Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pegkung Alung : Sebuah Travelog Si Buta Pekak

Rate this book
Pernah dikritik sebelum ini melalui travelog Goji Bundy yang dikatakan hanya bermotifkan emosi dalam sebuah perjalanan putus cinta dan patah hati, kali ini Riduan A. Dullah kembali dengan sebuah travelog yang jauh lebih kritis dan bermain dengan isu yang lebih berat.

Pegkung Alung, sebuah travelog yang mengisarkan perjalanan hampir sebulan lamanya di bumi Borneo, merentasi deretan bandar serta kawasan pedalaman. Dan mungkin satu-satunya naskah yang melibatkan seorang OKU buta, seorang OKU pekak dan seorang bukan OKU dalam satu perjalanan yang cukup pelik dan mengujakan.

Naskah yang penuh dengan pembantaian akal dan emosi dari mula hingga akhir, serta naskah yang menyingkap hakikat insan yang sebenarnya sama ada golongan OKU mahupun bukan OKU, dan perbezaan 'kasta' yang wujud antara golongan ini.

Penuh dengan sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran kau dan aku. Perjalanan kali ini adalah satu kesilapan.

124 pages, Paperback

First published April 1, 2018

8 people want to read

About the author

Riduan A. Dullah

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (18%)
4 stars
11 (50%)
3 stars
6 (27%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 19, 2018
1) Saya memang mencari buku travelog tempatan. Sudah lama, dan Pegkung Alung akhirnya menjawab permintaan saya.

2) Memang ada "travelog" tempatan yang lain, tapi lebih bercorak mencapai misi tertentu seperti kayuhan basikal dan jalan kaki dari masjid ke masjid sekeliling Malaya.

3) Saya tidak mengikut rapat Riduan di FB, jadi tidak tahu dengan lebih jelas kenapa pengembaraan ini dibuat dengan dua sahabat OKU.

4) Kalau tujuannya mahu berkongsi rasa apa yang orang OKU rasa, saya kira itu tidak begitu jelas dalam ceritanya.

5) Kesukaran yang dialami oleh orang OKU (kemudahan yang tidak mesra OKU dan lain-lain) adalah perkara biasa yang diketahui umum.

6) Yang cantik dalam travelog ini, seperti Goji Bundy, ialah kecekalan, berani menanggung risiko dan cekap membuat rancangan baru apabila rancangan asal tidak menjadi. Itu, ciri traveller yang saya sendiri tak yakin saya ada.

7) Saya pernah ada cita-cita mahu keliling Sarawak, dari Miri ke Kuching menggunakan jalan darat. Terpendam lama, sekarang semarak semula selepas membaca buku ini. Jom. Ada yang mahu ikut?

8) Bacaan berbaloi.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
January 30, 2024
Terkejut baca. Menarik rupanya. Saya tak fikir nak baca hingga selesai walaupun bukunya nipis. Bila dah mula baca, tak boleh berhenti pula. Sekali hadap, selesai. Recommended
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
December 11, 2019
Pegkung Alung. Pegkung tu gunung. Alung tu lembah. Membaca travelog Riduan A. Dullah ni, emosi dan rasa akan terbuai-buai, turun naik. Macam mendaki gunung dan menuruni lembah lebih kurang. Seperti Goji Bundy, Pegkung Alung turut menjentik akal dan membuatkan kita untuk berhenti sekejap melayangkan fikiran... merenung segala persamaan yang mungkin pernah dilalui atau dialami sendiri. Dan membaca Pegkung Alung ni, mengajar kita tentang erti kesyukuran dan kesamaan.
Profile Image for Nur Huda.
66 reviews5 followers
October 11, 2018
Secara umumnya saya tidak gemar membaca travelog. Travelog ini agak berbeza, selain pengembaraan dengan teman OKU, ia juga perjalanan ke tempat-tempat yang telah saya pergi. Saya ingin melihat dari sudut pandang orang lain pula. Berkenan temannya ysng OKU itu, saya tidak nampak gagasan yang jelas apa yang ingin disampaikan oleh penulis dan apa tujuannya bertemankan mereka.
Profile Image for Fatihah.
182 reviews15 followers
September 30, 2024
Hari terakhir #TagupiMembaca selalunya kami akan pecah kotak untuk berikan buku-buku sumbangan kepada peserta program. Tahun ni bukan setakat BLINK, Jejak Tarbiah, tapi rupanya ada Karangkraf dan Akademi Jawi yang sumbangkan melalui JT. Habis kotak BLINK dan JT, buka kotak Karangkraf, ada terselit buku ni dalam 3 naskhah. Sempat baca sinopsis dan pakat promo ke peserta Sekolah Menengah. Kebetulan yang datang minta buku tambahan 3 orang. Dapatlah mereka seorang satu. Balik Malaya terus buka Shopee. Tunggu 3 hari sampai. Hari ni selesai baca.

