Dan sekarang, terkumpullah ingatanku ke tanah yang akan kusinggahi. Tanah Iraq dan ibu kotanya Baghdad. Maka terkenanglah saya akan riwayat-riwayat yang telah lama dibaca dalam buku. Baik buku-buku waktu masa kemegahan Islam, atau buku-buku hikayat 1001 Malam yang terkenal dan masyhur itu. Teringatlah bahwasanya sejak zaman purbakala, tanah Iraq, iaitu hujung sebelah utara dari Jazirah Arab, di tepi sungai-sungai Dajlah dan Furat, adalah negeri yang telah melalui riwayat beribu-ribu tahun.
Di sanalah dahulu kalanya berdiri kerajaan Babylonia. Dan di negeri Babylonia itulah meninggal Iskandar Masedonia ketika dia hendak pulang kembali ke Yunani, sesudah menaklukkan tanah Parsi dan sebahagian dari tanah India. Iaitu 3 abad sebelum Al-Masih dilahirkan.
Buku ini merupakan kisah pengembaraan Buya Hamka ke Kota Baghdad, Iraq pada tahun 1950. Pernah diterbitkan kali pertama pada 1952 oleh penerbitan GAPURA N.V. Jakarta. Terbitan pertama 2018 oleh Jejak Tarbiah dengan izin hakcipta pewaris Hamka.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
Membaca naskah travelog seorang ulama seperti HAMKA pada tahun 2018, ternyata begitu mengesankan.
HAMKA menjadi contoh seorang agamawan yang universal. Bersaudara dengan semau orang tanpa prejudis dengan perbezaan mazhab. Catatan perjalanan beliau juga banyak mengajar saya bahawa kita perlu teguh pada jati diri sendiri tetapi usah bermusuh tapi bersaudaralah. Begitu juga HAMKA memberi tauladan yang baik semasa ziarah beliau di Amerika dalam travelog '4 bulan di Amerika'.
Lama saya membaca setiap baris ayat persaudaraan antara HAMKA dengan orang-orang syiah di Iraq. Dan keterbukaan HAMKA dalam membaca buku-buku tulisan tokoh syiah juga. Ketika ziarah beliau di pusara tokoh syiah, mutawif ada mengajarkan doa dan HAMKA menurut kecuali ayat-ayat yang mencela sahabat, beliau diam.
Dalam banyak-banyak bahagian, saya sangat tertarik dengan cara HAMKA berhadapan dengan golongan syiah. Beliau ajak bersaudara bukan bermusuh.
Dan kita pada hari ini, perlu bercermin pada HAMKA ketika berhadapan dengan manusia yang berbeza. Kerana akhirnya, persaudaraan dan kemanusiaan itu jauh lebih utama berbanding perbezaan.
Kalau mengharapkan cerita tentang bangunan bersejarah, atau lokasi menarik untuk dilawati, atau hal masyarakat setempat; buku ini tidak ada itu semua.
Yang ada ialah cerita-cerita kota Baghdad (atau Iraq secara amnya) yang bermula dari zaman nabi / para sahabat sehinggalah hari ini (1950). Kisah jatuh bangun, kemasyuran, pengkhianatan dan agama-agama yang berpecah tetapi juga bersatu.
Resmi orang berilmu dan sentiasa dahagakan ilmu, kembara Buya Hamka sangat memberi makna. Syiah, sudah tentu ajarannya tidak dipersetujui oleh ASWJ. Tetapi Buya Hamka meraikannya selagi tidak melanggar batas (melawat perkuburan di Karbala).
Dan Buya Hamka melalui satu kembara yang sangat mengujakan. Banyak yang diketahui beliau melalui pembacaan, akhirnya bertentang mata melihat sendiri lokasi dan manusia-manusia yang selama ini diketahui dari bahan bacaan sahaja. Ah! Jadi geram dengan orang ilmuwan sebegini. Tidak sia-sia apa yang ditempuhi beliau. Sentiasa ada sisi pengajaran dan ilmu diperoleh dari setiap langkahnya berkelana.
Cuma, ya ada cumanya. Oleh kerana buku ini bercerita tentang keadaan politik Baghdad yang memerlukan banyak nama tokoh disebut, saya jadi agak keliru. Kadang-kadang membaca terus saja, tanpa cuba memahami ini siapa dan dari mana, dan kenapa beliau bertindak begitu. Ada kalanya terpaksa diulang baca, untuk memahami bab seterusnya.
Sebab itu juga, bacaan saya untuk buku setebal 194 muka surat ini lambat.
Apa yang saya dapat fahami selepas membaca travelog Hamka ke Baghdad pada tahun 1950 ialah umat Islam sepatutnya meraikan perbezaan pendapat dan bukan menyekutu sesama sendiri. Mungkin jika beliau hidup hari ini (2021) beliau akan dilabel sebagai seorang "liberal"!
80% daripada keseluruhan buku ini berkisarkan sejarah negara Iraq bermula dari awal terbentuknya negara tersebut, peristiwa pada zaman Nabi Muhammad SAW, para sahabat, perang Siffin, peristiwa Tahkim sehinggalah kepada kemunculan benih-benih pengaruh Syiah di negara tersebut, sistem pemerintahan, kepincangan sosioekonomi yang menjarah rakyat marhaen sehingga kini dan negara Iraq pada zaman moden.
Pembacaan Hamka yang mencapah dan pengalaman beliau yang luas melazatkan lagi rencah pembacaan buku ini apabila beliau mencoretkan kisah tokoh-tokoh baik dari ilmuwan Sunni (Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali) mahupun Syiah, kisah para sahabat sehinggalah golongan kiri (Marx, Lenin & Stalin). Tokoh-tokoh sasterawan seperti Taha Husain, negarawan-ilmuwan seperti Maulana Abul Kalam Azad, tokoh sufi seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jailani juga diselitkan secara bersahaja dalam buku ini selain kisah susur galur kekeluargaan di sesebuah negara (Syed, al-Habsyi, al-Attas, Bin Semet dan al-Kaaf)
Kupasan yang paling mengujakan sudah tentulah mengenai latar Syiah di Iraq (penganut Syiah mengagungkan tiga tempat iaitu Karbala, Najf - pusat keagamaan dan Baghdad) serta kaedah penuh hikmah beliau dalam bertaammul dengan individu yang berlainan pegangan – yang menjadi salah satu teras kekuatan dan kekayaan beliau dalam mencedok ilmu dan pengalaman yang tidak bertepian.
Catatan perjalanan Hamka ke tanah Iraq, tanah yg disebut sebagai tanah fitnah oleh Nabi. Iraq penuh dengan sejarah hitam. Tertarik saat membaca tentang kaum kerabat Genghis Khan. Kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka.
Genghis Khas > Tolui Khan > Hulagu Khan > Tekudar
Hulagu Khan dipandang sebagai pemusnah besar peradaban dan kebudayaan Islam akan tetapi anaknya pula Tekudar, menjadi pembela agama Islam. Tekudar masuk Islam dan menukar namanya kepada Ahmad.
