Selamanya kau kucinta hingga ke syurga... Kisah bermula apabila Deniz diarahkan oleh ayahnya, Aziz bekerja di kafe yang terletak di kawasan jauh dari Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan ayahnya yang bekerja di Madinah, Deniz telah bertukar tempat dengan adik tirinya, Aisyah Nadine.
Sementara Aisyah menyamar sebagai dirinya, Deniz pergi ke Izmir untuk bertemu ibu kandungnya tanpa pengetahuan Aziz. Kerana terlalu sayangkan kakak tiri, Aisyah sanggup menyamar sebagai Deniz. Dia yang merupakan graduan dalam bidang veterinar terpaksa bekerja sebagai bakeri di kafe milik Iskandar.
“Kalau untuk Deniz, bukan setakat madu... Dengan sarang kelulut, satu ladang ni abang bagi percuma... Syaratnya... Jadi isteri abang nak?” - Reyhan “Eee... Abang Reyhan ni kan banyak sangat makan madulah ni! Cakap pun merepek aja… Orang seriuslah!” – Aisyah
Tanpa dirancang, Aisyah jatuh cinta dengan Reyhan, abang kepada Iskandar hingga dia lupa kehadirannya di kampung itu hanya sementara. Bahkan dia sendiri tidak bersedia berdepan dengan Reyhan jika identiti sebenarnya terbongkar. Sungguh dia tak berniat menipu sesiapa!
“Awak tak patut libatkan Reyhan... Apa salah dia? Awak tahu kan yang awak dah perbodohkan dia..Perasaan dia macam mana pulak? Awak ingat dia nak bertepuk tangan kalau tahu awak tipu dia? Awak bukan Deniz! Awak Aisyah...” - Iskandar
Cinta... Bukankah asasnya keikhlasan dan kejujuran? Mampukah Aisyah terus berahsia tatkala semuanya mulai berubah? Masihkah cinta Aisyah menjadi yang terakhir buat Reyhan?
Nama penuh beliau Hafizah binti Haji Mohamed. Berasal dari Temerloh, Pahang. Melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia. Anak keenam dari lapan orang adik beradik ini kini bekerja sebagai seorang guru.Karya beliau :
Suami Yang Kubenci (2011).
Hikayat Cinta Si Pematah Hati(2012)
Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang kini diadaptasi ke drama (2013)
Pabila Romeo vs Juliet (terbaru Dis 2013)
Kesemua novel beliau adalah terbitan Karya Seni Snd. Bhd.
Buku ini sedikit sebanyak merubat kerinduan nak baca karya-karya Cikgu E-Man maklumlah last baca buku Pabila Romeo Vs Juliet, lama sgt rasanya tu.
Kisah Aisyah dan Deniz yg bertukar indentiti, kisahnya ringan-ringan dan santai je penulis pon mmg sengaja tak mahu buat kisah ni jadi dramatik. Saya suka. Kisah ni mcm permulaan siri baru kalau dah pernah baca novel2 penulis sebelum ni mmg penulis akan wujudkan watak-watak yg saling berkait tp tak ada masalah pon kalau tak baca ikut turutan. Agak-agaknya kisah siapa lah akan keluar lepas ni ermmm tak sabar.
Kisah percintaan dan kekeluargaan yang agak menarik. Simple storyline. Konflik pun ringan jer. Boleh bayang akan disukai ramai sekiranya dijadikan drama 😜.
Ni buku pertama yang saya baca nukilan penulis. Menurut salah seorang kawan saya, cerita ni agak under par berbanding buku2 penulis sebelum ini. Mungkin kerana ini permulaan untuk siri yang baru. Jadinya, penulis cuba memasukkan sebanyak mungkin info berkenaan watak-watak secondary (yang pastinya akan menjadi watak utama dalam bukunya sendiri nanti) untuk memancing curiosity pembaca, sehinggakan adakalanya menenggelamkan kepentingan watak utama iaitu Reyhan dan Aisyah. Saya merasakan kisah Andika-Aira dan Iskandar-Deniz lebih diberi perhatian (dan lebih menarik) terutamanya di hujung-hujung cerita. Kisah Reyhan-Aisyah pula hanya lebih kepada adegan merajuk-memujuk. Memang impaknya tak seberapalah berbanding pasangan lain. Arjuna pun lebih mencuri tumpuan walaupun keluar sekali-sekala 😉.
