Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Menyelam Untuk Hidup

Rate this book
Sayup-sayup dari jauh pelantar Tapis B sudah kelihatan dalam pandangan mata. Ketika sudah begitu hampir hendak mendarat di pelantar heli iaitu lebih kurang lagi 200 hingga 300 meter. Tiba-tiba kami dengar dari alat pendengaran yang kami pakai suara juruterbang iaitu Kapten Saleh berteriak Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! beberapa kali dan diselang-seli dengan menyuruh penumpang mengucap...

Buku ini menceritakan kisah benar hidup sebagai penyelam komersial dalam industri minyak dan gas. Beliau pernah menjadi penyelam dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 19 tahun.

Penulis telah mengambil masa 11 tahun untuk mengumpul cerita dan bahan untuk melengkapkan buku ini.

Menyelam bukan hobi, ianya seni kemahiran bagaimana untuk terus hidup!

367 pages, Paperback

First published January 1, 2018

3 people are currently reading
46 people want to read

About the author

Ahmad Jamal

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (66%)
4 stars
6 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
October 5, 2022
Penyelam, satu bidang kerjaya menarik serta mencabar.Buku ini ditulis oleh seorang penyelam,untuk berkongsi 
pengalaman berharga beliau tentang kerjaya ini.

Selepas membaca buku ini, banyak maklumat baru tentang kerjaya seorang penyelam diperolehi. Jika sebelum ini, saya cuma mengetahui tentang aktiviti scuba diver. Aktiviti ini popular di mana-mana pulau yang ada karang laut.
 
Penulis memberi banyak informasi tentang kursus selaman yang diikuti, alatan yang digunakan serta pengalaman beliau bekerja dalam macam-macam projek berkaitan yang memerlukan khidmat penyelam. Terdapat tiga jenis kategori penyelam.

1.       Open Water Diver
2.       Penyelam Komersial – pemegang lesen ADAS PART III, boleh menyelam hingga kedalaman 50 meter
3.       Penyelam Tepu  - pemegang lesen ADAS IV, boleh menyelam hingga kedalaman 300 meter.

Penulis sebelum ini adalah seorang anggota polis,  ketika mula bertugas di Terengganu, 
dia memanfaatkan masa lapang  untuk 
belajar menyelam di pulau–pulau berhampiran. 

Penulis mengikuti kursus “Open Water Diver” dan projek pertama sebagai seorang penyelam adalah memasang tukun di Pulau Redang.
 
Kemudian penulis memohon untuk mengikuti kursus menyelam dengan TLDM. Kursus dan latihan 
yang dilalui lebih extreme. Penting untuk memastikan 
penyelam tidak panik dan bersedia dalam apa juga 
keadaan yang tidak dijangka.
 
Selepas 12 tahun, penulis membuat keputusan untuk 
mengikuti kursus sebagai penyelam komersial. 

Cuti selama setahun tanpa gaji diambil bagi merealisasikan impianini. Penulis merantau ke Australia bersama 
seorang lagi teman untuk mengikuti kursus ADAS. 

Penyelam adalah satu kerjaya yang berisiko tinggi. Keselamatan dan displin amat penting, setiap alatan perlu diperiksa dengan teliti dan penyelam perlu mahir mengendalikan setiap alatan.

Buku yang amat menarik tentang kerjaya di bawah laut.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
September 11, 2018
Jika anda mencari rujukan berkaitan profesion juruselam, inilah bukunya. Buku yang sama konsepnya dengan siri buku DIAgnosis yang menceritakan suka-duka profesion pengamal perubatan, mahupun buku Kembara Peniaga Jalanan, buku berkenaan usahawan.

Sesuai untuk bacaan umum, buku ini juga lebih dianjurkan buat mereka-mereka yang ingin menceburi bidang ini. Pengalaman luas penulis semasa berkhidmat sebagai juruselam Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) serta juruselam komersial selepas itu sememangnya menjanjikan ilmu yang luas dikongsikan oleh beliau berkaitan profesion ini di dalam buku sulung beliau ini.

Pelbagai kisah menarik penulis kongsikan sepanjang penglibatan beliau di dalam bidang ini. Antara yang menarik perhatian seperti kisah penangkapan lanun di Selat Melaka (yang mana rupa-rupanya adalah pihak komando negara seberang), kisah terlibat dengan nahas helikopter, dan juga pelbagai kisah semasa berkhidmat di bidang minyak & gas, yang sememangnya terkenal dengan pelbagai rencah dan ragam.

Penulis juga tidak lokek untuk melampirkan grafik, ilustrasi dan keratan profesional berkaitan bidang ini bersama mana-mana kisah beliau yang berkaitan. Terma-terma biasa dalam bidang selaman juga selalu digunakan oleh beliau seperti 'penyelam tepu' (saturation diver), barge dan sebagainya juga dapat menyediakan pembaca dengan ilmu-ilmu baru dalam bidang selaman.

Sememangnya pengalaman membaca yang menyeronokkan. Semoga penulis tidak berhenti mengeluarkan buku seterusnya selepas ini.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
May 10, 2020
Satu kerjaya yang bukan calang-calang orang boleh menceburinya. Kisah yang dipaparkan adalah kisah diri penulis sejak dilahirkan hingga bergelar seorang anggota polis dan kemudian bertukar kerjaya sebagai penyelam profesional. Menarik dna mendebarkan. Boleh menjadi motivasi kepada anak muda yang mahu mencari kerjaya yang lebih mencabar. Tambah menarik lagi apabila bayaran keoada penyelam dikira berdasarkan hari dan dalam US$, ada kalanya termasuk hari rehat, hari tidak menyelam mahupun ketika cuaca buruk ketika selaman tidak dibenarkan.

