1- Maia. Aku suka dgn jln ceritanya. Ala2 trilogi Ajaib pun ada aku rasa, hahaha. Tp Maia lebih berfokus pd penolakan 'anugerah'nya. Dia tak boleh terima yg mata dia boleh nampak isi hati org lain. Dia anggap kebolehannya itu satu sumpahan.
2- Watak Maia tu sebenarnya agak annoyed. Sbb dia terlalu negatif. Tp mujurlah ada Azad. Disbbkan watak Azad tu best dan tak negatif mcm Maia, jd seronok bila setiap kali dia ada. Lebih2 lg si Maia tu tak boleh 'baca' Azad, buatkan Maia tertanya2 kenapa dia tak nampak isi hati Azad. Tp masa ni aku mcm dah boleh agak kenapa dan sangkaan aku itu betul.😎
3- Azad tu caring kat Maia. Awal2 dia ada motif dia jgklah, tp akhirnya perasaan dia berubah. Tp satu ajelah aku geram dgn Azad ni, payah betul dia nk buka mulut bagitahu hal sebenar kat Maia🙄. Berahsia sangat konon.
4- Aku suka dgn watak kwn2 Azad. Sean, Putra, Rahimi, Musafa & Malik. Sbb mereka satu kelompok yg ada kelebihan apa yg org lain takde. Agak cool di situ, kan? 🤭 Sbb tu aku kata, ala2 watak dlm trilogi Ajaib jgklah diorang ni.
5- Sebenarnya kesian jgk kat dia yg mental tu. Sbb terlalu syg dan rasa berslh buat dia jd hilang kewarasan. Bila akhirnya ending watak dia mcm tu, kesian pulak kat kwn2 dia. Yalah, dah hidup bersama dr kecik, kan. Mesti terasa bila hilang slh seorg.
6- Aku suka ending Maia, yg akhirnya dia hilang apa yg dia tak hargai. Memanglah nampak mcm sadis, tp bg aku silap dia sendiri yg tak reti bersyukur dr awal. Akhirnya Tuhan tarik balik nikmat yg dia ada, dan masa tu baru dia sedar dan baru nk rasa menyesal.
7- Dan aku suka Azad yg kotakan janji dia yg dia akn dtg semula cari Maia selepas setahun. Haaa nasib masa ni Maia tak buat dah perangai annoyed dia🙄.
8- Btw, penulis ada niat nk sambung kisah Sean pulak ke? Hrp2 ada laa yer. Sbb aku tertarik dgn watak dia tu.😆
Kebolehan Maia membuatkan dia lebih selesa menyendiri ditemani sepi. Sejak kecil, dia dapat melihat perkataan-perkatan yang muncul di kulit manusia di depannya yang menunjukkan isi hati sebenar mereka. Lelah dengan sikap manusia yang bermuka-muka, Maia lebih selesa sendiri. Sehinggalah pertemuannya dengan Azad, satu-satunya manusia yang tidak menonjolkan apa-apa perkataan hitam di wajahnya seperti yang lain. Namun, ada tragedi yang menanti.
Kisah Maia yang ada kebolehan luar biasa lepas terlibat dalam kemalangan ketika berusia 7 tahun dan menerima mata baru. Namun, sikap Maia pada saya sangat menjengkelkan! Asyik rasa dia je yang betul, dia je mangsa keadaan dan orang tak nak faham dia, semua dia anggap hipokrit! Sampaikan Ayu sound, baru nak pikir sikit.. tu pun kejap je. Bila dengan Azad, mula-mula cakap boleh terima kebenaran tapi bila tau lari pulak.. lepas tu dah terlibat kemalangan, meroyan lagi marahkan orang.. memang tak faham. Kalau ikutkan, mostly memang salah dia sendiri sebab degil dan membuta tuli. Bukan tak nak faham kesepian seorang Maia, but for me dia too much!Secara peribadi, saya lebih suka andai Maia lebih tegas dan independent dalam hal-hal berkaitan kuasanya dan lebih menerima kelebihan dan kekurangan diri.
Seperti biasa, ada sedikit element thriller/penyiasatan melibatkan kes pembunuhan Madam Julia, bos tempat Maia bekerja. Cumanya, tertanya-tanya motif pembunuh nak bunuh kucing dan letak dekat depan kedai Madam Julia. Ke sebab psiko sangat? Entahlah.. tertanya2 juga. Pada saya, lebih baik kembangkan kes pembunuhan tu berbanding fokus kepada kecelaruan Maia. Selain itu, Azad dan kawan-kawan dia pun ada special power masing-masing, so andai dikembangkan mungkin jadi lebih eksitedz.
Tapi, saya tetap suka dengan idea cerita ni, walaupun sedikit sebanyak teringat novel fixi, trilogi #ajaib. Still ada kelainan tersendiri la. Cuma, part sikap Maia tu mengurangkan mood membaca. Apapun, tahniah untuk penulis!
