Jump to ratings and reviews
Rate this book

Paradoks: Pabila Hang Tuah Berseluar Jeans...

Rate this book
Pabila Hang Tuah berseluar jeans...

Ketika sedang memikirkan satu permasalahan, Hang Tuah terhantuk dahan pokok dan jatuh pengsan. Kejadian pelik berlaku apabila pendekar itu disedut ke dalam lohong masa dan tercampak ke zaman moden abad ke-21. Dia hilang ingatan.

Munirah dan seorang guru Sejarah membantu memulihkan ingatan Hang Tuah dan berusaha untuk memulangkan pendekar itu ke zaman asalnya. Malangnya lohong masa itu sudah berubah tempat.

Bolehkah Keris Taming Sari berfungsi sebagai aplikasi GPS untuk menunjukkan lokasi baharu lohong masa itu?

Apakah sejarah Hang Tuah akan berubah disebabkan kejadian paradoks ini?

153 pages, Paperback

First published April 1, 2018

18 people want to read

About the author

Maya Iris

12 books80 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (40%)
4 stars
10 (50%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
May 2, 2018
HIGHLY RECOMMENDED!! sejarah meleret-leret ya? haa... kali ini bukan meleret tapi sangat diharapkan ada lagi buku seperti ini. dalam pada fiction, ada kisah sejarah yang terselit sepanjang penceritaan.

ya, kisah time travel. hang tuah terhantuk pada dahan lalu membawanya ke zaman kini. ingatannya hilang sama sekali. munirah yang bekerja di muzium itu membawanya pulang.

puan penulis Maya Iris tidak langsung membawa pembaca pada kisah yang sangat luar alam. kisah sangat ringkas kalau nak diikutkan. bapa munirah, cikgu ishak banyak membantu hang tuah dalam mengingat kembali kisah-kisah sejarah lampau, yakni kisah waktu kehidupan zaman hang tuah. hang tuah mula ingat sedikit demi sedikit.

fast move. mampu memakukan pembaca hingga ke helaian terakhir. puan penulis langsung tak bazirkan masa bercerita. memang kalau nak komplen nipis tu boleh je. tapi selaju mana hang tuah mencari lohong masa untuk kembali ke zamannya, selaju itulah pembaca faham yang setakat itu saja kisahnya. dan sangat logik sebab yang digunakan kenapa hang tuah masuk dunia kini. kenapa? korangkan ramai tak suka hang tuah meraban je patuh pada perintah sultan? haa.. inilah masanya melihat hang tuah bangkit dengan cara yang paling halus..

ehh... dahla. puan penulis dah bagi cukup dah. lagipun puan penulis kata buku remaja tapi sangat disarankan pembacaan buat semua. yang berkuasa jangan salah guna kuasa. yang diperintah perlu juga guna akal untuk ikut perintah. apa lagi nak dikata...
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
September 13, 2018
Sebuah kisah time travel yang sangat istimewa kerana membabitkan pahlawan terbilang Melayu, iaitu Hang Tuah. :)

Hang Tuah pengsan selepas terhantuk pada dahan pokok, lalu disedut masuk ke dalam lohong masa dan tercampak ke zaman moden. Namun ingatannya hilang sama sekali, menyebabkan Munirah dan bapanya, Cikgu Ishak yang merupakan guru Sejarah berusaha untuk membantu memulihkan ingatan Hang Tuah, serta membantu menjejaki lohong masa yang sudah berubah lokasi.

Cerita yang sangat menarik, puan penulis bijak mengadun fakta-fakta sejarah dalam jalan cerita menjadikan buku ini tidak membosankan dan sedap dibaca. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk para remaja malah sesuai juga dibaca oleh semua pembaca pada setiap peringkat umur di ibu pertiwi yang tercinta ini. :)



nota : KOLEKSI SENDIRI
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
October 9, 2019
Kekuatan seorang Maya Iris mmg cerita yg bergenre sebegini. Sangat2 rekomen utk remaja dan pelajar di luar sana untuk membacanya kerana secara tidak langsung mereka tahu akn sejarah yg berlaku. Almaklum la, selalunya subjek sejarah adalah subjek yg kurang popular.

Kak Maya kita mmg pandai mengadun cerita semasa dan juga fakta sejarah dlm suatu penceritaan. Walau time travel belum terbukti kebenarannya, tetapi dlm kehidupan semasa juga byk perkara yg tidak logik yg sering kita hadapi.

