Jump to ratings and reviews
Rate this book

Membebaskan Allah Dari 'Islam'

Rate this book
“Menjadi religius sekarang ini berarti menjadi interreligius”. Kesimpulan ini diamini oleh Mohd Syazreen Abdullah, bahwa sesungguhnya perkembangan Islam di masa yang akan datang akan merupakan hasil langsung dari dialog yang serius dengan agama-agama lain. Kesimpulan yang akan menantang iman kita, kalau kita belum mengembangkan ruang inklusif untuk adanya agama lain dalam keberagamaan kita”. - Budhy Munawar Rachman

“Penulis cuba mengupas beberapa persoalan besar yang menyentuh erti keimanan, hubungan antara agama dan sikap keberagamaan di tengah-tengah kemajmukan. Pemikiran yang ditawarkan oleh penulis wajar diberikan perhatian tanpa melihatnya sebagai definitif ". - Mohamed Imran Mohamed Taib

"Syazreen menawarkan Islam yang tenang, aman dan menggerakkan. Gerakan sangat penting di dalam Islam kerana ia merupakan hasil dari pemerahan akal. Ia merupakan tuntutan monoteisme. Meskipun suara Syazreen masih bergumpal di celah-celah sangkalan, di lain-lain tempat dalam buku ini terdapat hujahan. Sungguhpun bidasan itu mungkin kurang dimengertikan hari ini, masih, hujahan yang dikemukakan berbisa, menangkap dan menggigit".- Faisal Tehrani

Paperback

Published May 1, 2018

4 people are currently reading
20 people want to read

About the author

Mohd Syazreen Abdullah

7 books15 followers
Mohd Syazreen Abdullah mendapat pendidikan al-Qur’an di Darul Quran, kemudian melengkapkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk Jordan dan menyambung Sarjana di Universiti Malaya

Aktif dalam mengamati isu sosial dan silang agama. Pernah Terlibat sebagai felo Lingkaran Islam Tradisional (LIT) sebuah kumpulan pengkaji khazanah Keilmuan serta kebudayaan Islam di Nusantara, juga terbabit dengan kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) dan Felo Penyelidik, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF).

Antara karya beliau, Wacana Pemikiran Reformis (2014), Alif Lam Lam Ha (2014), Bercakap Dengan Quran (2016), Hadis Kemasyarakatan (2018), dan Membebaskan Allah dari Islam (2018)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (20%)
4 stars
11 (44%)
3 stars
9 (36%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
October 25, 2020
AMARAN: KITAB INI “BERAT” DAN “SENSITIF”

Pertama sekali, aku just nak inform yang ilmu agama aku memang langsung tak setanding dengan penulis. Itu je. So, apa yang aku nak ulas hanyalah pandangan kerdil marhaen yang kurang kredibiliti.

Kesimpulan dari pembacaan buku ni, aku faham yang penulis amat sayangkan seluruh manusia di muka bumi. Penulis kalau boleh, tidak mahu seorang pun masuk ke neraka Allah. Jadi penulis berpendirian bahawa semua agama tak kira apa pun tetap menyembah Allah Cuma caranya berbeza dan jika si hamba itu seorang yang baik sesuai dengan syarat2 Allah, insyaAllah masuk syurga. Penulis memetik kata Quraisy Shihab bahawa syurga itu amat luas, takkanlah hanya satu kelompok sahaja masuk syurga.

Sebut penulis pada m/s 157 “Pendek kata, tidak perlu menukar agama untuk memperoleh syurga”, maksud penulis semua agama itu benar,tetap menyembah Allah, Cuma caranya berbeza mengikut pemahaman teks dan budaya setempat. Jadi tak masuk islam pun tak apa, kalau baik dan taat perintah Allah ikut sunnah Rasul tetap masuk syurga. Macam kontradik pula dengan perbuatan Rasulullah S.A.W yang bersungguh-sungguh mendakwahkan pamannya Abu Talib untuk memeluk Islam. Sedangkan pamannya sudah baik dan rapat dengan kekasih Allah pula tu. Tapi mungkin penulis boleh menepis dengan mengatakan bahawa paman Rasul kita ini menyembah berhala, sedangkan dalam kitab ini penulis hanya menyebut agama Islam,Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha. Agama pagan tidak termasuk rasanya.