MAIA- naskah kedua FH sebagai Pasha di bawah naungan PM. bermula pengembaraan mengenali insan istimewa bernama Maia. mungkin sebab maia ni masih trauma dan terkejut... dan dijuga dihimpit rasa bersalah dan sedikit kekurangan kasih sayang. ML x pasti.. mungkin ML terskip di mana2... sebelum Maia kemalangan kali pertama... Maia cakap dia x suka papanyer? tu aper kess???
awal perkenalan azad dab maia.. ML.ingatkan Azad ada kelebihan mind reader... sebab banyak benda dia boleh baca.. macam malik... eh. tu malik (jika aku ) yang sama kan??? tapi tanggapan ML silap rupanyer...
apa yg ML x puas hati pasal naskah ni.. adelah 2-3 ketul kesalahan.
1. m/s 88 - selama ini, dia ingat nasi dia dah cukup malang.
nasi tu nasib kot
2.m/s 97- dia yakin rahsia yang disimpan azad itu ada kaitan dengan hidup daia dan 'sumpahan...
daia tu dia ke? atau ada perkataan lain?
3. m/s 119 -walaupun kau cuba yakinkan yang kau dah mangli dengan semua...
mangli... serius... malas nak google apa.maksud perkataan tu
4. m/s 127 - "weh.. aku nak pergi mana?
aku tu.. kau kot
5. m/s 230 - ...kecelakaan akan menimpa maia...
patutnya menimpa anna
lagi satu.. jarak umur antara anna dan azad pun kengkadang keliru.. kejap beza umur 2 tahun .. kejap macam 6 tahun.
apa-apa pun.. naskah ini agak menarik cuma perlu dikembangkan lagi. sebab rasanya belum cukup kembang tp penulis dah tamatkan
Buku ni bagi aku best juga dari segi misteri dan thriller part yang dihadapi oleh Maia, twist part pun nice juga la. 👍
Cuma satu je, karakter Maia ni aku mcm ada love hate relationship sikit hahaha 😂 Hidup dia memang mencabar dan pada awalnya, aku kesian sangat dengan Maia tapi at the same time aku geram jugak dengan sikap dia. Tp ada character development juga la towards the end tu, and buku ni bagi aku bawa mesej yang manusia memang insan biasa yang tak lepas daripada perkara yg buruk/ melakukan kesilapan. Naluri/ sifat berprasangka ni kita kadang2 susah nak kawal, tapi mcm mana kita bertindak mengikut perasaan kita tu yang lebih penting.
Overall, buku ni jalan cerita dia menarik, cumanya ada banyak juga la kesalahan tatabahasa dalam buku ni, biasanya aku takdalah ambil pusing sangat bab ni. Cuma lagi better kalau dapat diperbaiki. 😌 #justmytwocents
Aku start baca buku ni pada pukul 10 malam. Lepas tu, bila dah separuh buku (around 12 midnight), mulalah rasa menyesal baca buku ni. Pertama, sebab tetiba je, ada scene pembunuhan kejam. Kucing-kucing yang mati dibiarkan di depan pintu kedai Pet Me. Siap ada kertas bertulisan MINE yang ditinggalkan. Tak lama lepas tu, mayat Puan Julia pulak yang ditemui dibunuh kejam dalam kedai tu. Lepas tu, mayat Azriq pulak. Siapa pulak yang bunuh Azriq ni sedangkan suspek utama ialah Azriq sendiri? Kedua, sebab dah pukul 12 malam. Time to sleep. Haaa...mulalah aku dilema. Nak sambung baca ke atau tidur dulu? Benci betul bila kau kena stop baca bila dah sampai part klimaks. .
Ni sebenarnya cerita tentang Maia, gadis yang memiliki kebolehan luar biasa. Dia boleh nampak kata hati berbentuk tulisan di kulit manusia. So, dia kelilingi manusia yang hipokrit. Yang mulut kata manis, hati penuh sumpah seranah. Sejak itu, dia mula memencilkan diri. .
Sehinggalah dia jumpa dengan Azad, lelaki yang 'kosong'. Dia tak dapat baca Azad. Sebab tu lah, dia seronok berkawan dengan Azad. .
Dan bila Maia dibawa ke rumah kebajikan yang dahulunya Azad dan kawan-kawannya pernah membesar, Maia sedar yang perkara aneh telah berlaku. Wajah kanak-kanak di situ juga 'kosong'. Dan ada seorang kanak-kanak di situ yang boleh baca apa yang ada dalam hati Maia. Maia mulai sedar yang ada sesuatu yang disembunyikan oleh Azad. .
Dan di saat Maia mula redha dengan anugerahNya ini, dia terpaksa pula redha dengan kehilangannya. .
Aku suka part Ayu dan Sean sedarkan Maia tentang "kita memang hanya dipertemukan dengan apa yang kita cari". "Kita perlu set hati kita untuk dipertemukan dengan apa yang kita nak. Kalau dari awal kau suruh hati kau melihat kejahatan dan benda jelik, maka itulah yang kau jumpa. Sebaliknya kalau kau suruh hati kau mencari benda baik, takkan ada ruang untuk hati kau dicuit oleh benda jahat ni". .