Kedatangan Tuah ke abad 21, telah memberi Tuah pengajaran ttg sikapnya yg terlalu setia terhadap raja, tentang bagaimana akrabnya dia dgn 5 hang bersaudara dan yg plg disesalinya adalah pembunuhan ke atas Hang Jebat. Juga diselitkan ttg helah utk membantu Puteri Gunung Ledang agar menolak lamaran Sultan Melaka tanpa pertumpahan darah.

Yang pasti, jika kisah ini dipanjangkan sedikit dan dijadikan novel yg lebih tebal, pasti ianya lebih umphhh. Tapi saya faham, novel ini lebih dikhususkan utk remaja, jadi ianya sudah cukup padat, ringkas dan mudah difahami utk bacaan mereka.

Best!!!! 👍
242 reviews11 followers
November 24, 2020
Highly recommend untuk semua pelajar sekolah.. byk info sejarah yg tak ramai semua org tahu tentang sejarah Melaka dan hang Tuah
Profile Image for NKM.
9 reviews
April 12, 2019
Paradoks. Bagi saya, idea Hang Tuah dibawa merentasi zaman ini sangat menarik. Sejarah Melayu melalui Hikayat Hang Tuah diselit sama sehinggakan mulut pun turut sama berbetuk O bila ada bahagian yang saya tahu seperti kisah 5 bersaudara, pertarungan Tuah dan Jebat dan juga kisah pertempuran Tuah dan Taming Sari turut dihamparkan.

Apabila Tuah begitu teruja dengan kemodenan abad ke-21, cerita semakin menarik tetapi apakan daya tatkala semuanya harus disegerakan penceritaanya apabila bilangan muka surat sangat mencemburui. Jika diolah lebih terperinci, tentu hasilnya lagi menarik. Ini pun sudah menarik.
Tapi sebenarnya bagi saya cerita ini relevan. Jika ada yang diubah oleh Tuah pada masa lalu ketika pulang dari mengunjungi masa depan, sejarah juga akan berubah. Itu tidak boleh berlaku. Mulalah fikiran tertanya-tanya, ‘entah-entah ada aje peristiwa macam ni pernah terjadi.’ Mungkinkah?! Cumanya, kanta pembesar tu sangat masuk akal.

Perasaan ingin tahu tentang di manakah letaknya kedua-dua jambatan perak dan emas milik Puteri Gunung Ledang itu juga buat saya teruja. Keinginan tu terus melonjak saat diceritakan situasi di dalam gua. Hmmm, kalaulah subjek Sejarah di sekolah disampaikan dalam bentuk penceritaan sebegini tentu tak akan bosan.

Kesimpulannya, saya suka dengan karya Kak Maya yang bagi saya karyanya membawa saya keluar dari dunia klise bahan bacaan yang sering saya baca. Terima kasih untuk Paradoks, Kak Maya. Semoga Kak Maya tak berhenti menghasilkan karya-karya yang menarik dan berkualiti.
Author 2 books
May 18, 2018
🌟🌟🌟🌟 4.5 bintang

Mengisahkan Hang Tuah yang 'sesat' ke abad 21. Dari Hang Tuah pahlawan Melayu Melaka kepada Abang Tuah pemuda berseluar jeans yang pandai naik Grab. Walaupun di abad 21 ni Abang Tuah hilang ingatan, tapi bila berhadapan dengan situasi bahaya, keluar segala jurus-jurus yang 'terpendam' maka Abang Tuah yakin yang dia sememangnya Hang Tuah seperti yang dikhabarkan oleh Munirah. Abang Tuah belajar tentang sejarah hidupnya sendiri dan di abad ke-21 ni, Abang Tuah masih taat setia dan gigih memikirkan perkara yang perlu diselesaikan sekembalinya ke zaman Hang Tuah yang sebenar nanti.

Cerita ni saya kira idea yang baik dan sangat sesuai bagi memupuk minat membaca dalam kalangan anak muda. Tapi bukan anak muda je sebenarnya, pembaca yang sukakan bacaan ringan dan sekali-hadap-terus-habis tentu akan sukakan novel ni. Penceritaan yang berkisar tentang Hang Tuah ni sedikit sebanyak boleh menarik minat pembaca untuk menelusuri sejarah dalam bentuk yang tidak membosankan. Seperti Munirah yang singgah ke kedai buku untuk mencari buku sejarah tentang Hang Tuah, saya pun terasa nak menyinggah ke kedai buku juga. Untung-untung bila belek buku Hang Tuah tiba-tiba muncul Abang Tuah 'tersesat' di kedai buku pula. Kali ni takde Munirah, yang ada hanya Suha Fasihah. Haha!
Profile Image for Nadhiah Aida.
516 reviews27 followers
March 7, 2019
Not bad untuk short story ...

