Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sherlock Holmes (Penerbit-X 2018-2021) #1

Sherlock Holmes: Penyiasatan Benang Berdarah

Rate this book
Misteri seorang lelaki dengan wajah yang berkerut pelik telah membawa Sherlock holmes dan Dr Watson ke selatan London. Mayat lelaki itu ditemui di dalam sebuah rumah tinggal. Tiada tanda-tanda lelaki itu dikasari, namun pada dinding berdekatan mayat itu terdapat tulisan berdarah yang misteri.

Saksikan kebijaksanaan Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan misteri ini dan mencari pembunuhnya.

205 pages, Paperback

First published January 29, 2018

3 people are currently reading
6 people want to read

About the author

Arthur Conan Doyle

15.8k books24.4k followers
Sir Arthur Ignatius Conan Doyle was a Scottish writer and physician. He created the character Sherlock Holmes in 1887 for A Study in Scarlet, the first of four novels and fifty-six short stories about Holmes and Dr. Watson. The Sherlock Holmes stories are milestones in the field of crime fiction.

Doyle was a prolific writer. In addition to the Holmes stories, his works include fantasy and science fiction stories about Professor Challenger, and humorous stories about the Napoleonic soldier Brigadier Gerard, as well as plays, romances, poetry, non-fiction, and historical novels. One of Doyle's early short stories, "J. Habakuk Jephson's Statement" (1884), helped to popularise the mystery of the brigantine Mary Celeste, found drifting at sea with no crew member aboard.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (23%)
4 stars
21 (55%)
3 stars
8 (21%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
January 7, 2022
[BOOK 4]

Sherlock Holmes #1: Penyiasatan Benang Berdarah.
.

hahaha..ni antara buku yang aku gigih kumpul, disebabkan terpengaruh dengan review bookstagrammers. Sebelum ni, aku pernah gigih macam ni, time aku kumpul koleksi RAM yang laksamana Sunan tu. Selagi tak cukup 8 buku, memang aku takkan start baca. hahahha..dasar mengada.
.

Disebabkan ni baru buku pertama, memang slow la aku nak dapatkan mood. Sebab translation tu macam baku dan kaku. Banyak kali juga aku tertidur. hahaha
.

Sampailah misteri berjaya diselesaikan, baru aku khusyuk membaca.
.

Buku ni boleh dibahagikan kepada 2 bahagian.
.

Bahagian pertama, pengenalan watak 'saya' iaitu Dr Watson dan kawannya, Sherlock Holmes. Lepas tu, ada misteri pembunuhan seorang lelaki di sebuah rumah usang. Mati dalam keadaan terkejut, disebelahnya ada titsan darah yang dipercayai bukan darah mangsa, dan ada sebentuk cincin. Dan juga ada tulisan RACHE yang tertulis di dinding yang bermaksud pembalasan.
.

So, seronok la bila dengar Sherlock Holmes kemukakan teorinya tentang karakter si pembunuh.
.

Bahagian kedua, lebih kepada cerita dulu kala, tentang motif disebalik pembunuhan di bahagian pertama tersebut.
.

Okaylah, nanti kita sambung buku seterusnya.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
January 5, 2025
Antara pembacaan terbaik saya pada tahun 2024, saya berjaya temui genre baru untuk pembacaan saya.

Saya ucapkan tahniah untuk penterjemah buku ini, saya kira ia suatu usaha yang berjaya sebab saya sebagai pembaca terhibur dan tidak bosan sepanjang membaca buku ini. Saya kira terjemahan buku ini kemas dan teratur, serta emosi setiap watak dapat saya rasai.

Watak Sherlock Holmes dalam buku ini agak annoying dan sejujurnya buat saya ketawa, Sherlock Holmes ini bukanlah orang-orang bijak pandai yang skema sebab saya kategorikan dia sebagai orang yang tahu harga diri tetapi kadang-kadang melampau dalam menunjukkan harga diri sampai saya rasa dia ni berlagak juga.

Naratif Dr. Watson dalam penulisan Sir Arthur Conan Doyle ini berjaya rungkaikan tali-tali misteri, buat saya berfikir dan turut sama tertarik dalam menyelesaikan siri penyiasatan melibatkan seorang lelaki kaya di kota London. Turut terasa debaran dan juga bayangan latar belakang watak-watak cerita ini.

Paling gemar bahagian II buku ini, saya suka cerita-cerita lama berkaitan cowboy, padang yang luas serta orang-orang Amerika zaman dahulu jadi bila dibaca bahagian II saya sangat tertarik. Perjalanan John Farrier cukup menyayat hati saya, hati John Farrier itu besar dan amat penyayang.

Buku pertama Sherlock Holmes ini benar-benar menarik, maka saya rasa saya perlu kumpul siri-siri buku ini. Saya harapkan konsistensi kumpulan terjemahan Bahasa Melayu dan kisah baharu dari Sherlock Holmes.

