“Wei!” Linda sahabat baik panggil aku di tempat ketibaan.
“Sorrylah. Aku tak tahu handphone aku cicir kat mana.”
“Memanglah. Aku telefon, mamat yang jawab. Dia cakap kau tertinggal handphone kat tempat duduk kau.”
“Allah.” Aku pegang dahi. Rasanya sebab tu kut lelaki sebelah aku panggil aku. Salah dia jugaklah. Yang panggil aku sayang tu kenapa? Panggil saudari saja tak boleh ke? Kalau dia panggil aku kakak pun aku takkan marah punya. Ini siap panggil sayang. Dia ingat aku apa?
Aku jumpa dia kali pertama di dalam pesawat dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Tak sangka duduk sebelah dia dan dikelilingi kawan-kawan dia. Ada seorang kawan dia suruh aku berhati-hati dengan dia sebab dia dikatakan mat romeo.
Masa pesawat sudah mendarat, kelam-kabut aku tinggalkan tempat dudukku. Si mat romeo bukan main panggil aku.
“Sayang…” Gatal!
Semakin laju aku melangkah. Tak toleh-toleh lagi. Kalau toleh, sah aku pulak yang dia tuduh gatal.
“Sayang, tunggulah. Awak tertinggal ni…” Aku jeling tajam.
“Awak tertinggal hati saya!” Kurang ajar. Dia main-mainkan aku rupanya. Habis aku kena gelak dengan kawan-kawan dia.
Aku tak tunggu lagi dan baru aku tersedar telefon bimbitku tiada bersamaku. Rasanya kisah aku dengan lelaki tu bakal menjadi panjang.
Teya, ditinggalkan suami selepas kecurangan Zafran bersama Dhiana, kawan sekerjanya terbongkar. Kecewa, Teya membawa diri ke Kundasang. Dalam pesawat dia mengenali Nik Adri, peguam dan duda. Sejak itu, hubungan mereka semakin rapat dan sejarah silam merapatkan lagi hubungan mereka. Namun, gangguan Zafran yang gila talak dan Dhiana yang tak henti-henti memfitnah menyukarkan hidup Teya. Kawan-kawan Nik tidak terkecuali menambah perisa. Nasib baik Hajah Sauwiyah, bekas ibu mertuanya, Kak Kay, kak Zafran dan Linda kawan baiknya sentiasa menyokong.
Baca ni, teringat buku TKP yang combo curang tak silap tu... Ex laki gila talak, cerai sebab ex gf datang balik. Tak ingat tajuk. tak jauh beza pun cerita, yang lainnya sebab tambah pegi bercuti dekat Sopporo, dan tambah sikit konflik Nik dan kawan-kawan dia.
tapi, tetap bacaan santai dan ada part tergelak2 jugak la baca. Geram betul dengan Dhiana n kawan2 Nik especially Erin yang terhegeh nak kat Nik ni tapi tak layan. Nasib baik la Nik ni tegas jugak orangnya. Zafran lagi la, tak guna punya jantan. Suka dengan kawan2 Teya, Linda ngan Nazri si pakcik bawang kat opis tu.. semua nak korek rahsia kan.. selalu Dhiana dan team pun kalah ngan mulut Nazri ni.
Rasa cam recycle bace je.. just yang best memang banyak la tempat2 menarik kat jepun tu yang digambarkan. Rasa nak g jepun je next year!
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
N rasa the title is a little bit misleading. N ingatkan sebahagian besar cerita ini will be taking place dekat Jepun, but that wasn't the case. But it's ok, hal kecil jer.
As expected and as is the case with most of novel Marissa, LDTN adalah bahan bacaan yang santai. Walaupun ada beberapa manusia durjana yang menyusahkan, in terms of conflict, it wasn't that heavy.
Was it a fun read? It was okay tapi selepas baca Nak Ajak Jumpa Abah and Sayang Mengapa Tak Merindu back to back, N rasa macam sama jer semuanya.
1. Tak tahu apa significance tajuk tu to the whole book. At first I thought maybe cerita ni berlatarbelakangkan Negara Jepun dan Taman Nakajima tu played a very big influence to the main characters. But actually no. Just lamaran masa pergi melancong ke Sapporo. Taman tu just conveniently located near their hotel. Just jalan2 kejap before moving to their next destination. And masa tu nama taman pun tak bagitau.
