Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pulang

Rate this book
“Tiada laut yang terlalu luas buatku. Di sebalik ombak yang cuba menjatuhkan, aku temui kekuatan diri.”

Berpuluh tahun aku menanti. Berpuluh tahun aku mengharap. Aku kumpul rindu yang tak pernah berkurang. Allah mengirimkan aku kekuatan dan kesetiaan sebagai isteri. Aku tetap menunggu engkau pulang, Othman!

Perlahan-lahan, banyak yang aku pelajari apabila aku mengenali lelaki seperti Othman. Dia lelaki yang terasuh melalui ombak dan ribut taufan. Dia lelaki yang tahan dibanting dan dihempas. Untuk perempuan yang setia pada cinta seperti aku, aku terpaksa menerima hidupnya sebagai anak laut dengan pasrah.

Entah berapa banyak air mata tumpah. Entah berapa kali laut memisahkan kami. Othman terlalu memuja laut biarpun laut kadangkala seperti mahu menguburkannya di dasar yang penuh karang itu. Engkau tak pernah tahu, rasa sengsara apabila saling mencintai tapi diri dibatasi jarak dan waktu. Akhirnya yang tinggal cuma cinta. Yang berbaki hanya setia.

-Che Thom-

Aku ingat lagi Thom, sewaktu aku di pantai untuk mencuci sampan, aku tergamam melihat engkau melintasi aku. Aku menyesal tak sudah masa tu! Ralat dan rugi sungguh aku rasakan sebab kau sudah ada depan mata, tapi aku pula berat mulut untuk menyapa. Ayat bukan main cantik aku dah karang dalam kepala. Tapi bila engkau depan mata, semuanya terbang ke laut! Aku anak laut, kau gadis darat, kita mencari titik untuk saling mesra dan mengerti.

Aku janji Thom, aku pulang. Aku janji aku balik semula ke Serkam. Aku tak ada harta di sini. Izinkan aku belayar keliling dunia, Aku buat semua ini untuk kau, Thom. Aku janji aku kirim berita untuk kau.

-Othman Alias -

Dua hati saling mencintai bertemu. Othman anak muda yang dewasa di laut. Menyimpul kasih dengan Che Thom, gadis yang sangat setia menumpah kasih hanya untuk Othman. Tuntutan hidup membuatkan mereka terpisah. Othman belayar keliling dunia, menjadi anak kapal sejati, hidup sentiasa diasak gelombang ganas. Namun hatinya tak sesekali melupakan Che Tom.

Cuma, hati yang ditinggalkan sentiasa merusuh. Penantian bagai tiada kesudahan. Sampai bila harus menunggu? Di mana surat dan khabar berita yang dijanji. Mengapa hanya poskad bisu tanpa cerita yang dikirim Othman?

Di mana engkau, Othman?
Lupakah engkau pada janji?
Aku akan menunggu engkau pulang biar berpuluh tahun lamanya!

515 pages, Paperback

First published May 1, 2018

18 people are currently reading
225 people want to read

About the author

Lily Haslina Nasir

47 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
137 (75%)
4 stars
32 (17%)
3 stars
10 (5%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
November 28, 2019
Update: 27/11/2019
Saja ambil mood sebab aku masih dalam proses mengemas kotak-kotak. Kebetulan nampak buku ni, ambil dan reread terus padahal buku lain pun ada yang tak terusik. Kuat aura pakcik sorang ni eh! Haha.

Ps: Tahniah Kak Lily untuk kemenangan Novel Adaptasi Terbaik Filem Pulang di malam Anugerah Telenovela 2019.

Update: 25/10/2018
Cherina tukar rating sebab lepas repeat menonton filem barulah terjawab pelbagai persoalan ketika mengulit novel ini. Menonton filem ini amat PERLU. Strategi marketing, kah? Haha.

Ps: Boleh tonton filemnya di Netflix ya kawan-kawan.
Ps2: Tahniah Kak Lily kerana novel Pulang ditempatkan antara "50 Best Malaysian Titles" di Frankfurt Bookfair 2018 baru-baru ini.

Full review: 8/06/18

Novel pertama yang berjaya dihabiskan sepanjang tempoh #cherinakuarantin 😉

Aku tak tahu apa yang istimewanya novel ini sehingga aku boleh langkau novel-novel Kak Lily yang lain. Hmm, apakah kerana signature mahal Kak Lily atau sebab si abam Remy di muka depan? (Eh! Tu patut tanya Mai ahakss 😜)

Baiklah apa yang aku suka tentang Pulang:

1. Setting cerita yang merentasi 3 zaman (generasi; Othman, Omar, Ahmad) dan penulis menyampaikannya dengan penuh bersahaja. Walaupun zaman Othman-Che Thom adalah fokus utama, tapi itu bukan alasan untuk menidakkan yang lainnya.

2. Cinta. Ia fitrah. Cinta pandang pertama Othman-Che Thom rupanya bukan biasa-biasa. Ia diikat dengan janji setia walau apa saja badai yang melanda, tetap kukuh merentasi masa. Begitu juga dengan cinta Omar pada sang ibunya. Sama besar dengan rindu seorang anak pada sang ayah yang hilang tanpa khabar. Dan, sampai satu bab tu, haihhh.. ayaq mata meleleh tau baca scene anak-ayah sebegini. Omar adalah insan yang paling aku kasihani dalam cerita ini.

3. Sahabat sama senang sama susah. Aku suka dengan kesemuanya, macam Che Thom ada Salmah. Tapi yang paling aku terkesan; Lum. Lelaki ini membuktikan sahabat itu tak mengenal warna kulit dan agama, yang penting hati ikhlas dalam berkawan.

4. Pertukaran POV setiap bab umpama bonus. Memudahkan aku menyelami semua ‘rasa’ baik watak Othman, Che Thom, Omar dan Ahmad.

