Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perempuan Paling Sunyi

Rate this book
Kalau tuhan itu ada, bawa dia ke makmal. Kita perhatikan dan rekod segala tingkah laku!

Nah! Bagaimana seorang muslim hari mendepani cabaran untuk meyakinkan manusia yang tidak mempercayai Tuhan itu ada. Perempuan Paling Sunyi mempunyai dialogik yang mampu meyakinkan sesiapa sahaja bahawa Tuhan itu Pencipta segala-galanya.

Cerpen-cerpen ini menayangkan seni menjalin cerita yang tinggi ini memanfaatkan sebab-akibat penceritaan sehingga kita dapat menikmatinya sebagai suatu hidangan kesusasteraan yang memberikan kesedapan. Namun kemahirannya dalam menggubah cerita yang menimbulkan kesedapan dan hiburan, tidak berakhir di situ. Sebaliknya, semua itu dimanfaatkan untuk menyatakan sesuatu yang lebih tinggi yakni menghidangkan suatu perbincangan istimewa seperti persoalan asasi kehidupan yang penting dan sejagat. Penceritaan yang keluar dari melodrama ini tampil menjadi salah satu mohor kesusasteraan dan peradaban dalam sifatnya yang universal.

139 pages, Paperback

First published April 1, 2018

2 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Rebecca Ilham

16 books155 followers
A Malaysian short-story writer and novelist, Rebecca also writes literary essays and travel articles. A bilingual, she translates to/from Malay and English, and is currently learning Korean with an interest in East Asian literature.

Rebecca graduated from the National University of Malaysia with a Master of Art in Malay Letters and a Bachelor of Science (Petroleum Engineering) from Colorado School of Mines, USA.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (15%)
4 stars
23 (52%)
3 stars
14 (31%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
May 16, 2018
Koleksi cerpen yang berat gaya tulisannya. Namun begitu, mesej jelas dan dalam setiap cerpen terdapat unsur integriti. Satu perkara yang saya kurang senang ialah terdapat tema yang berulang-ulang dalam kumpulan cerpen, menyebabkan saya sedikit bosan. Barangkali perlu disusun atur semula agar cerpen yang temanya hampir sama tidak disusun sebelah-menyebelah, atau digugurkan dan diganti dengan cerpen bertema lain. Disebabkan semua cerpen 'berat', saya mencadangkan agar buku ini dibaca perlahan-lahan, satu dua cerpen sahaja dan kemudian berhenti. Dan disambung semula pada hari lain, agar pembaca tidak 'penat'.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
March 11, 2021
Bahasa yang lembut, langgam yang penuh lenggokan, adakalanya pasti memperlahankan pembacaan kumpulan cerpen ini, tetapi fikiran yang dilontarkan dalam cerpen-cerpennya menjadikan karya Rebecca Ilham wajib disudahkan.

Rebecca Ilham, bukan semata-mata mahu mencabar seperti ‘the angry young man’, sebaliknya cerpenis kelahiran Kelantan ini menyuguh cabaran supaya mengembalikan pandangan alam pembaca kepada sesuatu memiliki akar yang kuat. Mencabar bukan semata-mata kerana melepaskan amarah dari jiwa terbakar tetapi mencabar supaya tidak terkepung dalam perangkap modenisme yang menggadaikan sesuatu bernilai yang selama ini tidak dihargai.

Untuk itu, beliau menggunakan banyak perlambangan daripada lumba lari dan maraton yang menjadi keghairahan hidupnya hinggalah dunia seni bina, rumah tradisional dan seni halus yang turut terkait dengan kerjaya hidupnya.

Tentu sebagai pembaca, kesabaran sangat dituntut — watak-watak dalam cerpennya sering alami wacana dalaman — tetapi ia berbaloi untuk disusuri setiap cerpen terkandung dalam kumpulan ini.

Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
November 25, 2018
Cerpen-cerpen pendek yang mahu menyampaikan cerita melalui cerita. Saya kira, isu yang ingin disampaikan merangkumi isu kenegaraan, tradisi, perpaduan, politik.

Penyampaian yang baik. Mudah difahami.

Menggunakan banyak perkataan yang jarang digunakan. Perkataan "wijil" muncul hampir 0ada semua cerpen.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
July 7, 2019
Temanya merangkumi kekeluargaan, politik kerja, alam sekitar, patriotism.

