Jump to ratings and reviews
Rate this book

Neon

Rate this book
Ah, Liza memang cantik! Sekali dia senyum, manisnya akan tercetak pada hati siapa yang memandang. Barangkali akan ada lelaki kena bagih dulu baru dapat melupakan dia.

Tapi masalah... "Ayah saya tak bagi kahwin dengan awak, Neo." Kata Liza.

Neo pejamkan mata. Mengosongkan fikiran...meninggalkan dunia ini sekejap... kecuali Liza. Ya, kecuali Liza yang tetap bersamanya! Ketika jaga dan ketika tidur. Liza ada dalam angin yang bertiup. Liza ada dalam bingit irama kota. Liza ada dalam semerbak wangi kesturi. Liza ada dalam tiang-tiang masjid tua ini. Liza ada bersama burung-burung merpati yang mematuk bulir-bulir padi di Lebuh Ampang. Liza ada di mana-mana dan selamanya.

Neo rasa dia keseorangan sekarang ini... melawan dunia yang bertindak kejam padanya. Saat ini, dia rasa dunia ini memang dicipta untuk orang kaya...orang miskin hanya mampu mengeluh saja.

"Neo, kalau kita ada senapang kita boleh rompak bank..."

***

Dalam Neon, IMAEN bercerita tentang cinta, tentang mimpi, tentang hidup, tentang sosioekonomi menurut gaya dia; mengekalkan' trademark' dia.

475 pages, Paperback

Published May 1, 2018

30 people want to read

About the author

Imaen

15 books63 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (50%)
4 stars
12 (37%)
3 stars
4 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
July 12, 2019
Dek cadangan Ririn, aku sanggup geledah gobok untuk mencari novel ini. Dan, saat membuka halaman pertama yang ditandatangani olehnya, mata berkaca.

Full review: 12/07/2019

“Setiap orang ada harganya. Sesetengahnya mungkin RM10 tapi sesetengahnya mungkin RM10 juta.” – halaman 54


Ouchh!

Siapa kata novel hanya sekadar cinta dan air mata? Seperti mana karya Imaen yang lain, memang akan sentiasa ada perkara baru yang aku kutip. Imaen dan falsafah ekonominya, kritikan politik-sosial, sejarah dan senibina, malah hal ehwal makanan/resipi yang dikongsi menjadikan cerita ini cukup seadanya. Tapi aku rasa terlalu banyak monolog dalaman Neo (yang ada masanya aku nak cepuk suh dia diam! Haha), yang akhirnya membuatkan aku tarik satu bintang itu.

Apa yang aku suka dengan buku-buku keluaran Jemari Seni (JS) adalah dapat kenal kosa kata yang baharu -- sebenarnya bukan baharu pun tapi sebab aku yang baru jumpa *wink*. Tapi mengenali JS yang memang senantiasa cuba untuk meminimakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam karya mereka, maka dapatlah aku belajar terjemahan yang tepat untuk sesetengah terma tu. Cuma aku jumpa sedikit typo kali ini.

Plot twist. Aku suka. Dan, sekeras-keras Neo akhirnya tetap kembali pada fitrahnya. Hatiku sebak. Sang Pencipta tak pernah lupa pada kita, tapi kitalah yang selalunya alpa.

“Yang kekal hanya kopi yang gelap. Tapi di situlah sedapnya kopi. Masalahnya manusia selalu nampak yang cantik, yang berguna mereka tak nampak.” – halaman 278


Tepuk dada. Ketat.
Moga anda semua dilindungi Tuhan sentiasa.
Amin.

Ps: Semoga arwah sentiasa berpanjangan dilimpahi rahmah dan kasih sayang-Mu, ya Rabbi. Al-Fatihah. Maaf, aku hilang kata kali ni (terlebih emosi barangkali).
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
November 20, 2019
Alfatihah untuk arwah Imaen.

Lepas cari macam orang gila, akhirnya jumpa juga buku ni walaupun terpaksa beli preloved je. Kali pertama beli buku preloved dan bersyukur sebab jumpa 

Buku terakhir Imaen. Perasaannya sama macam baca buku –buku arwah yang lama. Dan bila baca buku Imaen, habit suka lipat hujung muka surat aku makin menjadi-jadi. Ye, makin banyak lipatan pada buku, makin sayang la qhist dekat buku tu. Cerita pasal Neo, dari kecil tak pernah tahu asal usul. Tak tahu siapa ibu ayah. Yang dia tahu, dia membesar di rumah anak yatim. Dia menderita sebab nasab keturunan yang dia sendiri tak tahu. Hidup dia sempurna untuk pemuda seusia. Ada kerjaya, muka elok, pembersih, pandai dan lulusan ekonomi di UM, pandai masak, suka dengar music, penyayang dengan haiwan. Ye, lelaki yang suka haiwan tu penyanyang ye tuan/puan. Crush sungguh hamba. Bukan Liza (girlfriend Neo dalam buku) je yang suka Neo, silap haribulan aku pun dok crush jugak.. haha.

