Juna si penganggur yang memegang 'jawatan' kasanova, toy boy, playboy dan heart breaker memiliki satu 'keistimewaan' yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. Tapi sayang, kelebihan itu disalahguna untuk mendapatkan kesenangan dunia dengan cara mudah. Peduli apa halal haram, yang penting dia hidup mewah!
Namun tanpa disangka, Juna bertemu dengan si model muslimah bernama Jane Razman kerana satu pertolongan. Entah apa takdir yang tersembunyi, mereka kerap kali terserempak di sana sini tanpa dirancang. Bagaikan dunia ini terlalu kecil untuk mereka berdua. Balik-balik nampak muka yang sama!
Jane pula layak digelar si malang dalam bercinta. Dengan Zack yang kaki cemburu dia rasa terkongkong, dengan Dato Irshad pula dia rasa tertipu. Ibaratnya terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut naga. Semuanya tak menjadi. Kenapa susah sangat nak bahagia dalam cinta?
Pelbagai dugaan datang dalam hidup Jane dan Juna sehingga hubungan mereka mula mekar dengan perasaan berbeza. Dihina, difitnah, dibuang keluarga, semua dihadapi bersama. Lalu, tak sempurna lagikah hubungan ini jika jiwa mereka saling memerlukan?
Hati si playboy longlai dan cair dengan setiap keistimewaan Jane, tapi Juna masih ragu. Layakkah dirinya yang kotor dan serba kekurangan ini berkehendakkan gadis suci itu?
I'm lucky. I'm in love with my best friend. Aku bersumpah, aku akan bahagiakan Jane dunia dan akhirat. ~ Juna.
Dan bagi Jane pula, Juna bagaikan tukang tilik yang mampu meneka perasaannya dengan mudah. Tak perlu diluah dengan kata-kata, Juna sudah mengerti dan memahami isi hatinya. Istimewanya Juna sampaikan dia tak rela melepaskan lelaki itu pergi. He's mine, my Juna!
Namun bahagia yang dicari, mudahkah ditemui? Atau ada halangan yang mungkin meleraikan cinta yang baru tercipta? .
1- Aku rasa lega. Sebab? Buku ni takdelah main emosi sgt mcm Chandelier yg aku baca 2 bulan lepas, sikit2 tu ada laa tp aku tak rasa apa2 pun. I mean, part Juna kena buang keluarga tu takdelah sampai buat aku pun termenangis sama, sedih tu adalah jugak sikit2 hahaha.
2- Juna ni kan... watak dia ni charming sungguhlah. Sweet giler, lebih2 lg bila dgn mak dia. Tapi kan... tapi...
Adusss aku kecewa sungguh dgn perangai dia yg satu tu. Melayan perempuan-perempuan sampai ke atas katil. :'(
3- Jane pulak... oh my god, aku suka sgt dia! Payah sebenarnya aku nk suka watak heroin dlm mana2 buku aku baca, tp si Jane ni... seriuslah aku suka sgt. Sbbnya Jane bkn jenis yg suka judge org. Walaupun dia tahu perangai sebenar Juna mcm mana, still dia sudi berkwn baik dgn Juna. Tak prejudis langsung.
4- Jln cerita best walaupun watak Juna dan Jane takdelah kerap sgt bertemu pd mulanya. Maklumlah, Juna dgn life dia dan Jane dgn life dia. Bagi aku scene mereka berdua spend time together agak kurang, tapi...
Disbbkan itulah watak mereka berdua ni jd sgt menarik. Even Juna dan Jane tak mcm hero & heroin lain yg hari2 bertemu, call or mesej, tetap ada chemistry antara mereka.
5- Hubungan mereka bermula sebagai kwn baik. Juna laa yg mengada-ngada nk Jane jd BFF dia. Nasib baik Jane sudi.
Status jer kwn baik, pdahal Juna tu kemain risau bila Jane hilang. Kononnya risau sbg kwn baik, hakikatnya... lebih drp itu. Kalau dah dpt dgr suara Jane, perempuan lain pun sanggup dia bolayan. 'Kwn baik' laa sgt, kan.
