Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.
Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.
Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.
“You can’t have things for me. I’m out of your league.” – DHEO HAN
Namun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat dalam hati. Bagaikan déjà vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu.
“Kenapa pura-pura tak kenal saya?” – NURISSA ROSE
“Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci.” – DHEO HAN
Jadi, siapakah Dheo Han yang sebenarnya? Seseorang yang tiba-tiba muncul setelah empat tahun pasti punya motif sendiri, kan? Dalam mencari kebenaran, kejutan demi kejutan diterima Nurissa. Rupanya hidupnya sebelum ini memang jauh dari normal. Dan apabila semua kebenaran terbongkar, mampukah Nurissa menerimanya?
Sedih betul bila diimbas balik betapa lemahnya watak-watak perempuan dalam novel yg ditulis Anjell. Hidup tak ada hala tuju, tak ada cita-cita yg nyata. Semuanya sibuk diulit dengan hero sahaja. Pagi petang siang malam, kepala otak hanya diisi dengan si lelaki sahaja. Kesian. Belajar tinggi-tinggi, hala tuju hidup cuma nak beradu perasaan. Kesian.
Nak buat cerita mafia, tak sampai. We're talking about Sicilian mafia, the Cosa Nostra. Bukan kaleng-kaleng. Bukannya bersembang pasal Abang Long Tiger ni. Tapi itulah, il capo sibuk nak jadi hero seorang bunga. Tak salah pun, tapi terus jadi tak gerun dengan mafia. Mehhh.
Yang si bunga pun, sudahlah amnesia, berapa kali pulak kepala tu terhantuk sana, dihantuk sini. Tak biol pulak dia kan. Sikit-sikit terhantuk, sikit-sikit terhantuk. Eh, stresslah! Hilang ingatan sepatutnya jadi konflik terbesar dalam hidup dia. Mencari sisa-sisa memori sepatutnya jadi satu misi dalam hidup. Sebaliknya, konflik terbesar ialah siapa Dheo tu. Misi dalam hidup hari-hari nak tengok muka Dheo, nak tahu tentang hidup Dheo. Rumah sendiri ada CCTV pun tak tahu ke? Kalau benda pasal hero, semua dia nak curious. Pasal kehidupan sendiri, pasal family, tak ada pulak.
Pincang. Segalanya pincang. Ada lompong di sana sini. Tertanya-tanya juga, penulis tak pernah buat research ke? Penulis tak berhasrat mengembangkan minda ke? Penggunaan Bahasa Inggeris buat kesekian kalinya mengganggu pembacaan. Dah jadi attention center. Thank God dan thanks, God lain ya, temen-temen. Dan kerap kali ayat "I used to it" digunakan. Tolonglah, tolong sangat, perbaikilah. Jangan bagi kesempatan orang macam aku untuk cari kesalahan remeh macam tu. Spoil ah.
Watak Rose memang sangat kuat overthinking. Nak buat kopi pun banyak persoalan yang ditanggung. Sampai dua muka surat saya baca punya dia keliru nak buat kopi untuk Dheo. Elemen manipulasi ketara juga seperti Rose tahu seorang wanita tu diculik tapi masih boleh beri nasihat "awak kena culik tapi masih diberi makan dan tak didera, okaylah tu jangan buruk sangka. Love and Peace sis" dan Rose juga mengaku "hampir pernah diperkosa oleh Dheo tapi masih risau dengan keadaan Dheo". Ya, saya faham waktu itu Rose hilang ingatan. Tapi perlu ke penulis yang bijaksana buat naratif tersebut. Nampak apa? Baik? Innocent? Naif?
Memasukkan Islam dalam cerita ini terlalu dibuat-buat. Menceritakan kesusahan Dheo sebagai mualaf langsung tidak memberi kesan. Agama juga jadi alat untuk "mengindahkan" novel cinta mafia. Kisah latar belakang keluarga mafia Dheo pula sangat basic. Saya tak faham kenapa penulis perempuan Melayu mengagungkan, suka meromantiskan mafia-mafia Itali? Kenapa mereka kaya dan kelihatan kacak? Atau hanya alasan ingin mencipta kisah cinta lain dari lain? Nak ikut cerita cinta penulis Barat?
Gaya penulisan sangat teruk. Tiada perkembangan pembendaharaan kata. Penggunaan bahasa Inggeris juga lemah. Kelainan yang cuba dibawa penulis ialah menggunakan perkataan bahasa Itali yang diulang-ulang spt tesoro, mia belle, signora, signor dan principessa. Perbualan antara watak pula tak lain tak bukan hanya perbualan angan-angan dalam kepala penulis. Semua watak ialah penulis cakap dengan diri sendiri.
Saya sedih bila melihat keupayaan membaca para pembaca Malaysia yang lemah. Saya tak faham novel sebegini dianggap novel ringan dan novel cinta. Agak terkejut membaca review seorang pembaca dengan mengatakan novel ini boleh mengetahui "pertembungan dua budaya". Celah mana sis? Tak payah lah nak review bombastik sangat. Budaya apa? Budaya mafia cengeng bergaduh sebab awek mati? Dan budaya apa watak Rose bawa pula? Budaya gadis Melayu habis belajar goyang kaki kat rumah dan habiskan masa fikir fasal jantan.
Kini saya juga faham kenapa pihak Karya Seni masih membela Anjell sebagai penulis hebat mereka. Apa kisah janji laris, janji ada tahun dapat Anugerah Buku Negara. Janji waktu PBAKL berduyun anak gadis, mak dara, anak teruna beratur beli dengan alasan budaya membaca masih kuat di negara ini. Jemput (bayar) akhbar buatlah cerita-cerita yang baik tentang penerbit. Kasihan.
Kepada penulis, penerbit dan pembaca. Insaflah kita semua dari bacaan seperti ini.
Berminggu baca novel ni tak habis2, last2 skip2 je sampai the end, the struggle is real. Saya boleh paham kenapa novel ni banyak peminat, tapi at the same time saya memang kenot brain dengan cerita novel ni.