2. Banyak betul pengacau dalam hubungan Teya- Nik ni. Haishh penat betul nak hadap. At least Zhafran dan Dhinah ada juga perubahan at the end, tapi takkan la dalam ramai-ramai kawan Nik tu tak der sorang pun yang berfikiran panjang sikit? Umur dah banyak pun masih perangai macam bbnu.*geleng kepala*
3. Light reading so please don’t expect much. Kalau dah biasa dengan tulisan Marissa then you would know how.
Alahaiii... best nyer buku ni. Langsung tak rasa stres masa baca. Dr awal sampai akhir laa aku duk senyum-senyum dengan perangai si mat romeo tu. Siapa lg kalau bkn Nik. Selamba dia saja panggil Teya 'sayang'!
Teya dan Nik memang sgt sepadan. Dua-dua jenis cool gila kot! Tak tergugat langsung dgn anasir-anasir buruk di sekeliling mereka, dan Teya relaks jer tepis fitnah-fitnah bodoh yang disebarkan Dhinah di tempat kerja. Disbbkan perangai Teya yg cool tu, aku enjoy layan buku ni. Takde langsung scene yg buat aku rasa bosan atau sakit hati.
Watak-watak sampingan pun sgt membantu mencantikkan lg jln cerita. Terutamanya watak mak Zafran dan Kak Kay tu laa. Perghh, punyalah beruntung Teya ada bekas mentua baik mcm tu. Selalu ada utk Teya dan bela Teya.
Dan watak yg nampak sgt bodohnya dlm citer ni semestinya Zafran dan Dhinah. Malas nk hurai panjang-panjang pasal 2 org ni, sila baca sendiri. :)
Overall, citer ni light conflict jer. Buku pun nipis. Jd memang tak rasa meleret langsung jln ceritanya, rasa tak cukup ada laa sbb nipis sgt! :(
satu yang amat pasti, puan penulis Sarah Marissa ni bukan seorang yang kedekut. tak kedekut kisah cinta, tak kedekut kisah keluarga dan paling penting tak kedekut pengalamannya. setiap kali puan penulis ke mana-mana, akan ada saja langkah perjalanannya dalam karya. kali ini, ke jepun kita main salji.
teya, dihina suami sendiri. dihina oleh zafran kononnya hidup bersama teya tidak bahagia. dihina mandul sebab berkahwin cecah tiga tahun tapi belum terima zuriat. suami apakah ini? tambah burukkan keadaan, dhinah kawan seofis yang menjadi orang ketiga dalam perhubungan mereka. ada saja fitnah yang ditabur. zafran pula dah serupa lelaki yang tak punya maruah, disuruh teya yang minta cerai walhal dia sedap-sedap melayan cinta yang konon bahagia dengan dhinah. suami tak sedar diri!
nik adri, watak yang muncul di awal kisah. mulanya hanya sekadar seorang lelaki yang bantu simpankan telefon teya yang tercicir dalam kapal terbang. tapi seterus dan seterusnya menjadi tempat teya bercerita, mengeluarkan rasa bahagia dan punya sahabat yang boleh berkongsi kisah apatah lagi nik juga seorang duda.
pergerakan cerita, olahan, konflik yang ditimbulkan buat pembaca sama rasa setiap graf emosi turun naik. bila teya sering difitnah dan dicerca oleh sahabat ofis, bila teya terpaksa berhadapan dengan sikap zafran dan dhinah yang menggila. aduhai... nasib baik punya bekas mak mertua dan bekas kakak ipar yang sangat baik. manusia macam ni sememangnya wujud. kisah politik pejabat yang dikisahkan pula, memang sangat betul. ada saja yang bersikap seperti mira, aaliyah dan dhinah. kaki bodek, makan gaji buta dan ambil kesempatan.
apa lagi yang teya hendak tunggu? nik ada depan mata. bak kata kak kay, jangan persiakan lelaki sebaik nik. tambah lagi satu kisah yang sangat menarik dipaparkan dalam karya puan penulis kali ini. kisah sahabat. sahabat baik mampu mendorong seseorang itu jadi baik. kalau sebaliknya? nik adri, digambarkan sebelumnya adalah seorang lelaki yang lebih mementingkan sahabat dari rumahtangga sehinggakan dia dan puan hilda bercerai. dapat sahabat yang hanya mahu hidup bebas dan berseronok dan tak mahu fikirkan tanggungjawab. bahaya, kan? overall sebuah naskah yang tak rugi dibeli, sedap dibaca dan penuh pengajaran di dalamnya...
buku ni mengingatkan aku pada Teduhan Kasih tapi dalam versi yg berbeza.