Tapi Neo tak pernah solat. Dia bukan ateis dan menafikan Tuhan, tapi dia berdendam dengan Tuhan sebab Tuhan biar dia jadi manusia tak kenal susur galur keturunan sendiri. Macam cerita Hindustan tu. Asal konflik je, terus point finger kat Tuhan. Neo begitulah. Tapi, lepas sahabat baik meninggal, kena buang kerja, jadi gelandangan yang terpaksa makan sisa dari tong sampah, slowly dia patah balik, merayu dan mengakui keesaan Tuhan. Macam kompas, sekalipun tersalah arah, akan patah balik walaupun payah. Back to basic, fitrah, tauhid.

Tapi knowing Imaen, jalan cerita dia bukan setakat pasal ekonomi je. Mesti ada plot cerita tokok tambah yang rare sungguh. Kali ni, Neo terjebak dengan kawan baik dia waktu sekolah, Khomenei. Khomenei ni, dari sekolah bercita-cita nak jadi Presiden Malaysia walaupun cikgu sekolah dia betulkan yang Malaysia cuma ada Perdana Menteri. Rupanya, Khomenei ada gerakan bawah tanah yang bersedia untuk buat rampasan kuasa kerana percaya sistem demokrasi takkan ubah nasib rakyat marhaen melalui pilihan raya. Taraf gerakan bawah tanah yang dipimpin Khomenei dah macam Al-Maunah. Khomenei taksub dengan perjuangan dia yang anti-demokrasi dan rasa dia macam The Morpheus dalam The Matrix.

Jadi, buku ni bukan saja pasal ekonomi, tapi ada perang sosialis dan kapitalis, pengangguran, inflasi, agihan pendapatan tak setara, anak muda yang marah, falsafah, lagu dari kumpulan lama M. Nasir – Kembara, ada lagu perancis – Le Chant Des Sirenes, ada Jamie Oliver, ada cerita pasal jeans Levi’s, komunis, sosialis, fahaman Marxist, ada penceritaan semula cerita pelacur bagi anjing minum, Darth Vader, Pol Pot, soalan tiada penghujung kenapa Tuhan bagi Neo lahir dan hidup derita bukannya mati je?, DNA Melayu dan Jawa, beza layanan pada expat dan PATI, Mahatma Ghandi, Megadeath, Lucid dream dan Greek purba, kitab Munyatul Musolli, pasal perompak yang tak pernah tinggal solat, lama-lama Tuhan betul2 jadikan dia baik.

…kerana esok tak pernah dijanjikan untuk sesiapa – m/s 1

Setiap orang ada harganya. Sesetengahnya mungkin RM10 tapi sesetengahnya mungkin RM10 juta - m/s 54

Kita berlakon jadi baik, dengan harapan satu hari nanti kita benar-benar jadi baik – m/s 89

Liza umpama kalau Neo kena sakit kencing tikus pun boleh kebah sebab Liza ialah orang yang boleh buat Neo ingin hidup seribu tahun lagi – m/s 104

Those who can,do; and those who can’t, teach – George Bernard Shaw – m/s 109

Tuhan tunggu awak bertaubat dan mengadu – m/s 124 (teringat quote : Tuhan tahu tapi menunggu)

Sunyi tu macam disedut sebuah lohong hitam yang besar, tercampak berjuta-juta tahun cahayanya di angkasa raya, sunyi pada darjah penghabisan paling sifar – m/s 155

Kau tak tahu apa yang Tuhan tulis untukmu –m/s 163

Lapar adalah kekuatan untuk menundukkan nafsu – m/s 226 (puasa, ye dak?)

Rindu – rasa hilang, melakolik dan nostalgia pada sesuatu dan seseorang. Kita hilang sebahagian dari diri kita. Kita kehilangan kita dalam bentuk terbaik kerana dia tiada – m/s 246

Usaha sampai parents restu bila nak berkahwin. Jangan kahwin lari.

Neo, menjadi baik itu, baik. :-)
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
June 11, 2018
Alfatihah buat En. Imaen. Sesungguhnya masih terkejut dan terkesan dengan berita pemergiannya.

NEON - naskhah yang hampir sempurna, ada pelbagai rasa. Pahit, manis, kelat, payau, masam, masin malah hamis terselit sekali.

Jujurnya membaca NEON bagaikan memberi gambaran itulah realiti kehidupan.

Yang penting jangan pernah lupa pada Tuhan.

