“I would stand in the shadows of your heart, and tell you I’m not afraid of your dark.” – Andrea Gibson
Dia… Ryu
Seorang Red Dragon. Tidak perlu banyak cakap. Tidak perlu berkata apa-apa. Hanya dengan satu pergerakan, dia boleh mematahkan tulang-temulang sang lawan.
Dia… Maya
Seorang gadis biasa. Itu yang dia fikir selama ini. Satu malam jahanam mengubah segala-galanya. Dia jadi pelarian. Dia jadi manusia yang kematian jiwa.
Takdir. Sesuatu yang paling aneh. Menemukan mereka dalam satu pertemuan yang juga aneh. Lalu, Maya membuat keputusan paling gila.
“Aku mahu tinggal di sini. Di rumah ini.” – Maya “Kau tahu siapa aku, kan? Dan apa aku boleh buat pada kau?” – Ryu
Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya? Atau dia juga akan buat keputusan paling gila? Melindungi Maya dengan nyawanya sendiri?
“Jangan mati depan aku.” – Ryu “Kau Ryu aku. Dan aku Maya kau.” – Maya
Keputusan akhirnya diambil. Namun, yang jadi galang gantinya adalah nyawa dan darah!
'Everyone has a monster within. Sama ada kita lepaskan monster tersebut, ataupun kita halang ia keluar'.
Ryu seorang ahli kongsi gelap Red Dragon. Dah nama pun kongsi gelap mesti la buat kerja kotor macam memukul, mencuri, peras ugut, menculik dan membunuh. Tapi Ryu ada prinsip iaitu dia tak akan sekali-kali membunuh. Bukan hak manusia mencabut nyawa manusia lain. Namun, disebabkan seorang Cho Kun Zachary Ho yang memaksa Ryu untuk melanggar prinsip yang dia pegang. Dia hidup dalam penyesalan. Dirinya tidak lagi tenteram dan tenang.
Suatu hari, Cho Kun telah mengarahkan Ryu untuk mendapatkan seorang wanita iaitu Maya. Perempuan yang ditemuinya ketika dalam pergaduhan antara rakan kongsi gelap. Siapa sebenarnya Maya? Segalanya terbongkar apabila Maya juga turut menjadi rebutan kongsi gelap yang lain. Selama setahun, Maya disembunyikan di rumah Ryu. Kerana satu peristiwa mereka terpisah pulak selama 3 tahun.
Okay, emosi sedih dalam kisah ni memang banyak. Tak terkira. Dengan si Maya yang kuat nangis lagi. Dengan keadaan Ryu yang asyik2 cedera kerana bergaduh.
Life is about choices. If you don't have one, then create one.
Selepas Ryu diselamatkan Arjuna Kaede, Ryu dah buat pilihan untuk hidupnya. Sebaiknya dia tak mahu hidup dengan menyesal. Dia akan terus melindungi Maya.
'You are free to choose, but you are not free from the consequences of your choice'.
Apa yang dia buat dan pilih, dia perlu terima akibatnya. Masih ada dendam yang belum terlerai. Di samping Maya yang akan sentiasa ada bersama Ryu. Dia perlu kuat.
Sangat puas hati dengan ending novel ni. Walaupun ada someone yang terkorban. Life must go on. Bacaan yang sangat bermanfaat. Memang betul pun macam tengok cerita cina yang ada kongsi gelap.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Sepanjang pembacaan, I cannot help but teringat balik cerita Young and Dangerous lakonan Cheng E-Kin. Seperti mana N rasa takut-takut bila tengok filem tu, begitu juga lar N rasa bila baca I'm Not a Monster sebab N terbayang-bayang sikap ganas kumpulan triad ni.
I love a good anti-hero character and N rasa Ryu fits the bill perfectly. Cuma jika disuruh membuat pilihan, Arjuna Kaede tetap lebih awesome.
this is not a romantic read. Ryu is not a romantic guy. Tapi Ryu and Maya ada chemistry which makes this story extra enjoyable.