Oh ya, rasa macam menarik pulak kalau penulis sambung lagi kisah superpower ni. Hahaha...mungkin next ialah Sean. .
P/s: aku perasan penulis selalu sangat ada masalah typo dalam mana-mana bukunya yang aku baca. Harapnya dapat diperbaiki pada masa hadapan.
bila punya kelebihan melihat apa yang tersirat dalam fikiran manusia lain, apakah yang anda akan lakukan?
a) marah dan membalas b) diam dan biarkan
maia tidak begitu. dua-dua pun tidak. dia lebih senang tunduk dan tidak mahu memerhati. atas sikapnya itu yang buat dia sering dipinggirkan. betul kata ayu, maia hanya buat andaian sendiri tanpa mengambil kira hati dan perasaan orang lain. hanya sebab dia mampu melihat jalur-lajur hitam yang muncul atas kulit manusia lain dan kemudian perkataan yang tertera atas kulit selari dengan apa yang ada difikiran, dia yang buatkan dirinya murung sendiri.
puan penulis Pasha Adam sememangnya membuat pembaca membina perasaan nak tahu lagi, lagi dan lagi. tak membenarkan pembaca berhenti memikirkan keadaan maia yang sebenar. even habis baca pun, adakah maia terus hilang keupayaan atau sebenar ada lagi yang tersembunyi. perkataan tamat di akhir muka surat pastinya menimbulkan persoalan seterusnya yang terbina dalam pemikiran pembaca yang pastinya tak mahu kisah berakhir. teruk kan kita ni? hehe..
kemunculan azad, bup!! bila maia tak boleh 'membaca' azad, dapat rasa yang azad inilah sesuatu. sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan maia. tapi, tak terjangka siapa pesalah yang sebenar. pesalah apa? pesalah yang membunuh kucing, pesalah yang membunuh madam julia dan akhirnya pesalah yang membunuh azriq, walhal detik hati mulanya sangka azriq yang bersalah.
inilah kisah kehidupan maia. yang pada mula sering menyalahkan kelebihan yang dia ada dan menganggapnya petaka. begitu juga kita pada realitinya. adakala, rasa syukur itu sangat kurang. lebih pada mempersoalkan kenapa, kenapa dan kenapa? tak salah, cuma jangan keterlaluan hinggakan seperti tidak bersyukur dengan apa yang diberikan.
Ini kisah Maia yang ada kelebihan untuk membaca apa yang orang lain fikir. Bukan mind reader tapi dia boleh melihat tulisan akan timbul pada kulit dan menunjukkan apa yang seseorang itu sedang fikirkan. Aku tak salahkan Maia kalau dia fikir yang bersendiri itu lebih baik kerana dia takut dengan manusia yang hipokrit. Tetapi kehadiran Azad (the only person yang Maia tak boleh 'baca') mengubah Maia sedikit demi sedikit.
Honestly, Maia tak termasuk antara fav character aku dalam novel ni. Sebab aku nampak dia tak menghargai kelebihan yang dia ada and tak menghargai orang di sekeliling dia. Maybe dia sendiri tak boleh adapt dengan kelebihan dia tu and buatkan dia always sangka buruk dengan orang lain.
Ayu dan Sean. Watak ini yang menyedarkan aku juga sebab sebelum ni aku backup segala tindakan Maia tu. Tapi ayat-ayat daripada Ayu dan Sean buatkan aku bersetuju dengan mereka. Maia hanya melihat dari satu sudut sahaja iaitu kata-kata jahat yang orang lain fikirkan. Bak kata Sean, kalau dia hanya mencari keburukan, maka keburukanlah yang dia akan jumpa.
Dalam novel ini juga ada kes pembunuhan yang melibatkan orang yang berdekatan dengan Maia. Sejujurnya aku tak dapat tebak siapa pembunuh sebenar and apa motif pembunuh tu sampaikan aku terfikir ada organisasi rahsia menjadi dalang semua ni (tapi sebenarnya tak).
Overall aku suka dengan buku ni but ada few typos, info yang berulang dan some confusion regarding umur Azad dengan adik dia. So buku ni pun dah publish tahun 2018 and aku harap ada penambahbaikan kalau akan reprint lagi lepas ni. And aku agak excited bila baca Epilog and harap sangat ada continuation kisah 'mereka' ini.
Novel Maia ni memang buat orang susah nak letak bila dah baca. Nak tahu sangat segala rahsia yg menyebabkan Maia jadi mcm tu. Dan jangan sesekali rasa orang yg kita anggap annoying tu adalah orang jahat, sebaliknya orang yg kita nampak normal sebenarnya yg sakit. Memang tak terjangkalah jalan ceritanya. Dan suka giler dengan watak Azad. Sangat-sangat concern pasal Maia. Memanglah tujuan asal dia dekat dengan Maia pasal rasa bersalah dia dekat Anna but jauh dari sudut hati ada maksud lain disebaliknya.
