Masuk ke dalam mesin masa dan berputarlah 40 tahun ke belakang. Kita akan bertemu dengan Jamilah, seorang budak kampung yang montel dan terkenal dengan panggilan Bab a.k.a Gedebab. Bab berkisah mengenai masa kecil beliau, hidup di sebuah kampung berlatarkan sawah padi.
Pelbagai peristiwa menarik yang berlaku bersama dengan enam adik beradik. Antaranya kisah misteri, kenduri kahwin, permainan zaman dulu-dulu dan pelbagai jenis hantu yang sinonim dengan masyarakat orang melayu sekitar tahun 1970-an.
Setiap cerita akan diakhiri kisahnya dengan ungkapan dan kata-kata hikmah, lucu dan penuh pengajaran. Buku beliau yang pertama "Laki Aku Negro: Kau Peduli Apa" dan "Afrika Aku Mai Lagi" merupakan kisah hidup beliau semasa dewasa. Kedua-duanya mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pembaca.
Rindunya nak balik kampung. Betul lah kata Dr. Hayya. Best sangat kampung kita. Paling seronok di dunia. Kalau kita pusing dari negara Afrika sampai ke tempat Eskimo dan patah balik lagi sekali pun tak akan jumpa parit dan sungai yang macam ada di kampung kita.
Sebagai pengerusi Persatuan Balik Setiap Minggu (PBSM) yang dah letak jawatan sebab kekangan masa dan semakin jauh dari kampung, saya takkan pernah jemu balik kampung. Bagi la hotel 30 bintang sekali pun, rumah saya juga yang paling selesa.
Kalau ada pertandingan kampung sapa paling best dan saya jadi juri. Nombor 1-10 tu saya letak semua kampung saya hahahhahha.
Saya kategori gen Z tapi masih boleh relate dengan banyak benda dalam buku ni. Alhamdulillah syukur dilahirkan di kampung (yang tak begitu kampung) hahahaha sempat la tangkap ikan laga sampai kadang tertomoih masuk parit terus.
Dulu saya selalu minta bagi lah dapat kerja dekat rumah. Sebelah rumah pun takpa janji boleh hari hari balik tengok ma abah. Tapi takdir Allah kata lain. Takpa, ada hikmah di sebalik semua ni. Semoga anak anak perantau seperti kita diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki untuk bantu ma abah.
Sebuah penulisan berkisarkan perjalanan penulis daripada zaman kanak-kanak sehingga meneruskan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Malaya. . Buku ini berkisarkan sosiologi pada era 60-an dan arus perkembangan sekitar tahun awal 20-an di Malaysia. Pada ketika itu, kanak-kanak tiada gajet yang canggih seperti hari ini. . Bahkan, bukan isu itu sahaja yang disentuh, isu sihir yang menjadi gunting dalam lipatan dan barah dalam penduduk itu sendiri yang juga dapat menghancurkan keharmonian masyarakat. . Selain itu, pada era 60-an, dapat dilihat dari sudut perkembangan agama Islam itu sendiri yang bermula dengan agak perlahan di Malaysia. Lalu, terus berkembang seiring dengan peredaran zaman. . Saya bersetuju untuk tidak bersetuju terutamanya dari sudut perkembangan sosial masyarakat dengan memperbandingkan pada era 60-an dengan kanak-kanak zaman millennial ini terutamanya. Hal ini kerana, zaman dahulu dan zaman sekarang, bezanya pada keadaan suasana sekitar itu sendiri dalam mempengaruhi gaya hidup sosial masyarakat pada zaman itu dan hari ini. . Buku ini menyajikan anda dengan pelbagai anekdot kisah hidup penulis yang penuh dengan pengajaran yang diambil dan ia juga merupakan sekuel kepada buku Laki Aku Negro.
Buku terakhir yang dibaca dalam bulan Februari dan sempat dirembat semasa lalu di kawasan Pesta Buku Karangkraf, apakan tidak harganya cuma RM7.
Saya suka buku-buku sebegini yang berlatarbelakangkan kisah hidup seseorang tidak kiralah samada kisah kehidupan, kisah pengembaraan, travelog yang sempoi, tidak terlalu formal dan “real” sebegini. Tidak ada basa-basi.
Buku ini membawa kita merentas masa ke tahun 70-an semasa penulis masih kecil. Walau saya rasa dikategorikan di dalam “the 80’s kids”, tapi saya rasa tidak banyak beza.
Penulis berkongsi pelbagai kisah semasa penulis tinggal di kampung hidup dalam serba sederhana. Semangat kemasyarakatan dan kesepakatan yang susah untuk kita lihat di bandar masa ini, sangat kuat ketika itu lebih-lebih lagi semasa musim perayaan seperti Ramadhan, Hari Raya dan apabila ada kenduri kahwin. Semuanya diusahakan sendiri oleh penduduk kampung - daripada hiasan rumah, baju raya, lauk pauk dan kuih raya. Tidak perlu tukang jahit terkemuka, katering glamour, kuih raya bazar.
Saya paling suka apabila penulis berkongsi kisah kehidupan zaman kanak-kanak yang bebas riang bermain bersama kawan-kawan keliling kampung, bermain pelbagai permainan zaman kanak-kanak - konda kondi, baling selipar, batu seremban, congkak, main masak-masak, main perang-perang. Aduhai menggamit kenangan sungguh. Apatah lagi pada masa itu, rumah penulis masih belum punya bekalan elektrik apatah lagi televisyen mahupun gajet. Anak-anak cipta permainan sendiri.