Kisah Ryu n Maya dan dunia kongsi gelap. Kepakaran Sara Aisya penceritaan yang details dan boleh digambarkan situasi tu dah macam dalam filem. Cuma membaca I'm not a monster ni terasa macam mengulang baca Salju Kyoto pulak. Mungkin sebab latar belakangnya sama iaitu dunia kongsi gelap/yakuza. Scene2 dalam dunia kongsi gelap-pembunuhan, pergaduhan tu mengingatkan saya kepada Salju Kyoto. Itu membuatkan kurang bintang. Kalau membaca Salju Kyoto tu membuatkan adrenaline rush, rasa macam dalam filem aksi dan membuatkan tak boleh stop membaca, tapi saya tak dapat pengalaman yang sama dalam novel ni. Personally Aku Lelakimu n Salju Kyoto masih terbaik dari SA bagi saya ✌
Macam biasa, aku selalu tertinggal train. Orang lain dah sampai 'Memori Inara', aku baru je sampai 'INAM'. Tapi takpe lah kan, biar lambat asal selamat. .
Bagi aku, kekuatan SA, dari dulu sampailah sekarang ialah usaha gigihnya buat research dan juga kekuatan emosi yang disampaikan dalam setiap karyanya. So, walaupun ni ialah genre action, still emosi yang berat tak dapat lari. .
'Everyone has a monster within. Sama ada kita lepaskan monster tersebut, ataupun kita halang ia keluar'. .
Ryu ialah seorang ahli Red Dragon. Sekali bergelar ahli kongsi gelap, selamanya akan terperangkap. Walaupun Ryu ialah seorang '49 chai', tapi dia tidak pernah membunuh. .
Pada suatu hari, satu pergaduhan antara geng telah menemukan Ryu dengan Maya, seorang gadis bisu. Dan dari situ, Ryu telah menyelamatkan Maya daripada membunuh diri dan akhirnya menyembunyikannya selama setahun. .
Namun, ada je yang tidak senang dengan Ryu. Cho Kun, Zachary telah mengarahkan Ryu supaya membunuh Hector. Dan dari situ, hidup Ryu mulai tidak tenang. Kerana jiwanya masih belum mati, maka dia rasa bersalah. Lebih mengeruhkan keadaan, Zachary mengarahkan supaya Ryu menyerahkan Maya. .
Maka, sekali lagi, pertumpahan darah berlaku. Ryu dan Maya terpisah. Dan masa inilah, Arjuna Kaede membuat penampilan istimewa. .
Banyak kali air mata mengalir sepanjang membaca novel ni. Macam yang aku cakap, SA berjaya menyampaikan emosi setiap watak dengan baik. Aku boleh rasa perasaan bersalah Ryu tu. Dan aku boleh rasa perasaan Maya yang sangattt sayangkan Ryu. Dan akhirnya mereka melakukan keputusan yang tepat. .
I love this couple. And honestly all other SA' s couples. They have great chemistry. They protected each other. And they loved each other.
3.4* Agak pening sedikit dengan kisah kali ini. Terlampau banyak monolog, watak dan nama pangkat dalam geng samseng tu buat aku blur tapi aku gagahkan jugak baca sampai habis.
Apapun, garapan penulis berkaitan aksi lawan-lawan parang tu agak mengerikan jugak la. Cuma lelah la jugak nak baca bab aksi dorang tu. Haha.
Apapun, tahniah pada penulis yang rajin buat rujukan fasal geng samseng ni.
Apa yang aku boleh cakap : Buku Sara Aisha tak pernah mengecewakan. A bit bias review i guess, sbb minat action-thriller with romance as a subplot, this book totally fit in that criteria 😌
Action scene dalam ni bagi aku serious cool, aku memang boleh bayang la babak-babak dalam novel ni. Satu benda yang aku suka pasal karya Sara Aisha, semuanya bila aku baca, aku mcm ada dalam tu sekali, dan nampak scene dalam novel ni macam berlaku depan mata, rasa macam tengah tengok movieee 👍 Aku suka jalan cerita, aku suka cara penulisan, aku suka the ending yang agak realistic walaupun pain 🤧 Dan macam biasalah, kalau buku SA mesti penuh dengan research dan info2 so jadi lebih real perasaan tu bila baca.
Apa-apapun, memang best macam novel 'Aku Lelakimu' by SA jgk. Skrg, tgh kumpul duit nak beli Shadow Series dan Salju Kyoto pulak 😌 #emptycanvashida
Em. Em. Em. Taktau nak ulas camne. Cuma aku rasa macam buku kalini... meleret sikit kot. Feel pun lambat nak sampai jadinya.
