Jump to ratings and reviews
Rate this book

Noktah Cinta

Rate this book
Tentang Najma Ameena, seorang gadis dalam usia 23 tahun. Seorang yang biasa-biasa saja. Bukanlah gadis yang cantik sangat pun. Tetapi, dia menjadi igauan beberapa lelaki yang hadir dalam hidupnya. Najma tinggal bersama-sama dengan ibunya, Bahiyah. Ayah Najma sudah lama meninggal dunia. Kakaknya, Farah Adira, bekerja di Singapore. Adira membawa diri ke sana setelah kecewa bercinta dengan Hanafee, rakan yang dikenali di kolej. Adiknya, Sarah Azalea atau Yaya, belajar di kolej. Jadinya, hanya Najma dengan ibu di rumah.

Najma sangat rapat dengan ibunya. Najma akrab dengan Saif, jiran sebelah kanan rumahnya. Saif juga rapat dengan Bahiyah. Bahkan, turut panggil ibu kepada ibu Najma itu.

Sejak dari kecil, Najma dan Saif rapat sebagai jiran, rakan sepermainan dan juga rakan persekolahan. Ibu dan ayah Saif sudah lama meninggal dunia. Saif tinggal dengan kakaknya, Fida. Suami Fida bekerja di Sabah. Saiflah yang menjaga Fida dan anak saudaranya, iaitu anak Fida yang masih kecil. Saif seorang yang cukup bertanggungjawab.

Bahiyah sangat sayangkan Saif macam anak sendiri. Saif sangat ambil berat pada Najma. Najma berkenalan secara tidak sengaja dengan Doktor Dizwar. Dizwar menegur cara Najma memandu yang cukup berbahaya. Pertemuan kedua ketika Najma tidak cukup duit mahu bayar pisang goreng. Dizwar yang kebetulan ada di gerai sama, tolong bayarkan. Dari situ mereka akrab.

Tiga bulan berkawan, Dizwar ajak Najma bertunang. Najma pun dalam diam sangat senang dengan Dizwar. Senang tak bermakna cinta. Tetapi, apabila dilamar sebagai isteri, Najma rasa mahu lompat sampai ke bintang. Najma ajukan pada ibunya, Bahiyah. Bahiyah setuju jika Najma rasa itu yang terbaik. Pada ibu, dia tidak pernah memilih bakal menantunya. Ibu percaya yang Najma mesti bijak memilih bakal pasangannya.

Paperback

Published January 1, 2018

1 person is currently reading
15 people want to read

About the author

Fatin Nabila

10 books20 followers
Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Feb­rua­ri 1980. Anak pertama daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang ke­wartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (42%)
4 stars
7 (36%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
2 (10%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
August 9, 2018
#60

Noktah Cinta (Fatin Nabila)

Mengenal Dizwar, buatkan Najma mengenal erti cinta. Saat dua hati mahu mengikat ikatan suci, tanpa diduga badai melanda. Dizwar diam tanpa berita. Membuatkan Najma bingung sendiri. Kemudian, hadir Naufal tanpa dipinta. Tidak lama berkenalan, Naufal ingin menjadikan Najma isteri. Dia sekali lagi kebingungan. Saat mereka menghampiri hari bahagia, Naufal mula menunjuk perangai. Najma buntu! Tapi... kebuntuan Najma selalu saja dileraikan oleh Saif, teman rapat semenjak kecil. Cinta? Tidak pernah ada untuk Saif. Namun, mengapa setiap kali Saif tidak ada, Najma jadi resah sendiri?

Noktah Cinta membawa kita mengenal kisah Najma yang buntu dalam percintaan. Datang lelaki demi lelaki, entah mengapa Saif juga yang dicari. Tapi, cinta itu tidak ada untuk Saif. Kisah ini memang menarik bagi saya. Walaupun kisah seperti ini sudah biasa dihidangkan, tetapi penulis berjaya mewujudkan elemen 'plot twist' sehingga saya sendiri tidak menjangka itu yang akan berlaku pada Najma. Tahniah penulis atas kelahiran novel Noktah Cinta ini!
Profile Image for Hyeyeongie.
187 reviews19 followers
August 23, 2022
Lelaki dalam ni semua red flag 🚩😤 kecuali best friend dia si Saif tu haha

Ni pertama kali aku baca novel Melayu bergenre cinta hehe.. tak rasa kekok pun sebab buku ni tak jiwang & aku pun dah menjunamkan semula diri ke layar TV drama Melayu jadi no hal lah utk baca novel cinta cintun ni! Terima kasih @karangkrafmall bagi peluang!