Penulis juga menyelitkan refleksi dan perbandingannya tentang masa lalu dan zaman sekarang. Memang tidak dapat kita nafi, teknologi berkembang seiring pembangunan, namun ke manakah pergi dan hilang semangat terutamanya di kalangan orang Melayu sendiri yang sering dilihat berpecah-belah dan menghancurkan antara satu sama lain? Entahlah.
Buku ini benar-benar menggamit memori saya sendiri. Bila sudah masuk usia sebegini, dan melihat cara anak-anak sendiri membesar, memang selalu teringat dan terusik kenangan masa lalu. Paling terusik apabila penulis menggamit kenangan aktiviti melukis yang sudah pasti akan tercoret lukisan sawah padi, berlatarbelakangkan gunung-ganang, beserta sebuah rumah kampung di tepi sambil matahari memunculkan dirinya di antara gunung-ganang. . Baru saya sedar, terdapat lukisan yang serupa yang ada di rumah saya sekarang ini, betapa ia terkait memori zaman kanak-kanak saya sendiri. . Buku ini sesuai mereka yang ingin mengenang memori lalu zaman kanak-kanak membesar riang ria tanpa sebarang kerisauan apa-apa, apatah lagi kedudukan nombor peperiksaan di dalam kelas. . #FebruaryReads #FebruaryTBRs #justreaddontbawang #bookmehnia #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #bookish #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #fabulousfebruary #travelogbiaqpilah #drhayyabilal
Buku yang berjaya membawa pembacanya mengembara ke kehidupan kampung zaman 70-80 an. Hidup yang serba kekurangan namun dipenuhi warna-warni kehidupan. Gaya penyampaian yang bersahaja diselit dengan dialek Utara membuatkan jalan cerita mudah difahami dan diimaginasikan.
Aku mengimbau kenangan dulu-dulu sambil membaca buku ni. Walaupun aku tak setua Dr Hayya Bilal, tapi sempat juga merasa pengalaman zaman kanak-kanak 80-an.
Penulis menceritakan kisah kehidupan zaman 70-an, kami yang lahir pada 80-an sedikit sebanyak dapat membanyangkan dengan sempurna. Mungkin org yang hidup dibandar tidak merasai.
Pengalaman dan kisah yang dilalui dulu sebenarnya menjadikan kita pada hari ni.. apa yang kita corakkan hari ini ......
Untuk buku kali ni menyelusuri kehidupan seorang anak kampung yang penuh dgn liku2 pancaroba. Terasa mcm experience jungle tracking bg kita yg duduk bandar tp bg mereka yg duduk kg dah biasa sgt.
Penceritaan dlm buku ni seolah2 pembaca yg sedang jd seperti beliau. Keseronokkan zaman kanak-kanak serta kesabaran apabila mula meningkat remaja.
Buku ni sesuai sgt untuk mereka yang nak imbau kenangan balik kampung atau membesar di kampung. Juga yang ingin memahami mcm mana zaman dulu2 tanpa segala kemudahan asas. Sama sungguh mcm yang mak cerita waktu mak muda dahulu walaupun mak tiada phd.
Tapi apa yg kekurangan sikit dalam buku ni penggunaan bahasa yg tidak sepatutnya seperti 'menyembah' pokok getah pada awal pagi. Mungkin itu adalah bahasa kedah yg sy tak fahami.
Ader juga berbau tinggi diri kerana penulis merasakan dirinya sudah lebih berjaya dr rakan sebaya. Mungkin kerana desakan hidup atau diri terasa dipinggirkan sewaktu awal dahulu menjadikan penulis terasa begitu.
Ini buku ke3 yg sy baca dari penulis wanita. Masih terasa bawang tapi dgn kadar sedikit😊 mungkin wanita tetap wanita, biarpun mempunyai phd tp masih tetap wanita.
Cuba nak baca buku yang bergenre travelog dan jumpa buku ni dekat PBAKL22. Buku yang agak santai dan seronok untuk dibaca. Tapi disebabkan font yang ditaip rapat2, antara barisan, tak enak mata hendak membacanya.
Banyak pengalaman kita boleh lihat, perbezaan orang dulu2 dan orang (budak2 lebih2 lagi) sekarang. Juga banyak pengajaran boleh diambil. Dan ada sedikit terhibur juga. Huhu.
Cuma ada yang kurang berkenan juga bila terlalu menceritakan aib orang lain walaupun tak tahu siapa dia. Contohnya, dalam bab "Jiran Yang Aneh"..
Apapun, buku ni sangat menarik dan tahniah kepada penulisnya. Buku pertamanya belum baca lagi. Tertarik juga nak tahu tulisan buku pertama macam mana. huhu.
Dan paling suka bahagian akhir buku ni, bilamana penulis selitkan tulisannya yang berkaitan kisah dan analisisnya mengenai keadaan sosial masyarakat Melayu. Best baca. Hihi.
Kisah semasa beliau masih kecil ditulis secara terperinci dan teliti. Penulis berjaya membuatkan seolah kita bersama beliau semasa zamannya di Pulau Pinang.