Jump to ratings and reviews
Rate this book

Patah Sayap Bertongkat Paruh

Rate this book
“Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni, gugur talak!” - HISYAM

Dari berterusan menjeruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagia sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah.

“Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku?” - ALIAH

“Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani hari tu lagi...” - TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

“Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!” - Hisyam

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

538 pages, Paperback

Published April 1, 2018

8 people are currently reading
151 people want to read

About the author

Hana Ilhami

10 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (34%)
4 stars
30 (36%)
3 stars
17 (20%)
2 stars
4 (4%)
1 star
3 (3%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
September 27, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

There are no words that could truly explain betapa bencinya N dengan watak Hisyam. NO. WORDS.

I could have easily rasa kesian dengan Hisyam but I just couldn't.

And I hate all those characters yang still rasa Aliah patut balik semula dengan Hisyam. WTF??? Seolah-olah macam tak kisah langsung Aliah dimadukan. Unbelievable!

I like Talhah, tapi sayang watak dia tak begitu menonjol dan tak kerap muncul.

I don't like the ending of the story And some issues yang dibangkitkan seperti child molestation and dementia dimatikan begitu sahaja. To me, jika isu itu mahu dikaitkan dalam kisah ini, ia haruslah dikembangkan dan diberi kata putus yang jelas bukannya ditimbulkan pastu ditembus begitu sahaja. If that is the case, N rasa macam it defeated the purpose.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 15, 2018
PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH
by Hana Ilhami

Aliah terpaksa pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya dan bapanya, Pak Osman yang nyanyuk setelah dicerai taklik oleh suaminya, Hisyam. Hisyam telah menduakannya setelah terlanjur dengan Sarah dan berkahwin lain. Namun, Hisyam yang tak pernah sesal terus menyiksa Aliah dan mengatakan belum menceraikannya. Kehadiran Talhah, rakan sekampung yang menaruh hati dengan Aliah menambahkan cemburu Hisyam. Dia nekad ingin menyusahkan Aliah. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya.

Memang betul kisah KRT ni, sampai bertahun kes mahkamah sebab Hisyam tak mengaku dah ceraikan Aliah. Ada la screen shoot ig dan page fb ala2 KRT dalam ni. Tapi kecik sangat, nak baca pun tak berapa nampak.

Sakit hati denga sikap Hisyam yang tak pernah sedar diri dan mengabaikan nafkah Aliah dan anak2. Lepas tu memang sengaja nak seksa Aliah, kononnya nak Aliah merayu.Sarah ni pun memang bitch la, termasuk kawan dia Diana yang memang tikam dari belakang tu.

Ada juga part Anis kena cabul dengan bapanya, Pak Osman sebab masalah nyanyuk dia tu.. bukan sengaja. Tapi macam tak patut lak masuk, sebab kejap sangat dan Pak Osman ni still sembahyang lagi.. siap sujud syukur lagi bila Hisyam tak jadi rujuk dengan Aliah. Bila masuk part tu da macam spoil pulak.. lagi pun rasanya dah cukup kot konflik rumah tangga Aliah tu..

Ending pun macam tu je, terus lompat.. mungkin kalau detailskan kenapa proses penceraian tu terlalu lama, dan tumpukan pada isu itu je buku ini akan jadi lebih menarik.

* rating : 3.2*

MALAM INI AKU MENANGIS
(Bonus Cerpen)

Khairil dan Julia, sudah 10 tahun berkahwin. Dan, Ramadhan kali ini Khairil nekad ingin berterawih penuh. Malah, bebuka di masjid bersama anaknya, Muaz. Perubahan ini menghairankan Julia sehingga menganggap Khairil curang.

Mood nak puasa ni, sedih pulak baca cerpen ni sebab sad ending. Tapi sebab pendek je, boleh layan laa.. adaptasi telenovela katanye.. bulan puasa la kot tayang.

* rating : 3.8*
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 5, 2022
boleh tak kalau akak kata aliah ni sombong? dari awal lagi watak dia dibina begitu.

kira apa yang dia lalui sekarang semuanya timbal balik dengan perbuatan lampau dia. dia kutuk talhah keje kilang. dia bangga suami orang berpangkat walaupun bukan secara percakapan.

hisyam pun satu. pantas lupa pada isteri dan anak-anak sendiri bila berduit dan berharta. dikahwini sarah dan lupa segala kebaikan dan kasih sayang aliah. siap lafaz taklik kalau aliah bawa diri.

kehidupan aliah di kampung dengan tiga orang anaknya juga ada saja cabaran. selain hisyam berikan wang nafkah yang tak cukup, tiga-tiga anaknya perlu berubah cara hidup. even aliah pun yang ambil alih menjaga ayahnya juga sangat besar cabaran. pak osman yang nyanyuk dan berlampin pakai buang.