Anyway aku suka sgt penggunaan kata, huraian action. Boleh bayang lah all the action, rasa macam tengok movie. And aku suka nama-nama watak dalam cerita ni hahaha.
Akhirnya berjaya juga aku habiskan novel ini yang sekian lama berada di rak buku sejak PBAKL 2018. Hii.
Sangat nak baca novel ni sebab Ryu dan Maya. Nak tahu kisah sebenar mereka sejak baca Salju Kyoto.
Permulaan cerita saja dah bermula aksi kongsi gelap, dan bab ini memang tabik spring dengan penulis sebab penulis berjaya sampaikan babak aksi ini dengan baik. Aku boleh bayangkan setiap pergerakan masa babak lawan-lawan ni. Macam tengok filem aksi kongsi gelap gitu.
Kisah Ryu dan Maya yang menjadi tanda tanya akhirnya terlerai juga. Ada beberapa bab yang aku rasa macam meleret, atau terlalu banyak monolog diri tapi aku masih baca sebab nak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati Ryu dan Maya. Dapat rasakan kesedihan dalam perhubungan mereka berdua.
Bila dah nak ending, rasa macam baca Salju Kyoto dalam INAM pulak. Hii. Babak yang sudah ada dalam SK, diceritakan balik dalam INAM cuma dari sudut pandangan Ryu dan Maya. Bab ni pun aku rasa macam meleret jugak. Rasa boleh dipendekkan sedikit.
Overall, aku suka akan novel ini, puas hati dengan ending, kisah Ryu dan Maya, cuma aku lagi prefer novel SK dan AL.
Satu-satunya novel Cik Sara yang aku hanya beri 4 ⭐️ .
Keep on writing, Cik Sara and looking forward on your next project :)
Ryu adalah seorang bodyguard pd sebuah kumpulan kongsi gelap Red Dragon di Macao, dia sgt setia dgn Luo Ming, bagaikan jasad dan bayang2. Semua gerun akan Ryu si pematah tulang lawan hanya dgn satu gerakan itu, itulah hidupnya yg baru selama 6 tahun. Hidup dlm kematian, sehinggalah kemunculan Maya seorang gadis bisu. “𝗦𝗲𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗮𝘂 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗮𝗸𝘂, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘂”.
Selama ni tidak pernah Ryu kisah akan nyawa termasuk nyawa sendiri tapi Maya dijaga bagaikan kaca. Maya bencikan kongsi gelap. Itu hakikatnya. Dan hakikat juga, dia tinggal bersama seorang ahli kongsi gelap.
Tapi hati Ryu lembut, kenapa dia boleh terlibat dlm dunia gelap ini? Ryu TAK AKAN MEMBUNUH, "𝗔𝗸𝘂 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗰𝗲𝗯𝗶𝘀 𝗷𝗶𝘄𝗮 𝗮𝗸𝘂. 𝗔𝗸𝘂 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮. 𝗔𝗸𝘂 𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶.." Suara Ryu tenggelam timbul. “𝗥𝗮𝗸𝘀𝗮𝘀𝗮." Ryu sentiasa nantikan Maya bagaikan kekasih paling setia, dan Ryu adalah kekasih yg paling di nanti Maya♥️ _______________________ every description of the place and action sangat jelas tapi tidak meleret sehingga boleh bayang kejadian tu.
Aura Ryu membuak2 bila berdarah, bertarung, bertatu naga dan aura ketajamannya. A very cold gangster ML 👍🏻 *disclaimer : They are not muslim protagonist*
HOW CAN SHE PERFECTLY DESCRIBE A FIGHTING SCENE?! Ini bukan hero biasa2 ye tapi hero romantik aksi yg kuat, dark, protective, broken, will fight for you, will love you. With his life♥️
SA sangat berbakat, berilmu dlm penulisan. So so much, the humour, the action, the romance. Gosh it’s so good‼️
It’s A DARK ROMANCE, FULL OF ACTION, paling penting every her novel SA tak mengindahkan jenayah. Itu yg sy suka 👍🏻 Ryu ni ganas sje je tapi dlm Monster tu ada ‘𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗰𝗼𝗺𝗲𝗹’. Tapi dua2 garang mcm dragon ye, jgn main2 aura dua org ni 😂 sorang anak gangster sorang anak buah, memang lah.