Antara kerosakan yang dilakukan Hulagu Khan pada tahun 1258 masihi -Merampas, merompak, menyamun, membunuh dan merogol -Bibliotek (perpustakaan) Baghdad dimusnahkan. Kitab-kitabnya dihanyutkan ke Sungai Dajlah sehingga hitam airnya kerana pecahan tinta di atas kertas -Sejarawan menganggarkan 1 800 000 mati dibunuh ketika penaklukan Baghdad bersamaan 80% penduduk kota Baghdad
Kisah perjalanan. Irak. Ditulis ulama dan sastrawan legendaris. Tiga hal yang bikin saya begitu tertarik pada buku ini dan langsung membacanya, membuat buku-buku lain yang sedang dibaca, mengalah dulu :D.
Dan memang, saya langsung tenggelam dalam kisah yang ditulis 69 tahun lalu ini. Mungkin ada kerinduan dalam diri saya pada sosok ulama satu ini. Rindu pada buah karyanya, rindu pada kisah dan pengalamannya, juga rindu dengan langgam Melayu yang sangat khas. Penerbitnya sendiri tampaknya sengaja membiarkan gaya bahasa dan penceritaan yang sangat khas (meski penyuntingannya kurang cermat). Bertabur kata dan diksi yang mungkin sudah jarang digunakan di dalam masyarakat Indonesia sekarang. Contohnya dalam judul buku ini sendiri. Saat ini orang lebih familier dengan nama sungai Tigris dibanding Dajlah, bukan? Dajlah adalah istilah bahasa Arab untuk Tigris. Dalam bahasa Turki: Dicle.
Jika berharap buku ini adalah kisah perjalanan, seperti buku-buku traveloguemasa kini, mungkin akan kecewa (untuk buku genre ini saya rekomendasikan baca buku Hamka yang lain, 4 Bulan di Amerika. Sebab Hamka tak terlalu banyak mengeksplorasi hal tersebut. Beliau lebih banyak mengulik sejarah dan kultur salah satu negeri tertua di dunia ini. Terlihat wawasan dan keluasan pandangan Hamka dalam menuturkan hal tersebut.
Yang juga menarik buat saya adalah sosok Hamka yang tegas dan berani untuk hal-hal yang beliau anggap sebuah prinsip dan kebenaran. Dalam sebuah undangan di Kedutaan Turki, Duta Besar Turki berbincang dan menyayangkan mengapa Hamka tidak melanjutkan perjalanannya ke Turki. Sang Duta Besar berkata bahwa bangsa Indonesia sangat dikagumi di Turki dan dia siap memberi visa. Apa kata Hamka: “Maafkan saya, Paduka Tuan, jika saya menyinggung perasaan Tuan. Lama sekali tersiar berita bahwa bangsa Turki telah meninggalkan ajaran agama Islam dan menukar undang-undang dasarnya dengan yang baru, serta pemerintahan negeri Tuan hanya kebangsaan saja.”
Hal tersebut adalah bentuk kekecewaan Hamka terhadap Turki yang menghapus sendi-sendi keislaman setelah Mustafa Kemal Ataturk mengubah dasar negara menjadi republik. Saat membaca paragraf saya berteriak dalam hati: “You rock, Sir!!” :D
Hamka juga menuturkan tentang nasionalisme sempit dari negara-negara yang baru merdeka seperti Mesir, Irak, juga Indonesia. Begini tutur Hamka: “Negeri-negeri yang baru merdeka biasanya kerap diserang penyakit kebangsaan yang sempit. Mesir misalnya, setelah merdeka mulai membangga-banggkan Firaun, kemegahan piramida, serta merada dirinya tak ada hubungan dengan bangsa Arab… Begitu juga di India yang muncul gerakan Hindu Mahasahbh, yang memandang politik Gandhi dan Nehru terlalu lembek dan suka berdamai pada Islam, hingga Gandhi dibunuh oleh kaum tersebut. Penyakit ini menular ke Indonesia. Ada sebagian yang hendak “menjawakan” Indonesia. Banyak terdengar suara-suara hendak kembali pada yang “asli” seperti Mesir. Padahal Indonesia terdiri dari banyak suku bangsa yang memiliki tradisi dan budaya masing-masing.”
Wah, relate banget kan dengan kondisi sekarang di Indonesia? :D Ada sebagian kelompok yang gemar menuding bahwa jilbab adalah budaya Arab yang tak sesuai dengan Indonesia. Budaya asli Indonesia misalnya adalah kebaya. Padahal jilbab bukan budaya Arab dan kebaya bukan asli busana Indonesia.
Saya membayangkan, apa pendapat Hamka tentang nasionalisme sempit tersebut jika beliau masih hidup? Saya juga membayangkan kesedihan beliau melihat Irak yang sempat hancur lebur. Dari perang Iran-Irak, hingga dihancurkan AS dan sekutunya. Ah.
Empat bintang untuk buku ini. Tiga bintang untuk isi yang cukup padat tentang Irak dan kultur serta sejarah yang dituturkan penulis. Plus satu bintang untuk banyak hikmah dan pelajaran dari sosok ulama dan sastrawan ini.
Di Tepi Sungai Dajlah tidak kalah dengan buku yang pertama, Menyusuri Lembah Sungai Nil meskipun lebih tipis yang boleh difahami kerana kunjungan ke Iraq bersifat tidak rasmi dan persinggahan ketika pulang dari Mesir.
Bagaimanapun, ia diimbalkan dengan rakaman sejarah panjang Iraq yang dipadatkan secara santai tetapi sampai ke kalbu, bahkan boleh menyebabkan mata berkaca terutama ketika merakamkan sejarah pedih menimpa cucunda Rasulullah SAW, iaitu Sayidina Hasan dan Husain.
Ya, Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sejati pasti menyintai kedua-dua permata Baginda itu, sebak dan menangis ketika membaca kembali peristiwa Karbala - bagaimana insan yang tumpah kasih sayang Baginda Nabi itu, tega untuk ditumpahkan darahnya secara zalim dan kejam.
Namun, seperti apa ditulis Hamka dalam buku ini ketika berkunjung ke Karbala, terutama makam Sayidina Husain: ‘Oleh sebab kami adalah kaum Sunni, dan pasal kutuk-mengutuk itu tidak ada dalam ajaran kepercayaan kami, maka sepanjang bacaan kami berdiam diri.’
Dalam kedua-dua buku ini, saya mendapat pengajaran penting mengenai pemikiran Hamka. Meskipun beliau dikenali sebagai Kaum Muda yang tegas (dan adakalanya keras) terhadap apa yang disifatkan sebagai bidaah (ini tentunya memerlukan perbincangan lanjut bukan sahaja terhadap konsep bidaah dalam pandangan ASWJ, bahkan perlu mengambil kira konteks zaman termasuk di Indonesia), Hamka tetap menyanjung, bahkan sedia merangkul sesuatu kebaikan walaupun ada kesilapan dalam sebahagian yang lain.
Dari sisi lain, buku ini menyerlahkan betapa Hamka adalah ulama ensiklopedik, pengetahuannya merangkumi sejarah pra-Islam dan tamadun Islam, falsafah dan kesusasteraan Barat dan Arab/Islam, malah beliau juga adalah orang perjuangan yang turut sama mengatur strategi perang menentang Belanda.