5. Alunan bahasa yang membuatku hanyut. Kak Lily antara penulis senior yang pastinya sudah cukup arif dalam menata lenggok bahasanya sesuai untuk setiap zaman yang ada.

6. Ending. Jujur aku tak suka dan aku ulang baca bab ending untuk kaitkan dengan kesemua ‘rasa’ yang hadir. Dan akhirnya aku berjaya tukar tak suka itu pada reda. Ya, itu memang pengakhiran yang terbaik untuk Pulang.

Cuma, ada juga typo error, tak banyak mana pun tapi kalau dibaiki untuk cetakan seterusnya pasti lebih baik. Aku tak pasti dengan penggunaan ganti nama antara Othman-Che Thom di awal bab. Mulanya 'aku-kau', tapi ada juga terselit 'saya-kau' dalam halaman yang sama. ‘Saya’ kelihatan agak janggal, bukankah selalunya ‘kita’? Pendapat aku lah, mungkin juga salah. Dan, aku betul-betul mahukan kepastian. Apa benarkah, Che Thom? Hati aku susah nak percaya *ayaqmatabergenang*

Apa pun tahniah Kak Lily dan warga produksi filem. Melihatkan novel ini yang diadaptasi daripada sebuah filem dan kisah benar, buat aku rasa gembira. Pastinya bertambah golongan yang membaca walaupun mungkin segelintir mereka terdiri daripada para peminat pelakon filem ini. Sekurang-kurangnya ia permulaan yang bagus, kan?

Sekuat apa pun kau mencintai, bila Tuhan tidak berkehendaki. Kamu bisa apa? - Anonymous
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
June 21, 2018
Tulusnya cinta Thom dan Othman. 😭

Cik Pah baca novel ni masa pulang kampung.. ambil feel nak balik raya.. sekali baca merambu air mata.. tutup sambung masa balik semula ke PJ. Pun sama tak tertahan air mata.

Selepas habis menyelak muka surat terakhir rasa puas dapat baca kisah mereka. Tidak kisah lah bagaimana pun pengakhiran hidup mereka , mereka redha setelah sama2 berusaha untuk setia.

Tak sabar untuk menonton filem Pulang.

Salam takziah untuk keluarga nenek Thom dan datuk Othman. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh.
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
November 17, 2018
Lamaaaa masa saya ambil untuk benar-benar rasa 'dekat' dengan Pulang karya kak Lily Haslina Nasir ini. (Saya jadi takut untuk membayangkan setiap kesedihan pada setiap mereka yang ada dalam naskhah ini)
.
Memandangkan Pulang ini berdasarkan pada kisah benar (yang diolah dan difiksyenkan dengan jayanya oleh Puan Penulis), saya jadi cuak dalam berbagi rasa pada setiap watak yang ada dalam naskhah ini. Kerana saya yakin, baik Othman, Che Thom mahupun Omar, ada alasan tersendiri dalam 'membela diri'.
.
Namun secara peribadi, saya tetap merasakan bahawa...
.
Che Thom... dia lambang wanita yang setia pada cinta. Pada Che Thom, sekali dia jatuh cinta... selamanya dia setia! Walau musim berganti, zaman beredar dan tahun demi tahun berlalu... kasih dan cintanya pada Othman tetap terpahat kukuh dalam dada. Hatta hingga ke akhir usia, cintanya pada Othman tiada galang ganti.
.
Othman... dia lelaki yang pentingkan diri sendiri, yang terlalu agung menjunjung ego! Tapi dari sudut lain, saya jadi sebak sendiri bila mengenang nasib Othman. Silapnya cuma satu, cepat benar membuat tanggapan! Yang akhirnya memakan diri. Walau cintanya pada Thom seluas lautan yang menjadi gelanggang hidupnya, dia tewas pada salah faham yang akhirnya membuatkan dia berkelana di rantau orang.
.
Omar... dia anak yang tumbuh menjadi insan yang segagah Othman dan setabah Che Thom dalam menjalani hari-hari perit dalam hidupnya. Namun rahsia hatinya, hanya dia yang tahu. Dia tersepit antara sayangnya pada abah dan kasihnya pada emak. Bertahun dia memendam rasa rindu pada sang ayah dan di saat dia bertemu sosok insan yang amat dirinduinya, takdir seakan tidak berpihak padanya. Belum puas dia melangsaikan hutang rindu pada sang ayah... sekali lagi dia harus melepaskan ayahnya pergi... kehilangan yang tak akan ada titik temunya lagi.
.
Pulang adalah kisah tentang kasih, cinta, setia dan makna sebenar pengorbanan. Pulang juga kisah tentang erti persahabatan. Persahabatan yang tulus tidak kenal batas sempadan, bangsa mahupun agama. Tapi yang paling tragis, Pulang adalah kisah tentang penantian seorang isteri yang tidak jemu menanti kepulangan si suami kepangkuannya...
.
Saya suka pada bahasa penulis. Transisi zaman digarap dengan baik melalui bahasanya. Cara penulis membuat pembahagian watak di setiap bab, bagaikan memberi ruang pada setiap watak untuk meluahkan apa yang ada dalam hati mereka. Dan tempiasnya melekat dalam hati saya. Dan saya yang berhati tisu ini, ada ketikanya rasa sebak mengepung dada mengenangkan perit getir yang dilalui oleh Che Thom, Othman dan Omar membuatkan tanpa sedar air mata bergenang di tubir mata. Sedih mereka, terasa sedih juga dihati saya.
.
Saya suka!!! Sekurang-kurangnya pembaca (saya) tiada persoalan tergantung kerana mereka telah menjawabnya sendiri tanpa perlu saya (pembaca) bermain teka-teki.
.
Tahniah kak Lily! Sesungguhnya Pulang ini tidak mengecewakan saya bahkan saya jadi sayang untuk melepaskan 'mereka' di akhir kalam. Dan saya juga reda dengan ketentuan takdir buat mereka - Othman, Che Thom dan Omar
.
.
.
Saya yang tumpang sedih,
Kak Wan
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
September 25, 2018
4.5 Bintang.

