Sudah agak lama since saya last baca novel karya Syamnuriezmil. Buku ini boleh tahan tebal ya, namun tidak menyesal baca. Ceritanya menarik bagi saya dan paling penting, penulis berjaya menyulam dan pusing konar dengan baik sekali. Banyak sungguh adengan, flash back juga ada, cerita bersangkut paut, yang saya bayangkan mesti sukar untuk dijadikan begitu smooth, Syamnuriezmil memang terror. Kalau saya, mahu bersimpul mati segala jenis benang. Tambahan pula elemen lucu dan jenaka yang memang tak hengat, masih melata dalam kisah yang boleh tahan serius juga ni. Cinta antara Safa dan Mamat Dutch celup, saya suka. Manik-manik indah persahabatan Safa dengan Umair, sweet walaupun pahit di hujung lidah. Ummi watak paling ohsome.
Realistically, beberapa adengan too good to be true, for Safa. She gets to be too lucky maybe. Siap boleh mimpi dilamar Umair yang bukan Umair, bercermin mata. Hebat tu. Waktu Safa terlepas cakap, atau ter over lebih temper dengan adik angkat Zaheir tu, memang ter over. She lost her cool big time. Then again, ini kan cerita. Cerita yang dinukil untuk bacaan santai. Banyak juga quotes yang best dan bermanfaat. Antara yang saya ingat, something like, "business yang walaupun dah hebat tapi tidak dibuat Promosi sebab nak jimat belanja, samalah macam tindakan matikan jam sebab nak jimat masa".