tambah bila sering diganggu sarah dan hisyam yang menafikan dia ada lafazkan taklik sewaktu bicara di mahkamah. cabaran mulut orang kampung, terutama hasnah dan ayahnya yang suka jaja cerita.

dan paling hebat bila anis, anak sulung aliah tunjuk perangai. rupanya... ha... aduhai.

suka dengan topik-topik yang penulis utarakan. walaupun banyak sebenarnya plot yang dimasukkan tapi semua tersusun cantik dan berkaitan antara satu sama lain. semua bahagian menyokong sesama sendiri dalam kekuatan kisah ini.

hidup ini macam-macam warna ada. lalui. hadapi. jangan mudah mengalah, jangan mudah rebah. bangkit, bertongkat pun tak mengapa.

asalkan tetap yakin, Allah ada. sentiasa ada.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
July 10, 2019
[BOOK 114]

Patah Sayap Bertongkat Paruh by Hana Ilhami.
.

Ni ialah buku pertama HI yang aku baca.
.

Best sebenarnya PSBP ni. Macam baca luahan hati sendiri tentang isu curang dan poligami. Tapi aku tak reti nak luahkan so, penulis dah tulis siap-siap apa yang aku rasa tu. Hahah
.

Selepas diceraikan oleh Hisyam dengan lafaz taklik, Aliah balik ke kampung bersama 3 orang anaknya. Dia juga yang jaga ayahnya, Pak Osman yang dah nyanyuk.
.

Di kampung, punyalah susah hidup Aliah ni. Makan pun bercatu. Anak-anak ke sekolah pun berjalan kaki je. Anis si anak sulung pun banyak songeh. Ye la, dia lebih rapat dengan Hisyam. Anak-anak pulak dibesarkan dalam kemewahan. Tiba-tiba, balik kampung, terus hidup susah. Itu yang kadang-kadang dia memberontak. Pak Osman pulak ada karenahnya sendiri. Berapa banyak pampers yang terbazir sebab kejap-kejap nak amik wuduk dan solat, padahal tak masuk waktu pun lagi.
.

Hisyam pulak sejenis lelaki yang patut kena sula je. Dasar jantan tak guna. Dahlah curang sampaikan Sarah tu mengandung bagai, bila berpoligami pulak, tak adil. Bila Aliah minta cerai, tak bagi. Itu yang jadi cerai taklik tu. Lepas tu, bila mahkamah panggil untuk lafaz cerai, eh tetiba mamat ni tak mengaku dah lafazkan taklik. Gile betul. Sampaikan Aliah tekad buat tuntutan cerai. Sekali lagi mahkamah panggil, boleh pulak mamat ni tak datang. Lepas tu tuduh Aliah nusyuz la, ada lelaki lain la, sampaikan kononnya Hisyam nak rampas hak penjagaan anak. Eh bangang la mamat ni. Sampai setahun jugak la proses perceraian ni tertangguh. Sekarang aku faham kenapa kenapa ada sesetengah pasangan, mudah je proses cerai dorang. Yang susahnya bila jadi macam ni la.
.

Talhah pulak hero pujaan hati. Setia je tunggu Aliah, dari zaman anak dara sampailah janda anak 3. Dari kerja kilang sampailah dah jadi tauke buah naga. Tapi sikit sangat part dorang ni. Sebab si Hisyam tu la.
.

Dan biasalah masalah akan jadi lebih complicated dengan adanya makcik bawang di seluruh dunia ni.
.

Ada juga isu dementia dan pencabulan kanak-kanak dalam ni. Aku kagum ngan Aliah ni. Macam mana dia boleh sabar dengan spesis lelaki macam ni.
.

Aku suka penulis siap sertakan screenshot instagram dan juga artikel tentang isu ni. Dan juga IG Pekidol dan Anti Perampas tu. Hahha..wujud ke IG semua tu. Terhibur pulak baca komen makcik bawang semua ni.
.

Oh ya, dalam ni juga ada cerpen Malam Ini Aku Menangis. Best jugak ceritanya. Kisah bagaimana seorang lelaki cuba meraih keampunan daripada Allah pada hari-hari terakhirnya di bulan Ramadhan.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
April 4, 2020
[36-2020]

#PatahSayapBertongkatParuh #HanaIlhami #StayAtHome

Apa yang saya suka dengan penulis ini adalah beliau berani menulis kisah-kisah kehidupan yang berlaku hari ini. Tentang LGBT menerusi novel beliau dahulu, kemudian novel ini tentang isu poligami dan perceraian. Usaha penulis wajar diberi pujian!