Yg pasti bila depa dua jauh dari dunia gelap tu, sweet dok oh lah ♥️ is it worth to read? DEFINITELY‼️ If you want to see sisi pencinta seorang Ryu ♥️ Cinta yg penuh gelak tawa, tangisan, romantis dan nakal. Paling penting,setia ♥️
Berkisar tentang Ryu dan Maya yang permulaan kisah mereka bermula di dunia penuh kegelapan. Tiada yang bahagia dengan kisah hidup mereka. Dendam. Pembunuhan. Air mata. Sebutkan sahaja. Bahagia yang hadir cuma sebentar sahaja. Namun, segalanya mula berubah apabila kebisuan Maya dan rahsianya terbongkar. Ryu rasa teraniaya. Maya rasa bersalah. Sudahnya, bagaimana kisah cinta mereka?
Novel ini novel laku keras sewaktu PBAKL yang lalu sehingga saya terpaksa menunggu hingga ke bulan Julai untuk mendapatkan naskhah ini dek kerana cepat saja ia hilang dari rak buku karyaseni. Kiranya, penantian saya ini tidak sia-sia. Sara Aisha berjaya menjentik hati saya dengan kisah Ryu dan Maya.
Perjalanan cerita penuh debar disulami dengan lenggok bahasa yang tersusun membuatkan novel INAM ini sebuah naskhah epik yang tidak patut dibiarkan begitu sahaja. Diselangi pula dengan kisah Arjuna (Salju Kyoto) menambahkan lagi rasa rencah dalam novel ini. Tahniah buat Sara Aisha atas kelahiran novel INAM ini!
- Kekuatan novel ni terletak pada perjalanan cerita yg bertemakan dunia mafia atau gangster.
- Sara Aisha berjaya menghidupkan sisi gelap dunia tersebut. Terasa betul aksi dan thriller dalam novel ni sebab banyak aksi pergaduhan dan pembunuhan yg ditonjolkan.
- Bagi aku permulaan novel ni sgt menarik tetapi apabila sampai dipertengahan agak slow utk aku habiskan.
- Ada bahagian yg mungkin meleret dan terasa ada yg kosong. Tapi novel ni masih enjoy utk dibaca. In love dgn watak Ryu dan Maya.
"Kehidupan memang macam tu. Takkan pernah lari daripada penyesalan." "Apa yang kita boleh buat cuma berusaha agar kita tak menyesal terlalu banyak." - Memilih untuk membaca I'm Not a Monster disaat aku ingin kembali rancak membaca, adalah pilihan yang tepat. Naratif penulis yang sentiasa on point, tak boleh aku nafikan. Aku suka semuanya tentang I'm Not a Monster.
Sejujurnya, aku tak boleh berhenti dari membacanya. Ceritanya benar-benar 'hidup'.
Rentetan peristiwa yang sempurna, dialog yang bermakna, perincian aksi yang membawa aku benar-benar merasai apa yang berlaku di Macau - Hong Kong - Jepun. Perkembangan perwatakan Ryu dan Maya, sentuhan emosi dan mesej utama berjaya disampaikan dengan olahan yang menarik dan tersusun.
Kesukaran Ryu untuk keluar dari kumpulan kongsi gelap atas prinsip yang dibuat dalam keadaan dia sebenarnya tidak pasti, membuatkan dia tersepit. Ia tentang membuat pilhan hidup, tentang bertanggungjawab dengan pilihan dan semuanya menuntut keberanian dari seorang Ryu.
"You are free to choose, but you are not free from the consequences of your choice."
Bertemu dengan Maya buatkan hidupnya bertambah sukar, namun dia temukan rasa damai.
Maya, seorang pelarian. Cuba lari dari 'negeri' Zachery Ho seorang lelaki kejam. Bertindak dalam ketepaksaan sehingga menuntut dia bersama Ryu. Dalam menjadi gadis biasa, dia cuba untuk menjadi luar biasa dengan kekuatan, kesungguhan dan kerelaanya.
You don't know how strong you are until being strong is the only choice you have.
