Jump to ratings and reviews
Rate this book

Surat Bersampul Perang

Rate this book
Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula. Namun... kadang-kadang kita tidak akan menemuinya lagi: walau di mana-mana pun, dan walau sampai bila-bila pun. Lalu, bagaimana jika kita temui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan ia di tangkai hati...?

472 pages, Paperback

First published April 1, 2018

3 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Noor Suraya

37 books282 followers
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.

Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.

~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (57%)
4 stars
13 (34%)
3 stars
3 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 21, 2018
Membaca kisah Farhana (Anah), rasa dahulu dan sekarang sama walaupun tajuk buku sahaja berbeza. Rindunya Kian Membara telah dicetak semula dan diberikan tajuk yang lebih 'kena' dengan jalan cerita. Cik Pah suka dengan tajuk novel ini Surat Bersampul Perang seolah menggambarkan kisah hidup Anah yang akan berputar 360 darjah setiap kali adanya sampul perang yang mengandungi

1. sijil dan gambar perkahwinan suaminya Masri dengan gadis pilihan ibu lalu menghancurkan hati Anah dan menyebabkan jatuh taklid
2. surat Anah kepada Masri yang diutuskan perkhabaran tentang anak kembar mereka tidak sampai ke tangan Masri menjadi senjata untuk Masri menuntut hak penjagaan anak
3. surat Naajah kepada Tuhan Syurga telah disengajakan Naajah untuk Paklong membaca isi kandungannya supaya dia dapat menjadikan Achik Anah sebagai mama dan bukan sebagai maklong

Tahniah Kak Su berjaya menggembur pelbagai rasa dalam kisah hidup Anah. Satu pengajaran untuk anak-anak gadis agar tidak membuang keluarga kerana turutkan kata hati sayangkan kekasih hati. Arang yang di conteng dimuka belum lagi padam , datang pula musibah lain menjadi bahan orang kampung membawang. Kasihan mak, kasihan abang dan adik Anah. Yang pasti apa yang telah berlaku menghantui hidup Anah walaupun telah lama berlalu.

Cik Pah ingatkan Anah akan bahagia selamanya selepas hatinya diserahkan kepada si suami, rupa-rupaya kisah sendu Anah bersambung dalam Kekasih Waktu. Berapa kali dah raya Cik Pah tak dapat maafkan Paklong Imran.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
March 29, 2020
Bencinya bila air mata kau masih jatuh mengalir, di tempat yang sama saat kau membaca edisi awalnya dulu.

Seorang lelaki ingin dicintai, Farhana. Dia tak ingin sekadar dikasihani.



Full review: 29/3/2020

Edisi terbaharu Rindunya Kian Membara (RKM) 😍. Tapi ya ampunnn, masih lagi pedih hatiku bila membacanya. Lebih-lebih lagi bahagian rasa hati Anah.

Apa yang bezanya dengan yang lama? Adalah mana leh cerita 😝🤭. Tapi kan kalau tak baca buku lama pun takde masalah ya. Buku ini sudah cukup lengkap semuanya.

Untuk review penuh boleh saja lihat di novel RKM ya.
Selamat membaca!
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
June 10, 2018
Rupanya kisah ni adalah kisah yang sama dari novel Rindunya Kian Membara. Mana la aku tahu sebab novel RKM tu aku takde dan tak pernahpun membacanya.

Rupanya, kisah ini juga adalah kisah terdahulu dari Kekasih Waktu. Mana la aku tahu sebab aku baca Kekasih Waktu dahulu dan kisah SBP ini aku baru je habis baca.

Cepat-cepat aku jenguk GR untuk tengok sama ada aku dah pernah baca Kekasih Waktu ataupun belum. Jika belum, sekarang juga aku nak pi order buku tu dari Kak Su! Mujurlah aku dah baca. Lega rasa hati. Haha.

Aku memang nak si Anah tu kahwin dengan Imran sebab nak bagi peluang Imran menjadi seorang suami tapi apabila Anah kahwin dengan Ilham, pun okay juga. Asalkan jangan Anah kahwin semula dengan Masri! Menyampah aku dengan mak si Masri tu. :D

Apapun, alhamdulillah kerana aku sudah memiliki kedua-dua naskah ini. Teringat pada Kekasih Waktu, hati jadi sebak la pula.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 6, 2018
lelah menjadi seorang farhana...

TBC
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
March 27, 2020
Ni permulaan kisah Najah dan Zynn. Huhu starting rindu Kekasih Waktu.

At first sebenarnya, Najah dan Zynn tak perlu jadi adik-beradik pun. Sebab masa tu umi Zynn nak kawin dengan Paklong Najah, bukan nak kawin dengan papa Najah.

Tapi disebabkan Najah tulis surat kepada Tuhan, minta nak tukarkan mata dia kalau bakal mak long dia dapat jadi Umi dia, Paklong yang tolong nak poskan surat tu dekat Tuhan dah baca isi hati si kecik, jadi terjadilaa pengorbanan yang bukan kecil. Paklong berkorban bagi bakal isterinya kepada adik dia, papa Najah semata2 nak bagi Najah ada umi semula.
Dan apabila papa dah tak ade, baru paklong kawin dengan umi Najah, kaksya, Nuha, Zeti dan Zynn.

Najah,
Paklong dah banyak berkorban untuk Najah,
Jadi kenapa tega nak marah2 paklong Imran bila dia buat perangai dalam Kekasih Waktu??

Buku ni starting point, Najah jatuh hati dekat abang (Zynn)

I really adore watak Imran dan Farhana. Imran terutamanya.. Setianya dia. Walau masa di usia tua (dalam kekasih waktu, dia jadi sedikit nakal)

Cinta itu bagi Imran, mungkin bukan untuk memiliki orang yang kita sayang. Tapi cinta itu pengorbanan, untuk melihat semua yang lain2 bahagia. Dan mungkin kita akan bahagia juga, dengan cara kita sendiri.

:)
Profile Image for Siti Nur.
23 reviews
October 22, 2018
Mula mula tak nak beli buku ni di PBAKL sebab nak pinjam saja. Tapi bila fikir balik buku kaksu kot takkan tak beli sebab nanti mesti menyesal. Lepasni tak ada terbitan lagi dari jemari seni dah.
Jadi buku ni sangat memberi inspirasi. Dr Farhana walaupun telah bercerai dengan suaminya Masri namun tetap gagah menuntut ilmu dan membuktikan dia tetap boleh berdiri tanpa lelaki di sisinya.
Perkahwinan dengan Dr Ilham seterusnya sangat unik. Terutama bila mereka mencoretkan nota dan meluahkan rasa hati dalam buku. Rasa hati yang tak boleh disuarakan.
Dan paling tak sangka, kekasih waktu ada lah sambungannya selepas 18 tahun. Aku baca buku kekasih waktu terlebih dulu baru buku ni.
Overall, best. Sy suka tulisan kaksu ☺️
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
June 9, 2025
😥😥😥😥

Saya usaha cari novel Kekasih Waktu kt kampung cuti raya kali ni. Tapi malangya kotak berisi novel-novel tu dah jauh ke dalam. Tak dapat dicapai. Aduh sedihnya.

Tak tahu nak review macam mana. Gembira dan bahagia tu tetap ada tapi masih diiringi dengan kesedihan yang tentu mempunyai hikmah yang tersendiri.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.