6- Scene plg best kan... scene Juna 'bawa lari' Jane tu. Nasib baiklah ada Juna masa tu, kalau tak... bersoraklah Dato' Irshad. Kononnya nak miliki Jane sbb syg, walhal dia tak pandang pun Jane sbg 'Jane'.
Dan akhirnya dia sanggup ambil tindakan bodoh. Yg hanya memakan dirinya sendiri. Yg bahagianya Juna dan Jane jugak.
7- Aku berpuas hati dgn ending. Tak rush sgt. At least taklah secoet jer babak2 sweet selepas mereka kahwin. Senyum jer aku baca, takde rasa tak puas hati mcm baca Chandelier dulu.
Boleh pulak aku menangis teresak-esak. Sabar je la. :p
Ehh, kalau dah hero yang macho dan keras hati boleh menangis sampai bengkak mata, apatah lagi aku yang beria membaca ni haa. Haha.
Baca sendiri la. Malas nak ulas panjang. :D
p/s: Cuma, ada sedikit masalah printing. Ada beberapa muka surat yang tulisannya tebal dan nampak berbayang. Jadi macam terganggu la sikit pembacaan. Harap kesalahan yang sama tidak berulang untuk novel seterusnya. Sekadar bagitau je. Terpulanglah sama ada nak terima atau tidak apa yang ditegur. Siapalah aku ni nak tegur lebih-lebih, kan?
Disebabkan Love, Elsa yg di baca dulu, jadi this book kira kurang umph bagi saya.
Specialnya Juna jadi insan terpilih. Kerana kemalangan, dia di beri kelebihan membaca hati manusia. Juna ada banyak good quality in him tapi sayangnya tak banyak yg tahu menghargai dirinya except for maknya dan kak Jue serta Jane (kemudian). Anak mak, adik kakak gitu. BFF Jane. He is good looking, segak dan juga pandai ambil hati ibu dia. Masalah dia terlalu charming. Dia gunakan gift from God dengan cara yg salah. Nak hidup senang tanpa melakukan kerja berat atau perah otak, dia melanggani wanita2 yg berduit. Whisper sweet nothing. Wonder why didnt he save his money back then, hinggalah Kathy tuntut 'hutang', baru tahu dia tak punya banyak wang?
Jane bagi saya seorang yang perfect. Cantik dan muslimah yg sopan walaupun ada sikit keras kepala tapi tindakan dia amat wajar. Dia tidak menilai orang dengan sewenang2nya, tak prejudis. Even hati dia juga bersih bila di 'scan' oleh Juna. Kira tulus dalam persahabatan. Bersama Zack, dia dikategorikan hidup dalam abusive relationship. Sampai kena culik. Nasib ada Juna. Dengan Dato' Iqram pula, dia bagai di paksa menjadi orang lain. Nasib baik setelah kemalangan bersama Juna, Dato' Iqram terus koma.
Tohmah2an yg dibuat oleh orang lain, tak kira di media atau sekeliling mereka, kebanyakannya berjaya di tangkis tapi bab Dato' Iqram, anak sendiri jadi sasaran. Tak faham dengan ibu Jane yg lebih mempercayai kata2 orang. Jane akhirnya di halau oleh ibunya dan Juna kerana Kathy, dia dibuang keluarga.
Okaylah. Itu kira summation of the story until 3rd quarter. Yg last, saya simpan sikit. Conflict tak berat. Biasa je bagi saya. Kurang beremosi. Yg penting apa yg akan dilakukan Juna dan bagaimana dia menjalani kehidupan baru apabila keistemewaannya ditarik balik?
Masa mula-mula follow novel ni.. ML fikir.. ok boleh bagi Lovelyainz untuk baca novel ni. sebab Juna ni ada kebolehan membaca minda. dah jadi geng² PM... My Lovelyainz ni... kalo cerita-cerita mcm tu dia suka...n ML pun rasa selamat lah dia baca ....tapi sayangnya...
