Walaupun yatim pada usia 5 tahun, Deja tidak pernah lekang daripada kasih sayang dan perhatian. Dia ditatang bagai minyak yang penuh bukan saja oleh papa dan mamanya, tetapi juga ketiga-tiga abang angkatnya. Tiada yang kurang dalam kehidupan Deja, walaupun ada saja mata yang dengki akan tuah yang dikurniakan kepadanya. Deja membesar di depan mata Aidan, Irfan dan juga Nazran, abang-abang yang terlalu menyayangi dan memanjakannya. Seiring dengan peredaran waktu, Aidan mula menjarakkan diri daripada Deja, kerana dia sedar hukum tidak membenarkan mereka bergaul mesra seperti adik-beradik kandung yang lain. Tetapi adakah benar kerana hukum Aidan tidak lagi mahu mempamerkan kasih-sayangnya kepada Deja seperti yang lazim dilakukannya selama ini? Apakah sebenarnya yang dipendam oleh Aidan? “Kalau apa-apa terjadi pada mama dan papa, percayakan along. Trust him! Promise me!” – Encik Fahmi “So do you trust me?” – Aidan “Of course I trust you.” – Deja “Then marry me…” – Aidan Kahwin dengan Aidan? Memang taklah! Aidan itu abangnya. Takkan bisa dia melihat Aidan daripada kaca mata selain seorang adik. Dia geli, dia jijik mahu menganggap Aidan sebagai suaminya. Namun, janji tetap janji. Deja tidak sanggup menghampakan harapan papa yang telah banyak berbudi kepada dirinya. Atas sebab cemburu, ada yang dengki pada tuah Deja, terutamanya hubungan rapatnya dengan abang-abang angkatnya sendiri. Yang rapat mahu dijauhkan, dan yang mesra mahu direnggangkan. Rina takkan senang selagi hubungan Deja dengan Irfan tidak dipecahbelahkan. “… Yang aku tahu, Dee mesti dah bencikan kau sekarang ni. Jangan haraplah kau boleh rapat balik dengan Dee macam dulu. Jangan harap!” – Rina Sikap Deja yang terlalu berdendam pada keluarga sedarah sendiri juga, akhirnya membuat Aidan lelah. Hubungan mereka sekeluarga yang dulunya amat rapat, kini berantakan. Satu demi satu, Deja ditimpa ujian yang maha hebat. Mampukah Deja bahagia bersuamikan Aidan, abang angkatnya sendiri? Bisakah hubungan yang sudah punah disatukan kembali? Mengapa Rina terlalu cemburu akan Deja? Apa motifnya mahu merampas kebahagiaan Deja?
Alahaiii sweet nyer abg2 angkat Dee dlm citer ni. Aidan, Irfan & Nazran memang syg giler kat Dee even Dee tu bkn adik kandung diorang.
Tapiii..
Aku frust dgn Irfan! Why? Why? Why mamat tu bengong sgt sanggup lukakan hati Dee semata-mata utk backup si Rina tak guna tu? 😭
Sanggup Irfan naik tangan kat muka Dee pdhal dialah abg yg plg rapat sekali dgn Dee. Kalau aku jd Dee pun, aku kecik hati giler jgk wehhh.
Dan aku puas hati sgt dgn scene Aidan dan Nazran berjemaah belasah Irfan dlm bilik tu😂. Memang padan pun kena belasah sampai lebam. Siapa suruh tak cerdik sgt percayakan kata2 Rina tu? Kan dah mendapat...
Watak Nazran pun best, aku suka sgt. Dlm DHTB, dialah abg yg tak pernah sakitkan hati Dee. Bg aku, dialah yg plg memahami Dee bila mana org lain menghukum Dee sewenang-wenangnya. Jadi memang padan pun lepas Aidan dan Irfan dah keluarkan kata bkn2 pd Dee, Nazran sorang jer yg Dee sudi jumpa.
Nazran ni memang sweet sgt dia dgn Dee. Setiap kali ada scene dia dgn Dee, aku suka sgt. Nampak dia punya kasih syg pd Dee tu betul2 dalam dan ikhlas.
Aidan pulak... Mestilah syg dia pd Dee yg plg hebat dan istimewa. Syg dia pd Dee tak sama dgn syg Irfan dan Nazran pd Dee. Dia syg Dee lebih dr seorg adik, dan dia pendam perasaan tu dah sgt lama. Sampailah masa lepas dia dah berkahwin dgn Dee, barulah perasaan dia tu terbongkar.
Aidan ni sweet sgt, dan watak dia memang cool. Dlm apa2 hal, memang Dee yg dia utamakan. Masa scene dia dpt tahu Irfan lempang Dee tu, fuhhh memang mengamuk habis Aidan. Dan-dan tu jgk dia naik ke bilik Irfan dan tumbuk muka Irfan bertubi-tubi biarpun sebelum ni dia tak pernah sekali pun pukul adik2 dia.