Kisah sorang perempuan, Rissa(?) yang hilang ingatan 3 tahun dah. Sudden satu hari kena keja dengan si Dheo, CEO hotel nama apa ntah yang hensem macam model (kaya pulak tu). Semua gara2 bapak dia ninggal, rumah dia kena beli dengan si Dheo so dia nak kena keja dengan si Dheo untuk kekal tinggal kat rumah tu. Kerjanya? Jadi housekeeper kat penthouse ke apa ntah milik si Dheo tu. Tak berfikir langsung, dia terima je offer tu, as if dia kenal lama dah dengan si Dheo tu dan confident yang si Dheo tu takda niat jahat. Takda agreement apa kebenda, angguk je. Lepas tu apa je yang Dheo suruh semua dia angguk je. Macam robot, macam patung, macam lembu dicucuk hidung, macam takda otak untuk berfikir. Tapi tula, kalau dia ada otak untuk berfikir, takdanya dia sehelai sepinggang gara2 bapaknya meninggal je. Umur dah 24 tapi survival skill level budak2 je.
Si Dheo ni pulak macam ahli mafia gitu, kadang2 gi cekik orang, kadang2 kena tembak, kadang2 main drift2 kete diekori orang jahat. Tetapi, si Rissa tak penah nak risau bila Dheo selalu usung dia sana sini sebab si Dheo ni sangatla baik di mata Rissa, membuatkan dia jatuh cinta. Entah dimana logik disitu, macam bukan setakat hilang ingatan je, kewarasan si Rissa ni pun dah hilang agaknya. Kalau dalam real life, dah lama jadi mangsa kartel si Rissa ni, polos tak bertempat.
Lepastu... eh lupa apa ntah yang berlaku tapi akhirnya misteri ingatan dia terungkai jugak akhirnya. Dheo rupanya pernah kenal dia tapi acah2 tak kenal (kalau saya jadi Dheo pun saya malu mengaku kenal dengan wanita kurang siuman macam si Rissa ni, nanti jadi beban hidup). Saje je Dheo merahsiakan sebab dah takde keje kot. Kalau dia bagitau siap2 perkara sebenar satu chapter je dah tamat novel ni, tapi tak, dia nak gak berahsia. Ingat macho ke? Bikin annoying saya adalah!
All in all, this will be the first and the last time I will read this novel. Sebab apa?
1. The writing tak membuatkan saya rasa nak meneruskan pembacaan. Kinda plain, kinda boring, kinda cringy (especially bab mafia tu, sori I kenot. Maybe 10 tahun yang lepas young me can stomach this type of storyline, tapi sekarang for adult me ianya just a cringy element to me when not written well). Kalau tak amik kira pasal plotline pun, writing author serasa kurang in my honest opinion. I couldn't relate to Rissa at all - nak ikut sedih bila bapak dia ninggal pun payah kalau dah anak dia sendiri pun sedih ala kadar je which doesn't make sense. Kepala penuh pikir pasal jantan je sedangkan bapak baru meninggal. Aneh. Lepastu heroin boleh dikira berada dalam situasi yang susah (rumah takda, mak bapak takda, memori pun blank) tapi tak nampak langsung struggle si heroin sebab like I said kepala asyik fikir pasal bos dia je. Takda effort whatsoever untuk improve the situation guna pelbagai options, semua amik jalan mudah je. Which also doesn't make sense, sebab manusia normal dia takkan react begitu so I wonder what the author's trying to depict with the situation he wrote here.
2. Heroin macam tak dibekalkan otak untuk berfikir. Macam AI yang kurang cerdas je, semua benda dia buat ikut cakap Dheo je. Lepastu lagi, acah2 risau kalau berdua-duaan dengan Dheo sebab bukan mahram, tapi kehulu kehilir berdua dengan Dheo tanpa tau halatuju no hal pulak.
3. The background. Agak tidak logik. Pergi balik kerja berhantar dengan driver bos takda yang heran. Orang datang cedera teruk datang ke rumah tengah malam, heroin selamba je terima macam la rumah dia tu hospital awam. Masuk kerja takda briefing pasal tugas gaji etc., pekerja pun takda nak inquiry further. Bapak meninggal tak explain apa2 meninggalkan 1001 persoalan, heroin pemalas takda niat pun nak cari tau kebenaran. Si hero kata sayang kat si heroin tapi 4 tahun rela gak berpisah, macam takda feeling pun. Banyak lagi la isu2 lain tapi malas nak belek satu2 page yang I have bookmarked, nanti tambah stress pulak.
4. The English. Some okay je, tapi banyak grammar kelaut. Takda masalah nak pakai English dalam conversations tu, tapi tula takyah la tulis berjela-jela kalau tak sure ayat tu betul, pakai je BM, selamat. Selamat dari buat salah, dan selamat daripada mengannoyingkan pembaca. Editor English pun macam takda je, stress pulak kita membacanya.
Tu je kot. Malas nak fikir lagi. Buku Rose's, prequelnya saya dah beli mahal haritu tapi takda selera nak teruskan baca pasal diorang ni so semalam saya gi jual kat member haha
Ceritanya boleh jadi berat dan penuh drama, tapi jadi sangat entertaining sebab tukang ceritanya yang penuh humor. Gelak sorang-sorang saya tau.
And for the first time ever saya rasa watak hero dingin beku yang handsome dan kaya tu menjadi (di alam novel melayu ini). Excited jugak la saya hehe.
Cumanya saya tak boleh nak bayangkan Dheo Han tu dengan rupa lelaki Itali. Asyik terbayang hero korea jer. Cerita pun nampaknya banyak pengaruh drama korea. Watak heroin yang agak lurus tapi melawan dengan tak sengaja, hero yang dingin, dan ditambah pula suasana kerja di hotel.
Nampaknya Anjell dah berjaya tarik saya semula untuk cari bukunya yang lain. Keep up the good work.
Karya pertama daripada Anjell yg saya baca. Selalu dengar nama2 novel yg lama tapi tak terasa nak baca. Disebabkan famous kt bookstagram, saya pun belilah Dheo’s mengharapkan banyak adegan aksi. Tengok front cover pun nampak menyeramkan. Saya tunjuk kawan pun dia tanya tu buku seram ke.
Saya agak kecewa sebab rupanya lebih kepada Nurissa yg hilang ingatan tp tunggu masa utk ingatan dia datang balik.