Untuk naskah kali ni pun ada typo jugak tapi disebabkan dah termasuk dalam penceritaan dia jadi boleh faham je. Also have a little bit confusing about perbezaan umur Anna & Azad. Diorang beza 2 tahun je kan? Or saya silap. Huhuhu...overall I love this story. Bahagian epilog tu kan macam ada sambungan kisah utk Sean dengan seorang perempuan misterilah...siapa agaknya ya? Kalau ada cerita pasal Sean pun best gak. Waiting for your next masterpiece, Pasha! Goodluck and keep it up!
Plot cerita menarik. Konsep yang dibawakan menarik. Tertanya-tanya apakah rahsia yang disimpan oleh Azad sehingga mungkin Maia tidak boleh menerimanya. Dan disebabkan itu, aku berterusan baca novel ini. Nak tahu sangat rahsia yang tersembunyi.
Cuma..
Cara penyampaian/olahan plot cerita tidak begitu menarik bagi aku. Mendatar saja. Ditambah pula dengan banyak kesalahan ejaan, kata ganti nama, ayat dalam novel ni yang membuatkan bacaan aku terganggu sampai aku kena tukar jadi ayat aku sendiri agar lebih tepat dengan situasi dalam novel.
“Nasib” jadi “nasi”. Tak ke lain bendanya tu. pelik aku baca tetiba nasi ada kat situ. Adoii.
Sepatutnya nama watak yang disebut adalah “Anna”. Tapi dalam novel letak “Maia”. Buat aku keliru. Itu yang aku maksudkan dengan tukar ayat novel jadi ayat aku sendiri.
Bagi aku, kesalahan begini tidak perlu ada dalam novel. Penulis perlu lebih peka dengan hasil penulisannya. Perlu baca berkali-kali agar tidak ada kesalahan ejaan yang boleh menganggu pembacaan.
Ceritanya menarik cuma cara penyampaian agak perlahan dan bila sampai kemuncak peleraian mudah.
Nak tutup cerita yang jahat buatlah mati. Ada plot hole tentang kisah Mustafa..pastu Azad jahatlah dia tak mengaku apa pun pada semua orang tentang kesalahan dia lakukan, terutamanya dekat Mustafa!
Tentang si Maia pula ada character development tapi sisi annoying dia tu mencabar betul nak baca HAHA. Saya pelik juga senang betul Maia nak percaya orang yg dia tak kenal dgn "alasan" dia tak nampak "keburukan" pada orang tu. Tak adil..
About age gap between Maia & Azad pelik...dan ini mungkin saya jelah rasa geli bila bayangkan dari sayang adik jadi kepada sayang kekasih. Itu belum lagi fasal Mustafa yang tak boleh move on dari Anna yang berusia 12 tahun.
Kemudian Azad cakap soal you will be mine after one year, entah kenapa saya berasa in creepy way 😅 niat penulis Pasha iaitu alter ego yg tak nak tulis novel cinta klise..maaf ada klise dalam novel ni.
Masa Maia pi rumah anak yatim, waktu tu saya dah tahu penulis mungkin ambil inspirasi dari X-Men dan kenapalah pergi tambah dialog yang Ayu cakap fasal tu..adoii terus macam spoil baca HAHA.
Pengajaran dari cerita ni..peluang kedua, jgn sia-siakan apa yg nikmat Tuhan beri dan cuba fikir positif dulu sebelum apa-apa. Adoi mcm kena perli pula hikhikhik.
Insiden masa berumur 7 tahun yang menyebab kan hilang keupayaan Maia untuk melihat. Dan dia menerima mata baru. Bermula pada itulah, dia mampu membaca isi hati manusia2 sekelilingnya dengan melihat perkataan2 yg wujud diwajah mereka. Dia mula prejudis terhadap mereka2 hanya dengan melihat setiap perkataan yg muncul di wajah. Bahkan keluarga sendiri pon dia sanggup jauhi. Nyampah gak ngan perangai si Maia ni .
Pertemuan dengan Azad banyak merubah hidupnya. Tapi satu yang pelik, dia tidak mampu untuk membaca isi hati Azad. Tiada perkataan yang muncul di wajah Azad. Adakah sumpahannya telah hilang atau tidak lut dekat Azad? .
Keadaan menjadi huru hara pabila Madam Julia, owner Pet Me tempat Maia bekerja ditemui mati didalam kedainya. Bertambah rumit bila, Azriq merangkap anak saudara Madam Julia jugak ditemui mati didalam Pet Me setelah beberapa hari kematian Madam Julia. Mereka menemui jalan buntu. Siapa pelaku sebenarnya? Dan apa motif si pembunuh? .
Azad membawa Maia ke rumah anak yatim dimana tempatnya membesar demi keselamatan Maia. Tapi apa perkaitan pembunuhan Madam Julia dan Azriq dengan Maia? .