Sangat sesuai untuk sesiapa yang nak relief stress tu.
Ps - hampir setahun saya queue untuk pinjam buku ni huhu.
Saya tertarik dengan cover novel ni yg ala2 cowboy. Kedua saya juga tertarik dengan setting dalam cerita ni. The land must be vast sehingga harus menunggang kuda atau guna ATV jika ia menjelejah setiap pelusuk ladangnya. Jalan masuk arah ke rumah amat panjang. Cuma tak pasti lah rumah tu diperbuat dari kayu atau batu? Hehehe..dah lupa.
Kisah switch identities between the women and falling in love with a man meant for another. Takdelah sampai menyayat hati ke apa. Conflict agak ringan. Fitnah yg cuba di tabur pun mudah di leraikan.
Apa yg saya lebih interested dalam novel ini adalah kisah adik Reyhan dan juga Andika. Malangnya hanya secebis2 sahaja yg di sajikan. Akan adakah kisah mereka nanti?
Demi mencari ibu kandungnya, Deniz nekad melanggar perintah babahnya untuk bekerja di cafe anak kawan babahnya dan berangkat je Izmir. Sebagai ganti, Aisyah, adik tirinya disuruh ke sana. Manakan mungkin seorang veterinar boleh membakar roti! Selama ini, kerja-kerja dapur Deniz yang buat. Di sana, Aisyah bertemu Reyhan, abang kepada Iskandar, pemilik cafe tersebut. Sejak awal lagi, Reyhan memang tertarik dengan Aisyah. Namun, bila segalanya terbongkar, mampukah Reyhan menerima Aisyah?
Blurb belakang buku dah cite 70% daripada buku ni. Selalu kan blurb KS misteri sikit.. Kisah ni santai je, ada diselitkan ilmu bakery, perladangan dan veterinary yang menjadikan sedikit menarik. Awal2 bab memang teruja dengan perkembangan hubungan Aisyah dan Reyhan ni, nampak sweet je.. sebab Aisyah ni polos n lurus je orangnya.
Suka dengan hububgan rapat Deniz dan Aisyah, walaupun diorang adik-beradik tiri je. Saling melengkapi dan membantu. Selalu tiri kan gaduh2 cam cinderella tu.. tapu diorng memang rapat. Suka gak dengan famili besar Reyhan tu. Reyhan dengan sepupunya Andika, Arjuna dan Kak Yam duduk satu kawasan yang sama tapi rumah lain2. Memang atuk diorang sengaja buat macam tu supaya diorang rapat. Meriah famili diorang ni.
Watak antagonis pun si Sarah je la, tapi kejap je pun.. so mostly memang perkembangan hubungan Aisyah-Reyhan dan orang2 sekitarnya, Andika-Aira dan Iskandar-Denis. Banyak watak, tapi tak la serabut pun. Masing2 ada karekter tersendiri.
Cumanya, di pertengahan macam sedikit meleret.. saya macam nak lompat je part rahsia Aisyah terbongkar tu. Tapi sebab nipis so gigih jugak la baca. Jalan cerita ok, santai tapi ada rasa macam flat sikit.. macam dah boleh agak je semua. Tapi, still boleh hadam dan banyak juga info berguna diselitkan. Mungkin jika konflik ibu Deniz dan bapanya mungkin lebih menarik. Tapi mungkin penulis nak menumpukan kepada lokasi di ladang dan bakeri saje so konflik berkitar di sana saja.
deniz dan aisyah nadine, adik beradik tiri yang sangat rapat hubungan mereka. apa saja mereka berkongsi bersama termasuklah masalah. masalah dari deniz yang sangat rindukan ibu kandungnya buatkan dia mengharap yang aisyah setuju untuk menjadi 'pelakon'. pelakon yang mengaburi keluarga sahabat ayah mereka kerana deniz diarahkan untuk bekerja dengan anak kepada sahabat ayah mereka.