Beberapa masalah yg saya kurang gemar dgn buku ni:
1. Gaya penulisan terlalu childish dan immature. Jenaka yg digunakan pun tak mcm seorang 24 tahun akan crack. Terdengar mcm terlalu kuno pun ya jugak.
2. Gunakan metafora yang sama utk beberapa situasi. Lagi2 tentang masuk kandang/sarang haiwan buas.
3. Perkataan sama berulang banyak kali dlm satu perenggan buatkan pembacaan rasa stunted.
4. Gunakan deskripsi yg sama je. Contoh: telan liur. Ni contoh paling obvious hahaha. Saya rasa boleh terkencing sbb bnyk sgt telan.
5. Personaliti semua karakter tak konsisten kecuali Lucca. Saya rasa, Lucca je yg paling boleh diterima. Saya tak suka Nurissa yg selalu pura2 angelic tapi dgn Nancy mcm cilake pulak. Dheo Han pun tak berjaya curi hati saya sbb tak dpt nak bayangkan muka mamat ni mcm mana. And saya pun personally lg suka lelaki yg soft spoken. Bukan yg cold depan orang lain tp depan saya baik. Saya rasa benda tu tak special pun. Mungkin diri saya yg umur 14 tahun sukalah kot.
6. Apa tujuan kewujudan Nancy? Saya rasa tak perlu tulis watak perempuan jahat hanya utk berebut lelaki hahaha. Saya tak rasa perempuan educated dgn gaji yg stabil akan buat mcm tu. I think women know how to respect each other 😂
7. Adegan aksi dalam 100 muka surat terakhir pun mcm tak realistik sbb tibeh sangat.
8. Ada kesalahan ejaan dan English grammatical error yang dirasakan patut telah dibetulkan semasa sesi editing.
Overall, saya rasa saya yg tak sesuai dgn buku ni sbb ramai lagi yg enjoy. Tapi saya suka lah buku ni buat saya tak stop baca sbb nak tahu. Cumanya, kdg irritating jugak bila suka tangguh2 nak cerita benda betul sbb nak jadikan suspens punya pasal. Saya ada terfikir buku ni mcm tak di-edit sbb bnyk benda yg boleh cut sebenarnya. Atau mmg nak buat panjang utk cukupkan minimum words kot.
Tak tahu kenapa tapi a little bit disappointed dengan cerita ni. Maybe silap aku sebab ada high expectation lepas tengok buku ni famous gila dekat booktok. Tapi buku ni memang aku rasa bukan untuk aku.
Benda yang aku agak turn off adalah dengan awal2 cerita, plot sangat meleret dan takde direction yang jelas. Bagi aku 300 pages pertama macam takde apa yang berlaku. More to monolog dari Rose and that's it. Dah aku macam agak kecewa dengan watak Dheo yang tak seberapa solid dia punya character building.
Benda yang aku kecewa seterusnya, ini maybe controversial sikit, tapi aku macam kurang gemar dengan gaya penulisan yang digunakan penulis. Secara jujurnya, ini buku pertama Anjell yang aku baca so aku memang tak tahu penulisan dia macam mana. Tapi aku macam rasa there's a little bit cheesey/cringe feeling dengan gaya penulisan dia.
Alahai rugi plak duk tanguh tangguh nak baca novel ni.Best! Lagi best dari Dr Alpha Male. Jalan citer yang smooth walaupun action tu tak banyak sangat.Tapi sebab saya suka dengan hero n heroin so boleh bagi 5* !! haha... melting dengan Dheo 😍
Selepas terlibat dalam kemalangan dan koma selama setahun, ingatan Nurissa Rose terus hilang. Dia lupa segalanya. Mujurlah ayahnya setia menemani. Namun, kematian ayahnya mengubah segalanya. Kemunculan Dheo Han yang menjadi pemilik harta ayahnya, terus mengubah kehidupan Rissa. Terpaksa, dia bersetuju untuk bekerja sebabgai personal housekeeper di hotel Dheo dan penthouse Dheo adalah keutamaannya. Semakin lama, semakin banyak perkara yang musykil berkaitan Dheo sehingga adakala menakutkan Rissa sendiri. Semakin dicungkil, semakin memenigkan kepala Rissa, lantaran Dheo sendiri enggan bercerita. Namun, saat segalanya terbongkar mampukah Rissa menerima Dheo?
Pantas je baca walaupun agak tebal, 650 ms. Ada sedikit part yang meleret, tapi overall ok la. Awal2 banyak part pengenalan mengenai Rissa dan perhubungan dengan orang sekeliling. Lepas tu baru masuk part Dheo yang misteri tu.
Susah nak compare sebab ni buku kedua Anjell yang saya bace lepas TPI, tapi so far saya boleh hadam jalan cerita dia walaupun sedikit meleret. Rasa macam banyak part tak penting, tapi ujung2 ada la masuk sikit fakta yang berkaitan. So kena gak la baca tak boleh lompat-lompat.
Part thriller tu kejap sangat, bab 50 lebih baru la start.. abis sampai bab 55 je. So memang tak puas sebab ingatkan adalah dalang famili Dheo yang terlibat. Ye la, cam susah payah je nak jatuh kan Dheo n nak tangkap Rissa ni. Pastu kejap je da settle..haha
Overall, masih boleh dilayan dan saya rasa lebih baik berbanding TPI.
I immediately ran to this book right after finishing Rose's and guess what? Who would've thought the second read would lead to more tears?
Dheo's sacrifices for the love of his life.. *chef's kiss
“Because you're worth fighting for. Always.” - Dheo Han
[1st Read]
I purposely took my sweet time reading this because my feels... askguhdfksfgksgah
I kept seeing this on BookTok so decided to take a risk to purchase this from the bookstore, honestly it felt like a gamble for me. And guess what? I think I hit the jackpot (o´∀`o)
Plot development is excellent. At first, I was more inclined towards Lucca, because dang, son. How can a fictional character be so fine?? Can we get one for ourselves too?
THEN, came Dheo. IDK about y'all, but even his name is smexy. And the way his character was written could lure readers and play with their imagination.
I like Nurissa's character as well! Girl ain't a quitter and I love it! And Fahim, ugh. Hey Google, play Untukmu Aku Bertahan by Afgan (っ˘̩╭╮˘̩)っ
Honestly, I believe there are no weaklings in this book. I could hardly put down once I start reading but I forced myself to slow down because I didn't want it to end too soon, you feel me?
