Bertemu semula dengan Luqman Ghazi selepas bertahun tidak bersua muka adalah perkara terakhir yang ada dalam fikiran Riana Ali. Tapi nak tak nak, dia kena juga hadap walaupun Ghazi sekarang ini tak berapa nak ‘sama’ dengan Ghazi yang dinikahi dulu.
“Why did we got married in the first place?” - Ghazi “Err… because we were crazy in love with each other?” - Riana
Mereka berkahwin kerana saling cintai-mencintai. Tapi yang Ghazi pelik, kenapa mereka tak macam orang tengah ‘crazy in love’ pun. Selangkah dia mendekat, sepuluh kaki Riana ke belakang!
“Eh! Awak nak buat apa?” - Riana “Lelaki dan perempuan. Suami dan isteri. Bila dah berdua macam ini, awak rasa saya nak buat apa?” Ghazi.
Sikap Riana yang macam iklim dunia tak menentu itu betul-betul buat Ghazi bingung. Sekejap hangat, sekejap dingin dan sekejap pula cerah, lepas tu mendung. Puas dia cuba tebak, namun gagal.
Yang Ghazi tak tahu, memang Riana cintakan encik suami sepenuh hati. Dan kerana cinta, dia takut untuk serahkan segalanya pada Ghazi. Sebab antara mereka, ada satu rahsia. Rahsia yang kalau terbongkar, boleh musnahkan kebahagian yang sedang mereka lalui sekarang.
“Love is all about taking risk. Kalau tak cuba, mana nak tahu. Lebih baik ambil risiko dan alami kegagalan, daripada hanya duduk tak buat apa-apa dan seumur hidup terus tertanya-tanya.”
Beranikah Riana jujur pada hati sendiri atau selamanya dia akan memendam rasa dan kehilangan lelaki yang dicintai?
Riana, anak yatim piatu melakukan pelbagai kerja demi menampung hidupnya dan Sara, adiknya. Ketika membersihkan sebuah unit kondo, dia bertemu Luqman Ghazi. Pertemuan seterusnya tidak beberapa elok, namun Ghazi mengikat Riana pada sebuah perkahwinan kontrak. Semuanya demi merebut harta milik bapanya. Rianan pula, demi mendapatkan wang untuk rawatan kanser adiknya, bersetuju dengan tawaran Ghazi. Namun, setelah bapanya meninggal, Ghazi tegar meninggalkan Riana sendirian. Dan, setelah 3 tahun, Ghazi tiba2 mencarinya semula..
First of all, tak faham kenapa tiba2 Ghazi menghilangkan diri dan muncul balik. N, Riana tak sepatutnya berbohong masa Ghazi hilang ingatan tu. Alasannya supaya Ghazi tak tertekan or hanya untuk mendampingi Ghazi seakan tak cukup kuat, sebab tak banyak memori antara diorng.
Rasa Riana ni tak sekuat yang digambarkan, selain gigih mencari rezeki. Dari sudut perasaan, memang lemah, exspecially bila dengan Ghazi la.
Apa pun, still enjoy reanding! tapi, still #September my favourite!
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Oh Ghazi, you are ice cold the bone and I do not know what to make of you.
Sikap Ghazi yang berlagak pada awal perkenalannya dengan Riana agak menjengkelkan. Ingat dia seorang aja yang kaya dalam dunia ni kut...
But, bila dia menjadi Ghazi yang 'baru', N rasa kesian pulak dengan dia. But nak kesian lebih pun tak boleh jugak sebab Riana needs the 'new' Ghazi. And the 'new' Ghazi is more human.