So overall, aku boleh cakap I'm Not a Monster ini sempurna! Highly recommended! Tahniah penulis! Semoga terus menghasilkan karya sebegini.🔥🙌🏻
Sara Aisha writing style undoubtedly up to my preference and expectation. But this time, the story started a bit slow, It’s unlikely to find an anti-hero who is in a mafia gang but have this principle to not want to harm women, children and will not kill other, while still able to create fear and gain some reputation in the gang.
The story has gotten interesting once it starts to untangle Maya side of the story, a lot of things start to take in, and it made significance to the established events. I wouldn’t mind if the main character (both Maya and Ryu) had a disability, I find it more realistic and beautiful in its way. As the story revenue, I start to grasp how Ryu ends up with his Mafia and righteousness crisis. He have an opportunity to stop being Red Dragon but he is the one who chooses to be on where he is now, up to the point of no turning back and the situation becomes complicated.
The novel shows that everyone made mistake, what matters is to be responsible on what had happened, this is what made this book fascinating to me. There is one solitary aspect that I preferred in I'm Not A Monster than in Salju Kyoto, in particular the climax and story resolution. In Salju Kyoto the way the issue is unravelled is like a godsend miracle. However, in this novel, the battle endured by our main character to gain their freedom and what arises is sensible. I'm sending my admiration to the author for creating such a daring scene in Malaysian literature.
Other than that I also enjoy the openness between Ryu and Maya since the beginning, especially when they show affection between each other before tying the knot. I adore it and enjoy reading it.
Permulaan cerita yg saya rasa agak lambat perjalanannya. Bermula dengan latar belakang kongsi gelap di Macau dan susur galur ahli di dalamnya. Pertemuan di antara Ryu dan Maya yg membawa Maya masuk ke dunia Ryu secara tidak langsung. Namun cerita mula menjadi laju apabila Ryu membawa Maya lari dari ayah kandungnya yg bermotifkan kepentingan sendiri. Perpisahan selama 3 tahun telah menjadikan Maya seorang yg lebih tabah dan kental. Maya yg pada mulanya sentiasa dilindungi oleh Ryu, tetapi setelah apa yg berlaku selepas pembunuhan Zakhary Ho mula menjadikan Maya berubah karektor. Maya bukan lagi perempuan yg lemah lagi dan episod-episod serangan slps itu memperlihatkan Maya sentiasa membantu Ryu untuk menewaskan musuh-musuh yg menyerang. Bayangan dosa yg sentiasa mengejari Ryu telah menyebabkan Maya membuat permintaan yg besar terhadap Ryu. Apakah keputusan itu mampu membasuh dosa-dosa mereka? Secara keseluruhan, cerita ini mampu memberi kepuasan kepada pembaca novel aksi kerana aksi pertarungan yg ditulis sangat real dan kita boleh merasai apa yg mereka rasa. Tahniah writter atas cerita aksi ini yg mana jarang kita dipersembahkan dengan genre sebegini di dalam pasaran buku masa kini.
Is it just me that feel yang cerita ni macam The Worst of Evil? Never mind about that.
Kalau penulisnya bernama Sara Aisha ni memang tahu takkan pernah gagal lah dalam menghasilkan sebuah naskhah yang digemari oleh ramai pembaca.
Cerita yang dibawa Sara Aisha kali ni memang boleh saya simpulkan sebagai out of the box, so oh-not-cliche, so oh-not-typical kawin paksa, bermadu, rampas-merampas kekasih. Setiap kali saya membaca, saya tertunggu-tunggu kelainan/kreativiti yang akan dibawa oleh penulis.
Saya tahu Sara Aisha ada formula penulisan yang berjaya untuk hasilkan karya beliau kerana setiap karya beliau yang saya pernah baca, amat jarang untuk saya rasa tak memuaskan. Beliau antara penulis yang saya percayai akan delivered yang terbaik dalam karyanya.
Untuk Im Not A Monster, kisah antara Ryu dan Maya ini, sangat deep sebenarnya. Ini bukan sahaja mengenai kisah cinta, tapi juga mengenai diri mereka sendiri yang cuba keluar daripada kepompong dilema dan ingin terbang bebas dan 'hidup', hidup yang sebenar-benarnya.
"Aku rela hadap semua mimpi ngeri tu, asalkan aku dapat terus bersama kau." "Aku rela lepaskan kau pergi, asalkan kau tak perlu hadap semua mimpi ngeri tu lagi."