Betapa lama saya tidak membaca karya penting Hamka, hingga adakalanya terlepas pandang terhadap keunggulan tokoh ulama ini. Memang pandangan Hamka ada perbezaan dengan ulama yang lain terutama Kaum Tua tetapi kita perlu melihatnya dengan mengambil kira konteks zaman seperti juga kepada tokoh modernis Islam sezaman.
Mereka hidup ketika umat Islam berada pada roda terbawah peradaban, menyaksikan Empayar Turki Uthamaniyah yang boleh dianggap bapa bukan sahaja sudah tua dan sakit, bahkan sedang nazak dan menghembuskan nafas terakhir, meninggalkan anak sedangkan harta warisan dirampas serta dibahagi-bahagikan oleh penjajah.
Maka, setiap alim ulama dan cerdik pandai pastinya akan mengemukakan penyelesaian terbaik untuk membela anak-anak yatim ini. Namun, situasi dihadapi terlalu berat sedangkan diri berada dalam kedudukan paling lemah, sudah pasti setiap penyelesaian diberikan banyak kelemahan tetapi itulah yang terbaik pada fikiran mereka.
Hamka bersama-sama ulama dan modenis Islam lain begitulah. Namun, kita tidak boleh menafikan kejujuran untuk memulihkan ummah.
Saya fikir kedua-dua buku Hamka ini, mengembalikan saya untuk menerima hakikat ini, sekaligus terus membuka diri untuk membaca karya beliau lagi selepas ini.
Pada mulanya saya fikir buku ini merupakan sebuah karya fiksyen atau novel. Saya silap. Ia merupakan karya travelog. Uniknya Buya Hamka menambahkan pengetahuan kepada pembaca tentang asal-usul, sejarah, latar belakang dan pemerintahan lampau Iraq sejak bermulanya pemerintahan Khula ar-Rasyidin sehingga era Raja Faisal II. Selain memerihalkan tentang politik dan sejarah, saya paling tertarik apabila penulis menerangkan tentang Syiah dan Sunni di sini yang berakar umbi sejak beribu-ribu lampau. Penulis juga sering terkenangkan keadaan negaranya, Indonesia yang waktu itu baru mencapai kemerdekaan.
Catatan perjalanan yang sarat dengan maklumat tentang Iraq dan sejarah-sejarah yang berkaitan dengannya, kehidupan rakyatnya, kebudayaan dan banyak lagi.
Bingkisan pengembaraan Tuan Hamka pada tahun 1950 ke beberapa lokasi sarat sejarah dan kenangan di Iraq. Keterangan yang agak padu bagi saya mengenai pengikut Syiah dalam Bab bertajuk Mazhab Syiah. Menggelegak darah membaca tragedi pembunuhan Hussain cucu Baginda Rasulullah SAW disebabkan Yazid anak lelaki Muawiyyah. Melalui perkongsian Tuan Hamka, fahamlah saya apa asal usul cebisan tanah liar serupa batu yang pengikut Syiah bawa dan jadikan alas pada kening ketika sujud dalam solat.
Sememangnya saya masih terngiang sebuah buku yang kulitnya berwarna merah, dengan tajuk yang jelas mengutuk pengikut Syiah. Ada dalam simpanan namun belum saya baca.
Tuan Hamka ada menyebut sesuatu yang meningkatkan saya kepada kelebihan beliau, melihat sesuatu, memahami sesuatu, bertafakur memikirkan sesuatu, menulis mengenai sesuatu... semuanya dalam tenang. Saya teringat seorang tokoh yang saya kenali, baru-baru ini sesuatu yang beliau kongsikan di laman media sosial telah dijadikan bahan kecam ratusan netizen. Beliau dituduh macam-macam seperti berfahaman liberal, bertongkatkan fahaman Barat, perlu berbaharui syahadah, dll. Saya tahu amat bahawa beliau antara yang amat meminati karya-karya Tuan Hamka. Buku tulisan Tuan Hamka adalah antara buku yang pertama beliau baca ketika kecil, menarik beliau untuk menjadi seorang pembaca buku. Fikir semula nada tulisan Tuan Hamka, hmmm
Penggembaraan Hamka ke Iraq mengingatkan saya kepada pengembaraannya di Amerika Syarikat dalam bukunya 4 Bulan di Amerika. Pengembaraan beliau tertumpu di sekitar kota Baghdad, Najaf dan Karbala. Namun begitu, buku ini tidaklah diceritakan secara terperinci tempat-tempat yang beliau ziarah sepertimana di Amerika yang tulisannya dijilidkan sehingga kepada dua bahagian.
Coretan perjalanannya lebih banyak tertumpu kepada sejarah Islam terdahulu dari hujung zaman hidup Rasulullah, diteruskan pula zaman Khulafa ar Rasyidin, Kerajaan Umayyah, Kerajaan Abbasiyah, Kerajaan Uthmaniyyah sehinggalah ke zaman perintahan Raja Faisal II yang memerintah Iraq. Sememangnya Iraq merupakan tanah yang cukup masyhur dan menjadi rebutan pihak luar, yang mana pernah menjadi tapak kerajaan awal purba iaitu Tamadun Mesopotamia (antaranya Babylon), kerajaan Abbasiyah, sehinggalah zaman sekarang kerajaan Saddam Hussein dijatuhkan oleh Amerika atas sifat tamak yang tiada penghujung.
Jatuhnya kerajaan Islam terdahulu juga disebabkan sifat tamak kuasa yang ada pada keturunan arab tertentu. Jatuhnya kerajaan Saidina Uthman, Saidina Ali disebabkan semangat puak yang menebal. Hamka menukilkan ketika menziarahi Karbala bahawa atas sifat tamakkan kuasa, mahu membalas dendam sehinggakan cucu Rasulullah s.a.w iaitu Saidina Hussein disuruh bunuh oleh Khalifah Yazid dan dipenggal kepalanya oleh Syibil bin Yazid (Kerajaan Umayyah). Itu antara sebab mengapa golongan Syiah di sana sangatlah sedih atas kepermegiannya cara begitu.
Hamka walaupun berpegang kepada fahaman Ahlul Sunnah, tetapi apabila beliau berhadapan dengan golongan Syiah di sana, beliau tetap meraikan fahaman mereka dan turut sama-sama berduka atas kematian Saidina Hussein dan menunjukkan kecintaannya terhadap keturunan Rasulullah s.a.w. Atas sifat keterbukaan dan hormat menghormati, mutawif (Syiah) yang membawa Hamka di sana sangatlah kagum atas keperibadian yang dimilikinya.
Di Tepi Sungai Dajlah adalah kisah perjalanan Buya Hamka menelusuri wilayah Irak, terkhusus Baghdad. Perjalanan dilakukan pada tahun 1950, dimana Indonesia masih tergolong baru mereguk kemerdekaan, dan sangat diapresiasi oleh Negara Irak. “Semua pemerintahan itu (Irak) membela kemerdekaa Indonesia. … Ketika terjadi agresi Belanda yang kedua, mulai dari Mesir, Irak, Syria, Lebanon, Pakistan, sampai India, mereka serentak memboikot kapal-kapal terbang Belanda—tidak boleh berlabuh di pelabuhan terbang mereka.” ~ h. 168.