"Mulai saat ini, you'd better stay away from my wife! Kau jangan dekat dengan dia, kau jangan bercakap dengan dia, kau jangan fikir nak bernafas dalam ruang yang sama pun dengan dia! Kau faham tak? Aku tak izinkan kau sebut nama isteri aku lagi, dan kau dengar sini baik-baik! Selagi Dee tak maafkan kau, selagi tu kau bukan lagi adik aku!"
Watak Aidan boleh dikatakan hampir sempurna. Dia tegas dlm melindungi org yg dia syg, selalu ada utk Dee, percayakan Dee sepenuhnya dan tak pernah berkasar sampai thp naik tgn pd Dee semasa dia tgh marah.
Tapi ada satu scene ni, buatkan aku juga frust dgn Aidan. Scene di mana Aidan marah2 Dee dlm bilik lepas Pak Ngah Dee dtg cari Dee selepas berpuluh2 thn. Aidan mrh Dee sbb Dee keluarkan kata2 kasar dan tak nak maafkan Pak Ngah dia tu. Aku jgk bersependapat dgn Nazran dan Irfan, kalau aku di tempat Dee sekali pun, aku pun akn terluka sgt dan utk memaafkan org yg mcm Pak Ngah tu... memang rasa sgt payah.
Bygkanlah, Pak Ngah Dee dahlah menolak utk jaga Dee masa mak ayah Dee meninggal masa umur Dee baru saja 5 thn, dah tu boleh pulak dia cemuh Dee tu 'ank sial' dan 'pembawa malang'. Tak cukup dgn tu, semua harta peninggalan arwah mak ayh Dee yg sepatutnya jd hak milik Dee, semua dia guna utk dirinya sampai licin. Satu pun dia tak bagi kat Dee.
Gila, kan. Siapa aje yg tak terluka dan marah kalau diperlakukan sampai ke thp tu oleh Pak Ngah sendiri. Malangnya... silapnya Aidan masa ni sbb dia tak cuba utk letak dirinya di situasi Dee. Mudah2 jer dia nk mendesak Dee maafkan Pak Ngah atas alasan simpati, tanpa dia fikir perasaan Dee yg dah lama memendam luka pd Pak Ngah tu.
Sebenarnya Dee ni memang seorg agak pendendam. Dia payah nak maafkan org bila org tu dah sakitkan hati dia sgt2. Tapi tetap aku tak benci watak Dee ni, aku tetap suka watak dia sbb bagi aku watak dia ni realistik. Dia bknnya jenis hipokrit atau pendam2 perasaan sakit hati seorg diri. Kalau dia sakit hati atau benci kat seseorg, dia tunjuk terus. Terus hambur dan blah dari situ, tak perlu simpan dlm hati dan mkn hati sendiri.
Apa2 pun, keseluruhan citer ni memang sgt memuaskan hati aku. Aku suka semua watak2 utama dlm novel ni. Dee, Aidan, Irfan dan Nazran. Dan aku suka sgt scene kat epilog 1 tu. Scene Irfan dan Nazran yg sgt risaukan Dee waktu Dee dikejarkan ke hospital masa tu.
"Terima kasih, sebab sayangkan Dee, dan tolong aku jaga Dee selama ni." - Aidan
"Kau tak suruh pun kita orang akan tetap jaga Dee. Kau larang macam mana sekali pun, kita orang akan tetap sayang dia, long. Kalau kau kahwin dengan orang lain, tak tentu lagi kita orang akan macam ni tau. Tapi sebabkan Dee tu princess aku..." - Irfan
Bagi Irfan, Dee tu selama-lamanya princess dia. Adik yg plg dia syg.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Actually the entire story is quite good.
Cuma...
Deja, pada N, agak annoying.
Yes, I get it. She is well loved by everyone. Dan N rasa itu yang cuba ditunjukkan oleh penulis.
But...
N rasa there's a fine line between manja dan mengada. And Deja, to me, is a bit of both. Kerana dia disayangi oleh SEMUA ORANG, dia menjadi seorang yang manja dan mengada.
It's fine if you are 10 years old. It's perfectly okay to be both manja and mengada sebab orang akan kata "Awww....comelnya!" But when you are a responsible adult, or at least, at the age where you are SUPPOSED TO BE a responsible adult, tapi masih nak muncung hentak kaki sana sini, itu bukan comel namanya. Itu meluat.
And to be honest, perkahwinan Along and Deja agak disgusting to me because they were raised as siblings.
So while I do enjoyed the story, ada beberapa perkara yang do not sit well with me. Tapi N tetap kasik rating tinggi sebab N rasa kalau N boleh buang rasa geli dan meluat like most of you can, I think I will love this.
