Watak ML dalam buku nie, antara watak ML yang paling menjengkelkan yang pernah kita baca…😮💨
•
Rating: 🌟🌟🌟🌟
•
Seorang wanita muda yang tersepit di dalam persengketaan di antara seorang abang dan adik lelakinya. Kedua2 mereka ada menyimpan perasaan suka kepada wanita muda tersebut…💖❤️💛 In the end, siapa yang akan dipilih oleh wanita muda itu? Dan kenapa kedua2 adik beradik ini bergaduh dan bersengketa? Kalau nak tahu, kena lah baca buku nie…😎
•
ML - Sheikh Amiruddin / Amir / Along
Sombong. Angkuh. Ego. Hati batu. Keras kepala. Haa, apa lagi nak bagi kat ML nie? 😂 Secara luaran, ML nie nampak berkarisma dan tenang. Seorang yang pendiam. Berumur 35 tahun.
•
“𝑺𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒌 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝑨𝒍𝒐𝒏𝒈? 𝑲𝒂𝒉𝒘𝒊𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑨𝒍𝒐𝒏𝒈?” 𝑨𝒎𝒊𝒓 𝒕𝒐 𝑺𝒖.
•
Bila dah asyik gaduh, ajak kahwin terus. Senang…🤣😅
•
FL - Nur Sumayyah / Su
•
Baik hati. Dalam masa yang sama, ada juga keras kepalanya. Berumur 24 tahun. Baru sahaja menamatkan pengajiannya di universiti.
•
Kita sebenarnya beli buku nie tak baca blurb. Bila nak baca, baru baca blurb. And bila ada mentioned yang ML & FL nie adik beradik sepupu, terus moral down…🙂↕️ Tapi, kita baca juga lah, sebab dah beli. Nasib baik kita baca. Sebab bahagian sepupu tue agak lah complicated. So, untuk buku nie, dimaafkanlah bahagian sepupu nie…😅
•
Buku nie sebenarnya, agak lelah untuk kita nak habiskan. Sebab character ML nie. In the beginning, I was trying to understand his character, kenapa dia macam nie. Kenapa suka sangat marah2 tak tentu pasal. Kenapa dia suka sangat naik hantu dengan FL? Like why? If you really love a person, would you always get angry towards that person? Kita memang tak boleh go sangat dengan ayat, “𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒎𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒕𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈.” Marah pun ada limit juga. Nie dah macam naik hantu, sayang apa nyer? 🤨
•
A few times kita terpaksa tutup sekejap buku nie, sebab cuba tenangkan perasaan kita yang angin dengan perangai ML nie. Fuhhh, ML punya ego, punya sombong dan angkuh nie, dah tahap langit ke-7 dah…😤 Tak boleh blah dengan dia punya ego. Everything kena ikut cakap dia. The first one yang dia buat kita angin sangat, dia biarkan FL dan Dania tertunggu2 sampai sejam lebih kat restoran, macam orang bodoh…😨 Call tak berjawab. Takder mesej and all. Like what the hell man? 🤬 Bila FL balik dengan orang lain, ML boleh naik hantu?!! 😡🤬 Masa nie memang segala kata makian dan keluar dari mulut kita dah.
•
I stayed for the FL’s character. Kita suka sangat character FL nie. I can understand her feelings. She fell in love with a wrong man. Sayang, tapi, apa yang ML buat kat dia tetap menyakitkan hati. I even applaud for her when she’s the one who take a step back…👏🏻 To get away from ML, so that they can think back on their relationship. What they have at that moment is toxic and if they’re not careful, could eat them up. So, apa yang FL buat tue, memang patut sangat…❤️💖💛
•
In the end, I can understand kenapa ML buat macam nie. Kenapa dia marah sangat. Kenapa dia geram sangat dengan FL. Untuk umur dia, dia kelihatan matang dan tenang pada pandangan orang luar. Tapi, bila berhadapan dengan FL, he’s becoming too emotional. Dah jadi macam budak2. Bila tak dapat, tantrum. Tapi, tantrum versi dewasa. Macam ada luka dalaman yang tak sembuh. Yang membuatkan dia trauma. Dia luahkan perasaan pada FL. Tapi, FL never really said the word. So, that’s why ML sentiasa resah, gelisah apabila FL takder depan mata. Takut kena rampas oleh orang lain. If that’s make sense lah…😔
•
Cuma, yang membuatkan kita angin, bila ML sentiasa percaya pada Sherina, even though Sherina pernah lukakan hati dia. I was like, mamat nie dah kena mandrem ker apa dengan perempuan gila nie?” 😡🤬 Part tue, again, memang berbakul2 kata makian yang keluar dari mulut kita…😮💨😵 Bukan setakat nak lempang dah, rasa nak benam jer ML, 7 kaki ke bawah tanah. Biar berkubur terus kat situ…😤😖
•
Kita paling kesian dengan watak Angah. Adik kepada ML. Disebabkan Sherina, dia disisihkan dari keluarganya. Paling kita marah sekali, no one in his family yang betul2 datang pada dia, and cuba mendengar his side of the story. Nasib baik ada FL yang datang untuk mendengar kisahnya. That’s why kita suka sangat dengan watak FL nie…❤️💖💛 And I wish, watak Angah nie ada proper closure / kebahagiaan untuk dia…🥹
•
Even though ada bahagian dalam buku nie yang membuatkan kita angin, ada juga bahagian / monents yang sweet. Yang manis. Yang membuatkan ada rama2 terbang dalam perut kita. Those sweet moments yang kita boleh rasa, both of these characters memang pendam perasaan suka towards each others. The longings. Semua tue, memang kita suka sangat…😍🥰 And there are times, kita suka part ML & FL bertengkar dan berperang mulut. You could reall feel the angst and the sexual tension between them…😏 And in those moments, kita dapat rasa betapa hot nya character ML nie…😅😍
•
But, ada juga bahagian yang kita kurang gemar. Bahagian ML yang sengaja sentuh FL. Sengaja dukung FL. Kita memang tak berapa gemar sentuhan sebelum kahwin nie. Memang kurang banyak markah kat ML nie yang macam tak boleh control nafsu nya depan FL. Like, kahwin dulu, baru sentuh, boleh tak? 😮💨
•
Overall, it’s a good story. I did enjoy this book despite the moments yang buat kita angin dan marah. Penulisan author nie, macam biasa, sedap dibaca. Penulis veteran kan? Memang menusuk kalbu lah bila dibaca. Typo kat hujung2 buku dah makin banyak. Like every few pages ada typo. Some of the sentences macam ada missing words. Macam ayat tak lengkap. Other than that, everything’s good.
•
As usual, kita doakan semoga author sentiasa diberi ilham untuk terus menulis. All the best, author…👏🏻👍🏻