Kisahnya....si Juna ni salahguna kuasa dia. Tapi, dia pantang orang kutuk mak dia. Memula ML fikir.. mak Juna ni ada something juga ke.. sebab Juna x pernah dengar dia cakap yang bukan-bukan pasal Juna. Memanglah tu mak dia... tapi, logic akallah... kita kan sentiasa ada macam² nak fikir dalam kepala otak kita ni.nak² khabar angin yg bertiup tu... mcm² pasal Juna.Tapi Mak Juna tu memang tulus, hati suci murni gilerlah.
Dari badboy berubah menjadi goodboy... kerana seorang perempuan. jatuh cinta pandang pertama.. alah... sebenarnya dia goodboy pun.. cuma nakal tu yang x boleh nak buat mcm mana. dan apa yg ML suka dengan Juna ni.. dia jenis tak mendesak. dia bermula dgn berkawan. sebab jenis sedar diri kot... macam mana nak tawan si bidadari Jane tu kalau perangai romeo dia tu...
Keseluruhannya....
Tidak sesuai utk bacaan anak2 bawah umur. Walaupun ianya x adalah melampau... tp gaya hidup sosial Juna sgt x sesuai utk bacaan anak2 ...
Setelah habis membaca my juna, baru saya perasan yg buku2 tulisan cik puan writter kita ni mmg tebal2. Mmg details penceritaan di dalamnya.
My juna spt love elsa. Yg berlandaskan sedikit 'super natural'. Kebolehan spt itu tidak boleh dinafikan kewujudannya. Mmg ada jika dikehendakiNya.
Namun kisah Juna yg memiliki kuasa 'super natural' itu menjadikan Juna seorang kasanova yg sering mengambil kesempatan ke atas wanita terutama yg berduit. Kerana mahukan hidup senang tanpa perlu bekerja keras, Juna sanggup manjadi toy boy kepada Datin Janna. Namun hubungan mereka hy mampu bertahan setahun shj.
Perkenalan Juna dgn Jane membawa Juna ke dunia baru. Dunia yg bersih tanpa noda dan dosa. Bermula sbg kenalan dan seterusnya sahabat baik, menjadikan Juna sentiasa ada utk melindungi Jane dr kemelut cinta diantara Zack yg terlalu mengongkong dan Dato Irshad yg terlalu obses terhadap arwah isterinya.
My juna lebih byk menerapkan kisah kasih syg diantara ibu bapa, adik beradik dan kawan2. Dan yg plg saya suka cerita ini bagaimana watak Jane yg dilakarkan sbg seorang muslimah moden tetapi hatinya suci tanpa prejudis terhadap org2 disekelilingnya.
Tahniah kpd penulis kerana berjaya mengangkat kisah 'super natural' ini yg diadun bersama kisah cinta diantara Juna dan Jane. Untuk itu saya bg ⭐⭐⭐⭐
Permulaan jalan cerita slow sedikit sehingga perkembangan cerita. Masih mencari rentak dalam pembacaan novel ini.
Malah, ada sedikit keliruan bab 24, page 327, "ketibaan mereka disambut baik oleh Encik Razman di muka pintu". Tapi di page 331 "bila Encik Razman balik nanti, tolong sampaikan pesanan ini sekali" 🤔?????
Macam mana watak Encik Razman ni? Dia ada ke tidak ketika situasi kehilangan Jane?
Mood membaca jatuh sedikit laaa.. penulis please berhati² ketika perubahan jalan cerita.
Perjalanan cerita bertambah menarik bila muncul watak Datuk Irshad yg gila bayang terhadap Jane. Ingatkan zack dah kena tangkap hilang dah habis dah watak si gila bayang, rupaya Datuk Irshad lagi laaaa tergilakan Jane. Hidup tak boleh terima hakikat macam ni laaaa.
Tetapi tetap memuaskan hati walaupun mood menjunam sedikit.