Penggunaan kosa kata yang jarang atau bukan kebiasaan orang awam gunakan memerlukan saya merujuk pada PRPM dengan lebih banyak. Semakin lama saya membacanya, semakin mudah untuk saya menjiwai apa yang mahu penulis sampaikan memandangkan perkataan yang saya kurang fahami tersebut berulang banyak kali dalam buku ini misalnya wijil, jeda dan sebagainya.

Keduanya, pembaca mungkin akan keliru sama ada naskah ini cerpen ataupun novel. Ini kerana satu cerpen ke cerpen yang lain seolah-olah berkait melalui tema jalan cerita yang sama, watak yang sama, malah latar belakang yang sama. Saya tidak pasti sama ada gaya penceritaan cerpen begini merupakan perkara biasa ataupun memang saya tidak didedahkan dengan gaya sebegini.
Profile Image for nurhafizah.
40 reviews
May 16, 2018
Ada beberapa cerpen yang saya sangat suka dan ada beberapa lagi saya perlu baca banyak kali untuk paham. Mungkin kerana bahasa nya yang agak tinggi.
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
August 28, 2018
Ini karya Rebecca Ilham yang pertama yang saya selesaikan.

Keseluruhannya: indah.

Pemilihan perkataan memang menjurus pilihan berwarnakan sastera yang tidak biasa didengar. Saya banyak merujuk PRPM untuk mencari erti wijil, persina, dll. (sekadar menyebut beberapa contoh yang teringat.)

Saya tertarik dengan cara penulisan buku ini disusun. Beberapa episod cerpen dikumpulkan yang jika tidak dipisahkan oleh tajuk, akan menjadi novela. Pada pandangan pertama seperti tidak berkaitan, namun apabila diteliti, sebenarnya sulaman idea dan gerak ceritanya padu dan lancar sempurna.

Kadang kala kita membaca naskhah sastera dan kita susah mahu faham mesejnya. Naskhah ini, saya rasa saya mudah faham mesej yang tersirat. Sampai ke tahap saya tertanya sendiri: aku memandai-mandai terlebih fikirkah mesej penulis?

Apapun, naskhah ini berjaya meyakinkan saya untuk terus mencari dan membaca karya Rebecca Ilham yang lain, kerana saya tidak akan kecewa. InsyaAllah.

Profile Image for SyaMimi.
151 reviews12 followers
May 26, 2018
Bahasanya cukup cantik tetapi agak berat. Saya perlu berhenti dan termenung sebentar untuk memahamkan butir perkataan (sebenarnya dah lama tak baca bacaan bahasa melayu tinggi).
Jalinan antara cerpen lancar namun tema/isi untuk jalinan cerpen seterusnya lebih kurang sama, sedangkan saya mengharapkan kelainan. Tapi itu seni jalin cerita penulis.
Cerpen-cerpen yang sarat dengan persoalan yang membuatkan kita fikir sejenak, isu yang jarang sekali difikirkan, tentang kehidupan dan thought provoking. Tiada drama pukul 7. Tiada. 4.4/5.0
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
February 1, 2020
Tertanya-tanya tentang latar diri penulis. Banyak cerpennya berkait dengan bidang seni bina.
Profile Image for Purnama Raya.
6 reviews
November 16, 2020
Alhamdulillah banyak pengajaran yang berjaya dikutip dari himpunan cerpen yang digarab indah oleh penulis. Kisah yang ringkas ini disulami dengan pelbagai isu yang mendorong kita untuk berfikir dengan lebih mendalam. Tahniah penulis Rebecca Ilham atas kelahiran naskah yang bernas ini
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
February 7, 2023
Buku ini menghimpunkan 14 buah cerpen karya Rebecca Ilham. Setiap satu mempunyai kisahnya yang tersendiri yang mampu menjentik minda para pembaca.

Laras bahasa yang digunakan dalam buku ini sangat indah. Cerpen kegemaran saya ialah Maraton Kampung. Cerita yang sederhana namun disampaikan dengan penuh hikmah.

Semoga terus menghasilkan karya-karya yang menggugah dan membangun jiwa.
Profile Image for Anis Noh.
56 reviews1 follower
July 25, 2021
Kisah yang menarik, ada kiasan di sebalik kisah. Kekemasan kata dan kesinambungan kisah. Beberapa isu masyarakat diceritakan, yang jarang dilontarkan.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.