Teya yg bercerai selepas suami kena sailang dengan kawan sendiri. aku suka dengan watak Teya sebab jenis yg rileks je tapi sekali meletup mahu bernanah juga telinga orang yg kena sound tu. Nik pula si mat romeo dengan ayat manis yg padu, siapa tak cair wei.
suka dengan mak mentua dan kakak ipar Teya, sangat supportive dengan Teya walaupun yg buat onar darah daging sendiri tapi memang tak nak kompromi.
yg tak paham perangai kawan Nik, asyik nak enjoy je dan tak suka tengok member sendiri bahagia tu apehal?
overall, kisah yg menarik cuma tak puas hati dengan ending macam 'eh, dah habis??' habis macam tu je?? try la belek-belek belakang kot buku ni hilang bab epilog ke tapi pasrah je la dengan perkataan tamat.
Anda stress? Carilah novel penulis Marissa. Tahap stress anda mungkin berkurang sedikit. Gitu macam promosi ubat. Kalau bercakap pasal novel Marissa, jalan ceritanya ringkas. Ringkas, namun padat dengan nilai kekeluargaan, kemasyarakatan dan kasih sayang. Kalau menulis pasal kisah keluarga, saya kira Marissa menulisnya dengan berkesan.
Perjalanan cerita antara Teya dan Nik sangat menghiburkan. Sebenarnya cerita antara mereka berdua biasa saja, tapi cerita mereka melibatkan watak-watak sampingan menjadikan cerita ini punya warna sendiri. Kisah lawan mulut antara Dhinah dan Teya paling mencuit hati. Masing-masing mulut makcik bawang betul.
Keseluruhannya, novel Lamaran di Taman Nakajima bagi saya okay sahaja. Cumanya, bila babak antara Dhinah dan Teya seperti berulang sahaja menjadikan pembacaan agak terganggu. Kalau gaduh pun balik-balik hal Zafran saja. Apa-apapun novel ini mampu membuatkan kita ketawa. Tahniah Marissa!
Lama F tak baca karya dari penulis Marissa. Ada je penulis keluarkan ebook uner Nueen tapi tak puaslah sebab sedikit je pages.
F suka watak Teya yang kuat. Eventhou hati dia hancur tapi dia cepat bangkit. Dah orang taknak, kenapa nak terhegeh² kan.
Perkenalan dia dengan Nik pun secara kebetulan sebab Teya tertinggal telefon masa dalam flight.
Selepas bercerai, Zafran seakan² gila talak. Dhinah pulak dok salahkan Teya. Padahal Teya tak pernah kacau pun Zafran.
Mak zafran, Hajah Sauwiyah dan Kak Kay lebihkan Teya dari Dhinah.. yelah sebab Teya pandai ambil hati. Dhinah pulak terang² tunjuk tak suka. Camne orang tua tu nak lembut hati.
Teya pun tak sorok dari bekas mentua tentang Nik. Terus Nik jadi anak angkat Hajah Sauwiyah.
Kisah Nik pulak.. dia duda.. isteri beralih kasih. Punca sebab Nik lebihkan kawan²nya. Kawan² yang dah berumur 30+an tapi masih nak enjoy. So Nik nak berubah tapi kawan² dia ada sikap busuk hati.
Cerita ni smooth je.. rasa cam uols baca kisah masyarakat.
Best!!Cerita yang ringan,santai dan juga lawak.Tak stress pun baca ni,serius.Kalau baca mesti akan tersenyum aje dengan perangai romeo Nik ni..
Aku suka dengan Teya ni.Even kena fitnah dan kena kutuk pun masih lagi boleh bersabar dan berbuat baik dkt orang yg fitnah tu,macam tak terkesan langsung.Dia punya aura positif tu mmg pergh👍.Untung jadi Teya ni,walaupun dah bercerai dgn suami dia tpi bekas mak mertua dan kakak ipar masih lagi baik dan rapat dgn dia,siap sokong dia lagi.Zafran mmg bodoh sbb lepaskan Teya.