"Kenapa kita jadi macam ni?" "Sebab kita tak mampu jadi raksasa."
Can we just take a moment to appreciate their feeling for each others... cause i adore them (hard)
Dengan segala puji yang saya tuliskan di sini, ada terselit satu kekurangan yang membuatkan saya tak dapat nak berikan rating yang tinggi. Saya suka ketelitian yang ada pada penulis. Saya nampak yang penulis ni 'study' dan faham apa yang ingin disampaikan. Terutama sekali, mengenai sistem kongsi gelap and macam mana fungsinya. Keseluruhan organisasi dapat difahami dengan erti yang mudah. Tapi... kadang terasa seperti slow.
Saya suka je dengan slow burn trope tapi bila cerita tu terlampau slow ia akan membuatkan kita lost and boring. Sebab hakikatnya kita tak suka menunggu.
Lama juga nak habiskan buku ini.. 3 hari baru habis baca.. Biasanya utk setebal 662 muka surat.. Sehari pun boleh habis baca.. Jalan cerita menarik.. Penuh aksi.. Sebab nak membayangkan aksi berlawan tu macam mana.. Tu yg baca penuh teliti.. Takut tak faham.. Dan banyak sgt watak2 yg nak kena ingat... Itu lagi buat tambah keliru sikit.. Sebab Saya ni memang slow sikit nak ingat2 nama2 Orang.. Tapi jalan cerita memang best.. Kisah cinta yg penuh aksi.. Tahniah Sara Aisha
When I read the mini novel I knew there's more to this story. How Miss Sara connected the story with those in the mini novel was something beautifully written. It perfectly fitted and related with the scenes and situations before. I liked the flow of the story, how it's written in-depth and yet not exaggerating. Thumbs up Miss Sara!
Finally habis juaaa...syabas kak sara...ni novel kedue yang aku bace genre romance thriller...yg first chan rak ter...serius novel ni bagi aku sangat menarik...aku rase macam duduk depan tv..tonton movie dea....haha..aku dapat bayangkan scene2 dorang gaduh tu..bak kate orang..dapat masok sendiri dlm novel tu..tak sabar nK bCe 2 lGi novel sara aisha-salju kyoto n aku lelakimu..😆
"Life is about choices, Ishikawa Ryu. If you don't have one, then create one."
Buku ni mengisahkan tentang Ishikawa Ryu, seorang ahli kongsi gelap yang bertemu dengan Maya, perempuan bisu yang kelihatan seperti perlukan pertolongan.
Ryu. i cannot say i like him but i adore him. ha, faham tak? Ryu ni the other side of heroes. dia antara orang terkuat dalam kongsi gelap dan walaupun begitu, dia tak pernah membunuh sesiapa pun. itu prinsip dia. lelaki tanpa jiwa. backstory Ryu sangat sedih ya. to see and to live something like that, is a nightmare to everyone. Ryu selalu cakap dia monster tapi kalau betul, kenapa dia selamatkan Maya? kenapa dia rasa bersalah?
Maya. ada rahsia yang tersimpan kemas daripada Ryu dan sebab kenapa dia mahu tinggal bersama Ryu. backstory Maya pun sedih 😭 i'll totally feel how Maya feel bila that happened. walaupun dia awalnya lemah, towards the ending dia sangat girl boss ya 🫶🏼 part dia berlawan dengan penjahat tu untuk save Ryu, fuh jatuh hati saya 🫶🏼
tbh, saya baca buku ni hampr 3 minggu (which for me sangat lama) disebabkan mood membaca sangat tidak ada dan menonton Running Man (sangat tibe kan 🤣😭)
Buku-buku Kak Sara memang tak mengecewakan. part fast forward pun saya tak rasa tertinggal. macam, i know how Maya lived in those 3 years. saya boleh bayangkan. tak lupa juga part berlawan 🤌🏼
My first book by this author and now I know why ramai orang mention pasal penulis ni. She really knows how to write a good action romance book. Don't get me wrong, buku ni okay je but I didn't like Maya that much. She's always crying like every scene je mesti nak nangis 😔 Plus, the way penulis ni describe cara dia nangis tu macam terlalu over sikit sampai I tergelak baca that scene. - The writing style was nice but ada la some parts yang kinda cringe but that's finee.