Sejujurnya, stail plot cerita ni lebih kurang mcm drama kat TV. Permulaan yg buat kau melekat.. smpai ke tengah, watak dah mula buat hal ntah apa2 dan akhirnya semua persoalan terjawab time semua benda dah terlambat 😒

Tiga benda yg aku SUKA dlm novel ni:
1. Plot twist dkt ending, tak cliché & tak terjangka. A good ending sebenarnya
2. Nilai jati diri wanita & kekeluargaan lebih ketara berbanding cinta semata-mata
3. Saif 🙃 walaupun geram jgk mamat ni lambat masuk move dan aku ter”spoil”kan diri terbaca ilham penulis dahulu sblm habiskan buku 😩😭😩

P/s: permulaan cerita ni serius terbayang Cinta Si Wedding Planner, babak Adi Putra & Mira Filzah gaduh dkt parking kereta tu (Tiktok made me watch it 🙃)

Tiga benda yg aku TAK SUKA pulak:
1. Dizwar. Family Dizwar
2. Boss Naufal
3. Abg Ridwan
Hahaha ni lah semua yg 🚩 tu

Anyway, aku enjoy baca buku ni (dgn penuh emosi) sbb watak-watak mmg main peranan & bahasa pun sedap dibaca (ada dua typo bahasa Inggeris tp lupa catat halaman mana). Cuma tak suka part meleret sebelum nak sampai klimaks, rasanya boleh dipendekkan lagi jalan cerita 😁

P/s: mcm takde kaitan gambar daun pada kulit buku 🤔
Profile Image for Hamidah Effendi.
370 reviews3 followers
November 11, 2025
“Noktah Cinta” karya Fatin Nabila membawa pembaca menyelami kisah tentang takdir, jodoh, dan maut — semuanya di bawah ketentuan-Nya.
Siapa kita untuk menidakkannya?

Pada awalnya, pembaca menyangka jodoh Najma bakal terikat dengan si A, namun rupanya perjalanan cinta Najma penuh liku — dari A, ke B, hingga ke X dan Z. Setiap pertemuan membawa harapan baru, tetapi juga kekecewaan yang mendalam. Ada kekasih yang datang dan pergi, tunang yang mengecewakan, dan suami yang… 😭😭😭😭

Fatin Nabila benar-benar “bermain tarik tali” dengan emosi pembaca. Baru saja diberi harapan, terus ditarik semula. Penuh drama, konflik, dan air mata, kisah ini menuntut kesabaran dan tisu yang banyak — terutama menjelang penghujung cerita.

Genre: Konflik mencari jodoh & rahsia keluarga.

Kesimpulan:
Noktah Cinta ialah kisah tentang perjalanan takdir seorang wanita dalam mencari cinta sejati di sebalik rahsia keluarga yang menjerat. Sarat dengan emosi dan kejutan, novel ini mengingatkan bahawa jodoh dan maut tetap di tangan Tuhan.
Profile Image for Asmah Hashim.
Author 14 books14 followers
November 21, 2019
Noktah Cinta.
Fatin Nabila.
Alaf 21
2018
488 muka surat.
****/5 bintang.

Watak: Najma Ameena - watak utama
Saif - Sahabat Najma.
Dizwar- kekasih pertama Najma.
Naufal- Majikan Najma/ Tunang.
Serta watak-watak sampingan.

Sinopsis:

Najma bertembung dengan Dizwar dalam keadaan yang kurang baik. Kerana memandu terlalu perlahan, dan sekaki payung di atas bumbung kereta. Dizwar menahan kereta Najma, akhirnya mereka berkawan dan saling menyukai.

Dizwar menyampaikan hajat untuk mengambil Najma sebagai isteri. Najma menerima kehadiran lelaki itu. Namun, setelah menemui ibu Dizwar, impian mereka tidak tercapai. Putus di tengah jalan. Mama Dizwar tidak merestui hubungan anaknya dengan Najma. Ada rahsia yang diketahui tentang Najma. Karina bekas tunang Dizwar hadir menambah keruhkan lagi hubungan Najma dan Dizwar.