berat hati tapi demi sayangnya aisyah pada kakak tirinya, dia mengalah. menyamar sebagai deniz, seorang chef pastri dan diarahkan bekerja dengan iskandar. aisyah terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi vet. dan dia juga tidak jangka, hati terpaut pada reyhan iaitu abang pada iskandar.
penipuan walau apa pun tujuan tetap tidak menghalalkan cara. itulah yang sebenarnya. walaupun tindakan aisyah hanya mahu deniz bertemu dengan ibu kandung tapi tindakan menipu ibu bapa mereka dan reyhan sekeluarga seluruhnya sangat salah.
seronok baca. karya penulis E-man Sufi yang rasanya agak ringkas kali ini tapi tetap sedap untuk dibaca. tambah watak rehyan, walaupun cowboy yang kacak bergaya tapi dia ada disleksia. secara ringkas penulis menerangkan apa yang dialami oleh reyhan. kehidupan reyhan sekeluarga juga sangat harmoni. keadaan di ladang, di kedai dan juga di rumah. seronok bila hubungan kekeluargaan dijaga sebaiknya.
peranan hati, tak siapa boleh nak jangka. benci, menyampah, sayang, suka, cinta... semuanya. menidakkan biarkan jangan sampai memaksa. menerima jangan sampai merana. boleh?
Novel yang santai dibaca.. Konflik yang ditimbulkan penulis pun tidak terlalu berat.. Pertukaran identiti antara dua beradik tiri.. Deniz yang disuruh berkerja di Kuantan oleh bapanya demi menghalang Deniz mencari ibunya bertukar tempat dengan Aisyah.. Aisyah terjatuh cinta dan pertukaran terbongkar.. Marah antara hero dan heroin tak lama.. Lepas tu kahwin.. gaduh gaduh manja gitu.. Ada aksi komedi dan juga manja manja..
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Jalan ceritanya boleh tahan. and if i were to be real honest to myself, N sangat tertarik dengan watak koboi Reyhan ni.
I do like the first half of the story. N rasa Reyhan dengan Aisyah agak cute and sweet bersama. I even like Aisyah dengan Iskandar, walaupun Iskandar tu agak kasar perwatakannya.
But...when banyak sangat kisah dah mula menyelirat (Aira-Andika, Denis-Iskandar), N dah mula hilang fokus and subsequently, hilang minat. I would have like it more had fokus hanya tertumpu pada Aisyah dan Reyhan, dan watak Aisyah pula kurang mengada-ngadanya selepas berkahwin.
I'm pretty sure JAYT hanyalah acara 'pembukaan' untuk memberi laluan kepada kisah watak-watak lain. Kisah Aisyah dengan Reyhan pun, endingnya agak abrupt.
So the question is, would I continue with it? Buat masa ini, perhaps not.
Kisah si Reyhan (Rey), koboi malaya yg digilai gadis. Punya pakej - tall, dark & handsome (& rich of course)😜. Tp dia ttp punya kekurangan.
Bertemu Aisyah (Aisy) yg twist identiti dgn kakak tirinya, Deniz demi menunaikan hasrat Deniz yg dipendam sekian lama. Di sini obvious strong bonding antara Aisy & Deniz walaupun mereka sekadar adik beradik tiri.
Ketika penyamarannya, Aisy jatuh cinta dgn Rey. Bila dia kantoi, Rey berasa sgt marah & tertipu. Namun atas nasihat Andi, sepupu Rey, hubungan Rey-Aisy diteruskan juga hingga ke alam pernikahan. Part ni, keikhlasan Rey dipertikaikan.
Apa yg ketara dlm cerita ini ialah tema kasih sayang & kekeluargaan walaupun agak santai. Family besar Reyhan vs family kecil Aisy. Bonding mereka sgt kuat.
But honestly, slps the twist identity complot tu kantoi, saya lebih teruja utk tahu ttg andi-aira. Harap ada sambungan kisah diaorang ni.