Nabi kita yang mulia juga pernah mengislamkan seorang yahudi seperti yang disebutkan dalam sahih Bukhari “Nabi memiliki pelayan seorang pemuda Yahudi. Suatu saat pemuda itu jatuh sakit. Nabi pun menjenguknya dan duduk di dekat kepala pemuda Yahudi itu. Nabi pun menawarkan pemuda Yahudi tersebut masuk Islam. Lalu pemuda Yahudi itu menatap wajah bapaknya seraya meminta izin. “Silakan kamu mengikuti ajaran Abul Qasim, (Muhammad) (ayah rela kamu masuk Islam),” jawab ayah pemuda Yahudi itu kepadanya. Nabi pun keluar seraya berdoa, “Alhamdulillah, semoga dia (pemuda Yahudi) diselamatkan dari api neraka" (HR. Bukhari). Jika semua agama itu benar seperti dakwaan penulis, sudah pasti Nabi tidak perlu mengislamkan pemuda tersebut kerana pemuda itu adalah pembantu Rasulullah dan pasti dia seorang yang tinggi budi pekerti sehingga layak dilantik Nabi sebagai pembantu. Jadi, kriteria ini sudah cukup untuk beliau kekal yahudi dan tetap masuk syurga kerana akhlaknya.

Membaca kitab ini buat aku terfikir pula akan susah payah sahabat mendakwahkan islam ke seluruh bumi Arab, sehingga islam sampai ke benua Afrika,China ,India malah nusantara. Nampak seperti sahabat salah memahami agama, kerana menurut penulis “Pendek kata, tidak perlu menukar agama untuk memperoleh syurga” (m/s 157). Pemahaman penulis dan sahabat nabi amat berbeza nampaknya.

Aku setuju dengan kata penulis bahawa tidak layak untuk kita menghakimi semua manusia selain muslim akan masuk neraka kerana itu urusan Allah. Hidayah milik Allah kan. Tapi itulah, seperti ulasan Maisarah Mohd, aku berharap akan ada penulis lain yang boleh menyangkal kitab ini dengan hujah-hujah yang bernas.

Penulis mengakhiri kitab dengan ayat Al-Quran “Bukankah Allah seadil-adil Hakim” (9:58) . Mungkin untuk menunjukkan bahawa takkanlah non-muslim yang baik budi pekertinya masuk neraka? Allahkan maha Adil?

Tanggungjawab kita untuk berdakwah sebenarnya (nasihat untuk diri sendiri).
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
September 19, 2018
Buku ini, setiap helaiannya patut dibedah dan dibahaskan. Ada beberapa pendapat penulis yang saya setuju dan ada yang saya tidak setuju. Ternyata, kefahaman saya terhadap "Islam" berbeza dengan penulis. Mungkin sebab itulah juga tajuk buku ini sebegitu.

Ianya sebuah buku yang bagus, kerana ia mencabar pemikiran kita ketika membaca hujah-hujah penulis. Saya sangat yakin, buku ini akan mencabar para Islamis juga. Bahkan, saya yakin kalau ada islamis yang rajin, mereka akan menulis menyangkal hujah-hujah penulis buku ini. Maka akan lahir lagi buku-buku baru yang akan mencabar isi kandungan buku ini.

Kerana buku ini, sebuah buku yang mengundang anda untuk berbahas!
Profile Image for Afiq Rosli.
13 reviews3 followers
March 3, 2021
Sebuah buku yang begitu mencabar minda pembacanya dan menimbulkan pelbagai persoalan. Definisi pulralisme agama begitu berbeza dari apa yang aku fahami selama ini. Ada beberapa idea dari Syazreen yang aku bantah dan memerlukan aku untuk "menjumudkan" akal dalam sesetengah fakta yang dihujahkannya di dalam buku ini. Mungkin juga keterbatasan aku dalam memahami agama secara mendalam. Tetapi ada beberapa idea dan hujah mengenai beberapa tafsiran ayat Al-Quran yang menjadikan aku untuk mengkaji secara mendalam lagi mengenai hak-hak bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Walau bagaimanapun aku memahami tujuan dan idea Syazreen mengenai peri pentingnya kita memerlukan perubahan dan ijtihad dalam kita memahami Islam pada dunia hari ini. Mengingatkan aku ini sebagai seorang yang progresif selama ini ternyata tidak bagi penulis kerana aku mungkin tergolong dalam topeng progresif. Tetapi aku menghormati pendapat yang dilontarkan dalam buku ini kerana ia membuka mata dalam beberapa perkara yang aku boleh bersetuju dalam usaha mencari titik persamaan.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
February 21, 2019
Lama dah buku ni Syazreen bagi buku ni sebagai tanda hadiah kepadaku. Dan macam biasa, sebagai tanda terima kasih, aku kena review la buku dia. Ibarat macam sponsor la.

Mac 2018 buku ni terbit. Waktu aku baca buku pertama Syazreen Bercakap Dengan Quran, aku menjatuhkan hukum ‘wajib haram’ buku yang kedua ni.

Sampai sekarang, KDN atau JAKIM tak mengharamkan lagi buku ni. Pelik jugak aku.

Idea Syazreen gila babi punya rare di Malaysia ni. Ini tahap dewa liberal dah ni. Idea Syazreen bukan idea saja-saja dia gali entah dari mana; tapi disertakan bukti dan rujukan dari ulama dan reformis terdahulu terutamanya dari golongan Kaum Muda.

