif 😅 maafkanlah F
Jujurnya saya beli buku ni sebab saya fans KB. Excited betul waktu nak dapatkan buku ni sebab minat sangat lagu LULUH padahal bukan minat sangat baca novel. Masa baca buku ni pun pasang lagu luluh untuk dapatkan feel. tapi saya dah mula jatuh cinta dengan cara penceritaan writer ni. bukan ada cinta semata-mata. banyak nasihat dan teguran untuk sedarkan kita.
cuma bagi saya ending cerita ni sedikit tergesa-gesa sebab macam tak puas je nak baca. sedar2 dah habis. tapi nanti nak cuba cari buku penulis yang lain. tahniah buat penulis.
seperti biasa karya kak Ezza tak pernah tak kena dengan selera saya. watak ariq memang mengajar kita untuk ikut bersabar macam dia. dia ni macam satu dalam sejuta. dan dipertemukan pula dengan watak haura yang nauzubilahminzalik perangainya. tapi watak haura ni buat kita buka mata. jangan jadi macam dia. jangan ikut perangai dia. dan macam biasa cerita kak ezza akan banyak tazkirah dan kisah2 teladan. rasanya jarang baca heroin jahat kan tapi haura memang bertuah sebab dikelilingi dengan suami, kawan dan mertua yang baik. beruntung tapi lupa nak bersyukur.
betul kata orang. setiap kurniaan tuhan bersesuaian dengan apa yang ada dalam hidup. macam wujudnya ariq untuk melengkapi haura. dan haura bukan jahat sangat dia cuma tergelincir dari landasan. dan di hujung cerita, haura pun dapat habuannya sendiri. cuma kesian kat nisa. teruskan menulis kak Ezza!
Finished this in a day, or perhaps in a few hours. I learned so many great things from this book, thanks to the author. To have someone like Ariq is a huge blessing. Truly indeed, we need more guys like him in our community.
And to have Haura as one of the main characters represents that how a person can make mistakes and it's normal, since no one's perfect. I love how she finally realised everything and became a whole new person. A great one, Alhamdulillah. I love characters like that. They somehow motivate others to be better, and learn from their terrible mistakes.
By reading this book, I learn so much about Islam. I learn more about becoming a great Muslim. I learn more about how important it is to focus on striving towards Jannah. I learn to remember that Allah SWT is always there. He'll always be there.
Tbh, this is my first Ezza's novel, and I love it a lot. I decided to get this because of Khai Bahar (might be obvious haha), but maybe after this I'll be reading more novels from this author.
Watak; Ariq - Hero greenflag. Suka bagi nasihat, semangat. Soft spoken. Penyayang. Sangat penyabar. Jujur dan rajin bekerja.
Haura : Memula redflag jugak la sebab layan kat Ariq mcm tu. Ego, lupa daratan. Curang. Part dia torture Ariq tu mmg geram je rasa.
Review ;
Tbh, novel ni memula buat aku turn of nak sudahkan baca sebab Haura dlm ni agak melampau. Dia layan Ariq mcm sampah he. Dah la curang lepas tu Hina Ariq pulak tu. Padahal Ariq yang tanggung dia selama ni. Jahat sangat la isteri macam tu. Dia tak hormat suami dia, dia cakap kasar smpai main baling baling je kunci kereta. Aaaa geram rasa nak lepuk je kepala dia tu.
Sumpah suka betul dengan watak Ariq dalam ni. Haura buat la apa pon kat dia, dia tetap sabar je. Dia ni macam perfect guy jugak la. Baik, sangat menjaga (tak pernah ambil kesempatan kat Haura) dan paling penting dia sangat setia. Anak boss nak ngorat pun dia buat taktau je. Wei nak Ariq ikat tepi satu 🤭
Dalam novel ni banyak sangat word yang memberi semngat. Yang berunsur nasihat. Which is aku suka la novel macam ni. Cuma ku rasa dia punya konflik tu macam biasa je tak berat sangat. Part nak membunuh pun 1-2 page je macam ala sekejapnya. Tak payah bergelut apa apa sangat tibe dah mati pulak. So situ macam kureng sikit.
Masa baca buku ni, aku sampai nak stop kejap nak baca novel lain sebab macam slow sikit jalan cerita dia. Part Haura marah laki dia pon ada, tapi tak banyak. So rasa macam kurang menyengat kat situ. Ku macam harapkan lebih lagi nak setaraf dnegan tajuk novel ni luluh kan, so aku macam harap lebib la utk novel ni. Tapi entahlaa aku tak nangis pon. Maybe aku la yg bersalah dlm hal ni.
