Jump to ratings and reviews
Rate this book

Half Girlfriend

Rate this book
Kahwin? Agenda kahwin itu tidak pernah termaktub dalam perancangan hidup CK. Tidak pernah terlintas dalam hatinya. Apatah lagi apabila berkahwin dengan KASEH HADANA, kawan baiknya sendiri. Bekas tunang kawan baiknya, NAUFAL.

Mana tidaknya, CK ibarat dari planet Marikh dan Hadana pula ibarat dari planet Zuhrah. Apabila bertemu di planet bumi, peperangan demi peperanganlah berlaku! Malah, mereka berkahwin pun disebabkan satu peristiwa hitam yang terjadi kepada Hadana.

"Kau memang! Tak sofistikated langsung." - KASEH HADANA
"Only those who are complicated will have such sophistication." - CK
"Mengaku ajelah kau tak sofistikated!" - KASEH HADANA
"Aku? Tak sofistikated? Try me." - CK

CK, seorang jurutera yang bekerja di offshore ini terkenal dengan tingkah laku selamba badak dan imej cool. Dia juga punya segala-galanya yang diimpikan oleh wanita di luar sana. Si jejaka kacukan mat salih ini juga selalu berfikir yang dia tidak perlukan perempuan untuk hidup bahagia.

Namun, kehadiran Kaseh Hadana dalam hidup lelaki itu umpama gempa bumi yang menyergap tanpa amaran. Wanita itu bagai puting beliung, menodai ketenteraman fikiran CK. Yang membuat hidupnya kacau bilau, diserang dilema. Semua yang dirancang sempurna, telah tergendala apabila status halfgirlfriend sudah bertukar menjadi isteri.

Apakah akan terjadi seterusnya? Akankah CK, KASEH HADANA dan NAUFAL berjaya menamatkan konflik persahabatan mereka yang sebelum ini rapat kini telah renggang? Apa yang perlu mereka bertiga lakukan? Rasai sendiri perjalanan cinta dan emosi tiga sahabat ini dalam Half Girlfriend...

827 pages, Paperback

First published May 1, 2018

5 people are currently reading
105 people want to read

About the author

Zura Rahman

16 books44 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (38%)
4 stars
46 (43%)
3 stars
13 (12%)
2 stars
5 (4%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
January 11, 2019
4.5 bintang

Suka dengan kisah ni. Perwatakan hero dan heroin yang matang selari dengan umur dan kerjaya. Kisah marriage of convenience with a twist dan plot yang sentiasa berkembang bersama watak-wataknya. Pergolakan dalaman yang digambarkan sebaiknya menjadikan ianya lebih realistic.

Kesimpulannya, saya suka sangat hehe.
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
August 3, 2025
Kisah Cinta Hadana, Ck & Naufal – Complicated but Heartfelt

Karya ni bagi F rasa campur-baur... geram, sedih tapi ada manis² juga. Cerita bermula dengan Hadana bertunang dengan Naufal, dan Ck pula kawan baik Naufal dari zaman universiti. Mereka bertiga memang rapat.

Then tragedy struck. Hadana kena rompak, maruahnya tergadai dan she kept it a secret until dia tahu dia pregnant. Semua orang cuma rompakan dan kereta hilang.

Masa tu barulah semuanya mula unravel. Naufal, instead of being supportive, went cold. Tekanan daripada family especially sebab dia anak sulung dan mak Naufal krep stressing jangan malukan keluarga buat dia bersikap lepas tangan. So, dia ambil jalan mudah putus tunang.

And here's where Ck slowly steps in... not as a hero but as a friend who genuinely cares. Dia nampak kesedihan Hadana... dia tahu she needed support dan bila dia ajak kahwin Hadana sebab nak jaga... Hadana agreed tapi minta rahsiakan marriage mereka.

Lepas kahwin, F suka vibe Ck ni. He’s calm, firm, patient, jenis yang tak melenting bila Hadana swing mood dia. But problemnya… Ck ni lembab bila bab luahkan perasaan. Sayang ada, cinta pun ada, tapi semua simpan dalam hati. Dia expect Hadana faham sendiri kot.

Then Hadana misscarriage. Naufal muncul balik sibuk nak cucuk jarum dalam rumah tangga orang. Typical ex yang tak move on. F bengang bila Hadana mula goyah. Ck dah buat macam², takkanlah kau tak nampak? Bodohlah Hadana if choose Naufal.