Plot cerita ini okay jugak cuma take note ya heroin @ Dee ni kuat merajuk.. sentap. Yelah dia kira anak bongsu.. selalu dimanjakan oleh abang²nya.
F suka relationship Dee dengan abang²nya. Terhibur baca telatah mereka.
Yang merosakkan hubungan Dee dengan abang Irfan @ angah disebabkan oleh Rina. F dah agak siapa Rina masa ini.
Dee ada bestfriend Lisa. Lisa ni bagus. Dia tak sebelahkan siapa². Sentiasa beri nasihat yang baik pada Dee. F rasa if tiada Lisa.. lagi panjang merajuk si Dee ni 😅
Start baca lepas subuh tadi dan berakhir pukul 6 petang🤣 ok here we go....
1. Setiap permulaan bab, ada secoet diari Deeja yang selalunya dimulai dengan 'Dear husband to be...' Aku suka sebab ada kelainan berbanding novel lain.
2. Aku tabik dengan Aidan. Bukan mudah nak kekalkan jarak bila sebelum ni dah terlalu rapat dengan Dee. Dan aku faham bila dia pada mulanya rasa jijik dengan diri sendiri. She's my lil sister! Tapi ketahuilah, perasan cinta tak memilih tuan. Cewahhh😝
3.Aku boleh je terima Deeja kahwin dengan along tau. Tapi aku annoyed dengan sikap Deeja. SPOILED BRATS. TAK BERSYUKUR. Aku pun faham karakter dia terbentuk sebab terlalu dimanjai.
Tapi asyik SENTAP, KUAT MERAJUK bila ditegur, urghhhh! Rasa nak masuk dalam buku dan tolong lempangkan biar minah ni sedar diri. Dah 23 tahun tauu! Nasib baik Lisa tolong basuh otak si Dee dan akhirnya Dee sedar😂
KERAS HATI. PENDENDAM. Pantang orang buat silap sikit, sampai mati dia ingat. Aku faham kesalahan angah tu amat melukakan.
Tapi aku pun faham angah cuma manusia. Bahkan angah dah minta maaf pun tapi kerasnya hati deja, sampai aku pula naik stress🤣 Paling kesiannya Aidan la. Kerjanya asyik nak kena pujuk si Dee.
4. Watak Rina awal² lagi dah tunjuk perangai tak semenggahnya. Spesis tak heran tanggapan orang, rasa dia boleh kuasai orang, kurang ajar. Euwww! Jengkel gila. Dan aku sependapat dengan Dee. Angah deserves someone better. Aku pun boleh teka siapa Rina yang sebenarnya.
Aku annoyed dengan Dee masa mula² je laa. Lepas tu aku jadi geram dan sakit hati dengan Rina. PALING BESAR MALAUN. Kalau ko jumpa ular dan jumpa Rina, mohon ketuk si Rina ni dulu. Dia lagi bahaya dari ular!
Secara keseluruhannya, aku enjoy baca. Ini karya pertama LS dan bagi aku, aku boleh 'hook' dengan penulisannya.
Tahniah penulis, berjaya buat saya tersenyum², menyumpah² perempuan tak tahu malu tu, dan turut bergenang airmata sewaktu mama dan papa meninggal.
Penulisan yang menarik, plot juga menarik. Tapi bagi saya terlalu menumpukan pada plot sehingga mengabaikan perkembangan watak-watak. Dari awal hingga akhir macam tu lah jugak. Agak 2-dimensional.
Banyak filler scene marah-merajuk-memujuk. Penat jugak nak layan.
The best character tentulah Lisa, the most rational person in the entire novel. Sayang jugak Lisa tu tak end up dengan salah seorang abang2 Deja.
Ceria ni comel. Tapi itu lah... bila si Deja ni merajuk terus keluar rumah. Dah satu kerja si abang nk kena cari dan pujuk. Ye lah adik kesayangan kan...
Saya perasan Deja ni memang pendendam. Kadang susah nk maafkan orang yang buat salah pada dia. Adakah sebab terlalu dimanja, itu yang jadi spolied brat.
Perosak utama ialah Rina. Sangat-sangat tak sukakan Deja. Depan-depan pijak semut pun tak mati. Bila belakang jadi mulut puaka. Irfan tu buta cinta. Mudah sangat percaya dengan Rina.
Sebab aku peminat Lynn Safiya jadi review aku mungkin akan tulis buku ni best je. Haha.
Aku suka nilai kekeluargaan yang diterapkan dalam cerita ni. Bukan tipikal cerita watak ke-3 yang cuba rampas hero / heroin. Bukan.
Deeja tersangatlah beruntung mempunyai keluarga angkat yang sayang dia sepenuh hati walaupun saudara mara kandung dia menolak untuk menjaga dia selepas kematian ibu bapanya.
