Seutas tangkal yang dipanggil Takrut Agung menjadi rebutan dua buah negara. Tangkal yang telah mengubah sejarah peperangan dan mengorbankan ribuan nyawa. Menyedari betapa besarnya kuasa tangkal tersebut, seorang sami menguncinya dengan mantera bersama nyawanya sendiri.
Masa berlalu, seorang pemuda bernama Wafiq dihantui penampakan yang menyerupai arwah ayahnya di mana-mana. Takut dan gelisah memaksa dia dan pembantu ayahnya mencari punca dan penyelesaian. Usaha itu membawa mereka ke Melaka demi mencari sebuah kitab lama. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun usaha mereka diancam dan dihalang banyak pihak.
“Lelaki yang pakai kain kuning. Badan dia penuh kudis. Muka dia macam muka ayah. Mana dia pergi?” – Wafiq
“Muka macam ayah? Di mana Wafiq nampak?” – Hamid
Apakah kaitan antara Wafiq dan tangkal yang telah berusia ratusan tahun itu? Dapatkah Wafiq memisahkan diri daripada gangguan tersebut?
KAPSYEN: Tangkal pemusnah ribuan nyawa
TAJUK: STESEN TERAKHIR
Pada tahun 1942, terdapat sebuah stesen kereta api di sebuah kampung lama di Melaka. Namun satu kejadian telah menyebabkan stesen itu terkubur daripada sejarah dan dimansuhkan daripada peta.
Tiga orang anak muda ke kampung itu untuk menjejak stesen kereta api yang terakhir itu, namun secara tidak sengaja telah membuka pagar yang mengunci puaka tempat itu. Sejak itu hujan darah kembali turun dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Penduduk kampung juga hilang seorang demi seorang.
“Air yang turun sudah bercampur darah, Awa. Sudah 50 tahun lalu hal ini tak berlaku.” – Pak Ismail.
Pak Ismail dan anaknya Imdad cuba menyelesaikan masalah itu dengan bantuan seorang gadis misteri bernama Muhayya. Namun dapatkah mereka menyelamatkan penduduk kampung sebelum terlambat? Apakah rahsia yang tersimpan di stesen kereta api tersebut?
Kisah ni seram gak sebab ada kelibat, bunyi² dan related dengan negeri Thailand. Dahlah F baca sampai terleka dah jam kol 1am. Aduhai cemas². Vibe Takrut ni memang menakutkan
stesen terakhir 5⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Yes F suka kisah stesen terakhir. Seram jugak tapi tak seseram yang Takrut tu. Kisah ini 3 anak² muda biasalah jenis curious nak tahu tentang landasan keretapi lama zaman jepun dulu².
Mereka tersilap langkah pergi mengusik akibatnya, keluarlah semua yang tak patut keluar.
Akhir² tu agak sedih dan suspen. Kesiannya masa benang pak cik Ismail terputus selepas dia tersandung. ALLAH!
buat yang nak baca karya puan Novelis Maria Kajiwa, anda disarankan bertenang, relaks dan tak ada kerja lain dah nak buat. ha.. sebab apa? gangguan yang ada bakal mengganggu jiwa anda kalau terpaksa hentikan pembacaan walaupun seketika...
1) TAKRUT
tangkal maknanya. zaman dulu memang kuat guna tangkal-tangkal ni. dan tak sangka pula ada kisah yang sangat menggerunkan tentang tangkal ini. takrut agung, yang menjadi rebutan zaman dahulu kerana mampu menjadikan pemiliknya sangat berkuasa. digunakan sewaktu perang, nescaya pihak lawan akan kalah walaupun tenteranya beribu yang datang.
itu kisah lampau. tapi kisah lampau yang membawa kepada kisah sekarang. wafiq kehilangan ayahnya, tuan badruz. penampakan yang menyerupai arwah ayahnya buat wafiq mula mencari punca masalah. terbuka kisah tentang tuan badruz mencari sebuah kitab lama dan menemukan wafiq dengan banyak pembongkaran rahsia. tanpa dia duga, takrut agung juga sebenar ada di dalam rumah ayahnya!
sajja dan pravat mahu ditemukan supaya dapat dimusnahkan. tapi bukannya senang. apa yang diduga sebenar sangat jauh jangkauannya.. bila tamak menguasai hati, apa lagi yang mampu dilakukan?