Berbalik pada novel ini, penulis membawa kita mengenal watak Aliah, dalam mendepani dugaan hidup bila menggalas status janda. Herdikan orang kampung, dicampur lagi dengan penyakit bapanya membuatkan Aliah tidak mudah untuk teguh berdiri seorang diri. Hadir pula Talhah si teman sekampung menyelamat suasana. Namun, Aliah bukan watak cengeng biasa yang lemah. Perwatakan Aliah ditulis dengan baik oleh penulis. Sebab, kebiasaannya watak seperti ini akan dilihat lemah. Tapi penulis cuba membawa yang sebaliknya. Saya percaya watak seperti Hisyam ada wujud. Lelaki yang sebenarnya menjunjung ego semata.

Apa-apapun, novel ini sebuah novel yang sangat berbaloi untuk dibaca. Pengajaran yang terselit wajar dijadikan pedoman. Tahniah buat Hana Ilhami!
Profile Image for Along Norhamira.
85 reviews6 followers
July 22, 2018
First time baca karya Hana Ilhami, dan kesimpulannya saya boleh get into the story.
Mungkin saya dah tua kot dan genre2 sebegini dah jadi pilihan saya. :)

Perihal kekeluargaan, isi hati seorang suri yang dicurangi, gelora hati seorang ibu, pemberontakan anak dan menantu yang menjaga ibu ayah yang dah tua, penyakit nyanyuk etc.

Tq Puan penulis.
Memang lepas ni , buku2 puan akan masuk dalam list buku yang akan dibeli :)
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
November 19, 2023
Sakit hati betul baca buku ni. Geram dgn Hisyam sbb boleh dia buat main je dgn hukum. Memang nak kena maki.

Mula2 tu agak boring tapi lama lama tu baru okay. I think it would be better if author cerita sikit a glimpse perkahwinan Aliah yg kedua.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
May 3, 2019
Benci gila dengan Hisyam. Tamak. Ego. Akhirnya Hisyam terima balasan bila isteri mudanya Sarah mengandungkan anak orang lain.

Kesian dengan Aliah. Macam-macam dugaan Aliah tempuh. Mujur ada sokongan kaum keluarga.

Tahniah penulis. Banyak ilmu tentang poligami, curang dan penyakit nyanyuk yang diketengahkan. Tak sangka penyakit nyanyuk ni bukan perkara remeh.

Cuma penerbit kena take note tentang Screenshot IG yang terlalu kecil. Susah plak nak baca.

Suka jugak dengan bonus cerpen malam ini aku menangis. Kebetulan baca memang dah nak dekat bulan puasa. Akan adakah ramadan lagi untuk kita?
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
September 18, 2023
I enjoyed QBK but this one is a no. Isu dia menarik, apa yang nak disampaikan tu tapi macam tak kena dengan jalan cerita.
Profile Image for Nor Afizah.
12 reviews1 follower
April 10, 2019
Assalamualaikum.....😘😘😘

Novel Patah sayap bertongkat paruh ni memang best🤗🤗 ,sbb ape??

🤓 banyak memberikan pengajaran dan motivasi buat wanita khasnya terutamanya kalau menerima nasib mcm aliah watak utama novel ni y diceraikan sbb org ketiga.

😁 pengajaran utk si lelaki pula blh tengok dlm watak hisyam yg akhirnya mendapat perbalasan atas kesalahan y dilakukan pada keluarganya.usah tamak,kerana mengejar kaca y disangka permata akhirnya permata ditangan hilang begitu saja.

😍 paling suka watak talhah seorg y berprinsip ,baik hati,kerja kuat serta matang dlm membuat keputusan.

Kalau baca sinopsis buku ni mungkin pembaca blh dapat gambaran kasar yg kisah ni tentang cliche tentang isu rumah tangga y biasa kita baca tapi percayalah berbaloi utk dibaca n dimiliki kerana gaya bahasa penulisan novel ni menyebabkan anda sentiasa ingin tahu apa y terjadi pada bab y seterusnya.berbagai perasaan sepanjang baca novel ni geram,sakit hati ,sedih,kelakar, tapi y penting puas hati sangat dgn ending dia.

😉oh ya ,bonus dlm novel ni ada cerpen malam ini aku menangis ,memang best kisah dia saya baca cerpen ni dulu baru novel PSBP hehehhee.sedih kisahnya namun ada pengajarannya iaitu jgn mudah berperangsaka buruk serta hargailah seseorg y kita sayang sblm kita kehilangannya buat selamanya .