Membaca perjalanan Buya Hamka ini, tidak hanya bercerita tentang tempat-tempat istimewa yang dikunjungi. Bahkan, sebagian besar menuturkan sejarah keislaman dari masa Rasulullah saw hingga sistem pemerintahan yang bersambung ke tanah Irak. Sorotan sejarah sudah pasti yang terjadi di wilayah Irak, sejak Ali bin Abi Thalib ra menjadi khalifah, yang menempatkan pusat pemerintahannya di Kufah, berlanjut dengan pergantian dari bani ke bani yang penuh dengan intrik dan darah.
Sejarah singkat keislaman yang tersurat dalam Di Tepi Sungai Dajlah, dapat menjadi bacaan awal untuk yang ingin mengetahui garis besar sejarah Islam dan siapa-siapa saja tokoh yang berpengaruh dalam sejarah pergantian kepemimpinan atau dinasti, sampai pada sejarah Karbala yang menjadi dasar tegaknya paham Syi’ah di Irak. Dan, karena buku ini semacam memoar jadi gaya penyampaiannya mengalir, selain itu juga tidak membosankan.
Profilnya yang juga seorang pujangga, Buya Hamka juga tak luput menyampaikan tentang kesusastraan yang tenar di Irak, juga terselip bait-bait puisi yang mewakili. Dan, semakin lengkap, nantinya Buya Hamka juga menuliskan sebuah puisi kenang-kenangan terkhusus untuk tanah Irak.
“Pembaca bisa mengetahui akar sejarah dari keberadaan Syi’ah, Sunni (Ahlus Sunnah wal Jamaah), serat perselisihan yang kerap mewarnai kehidupan di antara kedua golongan ini— Syi’ah dan Sunni.” ~ Pengantar Penerbit.
Tak dipungkiri, Konflik Syi’ah dan Sunni juga melanda Indonesia. Buya Hamka sendiri memiliki kenangan masa kecilnya saat melihat perayaan Tabut kaum Syi’ah di Padang Panjang, yang dituangkan dalam buku Di Tepi Sungai Dajlah. Selain menguraikan sejarah paham Syi’ah dengan singkat, Buya Hamka juga mengisahkan perjalanannya ke tempat-tempat ziarah kaum Syi’ah.
“Kami ini bangsa Indonesia, dan madzhab kami adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah (sunni), madzhab Syafi’i. Namun, kami tidak membenci zuriah Nabi saw. (keturunan Nabi saw). Kami berziarah kemari dari tempat yang jauh karena kami pun cinta kepada Husain ra.” ~ Buya Hamka h. 71
Sudah menjadi pengetahuan umum, bahwa pekuburan Husain ra sangatlah sakral bagi kaum Syi’ah tapi penggambaran Buya Hamka selama mengunjunginya menjadi sesuatu yang baru buatku, semisal tentang sejarah tanah tempat pembantaian keluarga Husain ra dipenggal dianggap sebagai ‘jimat’ yang membuat penyimpannya akan senantiasa diikuti malaikat.
Menariknya, meski Irak sarat dengan kaum Syi’ah, ternyata tempat ziarah untuk kaum Sunni juga ada. Salah satunya yang terkenal adalah Masjid Abdul Qadir al-Jailani, dimana beliau memiliki tarekat sendiri bernama Tarekat Qadiriyah yang fanatiknya tak kalah dengan kaum Syi’ah kepada Husain ra. “Pada beberapa Negara, kepercayaan terhadap pribadi Syekh Abdul Qadir al-Jailani sudah sangat mendalam, …. Kadang-kadang, kepercayaan terhadapnya lebih besar daripada kepercayaan terhadap Nabi Muhammad saw.” ~ h. 93.
Mungkin karena akhir-akhir ini nama Buya Hamka banyak berseliweran di lingkaran pertemanan dunia mayaku, jadinya semangat untuk menuntaskan dan mengenal HAMKA melalui karyanya. Alhamdulillah, sangat menikmati dan ingin menuntaskan buku-bukunya yang sempat mandeg.
Membaca Di Tepi Sungai Dajlah mengingatkan saya tentang ISK, Ini Sejarah Kita. Panjang lebar Buya Hamka bercerita tentang Baghdad yang menjadi pusat pemerintahan Bani Abasiyyah.
Pada masa itu, sains dan teknologi, ilmu hadis dan ilmu fiqh berada dikemuncaknya. Namun siapa sangka, kerajaan Bani Abasiyyah akhirnya hancur berkecai oleh serangan tentera Monggol dari Siberia. Allahu!
Runtuhlah Iraq bersama kemajuan yang telah tercipta dan bangun kembali dengan Iraq yang Baru di bawah pemerintahan Raja Faisal 1.
Demikianlah Di Tepi Sungai Dajlah menceritakan semuanya. Bagaimana sebuah kerajaan yang masyhur sewaktu dahulu mencipta sejarahnya tersendiri.
Kerana daripada Sejarah, kita belajar banyak perkara. Kerana semuanya tersembunyi hikmah yang kita sendiri masih lagi meraba raba dalam mencari.
Kembara Hamka di Iraq pada 1950. Tersisip unsur travelog (walaupun tak ketara), sejarah Iraq dan jatuh bangun kerajaan Islam yang memerintah dengan segala pencapaian dan gemilangnya, peristiwa pertembungan politik antara faction Ali dan Muawiyah, pembunuhan Hussain di Karbala dan seputar isu umat yang berbangkit terutama di Indonesia.
Ilmu utama yang diperoleh dari buku ini berkenaan sejarah kemelut negara-negara Arab sejurus kewafatan Rasulullah hingga ke hari ini. Pengarang berjaya menukilkan secara ringkas namun ianya dapat memberikan gambaran kepada pembaca kenapa masih sukar untuk negara-negara ini bersatu demi satu tujuan. Tidak kiralah dari segi politik mahupun aliran agama.
Tiada siapa juga boleh menyangka negara Iraq ini bukan saja pernah ditadbir oleh kerajaan-kerajaan Islam masyhur terdahulu, malahan kerajaan Mongol juga pernah bertapak disitu. Dari kisah penjajahan Inggeris disana dahulu, isu kenapa kini Amerika Syarikat begitu ingin bertapak disana juga boleh dijangka kenapa. Kerana sumber aslinya yang pasti.
Untuk kisah yang kini, pada tahun 1950an ketika buku ini dihasilkan, penulis berkongsi lokasi & kisah sejarah tempat-tempat popular yang banyak dilawati oleh Muslim tidak kira dari aliran Sunni mahupun Syiah disana yang sempat beliau ziarahi. Kebanyakannya yang banyak tertumpu di Baghdad, Karbala dan di Najaf. Boleh dijadikan antara sumber rujukan jika kita berkesempatan ke Iraq satu hari nanti.