. 2) STESEN TERAKHIR
huh... rasa tertahan-tahan nafas nak habiskan. dok bayangkan fizikal hantu jepun yang langsung tak sempurna bentuknya. dok bayangkan hujan darah. dok bayangkan orang dulu yang diseksa jepun. semua ni memang mengharuk perasaan.
kisah terbuka bila rozi, qaif dan fariz mencari stesen keretapi lama. mereka suka mengkaji tapak sejarah dan landasan keretapi lama yang mereka cari memang tiada dalam peta. cumanya mereka secara tak sengaja melepaskan 'benda' yang lama diikat. gangguan mula berlaku di kampung alur kijang.
gangguan yang telah 50 tahun sudah tidak berlaku. pak ismail dapat menjangkakan ada geruh yang berlaku. dia secepat mungkin mahu selesaikan majlis perkahwinan anaknya. dalam keadaan hujan dan cuaca yang tiba-tiba suram dan kelam dia bertindak. bila gangguan mula teruk, pak ismail meminta bantuan muhayya.
berjaya mereka mengharungi malapetaka dan kemunculan askar-askar jepun yang menuntut 13 nyawa? kenapa 13? apa yang terjadi sewaktu pihak jepun menjatuhkan hukuman pada ketua kampung, dollah yang bertindak menetak tentera jepun setelah kehilangan kedua-dua anaknya?
. puan penulis sememangnya tahu cara mahu menyesatkan pembaca dalam karya beliau. seolah-olah kita pembaca berada di dalam situasi setiap babak. mana nak lari kena kejar askar jepun... mana nak menyorok waktu mencari kitab. nak marah, nak mengamuk, nak bertenang, nak berfikir.. adoi! nak ke rasa pakai tangkal duduk atas landasan keretapi diikat kaki dan tangan?
Takrut Agung, sebuah tangkal lama yang menjadikan pemiliknya berkuasa, kaya dan tiada tandingannya. Wujud sejak ratusam tahun dahulu, namun akibat tamak dan khianat, takrut itu telah dikunci kuasanya. Hanya orang yang mengunci sahaja mampu membukanya, sayangnya, orang tersebut telah mati. cara lain, melalui mantera yang terdapat dalam sebuah kitab yang dipanggil Kitab Pravat, sebuah kitab kuno yang mengandungi jampi mantera yang kuat. Namun, dalam menjejaki kitab tersebut, banyak kerosakkan dan pembunuhan yang berlaku sehingga mewujudkan dendam. Maka, bermulalah seteru antara dua keturunan dalam mencari Kitab Pravat, ingin memiliki dan memusnahkan dalam masa yang sama.
Kisah dimulakan dengan kematian Tuan Badruz, yang ditembak. Satu-satunya anak beliau, Wafiq mula mengalami gangguan dan mencari punca gangguan tersebut. Penulis menyelang-selikan setiap bab dengan imbas kembali tentang asal-usul Takrut Agung dan kitab-kitab tersebut, di samping keadaan masa kini di rumah Tuan Badruz dan Melaka. Segalanya tersusun elok, walaupun berbeza latar tempat dan masa, namun tidak sedikit pun memngelirukan pembaca.
Sebagai pembaca, seawal bab sudah teruja dengan pelbagai misteri dan persoalan yang dipaparkan satu demi satu. Setiap bab perlu diteliti, kerana pasti ada point atau watak berkaitan dengan jawapan di hujung cerita nanti.
Bukan sebuah naskhah seram, tapi lebih kepada thriller supernatural yang lari dari kebiasaan dan penuh dengan dendam pengkhiantan yang tak di duga. Mula-mula ingat Hamid ni yang jahat, tapi silap. Plot twist yang memang tak dijangkakan, namun mengujakan.
Sedikit sebak dihujung cerita, saya kira Takrut sebuah kisah yang cukup rencah, dikisar dalam elemen sedikit sejarah dan membawa pembaca mengembara ke Thailand dengan penuh keterujaan.
*rating : 4.8*
2. STESEN TERAKHIR
3 orang anak muda masuk ke hutan berhampiran Kampung Alur Kijang untuk mencari sebuah stesen kereta api yang dikatakan pernah wujud tetapi dipadamkan daripada peta. Namun, secara tidak sengaja mereka telah membuka srbuah tempayan yang mengunci puaka tempat itu Maka, kejadian kehilangan penduduk kampung 50 tahun lalu berulang kembali..