Dulu aku pernah baca cerpen I'm not a monster dalam kompilasi mini novel Cereka Cinta. Ingat tak nak baca yg full novel punya tapi kalau dah peminat novel aksi Sara Aisha ni memang tak best plak kalau tak dapatkan. Finally, 2020 baru dapat baca. Dah nak masuk 2 tahun dah novel ni dicetak.
Mula2 baca Inam ni keliru jugak dengan nama/gelaran dalam kumpulan kongsi gelap tu. Tapi nasib baik belek belakang baca bahagian trivia, kak Sara dah siap2 buat carta organisasi dan penerangan ringkas untuk senang pembaca faham.
Bagi aku watak Ryu dan Maya, dua2 ada kekuatan tersendiri. Masing2 ada sejarah silam yang pahit untuk ditelan. Nak hidup normal macam orang biasa tapi banyak halangan. Tapi diorang hadap jugak demi melindungi orang tersayang.
Segala aksi yang dipersembahkan dengan baik sampai kita boleh terbayang depan mata. Gerun pun ada. Dan tak sangka ada kemunculan Arjuna dan Nailah dlm Inam. Terubat rindu.
Last but not least, ending dia memang bikin touching betul. Selepas terpisah agak lama untuk menjalani hukuman akhirnya Ryu dan Maya bersatu bersama anak tersayang. Puas hati dengan keseluruhan cerita walaupun ambik masa yg lama jugak nak habiskan sbb kekangan masa. Worth buying and reading.
Walaupun buku ini ohsem dan penuh dengan aksi, seperti ada yang kurang pada Sha.. Sha tak pandai nak explain.. Namun ceritanya masih ohsem dibaca.. Hubungan antara Maya dan Ryu memang sangat complicated tapi menarik.. Paling suka bila Ajuna Kaede muncul.. Hehehe.. Rindu pula nak baca Salju Kyoto..
Ok how to start ya... 😂 Alkisah novel ini berkisarkan tentang Ishikawa Ryu seorang ahli kongsi gelap yang digeruni walaupun dia tak pernah bunuh orang. Tapi ada saja yang tak berpuas hati dengan dia sebab yela mana ada ahli kongsi yang tak bunuh orang kan? Kisah dorang bermula bila Ryu membawa balik gadis yang tidak dikenali ke rumah, yang dijumpai semasa sedang bergelut dengan konco-konco Rex a.k.a hung kwan Bloody Tiger. Gadis tersebut memperkenalkan diri sebagai Maya dan memberitahu bahawa dirinya bisu. Mula² Ryu taknak bagi Maya stay dekat rumah tapi lama² dari hari ke hari bertukar minggu ke bulan.. Maya tetap stay di rumah Ryu tetapi dengan syarat yang Maya tak boleh keluar dari rumah langsung. Tetapi satu kejadian membuat situasi yang indah diantara Ryu dan Maya bertukar tegang apabila Ryu mengetahui identiti sebenar Maya... And the real problems begin... Dan disinilah banyak bertumbuk, tampar, tendang, dan darah dimana-mana...
My thoughts and feelings while reading this :
Ini adalah novel ke 6 yang saya baca daripada penulis aksi kegemaran saya yang saya baca, and as usual Kak Sara tak pernah mengecewakan apabila menulis genre sebegini. Novel ini sarat dengan aksi, cinta, dan tak lupa juga perasaan sedih, kecewa, rasa bersalah dan banyak lagi... Semuanya Kak Sara goreng habis-habisan dan resultnya sangat sedappp dibaca😭 ISHIKAWA RYUUUUU WHAT A NAME KAK SARA🔥😍❤️🔥 I was mesmerized by the name 🥺 kesimpulannya Maya dan Ryu complement each other😭 Ryu and Maya masing² ada dakrside and dark story masing² yet they always found each other. Found family's trope that's it. ❤️ And some characters that i really like kosuke, hung kwan Ryu but I forgot the name😭 (sorry ada short term memory HAHAHAHA), and then shao pai dan isteri lepastu tak lupa juga nak mention Nailah Farafisha Arjuna Kaede, Sato dan Ryohei sebagai cameo dalam kisah ini sangat saya hargai 💋❤️ and now I know how Arjuna and Ryu met each other❤️ di hujung² pengakhiran cerita ini saya suka macam mana penulis berpijak di bumi yang nyata sebab Ryu akhirnya bertanggungjawab atas apa yang dia buat dan dapat kurangkan rasa bersalah dan sesal mereka. I don't know what to say anymore but always know one thing novel ni akan sentiasa ada tempat special dihatiku ecewahhh 😆🙈💋 termasuk karya² Cik SA semua 🥰 last but not least cerita ni is a must read! Banyak quotes² yang sounds powerful dan saya suka. Anyway can't wait to read more novel aksi daripada cik SA 🙊 p/s: sila tulis kembali cerita aksi mengenai ejen² cik SA saya nak baca HAHAHAHA😂
This entire review has been hidden because of spoilers.
