Hidup seorang Emma Dahlia menjadi huru-hara sejak mengenali Mr H, seorang pelanggan tetap di kafe tempat Emma bekerja. Namun, hubungan mereka hanyalah sekadar pelayan dan pelanggan. Hinggalah apabila Mr H memberanikan diri untuk memulakan perbualan.
“Can I have your number?”
“Hah?” Emma terpinga-pinga. Apa mamat ni tanya tadi?
“Your number.” Mr H mengulang semula.
“Awak nak buat apa dengan nombor saya, eh?”
“Err.” Tiba-tiba Mr H jadi Mr Gagap pula. “Err, you know, talk to you and stuff.”
“And stuff???” Emma membulatkan mata. Dia ni biar betul!
Emma tahu dia ada dua pilihan waktu itu
a) Kata ‘okey’, tunggu dan lihat apa yang berlaku seterusnya ataupun
b) Kata ‘tidak’ (selepas itu menyesal seumur hidup, mungkin?)
Emma akhirnya memilih yang pertama. Selanjutnya, Emma redah saja. Jodoh pertemuan memang rahsia Tuhan kan?
Dilahirkan pada August 2011 (mengikut kalendar Jemari Seni)
Loves listening to sad and sappy love songs while writing. Obsessed with the scent of roses hence the chosen pen name.
Here's a list of my published work: 1. Ikhlas A.K (2011) 2. Nah, Untuk Awak (2012) 3. Tunggu Aira Di Kota Bandung (2013) 4. Gaun Pengantin Untuk Hannah dalam Antologi Kerana Dia Ratu Sehari (2014) 5. Ice dalam Rasa (2014) 6. Warkah Untuk Abah dalam Antologi Di Bawah Langit Tanah Pertiwi (2015) 7. Bos Aku Kerek bersama The Awesome Five (2018) 8. Emma X Hud (2018) 9. Love, Kaseh dalam Malam 1000 Bulan (2020) 10. Masquerade dalam Love, Perhaps (2021) 11. Love You A Latte dalam Hope (2021) 12. Rhymes of Reason (2021) 13. Puisi untuk Aira (2021) 14. Buah Hati Nafeesa (2022) 15. Ikhlas A.K! revamped (2023) 16. Prelude Cinta Kita (2023) 17. Ice & Ian (2025)
Happy reading and reviewing! Find me on IG: Nirrosette
Best. Sengih je baca. Lebih-lebih lagi masa acara berbalas pantun waktu majlis pertunangan mereka.
Kelapa parut dibuat kerisik, Kerisik ditimbang berkati-kati; Hajat menggunung ingin merisik, Merisik si bunga pujaan hati.
Ada beberapa scene yang buatkan aku menangis tanpa diduga. Rasanya tiga kali aku menangis tanpa sengaja. Haha.
Ada masa, kasihan pada Emma. Emma yang terlalu obses pada tugasnya di universiti. Semua benda dia nak join.
Ada masa, kasihan pada Hud yang terpaksa memendam rasa dek perangai Emma yang ada ketikanya tidak matang. Ya la, umur baru 23 tahun. Jadi, sikap nak bermanja tu mesti terkeluar juga tambahan pula si tunang jenis yang tidak pandai meluahkan kata-kata. Dapat pulak si Emma yang jenis degil dan ikut kepala dia je. Rasa macam nak luku je kepala Emma tu. Haha. Masa Emma halau Hud dari hospital tu, sadisnya la haihh.. Sabar ya Hud.
Tiba-tiba terjatuh suka pula pada Hud ni. Hud yang tenang tapi apabila dia nervous, semua ketenangan dia ikut bergoyang. Kelakar la pula. Haha.
Perkenalan Emma dan Hud selama lebih setahun, tidak pernah menunjukkan ke arah couple. Sekadar berbalas whatsapp, wish good morning dan bertanya aktiviti masing-masing. Namun, tatkala Hud melamar Emma menerusi whatsapp (Hud laki keras hopeless romantik), Emma bingung.
Kisah suka duka pasangan Hud dan Emma, masa bertunang sebelum berkahwin tu. Banyak betul dugaan pasangan ni, lebih2 lagi Hud ni selalu ambik mudah banyak hal. Dah la memang tak romantik, lepas tu tak memahami sangat (buat-buat tak faham pun ye jugak).
Emma banyak jugak la memendam rasa sebab nak meneka-neka perasaan Hud ni, tapi sesikit annoying dengan Emma sebab degil dan jenis tak tetap pendirian. Emma jenis suka orang cakap, tak cakap maksudnya tak de la kot..n Hud ni pulak jenis tak reti nak explain, so memang Emma keje merajuk n salah sangka je la..
Nasib baik la Hud ni sabar n matang, so boleh handle la.. lagi pun diorg beza 7 tahun, Emma pun masih study, so macam budak2 sikit perangai.
Kisah ni dekat Singapura, so mula2 baca macam konpius gak.. lepas tu baru boleh adapt. Tapi ok la, olahan penulis santai dan konflik tak berat pun. ada part kelakar la jugak. Memang tak berkenan sangat dengan watak Emma, tapi atas dasar itu lah yang melengkapkan mereka.
