Mengapa kita perlu mengetahui kisah-kisah Nabi Musa a.s. dan Bani Israel? Bukankah itu semua kisah-kisah lalu yang sudah menjadi sejarah?
Tapi, adakah kita tahu bahawa satu pertiga kisah dalam al-Quran adalah kisah Nabi Musa a.s. dan umatnya, Israel? Bukankah ini suatu petanda jelas daripada Allah SWT kepada kita supaya mengenali dengan sebenar-benarnya siapa Bani Israel.
Apakah tabiat, ciri-ciri dan matlamat mereka? Buku ini merungkai sejarah Bani Israel yang pernah ditindas lalu diselamatkan dan diberi pelbagai keistimewaan oleh Allah SWT. Namun mereka bukan sahaja tidak bersyukur, malah memusuhi nabi-nabi mereka dan Nabi Muhammad SAW serta umat Baginda.
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.
Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.
Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.
Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.
Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.
Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.
Buku ini adalah hasil tulisan yang diambil daripada Siri Ibrah yang disiarkan dalam Radio IKIM.
Kaedah penerangan yang santai oleh Ustaz Syaari, mudah difahami. Petikan-petikan ayat berkenaan kisah Nabi Musa diambil daripada berbagai surah.
Seringkali kita membaca ayat-ayat Al-Quran tanpa dapat memahami dengan jelas kisah di sebaliknya. Ini kerana ia berada dalam ayat yang berbeza Surahnya.
Namun Ustaz Syaari mengumpulkan dan menyusunnya bagi memudahkan ia difahami oleh pendengar/pembaca.
Terima kasih atas perkongsian yang ringkas dan padat mengenai ibrah kisah2 hebat dakwah Nabi Musa as, disusun dengan sangat baik oleh penulis dan memudahkan pemahaman. Terlalu banyak pengajaran yang diperoleh mengenai kisah Qarun dan Firaun, kisah kaum Nabi Musa yang tidak bersyukur setelah dibebaskan dari cengkaman Firaun dan amat bersyukur dapat mempelajari sesuatu mengenai bani Israel.
Bnyk pengajaran yg kita boleh ambil dr kisah nabi musa. Dulunya bani israel patuh pd syariat nabi musa, apabila dh bebas dr cengkaman firaun, sikap mereka terus berbeza..
Sedang saya membelek-belek buku di Popular, judul buku ini benar-benar menambah perasaan ingin tahu. Waktu itu diri sendiri bagaikan perlu motivasi, dengan membaca judulnya sudah terinspirasi!
Namun, setelah setahun, minggu ini saya mulakan pembacaan. MashaAllah, boleh kata ternganga juga ya membacanya. Banyak perkara baru, malah penerangan serta ibrah yang terkait itu tidak lah terasa jauh dari hidup kita, malah semakin mendekat.
Seperti yang dituliskan di muka hadapan buku ini, tulisan di dalam buku ini disesuaikan daripada slot rancangan @ikim.my, wah pasti semakin teruja mendengar suara Ustaz Syaari pada slot tadabbur, seperti mana biasa di Youtube @tadabbur_centre
Yang pasti, banyak juga kisah Nabi Musa a.s. yang saya pelajari, banyak juga ibrah yang saya dapati. Bukunya tidak tebal tapi isinya sangat mantap!
Jangan risau, buku ini bukan untuk para pendakwah saja tapi untuk semua, kerana kisah ini relevan sepanjang zaman, ianya daripada al-Quran.
Kedatangan Nabi Musa a.s. ke Mesir adalah berasaskan dua tujuan, membebaskan Bani Israel daripada cengkaman Firaun dan berdakwah kepada Firaun zaman itu iaitu Ramses II. Petikan2 ayat Al Quran dan hadis disertakan dalam setiap kisah dakwah Nabi Musa a.s. Juga diselitkan sedikit kisah Qarun kerana Qarun berasal dari Bani Israel.
Ada beberapa surah di dalam Al-Quran yg menceritakan kisah Nabi Musa a.s. dan Firaun. Surah yg plg utama ialah Surah Yunus, Ad Dhukhan, As Syua’ra’ dan Surah Al-Qasas.
Lepas tengok Jejak Rasul 2019 rasa nak lebih mendalami kisah Nabi Musa A.S. Antara Nabi yang sering disebutkan di dalam Al Quran. Banyak pengajaran yang saya dapat melalui buku ni. Dalam buku ni juga Ustaz Syaari ada terangkan kenapa kaum Bani Israel dalam Surah Al-Fatihah tidak disebut sebagai 'Yahudi' tetapi sebagai kaum "Yang dimurkai oleh Allah SWT". ?
Alhamdulillah I’m glad that i come across this book. It is written by Ustaz Syaari Ab Rahman. The book is beautifully composed & very comprehensive. It’s quit surprising to know how many significant details i’ve missed & misinterpreted before but this book somehow manage to clear my path of understanding.
As pointed out by the author, Prophet Musa A.S’s stories are the most mentioned stories in the Quran through multiple Surah including Asy-Syuara, Dukhan, Ghafir, and An -Naziat (to name a few). In this book the stories are collected & presented chronologically. The book emphasises on the lesson we could learn from the Prophet’s Dakwah. The narration is simple & straightforward but very impactful.
A kind of book that you couldn’t stop reading once you’ve started 😘 i wish i knew this book earlier but yes better late then never 😍. Thank you instagram, facebook, shopee for making this book popping out in all my socmed feed 😅Jokes aside, this book is worth more that it’s price peeps. You should get 1 too! 😘