Sekian sahaja untuk review Kali ni. Thanks sudi baca.
Terima kasih. Untuk? Bertahan untuk segala sakit demi kebahagiaan sekarang.
Done luluh karya penulis kecil molek ezza mysara. Baca novel ni buatkan darah aku turun naik. 😂 sebab geramkan dengan sikap heroin. Hahha.
Luluh mengisahkan tentang ariq dan haura yang ditunangkan selepas haura menjadi yatim piatu. Mulianya hati hati sanggup korbankan zaman remajanya bekerja demi membantu dn menyara hidup haura di menara gading.
Tapi yang namanya manusia itu memang mudah sangat lupa. 😅😅 haura yang punya kerjaya yang Bagus mula berpaling hati. Dia mula jatuh cinta dengan muaz. Hinggakan dia sanggup meminta pertunangan antara dia dan ariq putus. Yang dia tak tahu otak ariq tu bergeliga. Ariq berjaya jerat haura untuk berkahwin dengannya. 😁
Lepas dah berkahwin bermacam cara si haura ni buat untuk sakitkan hati ariq. Untuk bagi ariq marah. Tapi sayang, jiwa ariq kental dan penuh dengan sabar. 😂😂 sampai ngekek aku gelak. Last nya haura sendiri yang marah. Haha.. Dah macam cerita tiga Abdul.
Dapatkan buku ni. Berbaloi. Ada banyak pengajaran yang aku dapat dalam buku ni. Tahniah ezza. Untuk tahu apa kesudahan kena beli novel luluh ni. 😘😘
Bayangkan 6 tahun bertunang tiba-tiba minta putus sebab ada orang baru. Tapi kalini bukan yang ML buat hal tapi FL.
Seriously, kita dah lama tak baca novel FL yang jahat. Haura ni memang jenis yang tak sedar diri betul! Dah la curang, kurang ajar pulak tu. Tapi jahat dia dekat Ariq pun dia ada sisi ‘lama’ lagi.
Ariq ni memang boyfriend & husband material. Susah nak jumpa dah sekarang (mungkin). Dia sanggup ya tak sambung belajar & buat dua kerja demi nak sara Haura belajar. Bukan setakat belajar dah macam-macam Ariq ni buat, sayang punya pasal.
Konflik antara Haura & Ariq ni memang menarik. Dia macam terbalik dari cerita yang biasa kita baca. Watak Haura yang jahat berjaya buat kita sakit hati. Nasib baik ada character development yang best & tak terburu-buru. Watak antagonis takyah pun takpe. Sebab Haura sendiri dah jadi ‘villian’ dalam cerita sendiri.
Watak lain? Memang kita lurve. Cuma kita nyo 50% ‘judge book by its cover’. Cover tak menarik buatkan mood membaca tu lambat sampai. Sebab tu lama kena sidai. Tak pasal-pasal kita duk bayang Ariq tu Khai Bahar🤣
Hmm, lama tak baca (tak terjumpa sebenarnya!) karya penulis prolifik nih...
Cerita kali nih bercorak drama 'separuh-berat' yang katanya diilhamkan dari sebuah(? - betulke penjodoh bilangan nih?) lagu, ada unsur2 kekeluargaan, pengorbanan, kesetiaan etc. yang diolah dengan lancar lagi mudah hadam (standardlaa, penulis 'veteran' kut...)
Pastu (yang aku nak highlight) banyak ayat2 best - ni penting pasal aku jarang nak undur balik lepas baca sesuatu perenggan, tapi Ezza Mysara buat aku lebih 'berhati2' haha
Watak2 pun okey jugak - walaupun heroin memang sure banyak kena seranah dengan pembaca kat awal2 cerita, heheh - cuma watak2 antagonis ada sikit kureng, ending pun macam rushed jadi tak terasa suspen dan climactic sangat
3.8★★★ buku ni kena baca sekali harung xleh tangguh kalau x sakit hati dengan sikap kaum sendiri yg mudah lupa daratan. pengajaran untuk semua manusia, jgn sombong dan sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada. kita berjaya bukan sbb diri kita sahaja tapi sbb doa org2 di sekeliling yg x putus2 😊😊
First time baca buku by penulis ezza mysara itupon buku pinjam kawan punya tapi tak sangka best sebab susahlah nak jumpa cerita kenyataan macam ni dan sebenarnya buku tu dah pulang tapi bila download je apps goodreads ni ternampak nama ezza mysara terus macam deja vu. Insyaallah ada rezeki kita baca buku yang lain
Review buku: Watak perempuan yang lain daripada yang lain