Nik pulak mamat romeo,dia dengan selamba aje panggil Teya tu 'sayang'😂.Aku pulak yang cair.Nik ni ditinggalkan bini dia sebab bini dia rasa terabai slps kahwin dgn dia sebab Nik ni asyik lepak dengan kawan2 aje..Nik pun dah menyesal dn selepas kahwin dgn Teya dia buat keputusan untuk tinggalkan kawan dia dan meluangkan lagi banyak masa dengan Teya,padahal bukan sng nak tinggalkan kawan2.fuhh,tabik dekat Nik ni.
Sesiapa yg punya niat nak baca,cubalah.Tak rugi pun sbb byk pengajaran dalam buku ni. :)
Kisah hubungan suami isteri yang putus akibat gangguan orang ketiga dan juga kawan-kawan yang tak percayakan perkahwinan.. Umur dah tua pun masih nak enjoy.. Melalui novel ini, ada pengajaran yang ini disampaikan penulis.. Hubungan menantu dan mertua yang tak akan terputus walaupun pasangan bercerai.. Hubungan suami isteri yang hancur retak bila tersalah pilih kawan.. Memang menarik..
Reading Marissa books has always been a breeze for me... Dari dulu hingga kini, her writing has always been sepoi2 bahasa... know2 finish already. . Tapi kali ni langau dia besau2... like kalau dapat bedok sekor2 dgn pukul lalat tu rasa cam heaven sangat... . Ex MIL n Ex SIL.... TERBAEKKKK.... . Selebihnya... No complaint. . Light reading.... Recommended utk sapa2 yg tgh serabuts tu tapi rasa bersalah sebab dah lama tak pegang buku walaupun buku bersusun cam Tembok Besar China.... Itu saya kata saya. Sekian.
Perkahwinan antara Ateya (Teya) dengan Zafran gagal kerana Mardhinnah (Dhinnah), rakan sekerja Teya. Perkahwinan Nik Adri dengan bekas isterinya juga tewas kerana sifatnya yang suka berfoya-foya dengan teman-temannya. Mereka bertekad untuk tidak melakukan kesilapan masa lalu lagi. Mereka mahu membina rumahtangga yang bahagia. Nik mula mendekati Teya. Mereka rasa serasi bersama dan mereka dapat restu bekas ibu mertua dan bekas kakak ipar Teya. Kedua orang tua Teya juga sama. Zafran mula cemburu. Dhinnah pula tak kerap buat fitnah. Teman-teman Nik juga bagai tidak suka Nik memilih Teya. Tetapi Teya dan Nik bertekad mahu berjaya dalam rumahtangga mereka kali ini. Bolehkah mereka bertahan? Akan bahagiakah mereka nanti?
Konflik suami isteri yang bercerai kerana orang ketiga dan juga kawan-kawan. Jumpa pula dengan Nik, awalnya dilabel mat romeo siap dipanggil sayang sejak awal pertemuan. Banyak pengajaran boleh diambil terutama dalam hubungan sesama suami isteri. Memahami erti tanggungjawab dan galas sebaiknya. Juga hubungan bekas menantu dan mertua yang takkan mati. Sehingga ke sudah dianggap Teya sebagai anak mereka walaupun sudah bercerai. Bahasa santai dan konflik tidaklah berat tapi penuh pengajaran. Tahniah buat penulis.
Holla...I'm back. Hahaha...ni sebenarnya review untuk buku yang dah lama baca. Awal Ogos kot. Entahlah, aku sendiri pun dah lupa sebenarnya yang aku dah baca buku ni. .
Okay, ni sebenarnya novel pertama Marissa yang kubaca. Tapi, novel Nueen, aku dah baca banyak la jugak. So, sebenarnya, gaya penulisannya sama je. Takde beza pun. .
Teya jumpa ngan Nik masa dalam flight dari Sabah ke KL. Teya tertinggal phone, so, Nik la yang tolong simpan. So, bermula dari situ, dorang makin rapat. .
Teya ni sebenarnya masih isteri Zafran. Tapi boleh dikatakan dalam proses cerai la, sebab Zafran ni curang ngan officemate Teya sendiri. Zafran pula duda, sebab ditinggalkan isterinya yang rasa terabai bila Nik selalu lebihkan kawan-kawannya. .
So, bagi aku, kalau selalu baca novel Nueen, memang begitulah jalan cerita dan gaya penceritaannya. Watak heroinnya yang kuat semangat, sampaikan watak Nik ni tenggelam dalam ni. .