Penulis juga berkongsi pemerhatian beliau berkaitan taraf hidup rakyat di Iraq ketika itu, dibandingkan dengan rakyat di negaranya Indonesia yang baru sahaja merdeka pada saat itu. Apa yang nyata, seperti layaknya di serata negara Timur di ketika itu, taraf hidup di bandar & di desa begitu jauh bezanya.
Di penghujung bukunya penulis berkongsi pula kisah beliau ketika menerima pelawaan kunjungan rasmi ke wakil-wakil kedutaan disana. Kedutaan Pakistan di Iraq, Kedutaan India di Iraq dan Kedutaan Rusia di Iraq antaranya. Banyak juga yang dapat kita pelajari dari sesi yang ringkas namun penuh dengan tekanan & debarannya ini.
Jika anda berminat untuk mendalami sirah Nabi, ini adalah bukunya. Kisah sejarah dimana Saidina Hussain, cucunda Rasulullah, di tempat beliau dibunuh. Kita ke sana bukan untuk menunjukkan kita cenderung kepada Syiah, namun hanya kerana kita cintakan Nabi kita, yang mana membuatkan kita ingin menghayati sejarah pengorbanan keturunan baginda dalam menyebarkan panji Islam ke serata dunia.
Menjadi seorang Muslim Sunni tidak menghalang kita untuk cuba berkunjung ke tempat bersejarah dalam agama kita. Perjalanan rohani dari kaca mata pengarang ini amat sesuai buat pedoman sekiranya kita berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci orang Parsi ini satu hari nanti.
Di Tepi Sungai Dajlah is about Buya Hamka's journey to Baghdad, Iraq in 1950 and was first published in 1952.
"Memang banyak kejadian dalam riwayat, bilamana datang suatu bangsa besar dan kuat, penduduk suatu negeri yang akan diserangnya itu menjadi lemah, kerana dalam negeri itu sendiri ada pengkhianatan yang telah jatuh sebelum jatuh."
- I really love the way that the author blended his personal experience with the historical narratives. His visit to Sungai Dajlah (The Tigris) made him reminisced about the events happened in the country, & this book started its timeline from the demise of Macedonian Alexander, three centuries before the birth of Prophet Isa.
- During his visit to sacred places in Iraq, the author never judge the Syiah followers' way in expressing their beliefs, but respected them while being firm to his Sunni belief, which gained him the respect back.
- The writing is so fast-paced and full of knowledge. It amazed me so much of how many books that he had read, & this encouraged me to read more like him too. No wonder the officials from various countries looked up to him & seek for his thoughts on various matters.
- I learned that it is important for us to know history, as well as the demographic of other countries so that we can learn & reflect. Take what's good, avoid what's bad. The author's highlight on the social issues in Iraq and relate them to issues in Indonesia, the country he was from made me realize that we could have the same in our country too unknowingly, & these were raised way back from 1950! Really an eye-opening.
- Chapter 4 is my favourite! It's about the ups & downs of Muslim Empires after the demise of Prophet Muhammad ﷺ and reasons behind them. It brought a lot in me - satisfaction, proud, sad, overwhelmed - all in one.
- I'm so thankful that @jejaktarbiah is publishing Buya Hamka's works so Malaysians have a chance to experience its beauty. I really hope international readers will try & pick up any of his works shall there be any translated version available.
Jangan salah sangka, ini bukan novel fiksi. Ini cerita perjalanan Buya ketika menyambangi Irak tahun 1950.
“‘Ariq.. Hanya satu kata , tetapi artinya amat dalam. ‘Ariq artinya amat tua dan dalam kebudayaannya, serta telah lama sejarahnya..” (h.165)
Begitu kurang lebih kesan Buya akan Irak. sebuah negeri yang penuh perjuangan. Di buku ini Buya banyak menceritakan tentang sejarah panjang Irak, mungkin malah lebih dari setengah buku ini berisi tentang hal tersebut. Mulai dari asal mula syiah hingga terbentuknya negara Irak baru saat itu. Membaca ini rasanya nano-nano sekali. Rasanya seperti diajak bertualang memutari waktu menilik kembali sejarah peradaban islam.
Bagi saya yang buta masalah perpolitikan, apalagi politik luar negeri, cerita Buya cukup mencerahkan. Jadi sedikit memahami pergolakan yang terjadi di Timur Tengah yang tak pernah padam hingga kini. Juga jadi sadar betapa pentingnya belajar sejarah agar bisa lebih meluaskan pandangan. Bahwa apa-apa yang terjadi saat ini juga pernah terjadi di masa lalu.
Dibagian akhir Buya menceritakan juga tentang bagaimana pandangan negara-negara di Timur Tengah terhadap Indonesia. Membuat terharu bagaimana mereka menaruh hormat dan harapan tinggi terhadap Indonesia ♥️
“Kita dalam penderitaan sama-sama orang timur.” (h. 158)
perjalanan pak hamka ke baghdad,Iraq , selepas kemerdekaan iraq daripada penjajahan di zaman pemerintahan raja faisal. Pak hamka menyoroti sejarah bumi iraq dan kesan slps kemerdekaan.
*Jika berminat membaca travelog zaman saddam blh baca buku " travelog di lembah sungai dajlah dan furat' karangan dr azman ibrahim,
Sebuah buku yang amat menarik dibaca bagi peminat sejarah islam secara ringkas. Penulis, Hamka berjaya membawa isu-isu sejarah silam umat islam tentang jatuh dan bangun amnya dan sejarah kota baghdad khususnya. Amat yang menarik, penulis membandingkan inspirasi terhadap umat islam Baghdad dengan kemerdekaan Indonesia.
Sebuah travelog Buya HAMKA ke Iraq, sebagai tetamu kerhormat negara yang kaya dengan sejarah ribuan tahun. Melalui travelog ini, buya HAMKA bukan sahaja membawa kita bersama beliau dalam perjalanan Iraq moden malahan diisi juga berkenaan negara timur tengah ini dari zaman kenabian, khilafah ar Rasyidin secara ringkas, lokasi-lokasi penting negara (makam Saidina Hussien serta ulama dan individu penting yang berada di Iraq) yang membuah pelbagai peristiwa penting dalam sejarah umat Islam seperti peperangan Siffin, peristiwa Tahkim, permulaan pepecahan umat Islam kepada beberapa pihak sehingga menjadi mazhab aqidah yang pelbagai serta keunggulan Baitul Hikmah yang dijarah dan dimusnahkan dalam sekelip mata akibat perbalahan panjang umat Islam.
HAMKA juga berkongsi pengalaman bertemu diplomat serta dapatan beliau dalam berurusan dengan mereka serta nasihat yang beliau cerakin dalam perjalanan ini dengan mengaitkan dapatan tersebut dengan lensa suasana nusantara.Kepada yang sukakan travelog yang diisi dengan sejarah, pengalaman dan nasihat memang harus baca.
Saya selalu takut nak baca non-fiksi sebab tahu kemampuan diri untuk fokus. Saya cuba juga Di Tepi Sungai Dajlah memandangkan buku ini tidak tebal. Buku ini memang penuh fakta sejarah tanah Arab zaman pos-kewafatan nabi, zaman para khalifah sehinggalah kepada zaman kejatuhan kerajaan islam.