Sejarah adalah sejarah .. tak boleh dipadam dan diperbetulkan .. manusia dari generasi sekarang kena belajar dari sejarah untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Setia mana pun dengan pemimpin, hendaklah berpada. Jangan terlalu "taksub" dengan perintah Sultan. Sultan adalah pemimpin dan juga manusia biasa, ada buat salah silap. Ditegur dengan cara hemah, bukan dihina dicaci. Memang setuju dengan kata-kata Munirah aka Nira.

Dan untuk Jebat, membunuh rakyat yang tak bersalah kerana Tuah dikatakan mati atas perintah oleh Sultan. Kenapa rakyat jadi mangsa? Boleh guna cara lain ..

Yang pasti melayu dengan melayu bertelagah amatlah menyedihkan, bangsa asing menjadi penonton dan mengambil kesempatan secara tak langsung. Maka bumi Melaka, tumpas ditangan penjajah. Kemungkinan ada musuh dalam selimut untuk bocor rahsia?

Benda yang sama berlaku dizaman sekarang. Buka mata dengan luas .. segala permasalahan boleh dibicarakan dan dirunding jika niat adalah satu iaitu persefahaman dan bersatu.

Panjang pula review .. haha ..
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
Astonishing April (4)

18/04/18
Paradoks pabila hang tuah berseluar jeans..
Maya Iris
5🌟🌟🌟

naskhah nipis tp ambk masa 3 hari nk abis kn sbb nk hadam betul2 cerita sejarah ni.😁😁😁

Hang Tuah tercampak ke zaman moden,di sebuah muzium yang mmg tersimpan replika diri nya.
malang nya,dia hilang ingatan. tp dilayan dgn baik oleh munirah sekeluarga,gadis penjual tiket muzium.
prngembaraan hang tuah di dunia moden,alahaiii skjp nya..
keris taming sari menjadi gps utk dia pulang ke tpt asal nya.

kisah sejarah yg santai &mudah hadam.k best,zaman sekolah dulu jmpa buku gini..😂😂..pening pala cikgu sejarah bc jwpn periksa..goreng selagi dpt.

slps bc kisah tuah ni..sy rs nk p melaka oii..nk g istana melaka tu.😂😂..
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
August 20, 2022
akak dah baca nakshah ini dalam bentuk buku fizikal tak berapa lama dulu. tajuk asal, paradoks. jadi, bila terbitnya dalam bentuk ebook ni, suka. sebab rasanya akan lebih ramai boleh dapatkan karya yang sangat menarik ini.

asalnya kisah tun mamat dan hang tuah yang tidak tahu mahu beri alasan apa pada sultan bila puteri gunung ledang menolak lamaran sultan. ketika itu hang tuah pun dah tua.

dia masuk dalam lohong masa dan bertemu dengan munirah. munirah yang bekerja di muzium itu pantas bawa hang tuah lari ke rumahnya. hang tuah yang muncul pada zaman kini, hilang ingatan. nama sendiri pun dia tak ingat.

seronok baca perjalanan hidup hang tuah masa kini. kalau ikutkan memang dia alami kejutan sebab cara hidup dan keadaan sekeliling sangat-sangatlah berbeza. yang bagusnya, dia tak melatah, tak bersungut. segala apa yang munirah satu keluarga beritahu, dia serap dan terima.

sedikit demi sedikit memorinya kembali. dan dia tahu kenapa dia tercampak ke masa hadapan. paling best part ni bila puan penulis menerangkan maksud tersirat yang ada pada 7 syarat puteri gunung ledang. ha... menarik sangat. kehidupan masa kini yang hang tuah lihat juga terpalit sebenarnya kehidupan zaman lalu dan juga zaman kini.

suka pendekatan puan penulis yang sememangnya mampu menarik minat pembaca dari kalangan usia muda untuk menikmati kisah sejarah. tak dapat tidak, mesti ada yang akan terfikir apakah kisah hang tuah, kenapa macam ni, kenapa jadi begitu...

tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. tak terjangkau dalam akal fikiran manusia yang digunakan tak sampai pun 10 persen dari kapasiti yang dianugerahkan.

mana tau, sebenarnya ada. segalanya berkemungkinan.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.