Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mencabar Teori Konspirasi

Rate this book
Teori Konspirasi. Kini seolah-olah menjadi fardhu ain bagi setiap rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ia dibicarakan seperti bakal penyelamat ummah. Ada beratus buku best-seller lahir seperti cendawan selepas hujan.

Ustaz-ustaz yang membahaskannya pula mengecapi kemahsyuran dan pengikut yang tidak mampu mereka bayangkan.

Tapi nanti dulu, ada sesuatu yang tidak kena pada teori yang dipeluk oleh umat sejagat. Teori ini tidaklah sesuci yang dibayangkan. Teori ini ada sisi gelap yang menunggu masa untuk dibongkarkan.

Justeru, Ibn Jawi dan Ayman Rashdan Wong bekerjasama untuk mencabar teori yang sudah lama dipeluk seperti wahyu oleh kebanyakan kita.

146 pages, Paperback

First published April 1, 2018

26 people are currently reading
207 people want to read

About the author

Ibn Jawi

3 books12 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
104 (45%)
4 stars
93 (40%)
3 stars
30 (12%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 50 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
August 28, 2019
Dahulu aku peminat teori konspirasi,percaya atau tidak aku telah mengikuti siri video "The Arrivals" sampai tamat dan turut sama menyebarkannya kepada rakan2 lain di sekolah. Pada masa tu aku tiada pengetahuan langsung pasal syiah, jadi aku percaya sahaja la dakwaan video "The Arrivals" bahawa imam Mahdi adalah "imam ke-12" yang hilang dan akan kembali memimpin umat di akhir zaman. Itulah bahana layan teori konspirasi tanpa ilmu yang kukuh seperti saranan Ibn Jawi. Kita lemah bab2 asas agama tapi kita pergi "belajar" pula bab2 globalisasi freemason illuminati yang kita sendiri pun sebenarnya tak faham tapi cuma sebagai halwa telinga sahaja.

Aku sampai sekarang masih berminat la dengan teori konspirasi apa semua tapi setelah baca buku ni, bolehla kita buka sikit minda kita bahwa tak semua teori tu betul (kalau tak, apahal panggil teori?). Cuma sedih dengan sebilangan umat yang terlampau taksub dengan teori2 ni sampai mengkafirkan orang yang tak sefahaman. Kau pergi facebook, akan ada je penyokong2 sesetengah ustaz ni yang kecam gila2 orang yang tolak teori ustaz dia, padahal tu hanya teori kot, bukan bab akidah ke apa. Entah apa2 entah.

Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
March 25, 2021
Patut dibaca oleh penganut taksub teori konspirasi tapi mereka ni bukan pembaca tegar pun. Teori yang mereka anuti pun mereka dapat dari video-video konspirasi di YouTube atau juga dari ceramah-ceramah 'ustaz' yang mendapat tauliah entah dari mana.

Buku ini ibarat sebuah naskah yang membawa nafas yang baru dan segar di rak buku toko-toko buku tanah air. Mana tidaknya, seringkali kita melihat buku-buku dengan tajuk 'Dajjal', 'Freemason', 'Iluminati' dan sebagainya dijual tetapi tiada pula buku yang membincangkan apakah semua itu. M.T.K. menyangkal hujah-hujah kosong teori konspirasi ini dengan hujah-hujah yang sahih dari sumber sejarah dan juga kitab suci Al-Quran (kerana karya ini ditumpukan lebih kepada umat Islam/Melayu yang memang ramai sudah jatuh ke dalam gaung kebathilan ini). Tapi ye lah, pentaksub pula akan kata itu semua tipu helah untuk mengaburi mata kita! Bila dah bodoh tu.....
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
October 20, 2018
Ulasan Ayman Rashdan Wong dalam buku ini lebih mesra dan santai dalam buku ini berbanding Dunia Tanpa Tembok.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
October 29, 2024
Kesimpulannya, manusia percaya pada teori konspirasi kerana perasaan bias dan sifat suka menuding jari ke satu-satu pihak, tanpa menyiasat dan mengkaji sesuatu kejadian menggunakan sumber nyata. Benar, ada pihak baik dan pihak jahat. Tapi kita harus jelas kenapa perlu memusuhi atau menentang sesuatu perkara. Bukan kerana ikut-ikutan atau mempercayai sesuatu yang diada-adakan.

Buku tak tebal sangat, boleh habis baca sekali duduk.
20 reviews
June 4, 2018
Read just a bit of Ibn Jawi's part sbb mcm berat tpi will come back to it later when the mood datang balik.
Finished Ayman Rashdan's part since he's one of my favourite writer and his writing is easy to be read.
Informative dan berjaya mmbntuk satu kerangka mengenai roots of teori konspirasi dan bagaimana ia boleh berkembang.
Membantu kita berfikir dan tahu punca kepada wujudnya masalah teori2 tersebut.
Membantu juga kita untuk berhujah dgn mereka yang menyokong teori konspirasi.

Good read!
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
July 15, 2019
Seperti yang dijangka, konspirasi yang disebut berkisar Freemason, Iluminati, Yahudi. Baca buku ini adalah dapat hujah untuk lawan the so called great conspiration tu haha. Nice!
Profile Image for Nadiah Razali.
133 reviews57 followers
December 20, 2020
Another 5 ⭐️ for this year !

Buku ini ditulis oleh 2 penulis Ibn Jawi dan Ayman Rashdan Wong. Buku ini merungkai teori-teori konspirasi yang popular.

Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama menerangkan berkenaan ilmu Fitan. Ilmu Fitan adalah ilmu pengetahuan berkenaan tanda-tanda hari khiamat dan perkaitan berkenaan dengan realiti semasa. Kewujudan sesuatu teori/ kesimpulan haruslah di terbit dengan ilmu dari pakar, sumber sahih, kaedah yang sahih dan etc.

Bahagian kedua pula menghuraikan asal usul konspirasi seperti Freemason, Rothchild dan Iluminati. Kebanyakkan teori konspirasi cetusan ‘Ini semua dalang Yahudi’ haruslah dikaji dari sumber yang sahih dan dari mana sumber itu datang. Adakah sumber itu datang dari dakyah Nasrani? Adakah patut kita menerima bulat- bulat teori yang asalnya datang dari bukan beragama Islam? Fikir-fikirkan lah.

Dan jangan lah kita terlampau taksub dengan teori konspirasi, sampai kan yang fardhu ain pun kita masih lagi tunggang langgang.

Bacaan yang menarik 😊 Sangat sesuai untuk pembaca yang ingin tahu tentang perihal konspirasi. Penjelasan yang ringkas tapi penuh fakta.



Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
June 13, 2021
Pertama kali baca karya para penulis TP. Walaupun nipis, agak heavy message yang diketengahkan namun Bahasa mudah Dann setelah memang elok sangat disarankan baca dulu nukilan Pembukaan, baca dengan berlapang dada, jangan cepat sentap. Ibn Jawi dan AR Wong ini pula dikatakan antara penulis Otai TP, jadiknya... Setuju, kita kena banyakkan mengkaji, mencari dari sumber Sahih, mesti bina ilmu, mesti lekas mencipta semula bukan hanya mengguna dan mengikut. Selepas selesai baca, seperti biasa saya search 'siapa' dan lingkup perkongsian kedua penulis, juga penulis TP yang lain. Ada yang saya setuju 100%, ada yang saya tolak 100%, ada yang saya tangguhkan penilaian. Perlu baca lagi. Satu saya sokong 1000%, Admin TP seakan-akan sokong cetusan minda Hilal Asyraf melalui buku-buku seperti siri Hero. Ada penulis yang catatannya saya baca, boleh tahan lancang juga. Hingga saya fikir, hmmm sama lah, dia maki dia, dia maki dia, dia kutuk dia, dia kutuk dia. Two times five. Fikir semula, saya bukan layak menilai kerana baru sangat masuk Liga ni. Bagi saya yang baru baca buku nipis ni saja, Ibn Jawi dan AR Wong berdiplomatik juga orangnya. Tidak sabar pula nak baca buku Ibn Jawi tentang cara netizen berhujah di medsos. Dah keluar ke agaknya? Dah pukul 12 lebih ni, esok ke lusa ke tulat ke, mungkin sambung cari. Buat masa ini, saya suka berlapang dada, nak ikut nasihat hujung AHB dalam Pembukaan, walaupun rasanya dia saran dari sudut lain "... dengar boleh, percaya jangan". Bagus buku ni untuk rangsang minda supaya jangan terus terusan beroperasi ikut mode routine.
Profile Image for 'Atira Natasya.
6 reviews12 followers
September 12, 2021
Buku yang sesuai dan patut dibaca oleh semua. Penjelasan yang diberikan mudah difahami, ringkas namun padat. Dapat membuka mata masyarakat sekarang yang mudah percaya dan terikut akan perkara yang tidak tahu asal usul kebenarannya. Apabila kita mentelaah isu sebegini, kita juga dapat mengelakkan diri kita daripada terjebak dari perkara syirik dan kufur. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini.
Profile Image for Idham Aishamuddin.
33 reviews4 followers
May 25, 2021
“... Rasulullah bersabda;
Siapa mendengar ada dajal, hendaklah dia menjauhkan dirinya. Demi Allah, seorang lelaki mendatanginya dengan rasa percaya diri sebagai seorang mukmin, namun akhirnya dia mengikuti dajal kerana tipu daya yang dilakukannya."
(p 46)

“Sebagai orang Islam, kita harus menuntut ilmu yang sahih dan luhur. Amal tertegak dengan ilmu - rosak ilmu, rosaklah amal, maka rosaklah umat. “
(p 53)

Ternyata era pandemik ini kita bukan sahaja bergelut melawan sebaran virus Covid, tetapi juga sebaran dakyah para pendukung teori konspirasi yang natijahnya, ramai menolak vaksin.

Semoga bacaan seperti ini menjadi bekalan ilmu bagi menjaga diri, keluarga, kenalan daripada fitnah akhir zaman.
Profile Image for Affan Yunus.
104 reviews3 followers
March 22, 2020
Gabungan penulis yg sgt bagus. Penulisan yg tidak berat utk masyarakat awam membacanya. Cara penyusunan topik sangat baik dan teratur. Tambahan lagi , kupasan topik yg sgt jelas dan memuaskan.Penulisannya juga tidak 'complicated' dan boleh dijadikan hujah utk membidas hujah2 kolot masyarakat tntg teori konspirasi / 'Agenda Yahudi' / 'Dajjal' dan sebagainya.