Tahniah buat novelis Hana Ilhami ,terbaik ,saya bagi novel ni 4.9/ 5 bintang😉
Profile Image for Yana Zain.
15 reviews
March 2, 2021
Novel yg sangat bermanfaat untuk dibaca. Ada terselit ilmu yg boleh diamalkan. Walaupun cerita yg agak berat tapi dia tak membosankan langsung. Cuma kesian sangat dekat watak Aliah heroin dalam novel ni. Macam² dugaan yg dia kena hadap dengan suami yg curang, berpoligami, perangai madu yg tak sedar diri, kerenah anak², dengan nak jaga ayah dia yg uzur dan nyanyuk, kerenah kak ipar lagi lepastu mulut² orang kampung yg suka sibuk jaga hal orang lain. Haih memang banyak lah konflik yg Aliah ni kena hadap. Kalau nak ulas pasal novel ni memang banyak sampai jadi taktau nal ulas apa 🤣 Aku memang peminat karya Hana Ilhami ni, sebab novel dia mesti ada unsur islamik. Dalam masa membaca sebagai hobi dapat juga ilmu yg kadang dirj sendiri pun baru tau. Memang terbaik lah novel ni 👍👍👍
65 reviews13 followers
September 18, 2018
setiap kali buku HI keluar saya pasti akan membeli nya kali ni terlambat sebab KS tak buka booth kat kilang bateri hummmmm

kali ni topic sejagat curang, poligami & molest (part ni hurmm ada yg kata tak payah, dah mcm teruk nor hidup aliah tu) but pada saya author nak ketegahkan pulak hal org nyayuk.... tp saya berpendapat molest kali ni bukan lah dari segi sampai merogol tetapi anis di raba oleh datuk nya sendiri (tettttttt spoiler) betul tak pn author telahan saya

cuma pada saya lah ni novel ke 5 yg saya suku dr author :

1. ustaz iqbal
2. ustaz naim
3. rahul
4. tamara
5 reviews1 follower
January 5, 2021
Jalan cerita best sebab xbnyak (yg I baca) touch pasal poligami dan MC x end up with ex husband balik...

Tp lahaaiiii, aliah.... Awat x larat hidup sgt
Hidup smua ikut telunjuk orang... Smpai last, sikit ja lg nak balik ke hisyam

Mcm before this, x bnyak romance pon, last2 ja.. ada la jugak hint tu tp x bnyak sgt

Other characters sangatlah melampau perangai, yg baik pun x menonjol sgt... Mcm dominan watak jahat pulak (apa yg I rasa la)

Konflik bercerai dari awal smpai kesudah x habis, last2 setel mcm tu, sekejap sgt author cerita...

Papepon, keep up your great work
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sufi.
2 reviews
June 6, 2018
Suka dgn hubungan kekeluargaan yg dipaparkan. Aliah boleh bangkit bila ada sokongan dr org sekeliling terutamanya dr keluarga. Suka juga dgn penjelasan penulis tentang poligami dr sudut agama. Puas berskandal kemudian kahwin atas tiket agama/sunnah. Inilah yg selalu terjadi. Paling best guna alasan dah jodoh... Senangnya alasan...

Part nyanyuk, something to ponder jugalah. Kalau berada dlm situasi Aliah, boleh jadi giler juga kut. Suami dah gatal, bapa pula buat peel yg sama...
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
June 27, 2018
mengambil masa utk dihabiskn bukan kerana crite x best,tp kerana bertembung dgn puasa & raya,makanya tergendala sekejap pmbacaannya,apepn karya hana ilhami tetap best,setiap novel2 ada isu yg diketghkn,sntiasa ada ilmu yg dismpaikn didlm setiap karya2nya..bonus cerpen dlm novel ni pn best sgt,sebak baca smpai pnghujungnya..
75 reviews4 followers
May 14, 2018
I really hate the twist at the end. Seorang datuk yang penyayang dan tak mengabaikan solatnya, masakan senyanyuk itu sehingga mencabul cucunya. I really hate that part. Kalau tak ada bahagian itu pun tak mencacatkan cerita ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews
January 2, 2021
Cerita buat saya tak boleh bernafas walau sesaat,penuh dengan debaran menunggu penyelesaian dari satu masalah ke satu masalah.Tabahnya hati seorang perempuan merangkap ibu kepada 3 orang anak yang perlu menampung banyak masalah dan dugaan yang tak henti tiba dari hari ke hari.
Profile Image for Lela.
2 reviews
April 30, 2019
Beli buku ni selepas tengok drama. Walau ada sedikit perbezaan dlm novel dgn drama, kedua2nya banyak memberi pengajaran. Motivasi buat wanita dan iktibar buat lelaki.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
March 15, 2020
Ptut tmbh sikit lg. Baru ad umphhhh
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.