Dekat sini lah banyak hal terbongkar. Perkara yang sangat2 tidak disangka. Ianya bermula dengan perancangan Azad untuk mendekati Maia disebabkan oleh Anna. Siapa Anna? Apa perkaitan Maia, Azad dan Anna? .
Dari segi jalan cerita agak menarik bagi aku. Cuma ade beberapa part yang macam keliru sikit. Teutama umur Azad dan Anna .
Agak menarik lagi bila penulis memasukan sedikit elemen psiko. Dekat nak hujung2 cerita dah baru korang akan dapat lihat jalan cerita sebenar. Awal2 memang korang banyak tertanya2 .
Tahniah penulis. Walaupon aku sebenarnya dah lambat mengkhatam naskah ini🤣
#Novel : Maia Penulis : #Pasha Penerbit : @prologmed
Baca bab-bab awal novel ni buatkan aku rasa nak melompat, bersinar-sinar mata aku. I was like ‘where you’ve been precious’. Walaupun sebenarnya aku dah beli lama dah novel ni, cuma baru tergerak hati nak baca. Buatkan aku tak berhenti terus menyelak sebab personaliti Maia sangat macam aku. Haha.. perasan sendiri.
Jalan ceritanya bagi aku agak perlahan tapi sebenarnya semua bab sangat berkait rapat untuk keseluruhan cerita. Jadi, aku kasi 7/10. Puas hati deh. Yang penting tak ada plot twist yang buatkan hati aku berdarah. Hahaha.
Maia’ mengisahkan perjalanan seorang gadis yang dikenakan ‘sumpahan’ boleh melihat isi hati sebenar seseorang. Macam luar nampak baik, tapi dalam? Bagi ‘Maia’ kelebihan itu merupakan sumpahan buatnya. Buatkan dia dingin dengan orang sekelilingnya, termasuk ayahnya. Dek kerana mahu melarikan diri daripada berdepan dengan hipokrit manusia, hari-hari Maia ditemani sunyi tanpa teman. Bagi Maia ‘sepi itu indah’. Kerana itu rutin Maia hanya di Pet Me, melayani kerenah kucing itu lebih menyenangkan daripada manusia.
Namun, hidup Maia yang sepi berubah saat bertemu dengan Azad. Lelaki yang kosong tanpa perkataan2 aneh yang kebiasaan dilihat Maia terhadap orang lain. Awalnya, pertemuan itu hampir membuatkan Maia panik kerana pertama kali dalam hidupnya. Namun, lama-kelamaan kekosongan Azad itu membuatkan Maia lebih selesa untuk semakin rapat dengan lelaki itu. Kerana dengan Azad, Maia yang jarang bercakap itu sangat bebas tanpa perlu tahu isi hati Azad terhadapnya.
Tapi ternyata, pertemuan Maia dan Azad itu bukanlah kebetulan semata-mata. Bermula daripada itu hari-hari Maia sebenarnya seperti sedang diburu. Azriq kah? Lelaki psiko yang obses dengan Maia. Nota aneh, kes bunuh dan macam2 misteri yang tiba-tiba terbongkar. Aku banyak kali salah sangka siapa dalang disebalik semua yang berlaku tapi ternyata. Hah! Aku salah. Sangat thrill rasa dia.
Another novel from Prolog Media.. macam biasa, novel Prolog Media tak pernah mengecewakan (ni ayat wajib untuk review novel2 Prolog Media)..hehe
Pada bahagian Prolog, novel ni nampak macam bergenre psycho thriller..
Bila sampai Bab 1 pulak, nampak macam kisah kekeluargaan..tapi knew it, this is Prolog Media..tak mungkin ceritanya pasal kekeluargaan yg biasa2 semata (ini setakat yg saya tau tentang novel2 Prolog Media yg selalu beri "sesuatu" kelainan dalam setiap novel mereka)
Dan di akhir Bab 1 /Bab 2 barulah nampak ke"PrologMedia"an novel Maia ni..hehe..Dan bermulalah kisah Maia yang boleh nampak perkataan2 yg muncul di muka dan tangan orang sekeliling(mostly -ve words la kan)..
Terfikir jugak macam mana kalau perkataan2 yang muncul tu tak menggambarkan perasaan/situasi sebenar yg berlaku.. contohnya, perkataan2 "mati/bunuh" tu muncul kat kulit sebab orang tu baru lepas baca berita jenayah ke atau tengah teringat crime movie/drama yang ditonton ke..yela sebab Maia boleh nampak perkataan tu je, bukan read mind kan..
Dan thankfully, Cik penulis wujudkan watak Ayu..Saya suka watak Ayu..lagi suka bila Ayu "sekolahkan" Maia, kasi dia kesedaran dan nasihat untuk fikir lebih +ve..
Dan di bahagian tengah, slowly rahsia Azad, dan kisah di sebalik sumpahan/anugerah yang Maia peroleh disingkap..woaahhh patut rasa seram ke takjub bila mereka yang "istimewa" ni berkumpul setempat..Hehe..