F salute Sham yang buka mata Hadana. Sebab kalau nak tunggu Ck confess... ermm memang hari pun malam la.

Hadana pun sedar dia sayangkan suami dia. Diaorang berdua ni ada communicarion problem. Cakap jela!

Cakap jela Hadana takkan kembali pada Naufal. Ck ni jenis action speaks louder than words but Hadanah ni pulak jenis show and tell.

F suka how the story wasn’t overly dramatic. It’s santai tapi ada emosi. Relationship Ck dan Hadana berkembang secara perlahan² dari simpati jadi sayang.

A slow-burn love story yang penuh luka, healing dan pengorbanan. Cinta yang dibina selepas kahwin kadang² lebih kuat dari yang bermula dengan angan².

ps : F suka scene hubungan mentua dan Ck. manja si Ck ni. boleh lak merajuk 🤭
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
May 15, 2023
Where do I even begin?

Hadana - a calm girl, who went turmoil after an unfortunate incident occurred. CK, being the good friend that he is, he offered to care for her for the time being after she was dumped by her so-called fiancé.

CK - No words. I super love him. The only red flag he has that he's stubborn. But it's understandable why he acted the way he did. But his character development? Just top tier. When he offered to marry Hadana? Ya girl over here is sold.



A great story, written nicely after doing enough research. It's about friendship, family, love and overcoming hurdles in life. Aside from all those, readers also get to learn about offshore job, as well as about Sabah.

Good job, author!
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
August 24, 2020
[85-2020]

#HalfGirlfriend #ZuraRahman

Bermula hanya sekadar teman biasa, namun tanpa disangka dia terpaksa menikahi Hadana demi menutup aib si perempuan. Sudahlah hamil hasil pemerkosaan, bakal suami meninggalkan dia terkontang kanting sendiri. Syukur, ada CK yang sanggup memikul tugas yang satu itu. Menjadi suami kepada Hadana. Namun, CK ialah lelaki yang membenci perempuan kerana memori masa lalu. Sudahnya, bagaimana rumah tangga yang dibina tanpa ada rasa cinta?

Sejujurnya, novel ini saya kira diceritakan dengan baik. Namun ada sesetengah bab saya rasakan sedikit bosan membuatkan fokus pembacaan terganggu. Barangkali ceritanya terlalu panjang. Apa-apapun usaha penulis menghasilkan novel Half Girlfriend ini wajar diberi pujian.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 30, 2020
UPDATE:
Dah SOLD OUT.
.
.
Ingatkan kisah ini seperti #Ghost. Rupanya kisah cinta biasa. Yang buatkan aku sedikit lelah ialah kisah ini terlampau meleret-leret. Kisah si ibu yang mencari kembali si anak dan kisah gempa bumi itu buatkan aku, hmm..

Maaf ya kerana aku tidak begitu teruja dengan gandingan watak hero dan heroin. Padanan yang sedikit hambar. Tidak seperti watak pasangan di dalam #Ghost. Mungkin sebab #Ghost itu merupakan karya pertama penulis yang aku baca dan kisahnya pula buatkan aku teruja nak baca sampai habis. Tak seperti kisah ini. Rasa macam lain je cara penulisan si penulis. Adakah ini cerita yang dah lama disimpan dan baru dijadikan novel? Kenapa aku tanya? Kerana aku rasa gaya penulisan dalam kisah ni macam gaya orang baru belajar menulis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s: Nak letgo buku ni. Siapa berminat, boleh la hantar mesej di sini atau di fb. Rasanya, hantar mesej di fb lagi baik. :)
Profile Image for Nur Afiqah.
30 reviews3 followers
November 15, 2018
Now tell me how i can get myself out from Hadana and CK's world? 😍
Kisah cinta yg sgt menarik. Tak boleh move on. Sedih sewaktu Hadana hilang arah lepas kejadian yg menimpanya, ditinggalkan tunang... Terpaksa pikul beban akibat kejadian tu seorang diri. Dan pada waktu itulah, CK menjadi penyelamat maruah seorang Kaseh Hadana. From a best friend to a husband and wife. From a friendship to marriage things. Tak mudah. Awkward. Part Ck dan Hadana asyik bertengkar tu sedikit meleret sampai kita rasa geram nak hantuk je kepala dua orang tu. Tapi, ada sebab mengapa CK begitu dan Hadana begini. I just love both CK and Hadana, glad that their love story is happy ending. Rasa macam nak minta writer buat sambungan novel Half Girlfriend ni tapi tak payahla. Takut nanti banyak pula konflik lain 😂

