Kalau Tuhan turunkan para kekasihnya untuk mengajar manusia mengenai fizik, maka inilah wajah-wajah yang mungkin akan terpampang sebagai nabi-nabi tersebut.
IQ yang tidak tertanding. Ketabahan menghadapi ujian. Keunikan yang membuatkan mereka terasing.
Namun disebalik kejayaan dan penemuan yang memukau dunia, mereka juga manusia seperti kita.
Ada suka dan duka. Ada betul dan silap. Ada tangis dan ketawa.
Ini kisah 25 sarjana fizik, yang nama mereka terpahat dalam sejarah, sebagai yang teragung. Bukan sahaja kisah hebat yang diriwayat, tetapi kisah drama kehidupan yang tercatat.
Zamir Mohyedin is a physicist and author based in Malaysia. He holds B.Sc in physics, M.Sc in material physics and Ph.D in medical physics. His research involves computation and simulation of properties of material at atomic level using density functional theory (DFT). He also involves in radiation dosimetry research, formulating 3D dosimeter for application in radiotherapy verification.
Zamir is the author of popular science books particularly in physics and related topics. He is also a regular contributor to his own blog and other media outlets such as Selangorkini, Dewan Kosmik and The Patriots. He was a speaker of Tedx.
Buku yang amat unik di Malaysia, perlu ada lebih banyak buku yang membawa ilmu sains, falsafah, keagamaan, psikologi(penulis sedang menulis) dan lain dalam bentuk yang sama dengan angka 20-30.
Agak pelik dalam Goodreads review, review buku ini amat kurang. Buku ini membawa kehidupan dan idea ahli sains dengan baik. Setiap penulis ada cara penulisannya, saya rasa Zamir & Musoddiq mungkin suka tulis dengan cara ini..
Ahli Sains yang di dalam buku ini paling saya suka , yang saya tidak tahu pasal hidupnya adalah Faraday. Hebat juga autodidact ini. Ada persamaan antara ramai ahli sains ini , ataupun fizik..Mereka mempelajari ilmu ini dengan merentasi pelbagai bidang. Sesuatu yang kurang di sistem pendidikan negara kita.
Satu buku yang harus setiap orang beli untuk diri dan anak. Mungkin untuk perpustakaan sekolah juga.
Buku ini menghimpunkan kisah 25 sarjana fizik yang terkenal dalam susur sejarah, bermula pada era Thales, Aristotle dan Archimides pada abad sebelum masihi (SM) sehingga riwayat hidup sarjana moden seperti Stephen Hawking dan Peter Higgs.
Buku ini memaparkan titik-titik signifikan dalam kehidupan mereka seperti kelahiran, asal-usul, keluarga, pengajian, kisah penemuan saintifik, sumbangan dan seputar dunia sains pada ketika itu. Bacaan yang santai dan menarik dengan gambar-gambar tokoh, keluarga, tempat pengajian, makmal dan lain-lain.
Saya suka dengan kisah Marie Curie, walaupun agak menyedihkan, beliau mempunyai sumbangan besar dalam bidang radiologi dan telah menemui 2 unsur baru iaitu radium dan polonium. Beliau juga merupakan saintis wanita pertama yang menerima Anugerah Nobel!
Perjalanan hidup mereka sangat memberi inspirasi, bagaimana orang biasa boleh membuat penemuan luar biasa selain mengagumi betapa luas dan hebatnya kuasa Tuhan melalui penemuan-penemuan yang menakjubkan! Sangat sesuai untuk mereka yang sukakan sejarah, biografi, juga pelajar dalam bidang kejuruteraan, matematik dan fizik terutamanya, pastinya buku ini bakal memberi inspirasi besar untuk terus belajar dan belajar!
Good enough to provide 25 facts of famous physicists and then the typo arrived. The elaboration I believe it should be more but as the writer wanted to make as simple as it can be so this book is good to go. For the typos, there's too many of it but it's forgivable.
Informatif. Untuk pemula, satu naskhah yang baik. Senang nak faham, senang nak hadam. Banyak juga typo disini-sana, kalau kau boleh ignore benda ini, aku rasa ini boleh jadi buku yang kau akan hargai kerana memperkenalkan dengan baik tentang 25 tokoh fizik dunia.
The Physicists' Odyssey: Kisah-Kisah 25 Sarjana Fizik by Zamir Mohyeddin.
- Buku ini mengisahkan tentang kisah hidup ahli-ahli Fizik yang terkemuka di dunia. Actually, mungkin seorang dua je kot yang terkenal, mungkin yang lain orang jarang dengar. Tapi bagi pelajar Fizik, mereka pastinya familiar dengan nama-nama dalam buku ini.