Bukan mudah sebenarnya memujuk hati saya untuk menelusuri kisah Othman, Che Thom Dan Omar. Lagi-lagi apabila saya merasakan "ini kisah sedih". Credit untuk CheRina @https://www.goodreads.com/gobokairina bersusah-payah mendapatkan naskah ini.

Novel yang Berdasarkan kisah benar, susah juga nak jumpa novel Melayu yang begini atau saya yang tak alert. Kegigihan penulis mengunakan POV untuk ketiga-tiga watak utama dan juga Ahmad watak keempat amatlah dihargai. Kerana disini semua pihak diberi ruang untuk membela diri. Terutamanya Othman. Ada masa saya seperti Che Thom, sudah berputus asa dengan Othman. Kenapa Othman kenapa kau tak pulang. Tapi pada akhirnya iya saya pujuk hati sendiri. Sekiranya Thom terluka Othman lebih dalam lagi lukanya. Seperti yang CheRina perkatakan Omar adalah orang yang paling kasihan. Omar juga menyimpan kelukaannya sendiri.

Kisah orang-orang yang terluka tapi masing-masing tetap menjalani hidup sebaik yang mungkin. Untuk penamatnya saya redha.

TBC
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
August 9, 2018
Rugi... Rugi.. Rugi... Kenapela aku tak bace novel ni dari awal keluarannya lagi... Serius novel ni banyak mainkan emosi pembacanya...emosi turun naik. Tak tenang nak bace.

Dalam hati dok marah othman.. Kenape sanggup tinggal anak bini demi mencari rezeki... Dah pergi tak balik pulak. Bertahun tinggalkan anak bini. Fuhh..

Thom tetap setia dengan othman.. Tunggu tahun demi tahun... Kalau aku tak tahulah... Dengan membesarkan anak lagi. Thom memang seorang yang sangat tabah.

Tak rugi langsung habiskan duit rm25 untuk beli novel ni... Serius menyesal lambat bace. 😅
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
October 28, 2019
I had readgasm. Ceritanya ibarat Tenggelamnya Kapal Van DerWijck yang dikahwinkan dengan kisah Titanic dan kisah Natrah. Paling tangkap leleh, kisah 'Pulang' ni dari cerita sebenar. Sedih gila ending I could not control my feelings.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
June 23, 2018
imaginasi dah melangkaui sepanjang pembacaan. ya, akan ada filem PULANG dan karya ini adaptasi dari filem tersebut. puan penulis Lily Haslina Nasir sesungguhnya memberi seribu satu emosi dalam karyanya ini. kelam, suram. yang hanya berwarna cantik pada permulaan kisah. pada ketika thom bertemu othman.

tertanya, kenapa karya sesayu ini perlu ada? kenapa karya sesedih ini berlegar dalam ruang lingkup dunia pembaca? tapi, bila baca keseluruhan dari mula hingga helaian terakhir, bukan sekadar kisah cinta dua jiwa semata. cinta mereka juga terbelah dalam keadaan kehidupan yang sangat mencabar. hanya perasaan dalam jiwa yang utuh. tak mampu digugat.

othman, setelah berkahwin diduga dengan kehidupan payah bersama thom. bertambah payah sewaktu thom sarat mengandung, jepun menjajah tanah melayu dan othman antara salah seorang yang tertangkap. mujur juga dia lari setelah melihat lum lari. mereka berdua sama-sama meredah bahaya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. thom pula selamat bersalin. omar anaknya. mereka dapat bersatu kembali. kehidupan zaman jepun.. aduhai...

kehidupan bertambah payah. ketika itulah othman mahu mengikut kapal, menjadi kelasi. bersama lum dia pergi meninggalkan kasih hatinya thom dan anak tersayang, omar. dan... itulah kali terakhir thom dan othman... aduhai.. itulah kali terakhir thom dan othman bertentang mata...

payah. bukan senang kehidupan othman dilautan apatah lagi ikut kapal cina. bukan sekadar cabaran ombak badai di lautan, cabaran dalam kapal sendiri perlu dihadapi. mujur lum sentiasa ada. tapi sampai bila? lum dibuang kerana pertahankan othman. mereka terpisah.

thom makin menjeruk rasa membesarkan omar tanpa suami disisi. sangat jerih. tapi omar anak yang bijak. dialah penenang hati thom. puan penulis, memang sangat sebak lebih dari separuh pembacaan novel ini. bagaimanalah puan penulis sendiri hadapi, sambil menterjemah skrip ke bentuk manuskrip. sambil mencari maklumat untuk menambah isi buku. sambil bergelut dengan masa yang singkat. adakah lelehan air mata pembaca sama turut menangisi segala kepayahan itu?..

panjang sebenar kalau nak dihuraikan kisah. penggerak cerita adalah watak ahmad, cucu pada thom dan othman. ahmad yang disuruh thom mencari othman. omar, anak yang sangat setia menjaga hati ibunya. banyak rahsia dan cerita ada pada omar sebenarnya. othman pemegang piala cinta setia teragung dan thom... watak yang menjeruk semua rasa dalam dada. tak mampu nak gambarkan betapa payah perpisahan antara mereka. dan ada kisah utama rupanya yang membuat othman berpatah arang untuk kembali ke serkam.

ikut rasa, binasa. ikut hati, mati. akal lah yang mampu mengawal semua. gunakan akal sebaik dan sewaras yang boleh. kepayahan dalam kehidupan, memang akan sentiasa ada. sama ada berusaha atau mengalah dengannya. cinta, suci abadi segalanya tertakluk pada jiwa. kejujuran dan kesetiaan mampu menongkah semua kepayahan. janji? selagi hayat dikandung badan, usahakanlah untuk penuhi sebelum nyawa dan jasad PULANG pada yang abadi...
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
December 13, 2022
Ya Allah sedih giler baca naskah ini. Berjurai² airmata. Mentang² tengah hujan di luar.. makin lama makin lebat.. selebat airmata F.