Tapi, yang ku rasa special tentang buku ni ialah, sebab Nik bercerai dengan bekas isterinya. Pengaruh kawan-kawan yang tak sukakan komitmen. So, bila Nik dah kahwin, tiap-tiap masa duk ajak Nik lepak luar hingga abaikan isterinya kat rumah. So, itulah penyesalan utama Nik yang dia cuba untuk perbaiki dalam rumah tangganya sekarang.
Pada aku cerita biasa2 je. Cerita santai2. Sehari boleh habis baca. Cerita duda dan dara. Cerita org2 yang tak percaya pada perkahwinan. Nasib baik watak Erin xde la extreme sangat. Kalo tak, haru.
I have stars in my eyes.... I love both Teya and Nik Adri. And I have to say I am amazed how the author described Nik. I mean, I am from Terengganu, and I really doubt men from my state could be that romantic? Hahahhaha... well maybe because the good ones are all taken! Anyway, this book deserves5 stars but I decided to give 4.5 because I really feel like I would like to know more about what happened to the baby. And maybe to know if her ex husband had a baby or not?
Best amat!!!! Sweet!! Kelakar…banyak pengajaran!!! Love sgt2…wajib beli or baca!!! Suka dgn mak and kak ipar die yg sporting habis and jg sgt2 heroin..sbb xde salahnye… and how sweet that duda…aishhh…best la..baca baru tau..hahahaa
Pernah tak baca buku yang tak ada kena mengena dengan tajuk dan sinopsis yang diberi? . Tajuk : Lamaran di Taman Nakajima Penulis : Marissa Rating : 3/5 . Pada awalnya, saya memilih buku ni sebab tajuknya seperti cerita cinta di Jepun dan saya pun berharap akan menyukai buku ni seperti mana saya suka akan novel Salju Kyoto yang juga settingnya di Jepun. Namun, setelah membaca buku ini, saya dapati bahawa tajuk buku ini sama sekali tidak seperti apa yang saya nantikan dan ianya membuatkan saya rasa agak tertipu 🤣 tetapi saya teruskan juga membaca kerana ada selitan nasihat dan teladan yang baik dalam novel ini. Jadi, saya rasa perlulah saya cerita serba sedikit supaya sesiapa yang mahu membeli atau membaca novel ini dapat sedikit idea tentang apa cerita novel ini sebenarnya. . Teya, merupakan seorang isteri yang sedang mengalami masalah rumahtangga disebabkan hadirnya oang ketiga dalam perkahwinannya. Awal² lagi memang dah masuk pasal masalah rumahtangga. Jadi, novel ini menceritakan tentang perjalanan hidup Teya dalam mengharungi dugaan dan 'heartbreak' akibat perbuatan suaminya. Sehinggalah tiba seorang jejaka 'Mat Romeo' datang untuk memikat Teya. Sampai sini sahaja yang saya boleh cerita hehe.. . Banyak momen² savage dalam novel ini, tapi saya akan terkilan dengan watak Teya. Mungkin saya sahaja yang rasa macamni, saya mula rasa tidak gemar dengan Teya apabila saya sudah baca separuh novel ini. Ada beberapa perkara yang Teya lakukan dimana saya sangat tidak setuju dengan sikapnya. Ya, dia dianiaya tetapi bukankah kita sepatutnya tidak menjadi seperti yang memperlakukan kita jahat? Untuk mempertahankan diri itu saya tidak kisah tetapi kadang² Teya juga agak melampau dengan mulutnya. Seperi dia sahaja yang baik, tetai bila dia buka mulut untuk menyakitkan hati orang lain, sedap je dia bersuara tanpa berfikir dulu. Memang senang untuk tunjuk kesalahan orang tapi ila Teya sendiri yang buat salah, tidak pula dia meminta maaf. Batas pergaulan pun tidak dijaga semasa belum berkahwin, tetapi boleh berbicara seperti ustazah apabila orang lain berbuat dosa depannya. Bukan mahu mengutuk atau mencaci, tetapi saya rasa tidak selesa dengan perangai Teya yang berubah menjadi seperti agak hipokrit. Ya, dia seorang yang baik, tetapi dia juga menjadi orang yang sama seperti perempuan yang curang dengan suaminya.