Penyataan yang seram bukan untuk pembaca fiksi?
Tapi, Allahu, cara tulisan Hamka sangat menggamit. Tak terasa rigid, keras, bosannya fakta-fakta tersebut selayaknya yang selalu dibaca dibuku-buku teks dan buku ilmiah lain. Susunan ayatnya lembut, indah, sederhana dan lancar.
Terasa dekat sejarah-sejarah yang jauh dan lama.
Terima kasih Hamka, benar-benar ulama yang mesra-masyarakat. Ilmu-ilmu yang hebat tapi dikongsi dengan penuh sederhana. Tak menggunakan ayat-ayat hebat dan berselirat hanya untuk berada di aras ilmuwan yang tak tercapai oleh masyarakat.
Awalnya saya kira buku ini adalah sebuah novel yg latarnya adalah negeri Arab. Namun ternyata buku ini berisi sejarah panjang Bangsa Arab yg diceritakan kembali secara singkat oleh Hamka melalui kenangannya yg direnungi di tepi sungai Dajlah.
Sungai Dajlah terletak di Baghdad. Awalnya nama sungai ini asing, namun ternyata setelah membaca buku ini saya kembali merecall ingatan saya tentang sejarah runtuhnya khalifah kedua terkahir sebelum Khalifah Utsmani yaitu khalifah Abassiyah yg pernah saya baca dalam novel The Donwfall of the Dynasty.
Cerita tentang Baghdad ini juga ternyata yg menjadi awal runtuhnya kekuasaan Islam di dunia. Yg mana, kekhalifahan Baghdad dikalahkan oleh Bangsa Mongol yg dipimpin oleh cucu Jenghis Khan, yaitu Hulagu Khan. Sebenarnya bagaimana Bangsa Mongol dapat masuk dan menginvasi Baghdad adalah dimulai dari konflik intern atau bisa dikatakan gara2 adanya penghianat atau orang munafik yg berasal dari kalangan Wazir yaitu Al-Alqami. Motivasi Al-Alqami berkhianat adalah karena pertikaian antara Sunni dan syiah, dimana Al-Alqami sendiri beraliran Syiah. Ia berkhianat karena mengharapkan Hulagu Khan kelak saat berkuasa akan membela aliran Syiah. Padahal, bagi sang penjajah, syiah dan sunni sama saja.
Kemudian masukklah Hulagu Khan beserta bala tentaranya ke segala penjuru Baghdad, merampas, merampok, menyamun, serta menghancurkan segala bangunan yg sudah berdiri selama ratusan tahun. Termasuk perpustakaan Baghdad yg terbesar di zaman itu, dan seluruh kitab2nya dihanyutkan di Sungai Dajlah hingga hitam airnya karena luntur tinta dari kertas. Mereka juga membunuh lebih dari 80% penduduk Baghdad, termasuk khalifah dan seluruh keluarganya. Sedangkan sang penghianat, tetap dibunuh secara tidak manusiawi oleh orang Hulagu Khan. Kejatuhan Baghdad adalah pukulan yg paling hebat bagi Islam dan kaum Muslimin. Hingga hari ini, belum ada lagi suatu negeri yg menjadi pusat politik dunia islam.
Bahkan di buku yg hanya 174 halaman ini dijelaskan dengan begitu runut dan mudah dipahami bagaimana paham Syiah terbentuk. Dimulai dari peristiwa wafatnya nabi, kemudian pergantian khalifah, hingga perebutan takhta sebagai khalifah yg akhirnya menimbulkan peperangan antar sesama muslim yaitu dari pihak Muawiyah, bani Umayyah. Hingga terjadinya peristiwa pembunuhan Husein sekeluarga pada tanggal 10 Muharam 61 Masehi di Karbala. Pas baca bagain ini saya kaget, dan heran kok bisa2nya saya baru tau sejarahnya.
Namun ada beberapa part di bab-bab akhir yg membahas mengenai urutan pemerintahan kerajaan di Irak yang agak sulit saya pahami sebab terlalu banyak nama yang tidak saya kenali.
Di bagian akhir, Buya Hamka sempat memberikan pandangannya terhadap kehidupan masyarakat Irak pada masa itu yg sangat memprihatinkan. Warga yang kaya sangat kaya karena memiliki tanah yg digarap oleh masyarakat miskin. Sedangkan warga miskin, mereka hanya menjadi penggarap lahan dan masih dikenai pajak serta harus membayar biaya sewa tanah yang tidak murah. Sehingga digambarkan bahwa mereka mengalami kesulitan akibat kebodohan, kemiskinan, dan penyakit. Dari 5 juta penduduk Irak, hanya 5% penduduk di zaman itu yang tidak buta aksara.
Banyak hal yg belum diketahui. Harus lebih banyak lagi membaca buku.
𝗞𝗲𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝟭𝟬𝟬𝟭 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺, 𝗕𝗮𝗴𝗵𝗱𝗮𝗱 𝗱𝗶 𝗜𝗿𝗮𝗾 menjadi titik tolak yang besar dalam sejarah umat Islam keseluruhannya.
𝗕𝗮𝗴𝗵𝗱𝗮𝗱 yang asalnya merupakan sebuah perkampungan nelayan di pinggir 𝗦𝗴.𝗗𝗮𝗷𝗹𝗮𝗵. Akhirnya berkembang pesat menjadi pusat menjana ekonomi seiring dengan berkembangnya pusat ilmu pengetahuan, menarik ramai pedagang asing berpindah masuk ke Baghdad yang menjadikan bilangan penduduknya bertambah semakin ramai.
Kota Baghdad masyhur pada zaman khalifah yang kelima Bani Abassiyah iaitu 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗿𝘂𝗻 𝗔𝗿-𝗥𝗮𝘀𝘆𝗶𝗱, kemudian pemerintahan tersebut diteruskan oleh anaknya 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗔𝗺𝗶𝗻 sebagai pengganti pertama , manakala 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗠𝗮’ 𝗺𝘂𝗻 sebagai pengganti kedua.
Pemerintahan Bani Abbas di Baghdad berakhir di tangan khalifah ke-8 iaitu 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗠𝘂’𝘁𝗮𝘀𝗶𝗺 𝗕𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵 yang merupakan adik kepada Khalifah Ma’mun. Kejatuhan Baghdad akibat daripada serangan 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗠𝗼𝗻𝗴𝗼𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗿𝘁𝗮𝗿 di bawah pimpinan 𝗚𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝘀 𝗞𝗵𝗮𝗻 & 𝗛𝘂𝗹𝗮𝗴𝘂 𝗞𝗵𝗮𝗻.
Mereka ini tidak sedikit jahatnya, keganasan dan kehancuran yang dilakukan oleh kaum ini bukan sahaja berbentuk kehancuran binaan dengan membakar masjid & seluruh kota, malah mereka juga telah 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗯𝘂-𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮’ 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 di Kota Baghdad.