I do like the chemistry between Riana dan Ghazi, tapi keserasian tu hanya dapat dirasa selepas Ghazi mencadangkan mereka berkahwin. Sebelum tu, mereka sangat asing. Seorang macam robot, seorang lagi pulak terlalu human.
apa yang dinanti???hemmmm... yang tu memang nak tahu.. tolong jawab... maklumlah puasa2 ni ML lemau sikit.
bacaan santai... dan sekali lagi ML kecewa dengan IKP... sebab menjadikan naskah ini sebagai LE. dengan erti kata lain... harga boleh melambung...dan peminat wajib beli cepat2.. kalo habis... menyesal...
jujur ML cakap... x berbaloi kot nak habiskan duit nak beli naskah LE kalo ceritanya biasa2 jer. serius ML kecewa...tapi macam biasalah.. x ada siapa yang paksa beli kan.. cuma harap sgt duhai penulis2 favorite hamba.. plz... plz.. plz... karya yg baik bkn bergantung kepada nilai LE atau bukan.. dan jgn jdkan pembaca letak stigma ... buku LE itu buku yg biasa2 jer... adios
Seperti Yang Dinanti sebuah cerita yg ringan dan agak santai. Namun cerita yg agak simple ini sudah cukup buat saya puas hati dgn segala bentuk isi cerita, bahasa dan plot yg diutarakan.
Love love love dgn Ghazi yg baru. Walau hilang daya ingatan, dia cuba utk mencari bahagia. Dan yg plg terkesan dgn perubahan itu sudah pastinya Riana yg mmg sudah lama menanti cinta daripada Ghazi.
Tahniah penulis kerana mampu membuat saya terbuai dgn cerita anda. Dan tetiba rasa terkilan sbb terlalu lama saya membiarkan buku ini di dlm lemari tanpa mahu membacanya terlebih dahulu😭😭😭
Dalam suka ada juga yg saya tak suka dengan jalan ceritanya. Especially watak Ghazi. Riana sedikit sahaja.
Berpisah kerana satu matlamat sudah tercapai. Kembali bersama kerana ada misi yang masih belum selesai.
Dulu tiada cinta. Why bila lupa ingatan tiba2 jatuh hati. I dont understand mengapa bila part hilang ingatan je, mesti tak boleh berkata jujur tentang status dan keadaan diri Riana. Demi cinta mungkin.
Best part was, sanggup nak pulihkan ingatan by going to Paris dgn girlfriend dia ketika sedang kebingungan. Just girlfriend. But the one yg dia rasa boleh hidup bersama selamanya. Sama padan intellectually and looks department. The only one that really understands him. Really??!!
Hmm..this part saya rasa kelemahan dua2 watak utama which saya rasa kurang selesa sebab masing2 dah dewasa bukan budak belasan tahun.
Done seperti yang dinanti. Karya fav novelis ku. 😁
Kata penulis, kisah yang dia buat ni klise. But, siapa kisah. 😁
Riana Ali dan Luqman Ghazi. Masing-masing ada agenda tersendiri. Lalu mereka terperangkap dalam perkahwinan kontrak. Klise kan?
Kata Ghazi apa yang dia dan Rian buat ni adalah urusan bisnes semata. Tak akan ada urusan yang melibatkan hati dan perasaan. Tapi bila melibatkan hati, mana pernah hati tu akan ikut kata kan. Yang tak mahu itulah yang jadi. Riana mula jatuh sayang dan cintakan ghazi.
Apabila misi ghazi tercapai, dia mula hilangkan diri. Tinggalkan riana seorang diri. Digantung tak bertali selama 3 tahun. Takdir temukan mereka dalam suasana yang lain apabila ghazi terlibat dalam kemalangan. Ghazi hilang ingatan. Klise lagi kan? 😜😜
Riana mengambil alih tugas seorang isteri untuk menjaga ghazi suaminya. Ghazi yang sekarang bukan ghazi yang dulu. Lembut tutur kata dan penyayang.berbeza dengan ghazi yang riana panggil arrogant ass dulu. Hahaa..