Aku baca My Juna versi ebook. Jadi nak dekat 900++ mukasurat juga. Berpinar mata nak baca dan habiskan. Permulaan cerita kita akan mengikuti kisah kehidupan antara Juna dan Jane. Kehidupan kontra mereka berdua yang sangat jauh beza.
Awal cerita, aku dah cop hero (Juna) buaya darat. Kurang gemar sebenarnya watak hero yang terlalu berfoya-foya, rasa dia hebat, main perempuan, clubbing dan 'terlalu handsome'. Dan paling spoil bila dia melayan semua perempuan sampai ke katil dan habuan itu dia kerap dapat. Even okay faham dia tak minta. Tapi perempuan yang terhegeh-hegeh dekat dia. But still. Dia masih boleh menolak jika mahu. Macam petik jari confirm dapat. Sebab paras rupa dia membuatkan para gadis lemah lutut. Good side untuk Juna ialah dia seorang anak yang baik untuk mak dia. Apa saja buat mak dia, dia akan lakukan yang terbaik. Which is okay good.👍🏻 Juna dia memiliki keistimewaan akibat eksiden yang dia alami. Keistimewaan itu juga dia salahguna. Kalau lah dia boleh guna untuk dapatkan kerja dan sebagainya mesti lagi function. Dan tak banyak sangat part di mana kita boleh tengok Juna gunakan keistimewaan ini.
Jane pula. Seorang gadis yang sangat menjaga keperibadiannya. Menjadi gf Zack merupakan satu kesalahan besar yang dia lakukan. Hidupnya dikawal 100%. Tiada kebebasan yang dia dapat. Nak bekerja dan capai cita-cita pun ditentang. Dan Jane. Dia masih ragu-ragu untuk tinggalkan Zack pada asalnya sehinggalah berlaku sesuatu. Itupun setelah berlaku sesuatu dan itu membuatkan dia tekad untuk tinggalkan Zack yang banyak cekadak tu. Jane agak menyerlah dalam cerita ni sebab banyak highlight kehidupan dia ketika menjadi model muslimah.
Rasanya dah habis baca before raya hari tu tapi dah nak raya haji baru buat review. Fail sungguh 2018 ni.
Sebenarnya dah lupa cite dia ttg apa. Dan bujan mood untuk mengulang semula bacaan.
TETAPI ingat satu perkara. Masa Yuni baca hari tu, terfikir. Juna ni baru start kerja. Si Jane pun gitu2 juga. Tp buat wedding agak senang juga. Maybe family support kot. Berfikir positif sikit, yuni
Perkembangan cerita yang sangat menarik.. Bermula dari zaman kenakalan Juna, perkenalan dengan Jane, bersahabat, saling membantu dan akhirnya berkahwin.. Terselit sedikit babak mistik bila Juna boleh membaca isi hati orang lain.. Memang sweet dan nice jalan ceritanya..
#MyJuna.....dengan ketebalan 800 m/s, pd saya My Juna ni memuaskan dan blh beri saya rasa seronok membaca! Kisahnya Juna si kaki perempuan yg punya kelebihan dpt membaca pemikiran org! Juna yg senang hidup bersama perempuan2 yg tergoda pd dia sbb dia tk bekerja! kali pertama hero pemalas keje...ahahaha
Jane ni pula, model muslimah yg baru nk naik! bercinta dgn Zack tp putus sbb Zack cemburu tahap gunung berapi! Putus dgn Zack, Jane bercinta pula dgn Dato Irshad, Dato ni pula sukakan Jane sbb Jane bygan arwah isteri dia, Datin Maira...mmg hangin EL Nino la Jane...terus dia pangkah Dato ni tp mama si Jane ni termkn pulak la pujukan n kata2 Dato..*mama Jane ni kan bila kena sua aje citer buruk terus percaya..apa kata anak dia tk nk dengar! geram plak kiter..
JUna n Jane berjumpa masa Jane n ayah dia selamatkn Juna semasa dipukul..jd kwn la dorang...memasing tahu kisah memasing dan saling menyokong!