Tidak cukup setakat itu, mereka juga telah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮𝗯-𝗸𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗮𝗶𝘁𝘂𝗹 𝗛𝗶𝗸𝗺𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗻𝘆𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗗𝗮𝗷𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗮𝗶𝗿 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝘄𝗮𝗿𝗻𝗮 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺. (masih ingat lagi kisah sungai berwarna hitam yang pernah diceritakan asatizah kita suatu ketika dahulu?)
Begitulah apa yang telah berlaku kepada Kota Baghdad yang terletak di dalamnya Baitul Hikmah yang pernah menjadi kebanggaan umat islam suatu ketika dahulu sebagai pusat ilmu pengetahuan yang terbesar dalam sejarah peradaban manusia.
Hamka menyebutkan, bahawa di dalam negeri itu sudah ada “𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵”. Kejatuhan kota Baghdad bukanlah berpunca dari pihak lain, akan tetapi 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘄𝗮𝘇𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 (𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶) 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗜𝗯𝗻 𝗔𝗹-‘𝗔𝗾𝗮𝗺𝗶.
𝗪𝗮𝘁𝗮𝗸 𝘄𝗮𝘇𝗶𝗿 (𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶) 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗜𝗯𝗻 𝗔𝗹-‘𝗔𝗾𝗮𝗺𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻, watak yang sanggup mengorbankan kemaslahatan agama dan negara hanya semata untuk kepentingan peribadinya. Tidak ubah seperti haiwan-haiwan di dalam kisah 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴/𝗔𝗻𝗶𝗺𝗮𝗹 𝗙𝗮𝗿𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗚𝗲𝗼𝗿𝗴𝗲 𝗢𝗿𝘄𝗲𝗹𝗹. Matlamat politik yang berasaskan kepentingan individu, jika begitulah, apa yang membezakan kita dengan haiwan? Jawab sendiri.
𝗞𝗲𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝟭𝟬𝟬𝟭 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺, 𝗕𝗮𝗴𝗵𝗱𝗮𝗱 𝗱𝗶 𝗜𝗿𝗮𝗾 menjadi titik tolak yang besar dalam sejarah umat Islam keseluruhannya.
𝗕𝗮𝗴𝗵𝗱𝗮𝗱 yang asalnya merupakan sebuah perkampungan nelayan di pinggir 𝗦𝗴.𝗗𝗮𝗷𝗹𝗮𝗵. Akhirnya berkembang pesat menjadi pusat menjana ekonomi seiring dengan berkembangnya pusat ilmu pengetahuan, menarik ramai pedagang asing berpindah masuk ke Baghdad yang menjadikan bilangan penduduknya bertambah semakin ramai.
Kota Baghdad masyhur pada zaman khalifah yang kelima Bani Abassiyah iaitu 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗿𝘂𝗻 𝗔𝗿-𝗥𝗮𝘀𝘆𝗶𝗱, kemudian pemerintahan tersebut diteruskan oleh anaknya 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗔𝗺𝗶𝗻 sebagai pengganti pertama , manakala 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗠𝗮’ 𝗺𝘂𝗻 sebagai pengganti kedua.
Pemerintahan Bani Abbas di Baghdad berakhir di tangan khalifah ke-8 iaitu 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗠𝘂’𝘁𝗮𝘀𝗶𝗺 𝗕𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵 yang merupakan adik kepada Khalifah Ma’mun. Kejatuhan Baghdad akibat daripada serangan 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗠𝗼𝗻𝗴𝗼𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗿𝘁𝗮𝗿 di bawah pimpinan 𝗚𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝘀 𝗞𝗵𝗮𝗻 & 𝗛𝘂𝗹𝗮𝗴𝘂 𝗞𝗵𝗮𝗻.
Mereka ini tidak sedikit jahatnya, keganasan dan kehancuran yang dilakukan oleh kaum ini bukan sahaja berbentuk kehancuran binaan dengan membakar masjid & seluruh kota, malah mereka juga telah 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗻𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗯𝘂-𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮’ 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 di Kota Baghdad.
Tidak cukup setakat itu, mereka juga telah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮𝗯-𝗸𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗮𝗶𝘁𝘂𝗹 𝗛𝗶𝗸𝗺𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗻𝘆𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗗𝗮𝗷𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗮𝗶𝗿 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝘄𝗮𝗿𝗻𝗮 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺. (masih ingat lagi kisah sungai berwarna hitam yang pernah diceritakan asatizah kita suatu ketika dahulu?)
Begitulah apa yang telah berlaku kepada Kota Baghdad yang terletak di dalamnya Baitul Hikmah yang pernah menjadi kebanggaan umat islam suatu ketika dahulu sebagai pusat ilmu pengetahuan yang terbesar dalam sejarah peradaban manusia.
Hamka menyebutkan, bahawa di dalam negeri itu sudah ada “𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵”. Kejatuhan kota Baghdad bukanlah berpunca dari pihak lain, akan tetapi 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘄𝗮𝘇𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 (𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶) 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗜𝗯𝗻 𝗔𝗹-‘𝗔𝗾𝗮𝗺𝗶.
𝗪𝗮𝘁𝗮𝗸 𝘄𝗮𝘇𝗶𝗿 (𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶) 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗜𝗯𝗻 𝗔𝗹-‘𝗔𝗾𝗮𝗺𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻, watak yang sanggup mengorbankan kemaslahatan agama dan negara hanya semata untuk kepentingan peribadinya. Tidak ubah seperti haiwan-haiwan di dalam kisah 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴/𝗔𝗻𝗶𝗺𝗮𝗹 𝗙𝗮𝗿𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗚𝗲𝗼𝗿𝗴𝗲 𝗢𝗿𝘄𝗲𝗹𝗹. Matlamat politik yang berasaskan kepentingan individu, jika begitulah, apa yang membezakan kita dengan haiwan? Jawab sendiri.
Di Tepi Sungai Dajlah - Travelog yang ditulis oleh Buya Hamka ini membawa kita menelusuri sejarah kota Baghdad, Iraq secara terperinci daripada peristiwa pemberontakan ke atas tampuk pemerintahan Sayyidina Uthman RA, perang yang berlaku pada zaman itu, zaman kejatuhan kerajaan Abbasiyyah dan juga sejarah perkembangan mazhab Syiah itu sendiri. Saya telah membaca buku ini pada tahun lepas namun setelah berhenti separuh jalan kerana ada bahagian yang saya agak tidak selesa membacanya. Iaitu bahagian perperangan di antara pengikut Saidina Ali Karramallahu wajhahu dan juga Mu’awiyah. Ada beberapa persoalan yang timbul dan saya perlu dapatkan jawapannya terlebih dahulu sebelum sambung pembacaan.
Alhamdulillah, setelah 2 tahun DNF, saya sambung pembacaan itu dengan minda yang lebih terbuka dan segala persoalan sebelumnya telah pun terjawab hasil bertanya kepada asatizah dan rakan-rakan yang lebih mahir berkaitan sejarah Islam. Terima kasih juga kepada @qmrnawbooks kerana sudi berdiskusi sedikit sebanyak dan memberi pencerahan tentang buku ini.