Penulis buku ini bukan berniat utk memihak kpd golongan2 Yahudi atau Freemason serta pengikut agenda2 mereka. Akan tetapi , penulis bijak mengulas kesilapan atau salah faham yg berlaku dlm masyarakat dgn cara membentangkan sejarah , memperincikan asbab dan menjelaskan sesuatu definisi maklumat. Oleh itu , saya tidak teragak2 utk memberi full stars dan meletakkan buku ni dlm list buku2 terbaik yg saya prnah baca. 👏🏼
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 14 books21 followers
July 3, 2018
Naskhah pertama terbitan Patriots Publication yang berjaya saya khatamkan pembacaannya!

Membelek helaian demi helaian karya ini membuatkan saya terimbau kembali akan kenangan menonton tayangan dokumentari bersiri 'The Arrivals' dan beberapa buah video serta bahan bacaan berkenaan teori konspirasi pada zaman sekolah dahulu. Betapa lurusnya saya ketika itu sehingga begitu mudah mempercayai segala apa yang dipersembahkan mahupun dinukilkan dalam sumber-sumber tersebut. Gandingan mantap antara dua orang penulis - Ibn Jawi dan Ayman Rashdan Wong - berjaya menjentik minda saya untuk kembali menilai semula 'teori konspirasi' dari perspektif yang berbeza yang saban hari sangat kuat dipropagandakan oleh para pendukung teori konspirasi (yang sebenarnya tidak layak ditempelkan perkataan 'teori' pun!).

Antara hal menarik yang turut disentuh oleh penulis juga adalah tentang hakikat ilmu, perbezaan antara ilmu dan maklumat, ilmu fitan (Fiqh Tahawwulat), fakta-fakta sejarah yang berkisar seputar Freemasonry, Illuminati, dan 'New World Order', serta geopolitik antarabangsa. Konspirasi bukannya tidak wujud, namun yang perlu ditekankan di sini adalah bagaimana sikap kita dalam menghadapi konspirasi.

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua orang penulis!
Profile Image for Ainul Zaidi.
8 reviews3 followers
May 31, 2020
Karya kolaborasi antara dua penulis ini sangat hebat memberikan penjelasan yang jelas lagi terang. Tak nafikan, sebelum ni aku tergolong dalam kalangan orang2 yang percaya dengan sogokan dan momokan teori konspirasi ni. Mujur saja tak taksub. Kadang2 itu terasa paranoid dengan orang yang taksub pon ada juga, macam buat gaya tu tak boleh ini tak boleh. Tapi tak suka tu simpan dalam hati sajalah. Sebab aku fikir dulu apa yang deme cakap pasal teori konspirasi tu betul belaka. Aku saja tak terima hakikat.

Mujurlah dijodohkan dengan buku ini. Aku yang dahulunya diulit samar2 tentang maklumat berkaitan ini, kini lebih faham mengapa dan bagaimanakah boleh munculnya pelbagai teori konspirasi. Ada yang mengatakan Ilmu Fitan itu termasuk dalam 'ilmu' Teori Konspirasi - walaupun hakikatnya teori ini tak layak dipanggil ilmu, bak kata Ayman, kerana ianya tidak memenuhi kriteria untuk menjadi ilmu.

Ternyata Ilmu Fitan itu sangat jauh simpang siurnya untuk berkait dengan teori ini. Malah ilmu ini asalnya salah satu ilmu fardhu kifayah yang merupakan cabang Ilmu Aqidah.

Begitulah peranan Ibu Jawi menjadi penyumbang idea dalam karya ini. Tujuannya mahu menyusun kaedah dan manhaj yang benar demi memberi pencerahan yang sebenar apa itu Ilmu Fitan kepada pembaca. Membetulkan salah faham yang sering kali dimomok2kan oleh penyebar dakyah 'Ilmu Fitan' yang bercampur aduk dengan pelbagai teori konspirasi, hakikatnya Ilmu Fitan itu seharusnya ilmu yang jelas bersumberkan sumber primer yang benar dan sah, seperti Al-Quran dan As-Sunnah. Tidak sepatutnya ilmu ini bercampur dengan perkara yang menimbulkan sangkaan, syak malah meminta pembaca meramal dan berteka-teki seperti apa yang dilakukan para penyebar dakyah ini.

Demikian itu, Ibnu Jawi menyusun kronologi yang mudah untuk dijadikan garis panduan kepada pembaca dalam memahami dan mendalami bidang ilmu ini.




Pertama, dijelaskan takrifan Ilmu Fitan, ilmu tentang tanda2 kiamat dan perkaitannya dengan realiti semasa yang dapat memantapkan akidah seperti akhir zaman, hari kiamat dan hari akhirat; Kronologi Ilmu yang seharusnya didahulukan umat Islam, Aqidah, Fiqh, Tasawuf;


Manhaj yang sahih dalam mendalami Ilmu Fitan, 1) Darjat yang sahih 2) Sumber yang sahih, Al-Quran dan Hadis 3) Kaedah yang sahih 4) Tujuan yang sahih, ambil tahu gambaran umum hari kiamat bukan untuk mengetahui setiap perincian dan kronologinya 5) Huraian yang sahih 6) Tindakan yang sahih, samada menjadi pasif - paranoid dan putus asa, tindakan berlebihan - obses realisasikan kejadian yang disebut hadis tentang akhir zaman dengan cara salah, tindakan yang wajar.