Juna kemudian dihalau dr rumah sbb slh satu perempuan dia dtg jumpa famili Juna n mahu Juna bertanggungjwb la konon pd hal marah sbb kena rejek...mama Juna terus jatuh sakit! Juna ni anak mama, jd bila kena halau n dihalang jumpa mama, Juna jd mcm sasau la mujur la ada Jane...dan Juna mula sedar slh sndri n nk berubah...
Jane sebagai penasihat JUna dan Juna sebagai penyokong Jane! Bila Jane nekad lari dr majlis kahwin dia dgn Dato Irshad, Juna pula dijadikan penyebabnya! Bertambah2 la marah kedua2 keluarga! Dalam sesibuk dgn krisis keluarga dan masalah Dato Irshad yg jd obses utk dptkan Jane..dorang mula jatuh cinta!
Hokeyyyyy....citer ni pd saya santai aje...tk ada konflik berat utk memikir! blh rasa kuatnya kasih syg Juna n mama dia! dan bila Juna n Jane mula ubah kawan menjadi kekasih, saya blh senyum juga sbb mcm comel la dorang! secocok gitewww! hehe
Dahh..dahhh...nak fefeling lebih korang pi cari MyJuna k..kihkih...Daaaa...Tahniah Acik Lana..
Best! Juna yang handsome dan manja dengan ibunya tapi berperangai seperti 'buaya'. Jane sangat cantik dan baik tapi selalu dapat kekasih yang suka mengongkong. Mereka berdua menjadi kawan baik. Saling memahami dan menyokong antara satu sama lain. Tiada yang memgungkit tentang masa lalu atau ambil kesempatan. Apabila, keduanya di buang keluarga, di fitnah dan dikutuk masyarakat, mereka hanya ada satu sama lain. Jane dihina kerana Datok Irshad, Juna dihina kerana masa lalunya. Jane mula bangun semula dan Juna mula dekat dengan Tuhan. Bolehkah mereka dapat restu keluarga untuk hidup bersama? Kuatkah mereka untuk mengharungi cacian dan hinaan masyarakat bersama?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kisah perjalanan hidup Juna dan Jane. Juna, seorang playboy yang mempunyai kelebihan membaca fikiran orang cukup selesa berkawan dgn Jane kerana Jane tidak memandang rendah pada Juna walaupun mengetahui aktiviti melampau Juna. Peristiwa yang terjadi antara Jane dengan Zack dan Datok Irshad telah merapatkan lagi hubungan mereka.
Storyline okay tapi ending agak biasa. Sakit hati jugak dengan perangai setiap watak dalam ni. Ada beberapa watak yang seperti tergesa-gesa dimatikan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baca masa 2019, tapi feel tak sampai. This time around reread balik. Dan betul-betul saya puas hati. ☺️. Tapi bagi saya agak terbuka kisah ni untuk bawah umur lagi-lagi yang masih tak berapa matang fikirannya (tolong pantau anak-anak/adik-adik/sedara-mara ya..), yang masih belum boleh fikir baik buruk🙏🏻. Ada scene di kelab malam, scene bebas laku Juna dan gadis-gadis yang dia usung. Tu lah kot bagi saya antara yang sensitif.
Sinopsis: My Juna, kisah cliche. Hero kaki perempuan, gigolo pada mak-mak Datin kaya, malah kaki kelab. Sebut saja apa yang negatif. Tapi, bagus nya Juna ni dia anak yang sangat hormat pada Puan Dayah. Anak paling manja dalam keluarga. Dan paling istimewa dia ada kelebihan Allah bagi lepas kemalangan kereta 3 tahun lepas. Kat sini kelebihan nilah dia dah salah guna untuk kesenangan dan hiburan liar dia kat luar. Tukar perempuan-perempuan nakal kat luar macam tukar baju hari-hari. Punya teruk si Juna ni😑. Saya as reader pun fed up. Eh liar dia tu lain macam lah!