2. Hurmm percubaan kedua penulis untuk melakar sebuah kisah suspen, aksi, mencemaskan jiwa.
3. Saya akui amat tertarik dengan idea penulis sejak pasangan ini buat penampilan dalam DAM lagi. Kisah Nurissa Rose yang hilang ingatan, selepas sedar dari koma. Dalam tempoh empat tahun dia cuba untuk pulih tak cuba sgt pun cuma harapakan keajaiban dan lalui hidup seadanya. Bila ayahnya meninggal dia hilang segalanya. Rumah,cafe milik ayahnya harta pulak berpindah ke tangan orang lain dan terpaksa bersemuka dengan *Dheo Han. Dengan tidak semena-mena bekerja dengan Dheo sebagai personal housekeeper (nape tak jadi maid je terus kan eh tu cerita lain mahap) di hotel milik Dheo. Babak ini mungkin diinspirasikan dari komik Jepun/Taiwan hurmm. Watak gadis naive yg dalam kesusahan tiba2 muncul para hero yang sanggup jadi pelindung.
4. Babak misteri, siapa Dheo Han ni selain dari pemilik hotel dan usahawan berjaya hidupnya penuh misteri dan tanda tanya apa kaitan Nurrisa dan Dheo.
5. Kisah Mafia Italy hurmn tipulah kalau saya tak nantikan sesuatu yg hebat tentang ini tp kisah mafia tu hanyalah 1/10 dari intipati cerita dan buat saya cari serba sedikit info tentang mafia entah mengapa saya tak rasa ia logik adoii mungkin dekat Malaysia kita cuma dihadapkan dgn kisah kongsi gelap ala2 KL Gangster (pegi tengok kat panggung okay #sokongfilemtempatan)
Secara keseluruhan nak kata tak suka sgt tu tidak lah sebab buku ni berjaya buat saya stuck selagi tak abis baca tak senang duduk. Tapi mungkin expectation saya agak tinggi untuk Penulis kerana ini dah buku ke-6 penulis yang saya dah ikuti sejak dri buku pertama lagi. Saya menjangkakan olahan yang lebih matang, atau sering dengan peningkatan usia saya kisah manis-manis sebegini sudah tidak mampu lagi untuk saya hadam. Saya yakin penulis boleh buat lebih baik lagi. Oh iya, kalau dulu saya agak terganggu dengan monolong dalam watak dan juga perkataan-perkataan kasar yg digunakan penulis tapi kali ni saya tak perasan pula ada mungkin tidak sampai tahap menganggu, good job penulis.
P/S Rasa tidak adil pula beberapa watak dimatikan begitu sahaja.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
This is an awesome read with awesome characters in fairly awesome setting, walaupun at times jalan cerita boleh diagak.
I love a good Mafia storyline so bila dapat read one in a Malay novel, tahap excitement tu lain macam sikit.
Anjell tidak mengecewakan kali ini. After reading Mr. Alpha Male, N tak berapa pasti how well Anjell would fare in a dark theme plotline because pada N, Mr. Alpha Male sangat-sangat lar annoying.
I was not annoyed with Dheo. In fact, I don't mind getting a Dheo for myself.
Definitely 5🌟 Sebab? Antara DAM dan Dheo's, jujur aku katakan lebih suka Dheo's...
Usai menamatkan pembacaan DAM, aku mengambil keputusan untuk membaca Dheo's...
Dheo Han ialah pemilik hotel La Prince. Dalam masa sama, ada rahsia yang disimpan olehnya dari pengetahuan umum kecuali orang-orang kepercayaannya sahaja yang mengetahuinya.
Lucca, bodyguard rasmi Dheo. Mereka berdua macam ulat belangkas, tak boleh berpisah. Comel je persahabatan dia orang ni. Aku suka.
Nurissa Rose, amnesia gara-gara kemalangan. Mencari kebenaran yang tersingkap. Apakah rahsia Dheo antaranya?
Fahim, satu-satunya sahabat Rose. Aku suka bila dia sentiasa ada dengan Rose. Menghiburkan dan gelaran "Bunga" pada Rose beri impak besar padanya.
Oklah, aku tahu ramai dah baca.. Jadi, tak salahkan kalau spoiler even dari awal aku dapat teka mereka husband and wife. Masa tahu tu aku tak terkejut, tapi yang buat aku terpinga masa Rose sengaja uji Dheo. Memang emo habis lah.
Aku rasa Dheo's ada tarikan tersendiri. Lain daripada DAM. Bukan jenis mulut macam Hilman dan loya buruk macam Hazel. Tapi Dheo's ada kekuatan tersendiri.
Rose yang tetap berdiri teguh di samping Dheo. Dheo yang setia dan sayangnya pada Rose. Sebuah erti pengorbanan, kekeluargaan, agama dan kasih sayang. Sejujurnya, Dheo's lebih banyak bermain dengan emosi dan aku semestinya emo sampai ke akhir orang happy aku nangis..🤣
Sejujurnya, aku rasa teruja setiap kali menyelak helaian sebab rasa curious. Semangat membara dan bar keterujaan aku menaik. Semestinya, aura Dheo Han lebih mengancam berbanding Hilman. Apapun, aku puas hati..manalah tahu aku nak reread kan nanti bila Rose's pula nak terbit nanti.❤️
Serius tak tahu nak bagi berapa bintang, 2.5 bintang?
Okay I suka lah concept cold guy meets innocent girl. Hero buat apa saja untuk heroin sampailah aku tahu kenapa hero buat macam tu yada yada....
Sejujurnya buku ni dah lama aku baca tapi aku dah lupa jalan cerita HAHA. Apa yang aku rasa kurang dalam buku ni adalah status 'mafia' dalam buku ni langsung tak ada (sikit) walaupun sudah sedia maklum dengan latar belakang hero. Sebab buku ni lebih tertumpu hubungan hero-heroin dan beberapa adegan aksi diselitkan di beberapa bab.
Watak heroin yang digambarkan terlalu lemah walaupun berpelajaran tinggi tapi dia perlukan lelaki untuk selamatkannya dan major turn off for me penggunaan bahasa asing tapi kita kena google sendiri maksud.