Kali ini, kisah mengenai puaka yang menduduki sekitar hutan diketengahkan. Mengambil latar zaman penaklukan Jepun dahulu dan masa kini, plot cerita tersusun kemas bersama sedikit sejarah.
Naskhah ini terasa lebih seram dan mengerikan dengan perubahan cuaca dan latar tempat itu sendiri. Dengan perubahan tanah dan taburan hujan yang berbeza, memang kisah ini menyajikan kelainan buat pembaca.
Pengembaraan roh demi menyelamatkan penduduk yang hilang juga seduatu yang jarang diketengahkan dalam naskhah seram lain. Dan, sedikit sebanyak petua untuk menghalang gangguan makhluk halur turut diselitkan sepanjang penceritaan.
*rating : 4.6*
Mungkin, sekian lama disogokkan dengan hantu saka dan sihir, kehadiran naskhah ini memberi ruang untuk meneroka kejadian paranormal dari sudut yang berbeza. Secara peribadi, saya berpuas hati dengan naskhah ini, kedua kisah yang disajikan ringkas, padat, tersusun dan sampai kepada pembaca. Tahniah kepada penulis, saya kira karya terbaik kak Maria setakat ini yang saya baca. Leng loi pun saya rasa tak sebaik ini.
Terbaik.. Memang secukup rasa.. Puas okay.. Dua cerita dalam satu novel.. Kisah pertama mengenai Takrut (tangkal) yang sangat berkuasa tapi kuasanya telah dikunci.. Demi membuka kunci kuasa tu banyak nyawa yang terkorban.. Permusuhan dari zaman ke zaman.. Kisah kedua pula mengenai stesen keretapi yang hilang.. Stesen yang tiada siapa pun tahu kewujudannya.. Ada sebab lenapa kewujudannya disembunyikan.. Bila kewujudannya terbongkar, ada nyawa yang melayang.. Kedua-dua cerita ini memang cukup elemennya.. Sampaikan Sha rasa sayang nak habiskan bacaan..
Terdapat 2 cerita menarik dalam sebuah novel. Kedua-duanya mempunyai kekuatan dan keistimewaan yg tersendiri. Karya penulis sgt teliti, suspen, tersusun kemas dan tidak tergantung. Seram pun terasa dalam babak-babak tertentu. Sememangnya karya kak maria kajiwa tak pernah mengecewakan.
1. Takrut. Kisahnya bermula dr Thai. Kewujudan takrut yg sgt bahaya. Kuasa yg telah dikunci. Tp masih bahaya. Digunakan kuasa dr takrut utk mencapai kemenangan dlm peperangan tetapi perlu dipulangkan semula kpd sami setelah menggunakannya. Krn mahukan keagungan, manusia hilang pertimbangan. Sebuah kitab purba diperlukan utk memusnahkan kuasa takrut agung. Berkurun-kurun lamanya tp usaha pencarian tak pernah berakhir. Bukan mudah utk menjumpai kitab tersebut. Bila dijumpai segala rahsia terbongkar. Semuanya bermula dengan kematian bapa kpd Wafiq. Serius seram rasa bila asyik duk muncul hantu yg menyerupai arwah ayah Wafiq.
2. Stesen Terakhir. Mengisahkan pencarian tiga sahabat mengenai sebuah stesen keretapi lama yg tidak tercatat di dalam sejarah kerana telah berlaku satu tragedi darah yg amat dahsyat. Pencarian mereka berakhir dgn malapetaka. Kehilangan seorang demi seorang penduduk kg membuatkan satu persatu rahsia terbongkar. Bila baca bab hantu jepun tu kan, dgn aku sendiri pun rasa macam dikejar oleh mereka. Seram.
Takrut - cerita mengenai Takrut Agung; sejenis tangkal dari sami siam, yang sangat berkuasa. Manusia² yang ada takrut ni, dibutakan mata dan hati, jadi tamak, kejam. Perebutan takrut ni dah berlaku ratusan tahun lalu sampai lar ke zaman Wafiq. Wafiq ni, memula dia tak nampak benda ni sebagai tangkal, dia ingat warisan turun temurun saja, sungguh tak sangka benda yang dia nak ambik ni tangkal, macam saka la. Lebih twisted nya, bila Wafiq dapat tau bapa dia sebenarnya nak takrut tu untuk kuasa dan bukan untuk dimusnahkan. Lepas tu, dapat tau kawan baik dia Haidar pun tikam belakang dia. Sedihnya jadi Wafiq ni.