Akhirnya, Ibn Jawi menyudahkan peranannya dengan menjelaskan empat Rukun Kebangkitan sebagai cadangan penyelesaian yang boleh dilaksanakan umat Islam sebagai panduan ujian akhir zaman - Iman, Ilmu, Amal dan Ukhwah.




Aku lebih faham tujuan Ilmu Fitan dijelaskan terlebih dahulu tatkala Ayman Rashdan Wong (RSW) mula turun padang dengan khutbahnya. Hal ini demi mengelakkan salah faham terhadap ilmu ini dan kaitannya dengan teori2 konspirasi. RSW, bahasa anak muda ini tak berbunga, kalamnya padat dan jelas, tak kurang pedas sinisnya, tapi tak berpusing2 menyampaikan tujuannya dalam naskah ini.

Susunan bab2 tentang Teori Konspirasi oleh RSW tidaklah tertib dan banyak rukun manhajnya seperti Ibn Jawi. Tapi penerangannya lebat dengan fakta dan ilmu geopolitik yang dielobrasikan oleh beliau. Eh, bukan ini buku tentang Teori Konspirasi?

Ya, benar. Ini buku tentang itu. Kelainannya cuma teori itu dicabar. Kalau mahu dicabar, harus fakta dan sumber yang benar yang telah dikorek dari arkib sejarah.

Freemason dan Illuminati yang dikatakan organisi menyembah syaitan disanggah jelas saat asal usul kedua-duanya diketengahkan. Juga kritikan kepada yang mengatakan kedua-dua itu tunggangan Yahudi menguasai dunia turut dicantas. Malah lebih ironi, sumber2 yang menjadi kitab2 para pengobses Teori Konspirasi dicabar hebat asal usulnya. Sejarah munculnya teori2 konspirasi ini juga asalnya daripada penganut Kristian, Barruel dan Robinson si paderi misalnya. Tapi kroni merekalah yang dijadikan rujukan demi membenarkan teori ini oleh para pentaksub. Bukan kitab para ulama Islam yang boleh membenarkan dan mengiakan telahan mereka.

Banyak kesahihan teori yang dikritik dan dicabar oleh penulis. Apatah lagi dakyah teori ini lebih terkenal saat novel trilogi Illuminatus!, The Da Vinci Code, dan sebagainya, yang turut menjadi sumber inspirasi orang kebanyakan tentang Teori Konspirasi. Hal ini menimbulkan persoalan, adakah dunia fiksyen ini yang melemahkan umat Islam yang mempercayainya dan obses terhadapnya?




Atau dunia imaginasi gah yang digembar-gemburkan itu sebenarnya jarum Yahudi dan Kristian untuk kelirukan fikrah umat Islam? - Ayman Rashdan Wong.

Kesimpulan:

Aku tak nafikan, hakikatnya dalam dunia yang penuh tipu helah dan licik, tak mampu dielak adanya konspirasi di sana dan di situ. Tapi menebak2 segalanya berpunca daripada kitaran organisasi yang sama tidak menyelesaikan masalah.

Aku faham niat sebahagian penyebar dakyah ini untuk memperi peringatan, tetapi sekiranya sampai mengundang rasa benci, permusuhan, malah merugikan umat Islam, bukankah itu kerja sia2. Seolah2 kita disibukkan dengan sogokan elemen2 kebencian untuk sentiasa menuding jari kesalahan kepada pihak lain. Atau sebenarnya kita mahu melarikan diri daripada terus berusaha, terus maju menandingi mereka2 yang dikatakan 'hebat', untuk elak daripada menaikkan nama Islam, mengembalikan nama gah kita pada mata dunia pada suatu ketika dahulu.




Ingat, kegemilangan yang dulu bukan dibina hanya satu malam. Andai siang malam kita paranoid dengan segalanya2, takut dan putus asa kerana percaya dunia sudah dikuasai oleh pihak lain, bilakah waktunya kita mahu lihat Islam kembali gemilang?




Pada pendapat, aku tidak salah untuk mengambil tahu 'ilmu' tentang Teori Konspirasi sebagai medium berhati2, tapi itu bukan kesudahannya, sebaliknya bukan untuk dipercaya bulat2. Tapi maklumat itu harus dijadikan inspirasi kepada umat Islam untuk jadi lebih hebat. Mereka bijak sistem bank dan kewangan, kenapa tidak kita? Mereka bijak ilmu cuaca, mengapa tidak kita? Mereka bijak politik, mengapa tidak kita? Mereka kuasai perniagaan dan dagangan, mengapa tidak kita?

Lemahnya kita andai dakyah yang sampai kepada kita itu lebih menjatuhkan kita. Wa na3uzubillahi minzalik. Kalau begitulah kesannya, ada baiknya kita lebih disibukkan dengan ilmu Fardhu Ain, matapkan pegangan aqidah kita biar kukuh agar tak mudah goyah dengan dakyah yang hanya sekadar khabar angin.




Sekian bebelan dan celoteh direncah serbuk kuih raya. Selamat Puasa Enam. Moga tintaku menarik dan bermanfaat. Adios!

3.57 p.m Jumaat | 29 Mei 2020
Rumah Teratak Qaisara
Rabat, Sale
Morocco
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hafeez.
689 reviews6 followers
October 31, 2021
Buku yang sesuai dibaca oleh penganut dan pentaksub teori konspirasi. Sejak akhir-akhir ni banyak teori-teori konspirasi yang berlegar dalam media sosial. Jika ada perkara pelik yang berlaku, terus dikaitkan dengan teori konspirasi. Seolah-olah teori konspirasi itu adalah ilmu tertinggi dalam dunia ni.

Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, oleh Ibn Jawi, mengupaskan tentang takrifan dan asas-asas dalam ilmu fitan. Dalam bahagian ini juga ada mengupaskan tentang manhaj yang sahih iaitu bagaimana untuk menaik taraf maklumat menjadi ilmu iaitu perlu menepati 5 rukun ilmu iaitu guru, murid, kitab rujukan, manhaj dan suasana ilmiah. Bahagian ini agak berat tapi masih boleh dihadam dengan baik.

Bahagian kedua pula, oleh Ayman Rashdan Wong, mengupaskan dan membedah teori konspirasi yang biasa kita dengar seperti Freemason, Illuminati dan Yahudi. Bahagian ini dikupaskan mengikut sudut pandang sejarah dan bukannya pseudosejarah yang selalu dicanang-canang oleh penganut teori konspirasi.

Secara keseluruhannya, buku ni memuatkan hujah-hujah yang sahih dari sudut pandang agama Islam dan sejarah mengenai teori konspirasi. Akhir kata, sudah-sudahlah membuang masa berteori konspirasi!
38 reviews
December 27, 2021
Buku yang mengubah pandangan saya dalam memerhati dunia. Jikalau sebelum ini, saya sering menganggap bahawa segala peristiwa yang berlaku di dunia ini adalah angkara aturan 'golongan' tertentu. Namun setelah saya membaca dan menghayati setiap tulisan yang dinukilkan di dalam buku ini, ternyata semua yang digembar-gemburkan sebelum ini hanyalah dusta lagi mitos!

Buku ini mengandungi hujah-hujah dalam mendepani segala tohmahan kononnya dunia kita sekarang 'dikawal' dan 'dikuasai' oleh golongan tertentu. Selain hujah-hujah yang hebat, ada juga dimuatkan akan sejarah berkenaan pertubuhan Freemason dan Illuminati, dua pertubuhan ini sering dikaitkan dengan teori konspirasi yang berlaku pada hari ini. Tetapi adakah benar mereka saling berkait? kalau nak tahu silakan baca buku ini.

Kesimpulannya, saya amat menyarankan buku ini kepada 'pentaksub' teori konspirasi yang ingin memperbetulkan fikiran kamu yang telah sekian lama dikotori dengan racun-racun momok teori konspirasi. Bacalah buku ini dan selepas itu kamu dapat memahami realiti keadaan dunia.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
October 8, 2019
Ok boleh lah. Mungkin perlukan juga penyokong teori konspirasi untuk menulis satu buku untuk menjawab buku ni. I'm waiting.
Profile Image for Afifah.
97 reviews
December 12, 2020
Buku ini merupakan gugusan hujah yang sesuai diberikan kepada pendukung teori konspirasi. Bukan semua teori konspirasi itu tidak boleh dipercayai, ada saja konspirasi yang boleh dipercayai. Penulis memberi panduan untuk menyemak maklumat mengikut disiplin ilmu yang melalui proses terperinci. Yang menyedihkan ada segelintir umat islam yang taksub dengan teori yahudi-freemason-rothschild sehingga meletakkan kuasa dunia kepada puak-puak barat seperti kita tidak boleh buat apa dah. Sikap begini yang perlu ditolak kerana kita perlu menguasai sistem. Kita, umat Islam kena la mahir dulu baru boleh lawan, bukannya secara ekstrim menolak terus pendidikan yang mengikut sistem barat kononnya.

Apa yang saya dapat tahu dari buku ini:

1. Mata pada segi tiga lambang Freemason itu bukanlah mata dajjal tapi mata ilahi.

2. Perang Dunia 1&2 berlaku bukanlah kerana ingin menguasai dunia tapi atas faktor geopolitik masing2. Tak masuk akal jika Amerika mengawal segala-galanya.

3. Idea-idea dari buku The New World Order oleh Pat Robertson disebarkan oleh peminat teori konspirasi. Kebanyakan teori dicedok dari situ. Kalau nak tahu, Pat Robertson ini merupakan seorang mubaligh Kristian yang fanatik, yang suka memberi komen negatif terhadap Islam. Inikah orang yang boleh dijadikan rujukan?

4. Teori konspirasi dimomok dengan kehebatan Amerika Syarikat yang mampu untuk menawan dunia. Kalau ikut logik, dengan Covid 19 pun haru-biru malah kita yang negara membangun pun lagi bagus melawan Covid. Ingatlah Allah maha kuasa.

5. Freemason secara sejarahnya tidak la hebat sangat macam digembar-gemburkan oleh pendukung teori konspirasi. Tiada kaitan pun dengan Yahudi malah gerakan ini menganggap yahudi ialah golongan bawahan yang tidak layak menyertai Freemason. Tunku Abdul Rahman juga seorang ahli Freemason tapi bukanlah beliau menyokong 100% pergerakan tersebut, cuma ingin menjalinkan persahabatan. Tidak bermakna Freemason itu tidak bahaya namun fakta yang pendukung teori konspirasi ini sebarkan telah ditokok tambah.

Bahaya pemikiran yang sudah ekstrim dengan konspirasi ni sebab dia tolak vaksin (kesian anak), menganggap doktor sebagai ahli Freemason (lebih percaya penjual produk yang ada kepentingan peribadi).