Semoga ilmu melalui tinta ini menjadi saham akhirat yang manis buat arwah.

GRC: #20/15
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
May 24, 2019
Membaca tulisan Imaen selalu memberi kepuasan. Tak terkecuali Neon. Perkembangan watak-wataknya menarik. Watak sampingan juga bukan sekadar tempelan. Semua ada peranan masing-masing. Saya suka watak-watak yang tak sempurna (tapi matang). Rasa sangat dekat. Dan saya suka berkongsi kejayaan watak-watak tu. Terasa macam kejayaan sendiri pulak.

Pada saya cerita ni sedih. Sebab... Eh sedihlah nak cerita. Mungkin juga kerana memikirkan bahawa ini karya terakhir Imaen. Saya suka hubungan Neo dengan Pak Man. Nak tahu kenalah baca sendiri ya.

Al-Fatihah buat penulis. Terima kasih untuk perkongsian karya-karya yang berisi. Semoga yang baik-baik sahaja buat beliau di sana. Amin.
Profile Image for Sobrunn Jamil.
7 reviews5 followers
July 16, 2018
Hai imaen 😢 baru nak kenal-kenal dengan penulisan penulis, tengok-tengok lepas je beberapa bulan saya sempat membeli novel terakhir beliau, saya dapat berita beliau sudah tak de. (Alfatihah buat penulis Imaen)

Ini novel pertama beliau yang saya baca, sangat kena dengan jiwa saya. Jalan cerita yang di bawa tak sama macam novel cinta yang lain. beliau sangat memaknakan sebuah realiti kehidupan dalam novel beliau. Bukannya mengkhayalkan sesuatu yang bukan nyata.

Terima kasih imaen kerana menghasilkan novel cinta yang sangat bermakna buat saya. Harapnya selepas ni, saya di rezekikan lagi dapat membaca novel-novel lain karya tuan!

Very recommended!
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews17 followers
June 18, 2018
Yang menemani cuti raya kali ini. Kisah Neo.

Bayangkan kita daripada ada semua, hilang apa yang kita ada. Kuatkan kita untuk bangkit kembali?

Neo yang akhirnya menemui neon hidup. Siapa kata kejatuhan hanya melemahkan?
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
October 30, 2025
Alhamdulillah dapat baca juga cerita Neon tulisan Imaen. Terjumpa buku ini di perpustakaan daerah Bangi.

Dari perspective crime thriller, saya rasa biasa-biasa saja beberapa scenes dalam cerita Neon ini. Mungkin benchmark saya ialah watak seperti Inspector Mislan dan Harry Bosch. Neon ni, macam ada gaya untuk jadi thinker yang lasak dan selamba belasah orang yang harm dia dan orang yang dia sayang. Tapi, Neon tak mahu jadi gitu. Dia terlalu attached dengan Liza sehingga cerita semua benda, saya rasa, alahai Neon.

Yang paling saya respect outcome dari cerita Neon ialah, bagaimana watak tersebut nekad dan kuat tak mahu bergantung apatah lagi ikut perintah Allah sebab dia merajuk - tidak puas hati mengapa dia dilahirkan dan kemudian dibuang.
Profile Image for siso.sofy.
254 reviews4 followers
June 3, 2021
اللهم اغفر له وارحمه وعافه و اعف عنه

Naskah terakhir dari IMAEN. Penulisan beliau tak pernah mengecewakan. Sebuah novel yang boleh dikatakan cukup masak dan cukup rencahnya.

Teori ekonomi dan pendidikan politik dan elemen suspend yang membawa novel ini ke satu level tersendiri. Teguran-teguran cynical that need to be read between the lines, membuat aku tersenyum
terus.
Profile Image for MS  Atikah.
3 reviews9 followers
December 30, 2018
Seperti juga karya-karya beliau yang terdahulu tak pernah mengecewakan. Dengan watak heronya yang penuh dengan flaws bukan typical tall-dark-handsome character penulis berjaya membuatkan kita fall head over heal dengan karakter yang dibawanya. Seperti juga buku-buku yang terdahulu little twist at the end of story membawa kita kepada unexpected ending. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala kepada penulis atas usaha dakwah yang diselitkan dalam penulisannya. Alfathihah
Profile Image for Mahani Mohamad.
1 review
September 29, 2018
Cerita yang bagus, tidak pernah menjangkakan itulah kesudahannya. Banyak unsur saspen juga dimasukkan. Sesiapa yang mengenali penulis, sebenarnya akan tahu elemen-elemen penceritaannya seperti adalah adegan tembak menembak dan cinta antara dua darjat. Cuma apabila Neo menjalani kehidupan disebabkan kapitalis, itu membuka mata semua pihak, adakah nasib kita akan jua begitu?
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.