Oh ya, saya watak CK tu saya imagine Josiah Hogan... Hahaha. I love CK ♥️
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
August 10, 2018
Novel pertama yang dibeli sewaktu sampai saja di PBAKL2018 PWTC baru-baru ini. Tajuk yang dipilih rasanya terlalu catchy macam kurang sesuai. Bercakap tentang jalan cerita, ketika membaca novel ini saya dapat rasa bercampur-baurnya perasaan Kaseh Hadana yang sudah jatuh ditimpa tangga dan datang pula seorang kawan baiknya CK yang menghulurkan pertolongan setelah Kasih Hadana ditinggalkan oleh tunangnya Naufal. Kedengarannya klise namun sebagai pembaca saya masih dapat rasakan apa yang ingin penulis sampaikan.

Oleh itu, empat bintang untuk Half Girlfriend!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 3, 2019
Novel romantis yang menarik.. Suka dengan CK yang nampak selamba, beku dengan perempuan tapi cair dengan Hadana.. Bila perasaan cinta menyapa, bukan mudah meluahkannya.. Hadana dan CK dipertemukan dalam ikatan perkahwinan akibat tragedi.. Persahabatan membuatkan mereka kekok tapi cinta berjaya menyatukan mereka..
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
June 17, 2021
Kisah yg menarik. Membawa tema persahabatan, kekeluargaan, simpati dan tragedi. It's about love. Tajuknya menarik perhatian aku. Knp 'Half Girlfriend'? Apa yg aku faham sbb other half is best friend. Kisah yg byk bermain dgn emosi. Konflik yg hebat pd watak utama dan watak mrk sgt realistik.

CK dan Naufal kwn baik dari zaman sekolah sehingga ke universiti. Naufal ada gf bernama Kaseh Hadana. Scr tak langsung, Hadana juga menjadi kwn baik CK. Waktu itu mrk bertiga menuntut di UIA, Hadana adalah junior mrk. Masuk alam pekerjaan, mrk ttp rapat. Malah Hadana dan CK bekerja dlm company yg sama cuma berbeza department.

Konfliknya bermula bila Hadana ditimpa musibah. Satu tragedi yg memusnahkan segalanya. Hadana makin hilang arah bila Naufal memutuskan pertunangan mrk krn tak dpt terima apa yg berlaku pd Hadana. Dlm kesedihan dan hidup yg terumbang-ambing utk terima kenyataan, datang CK menghulurkan bantuan demi maruah seorg sahabat.

Bayangkan CK yg anti-perempuan dan tak pernah percaya pd sebuah perkahwinan sanggup ketepikan egonya semata-mata perasaan simpatinya pd nasib Hadana. Pd awal perkahwinan, mrk sgt kekok tp lama-kelamaan mrk dpt sesuaikan diri. CK trauma pd institusi perkahwinan. Krn kegagalan perkahwinan org tuanya yg berakhir dgn perceraian, ibunya pergi tinggalkan CK tanpa khabar. Sbb itu dia sgt tak suka bila org tny pasal ibunya. Traumanya makin bertambah bila abangnya pula ditinggalkan isteri bersama dua org anaknya.

Walaupun CK dan Hadana bekerja satu company, mrk merahsiakan pernikahan mrk. Walaupun kekadang kwn pejabat pelik bila ternmpk mrk sering dtg dan balik kerja bersama. Alasannya mrk adalah bff. Klise sgt. Konflik hubungan CK Hadana makin memuncak bila mrk berdua sama-sama tidak meluahkan perasaan. Hadana fikir CK tak cintakan dia, hny menjalankan tanggungjawab sbg suami. Tambah pula kata-kata Naufal ttg CK buatkan Hadana salah anggap. Bg CK pula, dia fikir Hadana masih cintakan Naufal.

Byk pengajaran yg dpt di ambil dr kisah ini. Tidak semestinya kita berasal dr broken family akan terus lalui nasib yg sama bila kita membina sebuah keluarga. Semuanya bergantung pd cara kita mencorakkannya. Percaya pd jodoh.
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
June 8, 2022
4.5 🌟🌟🌟🌟

Mula² aku ingat HG pun genre action thriller macam #Ghost. Rupanya genre cinta dan klise. Tapi kenapa aku tetap suka?