1 review
February 17, 2019
Alhamdulillah.. Buku pertama yang berjaya aku habiskan untuk tahun ini.

"Aku Menyelam Untuk Hidup."
Dari Bukit Aman ke Pelantar Minyak karya Tuan Ahmad Jamal.

Buku yang sangat menarik! Aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Puas hati sangat baca daripada awal hingga ke akhir.

Pada permulaan bab penulis berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup dan pengalaman beliau sewaktu bertugas sebagai anggota UNIT TINDAKHAS (UTK).

Antara kisah yang menarik bagi aku adalah pada bab yang ke-6, Menawan Komando Asing di Laut. Hampa kena baca.

Selepas itu, penulis berkongsi pengalaman beliau sebagai penyelam komersial dalam bidang minyak dan gas.

Kebanyakan kisah-kisah beliau buatkan aku sangat teruja. Kerana, ini kali pertama aku baca kisah-kisah penyelam komersial dalam industri minyak dan gas. Kebanyakan kerja penulis adalah di pelantar minyak.

Ada beberapa kisah yang penulis sampaikan aku belajar di dalam kelas, seperti penggunaan "pig" dan "safety" di tempat kerja.

Jujur. Antara topik yang menarik perhatian aku juga adalah apabila penulis turut berkongsi hasil pendapatan yang diperoleh oleh penyelam komersial lebih-lebih lagi penyelam tepu.

Apabila aku teruskan bacaan aku hingga ke mukasurat terakhir, aku faham kenapa gaji penyelam-penyelam sangat mahal. Penyelam komersial turut termasuk dalam sektor kerja 3D, "dirty, difficult, and dangerous".

Aku boleh bayangkan penat lelah penulis sewaktu di tempat kerja dan berakhir dengan senyuman di wajah apabila pulang ke rumah.

Penulis juga turut mencoretkan cabaran yang dihadapi sewaktu di tempat kerja, seperti politik dan kemalangan yang berlaku di tempat kerja.

Bagi aku, buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Kita akan dapat ilmu baru dan pendedahan yang lebih dalam lagi berkenaan pekerjaan penyelam komersial.

Aku sangat sarankan sahabat-sahabat yang ambil bidang jurutera untuk baca buku ini. Mungkin terdetik di hati kalian untuk turut jadi penyelam komersial.

Akhir sekali, buku ini sangat menarik. Penulis juga menggunakan bahasa yang sangat santai dan "jargon" yang digunakan oleh penulis masih boleh difahami dengan sangat baik.

P.S: Setiap kali penulis berkongsi kisah beliau di atas kapal, aku turut dapat bayangkan yang aku berada di atas kapal tersebut. Seronok sangat.

Tak sabar nak tunggu buku seterusnya daripada penulis.
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
April 2, 2021
Aku Mahu Menyelam Untuk Hidup
Penulis : Ahmad Jamal

Mahukan gaji USD 1,390 sehari?
Sebulan RM141,780.
Gaji ini pula gaji bersih yang tidak dikenakan cukai oleh kerajaan.
Inilah yang dikatakan bila naik ke darat membawa sekarung duit!

Jika mahu, menyelamlah ke dasar laut hingga kedalaman 300 meter sebagai juruselam tepu.

Namun, bersedialah dengan risiko bekerja di bawah tekanan tinggi dalam jangkawaktu yang lama.

Buku ini membuka minda saya tentang pekerjaan di dasar laut. Menarik sekali!
Terdapat beberapa kategori penyelam dasar laut. Paling lumayan gajinya adalah penyelam tepu. Namun di sebalik gaji yang lumayan ada risiko dan kekangan apabila menjadi penyelam tepu. Sebaik naik ke kapal, mereka akan dimasukkan ke dalam ruangan yang dinamakan kebuk mampatan hiperbarik (hyperbaric chamber). Ruangan yang memberi terapi oksigen 100% tulen kepada penyelam tepu.

Terdapat beberapa insiden yang mendebarkan di dalam buku ini. Tentang bagaimana awalnya sewaktu penulis bekerja di PDRM dan menewaskan rancangan jahat lanun untuk merompak kapal-kapal dagang yang berlabuh di lautan negara. Juga tentang nahas helikopter yang terhempas ke laut pada tahun 2006.

Sangat menarik buku ini kerana jarang kita dapat membaca pengalaman seorang juruselam. Tidak hairanlah ianya laris dijual di Kinokuniya.
Profile Image for Adrujha.
13 reviews
March 5, 2021
Hebat penulis ini. Sebuah buku yang menceritakan pengalaman pahit dan manis ketika menjadi seorang penyelam UTK dan penyelam komersial. Gaya penulisan yang bersahaja membuatkan saya tidak bosan membaca sehingga tamat.
Profile Image for Zu Y.
122 reviews
July 29, 2020
Buku yang menarik tentang tinggi rendah kehidupan..
Buku bahasa Melayu pertama utk tahun ni.. 🙂🙂
Profile Image for Muiz .
60 reviews
November 23, 2020
Perkongsian pengalaman penulis sangat menarik dan memberi inspirasi. Banyak yang dapat dipelajari dari kisah kisah yang dicoretkan beliau. Bacalah, pasti tidak rugi membacanya!
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.