Hubungan adik beradik (angkat) mana yang tak pernah berantakan. Si Angah yang selama ni paling rapat dengan Deeja memilih untuk percayakan Rina (gf) berbanding adik bongsunya. Rinalah duri dalam daging yang cuba memecahbelahkan hubungan Deeja adik beradik tapi malangnya Angah dibutakan dengan cinta dan tak nampak semua tu. Irfan dan banyak kali lukakan hati Deeja sebab lebih sebelahkan gf dia sampai sanggup tampar dan hina Deeja tanpa usul periksa. Memang patutlah Deeja tak maafkan dia.
Aku suka saat Along dan Alang tetap percaya pada Deeja dan sanggup belasah Angah lepas Angah tampar Deeja tanpa usul periksa sebab termakan hasutan Rina. Memang tak sangkalah Angah sanggup pukul Deeja sebab dia paling sayangkan Deeja selama ni.
Aidan (along) memang suami yang penyabar dan penyayang. Cuma silapnya dia terus paksa Deeja maafkan pakngah Deeja yang kononnya insaf lepas makan harta anak yatim. Mujur Nazran (alang) dah brainwash Aidan cukup². Baru Aidan sedar dia tersilap memaksa Deeja tanpa fahan emosi isterinya. Bagi aku salah Aidan tak sebesar salah Irfan (angah).
Lisa, kawan baik Deeja memang kawan yang terbaik Deeja ada. Kalau tak sebab nasihat Lisa waktu Deeja hukum Aidan, Deeja tentu takkan sedar yang dia seorang pendendam. Atas nasihat Lisa lah Deeja kembali ke pangkuan keluarga dan memaafkan suami dan abangnya. Aku berharap Lisa boleh jadi gf angah lepas angah putus dengan Rina tapi tak berjodoh rupanya. Huhu.
It's a worth reading for me. For me la. Jangan marah aku pulak kalau korang rasa tak berbaloi mana pn baca buku ni sebab citarasa manusia kan berbeza :)
Dear husband to be mengisahkan tentang Deja yg kematian kedua ibu bapanya semasa usianya 5 tahun. Tiada tempat bergantung, lalu sepasang suami isteri mengambilnya sbg anak angkat. Hidup Deja penuh kasih syg sehingga beranjak dewasa. Walau hy anak angkat, Deja sgt disayangi dan dilindungi oleh ketiga-tiga abg angkatnya sehingga ada perasaan benci dan dendam di hati Rina. Kerana Rina, hubungan adik beradik itu berantakan dan saling menyalahi di antara satu sama lain. Namun kasih sayang Aidan bkn shj sbg seorang abang yg sulung, malah lebih dari itu. Kerana tanggungjawab dan amanah, Aidan yg sentiasa ada disisi Deja dan adik-adiknya. Jujur dari hati, kisah ini sarat dengan kasih sayang di antara adik beradik. Tersentuh dengan keakraban mereka. Cuma, kasih syg tu membuatkn Deja terlalu manja dan kuat merajuk. Cerita ini tidak terlalu berat dgn konflik yg agak biasa.
Aku rasa, macam tak pernah je, aku tak suka novel Lynn Safiya. Semuanya best untuk aku. .
Kali ni, cerita tentang Aidan dan Deja. .
Watak Deja ni memang lah agak childish. Mungkin sebab dia anak yatim sejak kecil, kemudian dijadikan anak angkat oleh keluarga Aidan dan disayangi oleh semua orang. .
Aidan ialah abang sulung. Dari kecil, mereka mesra sebagai abang dan adik. Sehinggalah Aidan tersedar yang mereka bukanlah keluarga kandung dan Aidan mula menyimpan perasaan terhadap Deja. .
Aku suka Aidan. In fact, aku suka semua hero LS. Ada aura protective, dominant, caring dan almost perfect. Dalam novel ni, ada je part Aidan yang melukakan hati Deja. But then, again, semua hero LS memang takkan mampu buat heroinnya merajuk lama. .
Cerita yg sangat santai tak banyak conflict sungguh menarik kisah 3 beradik Along, Angah dan Alang + si manja yang kuat merajuk Deja.. ❤️❤️❤️ Aidan si Along yang caring, tegas, penyayang dan kuat cemburu .. Harus baca banyak pengajaran yg boleh kita ambil iktibar. You will enjoy reading this book.
Cik N beli sebab baca review ramai yg kata best.Tapi tulah,mungkin tak kena dengan selera Cik N.Paling tak boleh terima lepas kahwin pun Dee masih panggil Aidan dengan panggilan along.Oii geli laa 🤮 Mulut si Aidan ni pun boleh tahan jugak ye.Nazran sorang je yg paling cool dalam cerita ni.