1. Perjalanan cerita yg lancar

2. Olahan showing dan bukan telling (lately aku naik fedup sebab berduyun² dapat novel yg telling - penulis bercerita dan bukan cerita berjalan sendiri. Annoying tahu tak?!)

3. Chemistry (ini paling penting sebab sekalipun cerita klise, chemistry mampu ikat aku sampai tamat cerita)

Dah baca lama, baru nak review. Apa²pun, Zura Rahman dah jadi salah satu fav author aku. Muahh Kak Zura💜💜
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
July 2, 2018
Half girlfriend membawa tema kasih sayang dan kekeluargaan. Cinta suami kepada isteri, kasih sayang seorang sahabat dan rindu yg tidak bertepi dari seorang ibu terhadap anak2 yg telah lama ditinggalkan. Konflik yang diutarakan lebih kurang sama dari mana-mana novel yg ada dipasaran. Masalah komunikasi dan salah faham di antara pasangan suami isteri. Namun kisah CK dan Hadana bagi saya adalah sesuatu yang agak baru. Saya menyukai watak CK yang digambarkan seorang kawan yang sangat prihatin akan masalah kawan baiknya walau sikapnya yang dingin, menjengkelkan dan kata-kata yang tajam bisa mengguris hati sesiapa yang mendengarnya. Latar belakang CK yang ditinggalkan oleh ibunya merubah tanggapan CK pada perempuan dan institusi kekeluargaan. Bagi CK, perempuan itu menyusahkan. Kerana maruah seorang Hadana, CK mengambil langkah yang drastik untuk memperisterikannya setelah tunang Hadana sendiri iaitu kawan sehidup semati CK yang bernama Naufal tidak sanggup untuk melindungi Hadana. Rumahtangga yang dibina pada mulanya agak berterabur disebabkan sikap Hadana yang tidak mahu redha akan masalah yang menimpa dirinya. Saya kagum dengan watak CK yang sangat sabar melayan kerenah Hadana walau Hadana berulangkali cuba meledakkan kemarahan CK. CK yang jahil tentang perempuan berusaha menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab. Namun telah disalah erti oleh Hadana dari fitnah bekas tunangnya. Rumahtangga mereka juga ada pasang surutnya. Sekejap si isteri yg merajuk, sekejap lagi sang suami pula yang berapi dengan api cemburu. Secara keseluruhan, kisah yang disampaikan agak sempurna. Mudah faham dan yang pasti tiada plot yang tergantung. Cuma bahagian pertengahan part di mana CK dan Hadana ke Sabah, saya rasa penceritaan di situ terlalu panjang. Untuk yang sukakan info pelancongan seperti itu, pasti ada perasaan teruja untuk membacanya tapi untuk saya, saya rasa ianya terlalu busan. Mungkin info yg ditulis adalah utk menjadikan gaya penulisan sebegini trademark utk penulis. Bagi pendapat saya, info pelancongan seperti ini boleh diringkaskan sedikit agar mood pembacaan tidak terganggu. Walau bagaimana pon, tahniah penulis untuk Half girlfriend. Diharap penulis dapat mengekalkan gaya penulisan sebegini dan menambah-baikan di masa hadapan 😉. Saya bagi 4.5🌟
Profile Image for Yan.
119 reviews2 followers
September 5, 2024
Buku nie panjang. Agak lelah untuk nak habiskan buku nie. But, the story is so good. Apabila mula baca, susah nak stop…😍

Rating: 🌟🌟🌟🌟.3

Tiga orang kawan baik. Seorang perempuan dan 2 orang lelaki. Two of them merupakan pasangan kekasih dan sudah pun bertunang. Tetapi, disebabkan satu musibah yang melanda si perempuan, tunangnya memutuskan pertunangan mereka. Kerana ingin menjaga maruah si perempuan tersebut, kawan baik yang seorang lagi berkahwin dengan si perempuan tersebut. Dapatkah perkahwinan yang atas dasar kasihan dan tanpa cinta, bertahan? Bagaimanakah persahabatan ketiga2 sahabat tersebut? Masih berkawan baik kah mereka bertiga?