Dikala Jepun menyerang Malaya, Othman sentiasa mencari jalan PULANG. Bila kapal dilanda taufan, Othman tetap cari jalan PULANG.

Tulusnya cinta Thom pada Othman. Setianya Othman pada Thom. Rindu Omar pada ayahnya. Kerinduan itu memang suatu penyeksaan. Mereka bertiga masing² terluka 😭😭😭

Hanya kerana salah faham, Othman, Thom and Omar berpisah.

Kerana pikir Othman tak dapat memberi kemewahan pada Thom, padahal awal kahwin Thom berkeras menyatakan dia jua tidak punya apa² except HATI.

Berderai airmata. Baca naskah ni sambil bayangkan movie PULANG.

Tengok movie pun nangis.. baca buku lagilah laju airmata cam air paip.

Thumbs up!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
June 1, 2018
#32

Pulang (Lily Haslina Nasir)

Berjuraian air mata saat mengenangkan perjuangan mereka yang hidup semasa zaman penjajahan Jepun membawa kepada merdeka.

Novel ini membawa kita mengenal kisah cinta Che Thom dan Othman. Bermula dengan pandangan pertama, dua hati terpaut lalu ikatan kasih bersimpul jua. Betullah kata orang, kalau hidupnya bersama laut, datanglah apa pun, hanya laut yang dipilih. Beberapa kali ditinggalkan Othman, Che Thom tabah kerana janji Othman, dia pasti pulang. Lahirnya Omar, jadikan mereka bahagia. Namun, sayang... Bahagia itu cuma sebentar apabila Othman nekad mahu menjadi kelasi kapal. Kata dia, aku ingin memberikan kau kemewahan, Che Thom. Che Thom resah sendiri. Dia tahu pemergian kali ini benar-benar membuatkan janji pulang Othman sukar untuk diterima. Tahun berganti tahun, laut menjadi saksi, dia menanti dengan sabar kepulangan suami tercinta. Namun, yang ada hanyalah poskad dari suami. Che Thom kelelahan sendiri. Apakah Che Thom akan setia menanti kepulangan Othman? Adakah Othman menunaikan janjinya?

Kesimpulannya, novel Pulang ini berjaya membuatkan hati saya tersentuh. Dengan perjalanan cerita yang 100% lain daripada novel cinta sekarang, ditambah lagi dengan sentuhan magis Lily Haslina Nasir, menjadikan naskhah ini sangat nostalgik.

Tahniah buat penulis novel, penulis skrip dan semua yang terlibat dalam penghasilan kisah agung ini! Tidak sabar mahu menyaksikan kisah Che Thom dan Othman di layar perak.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
July 27, 2018
"Tiada laut yang terlalu luas buatku, Di sebalik ombak yang cuba menjatuhkan, aku temui kekuatan diri”

Aku baca Pulang dengan perasaan rasa ingin tahu yang sedikit berlebihan disebabkan Pulang ni merupakan kisah benar. Dan ia mempengaruhi emosi aku sepanjang pembacaan. Pada aku, penulisan Lily Haslina ni ada magic. Dari filem ke novel. Olahan yang dibuat membuatkan aku seperti berada dalam cerita Pulang. Aku tak sabar nak habiskan bacaan dan tak sabar juga nak tengok di pawagam.
.
Walaupun ia kisah benar dan merentasi tiga generasi tapi aku masih dapat menghayati jalan cerita yang diketengahkan dengan penuh perasaan. Ia sebuah cerita yang meruntun jiwa. Setiap peristiwa yang berlaku antara Othman Alias, Che Thom, Omar diterjemahkan dengan kata kata, ayat ayat yang tepat dan puitis sehingga aku dapat merasakan perbezaan suasana antara peristiwa peristiwa tertentu
.
Pulang menuntut aku untuk bermain dengan emosi yang pelbagai. Gembira, terharu, sedih, terkilan, kecewa, geram dan pelbagai- Yaaa Pulang buat aku menangis semahu mahunya 😭😭
.
betapa gigihnya Othman untuk menjadi kelasi demi mengubah nasib, ketabahan Che Thom membesarkan Omar dalam kesempitan hidup dan kerinduan yang tak berpenghujung seorang anak terhadap ayahnya, kesetiaan dalam persahabatan, dan elemen paling memberi kesan adalah ketulusan cinta sejati antara Othman dan Che Thom
.
Apatah lagi saat membaca Che Thom

"Dia pergi macam mana, Mad? Ada yang sayang? Ada keluarga di sana?"

dan melalui surat yang lusuh ditulis oleh Othman,

"Thom, aku tak pernah lupa janji..."
.
Pulang merupakan kisah benar yang sudah menjadi kenangan. Itu ketentuan. Itu takdir- Nya. Pada aku, Pulang di garap dan dikembangkan dengan penuh rencah supaya menjadi sebuah cerita yang mampu menyentuh perasaan dan dapat dijadikan pedoman buat semua 🌻 Tahniah buat penulis Lily Haslina kerana berjaya mengolah kisah benar ini dengan menyentuh jiwa jiwa pembaca. Moga tuhan izinkan Datuk Othman dan Nenek Che Thom bertemu di syurga
.
original review from instagram @athirah_bookstagram
edited review from blog petanipintar.blogspot.com
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
December 22, 2018
Membaca naskhah ini tanpa menonton filemnya.tapi lepas ni rasa macam nak kena cari jugak filemnya untuk ditonton.rasa macam tak puas atau tersekat lagi dengan kisah Che Tom n Othman ni.

Tak reti nak terjemahkan dalam tulisan perasaan membaca kisah ini tapi garapan penulis memang membuai perasaan.dengan lenggok bahasanya dan penggunaan POV setiap watak membolehkan kita selami apa yang dialami setiap watak.