Siapa di sini lebih berminat nak tahu ending aira dan andika??? Kita geng
Cerita dia oklah. Not so heavy. Cuma macam bodoh pula satu keluarga tak tahu yg aisya tu menyamar sebagai Deniz. Hanya kerana percaya, kamu benarkan a stranger masuk rumah. WOW
citer best..tp mcm mengelirukan..kata aisyah adik tiri deniz dan diorg sebaya..tp knp aisyah lahir bln june dan deniz plak bln dec..tu belum ada kesalahan yg lain2 lg😞
Dah lama tak baca karya e-man sufi. Terubat rindu bila baca JAYT. Karya cg e-man kali ni lebih ringan dan santai berbanding novel2 terdahulu. Serius tak puas baca kisah cinta koboi reyhan dgn dr aisy ni. Sweet tahap pavlova. Harap2 lepas ni ada kisah aira - andika plak. Yang terakhir, selamanya sampai syurga...♥️♥️
Kenape 3 bintang... Sebab mcm ade kekliruan sedikit.. Katenye deniz dan aisyah sebaya.. Dan deniz kakak tiri. Tapi deniz lahir bulan 12 aisyah lahir bulan 6..soo cam keliru sikit kat dsitu.. Lagi satu part antara deniz dan iskandar macam tergantung.. Mungkin penulis nak buat kisah mereka pulak.. Who knows..tapi aku sangat susah nak bace buku yang ade sequel. Bukan ape kekadang mende yang same je berulang.. Aku dah pernah rase.. Soo aku sangat takot untuk bace sequel. Unless sequel tu berbeza daripada buku sebelumnya. Haaa suke hati aku je kan.. Tapi itu cuma pandangan aku. Harap tiade kecamanla. Setiap orang ade kesukaanya sendiri. Tapi overall..cerita ni sangat best.. Mule2 aku tertanya kenape cover dea ade mat koboi.. Dah bace. Oke baru faham.. Serius.. Aku sangat tertarik dengan covernya. Hitam dengan tulisan silver dan gold.. Woww... Ini adalah karya ke 3 yang aku baca daripada penulis eman sufi. 😄tidak mengecewakan.
Dah agak lama sebenarnya x review novel, this is the 1st novel i read selepas mood membaca hilang di lautan..
Honestly, buku ni agak ringan, saya membayangkan bila heronya koboi, mayb agak menjengkelkan atau org akan panggil lelaki beku.. but it turns out that the hero is such a sweet boy, ada adab n menghormati org lain disebabkan hal 'itu'..😝😝
The heroin, erm.... a normal woman with such a good heart to begin with.. dan x rasa mcm malu2 kucing kalau dah sukakan someone.. Seorang yg berterus terang, and sayangkan kakak tirinya. 😍😍
overall , novel ni berkisar pasal keluarga si hero, specifically pasal hubungan adik beradik lelaki si hero.. mcm ada kekosongan cerita pasal si andika n aira, iskandar n deniz.. mayb penulis akan membuat novel pasal this couple..who knows..😉😉
actually, i do hope cerita pasal deniz and her mother ada sikit dlm ni..but its ok..another novel mayb..😂😂😂😂
what i love about this novel, lpas kawen aisy dengan reyhan..cara aisy merajuk, and cara reyhan mcm cacing kepanasan..adoi..thats make me laugh..😂😂
setelah sekian lama kemarau baca novel, novel ni berjaya buat saya ketawa..thank u writer...😘😘😘😘
Bacaan santai. Sgt sesuai utk org yg tgh stres mcm sy skrg ni. Haha. Bila dah start baca, rasa susah nk brenti. Asyik rasa nak selak mukasurat seterusnya. Sy suka dgn olahan penulis mengenai lokasi dlm cerita ni. Tq & syabas buat penulis..(^_^)
Superb..best!!! Suka sgt jalan cerita die..suka how closed the family..blh imagine la..bestnye dok kawasan kampung..arghh….sepanjang pembacaan tenang je…blh imagine kawasan die..latar belakang cerita yg best..love!!