Saya sangat sarankan buku ini kepada para pembaca kerana perbincangan besar dibicara secara santai. Bacaan yang baik di akhir zaman ini.
Profile Image for Abul M. Salleh.
22 reviews
February 9, 2021
Secara peribadi, aku rasa buku ini cuma akan dibaca oleh orang yang ingin tahu fakta. Bukannya oleh sekumpulan manusia yang beriman dengan teori konspirasi (anti vaksin, geng bumi rata dan etc). Disebabkan itu aku rasa macam sayang dan mungkin sia-sia. Kerana, pentaksub akan terus menjadi pentaksub. Walaupun mungkin mereka telah membaca buku ini, mereka tetap akan menafikan dengan berkata, “Ah, ni semua wayang nak tutup kebenaran.”

Aku sudah melalui fasa berkenaan saat remaja dulu. Saat menonton video The Arrivals, aku rasa macam aku la remaja paling bijak di kalangan kawan-kawan seusia. Seolah-olah aku sudah tahu satu rahsia besar dunia. Sampaikan kawan yang menghisap rokok Dunhill masa tu aku rasa mereka bodoh kerana dalam tidak tahu mereka menyumbang kepada gerakan Freemason & Illuminati. Namun, seiring waktu dan usia, pemikiran juga berubah dek pengalaman dan pembacaan. Sampai satu tahap, aku mengambil pendekatan I don't give a f**k dengan teori konspirasi ni semua.

Ada kawan beria berdegar-degar share teori itu ini. Tapi, solat pun tak pernah. Ya, dajal itu benar. Tetapi, aku berpegang pada yang asas. Berbalik kepada agama. Freemason & Illuminati ni semua kalau benar mereka berkuasa terhadap dunia di belakang tabir, rasanya takkan ada berita tentang mereka sama sekali kerana telah dipadam. Dan, kau yang menyebar pasal dorang pun rasanya mesti diburu dan dibunuh. Yela, kau dah bongkar pasal rahsia terbesar dunia kot, takkan boleh dibiarkan camtu ja. Kalau kawan kau pecah rahsia kau pun, kau rasa macam nak pi terajang kawan kau tu, kan?

Lagi satu, pentaksub ni, dia rasa macam dah cukup bijak. Tak kisahlah geng pengikut ustaz ke apa ke. Rata-rata bila komen tu macam dia la tahu semua benda. Sampai semua orang salah. Entah apa la ustaz tu ajar kat dorang ni. Adab pun takda. Entah-entah plot twist sebenarnya mereka la komplotan dajal yang sebenar. Ok, cukup bebel. Sudahnya, hidup harus diteruskan. Kerja makan gaji tetap diteruskan. Tetap berlapar tunggu hujung bulan. Hutang bank tetap banyak. Itulah hidup. Teori konspirasi ni anggap jela penghibur dalam realiti yang menyakitkan. Jangan percaya. Ingat, maklumat dan ilmu ada bezanya. Maklumat tidak semuanya sahih. Dan, ia bukanlah ilmu. Akhir kata, muhasabah la diri.
3 reviews
June 4, 2020
Short Spoilers of the Content (Malay):

Buku ni ada dua bahagian:
Bahagian pertama ditulis oleh Ibn Jawi dan hujahannya lebih kepada perkaitan antara teori konspirasi dengan ilmu fitan. Beliau mengutarakan bahawa "...teori konspirasi hanyalah menumpang kemuliaan ilmu fitan".

Bahagian kedua ditulis oleh Ayman Rashdan Wong memberi lebih pendekatan terhadap fakta-fakta sejarah. Beliau mengutarakan bahawa ilmu fitan yang terdahulu dibincangkan oleh ulama' silam tidak sama dengan 'ilmu fitan' pada masa sekarang (atau dengan istilah beliau sebagai "ilmu fitan New Age"). Beliau menegaskan ilmu fitan New Age ini "...tidak mempunyai manhaj pembenaran, bahkan juga tidak memenuhi kriteria sanad dan salasilah." Tetapi, diingatkan bahawa beliau tidak membuat perbandingan secara jelas dan kritis antara ilmu fitan yg terdahulu dengan ilmu fitan New Age ini, adakah tradisi epistemologi masih sama atau berubah secara ekstrem? Beliau juga membincangkan tentang asal usul teori konspirasi seperti Illuminati, Freemason dan New World Order (ini penting! Sebab kebanyakan asal usul konspirasi ditulis oleh orang Barat seperti Pat Robertson)

Perbincangan teori konspirasi ini tiada 'black and white', adakah patut percaya atau tidak percaya, malah polemik ni mungkin dpt diselesaikan dgn "...mengambil jalan pertengahan (wasatiyyah) dalam menelusuri ilmu fitan..." (Ibn Jawi) Tetapi, harus diingatkan ilmu fitan tidak sama dengan teori konspirasi. Beliau menyatakan "...keasliannya [Ilmu fitan] sudah dicampur aduk dengan teori konspirasi...agar teori konspirasi juga memiliki kepentingan dan martabat yang mulia di sisi agama." Jadi, be aware when believing in conspiracies, and take it with skepticism. Not meant to not take or know it, you can take it but don't be obsessed with it that it can turn into actions and slander. That's it. Those who are in pro-conspiracies respect the rejection of anti-conspiracies, and vice versa. Tidak perlu berdebat dan bergaduh, dua perspektif ini mempunyai asbab dan pendapat mereka tersendiri kenapa mereka percaya perspektif tersebut.