ML - Chance Humprey Kallaghan / CK
Good looking. Kacukan Inggeris (di sebelah ibunya) dan Kadazan Dusun (di sebelah bapanya). Hero2 author nie memang hot dia lain macam yer. Boleh terasa aura 🔥🔥🔥 ML bila baca buku nie. Bekerja sebagai engineer satu company dengan FL. Selalu kena berada di offshore atas tuntutan kerja. Sangat anti dengan perempuan dan takder niat untuk berkahwin. Jenis selamba dan cool.

“𝑰 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌… 𝑰’𝒎 𝒇𝒂𝒍𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆. 𝑰 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌… 𝑰 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒏𝒂.” 𝑪𝑲 𝒕𝒐 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒏𝒂.

Kesian kat ML…😂 Tak pernah jatuh cinta. Sekali, jatuh cinta dengan kawan baiknya. Then, lepas bagitahu ayat nie, FL gelakkan jer…🤣

FL - Kaseh Hadana / Hadana / Dana
Cantik. Bergaya. Jenis lemah lembut. Sentiasa tersenyum. Bertunang dengan kawan baik ML. FL juga berkawan baik dengan ML. Tapi, disebabkan satu musibah yang melanda FL, ML berkahwin dengan FL untuk menyelamatkan maruah FL.

Ada tiga tema dalam buku nie. Tema percintaan, persahabatan dan kekeluargaan.

In the beginning of the book, kita akan belajar bagaimana mereka bertiga bertemu dan menjadi kawan baik. Bagaimana FL dan kawan baik ML menjadi pasangan kekasih dan akhirnya bertunang.

Apabila musibah berlaku ke atas FL, kawan baik ML memutuskan pertunangan mereka. Sebab tak nak tanggung malu. Masa nie kan, kita rasa nak tumbuk jer si tunang tue…🤬 Macam tue jer ko campak tunang ko, eh? 😡 Kesian sangat kat FL. Merayu2 kat tunangnya. Tapi, hampeh…😭 Untuk nak melindungi maruah FL, ML kahwin dengan FL. So basically, this is a marriage of convenience. They decided, apabila dah selesai semua, mereka boleh bercerai dan bawa haluan masing2. So they said. Tapi, bukan itu yang berlaku…😵

Dah kahwin, dan duduk dalam satu rumah, mula timbul perasaan kasih sayang. Perasaan cinta…💖 ML yang tak pernah bercinta, yang anti dengan perempuan (kecuali FL), mula keliru dengan perasaan sendiri. ML yang tenang, mula menjadi kalut. Whila FL mula sedar yang dia sayangkan ML, ML memang ambil masa untuk sedar dengan perasaannya sendiri…😮‍💨 Masa nie, kita akan nampak perubahan character ML & FL.

Secara luaran, kita nampak, ML yang menjadi hero kepada FL. Tapi, bila dah baca buku nie, FL pun sebenarnya menjadi heroin kepada ML. Menyelamatkan ML dari traumanya…🥰 Masa nie kan, si ML dari anti perempuan, bertukar menjadi mat bunga🌹🌷.

Dalam mereka menyelami perasaan masing2, ex-tunang FL mula menagih cinta dari FL. Mula plak pergaduhan di antara ML dan kawan baiknya tue. Masa nie, memang kesian sangat dengan mereka bertiga. ML yang rasa bersalah sebab merasakan dia merampas kekasih hati kawan baiknya. Tapi, at the same time, memang tak nak lepaskan FL sebab dah sayang sangat dengan FL…😫 Aihhh, bila melibatkan hati dan perasaan, everything is complicated. Dari kawan baik bertahun2, boleh menjadi musuh dalam sekelip mata..😔

Buku nie ada banyak info mengenai pekerjaan ML, dan tentang kampung ML. Bila ML balik kampung, terasa kita yang membacanya nie, macam melancong ke Sabah. Specifically, Kota Kinabalu…😍

Buku nie juga mengajar kita, jangan terburu2 buat keputusan. Especially keputusan bila dalam keadaan beremosi. Sebab kalau salah buat keputusan, bukan kita sahaja yang akan merana. Orang2 yang kita sayang pun akan merana. Silap2, dierorang boleh trauma.

Penulisan sedap dibaca. Ada juga beberapa kesalahan ejaan, cuma tak banyak kalau nak dibandingkan dengan buku #GHOST. Jalan cerita pun best. And, character FL dalam buku nie sangatlah chef’s kiss 👨🏻‍🍳😘 yer. Tak annoying. Overall, kita sangat enjoy baca buku nie…🥰

As usual, kita akan sentiasa support author nie. Kita tak sabar nak tunggu keluaran karya author yang seterusnya. Semoga author sentiasa diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan. All the best, author…👍🏻👏🏻
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
March 27, 2020
jalan cerita meleret sangat. watak pula kurang matang dan sibuk nak bergaduh 24 jam.
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
June 7, 2018
HALF GIRLFRIEND bukan cerita aksi..