Stesen terakhir - cerita pasal sebuah kampung ni yang ada stesen keretapi pada zaman jajahan Jepun. Satu kejadian tumpah darah besar-besaran berlaku kat stesen tu melibatkan orang² Jepun dan penduduk kampung. Lepas kejadian tu, kawasan tu dah dipagar, tapi bila dah berpuluh² tahun kemudian, ada pula manusia yang pergi masuk kawasan tu dan bebaskan roh² jahat tu semua. Apa lagi, roh² jahat tu kembali menuntut dendam la.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Takrut Agung sebuah tangkal yang direbutkan oleh mereka yang gilakan harta, pangkat dan juga kuasa. Angkara perebutan itu ramai yang menjadi korban. Wafiq yang mula diganggu penampakan menyerupai ayahnya yang telah meninggal dunia terpaksa meneruskan usaha ayahnya untuk mencari sebuah kitab lama dengan harapan gangguan tersebut akan hilang.
Angkara kuasa dan harta banyak nyawa yang terkorban. Angkara duit hubungan yang terbina sekian lama mampu dirobohkan. Dek kerana ketamakan, manusia lupa segalanya. Nafsu dan ketamakan menjadi pedoman hidup.
Jalan cerita menarik dan plot twist juga menarik. Walaupun ada beberapa watak yang dapat SH teka kaitan mereka namun masih seronok dibaca. Cuma ada sedikit janggal pada nama Khun Thea. Rasanya perkataan khun ni membawa maksud gelaran seperti tuan, cik, puan dan sebagainya. Jadi rasanya tak perlu diletakkan khun di depan nama Thea tersebut. Ini dari apa yang SH tahulah. Rasanya kalau penulis mahu menggunakan budaya atau bahasa tempat lain yang kurang biasa mungkin kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan.
Stesen Terakhir membawa cerita geruh yang melanda Kampung Alur Kijang. Dek kerana ketaksuban 3 sekawan mencari rahsia sejarah stesen keretapi lama, tanpa sedar mereka telah membebaskan sesuatu yang merbahaya. Kejadian 50 tahun dahulu seolah-olah berulang kembali.
Perjalanan cerita yang menarik. Latar belakang cerita yang membawa kepada krisis yang dialami penduduk kampung juga menarik. Walaupun begitu plot twistnya masih boleh diagak.
Geram betul dengan Pak Bahar ni. Mentang-mentanglah dia ketua Kampung cakap dia je yang betul. Pendapat orang langsung tak nak diterima. Sekali dah kena dekat batang hidung sendiri baru tahu erti penyesalan.
TAKRUT (TA-KRUT) Takrut ataupun tangkal sememangnya wujud dalam masyarakat kita dari dulu hinggalah sekarang. Namun cerita ini adalah berkisarkan takrut yang berasal dari Siam (Thai). Takrut Agung - takrut yang menjadi perebutan 2 negara sejak zaman berzaman.. Kerana ingin memiliki demi kuasa... banyak nyawa yang terkorban dan melayang. Nyawa yang tidak berdosa menjadi korban kepada 'semangat' takrut. 2 kitab menjadi rebutan untuk menghidupkan dan juga memusnahkan takrut ini..
Twist pada jalan cerita yang tidak disangka2... Bila kita mula memegang pada twist tersebut.. ada kebenaran yang terbongkar. Bagaimana Allah menyusun dengan baik pertemuan watak2 ini.
Perasaan lepas baca kisah ini? Penuh emosi... sedih, marah, kecewa saling berbaur antara satu sama lain.. dan yang pasti PUAS! Puas dengan jalan cerita, puas dengan ending dan puas kerana naskah ini diedit dengan baik oleh editor LNP.
Ada mengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini. Sesungguhnya hanya pada ALLAH saja tempat kita bergantung harap dan meminta bantuan. Dialah YANG MAHA ESA!
STESEN TERAKHIR Sebuah cerita mengenai stesen atau landasan keretapi yang terakhir di Melaka. Kisah yang menyelubungi sebuah perkampungan. Seorang demi seorang hilang. Siapa yang menculik mereka?