Buku kedua penulis yang dibaca selepas Eksperimen Cinta. Punyalah jauh beza tahun terbit dan banyak novel yang diterbitkan penulis sebelum Dheo's tapi tak rasa nak baca buku lain 😂
POV 1 ni susah nak buat pembaca tertarik, lagi bila nak described situasi dan emosi.
A decent novel to read. Mungkin dengan jalan cerita buku ni buatkan saya tertarik, memang page turner lah sebab nak tahu apa yang jadi sebenarnya.
Tapi ada juga benda yang saya tak gemar.
Saya sejujurnya tak nampak Nurissa Rose ni matang, saya cuma nampak dia seorang yang naif. Terlalu naif sampai rasa macam aduh kenapalah dia macam ni? Dengan tahap degilnya aduhai, tepuk dahi. Saya lah kot yang tak boleh go sebab sekarang lagi prefer heroin yang independent.
Dheo tu kacak, terlalu kacak lah kot sampai semua nak dekat dia. Tapi saya tak nampak kehebatan Dheo, macam saya cakap tadi penulis guna POV 1 jadi macam tak tahu karakter Dheo yang macam ada aura alpha male gitu. Cuma tahu dari sudut pandang Nurissa Rose.
Tak suka grammar mistake dalam novel ni juga, geram sebab banyak dialog dalam bahasa Inggeris. Turn off sikit. Penulis berusaha nak banyakkan perbualan dalam bahasa Inggeris tu, tapi nampak macam memaksa.
Worth to read and buy. Reread again? I dont know. Kuddos to Anjell 👍
Menarik walaupun tak menepati selera Sha tapi masih berjaya menarik Sha untuk teruskan pembacaan.. Watak Dheo yang beku dan kejam.. Rose yang hilang ingatan tapi tak adalah usaha gila-gila nak dapatkan balik ingatan dia.. Cuma dia just follow the flow.. Tapi memang ada babak romantik, sweet, dan sedikit aksi.. Kira cukuplah rencah untuk menarik Sha terus membaca sampai habis..
Yeah, finally baca pun kisah Dheo Han yang menjadi kegilaan ramai pembaca masa kini. Di mana2, tiktok, ig, fb saya nampak nampak Dheo ni. Setelah baca, saya faham kenapa ramai 🦋🦋 dengan watak Dheo. Cold, protective and at the same time fragile.
Nak ulas apa yang yang menarik mengenai buku ni dekat goodread, rasanya dah banyak dah ulasan dari pembaca lain. Dan setiap cerita mestilah ada yang tidak sempurna. For me, saya suka dan boleh masuk. Saya expect scene2 mafia banyak dan jelas, disebabkan tu saya ambil masa lama untuk baca sbb saya kurang minat cerita mafia2. Sama mcm kdrama vicenzo, saya tak tengok walaupun minat song jong ki.
Tapi, oklah, plot cerita tak tekankan sangat on that term. Siapa yang mengharapkan setiap bab ada vibe cerita mafia memang akan kata tak suka kot.
Sedikit komen jujur saya, 350 mukasurat yang pertama rasa perjalan cerita agak lambat. Saya terasa lama untuk sampai ke the main point of story. Terlalu banyak naratif, monolog. Tapi bagi saya ini memang trademark penulis berdasarkan tiga cerita penulis yang saya dah baca.
Hebat. Saya sangat suka dengan watak Dheo Han dan Nurissa Rose. Mereka gandingan yang cukup secocok. Kisah cinta mereka bermula begitu manis, di zaman muda remaja, di lokasi indah. Kedua mereka berbakat besar, tangan kreatif, cat warna dan kanvas jadi mainan, penyejuk jiwa yang lara. Manisnya cinta Rose-Dheo tak lama, bila persekitaran berubah kejam, meninggalkan memori pahit, sepahit-pahitnya kepada kedua love birds ini. Apa yang terjadi? Korang suka cerita cinta bersulam thriller, yang heronya bukan setakat handsome, kaya tapi perangai ala bad boy cum kasanova miang? Korang suka hero yang berkarisma, pemimpin disayangi dek anak buah, boss disegani dek pekerja, romantik tapi tak berotak lucah? Korang mesti akan suka Dheo. Rissa pula wanita yang cantik, cerdik, low profile, penyayang, penyabar, pemaaf, berfikiran luas, matang jauh melebihi usianya. "Nurissa got fangs". Saya juga suka watak Fahim, Lucca, Arayyan. Kesemua mereka punya kekuatan tersendiri, bukan sekadar langau atau watak kosong untuk bagi hero / heroine nampak hebat, biarpun selain Rissa, yang 3lagi tu pekerja Dheo. Nanti ada tragedi tau. Selepas Rissa dan Fahim yang baru lepas tengok wayang siri akhir Maze Runner, tersentuh dengan persahabatan Thomas & Newt, komen "kenapa Newt mati?" "Newt made a sacrifice. Kematian dia bukan sia-sia", saya dah agak akhir nanti ada yang akan terkorban, tapi tak sangka orangnya ialah...
Anjell juga berdakwah melalui Rissa dan Dheo. Bila Rissa kata dia bosan, penat dan rasa tak cukup rehat coz it's Monday blues, Dheo D'Ambrusio yang dalam badannya mengalir darah mafia kata, "Kenapa saya mesti tak suka hari Isnin sedangkan Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin."
tak boleh komen banyak sebab saya dah start skim reading di tengah2 sehingga ke page akhir, 3 bintang untuk jalan cerita yang menarik!
Mungkin saya ada masalah sikit 🤏🏻 dengan heroin2 dalam buku anjell, rata rata mereka perlu diselamatkan dan dilindungi oleh lekaki alpha male. Atleast karakter perempuan jenis tegas classy dan ada pendirian sendiri. Bijak dan boleh jaga diri. Lembut bila dengan suami. Bukan lemah. Dan dalam dheo ni masalah besar saya sekali watak nurissa itu sendiri.
1. Tak dengar arahan. 2. Selalu bertindak melulu. 3. Tak firm & stick dengan pendirian.
Jadi 3 perkara itu sangat berkait rapat dengan perasaan saya untuk rasa nurissa satu watak yang layak diperjuangkan oleh dheo bermati matian. Apa keistimewaan nurissa selain pandai melukis dan cantik? mungkin saya terlepas pandang..