Rasanya, akan lebih menarik kalau penulis cerita lebih lagi tentang kelebihan Azad and the gang and family..tapi takpe, dah tajuknya MAIA, so mungkin sebab tu, fokusnya pada Maia..maybe kalau ada next novel boleh fokus pada geng Azad yang lain sebab berdasarkan epilog, macam ada sambungan je-kisah Sean ke???...hee
As conclusion, saya suka dengan cerita ni..tahniah untuk Cik penulis dan team Prolog Media..
*Ada a few confusing part and typo, tapi kat GR ni dah ada yang sebut pasal tu so tak perlu disebut lg kot ..
Buku ke-100 untuk tahun 2019. Penutup untuk tahun ni. Buku yang sangat best dari Pasha.
Mengisahkan pasal Maia yang kehilangan mama dia masa umur 7 tahun dalam kemalangan. Maia pula dapat "anugerah" atau digelarnya "sumpahan" sebab dia tak suka dengan anugerah tu. Dia boleh baca kata hati orang dengan melihat huruf² yang tertera di kulit orang tu. Kemudian, berjumpa dengan Azad dan selesa berkawan dengan Azad sebab Maia tak dapat baca kata hati Azad. Maia ni bekerja di kedai kucing milik Madam Julia, dan pada 1 hari, Madam Julia mati dibunuh dikedainya. Lepas Madam Julia, Azriq, anak sedara Madam Julia pula dibunuh dalam kedai yang sama. Kematian Madam Julia dan Azriq berjaya dirungkaikan bersama² beberapa misteri lain dalam cerita ni.
Sis suka dengan watak Ayu dan Azad. Ayu ni, walaupun dia cuma saudara tiri Maia, dan selalu dapat layanan teruk dari Maia, tapi dia tak pernah putus asa buat baik dengan Maia dan dia boleh terima Maia seadanya. Azad pula, sis kagum sebab dia sanggup tunggu Maia setahun. Watak Maia, sis kurang berkenan sangat sebab Maia ni memang tak boleh terima anugerah dia dan dia rasa terbeban dengan anugerah dia. Lepas ayu "sekolahkan" dia, baru dia terbuka hati skit² nak terima anugerah dia. Tapi, bila dapat tau cerita Azad pula, dia macam tak boleh terima balik. Kemudian, bila dia kemalangan kali ke-2 dengan Musafa tu dan Allah tarik balik dari dia, dia tak boleh terima lagi, marah² dekat Azad. Maia ni macam jenis susah nak redha dan terima qada qadar dia je.
It’s a fascinating story but.. I still feel something’s lacking here and there.
Pada awal bacaan, agak hambar. Aku hampir nak give-up jugak. Tapi hati ni sabar, sebab curious dgn Azad dan budak2 dekat rumah anak yatim tu. Benda yg lack tu bagi aku quite obvious. Macam ejaan, setting masa dan tahun yang tak consistent. Lepas tu emosi yg nak disampaikan aku tak berapa nak feel sangat. Bagi aku, emotional aspects yg cuba penulis lakarkan, tak cukup kick untuk aku. Selalunya, kalau buku tu cukup ‘rencah’ especially dlm membuai emosi pembaca, sebagai pembaca, hang takkan cepat sangat move on lepas habis baca sesebuah buku/novel tu. Hang akan terfikir, dok rasa lagi ache dekat hati hang sebab hang terkesan dgn apa yg dialami/dihadapi oleh watak2 dlm novel tu. You know what I mean kan?😅 Sayangnya, aku tak rasa benda tu lepas habis baca novel ni. Moving on kepada kenapa aku berjaya teruskan baca sampai habis novel ni - sebab masuk pertengahan pembacaan, plot dah semakin menarik dgn misteri yang buatkan aku terus hook dgn buku ni sampai habis.
Mesej author nak highlight(pada pandangan aku la) don’t take anything for granted. Hargai apa yg kita ada sekarang. Dari SEMUA aspek. Which is ramai diantara kita(termasuk aku) selalu ambil remeh hal ni. It is true that you never realise and value something, until it’s gone. Itu yang jadi pada Maia. Apa yang dia hilang? Kena la baca😏
Overall aku rate 3.5⭐️ recommended kepada sesiapa yg suka genre mystery & a little bit of romance - dan nak baca karya yg ada kelainan tapi dlm masa yg sama cerita yg ringan. Don’t get me wrong. Rate aku bagi bukan bermakna novel ni tak best ya☝🏻. Like I said earlier. It’s fascinating, just.. I couldn’t unseen the lacks I’d mentioned tu.
Maia...Maia...Maia...(tapi suara Shah Rukh Khan, boleh dak macam tu?) masa tu tengah mengelamun sebelum tido semalam lepas habis baca Maia...kesiannya dengan Maia..sob..sob..😢😢
Maia seorang yang istimewa tapi tak menganggap keistimewaan itu satu anugerah untuknya. Dia rela hidup sendirian tanpa mahu percaya pada sesiapa pun walau hakikatnya ada insan sekeliling yang ikhlas dengannya.