Che Tom dan Othman.Alahai sadisnya kisah mereka.Teganya Othman pergi membawa diri menghabiskan sisa hidup di rantau orang.rupanya ada kisah disebalik rajuk hati. Tidak diceritakan secara details apa kisah sebenar Che Tom n Cg Hassan.mungkin kena tengok filem baru terjawab.

Mengalir jugakla air mata bila surat Othman dibacakan. Dan sememangnya betul, Omar lah yg paling tersepit dan kasihan. Apapun memang recommended!
Profile Image for EElmira.
27 reviews10 followers
September 2, 2018
Terus terang saya akui yang saya tidak gemar membaca novel Melayu untuk sekian lamanya kerana banyak mempunyai jalan cerita yang tipikal dan merendahkan intelek pembaca. Saya menganggap novel di zaman sekarang tidak sama seperti 20 30 tahun lalu. Tetapi apabila saya mendengar review yang hebat mengenai filem Pulang, perasaan saya membuak-buak untuk membaca novel adaptasi terlebih dahulu kerana saya percaya nikmat membaca novel tidak akan sama selepas melihat filemnya. Ternyata saya tidak menyesal mencari buku ini dibeberapa kedai dan membacanya. Ia mengingatkan saya kepada novel Melayu di zaman-zaman silam.

Novel Pulang yang dikarangkan oleh Lily Haslina ini adalah merupakan satu novel yang berjaya menambat hati dari awal hingga ke akhir. Alunan bahasa yang digunakan oleh Lily sangatlah indah, sehingga mampu membuatkan saya terpesona dan terbayang diri saya seolah-olah berada di dalam novel tersebut. Saya juga amat suka cara Lily menggambarkan adat-adat Melayu lama. Cara Lily menggambarkan masakan dalam novel ini cukup menggiurkan.

Dari segi jalan cerita pulanya, pembaca memerlukan hati yang kental. Mungkin ada yang akan benci dengan pengakhiran novel ini tetapi sebenarnya novel ini mampu membuat kita berfikir tentang kehidupan secara mendalam, kenapa kita perlu cuba memahami keputusan seseorang yang hidup dizaman dahulu yang tidak masuk akal dizaman sekarang. Saya amat sedih dengan kisah perit kehidupan sebagai isteri yang menunggu dan suami yang membanting tulang mengembara jauh demi keluarganya.

Sebenarnya saya ingin menolak 0.5 bintang dari rating buku ini kerana ada beberapa kesilapan kecil dari penggunaan bahasa seperti tiada konsistensi dalam penggunaan kata ganti diri dan kadang kala perkataan yang tidak sepatutnya generasi lama tahu, digunakan dalam perbualan mereka. Mungkin penerbit buku agak tergesa-gesa untuk mengeluarkan buku ini selari dengan waktu filem ini ditayangkan.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
July 26, 2018
Sekali lagi Lily Haslina Nasir buat saya mengagumkan anda! Novel ini hampir sempurna. Kisah epik percintaan suami dan isteri yakni Othman dan Che Tom telah dikarang dengan begitu cermat oleh penulis daripada lakonlayar asal yang ditulis oleh Mira Mustaffa dan Datuk Ahmad Izham Omar ini.

Novel ini ternyata seperti ada 'roh' di dalamnya. Begitu jujur dan dekat di hati kita sebagai orang Melayu. Susun kata yang elok lagi klasik telah menambahkan lagi rencah yang cukup rasa buat Pulang versi novel ini. Meremang!

Selayaknya semua bintang di langit layak diberikan buat Pulang. Tahniah untuk novelis!
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
September 28, 2018
http://lelakiseksibacabuku.blogspot.c...

Sorry lambat update. Baru week 2 assignment dah bertimbun.

This is such a beautiful story. Well written gila. Kisah cinta agung yang epik. Arghhh aku lepas baca novel ni terus jadi speechless dan tak boleh angkat buku lain lagi sebab masih tak boleh move on. Dan ini merupakan buku pertama aku dalam comeback dalam pembacaan novel karya seni.

Pulang, sebuah novel berdasarkan #PulangTheMovie (yang berdasarkan kisah sebenar), menceritakan mengenai kisah cinta antara Che Tom dan juga Othman. Kisah yang dimulakan pada tahun 2010, Che Tom menyuruh cucunya Ahmad, untuk mencari Othman. Dan sejurus itu, kita akan disajikan dengan kisah-kisah cinta Che Tom dan Othman.

Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah cinta yang melibatkan banyak pengorbanan. Othman, tersepit sama ada mahu mengikut kehendak diri sebagai anak laut, atau biarkan hatinya dirantai cinta Che Tom di darat.

Che Tom yang setia dengan cintanya terhadap Othman.

Omar yang tersepit antara menyayangi ibunya, dengan memori bersama ayah tercinta.

Hati aku tak boleh tipu aku, air mata aku mengalir juga akhirnya. Sad, tragic, but beautiful. That's life.