Secara keseluruahn, sebuah bacaan santai, diselitkan dengan dugaan alam pertunangan dan nasihat yang berguna buat panduan semua. Tahniah buat penulis.
Kadang rasa Emma ni yang annoying. Kadang Hud pun ada perangai annoyingnya. Ha eloklah kot sama sama naik perangai tu :D Memang kat hujung hujung Epilog baru masalah depa ni selesai. Haha
Bacaan santai walaupun kadang kala rasa berangin juga dengan perangai Emma Dahlia. Terlalu prejudis dan kadang kala degil tak bertempat. Walaupun sudah melalui pelbagai liku hidup tapi Emma tidak rasional apabila perasaan marah menguasai diri.
Berbeza pula dengan karektor Mr. H, yang nampak selalu tenang malah selalu disalahanggap oleh Emma tidak serius dan acuh tak acuh.
Perlawanan karektor kedua-dua memang turun naik tapi untungnya mereka kerana orang-orang yang sekeliling mereka yang selalu memberi sokongan.
Buku ni cute sebab Hud yang jatuh suka dekat Emma, lepas tu dia lamar Emma dalam ws je. Ciskek betul Encik Hati Kering ni. 😂 lama dah Hud crush dekat Emma sampai sanggup beli kek hari-hari sebab nak tengok Emma padahal Hud tu allergy dengan coklat 🤣
Tapi Emma ni dia keras kepala, terlalu busy sampaikan dia boleh ignore Hud ni. Hud pula jenis Encik Hati Kering.
Masalah komunikasi antara Emma dan Hud bila Hud nak terangkan apa yang terjadi eh Emma pula tak nak dengar. Emma pula bila Hud dah mula berkomunikasi janganla buat keras lagi. Sebab Hud ni jenis yang kering dan Emma pulak jenis yang tak nak mengalah. Ke sebab dorg anak first jadi perangai tak suka dikawal tu memang ada ?
Hailaaa Mr Mad & Jack tu punya perangai memang buat Emma tak keruan.
For those yang dalam fasa bertunang nak kahwin buku ni sesuai dibaca oleh golongan tu 🙊
Cerita santai. Tak ada konflik berat. Tapi boleh enjoy baca sampai habis. Mungkin sebab tak stress kut. Walaupun ada scene (pandangan peribadi daku) yang tak perlu dimasukkan pun.
Apa2pun mesejnya bagus. Sesuai untuk mereka yang dalam fasa pertunangan dan yang sedang menuju ke arah itu. Penulis menyajikan realiti2 yang berlaku semasa tempoh itu (walaupun daku belum melalui fasa itu tapi boleh rasa benda tu). Perhubungan ni bukan tentang yang manis yang indah saja ya. Kadangkala yang pahit masin payau itulah memberi rasa yang seimbang dalam sesebuah perhubungan. Chewahhh
Tahniah buat penulis atas kelahiran naskhah ini. Keep it up!
cerita yang ringan dan watak yang mudah. Kita boleh bayangkan watak yang hidup dengan kewujudan ciri-ciri watak yang sebenarnya ada dalam masyarakat kini.
Novel ini membawa kisah perkenalan Emma dan Hud sehinggalah kisah dugaan-dugaan mereka ketika bertunang serta persiapan mereka dalam menuju ke gerbang perkahwinan. Sampaikah mereka?
Suka dengan gaya penceritaan novel ini yang santai namun banyak juga membuat pembaca untuk berfikir tentang persediaan dalam menghadapi alam rumah tangga sama ada dari segi emosi, fizikal dan rohani.
Latar tempat yang dipaparkan membawa pembaca meneroka ke bumi Singapura. Penulis menyatakan beberapa tempat/tempat makan menarik seperti Fluff Bakery, Restoran Hajah Maimunah serta Coney Island. Wah, membuatkan pembaca ingin kembali melawat Singapura!
Penglibatan Emma dalam Persatuan Bahasa Melayu dan bola jaring di Universiti Kebangsaan Singapura diceritakan dengan sangat menghiburkan. Kisah hijrah Emma juga diselit dengan cara yang membawa keinsafan. Sungguh menarik!
Overall, buku ni tak ada la tema yang berat. Ianya berkisahkan bagaimana Emma dan Hud menjalani kehidupan dalam fasa pertunangan. As we all know, fasa pertunangan ni kan banyak dugaan. Penulis berjaya menggambarkannya secara santai. Tak ada scene2 overdose air mata.
Sesuai untuk bacaan yang mana bakal mengikat tali pertunangan. Watak antagonis pun consider hadir untuk menambah rencah sahaja.
This entire review has been hidden because of spoilers.
What did I just read O.o I wish I had more positive things to say about this novel. Ending dia laju sangat macam jatuh tangga. Jalan cerita macam jungle trekking. Ada orang boleh makan berpinggan-pinggan kot, Tapi untuk ini sedikit tawar. Hidangan yang takkan ulang tambah. Sorry
Beautiful story. Emosinya cukup rempah dan rasa. I memang suka baca penulisan kak Nirrosette. Manis dan simple. Sesuai utk mereka yang berdarah manis dan mahukan senyuman yang kekal untuk beberapa hari, mungkin ?