Kehadiran Azad membuatkan Maia hidup, tetapi ada sesuatu yang Maia perlu tahu tentang keistimewaannya. Bagi Azad, Maia adalah tanggungjawabnya, dan bagi Mus, Azad tidak layak untuk berada bersama Maia. Kenapa?? Ayu datang menambah rencah rasa dalam hidup Maia. Kematian Madam Julia dan kenyataan dari Azriq membuatkan Maia takut dengan apa yang tidak diketahuinya.
Usai membaca Maia, terus saya termenung, kesian dengan Maia dan mula faham kenapa penulis usulkan tajuk What If...
What If... What If... What If... What If...
Haishh..kalau berjawab What If ni, banyak spoiler nanti 😅😅 apapun, uols kena baca dan hadamkan, jangan skip even 1 pages pun, uols akan enjoy dengan naskhah ini. Selera kita mungkin tak sama tapi cuba bagi peluang pada diri anda dan dan juga penerbitan #PrologMed .
Thanks Prolog Media kerana harga buku masih affordable untuk kami-kami yang kena menabung awal-awal ni. Walaupun xtebal mana, tapi masih ada satu kepuasan bila dapat membaca dan seterusnya menjadi satu ketagihan buat kami 😂😂 Tahniah pada penulis kerana berjaya hasilkan naskhah yang lain dari yang lain ini..sejak baca Nadi, saya selalu tertunggu next novel dari penulis ini..
Tentang Maia yang mempunyai keupayaan untuk melihat isi hati orang. Baginya, keupayaannya itu merupakan satu sumpahan. Walhal, bagi orang lain ia merupakan satu anugerah yang diberi olehNYA.
Maka, dia sering mengasingkan diri dan hidup sepi. Hinggalah dia bertemu dengan Azad. Pertemuan dengan lelaki itu rupanya bakal mengubah hidupnya yang kelam sepi itu.
For me, konflik dia tidaklah begitu berat. And plot twist dia tu memang kita boleh agaklah. Aku tak tahu sama ada itu memang plot twist atau tak. Hahaha.Sebab teka-teki misteri itu tak susah pun untuk selesaikannya. Because as we continje reading itu, kita dah boleh agak siapa yang jahat dalam diam senanya.
Bagi aku, buku ni gives off Miss Peregrine's Home For Peculiar Children vibes. It gives off comfor vibes.
AND AZAD😩💗💗. HE COOL COOL OKEY BUT SEAN (Azad's friend) MORE COOLER AND HOTTER❤️🔥❤️🔥. Dahlah rambut dark-brown paras bahu. Muka ala-ala inggeris. PASTU CARA PEMIKIRAN DIA TU WOW SANGATLAH TERSERLAH KEBIJAKSANAANNYA DAN KE-COOL-NESSNYA. I JUST LOVE EVERYTHING ABOUT HIM ALTHOUGH HE'S SIDE CHARACTER.
Another side character yang aku suka ialah Ayu. Aku suka pemikiran Ayu. Dia fikir secara logik. I love the way Ayu confront Maia about her negative thinking. Bukanlah seperti kakak tiri yang tipikal.
Akhir kata, aku berharap ada side story atau lagi satu buku tentang Sean dan gadis misteri ini pula. Paling tak pun, tentang Sean. Sebab sesungguhnya aku sangat meminati dia!
Kudos to writer Pasha, berjaya membawa aku ke sisi lain seorang yang boleh dikatakan mind reader, tapi dia cuma boleh baca tulisan di atas kulit seseorang yang mengutuknya dengan kata-kata negatif. reng Maia mendapat anugerah boleh membaca fikiran negatif seseorang selepas mengalami kemalangan yang telah mengorbankan ibunya sementara dia pula mengalami kecederaan parah di mata. Sejak pembedahan kornea, dia dapat melihat semula dengan jelas, bersama tulisan negatif di hati orang lain di sekelilingnya.
Pertemuan pertama apabila bertembung dan tertumpahkan air kopi di atas kasut pemuda bernama Azad telah mengubah hidupnya. Dia tidak dapat membaca tulisan di atas kulit Azad. Maia selesa dengan Azad kerana tidak perlu membaca apa yang disebalik hati Azad.
Hubugan kekeluargaan Maia dengan ibu tiri, adik tiri dan papanya menjadi renggang bila dia dapat membaca isi hati mereka. Penuh dengan hipokrasi dan ini menyebabkan dia semakin rapat dengan Azad.
Kejadian kematian beberapa ekor kucing jalanan di hadapan kedai Pet Me (kedai yang Maia bekerja) telah menjadi suatu misteri. Rentetan peristiwa itu, Madam Julia, pemilik Pet Me pula dijumpai mati di dalam kedai, Maia semakin keliru. Azad pula cuba membantu. Azriq, anak saudara Madam Julia pula melarikan diri. Tidak lama kemudian, Azriq pula dijumpai mati di tempat yang sama.