Naufal, majikan Najma dalam diam menyimpan perasaan kepada gadis itu. Naufal terus bertemu keluarga Najma dan berterus-terang ingin mengambil gadis itu sebagai isteri. Hubungan mereka direstui keluarga, tetapi ujian datang lagi buat Najma, tiba-tiba Naufal berubah hati. Tali pertunangan mereka putus pada saat majlis perkahwinan tinggal beberapa hari saja lagi. Kenapa?

Najma mempunyai seorang sahabat sejak kecil. Saif, dikenali sejak lahir, kebetulan mereka juga berjiran. Mereka saling menyayangi antara satu sama lain, tetapi hanya sebagai sahabat. Saif sangat melindungi Najma. Tidak pernah dibiarkan Najma berada dalam keadaan sukar dalam hidupnya.

Saif adalah penyelamat dan penjaga yang setia. Kedua-dua lelaki yang pernah hadir dalam hidup Najma sangat cemburukan hubungan Saif dan Najma. Biarpun dilarang bertemu Saif, Najma sering ingkar kerana dia tidak boleh berpisah dengan sahabatnya itu.

Dalam diam, Saif sebenarnya menyimpan perasaan cinta terhadap Najma, tetapi tidak berani meluahkannya. Biarpun dia kecewa kerana Najma memilih lelaki-lelaki lain dalam hidupnya, namun dia merestui pilihan sahabatnya itu.

Setelah Najma gagal dengan dua lelaki sebelum ini, Saif mengambil keputusan untuk berterus-terang akan cintanya kepada sahabatnya itu. Najma benar-benar tidak menyangka, biarpun sudah berkali-kali Saif menyampaikannya dalam bentuk gurauan, diterima sebagai hanya satu gurauan oleh Najma.

Setelah Saif, hadir pula Yusuf dalam hidup Najma.

Kenapa Mama Dizwar tidak merestui hubungan anaknya dengan Najma? Apa rahsia yang diketahui oleh Mama Dizwar tentang Najma?

Kenapa Naufal berubah hati setelah dapat menawan hati Najma?

Bolehkah Najma menerima Saif sebagai pasangan hidupnya?

Siapa pula Yusuf dalam hidup Najma?

Ingin tahu apa yang berlaku dalam hidup Najma? Boleh dapatkan buku ini di pasaran.

Pengajaran: Rasa cinta seharusnya diluahkan, biar apapun jawapan yang diterima.
Manusia hanya merancang, Allah jua perancang terbaik.
Jodoh, ajal maut itu ketentuan Ilahi.

Gaya bahasa santai, garapan yang bersahaja.

Plot mengikut urutan dan tersusun. Mudah memahami jalan cerita yang ingin disampaikan.

Kepada peminat novel cinta, bolehlah dapatkan karya ini. Ada sedih, suka dan lawak yang buat kita berasa pelbagai perasaan ketika membacanya.

Tahniah buat penulis, Cik Fatin Nabila yang berbakat besar dalam penulisan novel dan skrip.

#Malaysiamembaca
#sukabuku
Profile Image for Farahmummyopi.
26 reviews1 follower
March 9, 2025
Karya ini mengisahkan tentang perjalanan gadis bernama Najma Ameena dalam menemukan cintanya. Cinta itu sebenarnya tidak dicari pun oleh si gadis. Cinta itu datang secara tidak sengaja dan pergi dengan sengaja. Permulaan cintanya bermula bersama lelaki bernama Dizwar. Seorang doktor. Dizwar sudah berjumpa Puan Bahiyah, ibu kepada Najma untuk memberitahu hasratnya. Kemudian, Najma juga dibawa berjumpa dengan mamanya Dizwar. Selepas hari itu, Dizwar tiba-tiba pergi tanpa sebab. Najma terluka.

Kemudian ada pula Naufal, bos kepada Najma yang terpikat dengan Najma. Hati Najma yang susah untuk diraih akhirnya hampir menjadi miliknya apabila mereka mengikat tali pertunangan. Tarikh nikah sudah dekat. Barang sudah dibeli. Naufal buat hal. Berlaku curang dengan rakan Kak Ngah nya. Mungkin kerana perempuan itu kaya dan dapat membantu kewangan syarikat kecilnya yang mula goyah. Kak Ngahnya pula memag tidak suka akan Najma. Najma terluka. Sekali lagi.