And then, ending cerita ni buat saya sangat terkilan. Tau tau je dah tamat?? Like seriously? Kenapa macam tergantunf je cerita ni? Mungkin sebab dah bagi prolog masa mula² baca novel ni, jadi ending dia macam tergantung sebab dah bagi epilog dekat prologue novel ni. So, memang tak rasa apa apa surprise lah sebab dah tau sapa kawin dengan sapa dari page pertama lagi. Ending buku ni mmg abrupt gila. Tak tah lah kenapa dibuat begitu. Saya macam nak baling je buku ni lepas habis baca sebab saya rasa macam 'apa yang aku baca ni???'
Namun, ini hanya pandangan saya sahaja. So far, buky ni okay je, tapi banyak jugak benda yang saya tak suka dalam buku ni yang saya rasa boleh ditambahbaik. Sekian.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ini buku pertama yang saya baca daripada Marissa. Jujurnya, saya tertarik dengan novel ini sebab cover depan buku yang menarik;tempat di Jepun dan tajuknya sendiri. Pada mulanya, saya ingatkan kisah ini berlatarbelakangkan Jepun.
Apa yang saya suka dari novel ini ialah gaya bahasa penulis yang sempoi dan santai. Kebanyakan ayat digarap macam perbualan harian kita, jadi rilek-rilek sahaja membaca. Selain itu, watak utama perempuan yang ditonjolkan juga tak lemah;berani stand up for herself dan ada pendirian. Selain itu, ada juga diselitkan tentang info-info menarik di Jepun, secara tak langsung pembaca boleh engage dengan situasi yang diceritakan walaupun di negara berbeza.
Cumanya, bagi saya novel ini tak ada daya penarik yang kuat.
- Pembaca tak dapat explore dengan lebih lagi tentang watak Teya dan Nik kerana boleh dikatakan plot cerita ini majoritinya cuma tentang konflik Teya-Dhinah-Zafran. Watak Teya dan Nik cuma digambarkan dengan begitu rough, sebagai pembaca saya tak dapat menyelami jiwa kedua-dua watak itu.
-Susunan plot yang masih kurang kemas.Saya kadangkala pening dengan konflik Teya-Dhinah-Zafran sebab ketiga-tiga ini asyik bertengkar sahaja. Kadang-kadang tu dah lebih daripada separuh novel pun masih ada adegan mereka bergaduh. Modal pergaduhan pun sama sahaja, memang rasa meleret-leret. Akhir-akhir tu ada lah juga tambahan konflik baharu dengan Erin pula.
Cumanya, bagi saya unik sedikit ending novel ini. Tambahan lagi, saya boleh puji usaha penulis yang cuba selitkan banyak pengajaran yang kita ambil. Salah satunya ialah jika kita sudah berkeluarga atau mempunyai komitmen, kita patut melebihkan masa dengan keluarga berbanding kawan.Selain itu, saya puji karakter Kay dan Hajah Sauwiyah sebab mereka adil dan tak berpihak kepada anak/adik mereka.
Sebenarnya beli novel pun sebab suka sangat dengan novel Kalau Hati Dah Sayang by cik writer ni. Tapi bila baca novel ni rasa macam eh penulis sama ke? Novelis sama ke? Kenapa lain sangat penulisan novel ni dengan novel sulong tu. Frankly speaking I’m disappointed.
Novel KHDS seriously dia punya lawak tu natural, suka baca watak perempuan yg agak kelam-kabut dan dengan dia punya monolog kelakar tu. Scene pun banyak yg varities.
Tapi novel ni, rasa macam baca buku motivasi pulak. Alahai apasal lah banyak sgt nasihat ni? Daripada nak santai baca terus rasa macam alamak bosannya nasihat again? Dalam novel ni I rasa macam cerita dia revolves around 3 scenes sahaja, scene dia macam terhad, tak berkembang. 1st, asyik2 scene kena serang dengan Dhinah and salah faham si Zafran tu. 2nd, bekas mak mertua and kak ipar dia support bekas menantu tapi anak sendiri memang kecam kaw2. 3rd, Nik yg macam alahai sopannya tapi tak nampak bersungguh mana except time nak pegi Soporro tu. Like rasa macam sepanjang pembacaan benda repeatedly je, sebab dah beli kan so gagahkan juga lah cuba baca sampai habis.