Ok...byk bnda nk complaint..aq suruh 3 org kwn aq untk convince aq psl buku ni...blow up on tiktok..i can feel the hype..however...
1) Good idea of new romance (mafia) 2) Hoping more on thrilling scene because it is mafia romance 3) I dont like the writing tho...wattpad style 4) This is the 3rd romance book i read but still not too my liking (not a fan but expect it to be awesome) 5) Meleret ceritanya..the 1st 75 pages make me so sleepy and almost got me into reading slump 6) Meh i am not too surprise on the plot twist...because i read better than that... 7) Red Flag tho...Me as a muslimah girl who never talk to any boys or looking straight at their faces..If u really wanna make a muslimah girl, fine..but too many boys around a girl truely freak me out..creepy.. 8) Less climax..lg bagus kalo penulis bermain dgn emosi dan mental pembaca...letakkn skit hint2 atau flashback pd permulaan atau pertghn cerita...baru seronok..otak berjalan teka teki gituuu...
My opinion guys...sbb kecewa...aq expect tinggu buku ni..because this is not my genre...but huhuu sedih la
Aku cuba bagi peluang untuk diri aku sampai aku baca dua kali tapi tetap sama jugak. Masih tak capai kepuasan. Adakah mgkin aku tidak ditakdirkan utk bersama Anjell? :(
I'm not the best in giving review. So yeah, I can only say this is the best of the best of the best novel ever. Kalau lah difilemkan ni, fuhhh memang best gilerrr ni. Terbayang all the action scene semua tu 😍
[ Hari ke-78 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, 03062020 ]
Dah lama sebenarnya aku tak baca karya Anjell. Kali terakhir dulu tak silap SPS, baca masa 2017.
Then, April tahun lepas aku beli Dheo's sebab kebetulan buku ni ada offer masa tu. Dan bulan puasa tahun ni baru aku terbuka pintu hati nak baca, kahkahkah.
Sebenarnya aku ambil masa yg saaaangat lama untuk habiskan novel Dheo's ni. 24 hari. Fuhh.
Bukan pasal tak best. Besttt, tapi mood membaca ke laut dalam. Dalam sehari, just mampu baca 1 bab, hahaha.
***
Seperti biasa, atas-atas tu cuma bebelan. Nah, review sebenar ;
Dheo's(Anjell) dan Memori Inara(Sara Aisha). Aku baca Memori Inara dulu even Dheo's yang terbit lebih awal. Apa kaitan dua novel ni? Takde. Takde kaitan.
Just sepanjang pembacaan, fikiran aku tak boleh lari dari membandingkan dua novel tu. Sebabnya dua-dua bawa isu heroin amnesia, hero berahsia dan misteri.
Dan dua-dua juga diolah dalam POV 1.
Jadi, kan...
Bila aku banding-bandingkan, secara jujurnya aku lebih sukakan MI. Sebab MI lebih thrill dan misteri. Berbanding Dheo's, yang cover depannya nampak mengancam habis, tapi sebenarnya ia masih berpaksikan genre cinta. Thriller-nya cuma sikit-sikit. Misteri? Sikit. Cuma watak Dheo's yang menyumbang pada misteri itu. Watak Nurissa still tipikal heroin novel-novel cinta lain bagi aku.
Walaupun bawa tema/isu lebih kurang sama, tapi gaya olahan memang ketara bezanya antara dua writer ni. Memandangkan aku sedang tulis review novel Dheo's sekarang ni, so aku akan tumpukan pd yg ni jer.
Anjell ni, gaya olahan dia memang dia dah ada style tersendiri. Dia dah biasa tulis cerita sweet-sweet. So bila dia cuba sesuatu yg baru, genre misteri mcm ni, bagi aku trademark sweet-sengal dia tu tetap ada, memang tak hilang. Sebab tu aku rasa Dheo's takde aura thriller sangat. Lebih banyak romance.
Secara jujurnya, bagi aku jalan ceritanya biasa saja. Even selepas Nurissa tahu kebenaran tentang siapa Dheo itu pun, plot cerita masih berpaksikan romantik. Ia punya thriller n aksi-aksi lawan tu just ada kat penghujung cerita. Itu pun sikit sangat dan nampak tergesa-gesa nak menuju ke pengakhiran.
Satu lagi, motif lelaki yg berdendam dgn Dheo itu pun aku rasa tak cukup kuat. Sebenarnya aku tak berkenan mana dengan plot 'dua lelaki bergaduh demi merebut seorang perempuan'. Hahaha, entahlah. Rasa macam over sangat.
Ending memang rushing bagi aku. Dan watak Fahim memang kesian giler. Aku suka part last dia. Sedih tapi dia punya luahan perasaan terakhir kat Nurissa tu memang sampai betul pada emosi aku. Sebab tak sangka dia memendam satu perasaan, tapi disebabkan dia hormat pada status Nurissa, dia korbankan perasaan dia tu. Memang sedih part ni. ☹️
Selain tu, Dheo's ni aku just suka watak-watak dan gaya olahan santai penulis jer. Macam aku cakap kat atas, kalau ikutkan jalan cerita, biasa saja bagi aku. Tak wow sangat.
Aku suka watak Lucca, dari awal lagi. Suka dgn kesetiaan Lucca pada Dheo, dan aku suka dgn layanan Lucca pada Rissa, sweet jer. Hahaha.
Dheo pulak. Yeahh.. Aku tak nafikan, hero pastinya anda aura tersendiri. Tapi antara Gibran (Memori Inara) dgn Dheo, aku lebih sukakan Gibran lagi. 😆
Nak cakap mcm mana eh. Even Memori Inara dan Dheo's bawa isu yg sama, tp dari segi jalan cerita dan watak perwatakan tu memang jauh berbeza. Silap aku ke sebab baca MI dulu? Tak pasal-pasal aku jadi duk bandingkan dua buah buku ni, hahaha.
Macam Gibran, kan... Aku sebagai pembaca boleh rasa aura misteri dia. Misteri dan bahaya.