Buku ini hanya memberi hujah daripada perspektif epistemologi Islam dan fakta-fakta sejarah bagi mencabar teori konspirasi.

Pendapat saya, polemik dan perdebatan ini perlu diselesaikan oleh golongan agamawan melalui persepakatan pandangan (general consensus). Jika tidak, orang awam akan sentiasa berada sama ada dalam percanggahan kognitif, konflik yang berterusan, atau tidak akan mengatahui yg mana haq dan batil. Persoalan yang utama adalah "adakah kaedah dalam penghasilan konklusi dan tafsiran teori konspirasi mengikuti manhaj epistemologi Islam?"

After all, a good work from both authors!

Quantitative Review:

Contents/Information
Little-to-None
Brief (general)
Moderate ✅
Packed
Very Packed

Perspective of Contents:
Objectively Scientific
Objectively Humanistic ✅
Subjectively Humanistic ✅
Critical
Subjectively Biased
Objectively/Scientifically Controversial
Subjectively/Humanistically Controversial ✅
Opinionated ✅
Anecdotal

Language style (vocabulary, voice)
Children's
Simple
Informal
Formal and Informal (middle)
Every day language ✅
Formal
Academic ✅
High Level

Organization
Little-to-None
A little
Moderate ✅
High
Very High

Level of Comprehension (is it hard to comprehend the contents?)
Very low
Low
Medium ✅
High
Very High
This entire review has been hidden because of spoilers.
54 reviews
January 4, 2023
"𝘈 𝘤𝘰𝘯𝘴𝘱𝘪𝘳𝘢𝘤𝘺 𝘪𝘴 𝘢 𝘣𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘤𝘳𝘺 𝘰𝘧 𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘰𝘯 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘪𝘯𝘴𝘶𝘧𝘧𝘪𝘤𝘪𝘦𝘯𝘵 𝘥𝘢𝘵𝘢"

The first part of the book explains the conspiracy theories based on eschatology and Fitan knowledge. The author explained that people who believe these theories are those who do not have a good understanding of things that have been conveyed by the hadith or Quran. They do not try to understand it deeply; instead, they only take the basic matter and translate it in their own way, causing the emergence of Isra'iliyat, whose truth is not yet valid.

Meanwhile, the second part relates conspiracy theories to the history of western countries. In this section, the author explained the meaning and the origin of conspiracy theories, the illuminati, freemasonry, and the new world order, how these theories spread to the Muslim community, and evidence of events that took place to refute the claims of the fanatics.

Every one of us should read this book to get a better understanding of those theories so that we are not easily swayed by the preaching delivered by the fanatics. Even though this book doesn't explain the theories in depth, it is enough to make us understand what the theories actually are.
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
April 15, 2021
yes , buku ni memang patut dibaca dan dimiliki masyarakat kita hari ini.. memandagkan fitnah terhadap agama harini semakin menjadi jadi... dan aq percaya, fitnah harini , bukan dajal(sebab dajal x kluar lagi) tapi ftnah yg kita takut pd wktu skrg ni, adalah kejahilan dan kbodohan masykrt kita,, skurng- kurgnya ,, buku ni dpt buka minda kita smua, walaupun buku ni x mnjawab sluruh musykilah yg dtimbulkan puak knspirasi, tpi skurg kurgnya ada lah sdikit pncerahan, siapa freemason, siapa iluminti dsb...scara pribadi aq brharap buku ni ade sekuel dan lbih brfokus untuk menjawab prmslhan yg dtmbulkan oleh mereka.....

akhir skali, kita bukan brniat untuk menafikan kejahtan musuh islam, ye , knspirasi mmg wujud,, tpi sbgai umat islam , kita prlu lbih realistik dgn keadaan semasa dan x prlu pranoid,,, ketaksuban msykrt kita dlm teori2 x berasas mnunjukkan kita masih lemah dalam menapis maklumat dan informasii,,,,

dah kalau lemah, bile nak maju?? sudahlah amal skit, ilmu pula cetek... allahulmustaan
Profile Image for Miraeeei.
42 reviews7 followers
September 30, 2021
Secara keseluruhannya, buku ini memerlukan saya untuk membacanya kali kedua sebab saya bukanlah pembaca/pengkaji teori konspirasi walaupun pernah dengar pasalnya. Tapi isinya tidaklah sampai 'cannot brain'. Bagi yg dah tahu serba sedikit atau ada basic knowledge pasal teori konspirasi, buku ini boleh jado makanan ruji kalian hehe

Utk isi kandungannya, ibn jawi is more to pengenalan, perbezaan antara ilm fitan dan teori konspirasi. While, ayman pula bedah siasat apa tu teori konspirasi, mcm mana ia bermula dan bagaimana ia tersebar. Banyak contoh² yg diselitkan, antaranya vaksin, new world order, HAARP dll.

Buku ni harus dibaca oleh semua lapisan masyarakat utk kita ada secebis ilmu berhadapan dgn golongan yg dok laung laung vaksin agenda yahudi, perbankan islam dakyah freemason dll. Buku ni juga, menekankan betapa pentingnya disiplin ilmu utk sesuatu yg kita nk percaya tu.

