Jump to ratings and reviews
Rate this book

Andainya Takdir 2

Rate this book
Terkadang bukan kenangan buruk dengan seseorang yang buatkan kita sangat terluka... Tapi kenangan indah bersamanya yang tak mampu kita lupakan.

Perceraian Airil dan Fatihah menjadikan hidup Airil terumbang-ambing, tidak mampu menerima hakikat Fatihah bukan lagi isterinya dan berjauhan dengan Aleeya. Hidup Fatihah tidak aman apabila Airil terus mencampuri segala urusannya. Akhirnya Fatihah terpaksa membuat keputusan berpindah ke Terengganu membuatkan Airil hidup dalam memori. Fatihah didekati oleh dua lelaki lain, Nizam dan Hafiz membuatkan Airil berusaha mendapatkan rawatan bagi penyakit yang baru disedarinya. Dia takkan biarkan Fatihah dimiliki lelaki lain. Segala usaha dilakukan agar Fatihah kembali kepadanya.

“Rindu ini jahat... Abang tak tau macam mana nak kurangkannya. Sebab... Setiap masa makin bertambah...”
Namun segala usaha itu makin menyesakkan jiwa Fatihah. Walaupun jauh dalam sudut hatinya masih ada cinta namun ego tetap menguasai diri. Malah kesusahan hidup sebagai ibu tunggal merubah jiwa wanitanya menjadi lebih ego dan keras. Akhirnya Fatihah cuba menerima Hafiz, lelaki yang hadir dengan sifat sabar dan tenang yang tinggi.

“Betul ke Tihah langsung tak nak abang ada dalam hidup Tihah?”
“Ya! Saya nak mulakan hidup baru! Bukan dengan awak! Tapi dengan Hafiz! Dan awak pun patut bina hidup baru awak sendiri!”
“Tihah... Tihah...”

Demi menidakkan rasa cintanya terhadap Fatihah, Airil juga cuba untuk menerima Sofea, wanita yang banyak membantu dan berkorban untuknya. Namun mampukah takdir menyatukan mereka andai cinta masih berada di dalam hati manusia yang pernah menyakiti mereka?

952 pages, Paperback

First published May 1, 2018

9 people are currently reading
79 people want to read

About the author

Wan Mahani Wan Hassan

3 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (35%)
4 stars
11 (35%)
3 stars
5 (16%)
2 stars
3 (9%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
September 18, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Lain cerita, lain stressnya...

For those yang planning to read Andainya Takdir 2 (AT2), N rasa memang wajib untuk baca buku pertama dulu to truly understand the complication.

Jika buku pertama buat N stress dengan perangai Airil dan keluarga Airil, kali ini N stress dengan keegoan Fatihah. Betul lar kata orang, bila ibu bapa berpisah, yang menjadi mangsa sebenar adalah anak. Tapi sebenarnya si anak dapat dibendung dari berterusan di jadikan mangsa jika si ibu dan bapa masih sedar akan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Yang bermasalah adalah hubungan suami isteri, bukannya ibu bapa.

N kasihan dengan watak Aleeya. Dia memang tersepit di tengah-tengah. Dua-dua dia sayang, tapi dua-dua bermasalah. Sorang tu memang dah tahu baran, seorang lagi dah nak jadik baran.

Satu lagi sebab kenapa N kata agak stressful baca AT2 adalah kerana N tak dapat nak agak sangat macam mana kesudahan cerita ni, balik semula balik ke or terus move on dengan orang lain sebab rasa macam dorang ni dua-dua panas and N tak nampak jalan penyelesaian untuk mereka.
Profile Image for Qayiem Razali.
889 reviews85 followers
June 13, 2018
#33

Andainya Takdir 2 (Wan Mahani Wan Hassan)

Kesinambungan kisah Fatihah dan Airil selepas mereka bercerai. Airil tetap mengejar Fatihah, membuatkan Fatihah semakin resah. Berjumpa dengan Nizam, memberikan dia peluang untuk melarikan diri. Namun sayang, walau beribu batu jauhnya dia berlari, Airil tetap mengejar. Dalam diam Nizam menyukai Fatihah. Dan dalam masa yang sama Hafiz juga menghulurkan kasih. Dia jadi kelelalahan sendiri. Apakah dia patut kembali kepada Airil demi Aleeya? Atau menyambut cinta yang lain?

Wah, baca sambungan novel ini, stress juga berada pada aras yang tinggi. Mana tidaknya, dengan kisah Normah yang tidak pernah insaf. Dengan kedegilan Fatihah yang percaya dia mampu lakukan semuanya sendiri sehingga Aleeya terabai. Benarlah kata orang, anak yang dibesarkan dalam keluarga bermasalah, akan mengalami gangguan emosi seperti yang terjadi pada Aleeya.

Kesimpulannya, penulis berjaya melakarkan kisah 'masyarakat' ini dengan baik. Berjaya bagaimana pembaca turut dapat menyelami rasa sengsara yang dialami Aleeya. Berjaya juga buat pembaca naik stress dengan sikap Normah. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
January 26, 2020
Akhirnya. Baru dapat khatamkan AT2. Walaupun dh tgk drama series ni kat tv tapi mommy still teruja baca AT2. Almaklumlah ingat2 lupa dah ceritanya macamana.
Dalam AT mommy mmg geram sangat dengan Airil sebab hal baran n cemburu buta dia tu tapi AT2 ni mommy geram betul dengan si Fatihah ni. Asyik nak marah n stress je dengan Aleeya. Kesian. Si anak tersepit di tengah2.
Selalunya novel kedua yg ada kesinambungan dari novel pertama ni orang momokkan tak best. Ye la novel pertama dah all out org kata. Tup2 ada sambungan plak. Tapi AT2 ni lain. Memang best. Tahniah penulis. Mommy bagi 5 bintang.
Profile Image for Puteri.
9 reviews
December 30, 2024
haii, i nak jual buku ni rm15 tak termasuk shipping. jilid 1 pun i ada. kalau nak beli 2 buku terus, rm25 tak termasuk shipping. boleh nego untuk 2 buku. condition tip top 10/10
Profile Image for Melsriana.
114 reviews1 follower
April 14, 2021
Okay yang ni tak intense macam buku pertama but cam tak suka sangat ending dia... sebab rasa macam back to square one je. It’s so obvious yang Airil still ada masalah untuk kawal cemburu dia but other than that, I enjoyed reading this. Suka konflik antara Nizam, Hafiz dengan Airil
This entire review has been hidden because of spoilers.
99 reviews2 followers
Read
August 5, 2021
Tak mampu nak habiskan membaca sebab muka surat 648 melangkau terus ke 681.spoil sungguh.Tak pernah beli novel terkena macam ni.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.