Satu perkara yang membuatkan kecintaan saya terhadap Buya HAMKA bertambah melalui buku ini adalah, kebijaksanaan beliau dalam mencari titik persamaan antara penganut mazhab Sunni dan Syiah. Tanpa perlu menenggelamkan identiti sebagai seorang Sunni namun menghormati mereka yang berpegang teguh pada ajaran Syiah. Ini dapat dilihat ketika beliau berkeras menolak ketika diajak membacakan bacaan-bacaan yang jelas tidak ada dalam mazhab Sunni, Syafie. Saya juga kagum akan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Buya HAMKA. Jelas sekali, perjalanan beliau ke Kota Baghdad itu bukanlah semata-mata perjalanan kosong untuk melihat tempat-tempat bersejarah semata. Lihat saja, daripada kembara ini saja telah terhasil sebuah buku travelog yang sarat dengan refleksi dan pengajaran.
Kita juga dapat lihat betapa dalamnya kecintaan orang Iraq terhadap negara mereka, walaupun telah ranap tampuk pemerintahan dek perebutan kuasa dan juga campur tangan orang luar, mereka masih lagi bangkit untuk membangunkan negara mereka. Saya jadi teringat akan nasihat Buya HAMKA dalam buku Pribadi Hebat, di mana pentingnya kita membina pribadi yang mantap kerana ianya adalah satu aset berharga buat negara yang hebat terbina daripada individu yang mempunyai pribadi yang mantap dari segenap sudut.
Saya sarankan buku ini dibaca oleh semua orang untuk meluaskan pandangan, dan memahami sedikit sebanyak tentang sejarah negeri yang pernah didiami oleh Imam Al-Shafie ini. Wallahua’lam.
Buku Di Tepi Sungai Dajlah itu sebenarnya semacam catatan perjalanan Buya Hamka waktu beliau pergi ke Irak. Tapi jangan bayangin kayak travel blog yang isinya cuma “aku ke sini, aku makan ini”. Nggak gitu. Ini lebih ke perjalanan batin dan pikiran.
Bayangin kamu lagi jalan-jalan ke tempat yang punya sejarah panjang banget tentang Islam. Nah, di sepanjang jalan, kamu nggak cuma lihat-lihat, tapi juga mikir: “Dulu Islam pernah jaya banget ya di sini. Kok sekarang kayak gini?”
Itu yang Hamka rasakan waktu dia berdiri di tepi Sungai Dajlah, sungai legendaris yang lewat kota Baghdad. Sungai itu jadi saksi bisu naik-turunnya peradaban Islam.
Buku ini lahir dari perjalanan Buya Hamka ke Timur Tengah, khususnya ke Irak, sebagai bagian dari kegiatan internasional pasca kemerdekaan Indonesia. Kunjungannya ke Baghdad, kota yang dahulu menjadi pusat kejayaan Islam, membuka ruang refleksi yang dalam bagi dirinya—bukan hanya sebagai seorang intelektual dan ulama, tetapi juga sebagai seorang Muslim yang bergulat dengan sejarah peradaban dan makna kebangkitan umat.
Buya Hamka mencatat pengalamannya secara puitis dan kontemplatif, lalu menyusunnya menjadi esai naratif yang sarat makna. Sungai Dajlah (Tigris), yang mengalir melewati kota Baghdad, dijadikan simbol arus sejarah, peradaban, dan nilai-nilai Islam yang terus berubah dari masa ke masa.
Di Tepi Sungai Dajlah bukanlah novel fiktif, tetapi catatan perjalanan intelektual dan spiritual. Buya Hamka menuliskan kesan-kesannya ketika menapakkan kaki di tanah Baghdad—yang dalam sejarah Islam dikenal sebagai pusat ilmu, kebudayaan, dan kekuasaan khalifah Abbasiyah. Ia mengunjungi tempat-tempat bersejarah seperti Karbala dan Najaf, yang erat kaitannya dengan sejarah Syiah, terutama makam Husein bin Ali dan Ali bin Abi Thalib, sisa-sisa istana Khalifah Harun ar-Rasyid, simbol kejayaan Islam di masa Abbasiyah.
Lingkungan sekitar Sungai Dajlah, yang menyimpan banyak jejak sejarah. Dalam perjalanannya, Buya Hamka mengangkat tema: Perpecahan Sunni–Syiah, Keruntuhan Baghdad oleh tentara Mongol, Kemunduran intelektual umat Islam, Spirit toleransi dan adab berziarah dan Tafakur atas kejayaan yang hilang dan tanggung jawab umat masa kini
Buya Hamka tidak hanya berhenti pada nostalgia. Buya Hamka menyadarkan pembaca tentang perlunya introspeksi diri, kebangkitan ilmu, dan pembinaan akhlak umat agar Islam kembali kepada semangat aslinya yang agung. 4 bintang untuk buku ini.
{#lintangbookreview} Di Tepi Sungai Dajlah • Buya Hamka • @gemainsaniofficial • Cet. III, 2022 • 174 hlm. • 4/5⭐️
🖇️ nonfiction, islamic history, journey
Saat melihat covernya yang cantik, aku kira ini adalah karya fiksi Buya Hamka, tapi aku salah. Ini adalah catatan perjalanan beliau ke negara Irak.
Buya Hamka mengunjungi Baghdad—ibukota negara Irak sebagai perwakilan Indonesia yang baru saja merdeka saat itu (1950 M). Beliau mengunjungi beberapa tempat istimewa di negeri yang berdiri sejak zaman purbakala itu.
Sungai Dajlah sendiri (biasa juga dikenal dengan sungai Tigris) adalah saksi bisu sejarah jatuh bangunnya negara Irak.
Yang kusuka dari buku ini: 🏰 Di sela-sela catatan perjalanan, Buya Hamka menulis tentang sejarah kekhalifahan yang berdiri di sekitar Baghdad, mulai dari zaman Rasulullah sampai era Raja Faishal II. ⛰️ Beliau menjelaskan secara lugas lahirnya paham Syiah di Baghdad dan betapa ekstremnya aliran mereka. Meski begitu, Buya Hamka menuliskannya dengan kalimat yang objektif dan sopan. Bukan hanya itu, beliau juga mengunjungi dan mendeskripsikan tempat-tempat yang menjadi tempat sakral bagi kaum Syiah. 🕌 Buya Hamka juga menuturkan peradaban Sunni (Ahlussunnah wal Jamaah). Fun fact: 4 imam besar Mazhab semuanya belajar di Baghdad saat kota itu menjadi pusat pemerintahan Islam Bani Abbasiyah. 🇮🇩 Di bagian akhir juga buatku haru karena negara-negara Islam seperti Irak sangat menjunjung tinggi dan mendukung kemerdekaan Indonesia saat itu.
Aku serasa diajak bertualang menilik sejarah kebudayaan Islam di negeri Irak. Sangat banyak wawasan baru yang kudapatkan apalagi bagi aku yang tak begitu mendalami politik dan kenegaraan, buku ini cukup mencerahkan pemahaman. Cocok banget untuk kamu yang suka baca sejarah dan politik Islam.
Disclaimer: ada beberapa pembahasan sensitif dan perlu didalami lebih lanjut melalui Sirah Nabawiyah/Shahabiyah.