Dheo pulak... Misteri tu hmm kurang, sbb penulis bagi banyak hint. Jadi kita boleh teka sendiri. Bahaya tu... hmm... Gini, watak Dheo dalam buku ni digambarkan ramai gila musuh, dan Dheo ni jugak dari keturunan mafia, tapi hmm... scene Dheo lawan-lawan pun just ada kat part akhir. Selain daripada tu, Anjell takde gambarkan scene Dheo melawan dgn musuh-musuh dia yg lain. Balik-balik, scene Lucca bawak Dheo balik rmh dgn keadaan berdarah, mcm tu jer Anjell gambarkan kononnya Dheo diserang musuh bahaya.
So maybe sebab tu. Aku cakap buku ni kurang thrill. Sipi-sipi jer ada, padahal watak Dheo kemain gah berketurunan mafia, hahaha.
Overall, aku tulis review ni secara neutral. Yg mana aku suka, aku bagitahu. Yg mana aku rasa kurang, aku kritik. Kelemahan buku ni ada, but still buku ni layak dapat 5* daripada aku. Sbbnya macam yg aku dah cakap kat atas... Aku takde masalah dgn watak-watak dan gaya olahan Anjell. Buku ni still fun. Ada banyak jer part buat aku tersengih-sengih seorang diri, hahaha. Nak cerita satu-satu tu aku malaslah. Just baca sendiri, okey? 😙
Apa yang aku boleh cakap : Buku ni hmm tak kena sangat dengan aku. Macam tak masuk sangat, tak taulah kalau sebab aku suka cerita yang pain kot / more to action thriller.
Aku actually dah lama tak baca novel romance, and aku pilih this book as first book yang aku nak try sbb 'hype' ya buku ni. Karya yang aku suka from Anjell is 'Suamiku Paling Sweet'. Tu pun dah lama sangat dah bukunya. So, aku pun nak cuba la balik baca romance novel, tapi tak taulah kalau sebab expectation aku tinggi sangat ke apa kan, tp this book just 'meh' for me. Not that I dislike or even like this book.
Overall, novel ni ok la for those yang mmg nak cerita full focus on romance bagi aku. But for me, buku ni buat aku terfikir nak try ke tak novel 'hype' Anjell yang lain 🤔 Apa-apapun, lain orang lain cita rasa kan. Dan aku tetap appreciate every single things mcm quotes/pengajaran yang ada dalam every buku yang aku baca. So, no regrets there. #emptycanvashida
Apa yang aku boleh cakap, Dheo’s ni digarap oleh penulis dengan berani. Aku kata berani sebab plot dan konflik yang diketengahkan, lain macam sikit. Susah nak tebak walaupun aku dah baca beberapa bab di blog penulis tapi susah juga nak teka. Baca novel Still keterujaan nak tahu itu semakin membuak buak . Dengan mengaitkan dua budaya, agama dan background yang berbeza antara Dheo Han dan Nurissa Rose, Bagi aku tu kelebihan Anjell .
Bagi aku, Dheo’s ni level dia lain dari novel-novel Anjell yg lain. Plot dia da bomb!, elemen of suprise dia tu memang buat kita “oo serius ahh” .
Cuma untuk beberapa bab awal, aku rasa a bit mendatar. Dah halfway baru rancak serancaknya . , kalau korang suka baca love story yg penuh kejutan dan bukan cerita cinta sinonim dgn budaya kita, boleh try 👍🏻
After 2 years of reading Dheo’s, I realized, this book is too focused on love. About Nurissa and Dheo. About Nurissa who wants to know who Dheo is in her life. Even though she loses her memory, she just wants to know what her relationship with Dheo is like.
This book is about Mafia. I typed again, MAFIA. So doesn’t it have to fulfill a ‘plot’ like this? Yes I know, Nurissa's memory is the plot as well, but ... why did you make ML who used to be Mafia but didn't focus on this plot? And, it uses POV 1. I guess it’s not so perfect for a story like this.
On top of that, isn’t it supposed to be more action? I can say, the action was about 2 or 3 scene only. I'm very frustrated. The front cover is black, and red (blood) but does not directly describe/related the storyline.
Thriller yang kurang mantap. Maaf. Tak tahu la jika baca untuk kali yang kedua dia jadi mantap pula. :D
p/s: Soalan random. Kenapa sekarang ni ramai pula penulis yang pada asalnya tulis kisah cinta dan keluarga tapi kini beralih kepada cinta dan thriller? Trend terkini kot.
Unknowingly, this is my third book from Anjell, and the first one was Suamiku Paling Sweet. My most anticipated book from Anjell was actually Dr. Alpha Male because lame, my friend said it is a REALLY good book but I never get it on my hand yet. So I encouraged myself to read this one since its been the talk of town (book communities ofc). So lets jump to the real business. p/s : my review would be in both English and Malay.
ⓅⓇⓄ : 1. :"𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒍𝒂𝒅𝒚 𝒅𝒆𝒔𝒆𝒓𝒗𝒆𝒔 𝒕𝒐 𝒃𝒆 𝒕𝒓𝒆𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒂 𝒑𝒓𝒊𝒏𝒄𝒆𝒔𝒔." Antara semua watak yang ada dalam cerita ni, the award goes to Lucca sebabwalaupun watak utamanya Deo, tapi aku rasa macam Lucca yang lebih menghargai kehadiran Nurissa. He values, cherishes, spoiled, and any other words yang boleh describe perlakuan Lucca terhadap Nurissa. Setiap kali Lucca panggil Nurissa 'principessa', please tell God to bless my life with another Lucca. Cair weh! 'Tesoro' pun boleh kalah eah dengan 'principessa'.
2. Second award goes to ofcourse Fahim 👏👏 Yang ni tahniah to the author sebab daripada awal aku memang tak syak apa-apa pasal watak Fahim ni (same goes to Azrul and Kak Tiqah). Bagi aku, Fahim ni adalah kawan yang semua orang idamkan. Caring, lucu walaupun annoying kadang-kadang, protective, selalu ada untuk kau waktu susah dan senang walaupun semua yang dia buat tu bersebab. Persahabatan dia dengan Nurissa ikhlas, bukan atas sebab arahan Dheo semata-mata.
