Apa akan terjadi jika penulis-penulis bestseller genre seram di Malaysia bergabung? #ArkibAngkerNegara ada jawapannya. Ia sebuah naskah daripada penulis-penulis Diagnosis Fobia, Ghostpital, Asrama, Gantung & Cerita Seram.
Ini adalah mimpi ngeri yang semua peminat genre seram impikan.
DILUNCURKAN SEWAKTU PABKL 2018 Sudah tentu 5 bintang kerana ianya bukan buku seram muntah muntah hijau. Lagipun mama menang no 2 dalam adu nulis cerpen di sini. Pemulaan yang baik cerpen dari Dr Anwar Fazal diikuti oleh Nadia Khan dan Muhammad Fatrim.
Sepanjang membaca vol 1 ini, didapati ramai penulis yang ada cerita seram yang mahu disampaikan, namun gaya bahasa dan teknik penceritaan perlu dikukuhkan lagi. Ianya tetap menarik, bagus untuk rujukan pengarah pengarah drama angker yang tercari cari kisah.. buku ini boleh dijadi rujukan.
Mama hanya mempertaruhkan kisah Peneman Nyonya Besar, yang melibatkan budaya, wanita dan keluarga dalam nada angker sambil sambil melawat kehidupan masa lalu. Dialog wanita tua baba nyonya yang anglo dan lancang mulut. Koleksi vol 1 dan 2 melibatkan ramai penulis lain antaranya Fahmi Hassan dan yang anehnya ada 8 orang doktor yang terlibat dalam penulisan ini (termasuk Nadia Khan yang tidak praktik). Selamat membaca dan melihat angker dari sudut yang berbeza...
buat yang rasa diri mereka agak penakut, akak sarankan nak baca boleh tapi biar siang hari atau berteman. jangan terlalu nak bayangkan sesuatu yang ekstrem.
bukan semua kisah dalam buku ini punya seram melampau. tapi momentum elemen tersebut tak jatuh sepanjang pembacaan. kalau daya tahap imaginasi anda tinggi mungkin keterujaan membaca tu lagi best. nak seram sangat ya...
kisah lelaki yang tak sedar dia rupanya sudah mati terjun apartment tempat dia tinggal. kisah bercakap dengan mak di telefon puaka walhal maknya dah mati dan belaan yang tinggal. kisah perempuan yang dia sedar tapi sebenarnya dirasuk. kisah makhluk ajaran sesat yang laparkan darah. kisah anak pengurus ladang hilang rupanya dimakan entiti jahat... dan banyak lagi kisah. 14 kisah kesemuanya...
14 cerpen seram dengan penyampaian yang menarik dari penulis yang berbeza.. Kesemuanya ada keistimewaan dan debaran yang tersendiri.. Mengujakan dan juga berjaya membuatkan bulu roma merinding.. Menarik.
Kompilasi kisah seram bebarapa orang penulis, dengan pelbagai kisah yang diketengahkan. Mungkin unsur seramnya kurang, namun lebih kepada thriller. Ada beberapa kisah yang menarik perhatian saya, antaranya The Family, Sesat, Sisi Gelap dan Sumpahan Bidan Kampung (suka dengan endingnya).
‘Rahsia’, pembuka yang mantap. Naratif cantik dan sarat debaran meskipun kisahnya hal saka klise orang Melayu. Balik-balik, saka. Balik-balik, saka. Jemu. Jambatan Berkepala agak mengelirukan tatkala bahasa Sabah menguasai bukan setakat dialog, bahkan sebahagian besar naratif. Tak biasa dengan dialek tersebut, saya gagal menghayati cerita.
Naratif ‘Sisi Gelap’ juga tak kurang mengelirukan. Tambah pening, nama watak kurang konvensional diguna pakai. Yang mana lelaki? Yang mana perempuan? Yang mana manusia? Yang mana kucing? Dah jauh pembacaan, baru sedar yang Ezra itu perempuan. Adoi. Bercakap soal tak faham, saya tak dapat tangkap kesudahan ‘Rasuk’. Narator pulih atau tidak? ‘Asrama’ terdiri daripada 3 act, tapi berulang-ulang kisah yg sama. Apa kes?