Lagi satu, tak berapa berkenan bila watak perempuan pun kemain celopar sebut bodoh selamba badak je. Tahu tu mungkin watak yg cuba writer tunjukkan tapi tak berkenan watak mulut mencarut ni. Mungkin cik writer kena baca balik novel 1st, and you akan nampak betapa santai and sempoi sahaja pembacaan novel tu walaupun belakang2 part lepas dorang kawin, Adridz mulut takde insurans agak kureng tp pahammm dah orang kacau bini dia, layaklah dia melenting
Pertama kali baca tajuk, ingatkan kisah dorang bermula kat Taman Nakajima. Rupanya, Nik melamar Teya kat Taman Nakajima. Walaupun tajuk tak berapa ada kena mengena, tapi okay je. Cover pun lawa.
Sangat kagum dengan Teya, sebab suami curang pun boleh lagi relaks, tenang. Dah lah satu pejabat dengan skandal suami dia. Dah tu Teya siap difitnah oleh skandal suami dia, Dhinah. Kononnya Teya lah punca suaminya curang. Lmao. Dhinah and the gang ni menyakitkan hati betul. Tak tahulah macam mana Teya ni sabar gila hadap dorang bertiga dalam pejabat hari-hari.
Dhinah ni pula jahat gila. Dah lah rampas suami orang, pastu rasa diri dia tu paling betul. Tak cukup tu, siap fitnah Teya lagi. Part Dhinah and the gang buat fitnah memang menguji kesabaran ya. Rasa nak tampar je Dhinah ni.
Nik pula, baik. Walaupun ada kisah silam sendiri, tapi dia dah berubah. And, kawan-kawan Nik sangat annoying. Macam takde life je. Paling tak boleh, langsung tak nak tengok kawan baik sendiri bahagia. Kalau betul-betul kawan baik, dorang akan hormat keputusan Nik. Ni tidak. Siap cakap Teya lah yang menghasut Nik supaya tak spend time dengan dorang lagi. Tak sangka, wujud juga orang begini.
Overall, cerita ni best. Santai je. Tapi Dhinah and the gang & kawan-kawan Nik memang menguji kesabaran. Sakit hati baca. Nasib baik Nik dan Teya jenis penyabar dan tak mudah mengaku kalah.
Novel yang ringan dan santai sesuai la nak isi masa lapang.
Si suami jatuh cinta pada perempuan lain, curang dan mahu berpisah dengan beralasan kerana si isteri " tidak boleh mengandung" kalau tidak mahu berpisah,, Siapalah nak diduakan? akhirnya mereka berpisah dan si pecinta hati baru si suami a.k.a rakan sekerjanya a.k.a Dhia sangat tak tahu diri dan suka bergosip, menfitnah Teya.
Kisah tentang percintaan si duda, Nik dan si janda, Teya - dimana ia sangat wholesome ya. Mereka jumpa di dalam pesawat dan seterusnya, mereka selalu terserempak diantara satu sama lain dan timbul rasa cinta.
- Kawan Nik sangat annoying ya. Tak matang langsung even though umur diorng dh 30+. Nak bgi kawan sendiri bahagia dengan family baru pun tak chill. Mende ah
- taklah banyak sngt berlaku dalam novel ni which is bagus sbb direct to the point.
- The tittle agak mislead la, aku ingatkan diorang ceritakan percintaan diorng kt Taman nakajima ke apa rupanya part diorng kt situ just satu scene 😂 tapi tkpelah
-Realistic, mature and lovely love story. Ada banyak moral values which is pretty worth to read!
-Just okay. Not too much happening. Idk, but i don't like the ending- maybe too rush (?) Tapi okeylah.
4⭐ for this! I would say, for me, agak kelakar la dialogues between the characters. The issues arise pula memang sangat familiar la dalam marriage, which is on "penyondol", and pasal lelaki yang suka sangat spend time dgn kawan-kawan sampai bini terabai di rumah. Banyak lagi actually, tanggungjawab suami (nafkah, kasih sayang), tanggungjawab isteri (hormat suami etc). But, yg aku tak suka is when the author included lawak-lawak dalam bilik tidur which is bagi aku unnecessary kot sebab tak proper. And pasal Nik-Teya bercuti sama-sama ke Jepun dgn ex mentua and ex kak ipaq Teya. Satu tak logik, satu lagi mcm tak manis la budak-budak muda baca, tak kahwin lagi dah berjalan jauh-jauh. But, banyak sangat pengajaran yang boleh dikutip dan dijadikan pedoman, hence the 4 stars. Sekian, my two cents!