"Sepi itu indah" - bagi seorang Maia kerana tidak sanggup untuk berhadapan dengan dunia yang baginya penuh dengan hipokrasi.
Selepas kemalangan, Maia telah dianugerahkan dengan kebolehan dapat melihat apa yang ada dalam hati manusia. Tetapi bagi Maia itu hanyalah satu sumpahan kerana setiap kali melihat wajah orang lain, dia akan melihat tulisan-tulisan negatif yang lahir dari hati manusia sedangkan di mulut cakap lain. Tetapi Maia lupa, manusia tidak akan lari dari sifat kepura-puraan, sama ada orang itu memang talam dua muka ataupun dengan niat lain.
Kerana tidak tahan dengan sumpahan itu, Maia mula mengasingkan dirinya. Sehingga kehadiran Azad membawa satu rasa yang lain buat Maia. Dia lelaki 'kosong'. Maia rasa dia selamat & normal apabila bersama Azad.
Akan tetapi kehadiran Azad menimbulkan pelbagai misteri & juga jawapan kepada 'sumpahan' yang dialaminya selama ini. Ada harga yang perlu dibayar. Bila semuanya terjawab, kehidupan Maia berubah hampir 100%. Adakah Maia menyesal? Carilah tau sendiri.
....... - Okay cerita ni best (bagi saya). Teringat cerita Jika Aku sebab ada Malik muncul sekejap (Malik yang sama kan? 🤔).
- Saya suka karakter Azad 🤍. Cuma kalau harapkan kisah romantik bersemut, kurang sikit la tapi masih ada. Tapi kalau cari pasal 'manusia' & 'kehidupan', boleh cari di sini.
Power gila cerita neh. HAHAHAHHAHA!!! Aku boleh hadap ko je MAIA sepanjang hari ni. Buku neh buku kedua Pasha yang aku pernah baca, buku pertama NADI. Tapi cerita neh lagi power gila.
Memang buku buku @prologmed tak pernah menghampakan aku. Tak pernah lagi ya. Walaupun penulis penulis dia taklah seglamer penulis lain, tapi hasil yang dikeluarkan memang awesome!!
Macam biasa, aku cuba tebak siapa yang menjadi dalang, atau macam mana jalan cerita neh akan berakhir tapi, tebakan aku melesetttt!! Itu kelebihan buku buku PM, ko tak boleh jangka jalan cerita yang dorang jamu.
Apa pun, Pasha. Tulis lagi. Please. Saya akan tunggu buah tangan awak seterusnya. @annaleejue best Gila MAIA neh. Kirim salam kat Pasha.
"Tak seronok sebenarnya kalau kau boleh nampak apa yang hati orang rasakan. Bertambah tak seronok, kalau kau berhadapan dengan orang yang bercakap tak selari dengan hati." - maia, itulah gambaran bagi perasaan maia.
Memilih untuk mengasingkan diri. Sepi itu lebih indah buat maia.
"Kata orang, seseorang itu cuma akan tahu menghargai sesuatu bila dia sudah kehilangannya. Selagi ia masih menjadi milik kita, kita akan sentiasa berganggapan ia akan kekal menjadi milik kita sampai bila-bila. Kita terlupa, segala yang kita ada sekarang ini adalah pinjaman Allah semata-mata. Sampai masanya, ia akan di ambil semula oleh sang Pencipta." - maia
pada mulanya saya teruja untuk membaca novel ini berikutan pengalaman membaca karya Pasha yg sebelumnya iaitu Nadi yang sangat mengujakan...namun sedikit kecewa dengan karya ini kerana jalan ceritanya sedikit membosankan. kisah cinta antara hero dan heroin juga seakan gagal menjentik rasa pada pembaca...namun, tetap boleh dipuji kerana ini bukan suatu kisah klise...persoalan2 yg ditimbulkan dalam novel ini tetap mampu menerbitkan debaran kepada pembaca...
Plotnya mmg menarik cuma terlalu bnyk kesalahan ejaan dan perkataan yang membuatkan pembacaan terganggu, ada satu masa yang saya perlu baca semula sbb taktau mana satu watak yg sedang dinyatakan .. dan terdapat latar belakang yang susah untuk di imagine oleh saya yang juga membuatkan pembacaan terganggu but cerita dia mmg best la
it’s a good book to read. kinda like the storyline about maia yang boleh tau apa yang orang fikir. saya tak tau mana yang lacking. maybe the storyline is mendatar (?) but still it’s a good book to read. nak bagi 4 stars tapi ada banyak typo dalam buku ni so kadang turn off nak baca. harap editor boleh cek balik (no hate)
Gosh! The only book I managed to read in September. This book started off with a mystery and I was fooled. But as I read, I managed to understand the storyline. Good job author! I hope that the author would publish other books!
Notahanyauntukaku Kisah cinta rupanya tp dibuat ala2 the beginning of superheroes story.. muahaha..sbbkn ceritanya tersusun n dan serabut haku suka baca lg2 waktu ni aku mmg nak relax baca buku yg ringan