Penulisan yang sangat santai dan bersahaja. Sebagai travelog mungkin tak cukup rencah - ada maklumat (contoh perbelanjaan, jarak) yang tak lengkap. Tapi saya bukan jenis mengembara banyak pun. Jadi pembacaan memang terarah kepada reflections yang dikongsikan penulis. Untuk tu, memang best kerana dia banyak kongsikan permainan dalam minda, apa yang dia perhatikan, apa yang dia rasa.

Ada titipan babak semasa dalam masjid dan dia terfikir macam mana OKU solat, baca Quran. Yang itu memang saya tabik - di bawah MACSA saya pernah tolong anjurkan program Masjid Mesra OKU - antara yang banyak kami bincangkan macam mana orang pekak nak dengar Khutbah, macam mana orang buta nak tahu kiblat.

Ive seen reviews that questioned the author's intention in picking up PWDs as his travelling buddies but I thought it was sufficiently explained and peppered along the pages.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
October 16, 2022
Travelog yang sangat, sangat menarik. Tak pernah dibuat orang akan mengembara bersama-sama rakan kelainan upaya penglihatan dan pendengaran, tambah-tambah pula mereka bertiga baru berkenalan. Luqman (OKU Pendengaran), Safiq (OKU Penglihatan) dan Riduan (penulis) telah membuktikan pengembaraan mereka tiada istilah mustahil.

Penulis masih belum fasih berbahasa isyarat, jadi cara mereka berkomunikasi memang agak unik pada permulaannya kerana memerlukan penggunaan WhatsApp untuk berkomunikasi walaupun mereka bertiga berdepan-depan. Safiq menggunakan khidmat audio WhatsApp.

Sangat banyak cabaran dalam pengembaraan mereka, lagi-lagi apabila mengambil faktor keupayaan dua rakan pengembaranya dan juga faktor geografi. Sedikit sukar bagi Safiq, tetapi mereka bertiga sangat kuat bekerjasama. Masing-masing menjadi batu aras kepada kelemahan satu sama lain.

Inilah sebenar-benar pengembaraan. Teknik mengembara yang betul ialah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi secara terus. Ada banyak situasi mencemaskan, tetapi mereka dapat menghadapinya dengan baik dan teratur.

Penulisan yang santai. Terima kasih buat penulis!
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
December 24, 2022
Beli buku ni masa bbw kat Kelantan beberapa bulan lepas. Berminat membelinya lepas baca sinopsis buku ni pada kulit buku belakang. Haha.

Secara keseluruhan. Buku ni agak bagus untuk genrenya, genre travelog. Penulis menceritakan pengalaman travelognya dengan baik. Dari segi latar tempat, pengalaman 'bergerak' dan turut rekemen beberapa perkara. Terima kasih. Penulia juga turut memasukkan unsur muhasabah diri pada beberapa tempat. Bagus.

Semuanya bagus melainkan tak berapa gemar dengan beberapa ayat penulis yang menunjukkan sangka2 penulis pada sahabatnya.
Profile Image for Zachu.
11 reviews1 follower
May 22, 2024
One Of The Best Travelog Book Yang I Pernah Baca.

Memang diakui Travelog ni tidak begitu cukup lagi, because I need more stories (benda ni dah diperakui oleh penulis sendiri)

Santai, mencuit hati, & begitu banyak tauladan dari nukilan Riduan.

Pengembaraan ke Borneo itu bukan sebenarnya menceritakan tempat2 Borneo itu Sendiri tetapi pengembaraan kendiri yang Riduan terokai sendiri & bagaimana beliau merefleksikan pengembaraan itu bersama rakan pengembaraan beliau yang OKU.

Thank you, Riduan!!!! ONSOIIIIII
Profile Image for M. AJ.
1 review
December 20, 2024
Idea penulis menjelajah Borneo bersama 'strangers' yang kurang upaya (OKU) memang 'gila' & mengagumkan. Bahasa digunakan dalam buku ini bahasa yang santai. Pendapat saya, travelog ini akan lebih menarik jika di selitkan juga sudut pandangan dari seorang OKU menjelajah (seorang tanpa dapat melihat & seorang lagi tanpa dapat mendengar). Juga akan lebih menarik jika lebih banyak keunikan tempat - tempat yang di lawati oleh penulis di Borneo disampaikan kepada pembaca.
p/s: I would still RECOMMEND this book
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.