Jalan cerita yang mendebarkan terutama apabkla kisah lama disingkap semula. Cerita yang penuh emosi. Cerita orang lama kadangkala betul dan perlu kita ambil berat. Segala persoalam terjawab diakhir cerita. Ada jiwa yang dikorbankan untuk menyelamatkan jiwa yang lain.
Namun ada persoalan yang masih belum terjawab. Kalau nak tahu.. Kenalah baca. Pasti cerita ini tidak mengecewakan.
Both stories has its own strength… Tp hati sy lbih condong ke kisah Stesen Terakhir… ibarat kesinambungan kepada Lara Wirang sbb watak Muhaya… but it’s totally a different story… apa2 pn Puan penulis x prnh mengecewakan dlm mempersembahkan ceritanya…
Sememangnya Maria Kajiwa tidak pernah menghampakan saya! . Dua cerita berbeza dalam satu naskhah. . Dan kedua-duanya punya aura yang tersendiri. . . . . Kak Wan Pengulas Pencen
Gigihlah aku yang penakut ni baca waktu malam. Cumanya bila masuk cerita kedua yang stesen terakhir, bila penulis tulis yang bunyi siren, wisel la, tanah bergegar la, haih, aku yang penakut ni memang tak sanggup nak baca la. Terus tidur dan sambung esok pagi je. .
Dalam ni ada 2 cerita. .
1. Takrut. .
Dulu-dulu, di Thailand, cerita takrut/tangkal ni bermula. Takrut agung yang mampu menghancurkan negara. Bila peperangan berlaku, raja Thai mengarahkan orang kepercayaannya mendapatkan takrut ni yang disembunyikan oleh sami. Dan bila dia memegang takrut tu, nafsu mula beraja. Itulah permulaannya. .
Pada masa sekarang, Wafiq baru saja kematian ayahnya. Tapi, Wafiq sering nampak roh ayahnya berkeliaran dalam keadaan yang buruk. Rumah mereka tidak lagi aman. Sentiasa ada gangguan. Wafiq berazam untuk menunaikan wasiat ayahnya, untuk mencari Kitab Pravat. Gigihlah mereka cari untuk musnahkan kitab tersebut. Rupanya ada plot twist. Bila rasa tertipu, ada lagi plot twist lain. hahaha. Tetiba rasa happy sebab happy ending. .
2. Stesen Terakhir .
Dulu, pada zaman Jepun, Jepun menjajah ke serata tanah Melayu dan antara kawasan yang diceroboh ialah Kampung Alur Kijang. Sebab Jepun ingin merobohkan stesen keretapi di situ. Dan tragedi berlaku. .
Pada masa sekarang, ada 3 orang yang cuba mencari tahu tentang stesen keretapi terakhir, yang dikatakan tidak diwar-warkan dalam sejarah. Dan tanpa sengaja, mereka telah melakukan kekacauan. .
Akibatnya, malapetaka bakal melanda. Pak Hussin selaku orang lama di kampung tersebut, mula merasakan geruh akan berlaku. Kerana 50 tahun lepas, kejadian seperti ini telah berlaku. Mampukah mereka menyelamatkan 13 nyawa yang dituntut? Dan apakah puncanya? .
Bagi aku, Takrut tu, permulaannya agak perlahan. Lagipun banyak selang seli antara zaman dulu dan sekarang. Bila dah berjaya hubungkaitkan 2 zaman tersebut, baru terasa laju. Dan untuk Stesen Terakhir, ceritanya lebih seram dan mendebarkan. Dan untuk kedua cerita ini, dihujungnya, ada la part yang sedih sikit. .
TAKRUT ~ Dek krn terlalu kasihkan kepada ayahnya, ingin membersihkan nama baik ayahnya, Wafiq hampir ilg pedoman. Ust Khalid tiba tepat pada masanya. Dia ditinggalkan tiba2 tanpa pesanan terpaksa menggalas tanggungjawap yg sgt berat. Hanya ditemani dgn satu demi satu kejadian seram yg menambah misteri dlm menunaikan tanggungjwp yg diberi. Hamid pembantu ayahnya turut berusaha sehabis baik. Dikianati juga memberi kesan kpdnya. Apakah yg sentiasa mengekorinya dan mengganggu semua org yg rapat dgnnya? Berjayakah Wafiq menyelesaikn tanggungjwp yg diamanahkan kpdnya? Pesanan utk pembaca di luar sana, jaga2 dengan Uncle Kiet...