Full review di http://lelakiseksibacabuku.blogspot.c...
11 reviews2 followers
May 31, 2018
Terima kasih kepada penulis yang telah membawa kita kepada zaman sebelum merdeka hingga zaman kini. Kisah pelaut .Kisah isteri dan anak yang ditinggalkan. Kisah pelaut yang akhirnya menghabiskan sisa kehidupan di negara orang tanpa insan tersayang di sisi ketika dihujung usianya. Cinta mereka membawa hingga ke hujung nyawa. Cinta Che Tom dan Othman. Rindu Omar pada ayahnya. Terima kasih sekali lagi kerana membawa kisah lain dari lain.
Profile Image for Fyda Adim.
20 reviews3 followers
October 11, 2018
Pulang adalah sebuah novel lain daripada yang lain sepanjang saya membaca novel. Sebuah naskhah yang terbaik pada pandangan saya. Novel Pulang ini banyak membuatkan saya berperang dengan perasaan sendiri ketika saya mahu menghadamkan hingga ke penamat. Saya sangat kagum dengan cara penulisan penulisnya. Garapannya tersusun elok dan setiap cerita dimulakan dengan serangkap pantun yang manis.
.
Novel ini penuh emosi. Saya baca hingga mengalirkan air mata bila hampir ke penamat cerita. Membaca novel ini buat saya tertanya-tanya adakah Othman pulang sebenarnya? Itu yang buatkan saya mahu habiskan juga.
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
August 4, 2018
Disebabkan genre romance not my cup of tea ... Susah nak hadam dengan lancar .. ceritanya okay .. berdasarkan true events. Cuma entah lah .. susah sangat ke nak berterus terang .. tak pasti nak salahkan siapa .. tapi tak boleh terima dengan plot macam tu ... Rasa nak marah ... Ego betul ..

Nak kata sedih ... Ada lah sedih .. tapi yer lah not my cup of tea ... Tahap nangis sebak takde ... Ending yang tragis untuk Thom dan Man.

Leh bagi 3.5 ..
Kalau part bahasa, indah juga lah tapi tak sampai berbunga .. acceptable ..

Tak tahu orang lain ... Different people different point of view
Profile Image for Fariza Umaira.
119 reviews7 followers
August 4, 2018
Suka baca pantun kat setiap permulaan bab. Tahniah kakak penulis.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
July 21, 2018
Novel ini adalah adaptasi daripada filem Pulang dan aku sangat suka novel ni. Cara olahan penulis mengenai setiap watak sangat menyentuh perasaan dan membuatkan aku lebih mengenali setiap watak dengan baik.

Tulusnya cinta Othman dan Thom. Sedih sedih sedih. Di pengakhiran novel, menitis juga air mata aku 😭 Bukan setakat kisah cinta mereka berdua. Ada juga kisah pengorbanan keluarga, betapa sengsaranya seorang anak memendam rasa atas ketiadaan Abah di sisi.

Full review akan di-update di blog dan akan come back with the link.

Thank you Media Prima for the free copy :)
Profile Image for Liya71.
111 reviews13 followers
July 27, 2018
Naskah yang rare based on true story. Rare sebab penulisan yang penuh lenggok bahasa yang membuai hati dan perasaan.

Kisah mengenai pencarian seorang cucu menjejaki atuknya yang hilang aka tak pulang selepas mencari rezeki dengan menjadi kelasi kapal, pada tahun 50an.

Thom nama nenek kepada Ahmad, berkahwin dengan atuknya Othman atas dasar cinta , sanggup berkorban apa saja demi cintanya dan setianya pada cinta. Dugaan melanda pada awal perkahwinan dalam tahun 1946 sewaktu penjajahan jepun yang sangat memeritkan.

Saat itulah Thom pertama kali terpisah berbulan-bulan dari suaminya setelah suaminya melarikan diri dari tentera Jepun. Sewaktu itulah Othman mula bersahabat dengan Lum, seorang lelaki bangsa cina. Mereka berdua lari ke dalam hutan dan menghadapi kesukaran ketika bersembunyi dari tentera jepun. Penulisan yang terperinci seolah2 berada bersama Othman dan Lum. Sewaktu inilah Thom sarat mengandung dan melahirkan Omar, satu2nya anak mereka. Juga penulisannya sangat menarik, menggambarkan bagaimana kawan2 Othman membantu dengan mengazankan bayinya...

Dugaan kedua, bila habis perang dan Othman sudah berjaya pulang kepangkuan keluarga, dia pula hanyut di tengah lautan setelah ribut melanda, dan dengan kecekalan Thom, dia mengajak kawan2 Othman menjejaknya ke tengah lautan dan berjumpa dia yang hanyut.

Dugaan ketiga dan paling utama dalam novel ini, bilamana keluarga mereka ditimpa kesusahan, dan Othman merasakan dia perlu memberi kesenangan yang lebih pada Thom dan anak mereka Omar. Dia terpanggil untuk menjadi kelasi kapal walaupun Thom sangat2btidak bersetuju berpisah dengan suami nya. Bermulalah episod pahit getir seorang Othman bertahun2, sehingga selepas dua tahun, dia telah pulang ke kampung tanpa pengetahuan Thom, dan terkejut melihat majlis pertunangan Thom dengan cikgu. Dia membawa hati yang remuk, sebab pemergiannya mencari rezeki kerana Thom. Ini yqng dia dapat. Sebenarnya Thom tidak jadi meneruskannya sebab hatinya masih pada suam8nya. Thom pergi ke Hong Kong menjejaki suaminya, tetapi dia telah ditipu sindiket pelacuran, kebetulan Lum ternampak Thom, dan berjaya menyelamatkannya. Takdir menentukan Thom terlepas Othman kerana dia telah menjadi kelasi kapal orang putih yg berlayar ke eropah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
December 19, 2021
[BOOK 223]

Pulang by Lily Haslina Nasir.
.

Aku baca buku ni dengan deraian air mata bertemankan hujan yang membasahi bumi.
.

Sebenarnya, dah baca kali aku mengelak daripada baca buku ni. Sebab aku belum bersedia untuk menangis. Tengok movienya je pun, aku boleh menangis. Penangan Remy Ishak mungkin. 2 kali tengok, 2 kali nangis.
.

Sejujurnya, bagi aku, buku ni best dibaca kalau movienya juga ditonton. Barulah saling melengkapi. Sebab ada certain scene takde dalam movie, tapi dalam buku, detailed diceritakan. Begitu juga dalam novel, ada scene yang tergantung, tapi aku faham sebab aku dah tengok dalam movienya.
.

Buku ni sedih. Memang tak tipu. Ni kisah tentang kesetiaan seorang isteri, Che Thom. Keberanian seorang suami, Othman. Dan kerinduan seorang anak, Omar.
.