"Amal tertegak dengan ilmu- rosak ilmu, rosaklah amal, maka rosaklah umat".
Profile Image for Nicholas.
93 reviews9 followers
July 26, 2025
A light reading that achieves what it sets out to do: a book to challenge conspiracy theorising in the especially the Malay-Muslim world. That isn't to say that community is the only one liable to such thinking (we should all know by now), but the contents are tailored for that audience, as it should. Nothing much needs to be said about the importance of pop readings like this, given the state of the world now. But I will say what I found particularly useful is the section on ilmu fitan (or eschatology) that does not go on to debunk every single aspect of End Days Theories out there. Instead, the writer explains the relationship between eschatology and conspiracy theories, while outlining the methodology for one to study the former seriously. It is a case of not throwing the baby out with the bath water, and I can see how this approach can be appealing to believers who do not want to jettison their religious teachings, even as they want to guard themselves against conspiratorial thinking. The book does find a niche to stay in within such a contentious topic, that's not easy to do.

Not sure what the authors would think about the state of the world now given this is published 7 years ago. But even if the results are limited, this book can resolutely claim it's not for the lack of trying (not something everyone, especially the liberals, can claim).
Profile Image for Ruzaie Rahim.
75 reviews8 followers
March 5, 2021
Buku yang ringkas tetapi padat!

Bahagian pertama oleh Ibn Jawi memberikan pembaca suatu asas terlebih dahulu bagaimana kita semua seharusnya berhadapan dengan teori-teori konspirasi. Asas tersebut sudah pasti ialah asas dari sudut agama. Pada saya, bahagian ini tak terlalu berat dan sesuai untuk semua lapisan pembaca.

Bahagian kedua oleh Ayman pula ialah kupasan secara ilmiah, fakta dan teknikal tentang teori-teori konspirasi yang terkenal iaitu Freemason dan Illuminati. Beliau merungkai satu per satu dan akhirnya di hujung bacaan, anda akan rasa bahawa konspirasi yang kita baca selama ini memang tak masuk akal.

Kedua-dua bahagian ini saling melengkapi. Saya cuma tak puas hati sebab pendek, tak puas baca. Tapi walaupun pendek, memang secukup rasa.

Petikan buku, 'Umat Islam perlu mandiri dan berkeyakinan untuk mengubah nasib. Ali-Imran:54'.
14 reviews
July 4, 2018
Merungkaikan pelbagai teori konspirasi yang sering berlegar di media sosial. Pengenalan disiplin ilmu eskatologi oleh Ibn Jawi pada awal pembacaan buku adalah agak slow-paced bagi saya, kerana ia memerlukan kefahaman yang baik. Walau bagaimanapun,banyak teori popular seperti Iluminati dan New World Order berjaya diterangkan untuk mematahkan hujah keyboard warrior. Juga terdapat sedikit teguran kepada pembaca bagi menaikkan motivasi untuk peningkatan diri. Buku ini elok dibaca bersama Dunia Tanpa Tembok bagi meningkatkan pemahaman tentang keadaan semasa.
Profile Image for MUHAMMAD NABIHAN.
26 reviews
May 22, 2021
Penjelasan dan pencerahan yang baik daripada kedua-dua penulis. Ibn Jawi memfokuskan kaedah memahami dan mengaplikasikan hadith fitan dengan membawa kepada keinsafan bukanlah perasaan tercari-cari bilakah keluarnya dajal, kiamat dan sebagainya. Ayman Rashdan Wong pula membawa hujah balas kepada para penganut teori konspirasi yang banyak digembar-gemburkan di media sosial, para agamawan dan orang awam. Sedikit sebanyak membantu dalam memahami setiap situasi yang berlaku dan berpijak di bumi yang nyata.

Ayuh Umat Islam, kita bangkit menuju kejayaan!
Profile Image for Akramin.
10 reviews
September 30, 2021
Tidak pernah tahu akan kewujudan ilmu fitan. Tidak dinafikan video The Arrivals sangatlah terkenal pada suatu ketika dan menjadi pelopor utama teori konspirasi freemason, illuminati. Dengan membaca buku ini, ia dapat membuka minda agar tidak terlalu paranoid tentang keadaan dunia ketika ini. Sesungguhnya akhir zaman itu sesuatu yang pasti dan kita perlu menyiapkan diri untuk menghadapinya. Dengar boleh, percaya jangan.
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
January 8, 2023
Naskah ini mendedahkan kebenaran serta fakta-fakta di sebalik teori-teori konspirasi yang sering diperbahaskan serta perkaitannya antara fahaman freemason dan iluminati.

Apa yang dibaca, dilihat atau didengari perlu disahkan terlebih dahulu kebenaran di sebaliknya. Elakkan sifat menerima sesuatu perkara secara membuta tuli. Ambillah fakta secara dasar dan tidak berlebih-lebihan kerana adakalanya akar sesuatu perkara itu boleh mendatangkan keraguan atau kemudaratan pada akhirnya.

Profile Image for Al-Kubrawiyyah.
76 reviews1 follower
November 1, 2020
Buku yang menarik untuk dibaca bagi menilai sejauh mana kebenaran teori konspirasi yang menjadi anutan umat sekarang. Tidak dinafikan kewujudan konspirasi tersebut, namun ianya tidaklah hebat sebagaimana yang dimomokkan. Malah banyak teori konspirasi tersebut yang jauh dari kebenaran sehingga kita seolah-olah melupakan kudrat dan iradat Allah yang maha kuasa.
Displaying 1 - 30 of 50 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.