I'm Not A Monster mengisarkan tentang konflik yg berlaku dalam geng kongsi gelap yg bertapak di Macau. dari bab pertama pun, pembaca dibawa masuk terus ke dalam dunia kongsi gelap. first baca agak pening juga dengan kisah pasal geng kongsi gelap dan juga konflik yg berlaku.
Ishikawa Ryu bagi aku sangat interesting, dah nama pun geng kongsi gelap jangan nak expert hero dia bad boy yg acah-acah jahat tapi sebenarnya memang ganas dan agak kejam tapi still ada aura tarikan sendiri. watak Maya sangat misteri tetiba muncul dalam hidup Ryu tapi yg menariknya watak Maya ni yg banyak bawa perubahan pada jalan cerita dan juga character Ryu.
bagi aku, jalan cerita I'm Not A Monster lebih complicated, penuh aksi dan sangat mendebarkan. kalau dari segi storyline dan aksi, aku pilih I'm Not A Monster sebab rasa sangat real babak fighting tapi kalau nak layan more romantic lagi prefer Arjuna Kaede dan Nailah (Salju Kyoto) sebab kisah Ryu dan Maya ni penuh liku dan konflik so kadang tu rasa lelah juga nak tahu pengakhiran kisah mereka. overall memang Daebak 👍
Done habis baca buku ni dalam masa 2 bulan 👍🏻 (sebab aku tak minat gaya penulisan dia 😯)
Sejujurnya mungkin aku dah terlalu tua untuk melayan plot & jalan cerita novel tentang mafia-mafia, gangster gangster ni kut. Gaya penulisan pun terlampau banyak & draggy. Macam, ada je tak perlu terlampau explain. Cakap sebaris ayat pun orang dah faham. Don't need to ulang banyak kali ayat yang sama.
Karakter Ryu dengan Maya pun aku kurang gemar sikit. Sebab maybe aku yang tak suka trope mafia-mafia ni, so that's all kut valid reason dia.
Now let me speak about what I have to advice untuk adik2 kat luar sana yang baca novel ni, especially yang bawah 18 😯:
Tak perlu buat perangai Maya (atau Nailah Farafisha jugak) untuk membetulkan lelaki. Sebab tau la diorang sendiri macam mana nak betulkan diri sendiri. Buang tenaga satu, vibes pick me pun satu. Diorang pemimpin in relationship/family,so bila diorang buat salah, let them tanggung akibat sendiri. Tak perlu nak paksa2 arah diorang buat macam kita nak rasa cam benda kita suruh tu paling betul. Kalau laki memang problem dari awal, blah je. You don't need to be attracted to red flags men just because you've just done reading some novel or fiction story. Yang penting sekali, takyah acah la nak betulkan lelaki macam Maya tu, pandai2 la lelaki betulkan diri sendiri, faham?
Aaaaa panjang tak aku bebel? Panjang kan? Sebab aku tak nak adik2 terpengaruh dengan cintak fiksyen yang tak wujud. Just choose green flag men. Let them toxic be fictional sahaja, jangan bawak masuk dalam realiti.
My 2nd book from the author and this time, I am impressed with the book.
I have a thing with gangster/mafia-ish plot and I must say this book reminds me of a book that I love for a long time.
While the other book I love focused on the Dragon Head, INAM focuses on the Red Pole level. It definitely gives a broad prospect on the whole triad organization and I appreciate I get to learn new things from this.
It also managed to make me shed tears, ugh I sometimes cannot handle my weak heart. KUDOS to the author!