Dari segi variasi entri, banyak persamaan bertindan dari sudut watak narator yang mati. Bi Tu Bi. The Family. Balkoni. Secara peribadi, wanita berkerudung merah boleh tahan mantap. Ori. Seram. Dan terbawa-bawa keseramannya sehingga berhari-hari.
Kehadiran dua anak kecil tanpa konteks secara rambang dalam ‘Peneman Nyonya Besar’ berjaya membocorkan plot twist jauh dari awal. Nukilan ini paling tak seram. Tetapi saya keliru juga dengan nama Magaret yang tiba-tiba terselit dalam naratif. Typo? Atau watak misteri? Hanya Nyonya Besar yang tahu.
Saving the best for last: ‘Kilat’ terbaik selaku penutup buku. Pemilihan kata. Tension build up. Revelation. Siap terbayang saya wajah hodoh entiti yang dimaksudkan! Hantu telaga ini mengingatkan saya kepada Locke and Key, karya Joe Hill. Sayang sekali, Kilat sewajarnya diangkat menjadi naskhah tersendiri. Pasti laris.
OK. Lepas ini, nak beralih ke volume 2 pula. Apakan daya, Angker dijual secara pakej berkembar. Kalau buku kedua pun hampeh, akan saya lepaskan saka sendiri.
Ada 14 kisah. Namun hanya beberapa sahaja yang dikira bagus bagi aku. Kisah Rahsia, Balkoni, Rasuk, dan Peneman Nyonya Besar antra yang aku suka. 3.5 bintang di malam yang kelam...
Tak menyeramkan tapi tidaklah membosankan. Okay untuk bacaan ringan. Cuma tak berapa suka gaya penulisan cerpen Asrama dan cerpen Peneman Nyonya Besar pula mungkin lebih bersesuaian sebagai cerita yang lebih panjang kerana sebagai cerpen ceritanya terasa hambar.
Satu antologi yang memuatkan karya dari penulis yang telah memenangi Lumba Cerpen Seram Vol. 1.
Telah dibaca pada malam Jumaat untuk mengambil feel seram.. (kononnya) dan tidak dinafikan ada beberapa karya di dalam antologi ini berjaya menerbitkan rasa seram apabila membacanya. . Salah satu tulisan kegemaran saya dalam volume pertama ini ialah Rahsia. Kisah seorang ibu dan rahsia yang disimpan sehingga hujung usia. . Satu lagi kisah yang pada hemat saya, ada elemen gabungan sedih dan seram adalah Peneman Nyonya Besar. Saya sangat menyukai cara penulisan cerpen ini. Kisah si pembantu rumah yang secara tidak sengaja terjebak menjadi sahabat mereka yang tidak terlihat. . 3.5/5 bintang kerana ada antara kisah di dalam naskhah ini kurang perasa seramnya. Pembacaan vol. 2 akan diteruskan malam ini dengan harapan akan ada lebih lagi feel seram itu. 😂
Koleksi kisah seram daripada penulis best seller. Antara kisah seram yang terkesan dan boleh buat bulu roma anda meremang: Rahsia - dr kamarul arifin Balkoni - nadia khan Bi tu bi - dr mafeitz Jambatan berkepala - muhammad fatrim The family - @dr.afl Wanita berkerudung merah - dr mahyuddin Sesat - iman nadia etc. Pendek kata semua kisah dalam #arkibangkernegara vol 1 memang mengujakan.
PENGAIT - Ia merupakan salah satu urban legend di Sabah, dikhabarkan pengait kepala merupakan mereka yang mewarisi kemahiran itu turun temurun sejak zaman dahulu. Pada masa kini mereka diperlukan bagi mencari kepala bagi memperkukuh apa juga jenis projek. Kesahihannya tiada siapa yang berani membuka kebenaran. Kewujudan mereka apatah lagi. Wallahualam. _Muhammad Fatrim
Buku ini cepat je dibaca. Bagus, seperti yang dijangka. Hehe.. Mudah. Tak pening kepala. Ada beberapa cerpen yang aku sangat suka. Bagi karya penulis ternama yang aku agak biasa baca karya mereka, style itu masih ada, sama. 😊
Buat yang minat dengan cerita pendek kisah seram, disarankan untuk baca buku ni. Tak rugi. Ada satu dua cerita yang saya boleh relate kat diri sendiri. Dah baca Vol. 1, kena baca Vol. 2.