Setelah dua kali tidak jadi berkahwin, Saif rakan baiknya sejak kecil yang sentiasa ada bersamanya mahu cuba menyunting dirinya untuk menjadi permaisuri hatinya. Datang pula Dizwar kembali untuk menagih cinta Najma yang pernah dipersiakan.


Cerita ini watak utamanya cuma seorang iaitu Najma. Lain semua sampingan.

Cerita saya hampir dnf kerana saya tak suka dengan Najma yang terlalu lurus dan tiada'common sense'. Contohnya, ketika dia berkata perihal poligami kepada Kak Fida (kakak kepada Saif) yang ketika itu sedang berkecamuk hatinya apabila suaminya Riduwan menduakan dia dalam diam. Sudah 5 bulan berkahwin dah pun. Ada juga bahagian di mana Najma, tidak faham kepada bekas-bekas tunangnya tidak bagi dia rapat dengan Saif.

Tapi saya teruskan juga pembacaan. Hati saya tedikit sebak apabila kasih sayang seorang ibu diketengahkan dalam penceritaan. Ya. Kasih sayang ibu tiada tandingannya. Sama seperti Puan Bahiyah juga Mak Cik Dayang. Saya fikir sedih itu hanya di situ. Rupa-rupanya ada babak lagi sedih. Saif meninggal selapas 1 hari mereka berkahwin :(. Sedih sangat. Saif sudah lama menunggu cinta Najma dan dia sudah pergi menghadap Ilahi. Setelah beberapa bulan, Najma sudah semakin kuat. Ustaz Yusuf pula melamarnya.


Apapun, sedihnya hidup seorang Najma. Saya tak patu untuk tak suka dia. Dia wanita yang kuat.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shahira.
75 reviews1 follower
December 30, 2025
Kisah Najma Ameena yang kurang cekap memandu. Tapi disebabkan tabiat tu la dia terjumpa dengan Dizwar. Aku rasa kalau aku drive belakang Najma pun aku nak marah. Sebab slow sangat. Macam kura-kura bak kata Dizwar. Bawak kereta slow, dan kerap tak menepati masa. Tapi Dizwar sayang je dekat Najma.

Najma ada jiran sebelah rumah merangkap kawan baik semenjak kecil namanya Saif. Kalau dalam #StarlitStoriesbyS sebelum ni, aku pernah cakap Hanif carta nombor 1 lelaki paling hijau dalam novel novel yang aku baca pada tahun 2025, Saif nombor 2 la kot. Hijau sehijau hijaunya. Bendera, gunung, hutan semua hijaulah Saif ni.

Saif selalu hiburkan Najma dengan lawak loyar buruk loyar baru dia tu. Saif juga ada seorang kakak dan anak saudara. Kedua-dua ibu bapanya telah pergi, jadi Saif la yang menjaga kebajikan mereka. Suami kakak Saif pulak, tak guna. Ibu Najma jadi tempat mereka menumpang kasih. So, silaturahim kawasan kejiranan mereka ni memang kuat dah macam family, rapatnya. Aku suka nilai-nilai murni yang diamalkan keluarga Najma, Saif n ada jiran sebelah rumah lagi 1 jugak, family Yusuf. Mereka sangat pemurah dan saling menjaga ukhwah sesama jiran. Ibu Najma pesan tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah, buat orang gembira pun 1 sedekah.

Saif kerja sebagai peniaga bundle. Business kecil-kecilan buat car boot sale dekat tapak ekspo. Aku suka cerita-cerita macamni. Cerita rakyat marhaen yang berhempas pulas mengharung kehidupan.

Najma kerja di sebuah syarikat kecil sebagai kerani akauntan. Bosnya nama Naufal. Naufal ni pun, prihatin juga dekat Najma. Ada sekali tu Najma jatuh sakit, sampai ke rumah diturutnya. Rupanya bos suka kat Najma.

Aku memang dah agak perkara ni, tapi memang betul la, Saif pun suka Najma! Sejak sekolah lagi dan Najma sentiasa dalam doa Saif.

Cuma, antara Dizwar, Naufal dan Saif... siapakah yang berjaya menoktahkan pencarian cinta Najma?
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.