Its about love... Yes love, kenapa tajuknya half girlfriend sebab the other half is best friend.

Heroin yg realistik. Bukan nya cerita yg lovey dovey. No. novel ni banyak main emosi. Pasal konflik diri, pada diri hero, heroin and antagonis.

And again, the writer buat kita travel bumi Sabah. Seakan kita yg berjalan2 , makan angin. And that hotel yg menghadap gunung kinabalu, i hope i can go there to feel the environment.

There's a sweetness in there just like in english novel. Its enough and can make u feel ooohhhhhhh.....aaahhhhh...and ur heart beat faster.

Ck, ur a beast..!! hahahaha
Hadana , u are a real women (realistic character)....hahahaha..

Friend+life+tragedic+sympathy+emotional+holiday+thrill+sweetness : HALF GIRLFRIEND...
Profile Image for MeMiss.
17 reviews2 followers
March 26, 2019
Half Girlfriend
by Zura Rahman Novelis

Hampir setahun perap buku nie..
Asyik tercari2 masa utk membacanya..

Naskah ini mengisahkan persahabatan antara 3 org sahabat, CK si mamat yg begitu slumber, seolah2 tidak berperasaan.. Kaseh Hadana, gadis manis yg sentiasa ceria dan juga si romantik Naufal..
Percintaan yg terjalin diikuti dugaan yg dtg..
konflik yg melanda, menguji sejauh manakah utuhnya sebuah perhubungan itu serta sesetia manakah seorg sahabat..
Inilah yg dikatakan.. kita hanya mampu merancang tp Allah adalah sebaik2 perancang..

Buku nie terlampau best, sedikit terasa rugi kerana asyik tertangguh2 nk membacanya.. sekali dh mula pembacaan, mcm ada gam pulak.. x blh tinggal.. I abiskan x smpai pun sehari.. cukup semua perisa, asam garam gula.. x terlebih dan x terkurang.. tahniah sis..

Terbuai2 kejap dgn CK mamat slumber sejuk beku.. susah pulak nk move on.. 😅
Paling suka sbb watak CK yg cool tu penulis x try hard sgt nk bg dia nmpak gah dan hebat.. just nice..

I paling suka ayat Hadana yg ini..
“Mungkin Allah sengaja menghantar Naufal untuk menyayangi aku sebelum kau bersedia. Allah tahu kau belum bersedia. Sebab itu Dia pinjamkan Naufal untuk aku sekejap, kerana kau perlukan masa untuk menyayangi aku.”

Buku nie mmg terbaik.. tu jer blh ckp..
Kipidap cik penulis.. look forward to your new book..
X sabar..
🥰🥰🥰
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
August 25, 2021
[BOOK 88]

Half Girlfriend by Zura Rahman.
.

Aku suka buku ni sebab ceritanya realistik.
.

Hadana dan CK.
.

Mereka ni asalnya kawan baik. Serius, takde perasaan langsung towards each other. Sehinggalah peristiwa Hadana mengandung dan Naufal putuskan pertunangan, Hadana dah hilang arah. Munculnya CK untuk membantu. Mereka berkahwin.
.

Lepas kahwin, boleh rasa yang masing-masing awkward. Sehinggalah akhirnya mereka boleh adapt.
.

Walaupun aku suka cerita ni sebab wataknya realistik, scene pun logik, cuma, aku rasa cerita ni agak meleret, especially part Hadana dan CK gaduh, main tarik tali. Aku rasa nak hempuk je sorang-sorang. Nasib baiklah kawan baik CK datang jumpa Hadana.
.

Otherwise, cerita ni best je especially part Sabah tu.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
January 13, 2021
Buku ni saya beli sebab Zura Rahman je.. tapi maaf.. 40% je boleh hadam cerita ni.. yang lain nya terlalu byk konflik nak di layan.. ok lah.. si hero CK tu kira kawan yg baik lah nak kahwin dengan Si Hadana.. mula2 depa berdua ni kekok jadi laki bini.. lama2 cinta tu datang.. akhir cerita happy ending.. sekian..
Profile Image for Nad.
100 reviews11 followers
May 2, 2020
Masa baca sinopsis, I was wondering konflik apa yang menyebabkan Hadana, tunang Naufal boleh kahwin dengan CK. Dan bila sampai part konflik tu, dah rasa macam nak stop baca tapi teruskan jugak walaupun rasa x sukanya konflik macam ni.