Mula kenal nama Jane Razman lepas tertengok cover depan majalah fesyen. Satu hari Jane tolong Juna lepas satu kejadian pukul dekat area rumah Jane. Sejak tu banyak kebetulan, selalu aje terserempak kat mana-mana. Entah bagaimana mereka declare jadi best friend.
Jane perempuan yang jujur pada pandangan seorang Juna, tambah pula lepas selalu 'baca' suara hati Jane. Tak pernah hakimi masa lalu dia, malah banyak beri sokongan dan nasihat serta selalu ada saat Jane perlu pertolongan. Jane juga, selalu ada untuk Juna pada masa senang dan susah. Kadang-kadang beri nasihat berhemah pada Juna agar berubah, ingat 'Jalan pulang'.
Fitnah, ujian, dugaan.. Semua diorang lalui dengan tabah. Sehingga lah sedar sebenarnya hati diorang berdenyut perkara yang sama.
Komen saya: Buku yang menarik untuk baca rilek-rilek. Kisah darah muda mencari identiti diri, perubahan kepada seorang yang lebih baik, kisah kekeluargaan, dendam yang akhirnya memakan diri, teguh dan sentiasa sabar dengan ujian.
Suka sangat dengan semangat setiakawan dan persahabatan Juna-Jane dari sebelum diorang serius declare as a couple. Tapi after diorang declare dan kahwin, sebenarnya suami isteri memang seharusnya jadi sahabat paling rapat di dunia, kan.
Oh, dan jugak buku ni tak banyak scenes manis/sweet antara Juna-Jane, kecuali masa nak dekat masing-masing mengaku saling jatuh cinta dan selepas itu (beware ada adegan tak sesuai untuk bawah umur lepas diorang ijab kabul).
Novel ni lebih kepada struggle seorang Juna yang penuh dengan kesilapan lalu dan usaha nak jadi pendosa yang berubah ke arah kebaikan. Juga, Jane yang bangkit daripada kegagalan hubungan dia dengan Zack (si abuser dan psiko) dan Dato' Irshad, yang tak kurang sentiasa hidup dalam khayalan.
Penyusunan plot pun helok. Kemas aje dari awal smpai akhir cerita.
Buku Acik Lana yang ini paling saya suka dalam 4-5 buah setakat saya dah baca. Penceritaan smooth dan cerita yang straight to the point. Lagi2 cover lawa (hiasan muka orang tapi pemilihan warna ungu yang sesuai❤️), jadi feel baca tu semangat dan laju. 😂
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sejujurnya saya enjoy baca jalan cerita My Juna. Juna dan Jane kenal sejak zaman jahiliah si Juna. Kiranya Jane dah tahu perangai Juna sejak mereka berkawan. Jane tak suka Juna terlalu sosial tapi dia tak judge atau tunjukkan rasa tak sukanya tu. Itu yg buat Juna selesa dgn Jane. Entah bila masanya terbit rasa suka Jane pd Juna dan Juna pd Jane. Biasanya utulah lumrah lelaki dan perempuan yg berkawan. Bila part Juna dibuang keluarga kerana akhirnya kebenaran terserlah tentang hidup sosial yg dia yg bijak disorok selama ni baru Juna insaf dan berubah. Time ni rasa sebak kerana Juna ni manja dgn mak dan kakak dia.
Kali ni cerita tak bermain dengan emosi sangat. Adalah selit sikit-sikit. Konflik pun tak terlalu kronik. Tapi nampak perhubungan antara Juna & Jane tersangatlah cool. Masing-masing macam cuba untuk punya hubungan as a best friend sahaja. Suka tetapi bukan cinta. Tapi.... betulkah setakat itu sahaja rasa yang menjelma dalam hati masing-masing?
Seperti biasa, buku AL memang agak tebal termasuklah buku ni. Tapi masih boleh layan dengan santai.
Novel yg buat aku x tido satu malam..start baca dari kul 10 mlm until 5.15 am the next day...dh start baca langsung xleh berhenti...berhantu betul 'My Juna' nie..hahahaha