- Bagi aku, idea untuk menulis dan menerbitkan buku ni adalah sangat bagus sebab orang yang tak tahu pasal Fizik dan tak pernah kenal ahli-ahli Fizik ni akan tahu dengan baca buku ni.
- 24 orang dari tokoh adalah tokoh-tokoh Barat, hanya seorang je tokoh islam iaitu Al-Hazen atau nama gelaran beliau Al-Haytam, the first founder of ilmu optics. Atau dengan kata lain beliau la orang pertama yang mencipta kamera.
- Sebenarnya, ilmu-ilmu Fizik dan astronomi ni adalah dari orang-orang Islam yang kemudiannya dikembangkan oleh orang-orang Barat. Seperti yang kita tahu, the dark ages untuk orang Barat masa tu adalah zaman kegemilangan untuk orang Islam. Hmm aku harap buku kedua pasal tokoh ahli Fizik islam bakal menyusul nanti.
- Oh, apa yang aku dapat bila baca buku ni, tak semua ahli Fizik ni pandai matematik. Ya, aku terkejut jugak sebab biasanya pensyarah aku selalu cakap yang ahli Fizik kena pandai matematik. Tapi ada je ahli-ahli Fizik yang terdahulu tak pandai matematik.
- Selain itu, aku sangat salute mereka ni sebab mereka-mereka yang genius ni bukan saja mahir dalam bidang Fizik saja. Contoh, Thomas Young. Siapa tahu pasal double split experiment yang nak buktikan yang cahaya itu adalah gelombang? Eksperimen tersohor ni still diguna pakai sampai sekarang and suprise what Thomas Young ni juga merupakan pelajar bidang perubatan. Hebat bukan ? Dan kita juga tahu yang tokoh islam pun bukan mahir dalam satu bidang saja malah banyak.
- So, kalau nak cerita kat sini memang tak habis. Korang kena baca untuk tahu. Banyak input yang korang dapat. Untuk student Fizik, buku ni korang wajib baca !
Selesai dengan #thephysicstsodyssey masa untuk #malaysiamilitarypower 2, buku Yang Aku baca ni seperti Kita berada Di masa silam pergi ke masa hadapan kerana pembukaan buku Kita Akan bertemu dengan Thales Yang merupakan saintis pertama Dan Kita Akan baca kisah hidupnya Dalam mencipta falsafah Dan astronomi, kemudian ke beberapa tokoh Yang lain seperti Aristotle,Alhazen dan beberapa lagi tokoh Dari zaman mesopotamia ke Zaman pertengahan hingga ke masa moden Dan buku ni berakhir pada Bab Stephen hawking. seperti manusia Yang lain Aku juga Ada tanggapan Yang ahli saintis ni kebanyakkannya ateis tapi Aku silap bila penulis sendiri Ada letak Nama tokoh seperti Planck, Newton, Einstein,Faraday Dan Maxwell Yang mana mereka ini percaya tuhan walaupun Ada antara mereka Cuba pisahkan wahyu dengan sains. Akhir kata, sains Dan agama adalah saling melengkapi melalui sains Kita sedar Akan kewujudan tuhan Yang mencipta Alam semesta. sekian terima kasih, Assalammualaikum.
Buku ini buat aku rasa tiga perasaan utama. Malu. Kagum. Terinspirasi. Bila baca buku ni aku rasa malu untuk mengaku sebagai seorang saintis berbanding dengan sarjana sarjana yang tersebut dalam buku ni sebabnya aku cuma mengaplikasikan saja penemuan mereka dalam bidang aku. Tapi perasaan malu itu tidak melebihi rasa kagum pada individu individu ini yang mana aku kadang lupa yang manusia sehebat mereka tetap manusia dan kehebatan mereka punya sisi dan kisah kehidupan yang lebih menarik dan mencorak diri mereka ini. Mungkin jika aku mengetahui kisah kehidupan mereka lebih awal seiring pembelajaran hasil penemuan dan kajian mereka mungkin aku lebih menghargai dan bersemangat untuk belajar sains. Apa pun buku ini sangat memberi inspirasi pada diri aku. Jadi terima kasih kepada penulis dan penerbit kerana membuka minda aku.
Buku yang baik, menceritakan secara kronologi biodata ahli fizik terkenal dari permulaan ilmu sehingga ke perkembangan ilmu fizik yang terkini. Sebagai seorang bekas pelajar sekolah aliran sains tulen, saya berasa sangat gembira apabila dapat mengaitkan banyak teori dengan apa yang dipelajari sebelum ini. Keseronokan itu berlangsung agak lama, namun apabila sampai bahagian fizik moden seperti mekanik kuantum dan fizik teoretikal, agak terseksa sedikit kerana saya tidak berapa belajar bahagian ini. Mungkin kerana ini adalah fizik lanjutan. Seperti pengulas lain di Goodreads, typo itu sedikit menjengkelkan tetapi tidaklah menghalang keseronokan membaca buku ini.