But the story turns out very well actually. Haha, nasib baik baca sampai habis.
Profile Image for Sarah Ali.
166 reviews
October 30, 2019
I think maybe it was a good book!!
Coz for me in start it looked fine but later it doesn't worked good for me so
No positive or negative commentaries...
I GUESS!
Profile Image for Liya71.
111 reviews14 followers
October 11, 2019
**Warning: this text may contain spoilers** Kisah seorang lelaki yang tiada perasaan terhadap perkahwinan dan dia terpaksa juga berkahwin demi menyelamatkan maruah seorang perempuan yang merupakan tunangan kepada bff nya. CK - lelaki yang menjadi dambaan ramai gadis sejak di universiti, akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan Hadana, gadis tunangan Naufal kawan baik CK. Naufal yang memutuskan pertunangan kerana bersikap tidak mahu menerima takdir tuhan bahawa Hadana telah diperkosa semasa diculik dan didapati hamil selepas itu.

CK- sudahlah dia dambaan semua gadis-gadis, raut wajah nya darah campuran Inggeris Kadazan Dusun, memang mengalami sejarah hitam terhadap perempuan. Dia sudah tidak mempercayai cinta atau wanita, kerana keluarganya, bapa nya telah ditinggalkan oleh ibunya dan dia dan abangnya diserahkan kepada Makcik mereka untuk menjaganya. Kemudian Abangnya pula mengalami nasib yang sama, isterinya meninggalkannya setelah dia diberhentikan kerja, dan abangnya menanggung kedua2 anak mereka berseorangan...... perit getir seorang duda menjaga anak2...

Kisah juga bersekitar dengan keadaan CK yang terpaksa kerja offshore, walaupun satu syarikat dengan Hadana, tetapi mereka menyembunyikan perkahwinan mereka dari rakan sepejabat. Hubungan CK-Hadana menjadi tegang apabila masing2 tidak meluahkan perasaan masing2, dan Hadana selalunya berfikiran CK tidak cintakannya, tetapi hanya menunaikan tanggungjawab seorang suami kepada isteri sahaja... Banyak kali juga meleleh air mata sebab benda ni.....

Moral of the story: -
1. Berceritalah kepada orang ketiga jika kamu rasa kamu cintakan seseorang, mungkin orang ketiga itu dapat membantu kamu, pastikan yang orang ketiga itu adalah bff kamu yang tak mungkin berpaling tadah menikam belakang.

2. Tidak semestinya sesebuah keluarga yang telah berpecah belah, maka keluarga baru yang kita bina ini juga akan mengalami nasib yang sama. Kita yang berusaha mengubahnya.

3. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya merancang, dan tuhan yang menentukan, jadi terimalah qada dan qadar tuhan, jika itu lah jodoh kita, maka pertahankanlah dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain adalah lebih baik.

4. Memaafi akan melegakan banyak benda, perasaan jadi lebih tenang dan senang nak move on.

Thumbs up!
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
August 25, 2023
First time baca buku Kak Zura.
Yang Ghost pun nanti baru baca sbb tu genre thriller kan.

Bila sesuatu terjadi pada Hadana, Naufal sebagai tunang dia tak mampu untuk meneruskan hubungan mereka. Dia tak boleh terima Hadana atas apa yang berlaku pada Hadana.

Hadana dipaksa oleh CK untuk meluahkan, CK punya keputusan buat W terkejut sekejap. Sebab CK yg pada awalnya tidak ada keinginan untuk berkahwin tiba-tiba sudi mengahwini Hadana atas apa yang terjadi. Walaupun tanpa perasaan tetapi nak membantu Hadana. Haihh CK bertanggungjawab walaupun bukan kesalahan dia.

Masa ni laa character development dorang W boleh nampak. Hadana dan CK cuba untuk menjadi housemate, kawan baik yang berjaya. Mula-mula memang nampak akward serumah dengan lelaki. Hadana baru tersedar yang dia tidak mengenali CK sepenuhnyaa kerana hidupnyaa dipenuhi dengan Naufal sahaja.