3. '𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒈𝒊𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒎𝒚 𝒉𝒐𝒏𝒆𝒔𝒕 𝒐𝒑𝒊𝒏𝒊𝒐𝒏, 𝑻𝒆𝒔𝒐𝒓𝒐. 𝑩𝒆 𝒄𝒂𝒓𝒆𝒇𝒖𝒍 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒕𝒉𝒆 𝒘𝒐𝒓𝒍𝒅 𝒂𝒓𝒐𝒖𝒏𝒅 𝒚𝒐𝒖. 𝑺𝒕𝒐𝒊𝒄𝒊𝒔𝒎 𝒊𝒔 𝒕𝒉𝒆 𝒃𝒆𝒔𝒕 𝒇𝒂𝒄𝒂𝒅𝒆. 𝑷𝒆𝒐𝒑𝒍𝒆 𝒅𝒐𝒏'𝒕 𝒌𝒏𝒐𝒘 𝒉𝒆 𝒅𝒂𝒓𝒌𝒏𝒆𝒔𝒔 𝒍𝒊𝒆 𝒃𝒆𝒏𝒆𝒂𝒕𝒉." Walaupun pesanan ni adalah dari Dheo untuk Nurissa, ada betulnya. Satu yang aku suka about Dheo is dia selalu nasihatkan Nurissa, alway beware of people around her, even Dheo sendiri. And 1 point given for the trigger here sebab perlakuan Dheo ni secara tak langsung buat aku tertanya-tanya dia ni baik ke jahat sebenarnya, sampai sedar-sedar dah separuh buku aku baca. Nasihat dia untuk Nurissa aku rasa sangat berguna untuk kita jugak.
ⒸⓄⓃⓈ : 1. Pertama sekali aku nak cakap pasal betapa cliche′nya watak Fahim. Bos mafia suruh anak buah menyamar jadi kawan untuk pantau keselamatan the girl. Meh! Walaupun aku suka perwatakan Fahim tu but still. bagi aku ni taraf-taraf penulis cerita mafia dekat Wattpad (ataupun diorang yang tiru dia) 😅
2. Walaupun buku ni aku tengok banyak naik dekat booktok & bookstagram, bila buka Goodreads banyak juga bad review & 1-star rating. Aku baca satu persatu, and yes banyak point yang nampak tak masuk akal. Antaranya is Nurissa hilang ingatan. Tapi setiap kali nampak Dheo, setiap kali tu sikit demi sikit ingatan dia pulih. Kalau cerita lain siap bergaduh sana sini, eksiden lagi, merantau ke tempat dia pernah kemalangan barulah 0.1% ingatan tu datang balik 😂
3. Biasanya kita nampak dalam drama je watak bapak heroin ni lenyap awal supaya masa untuk watak utama lebih panjang. And aku harapkan yang sama dalam buku ni. Bapak dia mati awal, tapi scene2 Nurissa dan Dheo ni macam takde elaboration. Jalan cerita terlalu singkat. Flashback scenes pun tak macam flashback 😅 Semuanya terlalu straightforward. Watak Shahril pun takde elaboration, sama ada di masa silam ataupun sekarang. Kalau nak buat yg dia ni menipu dulu dia pernah couple dengan Nurissa, atleast ada lah sikit story manipulation yg kononnya dulu betul diorang ni bercinta, mungkin boleh nampak real sikit Nurissa ni amnesia (ini cuma cadangan 😅).
4. Something is off everywhere sebenarnya. Takde moment2 secondhand embarassment, tapi boleh rasa ada moment2 yg aku rasa illogical/unrealistic everywhere, especially yang melibatkan Dheo's flashback moments. Terlalu banyak elaboration pun jadi tak kena sebab dia akan jadi nampak unreal, cringey and so on.
*otw nak baca King Haidar. Taknak baca review dulu sebab nakkan feeling baca. Hopefully tak disappointing lah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dulu-dulu, masa zaman rajin 'bersiar-siar' di Wattpad, ku suka baca cerita yang berkaitan Mafia dan Alpha Male gini. Dan memang kebiasaan settingnya di Itali. So, bila Dr Alpha Male keluar, I was expecting this kind of story actually, but Anjell has her own version of story. So, kali ni, bila Dheo's keluar, I was soooo excited sebab memang dah follow teasernya kat blog. (Hahaha. Sekarang ni, ku dah jarang follow teaser kat FB, apatah lagi kat blog bagai. So, nampak tak betapa effort nya aku follow cerita ni. Haha) .
Dan aku bagi adik aku baca dulu buku ni. Komennya, boleh la. Sebab dia lagi suka DAM. Aku pulak lagi suka yang ni. So, again, nampak tak, adik beradik pun berbeza citarasa, apatah lagi orang lain. Haha .
Nurissa Rose pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dia koma selama setahun. Dan sekarang, setelah 3 tahun dia sedar daripada koma, dia masih amnesia. Dia lupa apa yang jadi sebelum kemalangan tu. Dan selepas kematian ayahnya, dia terjebak dengan Dheo pulak. Terpaksa bekerja sebagai personal housekeeper Dheo untuk membayar hutang ayahnya. Tapi semakin lama bersama Dheo, Rissa merasakan dejavu. Dan dia makin keliru dengan layanan Dheo yang kadangnya dingin, tapi pada masa yang sama sangat protective. Siapakah Dheo? Dan apakah kaitannya dengan Nurissa? .
Cerita ni menggunakan POV Nurissa. So, memang akan curious nak tahu tentang Dheo dan juga ingatan Nurissa. Tapi, disebabkan POV 1, segalanya agak terhad. Mungkin kalau guna POV 3, kehidupan Dheo di Itali, sebagai D'Ambrusio dapat diceritakan dengan lebih detailed. Dan juga perasaan Dheo itu sendiri. Dan sebenarnya bagi aku, tak puas baca novel ni. Nak tahu pertemuan awal dorang. Macam mana bercinta, semualah. Haha. (Tapi nanti jadi meleret pulak) .
Anyway, ku suka chemistry Nurissa dan Dheo. Comel sangat. Bagi aku, watak dan penceritaannya matang. Dan watak sampingan pun best. Dan ku nangis bila part Fahim berkorban. Walaupun part ni dah boleh agak, tapi tetap terasa sedihnya.