Othman dan Thom berkahwin walaupun Othman sedar, dia hanyalah seorang pelaut. Rindu dan cintanya pada laut. Tapi dia rajin dan bekerja keras. Itu yang buatkan Thom terpikat. Mereka berkahwin dan hidup bahagia walaupun serba kekurangan. Sehinggalah Jepun menyerang Tanah Melayu. Mereka terpisah buat pertama kalinya. Tapi Othman tetap pulang.
.

Sehinggalah detik Othman pergi belayar dengan kapal China dan Othman tidak pulang sampai ke akhirnya. Itulah detik terakhir Thom melihat Othman.
.

Aku sedih sebab aku dah tahu apa yang jadi. Belum apa-apa, aku dah nangis part mereka pergi studio untuk bergambar, part mereka berdua di bawah cahaya bulan, part Othman mengajar Omar untuk melakukan kerja lelaki.
.

So, aku yakin, semua orang dah tahu, kenapa Othman tidak pulang jua. Sedih. Hanya kerana salah faham.
.

Othman yang tidak mampu membelikan kalung emas buat Thom, tidak mampu membelikan makanan mewah buat Thom, sebab tu, dia berundur bila melihat Thom tersenyum bahagia. Walaupun hakikatnya, Thom akhirnya setia menunggu suaminya sehingga ke akhirnya.
.

Dan sedih part Omar. Tak hairanlah dia boleh jadi macam tu. Dia juga menderita. Rindukan ayahnya. Sayangkan ibunya.
.

So, bila baca buku ni, aku boleh bayangkan movienya. Aku suka moment endingnya. Othman dan Thom (pada waktu mudanya) berjumpa semula di bangkai kapal, disinari cahaya bulan. The End.
.

Best!
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
May 28, 2021
'Aku tidak pernah lupakan kau, Thom. Aku masih cintakan kau, hingga ke hari ini. Kalau kita tak berkesempatan berjumpa di dunia ini...'

Syahdunya hati menelusuri kisah percintaan Che Thom dan Othman. Tak tau banyak mana air mata mengalir. Adaptasi daripada kisah benar ini betul-betul meruntun hati. Betapa agungnya percintaan mereka. Walau berpisah beribu batu di dunia, moga bertemu jua di syurga yang kekal abadi.

Sebenarnya, waktu raya ke berapa tak silap, TV3 ulang tayang semula filem Pulang. Dan aku memang teringin nak tengok sebab tak berkesempatan nak tengok di pawagam. Lepas dah tengok filemnya, rasa tertarik pula untuk baca novel. Bila baca novel ternyata membuatkan saya rasa tertarik dengan garapan indah penulis Lily Haslina Nasir. Jujur, inilah pertama kali saya baca hasil tulisan LHN.

Apa yang uniknya versi novel adalah, pengisian pantun di setiap bab dan penceritaan daripada setiap watak. Cerita dari sudut luahan hati Othman, Thom, Omar dan Ahmad. Jadi kita dapat selami setiap isi hati watak dengan baik.

Betapa setianya seorang isteri menanti kepulangan suami. Betapa kentalnya hati seorang Othman demi merubah hidup demi isteri dan anak tercinta. Tapi setiap apa yang dilakukan, menuntut pengorbanan yang begitu banyak. Terpaksa meninggalkan anak isteri di darat untuk berkelana di laut. Thom pula terpaksa membesarkan sendiri anakanda tercinta tanpa suami di sisi. Tapi ku paling kesian adalah watak Omar. Dalam bahagia hidup bersama emak, rindu tak pernah berkurang buat si abah. Terpaksa jadi dewasa sebelum usia. Menjadi perlindung buat emak tercinta.

Tak tahu apa lagi yang nak diceritakan. Kena baca sendiri untuk selami kisah cinta Che Thom dan Othman. Bagi aku novel Pulang ni sangat best. Highly recommended.
335 reviews15 followers
October 27, 2019
Pulang adalah cerita harapan yang tidak kesampaian. Kesusahan hidup membuatkan Othman tekad menjadi kelasi meninggalkan isteri, Thom dan anak, Omar tersayang. Dengan janji akan pulang, namun bukannya begitu mudah untuk pulang. Berbagai dugaan dihadapi keluarga ini sehingga Omar dewasa dan berkeluarga.
Profile Image for Izzati Sofea.
56 reviews1 follower
September 10, 2022
Cerita ini betul-betul mencengkam jiwa dan raga.

• Kesetiaan seorang isteri menanti kepulangan seorang suami sehingga ke hujung nyawa.

• Pengorbanan seorang suami yang cuma ingin memberikan yang terbaik kepada isteri dan anaknya.

• Kesakitan yang ditanggung akibat memendam rasa memang melukakan jiwa dan hati.

• Cinta sejati dibawa ke syurga.
Profile Image for Egorovanof.
2 reviews
September 1, 2025
HUAAAAAAA SAYA MENANGIS BACA NI!!! 5/5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Profile Image for tengkusitihasmah.
85 reviews47 followers
December 18, 2018
Tak terkata perasaan sedih waktu membaca buku ni.

Che Thom,
Kuatnya hati engkau seorang isteri. Menahan rindu sampai ke mati. Cinta pada suami yang satu tu, tiada lelaki lain.

Othman,
Apalah ada pada kalung othman? Cukupla ada suami disisi. Sungguh nak faham dengan Othman. Kenapalah peegi berlayar Othman 😭

Che Thom,
Aku tumpang merasa rindu engkau pada Othman!
Profile Image for junmembaca.
21 reviews3 followers
December 11, 2022
Jap... nak tarik nafas dalam-dalam jap. 🤧

Okey, sebelum aku beli novel ni lagi aku dah tahu yang ini novel sedih. Adaptasi dari kisah benar pula tu! Memang auto menangislah cerita dia. Filem Pulang yang ada di Netflix tu pun aku baru tengok semalam. Sejujurnya (ini pendapat aku ya), cerita Pulang dalam novel lagi seronok sebab kita dapat tahu apa perasaan setiap watak penting dalam Pulang (multiple pov).

