KETIKA CINTA MENYENTAP, Sebuah novel kritikan sosial terhadap realiti anak muda masa kini! sedih, sentap, gembira, kelakar, hambar, insaf, tersentuh, semuanya terkandung dalam novel ini!
Buku ni mmg best.Kisahnya memang kena dgn apa yg anak2 muda alami sekarang..Pasal couple,ikhtilat,aurat dll.Buku ni juga menceritakan tentang perubahan seseorang dari akhlak baik kepada buruk contohnya Omar yg dulu sangat menjaga ikhtilat tetiba boleh kalah dgn hawa nafsu dan Samdul sendiri yg pernah terbabas dgn Nasuha.
Aku harap ramai anak2 muda yg membaca buku ni supaya mereka dapat pengajaran bahawa couple ni bukannya perkara yg membawa ke arah kebaikan tetapi lebih membuatkan kita jauh dari Allah dan ikhtilat ni bukan boleh dipandang remeh.
Apapun,tahniah penulis.Harap penulis boleh menghasilkan buku seperti ini lagi.
Zaman kini tidak asing lagi dengan perkataan 'couple'. Bagi mereka, semua itu hanya sekadar suka-suka. Namun, ada juga berakhir dengan sengsara.
Samdul merupakan mangsa keadaan yang paling teruk sekali. Semuanya kerana kisah silamnya yang terlanjur dengan anak pak cik itu. Sejak Zakiah kembali dari hidupnya akibat rakannya Omar bercinta dengan perempuan psiko itu.
Pada pendapat saya, jalan ceritanya memang menarik. Tapi macam ada juga lah yang tak logik. Motif perempuan psiko itu Zakiah sanggup mempermainkan lelaki kerana kisahnya sebelum bertunang diputus kerana sikap bekas kekasihnya. Zakiah tekad nak balas dendam dengan semua lelaki kerana mengganggap lelaki semua sama.
Kesimpulannya, jangan pernah bercinta sebelum nikah atau dengan istilah lain 'couple'. kalau kita betul-betul nak, kahwin je lah kan..hihi..kalau tiada niat tu tak perlu buat macam-macam bagi harapan.jangan mendekatkan diri kepada zina. Penting buat kaum Adam, cabaran lelaki ialah pada seorang wanita. Kerana cinta kita kadangkala terleka dan alpa sehingga banyak menghabiskan masa bermain telefon bimbit berbanding di tikar sejadah.
This entire review has been hidden because of spoilers.