Permulaan buku ni, gagasan pemikiran yang disogok Syazreen agak mengejutkan pembaca. Tetapi sebagai pembaca yang cerdik dan matang, kita perlu membacanya dengan hati yang lapang.

Di pertengahan buku tak betapa menarik minat aku sendiri. Tetapi di bahagian akhir, aku jadi khusyuk membaca kerana; pada buku Bercakap Dengan Quran, penulis membawa idea mengenai ‘Non muslim yang masuk syurga’. Dan dalam buku ini, satu bahagian khas ditulis mengenai hal ini dengan hujah-hujah dari pelbagai jenis tafsir al-Quran dari ulama muktabar. Syazreen memanjangan perbincangan tersebut dalam bahagian terakhir buku ni. Tercengang jugaklah kalau pembaca tak ada idea asas dalam hal ini. Nasiblah aku dah ada sedikit pengetahuan mengenai hal ini terutama dari gagagan pemikiran kaum Syiah. Tapi Syazreen dengan kemas membawa idea dari puak Sunni sendiri mengenai hal ini.

Keseluruhan buku ini, si penulis membawa mesej berkenaan Islam bukan agama dokmatis dan statik. Islam perlu berkembang dan selari dengan keadaan sekeliling. Islam perlu dijadikan cara hidup yang harmoni, bukan sekadar hukum hakam dan mengkafirkan orang yang bukan selari pemikiran dengan kita.

Jadi, konklusinya, beli dan baca buku ni. Rasanya boleh dibeli dari penulis Mohd Syazreen Abdullah sendiri, mintak sign sekali atau beli saja dengan Thukul Cetak.

*siapa agak-agak nak sponsor buku, kita boleh bincang di mesengger.
Profile Image for 'Izzat Radzi.
149 reviews65 followers
November 28, 2018
Disebabkan telah sedikit berjinak-jinak dengan wacana reformis Islam di Malaysia, saya kurang bermasalah dengan buku ini (baca: liberalisme, pluralisme). Malah, rentetan dari memulakan buku ini sesudah sahaja selepas buku Karen Armstrong, The Bible: The Biography, ia lebih memaknakan pembacaan buku sebegini.

Petunjang besar buku ini adalah mengenai penerimaan kepercayaan (dan amalan) agama orang lain dalam kemajmukan Malaysia (ini merupakan rumusan saya sendiri, nilai sendiri melalui bacaan kalian nanti). Hal-hal yang berkaitan dengan keimanan dan kepercayaan diri itu, harus diseimbangkan atau diberi keadilan yang saksama; bukan ditekan dan didiskriminasi. Hal yang lebih besar, yakni pengetahuan dan pencarian kebenaran dalam wacana dan dialog rentas agama yang sebenarnya harus diutamakan; bukan wacana kuasa yang menyekat diskusi malah hanya konformis dengan status quo (kepercayaan sedia ada/ramai).

Tuntasnya, hal pergulatan (pencarian kebenaran) disimpulkan oleh penulis, 'Demikian, tidak untuk memaksa orang lain memahami kebenaran seperti dalam bentuk yang kita fahami kerana setiap orang melalui sisi pengalaman ketuhanan yang berbeza.'
m/s 158

7/10

*Ada beberapa kesalahan typo, hal ini boleh diperbaiki lagi (dengan proof-reading barangkali). Juga edisi buku rujukan (tahun/edisi) ada yang tidak disertakan, format itu tidak mengapalah buku untuk orang awam.
**Tajuk kecil di muka surat 105, perlu di senggang dengan satu space.
***Masalah utama, adalah ketidakselarian antara muka surat yang tertera di Isi Kandungan dengan muka surat di Bab. Hal ini menjadi masalah apabila, nota kaki di muka surat 62, menyuruh merujuk kepada muka surat 131, tetapi malangnya tiada ia berjumpa. Mungkin hal ini boleh diperbaiki di masa datang.
Profile Image for Muhammad Zahirudin Nordin.
7 reviews
September 12, 2018
Seperti dijangka buku ini kesinambungan dari ‘Bercakap dengan Al-Quran’. Kupasan yang menarik dalam menerangkan plurarisme dan kebebasan dalam beragama. Kesalahan yang banyak berlaku pada Melayu kita atau lebih digelar Islam Ortodoks. Wajar dijadikan panduan hidup kita.
Profile Image for Noah نوح.
6 reviews
August 14, 2025
Flawed argument. Even if some scholars have attempted to reduce Islam into mere “submission”, the question remains: do non-Muslims submit to Allah?

Clearly their god(s) are different, and false. Christians worship Jesus, Jews worship YHWH, Hindus worship thousands, and Buddhists don’t believe in God. Lmk when a pluralist scholar successfully answers this question.

As a revert, I do sympathise with the fate of non-Muslims in the Hereafter, especially with a still-non-Muslim family. But the Qur’an has been very clear on this matter, i.e. the main intervention is da’wah.

Wallahu a’lam.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.