CK as a simple person, W rasa dia bukanlah seorang yang clumsy apabila membuat keputusan.

Bila dah duduk bersama serumah, terbit laaa bibit cinta antara CK dan Hadana tapi mereka tidak meluah hanya mampu simpan dalam hati. Sebab CK pun tak pandai nak faham hati perempuan yang kompleks ni.

Eh tiba-tiba Naufal bekas tunang Hadana dan kawan CK muncul semula, Hadana termakan dgn cerita yang Naufal jaja. Hati yang suka tiba-tiba bertukar geram dan benci.

CK ni dia punya bertanggungjawab, sampai dah jadi menantu fav mak Hadana. 😂 Pandai memuji, sampaikan ayah Hadana dan dia jealous sekali. tapi serious comel. W imagine CK ni macam Chris Evans tu sebab dia ada campuran Sabah England. 😍
CK yang terlali rapat dengan mak Hadana kerana dia kehilangan kasih sayang seorang ibu sejak kecil.
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
August 1, 2024
Mmg a roller coaster ride. First 30-40% tu mmg tak boleh letak buku! Sangat best. But after isu yg jadi titik permulaan perkahwinan tu pergi, mcm2 masalah jadi..

1. Tarik tali main perasaan. Tertanya apa next step, divorce or stay? Arc ni okay je overall, cuma stress dgn hadana yg still keluar dgn naufal, as a wife and not telling ck anything. Given their past history, mmg mengundang masalah la bila ck nampak 🤦🏻‍♀️ Both always talk berkias/waste time dgn pendahuluan when they can just get to the point. I had hoped ck yg akan get to the point given his behavior, tp tu lah 🤷🏻‍♀️

2. Aside from naufal, ada juga gegirl for ck. Adoi, stress kalah kinabalu baca. Tak suka ck yg tahu jeles dgn naufal, but he’s doing the same thing 🤦🏻‍♀️ End up hadana minta maaf sbb gempa tu

3. The mother. Susah utk tak judge seorg ibu yg quite literally abandon anak sbb life stress. Cannot blame 100% also sbb suami not always by her side. So confused. Okay je diorg berbaik, cuma tak fond with how she’s trying to insert herself into ck’s life by giving motherly advices and saying sorry all in 1 breath. the irony when she herself ran from her ex-husb/ck’s father.. maybe saya boleh terima if ada mcm timeskip for ck to slowly build again their mother-son relationship. Ini too fast-paced + dgn dana a little bit forceful wanting ck to meet mom when he was all but abandoned?? 🙅🏻‍♀️

ck very respectful with hadana’s issue, but she.. not so much with ck’s issue

69 reviews
January 23, 2019
Novel ni antara novel yang terawal aku pernah baca dalam bentuk ebook daripada https://www.e-sentral.com/. Biasanya novel yang pages dia 800++ ni memang payah aku nak habiskan dalam masa kurang daripada seminggu tapi sebabkan watak hero dia yang berjaya menambat minat aku and cerita dia yang tak memeningkan boleh dikira sebagai antara toplist dalam ebook library aku dekat https://www.e-sentral.com/
Profile Image for Anizan.
3 reviews
November 5, 2018
Buku pertama yg sy baca hasil nukilan Zura Rahman.
Bg sy keseluruhan jalan cerita mmg teratur.
Ada rasa suka duga..kecewa...cinta dan paling penting. Penulis berjaya membawa pembaca seperti berada di dalam cerita novel itu sendiri.
Well Zura Rahman im totally dah jatuh cinta dengan buku you.
Congrats for u sis
Profile Image for Siti Kartini.
15 reviews
November 26, 2020
Cinta memerlukan pengorbanan. Tapi tidak semestinya yg bercinta itu sanggup berkorban. Kadang2 org luar yang lagi sanggup berkorban. Dan cinta tak semestinya bersatu. Thats what happened between CK-Hadana-Naufal.

Love the plot. Love CK's character.
11 reviews
July 28, 2021
Omggd, The best!! I think ck is the best character!! One in a million if u can find a guy like Ck in this world, u are so lucky!! Hadana is the luckiest girl!hadana a really strong, independent, matured women.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
December 7, 2018
Jalan cerita tak heavy, romantik dan paling penting, scene tak meleret2.. baca novel scene meleret2 ni penat. I enjoy reading this.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.