Buku berkaitan sains yang pertama saya baca dari The Patriots, dan ianya baik. Harap dapat keluarkan banyak lagi buku sebegini.
A great start to attract public on physics. Liked the compactness and wisdom content! Liked how the author showed the effects of peers and wars on these great physicists. Lack of one star is due to the unforgivable amount of typos. Maybe the editorial crew should be more prudent and detail next time.
With this, I hope the publication company could publish another version of mathematician perhaps?
Buku yang menarik yang menceritakan kehidup ahli fizik yang terkenal yang mungkin namanya hanya kita pernah dengar sewaktu belajar dahulu melalui persamaan, contant, hukum, toeri dan lain-lain. mengenali latar belakang mereka yang pelbagai sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada kita kerana dengan usaha yang berterusan tanpa kenal putus asa, kita boleh mecapai pelbagai perkara di dalam kehidupan.
Menghimpunkan kisah 25 sarjana fizik dunia. Bermula dengan biodata sehingga pencapaian mereka.
Setelah aku baca, betapa kagumnya aku dengan IQ yang telah Allah kurniakan kepada mereka.
Sebelum ini, aku hanya mengenali beberapa nama sahaja dalam dunia fizik. Setelah baca buku ini, aku dapat mengenali 20 lebih individu yang menyumbang kepada peradaban manusia.
Buku yang menjelaskan kisah hidup ahli fizik dengan baik dan terperinci. Buku ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam. Informasi yang berguna disertakan fakta dan rujukan yang memudahkan pembaca melakukan bacaan lanjut di Internet mahupun buku-buku berkaitan.
Bagi yang meminati bidang fizik, bolehlah baca buku ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sarjana-sarjana fizik yang terkenal atau mungkin tidak dikenali. Banyak kisah yang kita jarang dengar mengenai tokoh-tokoh fizik ini seperti kisah keluarga mereka dan sebagainya.
Dapat mengenali beberapa saintis yang popular di dunia ini dengan sumbangan mereka yang semuanya berkaitan dengan teknologi yang sedang kita gunakan....syoq buku nii
Buku ini menghimpunkan 25 figura masyhur dalam bidang fizik yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang ini seperti figura dari zaman Yunani purba seperti Thales yang dikenali sebagai saintis pertama sehinggalah zaman moden kini seperti Stephen Hawking yang dikenali sebagai Einstein era baharu.
Dalam buku ini, kita dapat tahu apakah idea-idea yang dibawa oleh ahli fizik tersebut dan bagaimana cara mereka mengembangkan idea tersebut sehingga menjadi pegangan di seluruh dunia. Perjalanan hidup ahli-ahli fizik yang diceritakan juga sangat memberikan inspirasi.
Bahasa yang digunakan sangat santai, sesuai dengan jiwa orang muda. Berkenaan dengan istilah-istilah fizik yang agak janggal untuk orang biasa, penulis dah nyatakan di awal buku untuk menyemak di enjin carian masing-masing dan bacalah dengan tenang.
"Science cannot solve the ultimate mystery of nature. And that is because, in the last analysis, we ourselves are a part of the mystery that we are trying to solve." _Max Planck (1858M _ 1947M) - The Grandfather Of Quantum Mechanics
...
Planck seorang yang taat kepada agamanya dan merupakan seorang Lutheran. Planck sangat bertoleransi dengan kepelbagaian agama dan fahaman falsafah. Tetapi Planck sangat menentang dengan fahaman Ateis.
Berkenaan agama dan sains, Planck dipetik berkata, "Both religion and science require a belief in God. For believers, God is in the beginning; and for physicist, He is at the end of all considerations. To the former He is a foundation. To the latter, the crown of the edifice of every generalized world-view."
Buku ini lebih kepada sejarah mengenai ahli fizik dari permulaan penemuaan fizik sehingga sekarang. Apa yang saya tau, terdapat ramai ahli fizik di dunia ini. Dan saya tertanya bagaimana penulis akan memilih ahli fizik mana yang akan diceritakan dan apakah kriteria apa yang dipilih oleh penulis.
Seperti yang tertera di tajuk, buku ini mengenai 25 kisah ahli fizik dari 625 S.M sehingga kini. Saya amat terkejut bagaimana orang yang tiada kemudahan teknologi masa kini boleh berfikir di luar jangkaan. Dan seperti yang dijangka, Stephen Hawking, Albert Enstein dan Marie Curie turut tersenarai dalam kisah ini.