Aku paling seronok baca pov Othman. Sebab kalau pov Che Thom, kita tahu dia sentiasa merindui Othman. Dan aku faham bila Che Thom tak kisah pasal duit atau harta, asalkan suami yang dia sayang ada depan mata. Ini sama macam kita bila sayangkan seseorang.

Othman ego dan malu untuk balik ke kampung sebab duit yang dia simpan masih tak cukup. Bab ni... aku tertanya-tanya. Berapakah gaji Othman sepanjang dia bekerja sebagai kelasi kapal sebelum tahun merdeka tu. Dan berapakah target simpanan Othman. 🤔
Tapi... bagi aku Othman memang seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Menjadi kelasi kapal bukan satu kerja yang mudah. Belum lagi bila ribut taufan melanda di tengah laut.

Sebernarnya terlalu banyak "kalau" yang menunding jari pada Othman dalam Pulang ni — kalaulah Othman tak degil untuk jadi kelasi kapal. Kalaulah Othman selalu tulis surat untuk Thom & Omar. Kalaulah malam tu Othman bersemuka dengan Thom lepas dia nampak Thom gembira menari bersama Cikgu Hassan. Kalaulah Othman tanya Omar, betul ke mak kau dah kahwin lain masa abah tak ada?. Kalaulah...

Tapi.... Aku rasa takda salah sesiapa pun sebenarnya. Aku personally rasa dorang memang jodoh tak panjang walaupun saling mencintai dan merindui. Lagipun Othman jadi kelasi kapal bukan untuk dia, tapi untuk bagi kemewahan pada Thom & Omar. Dia hari-hari merintih "Aku mahu pulang, Thom.". Dia bukan taknak tulis surat, tapi tangan keras katanya. Yang itu, ingat yang ini dah ada yang tersayang. Yang ini pula, ingat yang itu dah bahagia dengan orang lain. Sudahnya, sampai ke akhir hayat bersendirian.

Pengajaran kat sini, komunikasi antara satu sama lain dengan pasangan itu penting. Tengoklah betapa susahnya dulu dorang nak berkomunikasi. Dorang berpisah pun sebab bertahun-tahun salah faham. Tapi nak buat macam mana... itulah realiti sebelum tanah melayu merdeka. Bukan macam sekarang, ada Whatsapp saja pun dah boleh video call. Itupun selalu salah faham dan overthinking dengan pasangan (Itu koranglah. Aku single!)🥲

Akhir kata, aku suka novel Pulang ni. Tahniah Lily Haslina Nasir berjaya tulis Pulang dengan baik!

Rating: 🌟🌟🌟🌟🌟
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
February 8, 2020
Saya juga antara ramai yang kurang suka menonton sekarang. Baca novel ini tanpa pernah menonton filemnya, banyak bulan selepas ia disensasikan sebagai salah sebuah filem bermutu tinggi yang sangat menghiburkan, biarpun berputar sekitar kesengsaraan seorang wanita yang merindui dada bidang suaminya. Tidak syak lagi. Novel ini sangat best. Tidak perlu diceritakan apa kisahnya, rasa saya semua dah tahu. Hanya ingin menyebut reaksi dan berkongsi pendapat saya selepas menghadamkan kisah Che Thom dan Othman... kasih dan cinta seluas 7 lautan wanita berjiwa gigih mengapa lebih sering memangsa-kan jiwanya sendiri? Wanita yang polls dan tulus mencintai bukan berlandaskan nafsu biologikal, harta, serakah dendam.... mengapa lebih sering terpaksa pasrah dengan ketentuan yang tidak menghadiahi nikmat 'happy ending' buatnya? Watak Omar lahhh, sangat kasihan. Sedihnya 😭😭
Satu saya tak pasti, sebenarnya Che Thom nikah dengan Cikgu Karim atau tidak?
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
January 12, 2021
Pulang
.
Saya mula membaca buku ini pada pukul 4 petang 31hb Desember 2020.
Pembacaan tamat pada lebih kurang pukul 3pagi 1hb Januari 2021.
.
Jadilah novel yang bersandarkan kisah benar ini sebagai pembacaan penutup 2020 dan pembacaan awal 2021.
.
Kisah yang berlatarbelakangkan tahun-tahun pra kemerdekaan memang selalu mengujakan saya. Membuatkan saya mengimbau kembali cerita-cerita Mak dan Opah tentang kepayahan hidup di zaman itu.
.
Alahai... Indah berseni bahasa yang digunakan. Tak jemu membacanya. Setiap bab disulam pula dengan pantun Melayu lama.
.
Kisah cinta suami isteri ini meruntun jiwa.
Tertanya-tanya, berbaloikah pengorbanan setiap ahli keluarga ini?
Si suami yang belayar meninggalkan belahan hatinya untuk mencari rezeki.
Si isteri yang bersetuju untuk ditinggalkan memendam rasa pabila tiada berita yang kunjung tiba. Padahal rakan sekampung yang belayar sekali, kerap pulang menemui keluarganya.
Pengorbanan si anak terpaksa membesar tanpa ayah.
.
Cinta!
Kuasa sakti yang boleh membuat manusia lupa akan kelemahan diri dan bertongkatkan semangat diri, melawan badai untuk mencari apa yang berharga di dalam hidupnya.
.
Sanggup si isteri menjualkan perahu milik suami, menggadaikan satu-satunya rantai pusaka malahan meninggalkan cahaya mata demi mengembara mencari suami tercinta.
.
Luluh hati membaca penyudah kisah keluarga ini. Semoga pengorbanan mereka diterima Allah sebagai jihad dan ibadah.
Allahumma aamiin.
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.