Demi kesihatan ghazi, riana mencipta pembohongan untuk menutup kisah sebenar. Dan apabila pembohongan terbongkar, apa yang akan berlaku pada hubungan ghazi dan riana? Semua terjawab dalam buku ni. ☺
Biarlah penulis nak kata, buku dia klise ke apa, yang penting aku suka. 😜😜
Penulis dah banyak kali tekankan, novel ni KLISE, KLISE, KLISE! Jadi proceed at your own risk. Dah tak payah sibuk nak kutuk novel ni macam drama Korea la, novel ni dah boleh buat filem Hollywood la, novel macam ni dah berlambak dekat pasaran la, sebab cik penulis dah mention dalam buku ni. Nak mengutuk pun terus takde mood LOL. Klise macamana sekalipun, jangan risau sebab karya FH ni masih ada 'rasa'. Jadi, pembaca baca takde rasa bosan. Sedar-sedar, 'eh dah habis?'
cerita ni patut tukar tajuk CLICHE hahaha sbb mmg trope and plot cliche habis even this fl admit it😂 from rich hero x poor heroin, marriage of convenince where both of them agreed strictly business, amnesia, misscomm, slightly enemy to lover, kahwin sbb nak waris syarikat haha tapi ofcourse writing and olahan FH yang buat kita seronok nak baca
tak suka sangat hero sbb dia la yang problem and punca problem hmm tapi tu la hero FH ni even red flag takleh nak marah lama lama💀
Kalau karya FH, bila dah dapat peluk novelnya haruslah dikhatamkan terus. I love this story. Satu cerita yang santai & menarik hati untuk nak tahu apa akan jadi antara Ghazi & Riri. Dan persoalan saya mengenai Sara terjawab sudah. Imaginasi saya dah jauh tersasar. Ingat ada something between Sara-Ghazi dulu. Rupanya kelain hubungannya. Tu sebabnya x mau baca bab awal dekat whatpadd tapi dah terjebak lak. Dan FH suka bikin suspen. Tak sabar giler nak tahu apa kesudahan SYD. Sampai tunggu berminggu-minggu abang poslaju delivery novel depan pintu. Tiap-tiap kali balik kerja mesti tanya ma, takde parcel smpai ke?hahaha..nasib ma tak annoying dengan anak dia sbb asyik tanya soalan sama. 😂
Walaupun ceritanya klise, tapi kalau FH yang tulis memang saya tak terfikir 40 kali untuk baca. Signature FH yang penulis lain tak leh copypaste. Tersendiri. Dia tak bawak kita terbuai dgn watak hero & heroin aje tapi seluruh ikatan kasih sayang family & friends juga kita dapat rasa.
- 1* sbb rasa tak puas baca. Kalau boleh nak tebal lagi tapi takpe, I will waiting for your next masterpiece. Pleaseee kasi tebal yg penuh berisi gitu kak Farahhh! ❤️
dari dulu suka baca naskah cinta dari penulis Farah Husain. ringan, santai tapi dalam masa yang sama berisi. bukan sekadar kisah cinta buta semata-mata. memang betul seperti yang dinyatakan penulis, kisah cinta biasa tapi olahannya yang dapat membezakan dengan karya penulis lain. tak caya?
riana, gadis yatim piatu bersama adiknya, sara. bekerja apa saja untuk memenuhi tuntutan kehidupan. cuma bila kesakitan adiknya datang kembali, dia dalam masa yang sama dihadapkan dengan seorang lelaki. ghazi, menawarkan sesuatu yang amat menguntungkan dia. timbal balas, dia harus menjadi isteri atas kertas. semuanya ada perjanjian.
tapi setelah bernikah, adiknya mendapat rawatan yang terbaik, ghazi menghilang. rupanya, ayah ghazi meninggal dan wasiat menjadi tak sah kerana semuanya baru draf, tidak ada tandatangan atau dokumen rasmi. dia ditinggalkan. setelah tiga tahun tiba-tiba ghazi muncul semula dalam kehidupannya dengan kehilangan sesetengah memori kerana kemalangan semasa mendaki gunung. apa jadi?
suka dengan cara olahan penulis. keadaan semasa, imbas kembali, semua diblend cantik. pembaca tak disusahkan untuk berfikir segala kemelut yang ada. ikut saja pembacaan, akan suka dari awal hingga ke hujung kisah. dalam kehidupan ini, manusia memang merancang. segalanya. tapi tak semua perkara akan jadi seperti yang dirancang. penipuan, adakah benar adakala ianya perlu untuk menjadikan sesuatu perkara lebih baik? fikirlah sebaiknya...