Saya syorkan buku ini untuk pembaca yang mahu cuba genre baharu, buku ini mengujakan!
Profile Image for Izzat Isa.
418 reviews50 followers
May 12, 2019
Pembacaan yang sangat mengujakan! Saya akui saya memang tidak sabar untuk mengetahui hasil siasatan terhadap peristiwa pembunuhan dua orang yang berkaitan iaitu Drebber dan Stangerson. Paling penting, buku ini mendedahkan saya tentang proses awal persahabatan dan perkenalan antara Sherlock Holmes dan Dr. Watson. Selain itu, secara tak langsung, ia mendedahkan pandangan peribadi secara khusus dan teliti tuan doktor terhadap sahabat baru dan rakan serumahnya itu dengan lebih spesifik.
Saya mengemari dialog yang diucapkan oleh Sherlock Holmes iaitu, "Begitulah juga dengan otak kita. Kita perlu mempelajari dan menghafal hanya pengetahuan yang diperlukan bagi melaksanakan tugas kita sahaja. Lupakan maklumat yang tidak diperlukan. Kalau dibiarkan maklumat yang tidak berguna itu tersimpan dalam otak, ini akan menganggu kita mengingati kembali maklumat yang berguna dan diperlukan."
Profile Image for Farhana.
8 reviews
March 9, 2025
Sebenarnya kita dah lama beli buku ni, tapi tak rasa nak baca, nak kumpul je. Kenapa beli? Sebab kitanya minat DETECTIVE CONAN 🤣

Buku ni Malay Version, sesuai lah nak santai-santai. Cuma bahasa dia memang direct translate sikit lah. Tapi okay jurr. ☺️

Ni buku pertama Sir Arthur, so panjang lah sikit aku ulas ye. Cara penyampaian buku adalah POV dari Dr. Watson, kawan kepada Sherlock Holmes.

Tbh, aku mula-mula baca buku ni mengantuk wehhhh. 😭 Tapi disebabkan ni buku pertama untuk 2025 dan juga buku pertama Sir Arthur, aku gagahkan juga baca. 😅

Dah sampai tengah baru macam sedap sikit. Aku dah jadi macam Dr. Watson juga: Excited nak tahu apa jadi next. Kadang-kadang aku rasa kelakar juga dengan si Sherlock ni. Maybe its a normal things la kot untuk detective but not normal to people like us to understand. HAHAHA. 🤣

So far aku okay je dengan buku ni. Cara pembunuhan pun senang je nak faham. Tapi sedih lah sikit bila dapat tahu motif pembunuhan dia. Sakit hati tau. 😭

Money is king orang kata. Haih. Teremosi sikit. 🥺

So untuk korang yang suka ungkai kes misteri, pembunuhan. Try lah. Buku pun murah je. RM10 dapat dah. ✨
Profile Image for Qai.
25 reviews2 followers
November 16, 2021
Pertama kali baca buku yang diterjemahkan dalam bahasa melayu menyebabkan pembacaan jadi slow. Tapi lama kelamaan syok pulak baca lepas watak Sherlock muncul sampai tak lepas² buku dari genggaman. Awalnya annoying dengan watak Sherlock tapi lepas dah faham perwatakan dia, dah boleh masuk dengan perangainya.

Sherlock seorang lelaki pendiam seperti yang digambarkan dalam movie Enola Holmes tapi rupa parasnya bukanlah seperti tu. Dia lelaki kurus dan ketinggiannya yang lebih enam kaki. Kecekapanya dalam membuat kerja buat aku kagum. Dia bagitahu detail macam mana dia taakul satu2 klu untuk kes benang berdarah.

Tapi bukan semua la😆 Bak kata Sherlock jika ahli silap mata mendedahkan semua rahsia tipu helahnya, dia tidaklah handal dimata penonton. Sama seperti seorang penyiasat, kalau dia mendedahkan semua caranya menyiasat maka tentu orang akan anggap Sherlock tu indivudu biasa.

Walaupun dia seorang penyiasat yang hebat, dia tidak tahu sastera, falsafah dan politik. Kata Sherlock otak kita umpama sebuah bilik kosong, bagi melengkapi bilik itu kita perlu memilih perabot yang sesuai sahaja. Orang dungu sahaja yang mengisi biliknya dengan barang yang tidak berguna. Begitulah juga dengan otak kita. Kita perlu mempelajari dan menghafal pengetahuan yang diperlukan sahaja bagi melaksankan tugas kita sahaja.

Lebih mengagumkan aku, dia tak perlu keluar siasat jika ada penyiasat yang meminta khidmat perunding bila dia orang menemui jalan buntu dalam sesebuah kes. Hanya dengan si client membentangkan kesemua bahan bukti, dia boleh selesaikan kes itu.

Kes yang Sherlock kena siasat kali ini, mangsa mati tanpa ada luka pada tubuh dan tiada kesan pergelutan tapi ada darah berlinang. Rupanya ada kisah lama yang tersimpan.
Profile Image for Ema.
1,120 reviews
October 25, 2021
Kali ke 3 baca buku ni. Kali ni edisi bahasa melayu. Buku yang menemukan Dr Watson dengan Sherlock Holmes. Sepatutnya aku baca ikut turutan kes. Tapi tak kisahlah. Yang penting ketelitian dan sikap sinikal Holmes memang mencuit hati. Kalau tak, masakan Dr Watson sanggup menulis tentang kes2 penyiasatan Holmes di dalam jurnalnya.
Profile Image for Azril Noor.
314 reviews5 followers
June 9, 2022
Buku pertama dari siri ini kita diperkenalkan dengan watak Sherlock Holmes dan Dr. Watson. Terngiang-ngiang runut bunyi siri TV Sherlock sepanjang pembacaan. Aku suka betul tengok Sherlock ni biar je Gregson dan Lestrade menyiasat dengan salah, sambil dia tersenyum menggeleng kepala. 20 tahun ye dia menunggu untuk menjalankan misinya.
7 reviews
June 26, 2020
great timekiller, focuses more on other character's storyline and journey rather than holmes and watson's adventures of debunking trifles and solving mysteries in my view.
Profile Image for camouflagge.
20 reviews
March 22, 2023
kalo suka teka teki, bisa baca buku ini di tambah cara pikirnya sherlock holmes yang ga biasa alias pinter banget. pengen rekomendasiin ke semua orang kalo buku ini seru dan wajib di baca.🌻🌻🌻
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.