STESEN TERAKHIR ~ Sikap ingin tahu nie bagus tapi... kalau x kena gaya buruk padahnya. Itulh berlaku kepada 3 ank muda. Bukan mereka saja tp melibatkan ramai org yg x bersalah. Nyawa jadi taruhan. Kucar kacir hidup org kg yg telah aman. Kejadian demi kejadian meresahkan semua org. Tragedi lama berulang kembali. Dendam masih membara. Apakah yg telah dilakukan oleh 3 ank muda tersebut? Serius sy x boleh berhenti membaca kisah nie sehingga ke noktah terakhir, sedar2 dh hampir kul 2am lbh.
kelebihan Puan Penulis bila tulisannya mampu buat pembaca melekat pada buku tu sampai mukasurat terakhir.
Naskah ini ada dua cerita. Takrut dan Stesen Terakhir. Pada saya kedua dua nya ada kekuatan tersendiri. Unsur misteri, seram, berdebar debar tu memang akan dirasa semasa proses bacaan. Salah satu bahan bacaan yang sangat berbaloi untuk dibaca. Banyak pengajaran di dalamnya. Setakat hari ini, belum ada buah tangan Puan Penulis yang mengecewakan. Semua karya beliau ada magis. (^_^)
Novel yang dicadangan oleh isteri saya. Sebuah karya yang baik dan harus ada di rak buku. Boleh dibaca oleh semua golongan. Twiss jalan cerita yang begitu suspen.
Cerita kedua juga tidak menghampakan, kisah yang membawa prodi yang berkesan.
Novel tulisan kak MK mmg x pernah menghampakn,walaupn bacaan agak slow bukan kerana novel ni tp kerana kekangan waktu dan mood membaca beberapa bulan ni hampir hilang ntah kemana,bila smbung baca smula novel ni rasa mood membaca tu dtg kembali....
2 kisah yang di bukukan di dalam 1 naskah. Takrut: Sebuah kisah yang bagi saya amatlah unik jln ceritanya. Ternyata penulis karya ini mempunyai imiginasi yang sgt kreatif.
Opps....cerita dalam buku ini agak berat....penuh pengajaran......membawa pembaca kepada misteri yg ade masa kita x boleh nafikan kewujudannya. Yang pasti aku suka cara pengolahan penulis....unsur agama yg diterapkn membuka mata.Jika nk kelainan dalam buku misteri.....this book is recommended.
Novel ini sekali baca memang susah akan berhenti.Penceritaan yang logik dan menarik.Tidak terlalu berimaginasi bukan bukan dan masih berpijak di bumi yang nyata
I'm in love. Karya2 Maria Kajiwa tak pernah mengecewakan. Sarat dengan emosi dan ilmu, penceritaan yang tersusun dan yang penting tak meleret-leret. Teruskan berkarya!
Takrut dan Stesen terakhir kedua duanya cerita teramat bagus..sya tidak dapat letak bawah sekejap pon kerana jalan cerita yang menarik dan berdebar debar hati
Baca takrut teringat cerita gumanthong dlm anak patung nana. Gumanthong tangkal dr bayi. Takrut plak tangkal yg suka makan bayi. Bayi ni banyak khasiat agaknya.
TAMAT Terbaik dari ladang!!!! Dah lama tak kena penangan dari @novelismariakajiwa kan. Bestttttt amadddd!!! Rasa meremang, tertanya tanya sepanjang membaca. Rindu terubat!! Kalau makanan ko adalah genre seram, ko wajib beli! Sebab kenyang teruk!!
penulis tak pernah jemu muncul dengan idea² baru dan segar. Jarang nak jumpa jalan cerita lain dari yang lain. Seram tapi dalam masa yang sama teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Kisah Takrut yang berkisar tentang Wafiq yang baru kematian bapanya dan dihantui bayangan dan gangguan sejurus sahaja pengkebumian arwah bapanya. Siri gangguan yang dialami membuatkannya curiga tentang ayahnya sendiri. Bila dok baca , takut pula nak membayangkan jika makhluk begitu muncul depan mata, dengan baunya. Sejujurnya, saya lebih menyukai kisah Stesen Terakhir. Rasa geram pula pada 3 orang budak yang gatal tangannya mengusik tempayan tu. Saya menggemari tema kisah zaman dahulukala. Mengharap kisah ini diceritakan dengan lebih mendalam.