Bak kata Farah Husain dan juga Riana Ali, yes, this book is sooooo cliche. Tapiiii aku suka! .
Semua jenis cliche FH sumbat dalam ni. Bermula dengan pertemuan pertama mereka di kondo Ghazi dan Riana ialah housekeeper yang bersihkan rumah tu. Pertemuan seterusnya di construction site masa Riana buat food delivery. Lepas tu, Ghazi ajak Riana kahwin sebab Riana sangat memerlukan duit dan Ghazi memerlukan isteri supaya dia dapat mewarisi harta ayahnya. .
Lepas tu, Ghazi tinggalkan Riana. Selepas 3 tahun, tiba-tiba, Ghazi yang amnesia muncul. Haaa...lepas tu, apa yang jadi? .
Aku suka buku ni walaupun it's predictable. Mungkin sebab aku dah lama tak baca buku FH. Tapi buku ni nipis. Aku rasa tak cukup. Aku nak tahu apa yang jadi pada Ghazi lepas dia tinggalkan Riana. Jujurnya, walaupun buku ni guna POV 3, tapi most of the time, hanya Riana's perspective yang ditonjolkan.
Buku cliche tapi i sukaaaa! Light reading. Tapi masih menarik utk di baca. Suka ayat ayat ghazi especially a "new" ghazi. He is so sweet! Buku ni banyak konsep imbas kembali. Agak menarik. Kalau dipanjangkan cerita ni pun i akan tetap enjoy.
Misi mencari buku FH yang seterusnya bermula. Ayuh!!!!!! 😂
An okay story. She did mentioned this is a cliche love story so I don;t really put any high expectation when reading. untuk bacaan santai dan tak menyemakkan kepala, ia adalah naskhah yang berjaya. kalau pembaca yang mahukan sesuatu yang berat, maka ini bukan naskhah untuk korang.
Habis baca sepanjang penerbangan dari KL ke Sabah. Oklah. Ceritanya ringan. 3* untuk cerita walaupun aku rasa penulis boleh bagi lebih lagi. 1* sebab berjaya occupied masa penerbangan aku. Tahu-tahu saja dah sampai dan buku pun dah jumpa penamat. Kudos untuk penulis.
Agak lama nak habiskan bukan kerana tak best but sudah start kerja sejak PM announce ekonomi dibuka semula. Nasib just rentas daerah. 2 roadblock lepas. 1 roadblock kena tanya banyak gak! Hahaha...
Back to review.... Selepas DRG... Seperti Yang Dinanti adalah novel Kak Farah yang me suka gilerrrr. Before baca full, my style akan belek belakang. Hahaha... walaupun ramai kata awat? Ada ku kesah? Hahaha... still tak mengganggu mood baca pon. Still boleh nangis if sedih. Hahahaha...
Before start baca betul-betul... almost more than 3 times kot ulang part Ghazi amnesia tu. Rasa hubungan mereka cute & romantic.
Sebenarnya kan... me mahu Ghazi yang cari Riana after Riana pergi but ya... ada reason why Riana yang kembali sendiri.
I just love this story. Just a simple story jek & maybe a little bit cliche but who cares, bebs! Hahaha... cliche thingy makes me happy.
P/s: sis stress hadap coding again after almost 2 months lupakan all coding thingy. Grrrr! Try everything but output still error. Nasib tak baling monitor. Opss... ofis punya! Hahaha...
masih lg tema kawin paksa, mcm biasala hero jumpa heroin (yatim piatu ada adik yg sakit) gaduh2x heroin nk selamatkan adik yg sakit hero tolong dgn syarat kawin gn dia sbb bapak dia nk dia kawin kalau x harta x dpt (byk dh aku baca ceter mcm ni..emmm) lepas kawin hero tgglkn heroin bla2.. bla..smpi 3 taun gitu than hero hilang ingatan..tetiba trjumpa blk than muncul la pompuan watak annoying ( nasib baik kejap jer dia muncul) pas2 gaduh...than happy ending la..2-3 kali aku tgok cover buku laaa ni buku limited edition rupanya...