Hahah.. Sy pun tersalah faham dgn tajuk ni. Ngatkn background cerita tu ada la jepun2. Tu yg grab buku ni. Buka ja page 1, silap dah tempoh penerbangan dr kk ke kl. Bukan 1jam setengah, tp 2 jam 30min tau. 😅. Bila nik ni memanggil Teya dgn panggilan 'sayang' wpun x kenal lg, sy bygkan nik ni seorang nakal dan sosial. Pastu yg bikin panas tu, dhinaa.. Alahai budu jg dia ni. 😂. Tp hubungan teya dgn bekas mentua tu mmg sgt rapat, sehinggakan bole brcuti sama2, and parents teya sikit ja watak. Hmm.. Bila sampai saporro, sy dah dpt agak da ending cmana sb jawapan kat tajuk tu 😂. Kwn2 nik tu cacing la.. Tp sampai ending xde perubahan, pisah cmtu buat haluan masing2. X move on utk jd kwn yg levih positif. Watak teya ok, hati mental tahan koyak. Pembacaan yg santai 3jam habis da baca.
Buku ni bukan romance, tapi opposite to romance. Nak tunggu dia kahwin hujung-hujung baru kahwin.
Banyak betul drama buku ni. Bekas suami (Zafran) yang curang dengan kawan MC (Teya) sendiri. Lepas tu suka kacau bilaukan hidup orang.
Sebab cerita ni banyak berkisarkan kepada drama bekas suami dan isteri barunya, isu kawan-kawan Nik cuma disentuh sikit je.
Pengakhiran konflik dengan kawan-kawan Nik kurang memuaskan. Takkan sampai situ je? Lepas tu apa jadi pada Erin?
Drama dia sedap, tapi penyelesaian konflik samar-samar. Tapi flow cerita ni okay. In fact, sebab buku ni tak tebal sangat, lamaran Nik pun kira awal lagi dalam perhubungan ni. Sekurang-kurangnya jumpa la momen yang kena dengan tajuk. Mula-mula tak jumpa apa kaitan dengan Taman Nakajima 😂
This entire review has been hidden because of spoilers.
Based on synopsis je, at first rasa macam tak nak baca. I thought its gonna be kinda cliche storyline. Tapi writer menyentuh about husband and wife relationships, abt family relations. And abt the 2 lovebirds that trying to overcome the past and make their new relationships works. Abt how the girl lose trust in men and the effort of the guy to acknowledge his past mistake and own it. That he tries to convince the girl of his honesty. I love this book ❤️ of course part the tramp and the jerk tu, hahahah memang menyampah yang sungguh2. I really love the love of Hajah Sauwiyah and Kak Kay. Every women's dream, i guess to have these kind of people in their marital life.
Bru dapat habiskan lagi separuh pembacaan setelah sekian lama ditinggalkan,thanks to mco i guess..boleh dikatakan hampir semua watak bermulut puaka termasuklah watak utama perempuan. Alangkah bagus kalo diperbanyakkan lagi adegan lucu di jepun waktu Nik cuba melamar si janda,malangnya penulis lebih suka fokus kpd sifat2 negatif pd hampir stiap watak yg ada,mcm tak logik kawan2 nik yg digambarkan berumur tp cr percakapan seperti BBNU,tiada kematangan lgsg.overall,tiada yg istimewa dgn hasil tulisan marrisa kali ini.
I am so in love with this book and this writer... Baca kat wattpad then terus beli kat PBAKL2018. Satu hari abis sebab mmg dah rasa tak boleh nak buat apa kalau stop. Kisah ketabahan seorang perempuan yang ditinggalkan suami.. tapi dapat kak ipar n mak mertua yang sangat2 baik.. Paling tak boleh blah, perempuan yang merampas adalah ember satu ofis. Dia dah move on tapi ex dan perampa pulak meroyan..hahaha
Best baca novel nie..tak banyak sangat konflik.. Geram ngan ngan Dhinah kawan sepejabat yg merampas suami Teya. Rasa tak bersalah laa plak dia nie.. bergabung plak ngan 2 orang kawan yang sama jerk perangai.
Suka ngan bekas mak mertua ngan kak ipar yang very the cool sebab sebelahkan bekas menantu dari anak sendiri..
Nik yang duda kawin plak ngan Teya yang janda.. sesuai sgt.. Nak tau lagi korang baca laa..